Apr 30, 2013

Gaji minimum, bagus?

(Menetapkan Gaji Minimum Adalah Idea Yang Buruk Bagi Rakyat-Posted by Shahabudeen)

Soalan pembaca beberapa bulan yang lalu..

“Saudara Hamka, saya nak mengadu mengenai masalah gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan baru baru ini membuatkan kami pengusaha pusat jagaan kanak kanak (setelah bermusyuarat dengan wakil semua pusat jagaan) terpaksa menaikkan yuran dari RM180 kepada RM300 kerana gaji minimum seorang pengasuh tanpa potongan KWSP wajib RM900 yang mana jika tidak patuhi, akan di denda. Akibatnya, beberapa pusat jagaan kanak kanak terpaksa di tutup kerana tiada lagi ibu bapa mahu menghantar anak mereka dan kami terpaksa membuang pekerja. Ternyata kesan kerajaan menetapkan gaji minimum sangat menyusahkan peniaga kecil seperti kami, tolong ulas isu ni di blog saudara kerana rasanya ramai juga orang politik yang membaca blog saudara. Terima kasih”

Hamka said:

Aku pun terasa kesannya jugak sebab anak aku semua di hantar ke sekolah swasta, tapi mereka naik yuran tak banyak, naik dari RM150 kepada RM180, oleh sebab anak aku tiga orang sekolah kat situ, so aku kena tambah lagi duit yuran, tapi takpe, bagi aku RM180x3 masih releven.., tapi anak aku yang tadika, mereka naikkan dari RM150 kepada 240, alasan mereka adalah gaji minimum, so aku pindahkan ke tadika lain, iaitu Tadika PASTI, yuran RM180, 7 pagi hingga 6 petang.., kira okeylah..

Bagi aku usahawan tadika jangan naik tinggi sangat yuran sampai RM300 satu kepala hanya dengan alasan gaji minimum RM900, bayangkan mereka yang ada anak 4 orang macam aku? Dah Kena bayar RM1200, yang mana sebelum ni hanya RM600…, Adohai.., dah kena tukar tadika, nak pergi ke tadika KEMAS, hanya setengah hari, petang nak kena upah orang lain pulak? Isk.

Alhamdulillah ada orang PAS kat tempat aku bukak tadika PASTI dari 7 pagi hingga 6 petang dengan kos RM180 satu kepala, kira oleylah.., harap dapat kekal yuran tu lepas PRU walaupun manifesto korang gaji minimum naik lagi RM1100.., (what?) itu baru cerita bab jagaan anak, belum cerita kedai makan, naikkan harga makanan sebab tukang order pun gaji RM900, tak ke naya? Nak salahkan ushawan pun tak boleh sebab ternyata orang politik ni bukan pandai sangat bab ekonomi sebab masing masing bagi manifesto terdesak nak memang, tapi kesannya rakyat jugak yang tanggung.

So, sebelum aku tulis isu ni, aku ada baca dulu beberapa pendapat di internet yang mana jika belum ada orang tulis, aku akan tulis, tapi jika dah ada orang tulis dengan hujah yang bernas, aku akan copy/paste sahaja, yang mana akhirnya aku jumpa artikel yang aku rasa sesuai untuk di baca hingga habis, dan sila bersetuju di hujung entry.

Please ‘enjoy and be educated’.

Copy/paste...

Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas rakyat.

Dari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.

Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.

1. Tidak Adil Bagi Semua

Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.

Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan.

2. Memusnahkan Perniagaan Kecil

Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan menetapkan gaji minimum.

Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.

Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.

3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran

Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.

Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.

4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua

Penetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah produk.

Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya pengguna terpaksa menanggung kerugian

Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.

Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda

“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat nanti”

(“An Islamic economic system largely supports a market mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to intervene to set prices (of
wheat) saying, “I dont want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural causes (drought).”)

Ini dengan jelas menunjukkan Islam sendiri mengakui dan mengesahkan pasaran terbuka sebagai satu mekanisme yang terbaik dalam pemerintahan dan hal-ehwal perniagaan dalam sesebuah negara.
Tidak banyak yang kita dapat buat sekarang. Polisi ini tidak akan ditarikbalik dalam masa terdekat dan Pakatan Rakyat juga sedang berjuang untuk meningkatkan lagi gaji minimum dalam manisfesto mereka.

Nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi negara kita.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

End copy/paste, link asal klik sini.

Ps: Aku setuju dengan encik Shahabudeen yang mana nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi negara kita. Adohai...

40 comments:

Anonymous said...

fresh grad pun nak gaji minimum gak.... mana boleh gaji RM1200... tak jauh dr gaji minimum n kena byr mcm2 untuk start berdikari...hehehe

maya said...

ntahlah..politik..politik...sume utk kepentingan peribadi jer...

kiko said...

bende ni subjektif.... menguntungkan sesetengah pihak dan membebankan sesetengah yang lain... fair and square la.....

Juasseh Cafe said...

Gaji RM900 takad o.k je pada mereka yang bujang, untuk yang berkahwin kena dua dua kerja dengan boleh anak seorang saja. Kira sendiri la, rumah kurang kurang pun rm500 sbln sewa. Kalau gaji indon kerja kontrak koman koman pun rm 70. sehari. fikirkan

AllAboutLife said...

salam..blog yg menarik dan memberi byk faedah.. gaji minimum mmg sesuai bg pekerja yg gaji mereka rendah, tp bg majikan..sedap lah dorg naik kan harga barang nnt..dah gaji manpower naik, product n service pon naik..xpatut2..

jom exchange link blog sambil bertukar idea..

http://zairulakmaldaylife.blogspot.com/

MG Hanan said...

pakcik hamka pernah dengar tak tentang satu gerakan yang nak membawa kembali sistem pemerintahan khalifah?

sekarang ni dah ada di negara kita. moga gerakan ini membawa kebenaran.

sistem demokrasi sememangnya bukanlah sistem yang terbaik dalam sesebuah negara. Ahli politik terpaksa mengikut kehendak rakyat yang bukan semuanya mendatangkan kebaikan.

Tidak dinafikan, manusia ni mengikut trend, dan mereka yang berpengetahuan dan mempunyai fikrah pula bukanlah golongan majoriti.

tak mustahil semua rakyat malaysia boleh terjebak dengan gejala gwiyomi dan nanti, ahli politik yang nak memang, kena pandai buat gwiyomi untuk menarik perhatian dan undi masyarakat.

err apa kata ustaz buat video gwiyomi?

kehkehkeh...ampun.

Anonymous said...

rezeki ni kan Allah yg bg. klau berkat sikit pun cukup. by cucu wak tadi

Anonymous said...

utk peniaga kecil memang rasa terbeban. tak ikut nanti pekerja lapor kat pejabat buruh. bila ikut kena reduce pekerja. pekerja yg ada kena kerja separuh mati pulak nak back up keje2 orang yang takde.

jadi ahli politik memang susah. rakyat mendesak, pihak lawan mendesak, diri sendiri terdesak.

Anonymous said...

nama je gaji minima rm900. tapi elaun semua dimasukkan ke gaji pokok.. ot pulak zero... cuba bayangkan kalau dulu dengan gaji rm700 + elaun + ot boleh dapat rm1200-1300. tapi bila pelaksanaan gaji minima ni hanya dapat gaji pokok rm900 itu belum tolok epf dan socso. Jadi pikir pikirkan la ye.... Syarikat untung besar la lepas ni.

bernama said...

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum - RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak - dijangka memberi kesan kepada kos pengeluaran bagi pengeluar barangan plastik.

“Kos buruh merupakan komponen kos utama bagi industri ini. Dengan pelaksanaan gaji minimum, kos buruh langsung kami akan meningkat sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran kami meningkat,” kata Datuk Raymond Sng, Naib Presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).

Selain itu, harga resin, yang merupakan sebahagian besar kos pembuatan produk plastik, telah meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, katanya.

“Kenaikan kos buruh dan harga resin plastik akan memberi kesan buruk kepada operasi perniagaan kami,” kata Sng dalam satu kenyataan.

Kata beliau, persatuan itu tidak membantah pelaksanaan gaji minimum, tetapi pengeluar memerlukan lebih banyak masa untuk membuat perubahan sewajarnya seperti automasi proses dan latihan semula pekerja untuk meningkatkan produktiviti mereka dan kecekapan untuk mengurangkan impak kenaikan gaji itu.

“Satu tempoh penangguhan selama sekurang-kurangnya setahun diperlukan bagi pengeluar membuat pengubahsuaian sewajarnya,” kata beliau, sambil menambah

bahawa industri plastik mengalami kekurangan pekerja tempatan.

Selain gaji pokok RM900, kata beliau, majikan terpaksa menanggung kos levi, asrama dan kemudahan, pemeriksaan perubatan Fomema, bayaran insurans dan tiket penerbangan pergi balik (selepas tiga tahun) jika mengambil pekerja asing, dan ini mencapai jumlah kira-kira RM300 - RM350 bagi seorang pekerja sebulan. — Bernama

K said...

Saya ada pendapat peribadi dan secara tidak langsung menyokong dasar ini.

Berikut adalah beberapa kesan positif perlaksanaan dasar ini untuk rakyat dan negara

MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DAN JURANG MISKIN KAYA

- pertambahan upah yang diterima akan menambah pendapatan isi rumah. Secara tidak langsung ahli keluarga juga akan mendapat manfaat seperti anak anak dan isteri.

- majoriti buruh dalam negara yang termasuk dalam bracket low wages ini adalah wanita dan generasi muda terutama lepasan sekolah. Ini akan membantu mereka.

- pertambahan pendapatan mereka akan menyebabkan mereka kurang bergantung kepada bantuan kerajaan seperti perubatan, subsidi dan sebagainya. Kesan dari itu kerajaan akan dapat menjimatkan wang pembayar cukai.

- disamping itu ia dapat mengurangkan eksploitasi terhadap tenaga buruh.

KESAN EKONOMI

- kenaikan upah yang diterima mereka akan kembali ke dalam kitaran ekonomi. Perbelanjaan untuk makanan, penjagaan anak anak, perbelanjaan isi rumah yang lain akan meningkat seiring dengan pertambahan upah mereka.

- ini secara langsung meningkat kegiatan ekonomi disekitar mereka local busines seperti kedai kedai makan, peruncitan (sebagai contoh) dan sekaligus meningkatkan hasil cukai.

- ini juga membantu small medium industries SME kerana kuasa beli sebahagian pengguna meningkat.

INFLASI

- para penentang dasar ini menggunakan alasan pelaksanaan gaji minimum ini akan mengakibatkan inflasi.

- sebenarnya gaji minimum membantu pekerja pekerja low bracket ini menghadapi ancaman inflasi.

- inflasi berlaku sepanjang masa samada upah tinggi mahupun rendah seperti keadaan dalam negara ini. Ini kerana ada faktor luar lain yang mempengaruhi kadar inflasi seperti spekulasi.

KADAR PENGANGGURAN DAN PRODUKTIVITI

- pekerja akan setia, produktiviti pekerja akan meningkat, kurang ponteng, mengurangkan kos untuk melatih semula pekerja (pekerja bekerja tetap), kerja kosong berkurangan, kurang kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

- apabila pekerja meninggalkan syarikat, ini mengurangkan produktiviti, terpaksa mencari tenaga kerja baru, latihan semula. Ini membabitkan kos.

- apabila mereka lebih berminat untuk bekerja, ini akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan.

Untuk kesimpulannya, gaji minima ini adalah gaji yang ditetapkan undang undang yang perlu dipatuhi oleh para majikan. Harus diingat dalam sesuatu organisasi bukan 100% kakitangannya adalah low bracket earner, maknanya tidak melibatkan semua kakitangan.

Semangat dasar ini adalah untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang kekayaan. Ini dituntut oleh Islam.

Dzafirah Zain said...

Sokong!!!~

MUQARRABINZ said...

MGDA - Hal-hal kenegaraan dan sistem khilafah memang telah lama dibincangkan oleh HTM. Sila rujuk link ini...
http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/3402-sn305-gaji-minimum-bercanggah-dengan-islam

Anonymous said...

Lagi tinggi gaji, lagi tinggi harga roti canai. Sebab mamak roti canai pun kena bayar gaji tinggi kepada pekerja indon yang buat teh dan jugak ane yang masak mi. Macam mana mau dapat duit ini macam?

Tapi kalau seseorang peniaga tu sanggup menanggung kerugian sementara untuk keuntungan jangkamasa panjang dengan memurahkan harga barangan....ini mungkin berhasil

Anonymous said...

penerangan lanjut tentang Islam dan gaji minima KLIK SINI!!

detective nie said...

pada pendapat saya.....
kadar gaji minimum ini perlu disemak semula dan perlu di kenalpasti syarat2 untuk pelaksanaan gaji minimum...kerana, jika semua pekerja perlu dibayar gaji minimum yang saa rata, akan menyebabkan ketidakadilan dalam pembahagian gaji oleh majikan...
antara faktor yang perlu diambil kira adalah
1) status sepernuh masa atau separuh masa waktu bekerja
2) produktiviti dan disiplin pekerja
3) status syarikat- berdaftar atau tidak dan kecil atau besar.
4) jenis pekerjaan.
5) kemudahan yang disediakan oleh syarikat.
6) agreement antara pekerja dan syarikat
7) nationaliti
8) status pekerja

sekian, pendapat saya...kerana keadilan bukan bermakna sama rata...tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

mecha_praline said...

masih perlu kepada penambah baikan usul minimun wages nih. kepada industri kecil, mungkin perlu pengecualian? mungkin..yerlah, pihak majikan nak untung besar. pihak pekerja pula nak ras keadilan terhadap hasil kerja dorang. masing-masing menuntut hak yang wajar diterima. ada pros dan cons. apa yang penting usahalah untuk majukan diri masing-masing.

mecha_praline said...

secara peribadi aku lebih suka ekonomi pasaran bebas aka kapitalis. minimum wages lebih dekat kepada sistem sosialis. pada yang miskin pandai pandailah kerja memburuh membanting tulang untuk hidup. selamat hari buruh.

wak kartu said...

Aku nak komen lari dari topik

ya hari ngundi dah dekat.

Kepada yang tak nak mengundi ikutlah macam aku. kita berijtihad kepada ulamak yang mengharamkan undi kepartian.

kepada yang nak mengundi berijtihadlah kepada ulamak yang mewajibkan keluar mengundi.

Dan lagi masing masing berijtihadlah jangan memandang rendah kepada pihak lain.
Orang yang berijtihad akan dapat pahala walaupun ijtihadnya salah.

ok tu je pesanan dari penaja.

wak kartu said...

Aku nak komen lari dari topik

ya hari ngundi dah dekat.

Kepada yang tak nak mengundi ikutlah macam aku. kita berijtihad kepada ulamak yang mengharamkan undi kepartian.

kepada yang nak mengundi berijtihadlah kepada ulamak yang mewajibkan keluar mengundi.

Dan lagi masing masing berijtihadlah jangan memandang rendah kepada pihak lain.
Orang yang berijtihad akan dapat pahala walaupun ijtihadnya salah.

ok tu je pesanan dari penaja.

mohd fahmi said...

Assalam... Company aku dah buang 15 orang pekerja gara2 gaji minimum.. Bukan gaji diorang sebelum ni kurang Rm900.00,rata2 dapat dalam Rm 1200 termasuk OT.. bila pokok gaji naik.. OT plak sememangnya perlu.. OT x dengan gaji pokok... Peningkatan kos sangat tinggi.. Pelanggan pulak, jabatan kerajaan pula tidak mahu bayaran kontrak ditambah akibat perlaksanaan gaji minimum.. Aku tak boleh bayangkan PKR nak bagi Rm 1100.. suruh nuar berahim potong rumput lah..

WanBeruas said...

..Positifnya kita boleh lihat sudah ramai orang Melayu yang kembali bekerja di pelbagai sektor yang dulunya tidak berminat disebabkan gaji yang rendah...Justeru secara tak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kita terhadap pekerja asing yang sekarang tidak terkawal akan kemasukan mereka...

Anonymous said...

BN bodoh, tpi PR lagi bodoh.!

Bal said...

Stupid people who don’t like to work are leeches of society. Fortunately, there are no unemployment welfare system in Malaysia, unlike in the US. During this election, some political parties wanted to make Malaysia a welfare state. I’m hope they lost. Yes, by all means help the poor and the downtrodden, but do not give money to people who don’t want to work. Cradle-to-grave social security will bankrupt the country.

Ahmadkmz said...

Mana mungkin dapat memuaskan hati semua orang dalam setiap keputusan yang dibuat..

apa2 pun, kerajaan tidak sepatutnya menggula2kan rakyat dengan wang mudah seperti yg BN lakukan..

Yang penting PR cuba membawa perubahan yang lebih baik kepada negara kita..

Hapuskan rasuah, pemberian tender secara tidak telus dsbnya...

cinta said...

Rezeki Allah yang bagi. Bukan majikan, bukan kerajaan, bukan pembangkang. Adoyai..
Hmm, udah kita suka sangat gula-gula, so diorang pun berlumba-lumba nak bagi gula-gula banyak-banyak untuk amik ati kita. ye dak? Siap lemak berkr1m lagi. Kang nanti diabetes den tak tau. hohoho..

hamka said...

komen korang bernas bernas belaka.., adohai...

Prince of Noob said...

MASANYA TELAH TIBA!!!

"INI KALI LAH!" atau "LAIN KALI LAH!", mana satu yang anda pilih???

Buat pilihan cepat di sini.

komen ana bernas tak hamka? tapi nak tulis panjang sangat, mungkin boleh jenguk2 sikit blog picisan ana tu huhu.

Anonymous said...

masalah gaji minimum..

gaji naik rm900 and kita andaikan kenaikan tu sbagai 10% kos perbelanjaan dlm organisasi.
tp kita tak pernah fikir yg usahawan ni juga akan fikir cara untuk overcome gaji minimum tu sehingga menaikkn harga barang sbyk 25%.
jadi, kita ingat kita kaya 10%, tp sebb barang dah naik 25%, sbenarnya kita miskin 15% ke bwh....

jd, jgn paksa kerajaan, usahalah sndri, jgn harap semut bwk makanan ke mulut kita, jgn harap makanan jatuh dari langit cam cite meat ball (cite kartun).
Usahalah. jgn jd usahawan cerkik darah, n jgn jd lintah kerajaan mintak elaun sara hidup.
hidup kita, tanggungjawab kita.

polaris.saujana said...

Shabuddeen dah warning hal nih tahun lepas!!!!

HAMKA, perasan sibok tahap apa plak ko sekarang nih?

(first time, aku marah kat bro HAMKA)

Anonymous said...

aku sekarang tgh pening macam mana aku nak cari dakwat kekal untuk calit kat jari aku supaya tak kena kritik dengan penyokong hardcore PAS...

Bro, Hamka? Ada idea tak? ke just biarkan ajer aku kena perli "munafik" dengan diorang ni?


hamka said...

kau pakai inai, tapi hati hati pulak, takut bini tuduh kahwin lain- woha!

Anonymous said...

aku sokong gaji minimum,

kalau nak citer pasal, kos memang akan naik...tak payah nak tunggu gaji minimum pun dia akan naik sendiri dengan kenaikan harga minyak, harga tol dan segala jenis cukai...oh ya saman AES jugak... ingat orang bawak lori boleh berhemah ker?. Kalau tanpa sebab pon dia nak naik, dia naik jugak...

kalau mana yang tak setuju sila hidup dengan gaji korang sampai ke tahun 2020 tak berubah dengan harapan harga segala benda takan naik..baru lah mcm lembu sejati, almaklum lah Brim boleh tampung hidup utk 10 tahun mendatang siap boleh bukak perniagaan dengan permulaan kos modal rm 500 ajaib!

sebab tu kene hapuskan monopoli, ketirisan, harga minyak kene turun, tol patut dihapuskan

dunia bergerak kehadapan kita tak boleh tahan, harga tetap akan naik...masalah utama rakyat malaysia ialah harga kita sebagai pekerja,rakyat dan manusia yang tak naik naik

Anonymous said...

Hamka,

pakai inai? ala seriues ni bro... kalau tak 5 thn kena bahan dengan pembangkang ni... tak tau nak tanya saper dah ni....

sorry la salah tempat tanya...

Anonymous said...

untung ratus ribu, naik 300 pun berkira.

Anonymous said...

Kepada Dato Seri Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan mendapat hanya 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi.

2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

Anonymous said...

Keluar 3 hari hendak orang sponsor tapi nak beri lebih sedikit kepada guru tadika tak mau. Sedarkah tuan jihad guru tadika berkali-kali ganda lebih afdal dari keluar 3 hari?

Anonymous said...

alhamdulillah, PR kalah, jika tak tentu gaji minumum naik RM1500, dan semua rakyat miskin menderita kerana kenaikkan harga barang.

terima kasih Hamka kerana buat saya undi BN, walaupun BN teruk, tapi PR lagi teruk.

Anonymous said...

Saya merasakan memang patut kerajaan tetapkan gaji minimum.

Mereka buruh bawahan sekadar kais pagi makam pagi, kais petang makan petang. Cuba bayangkan contohnya pak guard atau makcik cleaner yang gajinya dalam 800 ratus sahaja sebulan. Bagaimana mereka ingin survive? Bagaimana nak besarkan anak mereka? Sebenarnya bagi aku 1100 pun terlalu kecil. Apatah lagi 900.

Bila kita tengok apa yang berlaku di Malaysia ni, gaji untuk degree holder & ke atas naik mencanak2 selepas beberapa tahun. Ini amat berbeza sekali untuk diploma & ke bawah yang naik sikit2 ataupun tak naik langsung. (Sila bandingkan untuk sektor swasta dan dalam kategori yang sama)

Kalau tidak dibendung dari awal, nescaya budak2 yang ada SPM sahaja tidak berminat untuk bekerja.

Satu lagi kalau nak gaji seperti yang ditentukan oleh market, kita kena haramkan penggunaan pekerja asing. Seperti mana kita mengenakan cukai yang tinggi terhadap barangan import yang kita perlukan seperti kereta. Kalau duk pakai pekerja asing je, gaji 500 cukup. Mereka tak bayar cukai, boleh hidup dalam keadaan asas yang sangat minimum dan tidak tahu hak2 pekerja. Lepastu guna klinik kerajaan, bas rapid dan membuat onar.

Pasal gaji dan kos sara hidup ni dah banyak artikel yang saya baca. Kesimpulan saya adalah inflasi. Inflasi lah yang menyebabkan duit semakin tidak cukup.

Ada satu artikel yang saya baca mengatakan gaji fresh gradute pada tahun 1970 adalah 1000 ringgit. harga rumah 50k dan kereta 7k. Tahun 2010 gaji fresh graduate 2~3k. Rumah 350k dan kereta 43k. Cuba tengok kesannya. Inflasi naik berganda2 padahal gaji naik 3 kali ganda je. Tidak mustahil 30 tahun lagi degree holder pula ada gaji minimum. (kalau nak harapkan market, kita ni jadi hamba hutang pada masa itu).

Sekarang ni saya rasa kerajaan perlu mengurangkan inflasi seperti pada tahun 90an. Kalau inflasi sifar, gaji 500 pun cukup untuk diploma holder seperti pada tahun 80an.

Mungkin selepas ni encik hamka boleh mengeluarkan artikel tentang inflasi. dan segala galanya berkaitan inflasi.

Anonymous said...

alhamdulillah, PR kalah, jika tak tentu gaji minumum naik RM1500, dan semua rakyat miskin menderita kerana kenaikkan harga barang.

terima kasih Hamka kerana buat saya undi BN, walaupun BN teruk, tapi PR lagi teruk.