Apr 8, 2014

Kassim Ahmad anti hadis? Satu pandangan.

(Bro Hamka, apa pendapat saudara tentang Kassim Ahmad yang menolak hadis dan hanya merujuk kepada Al Quran semata mata, Ada apa apa pandangan?)

Siapalah diri aku untuk korang rujuk bab agama, tapi bila baca ulasan Jakim berkenaan beliau, terus dapat ilham untuk menulis. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi penulis semata mata, korang boleh print untuk baca dan jika tak setuju, korang boleh gunakan kertas tu untuk balut nasik lemak, no problem.

Dr Kassim Ahmad seorang yang sudah tua dan sebagai orang yang pernah muda, beliau mungkin telah mengembara ke seluruh dunia islam yang lain dan telah melihat permasalahan utama dikalangan ummat islam iaitu:

Orang islam bergaduh sesama islam dari tahap caci mencaci, kafir mengkafir hinggalah ke tahap bunuh membunuh.

Lalu mungkin?, Kassim Ahmad membuat kesimpulan bahawa, punca utama kenapa ummat islam diseluruh dunia saling bergaduh sesama sendiri adalah kerana terlalu banyak perbezaan mazhab yang menafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli.

Sebagai contoh, geng taksub wahabi atau salafi, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa ahli sunnah masuk neraka dan wajib diperangi kerana menambah bidaah hasanah dalam ibadat seperti zikir selepas solat, tahlil dan lain lain.

Geng sunnah taksub pula, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa geng wahabi wajib diperangi kerana menghina ulamak mazhab yang empat.

Geng Syiah pulak,setelah tafsir hadis (dari sumber mana ntah?)secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa penyokong sahabat Abu bakar, Umar dan lain lain wajib di bunuh, darah mereka halal kerana menyokong orang yang kononnya berpakat membunuh cucu Nabi.

Begitu juga di pelestin, Geng taksub Hamas, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa Fatah yang bekerja sama dengan Yahudi perlu di perangi, di pihak Fatah pulak, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa, Hamas juga perlu di perangi!

Sama jugak di Mesir,penyokong Morsi dan kerajaan islam yang tak perlu aku ceritakan lagi sebab korang semua dah tahu, saling berperang setelah masing masing tafsir hadis dengan cara berbeza besa, di Afgahnistan dulu, dengan perang Antara Taliban yang menyokong seranbgan Al qaeda membunuh orang awam yang kapir dan Pakatan Utara yang berpendapat lain, malahan di Malaysia, Pas kafirkan umno kerana tolak hudud dan wajib di maki, Umno pulak sesatkan pas kerana tidak taat kepada pemimpin dan wajib di tentang, dan lain lain sudut dunia, akan sentiasa ada orang islam berperang sesama islam yang berpunca daripada penafsiran hadis secara melampau lampau dan membabi tuli  yang menggambarkan pihak saya sahaja yang betul, pihak lain semuanya salah lalu kafir mengkafir yang seterusnya mengundang pertumpahan darah.

Lalu mungkin?, Kassin Ahmad yang melihat masalah ummat islam yang carca merba kerana penafsiran hadis yang terlalu melampau lampau ini, maka membuat keputusan untuk menafsir hadis semula, agar ummat islam kembali bersatu dan tidak lagi saling kafir mengkafir, dan bunuh membunuh, tapi malangnya, tindakan beliau bukan menafsir semula hadis, tapi lebih kepada menafsir Al quran semata mata, malah menolak terus hadis sebaliknya menggunakan logik akal dan sentiment serta emosi sehingga munculah tafsiran yang diambil secara moden seperti wanita tidak perlu bertudung, solat kena cara lebih simple dan lain lain. (boleh rujuk dakwaan dari pihak Jakim)

Akibatnya, sekali lagi, ummat islam yang tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menkafirkan Kassim ahmad, malah! ada yang ingin membunuh beliau. Woha!

So..!

Nasihat aku kepada mereka yang betul betul tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, maka tak bolehlah nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis. Contohnya, dalam Al quran tak ada  cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak? Kena rujuk hadis jugak, bang.

Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini mungkin ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.

Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, namun tak kanlah kerana sikap sesetengah ulamak yang taksub dalam menafsir hadis yang membawa pada pertumpahan darah, maka terus kita nak tolak semua hadis. Hu..hu..

Maka untuk mengatasi masalah ini, masalah orang islam suka bergaduh kerana tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli, ditambah akibat taksub serta kejahilan peribadi.

Maka, untuk mengatasi masalah ini wahai saudara islamku sekalian, sememangnya ada cara yang lebih simple, make sense dan terbukti berkesan dalam menyatukan kembali ummat islam tanpa menolak hadispun, Insya-Allah.

 (bersambung..)


Ps: Arghh, bila nak sambung tulis rasa macam akan terlalu panjang, sedang aku pulak perasan sibuk, free nanti aku sambung balik. Minggu depan ke tengoklah, Adohai..

34 comments:

Anonymous said...

bersambung?! kejamnya!

Anonymous said...

Pendapat aku yg jahil ni la,
1.Umat berpecah sbb ego rasa hebat rasa benar sendiri pd pemimpin, rasa diri sendirilah yg paling baik dan diri sendirilah yg paling faham agama dan diri sendirilah yg paling tinggi ilmunya diikuti pula oleh pengikut pengikut yg taksub. Tak de atau kurang sgt sifat tawaddu'. Elok jugak jenguk tafsiran ayat 23:53.
2.Nak selesaikan masalah pulak, bg aku yg jahil ni, kena ada taqwa. Ramai yg gantung ayat "Seribu Dinar" tp mungkin kurang faham maksudnya, elok jugak dirujuk tafsirannya. Kita duk mikir macam mana nak selesaikan masalah sampai pening pun belum tentu boleh selesai, bg Allah swt, "kun fa yakun" je. Apa dia makna taqwa ? Aku paling setuju dgn tafsiran yg diberi Prof Haji Abdul Malik Amrullah Bin Haji Abdul Karim dlm tafsir Al Azharnya, yg ringkasnya menurut fahaman aku, sentiasa menjaga hubungan atau sentiasa connected dgn Allah swt, atau "khasyatillah" atau "yakhsyaAllah", dlm Hadis Saidina Umar r.a., derjat Ihsan.
WaAllahu'alam.

Anonymous said...

Tambah sikit lg, isu perpecahan ni kena tiru pendirian ulama' ulama' dan Imam imam Ahli Sunnah kita, walau berbeza pandangan dan pendapat tp tak bersengketa dan bermusuh, tak salah menyalahkan yg lain dan saling menghormati pandangan dan pendapat yg lain, tak de rasa cemburu, iri hati, jauh dr hasad dengki.

Cipina said...

Alaaaaa..tengah feeling baca tgk2 sambung.

nolan naim said...

entahlah...apa nak jadi dengan umat islam sekarang....

Vanjenazah said...

Pernah dengar Ustaz kata

Kalau ada duit palsu dalam pasaran adakah kita buang semua duit simpanan kita?

Pasti tidak. apa yang kita buat? kita check duit kita palsu atau tidak

Macam hadis ulamak hadis orang yang layak bercakap pasal hadis akan semak

Orang awam tiada kelayakkan langsung

@Fr!^n@ said...

fitnah akhir zaman...
macam macam bende pelik zaman Nabi tak berlaku sekarang ni berleluasa..

minta saudara Hamka habiskan penceritaan ini..

sekian

nazrul ali said...

adakah ni konspirasi kassim ahmad - sengaja provok menolak hadis supaya umat islam tak kira sunnah wahabi syiah salafi bersatu padu memerangi beliau dibawah panji hadis?

emm emm tak mungkin..

Anonymous said...

Aku tak rasa masalah umat sekarang membuatkan kassim ahmad jadi begini...Dia putar je lebih!

manusia begini memang ramai kat dalam dunia ni...bahkan dialah sebahagian masalah/penyakit yang ada pada umat yang menjadikan dunia islam becelaru...

kalau lah ada satu zaman yang betul2 adil akan tetap ada seorang yang tidak akan menyukai keadilan/kebenaran itu...

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(Az-Zukhruf 43:36)


Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az-Zukhruf 43:37)

MUQARRABINZ said...

Kassim Ahmad tu perasan unik. perasan tak?

Anonymous said...

Golongan anti hadis dan syiah, pd aku dah out of the league. Tp utk menghukum tu, kerja Ulil Amri, kat ng kita diamanahkan pd Majlis Fatwa dan Jabatan Agama, kita secara persendirian jgn memandai mandai.

School Of Tots said...

Yang utama kita tuntut ilmu. Masjid as salam contohnya ada 38 kuliah setiap bulan. Tepuk dada tanya iman. Mohonlah supaya Allah pilih kita untuk duduk dan mengaji di majlis2 ilmu ini. Bila kita hadir ke majlis2 ilmu tanpa jemu, inshaa Allah akan mengundang hidayah dan taufiq Allah. Agar dapat faham agama dalam skop yg luas. Islam itu ialah cara hidup yg lengkap, menyeluruh, sempurna dan di redhai Allah. Amalkan ilmu benar yg didapat dan sebarkan untuk manfaat umat.

Another School of Thoughts said...

Betul tu, setuju sgt ngan School Of Tots. Ngaji jgn tak ngaji. Mulakan langkah ke masjid. Tempat paling Tuhan suka masjid, tmpt org baik baik berhimpun berkumpul, tmpt turunnya cahaya dan hidayah, drnya tersebar ke tmpt tmpt lain. Yg makmurkan masjid ni Tuhan jamin beriman dan hidayah, boleh rujuk 9:18, 24:35-38.

the pondok of tut said...

Yang penting amal apa yg disampaikan..kalau setakat kumpul maklumat(tau tp tak paham)buat hape,last2 perasan diri bagus &pndg rendah kt org lain yg x gi masjid

Anonymous said...

Assalam

Tulisan tuan memang macam belacan, pedas tapi sedap...Woha!

CF

P/S: Apa komen anak Datuk Yusof Haslam nak bikin cerita Munafik....double Woha!

Anonymous said...

macam belacan..?

pedas tapi sedap...tang busuk dia cam ner lak?

woha!

amin007.ledang said...

Macam cerita bersiri ...

Anonymous said...

tak payah sambung, nanti orang PAS marah.

Anonymous said...


((pedas tapi sedap...tang busuk dia cam ner lak?))

Errr..cam ketiak aku juga. Nak buat macamana. Siapa yang maksum kecuali Nabi saw?

Ketiak siapalah wangi (kecuali Nabi saw)....biarpun secantik Nora Danish.

I rest my case, undoubtly.
It's your intelligence that will ponder, god willing!

CF

Aku sayang kamu semua!!!!!!

Fara Abdul said...

'Contohnya, dalam Al quran tak ada cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak?'

itu tandanya org yg suka rujuk hadis ni tak pakai otak. nak tanam mayat pun kena hadis bagitau tanam kaki sekali. padahal, ikut logik kalau tanam x sempurna, mayat tu akan menjadi busuk yg akan menganggu org lain serta jadi makanan haiwan.

Quran suruh kita ikut Muhammad, TAPI Quran juga sudah warning kalau Muhammad reka sesuatu atas nama Allah, urat jantung dia akan dikerat serta merta. maknanya, selain drp apa yg diperintahkan Allah melalui Muhammad, perkara lain kalau nak ikut adalah pilihan sendiri bukan sebab Allah. jadi puak2 yg sokong hadis membabi buta bukanlah ikut suruhan Allah tapi ikut nafsu terlalu memuja Muhammad.

tak boleh guna logik akal? Quran suruh manusia guna otak, guna akal utk fikir mana baik buruk. banyak ayat2 dlm Quran yg mencela org yg ikut membuta tuli, yg tak mahu gunakan akal mereka. org2 yg enggan guna akal lebih teruk daripada binatang ternakan. ini bukan aku kata, Quran cakap. sama juga org2 yg mengikut sunnah (tradisi) tanpa menilai semula samada tradisi nenek moyang itu betul atau tidak.

kalau masing2 mahu guna otak, kamu takkan membawa hujah2 bodoh seperti tanam mayat timbul kaki dan x boleh solat kalau x pakai hadis. dan kamu juga takkan kata (direct atau indirect) Quran itu tak jelas, x lengkap, x detail sedangkan Quran sendiri kata dia lengkap dan jelas. Quran ayat daripada Allah dan kamu sendiri yg menafikannya. tidak hairanlah di akhirat kelak, Muhammad sendiri akan kata "Ya Allah, sesungguhnya ummatku telah menjadikan Quran ini sebagai barang yg dilupakan." (ayat 25:30) Pelik x, kenapa Muhammad x sebut hadis dan sunnah baginda tapi Quran?

mahu fikir, fikir. kalau mahu juga rujuk hadis dan ustaz ustazah kamu utk bgtahu sebijik2 apa yg perlu dipercaya, silakan. semoga di akhirat kelak ustaz ustazah dan hadis2 itu kamu boleh gunakan sebagai pembelaan terhadap kesilapan2 kamu.

Unknown said...

kpd Annakholat Atastokhdevishizar,
nasihat aku: baik ko jgn bc blog ni sbb blog ni xsesuai utk org otak slow...

detective nie said...

hurmmm..

ader beberapa percanggahan yang ada dalam beberapa komen di atas..

menurut pandangan hamba yang biasa ini:

1. dalam Khutbah yang terakhir, telah nabi nyatakan untuk merujuk Alquran dan sunnahnya( hadis yang benar dari nabi, yakni yang sahih). so perlu rujuk kedua Alquran dan Hadis...

2. Alquran banyak membincangkan hukum, so daripada Alquran kita boleh tahu sesuatu hukum, dan Hadis digunakan untuk mentafsir Alquran .. kerana Alquran x boleh ditafsir melalui akal semata.. jadi Alquran boleh dikatakan sebagai rujukan utama dan Hadis sebagai rujukan kedua..

3. Alquran hanya menyatakan sesuatu secara terang atau secara tidak langsung, tapi Hadis merupakan satu rujukan yang hadir daripada Nabi Muhammad yang mana Allah memberikan ilham tersebut kepada Nabi melalui pelbagai medium. oleh itu, boleh dikatakan Alquran dan Hadis adalah Dari Allah. dan Hadis boleh dikatakan interpretasi Nabi muhammmad ntuk Alquran dan situasi2 yang berlaku ketika itu dan ilhamnya daripada Allah swt.

4. Jika Hadis tidak boleh dipakai kerana ia berasal daripada Nafsu Nabi Muhammad, maka Alquran jika tidak boleh dipakai kerana Sahabat tidak nampak bagaimana Nabi menerima Alquran.. tetapi Nabi muhammad telah meletakkan garis panduan Alquran sendiri untuk membezakan dengan Hadis dan ti lakukan oleh sahabat untuk pembukuan Alquran supaya jelas perbezaan ALquran dan Hadis. Hadis pula adalah ucapan perbuatan Nabi Muhammad yang disaksikan oleh Sahabat bagi situasi yang berlaku. jadi, Alquran dan Hadis sama2 benar

5. Ulama-ulama terdahulu berusaha untuk mengasingkan hadis mengikut kategori supaya dapat dipastikan nasab hadis dan dapat dipastikan kesahihan sesuatu Hadis.. malahan, kebanyakan ulama mendapat hadis directly daripada sahabat yang diyakini kesahihannya.. penelitian yang detail dan tegas telah dilakukan untuk memastikan hadis tersebut sahih. walaupun terdapat hadis yang daif dan tidak pasti nasabnya, ia boleh dijadikan rujukan selagi mana bukan sebagai amalan yang wajib yang melampaui hukum dalam Alquran dan tidak melampaui syarak yang ditetapkan.. jika bercanggahan, maka haram diikuti dan boleh dijatuhkan hukum kafir dan musyrik.

6. setiap orang mempunyai interpritasi yang berbeza dengan Alquran dan Hadis, maka di situ sepatutnya wujud majlis syura atau pun boleh dikatakan majlis yang menghimpunkan ulama2 yang alim untuk perdebatan, bagi menyeragamkan sesuatu pentafsiran bagi sesebuah hadis atau potongan ayat Alquran. agar seragam dengan situasi masa kini(contohnya:cara berhadas, tayammum). jika masih tidak mencapai persetujuan, selalunya sesuatu perkara menjadi syubhah atau sah bergantung pada mazhab, kerana perbezaan mazhab adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan keperluan setempat.


Sekian ulasan daripada saya, harap maaf jika tidak terang dan tidak sehaluan dengan pemikiran saudara, kerana saya berbicara atas pemikiran logik seorang manusia biasa tetapi berfikir dari sudut yang positif, bukannnya menurut nafsu semata.. semoga kesilapan ditegur dengan cara yang baik. jika maki hamun, maka terbuktilah kebenaranku, kerana Nabi Muhammad dimaki hamun kerana mennyampaikan kebenaran.

ps:. setuju dengan hamka, sesuatu perkara perlulah dikaji bukan dikeji

hamka said...

maaf, belum ada kesempatan nak sambung, tapi komen last tu bagus!

Tornado Assassin said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Masa mmg singkat..

Anonymous said...

...lahwuhalhadis atau ahasanalhadis?
begitu juga sunnahtullah atau sunnahtulawalin?

Unknown said...

kelakar betul kamu ni...lawak sungguh...nafsu semata2...maka tunggulah di sana...hadakumullah wa iyyana

Anonymous said...

kassin ahmad meminta tafsir/tapis semula hadis..yg man bercanggah dengan quran buang, yg mna selari ikut...serupa apa yg dilakukan oleh 4 imam mazhab yg tafsir/tapis ratusan ribu hadis sehinnga tinggal beberapa ribu shj...patutunya pihak berkuasa duduk berbincang akan hadis mana yg didakwa oleh kasin ahmad tidak selari dengan al-quran..bukan menggunakan kuasa membuta tuli, menyekat dan mengongkong pemikiran individu..kalau mcm ni lah gayanya, mmg umat islam takkan bersatu padu pun..

Anonymous said...

Tapi Tuhan sendiri cakap Al-Quran itu lengkap , sempurna, dan tiada butir yang tertinggal, kenapa kenapa kenapa nak ikut hadis, kalaulah kita cakap hadis tu tunjukkan detail dia kenapa Tuhan cakap berulang ulang kali yang Al-Quran itu lengkap, sempurna dan fully detailed ? Tuhan ada cakap yang Dia, hanya Dia yang layak menjadi Law Maker, kebanyakkan hadis contradict Quran dan ini memburukkan Nabi Muhamad, lagipun Nabi Muhamad hanyalah menyampaikan apa yang disampaikan dari Tuhan, baginda has no rights to authorise hukum sendiri, Tuhan dah cakap banyak kali, saya confuse, kenapa kita berdegil nak ikut cakap manusia, kenapa tak ikut arahan Tuhan, Tuhan cakap jangan rujuk sumber lain melainkan Quran sahaja, kenapa nak ikut hadis, saya confuse sangat

Anonymous said...

Hmmm...malas nak gaduh2.Tapi ini lah cabaran manusia nak berjuang melawan syaitan untuk ke ahkirat. Apa2 pun, yang benar tetap benar, yg salah tetap jelas.Tak boleh cap orang sesuka hati. Cuma saya kesian benar dgn Pak Kassim Ahmad ni...dia suka cakap merapu dan banyak orang islam komen dia...tapi Allah bagi dia umur panjang supaya manusia perhatikan sesuatu.ini yang saya perhatikan dan fahami:
1. Bila pak kassim tulis yg bukan2 dan ramai marah, yg kafir tulah sibuk2 provoke sokong dia penuh...maka keluar banyak dalam malaysiakini, malaysian insider....dajjal2 yahudi...org islam melayu tak untung apa2...dan pandangan org luar ialah ; inike scholar melayu? Dan sekaligus ia tidak langsung cermin yg baik untuk USM (dapat bekas pensyarah cap ayam suka merapu ni...melayu)
2.banyak fitnah dan serangan luar kpd malaysia dalam bab agama pun...sebenarnya org bukan islam yg buat, bikin panas propaganda extra auta. Ambil contoh : AnnaKholat namasusahnak sebut tu...cakap pandai, gua da tengok profil instagram n FB dia ia bukan Islam pun,...
3. Dan banyak orang2 yg sibuk ambil 'port'/ mencelah bab agama di dalam mana2 blog...ai...islam pun tidak...sekutu dajjal,pengikut syaitan supaya satu Malaysia terpesong dan terus leka dan mundur.
4.tapi babkassim ahmad nih..mana yg salah dan jelas dimata...yg tak betul tetap taklah...logik akal kan? Contoh:
-perempuan islam, pengikut agama samawi tetap kena tutup aurat dgn melabuhkan pakaiannya dari rambut hingga ke kaki, dan tutp dada serta kemaluannya....seperti dalam surah an-nisa, ayat 42-.(saya xpakai hadis pun...).nak lagi power, kenapa nun di convent/gereja pakai tudung? Sebab dalam kitab bible yg asal dan kurang dipotong ada cakap, "di neraka, kepala wanita bersanggul tinggi disiat botak, buah dadanya digantung,itulah balasan kepada wanita2 Yahudi yg ego dengan menunjuk2 kecantikannya di dunia - Deurotomy.(lagi sekali : saya tak pakai hadis pun untuk hujah bab aurat ni). Masalah bagi mereka yang kurang membaca...kurang ilmunya.
4.kurang ilmu tapi beramal bahaya...jadi sesat.
5.banyak ilmu tapi tak beramal...lagi tambah sesat
Harap Pak Kassim tak jadi Pak Luncai,anak bangsa jatuh berderai. Jangan sampai...dahla di dunia anak bangsa hidup papa rumah,duit pun tak ada, di akhirat juga hina dina papa kedana.
Saya....ada kala senang, sedikit kadangkala susah. Tapi...Allah permudahkan jalan hidupku, tenang selalu.Sentiasa bersyukur dgn nikmatnya (makan nasi putih panas dengan ikan sardin goreng di Tokyo ni pun rasa sedappp sangat).Masa untuk solat isyak berjemaah dgn wanita2 Jepun bertudung warna-warni di Masjid Tokyo yg sangat bersihhhh,wangi dan indah ini (saya tak suka orang pakai tudung gelap macam funeral yg bau hapak). Disini...Islamnya, indah.Kamu dah solat???

aidanurhaidah said...

Sangat setuju! Quran tu dah lengkap dgn penjelasan, kenapa perlu hadis yg tidak tentu kesahihannya. Perkara asas semua dah ada, yg takde tu perkara remeh temeh yg boleh difikir secara logik bagaimana nak selesaikan atau jatuhkan hukuman.

Anonymous said...

nak ikut muhammad mana? kita semualah muhammad yang diceritakan dalam al-quran tu. muhammad itu roh (sifat-sifat allah) dan allah itu tuhan yang menyeliputi segalanya. tidakkah kamu lihat pada diri kamu?

Anonymous said...

al-quran bukanlah sekadar kertas dan dakwat. al-quran yang sebenarnya ada pada diri kamu, segala yang diceritakan tentang kamu. janganlah berpegang pada sesuatu ayat, kerana itu masih permainan duniawi. rahsia ayat yang sebenar ada pada nafas. apa itu nafas, nafas itu nyawa, nyawa itu roh, roh itu rahsia, rahsia itu allah.

Anonymous said...

Ada benarnya tuan, kata