sekadar gambar hiasan |
Jul 24, 2015
Suara Nabi di Aidilfitri?
(Selain kisah berkenaan suara nabi di aldilfitri, Tip hilang mengantuk sewaktu memandu juga ada dihujung cerita, layan sahajalah)
Rumah aku di datangi oleh tetamu tengah malam, datang beraya
sempena bulan syawal katanya. Lagipun senang nak berehat dan solat jamak di
rumah saudara, rupanya saudara perempuan aku dan suaminya dalam perjalanan dari
Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, singgah sekejap sebagai musafir Aidilfitri.
Jam baru 11 malam, bini yang belum tidur layan tetamu macam
biasa, sementara mereka solat jamak ta’khir, bini sempat goreng keropok lekor
dan mee hoon sebagai hidangan supper.
Waktu makan supper, kami dan tetamupun berborak macam biasa,
Imbas kembali.
Tapi sebelum itu, dua tiga hari lepas aku ada update status
FB yang dapat 1000++ like dan 100++ share, status FB tu di tulis macam ni:
“Waktu ziarah, ada bini orang yang pakai baju buka aurat,
terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada
siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama
and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge
or fade for up to 16 hours berjenama Revlion.
Kemudian, ada pula mewarna rambut pulak macam buah Naga
cicah Coklat siap dengan pekej rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba
part-one-two.
Solat pula lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil
menhampuskan dosa serta merta laksana Father di gereja dengan ungkapan,
“kosong-kosong.”
Wah wah wah, meriahnya raya..
Bila bersembang pasti bercerita tentang harta, politik dan
hiburan...
“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 6 ribu ke?”
“anak anak sudah berapa orang, masuk U berapa orang?”
“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti
Nurhaliza you..”
“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat
sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”
“Wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam
Justin bieber lah pulak, haw haw”
“Teruk betullah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana
pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”
“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu,
dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO first, dan
sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah
pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”
“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap,
cantik kedai tu jahit”
“Berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan
jalan dengan kereta baru U”
“Jalan jem sebab salah pembakang, kenapa mahu turunkan harga
kereta dan minyak?. patut naikkan lagi harga kereta dan harga minyak, baru
jalan lengang, senanglah I nak balik raya”
(Rasa macam mahu muntah pula bila qoute
banyak-banyak-adohai.)
Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa
enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya anda beraya.., langsung
tiada ciri islamik, itu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan
mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas sudah nak mengumpat
lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya-adohai..),
apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab
ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah sudah
sebulan berpuasa, sudah sebulan dengar tazkirah, tak kan tidak boleh borak bab
ugama kot..
Jika anda rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW,
(macam lah aku ni rajin sangat) anda akan dapati banyak perbualan antara Nabi
dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan
dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar
menjurus kepada cerita tentang akhirat,
Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau
berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat
selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah
sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita
pula kelebihan membaca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang
unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran..
dan lain-lain.., (rujuk sendiri)
Jadi, anda boleh semak balik, bila anda berborak dengan
kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?..,
adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik
, hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)
Ada antara anda bercerita tentang akhirat? Cerita tentang
pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?
Ada?
Jom Ubah topic berborak hari raya..
Contohnya:
“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”
Apa sahaja jawapan kawan anda, dengar atau tertidur, maka
anda sudah ada modal untuk bercerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi
atau ilmu ilmu yang anda sudah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8
rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?
Atau jika korang sendiri tertidur waktu khutbah raya, boleh
juga mulakan perbualan begini:.
“Pernah baca Buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat?’
Woha!”
Tamat Imbas kembali.
Masalanya sekarang, nak sembang berkenaan buku Hamka
Keretamayat dengan saudara perempuan aku di tengah malam sebegini sangat tak
sesuai. Lalu aku terfikir nak borak isu apa ek?
Kebetulan kat ruang tamu rumah aku ada almari buku, dan ada
buku agama, maka topic perbualan malam itu adalah bab “suara Nabi”.
“Kat rumah, korang berdua ada buat taklim?”
Tanya aku, jawab mereka:
“err, tak sempat nak buat”
Ok, masa untuk sembang bab agama:
Sebenarnya Tuan puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan,
akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan
syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah
diri.
Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat
yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum
arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung
untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan
hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si
pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka
memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu.
Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar
menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di
dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati
si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup
mendengar dengan penuh rendah diri...
Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka
takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak
kelebihan dari perintah Allah...
Untuk itu, akupun belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’
(bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di
hadapan anak bini yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan
cahaya kerana mereka mulai menjadi bini dan anak yang taat kepada Allah dan
suami serta ayahnya.
Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada
raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang
sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami
kepada anak dan isteri yang derhaka?
Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi”
dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita..,
bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti,
ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi
masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang
istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?
Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap
hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat
lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang?
Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi
gelap?
(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)
Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah:
Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof
atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca
dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar
gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu
tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya
akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan
syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh
rendah diri...
Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu
merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah
menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar
anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang
mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi
setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..
“Kalau pasangan tak nak dengar, camne Hamka?”
Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat
mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang
beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna
coklat dalam BI dan bewarna hitam dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal
karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah aku ada
semua versi ini)
Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate
kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan
isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI
tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan
vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama
anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat
improve English lalu naik pangkat, woha!
(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)
InsyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup
pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak bini kita yang
tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak, lipas dan
nyamuk.., apalah sangat..
Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati,
maka ihtisab akan datang, lalu anak bini akan nampak perintah Allah, akan faham
manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal, insyallah..
“nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni Abang Hamka?”
Tanya tetamu tengah malam, jawab aku.
Buat sampai mati.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka
sampai esok sahaja..., kan?
*****
Akhirnya hampir jam 1 pagi, tetamu sudah bersiap nak
menyambung perjalanan pulang, sudah dipelawa tidur tapi katanya besok pagi kena
masuk pejabat.
Sebelum mereka bertolak, sempat mereka minta tip untuk tidak
mengantuk sewaktu memandu.
Jawab aku:
“Waktu memandu, cuba korang laki bini mengumpat, tak kiralah
mengumpat siapa-siapa, memang boleh hilang mengantuk bila cerita keburukkan
orang lain, tak percaya tanya geng lepak kedai kopi bila sembang bab politik,
ha ha!”
Tetamu turut gelak dengan jawapan berseloroh dari aku,
sebelum kereta mereka bergerak, dari jendela kereta, sempat aku pesan:
“Aku serius, dan aku benarkan korang berdua mengumpat aku,
contoh, Hamka tu sembang bab agama pandai sangat tapi anak bini pun nampak macam
tak terjaga ajer, dia sendiri pun tunggang langgang, tak kesah apapun, korang
nak kutuk, nak maki teruskan, asal korang tak mengantuk, Woha!”
Tetamu senyum panjang dan melambai bye bye sambil
mengucapkan berbanyak terima kasih.
Lalu mereka pun menghilang ke dalam lebuh raya pantai timur.
Kami laki binipun masuk tidur, dan bini tanya, kenapa abang
suruh saudara perempuan mengumpat kita?
“Abang tak nak pahala keluarga abang mengalir ke luar, biar
pahala mereka mengalir dalam keluarga sahaja.he he”
Ps: Mengumpat orang membuatkan pahala kita dapat kat orang
yang kita umpati, so jika ada masa lapang, korang boleh umpat aku. Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Majlis taklim kat surau aku, depa bagi aku guna mikrofon.
Depa pakat duduk keliling dinding surau. Rase macam Mawi.
p/s: Doakan aku istikomah sampai mati
Moga dapat istiqamah baca kitab taklim dan buat 6 sifat para sahabat..
Selamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga :)
Cadangan konon nk improve english tu sgt kreatif.
Kagum.
rizalwi: rizalwi dengan mawi dah tak jauh, :)
Khalid Kyle : Selamat Hari Raya enam. :)
Cinta: Now you know. :)
Menusuk hati: sama sama. :)
Bijok lg kemah...woooooppppp
harap gitu ler kitew
Penulisan yang hebat.. Penuh dengan nasihat.. Padu
Post a Comment