(Orang yang selalu tidur waktu khutbah jummaat, tidak lah elok dijadikan menantu)
Setiap hari jumaat, ummat islam dari golongan laki laki adalah wajib pergi solat jummaat, dan wajib dengar khutbah jummat, tapi malangnya ramai yang tertidur waktu khutbah, terutama mereka yang duduk solat di ruang perempuan, memang hampeh! (err, termasuk aku kadang kadang..oh!)
Itu saf depan, jika saf belakang, bukan lagi tidur, ada yang sibuk update FB, tekan tekan SMS, dan sebagainya. Lagi teruk, ada ada yang berborak, bukan budak budak pulak tu tapi orang tua yang dah beruban bulu kemaluan!bengong!
Bila balik dari masjid, cuba tanya suami korang, khutbah jummat cerita pasal apa? Sekor pun tak tahu nak jawab, yang mampu jawab pulak melawak dengar imam suruh bertakwa, itu rukun khutbahlah bang, semua orang tahu lah! Ingat saya ni bodoh sangat ke?!
Tapi sebelum tu, aku nak salahkan mereka yang tidur pun tak boleh jugak, sebab waktu tengah hari, perut kenyang dan duduk di ruang solat perempuang yang harum dan bersih serta saujana mata, di tambah bacaan khutbah yang bosan, memang boleh berdengkur di buatnya! Isk!
Apa?! Khutbah jummmat yang bosan?!
Kau biar betul Hamka?!
Ya, aku akui, kebanyakkan isi khutbah khutbah jummat pada sebahagian masjid hari ini, banyak yang sungguh bosan tahap gaban!,
Jika pergi masjid pembakang, setengah jam cerita betapa bagusnya pembakang, betapa mulianya parti yang bergabung dengan mereka bla bla bla.., perasan bagus sungguh, dan setengah jam lagi kutuk pulak betapa buruknya kerajaan, betapa hinanya mereka yang sokong kerajaan bla bla bla, bosan sungguh aku, menyesal pergi solat jumaat di masjid pembakang, buat kurang pahala jer dengar khutbah perasan bagus mengumpat sana sini. Hampeh!
Jika pergi Masjid kerajaan pulak, ada pulak khutbah suruh bawak anak pergi mezium cuti sekolah lah, suruh beli barang buatan Malaysia lah, suruh makan buah tempatan lah, bosan sungguh, aku nak dengar cerita yang meningkatkan iman, bukan isu semasa yang membuatkan pendengar bosan, lalu tidur, main game, update FB, SMS dan berborak! (orang lain-bukan aku!)
Ada jugak khutbah jummat yang bagus isinya, tapi Khatib baca dengan nada suara yang sungguh bosan.., mukapun bosan, mata tengok buku sahaja, sekali sekala tengok syiling apa ke jadah?, dan boleh pulak mengeja (sebab isi jawi), nampak sangat tak buat preparation sebelum jummaat dan dari jauh dengar macam budak tadika baca rukun negara sahaja.., aduh bosan sungguh!.., Apa salahnya hafal sikit isi khutbah dan kurangkan tengok teks waktu berkhutbah supaya menampakan konfident dan faham ugama, tak boleh ke?
Kat tempat lain, ada tajuk khutbah yang bagus, khatib pun bagus, baca dengan penuh bersemangat. Tapi panjanglah pulak sampai aku bosan, kaki dah kebas, pukul dua petang belum nampak nak berhenti ni sudah melampau, mentang mentang ramai datang, kau bantai khutbah jumaat yang panjang, walaupun bagus, ramai yang berdengkur sebab panjang sangat!
Aku marah ni bukan apa, jika kita mengantuk di sekolah sebab bosan dengan bebelan cikgu, boleh makan gula gula, tapi waktu khutbah, bila mengantuk, makan gula gula nak mampus?, karang nak berkumur satu kerja pulak! Arhghh!!
Maka aku nak nasihatlah, kepada budak budak yang minat gila baca blog aku, dan mungkin satu hari nanti bila dewasa korang akan berkerja di jabatan ugama atau apa apa badan so call islamic, dan terlibat pulak dengan authority bab khutbah jummat, maka, apa kata kita ubah konsep Khutbah jummat hari ni kepada konsep baru yang “lebih-baik- mungkin”, sebab khutbah hari ni banyak yang bosan dan kurang berkesan.
Semua tahu Rukun Khutbah jummat ada lima: iaitu: (1)Memuji Allah,(2) Selawat ke atas Nabi, (3)pesan supaya ummat islam bertaqwa, (4)baca beberapa ayat Al-Quran dan (5) Doa kebaikkan untuk semua orang islam.
Yang ni jangan ubah apa apa, bodohlah jika ubah sebab ni rukun Syarat wajib Khutbah, yang nak ubah adalah isi sahaja.
Cadangan aku:
Oleh sebab dalam khutbah wajib baca ayat Al quran dan kemuncak solat Jumaat nanti dua rakkat pula akan di keraskan suara Imam membaca ayat suci Al quran, maka apa kata dalam isi khutbah pertama, bincang tentang ayat Al quran yang bakal di baca dalam solat Jummat nanti. Sebab ramai ummat islam hari ni, dah khatam Al quran, tapi belum khatam makna Al quran, apatah lagi nak khatam bab Asbabun Nuzul.(asal usul ayat)
Kebaikkan cadangan aku adalah, bila kita bincang bab ayat Al quran, bab makna ayat itu, bab hadith berkaitan ayat itu, bab Asbabun Nuzul ayat itu, maka bila solat, imam baca pulak ayat tu, akan lebih khusyuk dan bermaknalah akan solat Jummat dua rakkaat kita pada hari itu, insyALlah.
Zaman nabi Sahabat takde masalah, sebab mereka faham arab, dan faham asabun Nuzul, kita hari ni dahlah buta arab, Pak imam baca pulak surah panjang, ada pulak yang tertidur waktu solat memang hampeh.
Jadi bagus apa belajar makna Al quran secara terus dalam khutbah dan di baca terus oleh iman selepas Khutbah yang mana, bila pulang ke rumah, seadainya isteri tanya apa isi khutbah, dan andai kata kita terlupa, maka tak jadilah kita lupa sebab kita akan rujuk terus pada Ayat Al quran selepas Al fatihah yang di baca imam sebagai reminder, dan tersingkaplah isi khutbah jummat tentang makna, dan tafsir ayat tersebut.
Best tahu jika setiap hari jumaat kita belajar makna dan tafsir Al quran dan terus Imam baca dalam solat dengan tajwid yang betul, maka akan lebih berkesan sebab teori dan praktikal jalan serentak, tapi tak payahlah nak ambik ayat terlalu panjang, agak agak sahaja, semiggu belajar dua tiga ayat di samping hadith berkaitan dan seruan bertakwa, InsyAllah khubtah jummat menjadi ketagih macam drama bersiri sebab kita ada 6 ribu ‘episod’ untuk di ceritakan.
Lepas ni bila pulang ke rumah, orang yang jahil ugama pun boleh cerita kat bini, contoh:
“Sayang, tadi imam baca surah Wal asri, iaitu surah ‘demi masa’, merdu sungguh suara imam tu, dan dalam khutbah, imam tu cerita bahawa ayat ini bercerita tentang semua orang akan rugi kecuali orang yang buat 4 perkara, pertama: beriman, kedua: beramal solah, ketiga: berdakwah, dan ke empat sabar buat semua perkara itu sampai mati, menurut saidina Umar, jika ayat ini turun, cukup untuk dia amal ugama, bla bla bla..”
Wah wah wah, tentu bini korang akan kagum dan mulai melayan korang dengan lebih baik di ranjang kerana terharu dapat suami yang boleh cerita balik isi khutbah- Woha!
Cukup sampai situ, cadangan lain, aku cadangkan agar khutbah kedua di seragamkan teksnya sampai bila bila, yang merangkumi, pujian kepada Allah, selawat ke atas nabi, seruan bertakwa dengan petikan Al quran dan Hadith, supaya kita semua boleh hafal macam hafal rukun negara yang mana boleh digunakan sebagai modal berdakwah andai kita tak ada idea.
Cadangan lain, Doa selain bahasa arab, boleh tambah doa dalam bahasa melayu, sebab ramai orang yang datang solat jummaat tu, sangat bodoh dalam bahasa arab termasuklah aku.., isk.
Akhir kata:
Ya!, aku tahu aku bukan Ustaz dan pendapat aku adalah ‘nobody care’, tapi aku nak tulis jugak kerana aku tengok banyak cadangan dalam dunia ini di laksana lepas orang yang cadang tu dah mati, maka aku tak kisah, aku cadang hari ni, dan korang nak laksana bila aku mati kelak, lagi bagus, sebab aku boleh dapat pahala free!
Woha!
Ps: Tapi jika hati dah gelap, datang Ulamak tersohor bagi khutbah pun, dia bantai tidur jugak, Hampeh!
65 comments:
Woha !!!
Hahaha! Terbaaik..!
Hmm.. Slama ni sy preview khutbah kat tv je, itu pun dia kasi tnjuk masjid2 utama, so klu dh masjid utama ni, imam dia msti la brjaga, ye dak?
Apapun, ni mmg entri brani mati. Buang yang keruh, ambik yg jernih. Ini satu pndangan seorg jema'ah, mudah2han mna jadi pak ustaz yg follow blog or kasi lintas boleh la kasi tukar skit konsep dia..
Lgpun ada point mcm suara tak smangat, bca mleret2 [org kurang fhm, mcm takde point], or just kasi crite politik. Ahh, ni tak boleh blah.
Ada pula khatib yang nada suaranya perlahan dan mendayu-dayu, yang berbunyi macam orang sedang mengawan oh..
sepanjang pengalaman khutbah paling best adalah dekat masjid terapung(entah betul entah tidak nama ni) yang suara lantang, tak panjang sangat dan menarik(sebab pakai power point). Woha !
Taktau lagi kat tempat lain tak pernah pergi.. kalau boleh contohilah masjid yang macam tu, kan menarik perhatian jemaah ? :)
aku suka dengar khutbah di masjid Sri petaling, khatib tak baca teks, baca isi ringkas, dan mudah faham.
Khutbah yang padat dan menarik dapat membantu ahli jemaah untuk menghayati dan memahami isi kandungan khutbah yang ingin disampaikan. Kalau tak jemaah akan tidur dan mengurangkan pahala Jumaat..
tu lah tu!
khutbah jumaat mat salleh pun best2 gak... hahaha. bukanlah kata diorang tu bagus sgt , tapi straight to the point dan tak guna teks sgt
betul la tu tuan kalo tengok trend khutbah la nie lebih banyak kepada kebendaan bermula dari khatib sampai kepada manusia yang datang nak solat tapi handset tak lekang dok tip top tup sms la apa bender la ada pulak tu khatib dok baca khutbah yang dia dok berzikir apa kebender nak berzikir ker nak dengan khutbah aku kadang-kadang tengok pun naik heran kalo budak-budak bawah 18 yang kurang akai dan pengetahuan agama buat kira bolehla di maafi ni dah tua bangka kerepok nak masuk dalam tanah pun sama naik .... ni la Melayu Islam tak sama macam anak cina@anak india masuk islam .... apa kata minggu depan hang saja jadi khatib HAMKA bagitau masjid mana confirm aku sampai .... wohahahha
klcitizen cikgunormah..
ada satu tempat aku pergi, khutbah pertama bahasa melayu, khutbah kedua bahasa English, wow!
Anonymous..
Aku belum layak bagi khutbah kepada bakal mayat, khutbah kepada mayat boleh, woha!
Aku kerap tetdo time khutbah. Hamka xder care ke xnk bg tetdo nie. Penat mgantuk ngan speaker xjelas mmg kombinasi yg baik...
btw... per citer buku ko hamka. lame ngat nie.
Klau xjadi kate xjadi,
tidak aku tenanti².. ewah..
Cam lagu la plak.
-Patin Temerloh-
Salam bro. Kalau kat malaysia, semua khutbah kebanyakan di buat oleh jabatan agama dulu. Jadi isinya agak skema kadang kala. Saya belajar di Indonesia dan amat kagum dengan khutbah disini. Setiap masjid tak terikat dengan teks khutbah yg sama kerana mereka tidak mempunyai teks. Khatib pula memberi khutbah dengan nada yang penuh bersemangat. Jadi yang mendengarnya pun jadi tertarik :)
ceramah agama pun membosankan kerana terikat dgn teks.
pilihlah cara yg santai tp bkesan..
Assalam
Solahlah kamu sepertimana itu adalah solah kamu yang terakhir...(biasa dengar, tapi dimana ek?)
Dengarlah khutbah seolah-olah itulah khutbah terakhir yang kau akan dengar..sebelum kereta mayat datang jemput sebaik shaja usai solah jumaat. He..he..
Khalid
Ada kat kpg aku ni, baca teks tp masih gak sangkut2. Isi khutbah pasal buang sampah dlm tong sampah. Hahahaha
dekat PRU nanti banyakla khutbah jumaat pelik2, aduhai kesian ummat..
bagus khutbah jumaat crite pasal adab masjid
Husband baru je ade ngadu ari tu khutbah Jumaat dekat sini membosankan.
Jemaah dalam masjid macam kene tembak. Ramai tido tapi imam leh wat dek je. Tak improve langsung gaya bagi khutbah.
Husband mula gatal buat alasan malas nak pergi. Kalau tak kene bini garang, mesti da selalu skip solat Jumaat. Tapi, tak de la pulak die pergi sebab bini suruh. Saje nak manje2 je tuu...hehe
Encik Hamka,
satu hal saja. siapa yang ejakan jumaat ni? mana satu yang stended?
isi khutbah kadang-kadang berat sangat.macam dekat mesir ni.die kasi point yang simple je.macam wudhuk.kupas kejap je.suara pun lantang.kalau suara macam ulik tidur,jawabnya mimpi kesudahlah.
aku pun dah lama rasakan ktubah ni bosan sebab imam baca teks,aku pernah sembahyang Jumaat kat Jakarta..iman tak baca teks,terus keluar dari mulut dia jer.mmg best arr..rasanya kalau 2 jam pun tak boring.
saya ada kawan seorang yang baru memeluk islam. tahun lepas. Tapi saya kagum dengan dia, sebab dia boleh bercerita dengan kami apa yang pak imam cakap. selaintu dia gak qada' solat dia dengan banyak sampai dahi dia lebam.
tak tahu kenapa saya memang kagum dengan dia. tapi saya tak pernah cakap dengan dia, sebab takut boleh jadikan dia ria' pulak.sebab seperti pepatah arab, kalau saya tak silap, sebab dah lama sangat dengar masa sekolah dulu, hampir 12 tahun lepas, kalau orang puji,kena baling pasir. hehe.
tu je nak share.
dan 1 lagi fakta,mak dia pernah nak suruh dia jadi paderi sebelumni.so dia memang banyak baca bible sebelumni.
-cahaya pemelihara-
-Patin Temerloh-
Buku tu jadi dik.., dalam proses, terliur pulak dengar nickname kau..hihi
---------
Jamal Abdilah
Ni En.jamal yang menyani lagu Kekasih awal dan Akhir tu ke? Lagu tu tuju pada tuhan, betul tak?!
------------
Khalid
He he..
----------
mohamad
Ada pakcik tua yang baca teks salah sebut sebab tak faham istilah, mampan di baca tampan, ha ha!
---------
daif
Aku menyesal pergi masjid pembakang pada hari raya, sebab khutbah panjang berjela dan sempat kutuk UMNO, woi aku tahulah UMNO teruk tapi tak payah nak rosakkan khutbah dengan isu sampah!
-------
Mrs Sofea
Kirim salam kat Husband !
----------
Maryam
Alamak, salah eja ke? Aku BM dapat 7 waktu SPM
---------
kipas koyak
isi khutbah patut simple, tak payah nak cerita tarikat maarifat hakikat waktu khutbah, elok 10 minit sahaja..
---------
Azman
kat Jakarta jauh tu, kat Malaysia pun ada, Masjid Sri petaling!
---------
-cahaya pemelihara-
Aku nak share jugak, waktu duduk KL dulu, aku ada jiran yang pelik, beliau bila orang tabligh berceramah, maka dialah orang pertama yang akan lari, bila ditanya, jawab pakcik tu, ceramah Tabligh tak best sebab penceramah berceramah tak pakai kitab. Tapi hari jummat dia selalu solat di masjid Sri Petaling, bila ditanya, jawab pakcik tu, Khutbah Sri petaling best sebab tak pakai kitab. Pulak!
Cadangan yg sangat baik untuk meggantikan khutbah yg lesu.
Pada pemerhatian aku khutbah tanpa teks lebih ada Uump sebab khatib buat homework dan menjiwai setiap bait yg hendak disampaikan. Namun tak ramai khatib punyai skil ini.
ceramah kat masjid mmu cyberjaya best terutamanya dari foreigner..english full punya
bagus.bermujahadah untuk jaga sambil dengar khutbah memang payah...
Ok, cadangan anda akan dipertimbangkan, terima kasih:-)
woha!! bagus2.. satu nasihat yg berguna..
btw.. aku x pernah p solat jumaat kan.. tp bila encik hamka bgtau dpt la bayangkan sikit mcm mana keadaan nya,,
btw..mmg skrg pegi mana pongg berpolitik..pegi beli ikan kat pasa pong orang politik gak kan..
ehem..
btw thanks sbb kongsi rukun khutbah jumaat sbb aku x tau pong rukun tersebut..(maybe cetek agama)..tp thanks sbb kongsi..at least tmbh gak pengetahuan aku nie..
semoga kita nye ustaz2 yg bg ceramah tue bace laa blong encik hamka nie..dan semoga beliau2 ambik iktibar. ameen.. ;)
cadangan yg bagus tp contoh yg sempit..as expected tabligh yg cume belek kitab fadhail amal
dengar cerita keburukan pempimpin, bukan boleh pahala ke?
sebab tu masjid PAS banyak khutbah kutuk PM, mahu pahala banyak.
dengar khutbah kutuk PM, hilang mengantuk key
Syor anda diterima, sila Istighfar.
Salam En. Hamka...
khutbah rumah aku macam nak bagi orang kena sakit jantung...
dia baca teks slow & mendatar je....
lepastu tiba-tiba jerit
DOSA!!!
lepastu mendatar balik....
NERAKA!!!
mendatar balik...
HARAM!!!
mendatar balik...
ak yang perasan khusyuk nk dengar isi khutbah pon terkejut...
nak tanya satu soklan ni...
kalo tengah2 khutbah tiba2 ade orang jerit takbir lepas tu satu masjid sambut AllahuAkhbar kira satu masjid gugur pahala jumaat ke?
(kisah benar)
Sekadar nak kongsi cerita..
Dulu arwah bapak aku imam..kalau teks khutbah lambat sampai hari khamis, mesti posmen kena marah..sebab aku nampak setiap hari rabu dan seterusnya, arwah akan baca khutbah, revision kot..
Pastu bila balik sembahyang jumaat dia akan tanya kat aku, apa yang dia sampaikan tadi..
Bila sekolah menengah, Ketua Biro Surau akan soal 30 orang secara rawak apa isi kandungan khutbah siang tadi (dia soal antara waktu maghrib dan isyak malam tu)..jadi ada reason untuk xtidur time khutbah..
Mungkin semua pengalaman aku adalah berdasarkan paksaan..tapi kesan dia untuk jangka panjang, aku kurang tido time khutbah..diulangi..kurang tidur, bukan xtidur langsung..hehehe
Diakui ramai khatib terangkak-rangkak baca teks..tambah kalau eja perkataan yang moden contoh komited, transformasi..berbelit lidah khatib yang dah tua nak baca..
Pengalaman tahun lepas dengar khutbah kat kelantan, khatib baca teks sekejap je..mungkin dia dah hafal isi dia kut..jelas, terang walaupun ada loghat kelantan, aku boleh faham..kalau masjid yang besar terutama kat U, kebanyakannya ada powerpoint..
Perlu ada pendekatan dalam menarik minat orang nak dengar khutbah..kalau x, jadi macam sekarang macam kat tempat aku..orang hanya datang nak sembahyang je..bukan nak dengar khutbah sangat..
Sebab teks sekarang kebanyakannya dibuat bergantung dengan isu semasa macam kes Bersih 2.0 dulu..
panjang plak aku komen..
Assalamualaikum w.b.t.
teringat kesah zaman sekolah...sorang ustaz membandingkan antara khutbah jumaat di Malaysia dan di Arab (tpt die belajo)...katenye berbeza sungguh...di Arab, khatib akan memberi khutbah dgn penuh perasaan...sehinggakan ada jemaah yg turut tenggelam menghayati isi khutbah...ade yg menangis bile berkaitan dgn kesedihan...ada yg bersemangat bile berkaitan dakwah...bnyk lagilah yg dikatakan...antara yg paling diingati tidak ada seorang pon manusia yg berada di jalanan sebaik azan dilaungkan...seronok sungguh mendengarnye...kat Malaysia...khatib dok berkhutbah...kite dok suap nasik kat mulut...
Assalamualaikum...
Kalo ada kesempatan, bleh cuba solat jumaat di:
-masjid kampung batu belah, klang
-masjid bukit changgang, dengkil
-masjid ubudiah, batu 9, hulu langat (kalo imam muda la...kalo imam tua aku kadang2 nak tertido gak sebab cara penyampaian tak best walau isi khutbah best, takde feel. Kalo imam muda, penuh semangat dan penghayatan...bacaan dalam solatnya pun syok)
-masjid negeri, shah alam
-masjid sri petaling (ringkas dan padat)
Banyak lagi masjid yang best khatibnya tapi yang paling biasa aku gi 5 masjid tu la...
Salam,
Ni petua aku nak elak ngantuk masa khutbah...(lebih kepada apa yang aku amalkan sendiri kot)
-Memula tido dulu 15 minit kat surau tempat kerja.
-Sebelum gi masjid minum dulu segelas air masak.
-Sampai masjid terus wudhuk & solat sunat.
Pastu duk je la dalam masjid dengar khutbah, setakat ni alhamdulillah aku tak tertido time khutbah walau penyampaian khutbah kurang best.
Balik dari masjid baru makan skit.
Wassalam.
Terbaik Hamka. Teruskan usaha mendidik jiwa kami.
Assalam.
Khutbah Kat masjid Sri Petaling memang TERBAIK...
Tapi sangat merisaukan hampir di seluruh masjid kat Malaysia anak-anak muda ada juga anak tua beruban, dengar khutbah kat luar masjid, kat parking moto dan kat bawah pokok.
Harap-harap anak aku nanti tak
gitu.
N.Rompin.
paling x best bila khatib is orang yg tua, suara dah bergegar2, kejap dengar kejap tidak, lagi aku rasa ngantok. apsal x bagi kat orang muda? kan Nabi SAW pernah bersabda, 'agama Islam ini digerakkan dengan orang2 muda'..
correct me if i'm wrong, pacik Hamka.
Masjid yang saya kagum bagi khutbah:
1. Masjid As-Syakirin KLCC sebab bacaannya dalam bahasa Inggeris.
2. Masjid Al-Husna, Bandar Sunway disampaikan oleh Imam Hadi. Khutbah menusuk kalbu, tak ada teks dan boleh membuak semangat atau menitis air mata dengar khutbah imam ni.
Penambahbaikan perlu untuk masa depan ummat Islam. Wallahualam.
Masa aku kat matrik dulu (2004)di salah sebuah negeri Semenanjung Malaysia, full kutbah dalam bahasa Inggeris. Apa bahasa pun tak kisah, yang penting sampai kepada kumpulan sasaran dan sesuai dengan waqik (keadaan) dan suasana masyarakat.
Kalau boleh, Hamka buat la report kat Jab Agama, bila Hamka dakwa khatib berpolotik kepartian bila bagi khutbah. Berpolitik dalam Islam tak salah bila ustaz terangkan pasal beramanah, urus negara dengan baik, elak rasuah dan penyelwengan, pilih pemimpin soleh dll. Yang salah bila ustaz sebut pasal parti dan maki hamun orang lain. Pelik bila ada orang tak senang duduk bila ustaz cerita bab hudud atau undang2 Islam. Bukankah itu sebahagian apa yg ada dalam Quran? kenapa perlu takut?
Memang khutbah kat Tanah Melayu ni membosankan dan langsung tak membina jati diri muslim. Apa punya bala la?. Ada beberapa tempat yg bagus bagi khutbah, tapi tak banyak. Ramai khatib yg mcm kerbau dicucuk hidung, baca je apa yg tertulis kat teks. Tak de langsung inisiatif nak tambah ke, nak pinda supaya sesuai dengan keadaan ke, semua menikus. Mereka anggap pinda khutbah tu mcm satu' dosa besar'. Tambah-tambah yang bila balik kampung atau ke kawasan pedalaman. Khatib semua tua2. Sedar la diri sikit, bila dah tua tu, baca merangkak tulisan jawi, mata dah tak nampak, telinga dah tak dengar, suara dah tak de power. Udah2 la tu, bagi kat orang muda pulak. Bukan tak de orang muda yg boleh bg khutbah, cuma mereka tak deberi peluang dan ruang. Ramai je anak muda yg boleh berhujah dengan baik bila berkhutbat. Tapi sebab takut perut tak berisi, ramai khatib pegang jawatan sehingga akhir hayat.
Sepatutnya, pejabat agama hanya berikan list/ guidline isi khutbah sahaja. Biar khatib tu ulas sendiri. Bagi mereka buat homework sikit biar otak mereka berkembang. Bagi mereka masa biar mereka buat rujukan kepada kitab2 agama yang lain. Biar mereka buat dan baca hujah2 ulama dan sarjana Islam lain. Kurangkan membaca berjela-jela mendoakan orang kenamaan (semua waris dan kerabat diraja terutamanya teks khutbah Johor). Bukankah dalam khutbah tu dah doakan untuk semua orang Islam? Tak payah la sebut satu persatu, sebut nama raja saja dah cukup. Ubah sikit doa tu minta raja menjadi orang Islam sejati. orang Islam yang nak Islam dan amalkan Islam di negerinya, Orang Islam yang mempraktikkan Islam bukan hanya pada dirinya, tapi pada isteri dan anak-anaknya. Peliharakan raja kita semoga mereka sentiasa diberi hidayah dan isteri2 mereka menutup aurat. Mengamalkan sepenuhnya apa yang diperintahkan Al-quran. Raja2 perlu diwajibkan memberikan khutbah di Masjid. Bukankah mereka ketua agama Islam? takkan lah mereka tak tahu Islam sebab mereka ketua orang Islam. Kalau tak tahu bagi secara spontan, mufti kene tunjuk ajar dan buat teks untuk mereka. Mereka mesti ditonjolkan dalam masyarakat sebab mereka ketua agama Islam di Malaysia.
p/s: ramai orang tabligh tak suka parti politik. Itu tak pe. Tapi jangan tolak politik pulak sebab ianya ada dalam Islam. Sistem politik Islam.
kalau tak dengar khutbah sah ke tak solat jumaat?
Kuncinya datu je nak bagi khutbah menarik dan berkesan, sampai kepada hati pendengar-pendengarnya. Haramkan khatib2 membaca khutbah/teks. Khutbah mesti disampaikan secara langsung. Khatib kene tegas. Sediakan getah pemadam papan hitam depan khatib. Bila ada makmum tidur, lempaq getah pemadam tu kat dia. Comfirm, tak de lagi yang tidur. Paling tidak pun khatib menjerit dan menjerkah kepada makmum yg mamai atau tidur. Ni tak, khatib buat bodoh je.
Bila khatib bagi khutbah, maknanya khatib berkuasa dan sesi khutbah tu dia punya. Kuasa dia tinggi sebab tu dia ada kat tempat tinggi, atas mimbar, pulak tu pegang tongkat. Kalau khatib tak de kuasa, baik baca je khutbah tu kat tangga masjid. Khatib duk luar masjid, halakan speaker kat makmum dalam masjid.
Kite kene bagi balik kuasa kat khatib yang hilang disebabkan oleh sikap Melayu yang kuno dan amalan khurafat Melayu yg banyak menghilangkan kuasa khatib.
Salam
Kalau tak salah, time nak dekat pilihanraya tahun 2008, suami saya sempat bersolat Jumaat di masjid Seri Petaling...
Ingat lagi, lebihkurang khatibnya mengingatkan bagaimana kehidupan di dunia hanya senda gurau, bagaimana dunia tidak berharga lebih dari satu kepak nyamuk, bagaimana dunia adalah tipu daya, umpama wanita tua yg di make-up, bagaimana kehidupan dunia ibarat penjara utk org mukmin, dunia adalah sementara, akhirat yg kekal.. pendekata mengingatkan betapa janganlah terlalu berebut dengan dunia, tetapi rebutlah akhirat..iman sebesar zarah pun boleh jadi pemilik/penguasa syurga yg besarnya sepuluh kali size dunia..
saya tambah.. semua orang mempunyai peluang utk usaha jadi penguasa syurga..
'..bila mereka caci mencaci antara satu sama lain, gugurlah mereka dari pandang Allah..'
Ramai org yg kerja agak jauh dari Sri Petaling pun suka bersolat Jumaat di situ..
Mak Cik Anon
Peliharakan raja kita semoga mereka sentiasa diberi hidayah dan isteri2 mereka menutup aurat - Anonymous
iye lar. kamu mmg seorg yg sgt2 benar dan berkeluarga yg sgt2 bagus. mane sy nak like diri awk ni? - rizal zulkifly
membaca blog ini mengingatkan saya kepada diri sendiri sebelum memulakan era kehidupan sbg seorang plhiv setahun yang lalu. cara penulisan dan pemikirannya hampir sama di sebuah blog yang lain.
tahniah!
Assalam
Macamana orang tabligh nak berpolitik.
Jadual harian seorang tabligh:
Setiap hari:
1.Solah di masjid 5 waktu
2.Mesyuarat harian dan taklim- 30
minit.
3.Taklim rumah beserta muzakarah 6
points bersama ahli keluarga-45
minit.
4.Sekurang-kurangnya 2 1/2jam
sehinga 8 jam jumpa manusia yang
tuhan sangat sayang dan beritahu
tentang tuhan.
Setiap minggu:
1.Mesyuarat markas setiap Isnin
2.Mesyuarat halkah setiap Selasa
3.Ziarah rumah ke rumah (Rabu &
Ahad) 2 hari setiap minggu.
4.Taklim masturat setiap Jumaat
Setiap bulan;
1.3 hari kearah 10 hari, keluar
jalan Allah
Campur masa nak bekerja atau belajar, rehat, makan minum dan bersama keluarga...celah mana nak berpolitik?
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.....Wallahu'alam
Khalid
P/s: Aku sayang kamu semua kerana Allah!
Engkau pun berkhutubah panjang sangat. Aku mengantuk baca yang awal-awal aje. Jangan mare!!!
Aku pulak, dengar khutbah kau ni Hamka, bosan sungguh, lalu aku bukan Tab, dan tulis komen ni, he he he
setuju!
same je tiap jumaat.
cer ubah cer ubah.
elok anto memo utk pusat islam.
salam tn hamka yang dimuliakan oleh allah.. wa terbayang plak watak hamka dalam citer tujuh petala langit masa wa tengok iklanya kat tv 3.. hahaha
kalau tak silap wa.. Jabatan Agama Johor .. memang ada tatacara dan garis panduaan dalam menjalankan tugas sebagai pembaca khuthbah jumaat .. setiap imam yang membaca khutbah jumaat di negeri johor akan diwajibkan untuk mengikuti kusrus khas dan diberi kepada mereka tauliah membaca khutbah jumaat, mereka akan dipantau oleh Imam Tahfiz daerah yang dibantu oleh penyelaras masjid dan pengerak-pengerak masjid dan surau ,
setiap dun dipanggil penggerak dan untuk daerah dipanggil penyelaras.
imam tahfiz adalah Imam besar daerah berjawatan S41 . ada 10 daerah dalam negeri Johor..
setiap bulan pengerak masjid dan surau akan bermesyuarat bersama penghulu untuk dibawa kepada mesyuarat keselamatan bersama semua agensi keselamatan. dan selepas itu mesyuarat bla.bala bala...and bla. bla bla.. banyak lagi.. sebenarnya
3 bulan sekali isi kandungan khutbah jumaat akan diedarkan kepada imam-imam yang bertauliah.
berkenaan dengan doa sultan yang panjang tu ( mengikut kata anymouse)Doa tersebut telah dimesyuaratkan dan disepekati oleh mufti dan ahLi jawatankuasanya , kadi-kadi daerah ,.. pada aku la.. sulta ketua negeri .. maka dengan itu wa mestilah mendoakan dia supaya dikekalkan hidayah dalam hatinya dan mentadbir negeri wa dengan baik, aman dan sentosa.. kan bagus begitu..
mengenai cadangan penambahbaikan tu.. wa cuba hantar ke www.johordt.gov.my bahagian aduan awam.. dan wa nak cadangkan supaya ada yang mengikuti jejak langkah wa supaya mudahan-mudahan penambahbaikan sentiasa akan dilakukan... .. lagi ramai buat aduan lagi bagus beb.. pada pandangan wa..
Dekat TV Al-Hijrah, channel 114, imam syuaib web selalu hurai maksud surah2 dalma Al-Quran
Memang benar, khutbah telah diselaraskan oleh pejabat agama terutamanya bab doa tu. Bukan salah kita berdoa dengan menyebut semua nama kerabat diraja. Tak salah pun. Sebut lah nama satu persatu daripada nama kerabat tersebut hingga anak, isteri, cucu cicit dia pun tak salah.Tetapi, bukankah khatib telah meminta keampunan bagi semua orang islam (raja ke, orang kenamaan ke, pm ke, menteri ke)semua termasuk sekali dan ianya menjadi rukun khutbah. Kita kena lebih banyak agungkan Allah, bukan manusia. Lagipun ini solat jumaat, hal ibadah,perintah Allah, bukan majlis ramah mesra. Walaupun begitu, tak salah mendokan raja/ peminpin kita sebab itu adat masyarakat Melayu (perkara ni tak salah) yg dah diterapkan dalam khutbah Jumaat, tetapi jangan berlebih-lebihan.
Aku bukan tinggal di Johor, tapi kebetulan solat Jumaat di Johor. Khatib baca teks sebut nama kerabat saja hampir 5 minit. Orang Johor mungkin tak kisah sebab mereka dah lama terdidik dengan benda ni. Tapi bagi orang luar itu agak janggal. Bukankah kita disuruh oleh rasulullah untuk pendekkan khutbah dan panjangkan solat jumaat?. Cakap benda yang penting2 je, tetapi padat dan ringkas. Isu yang disampaikan juga mesti benar2 penting dan sampai kepada kumpulan sasaran sebabnya orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar susah nak datang masjid walaupun rumah tepi masjid. Mereka yang datang pulak dari pelbagai latar belakang. Kebanyakkannya datang masjid seminggu sekali sahaja (solat jumaat). Sembahyang lima waktu haram dia orang nak datang.
Kalau khatib tak ikut teks kthubah dan ubahsuai ayat atau doa, tetapi tidak bercaggah dengan Islam, adakah itu satu dosa besar? Mengapa mereka takut nak buat transformasi khutbah Jumaat? sedangkan kerajaan sentiasa melaungkan slogan transformasi? Kenapa takut nak beri kpd orang muda yang berkelayakan dan belajar ilmu agama utk sampaikan khutbah? Sedih tengok penyampaian khutbah di kampung2. Lesu, lemah, tak semangat, dan membosankan. Orang tua (khatib) yang terbaca artikel ni kena la sedar diri. Buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada ummah. Rezeki Allah ada di mana-mana.
Hakikatnya, masjid2 kita masih dikongkong oleh parti politik pemerintah dan seterusnya merencatkan perkembangan dan sinar islam daripada menyinar. Nak tahu rupa macam mana masjid tu, tengoklah nazir dia, tengoklah AJK dia.
Aku bukan org politik tapi aku bukan tablig.
Ramai yang tak tahu politik cara Rasulululah.
Politik kat Malaysia ni dijana oleh orang Yahudi. Kalau ikut tak berkat se sen pun. Politik la cara islam betul-betul.
oooopppssst
Jangan berdebat. Berdebat itu BODOH.
Betul.Seorang ulamak lagi warak yang aku lupa namanya berkata Allah sediakan mahligai pada orang yang tinggalkan perdebatan agama.
Jom kite cow.
JAWAB MANA SEMPAT.
Theblueketayap: bermujahadah untuk jaga sambil dengar khutbah memang payah...
(besar pahala mujahadahkan diri dengar khutbah, daripada tidur.., kadang tuhan nak uji kita tengok sejauh mana sabarnya kita, kerana Nabi pesan, jangan tengok orang bercakap, tapi dengarlah apa yang mereka cakap, ya. Aku setuju, dengarlah nasihat, walaupun penasihat kulitnya hitam, kepala kecil, dan bibir terbalik.)
Kerani Masjid Al-Falah USJ 9: Syor anda diterima, sila Istighfar.
(Aku istigfar sebab aku tekan syor, astarfirullah)
Budak Baru Sunat : nak tanya satu soklan ni...kalo tengah2 khutbah tiba2 ade orang jerit takbir lepas tu satu masjid sambut AllahuAkhbar kira satu masjid gugur pahala jumaat ke?
(Pahala gugur di luar pengetahuanku, tapi Nabi tak buat tak payahlah nak buat.., benda elok jika bidaah apa gunanya)
aku_ein : kalau masjid yang besar terutama kat U, kebanyakannya ada powerpoint..
(Aku tak setuju khutbah ada power point, ramai juga ulamak tak setuju, dan ada yang setuju, aku bersama yang tak setuju)
Anonymous : kat Malaysia...khatib dok berkhutbah...kite dok suap nasik kat mulut...
(Ada hadith, haram jual beli waktu khutbah-jika makan kedai makan, silalah takut dan takwa)
Skymatrix
(petua tu bagus juga-terima kasih)
N.Rompin.: Tapi sangat merisaukan hampir di seluruh masjid kat Malaysia anak-anak muda ada juga anak tua beruban, dengar khutbah kat luar masjid, kat parking moto dan kat bawah pokok.
(kalau mereka pernah bermujahadah di jalan Allah, tentu tak tergamak duduk berborak waktu khutbah-salah kita tak jumpa mereka-tapi bila jumpa mereka lari pula-salah kita tak kerjar mereka-tapi mereka lari laju- salah saya banyak makan dan tidur..oh)
Lensa Cahaya : 'agama Islam ini digerakkan dengan orang2 muda'..correct me if i'm wrong, pacik Hamka.
(Ada hadith bab tu, betul jugak, orang tua yang suara tak jelas, tak payahlah jadi khatib, kamu telah menginaya orang yang tidak pekak)
Nerzhul : kalau tak dengar khutbah sah ke tak solat jumaat?
(Syarat sah solat jumaat, adalah mendengar khutbah, sebab tu jumaat dipendekkan dan diganti khutbah, tapi pendapat ulamak berbeza,. Ada yang kata sah solat jummat tu jika 40 orang dengar, yang lain tu tumpang, pendapat lain kata, sah tapi tak dapat pahala sempurna, pendapat lebih berat, sah, tapi tak dapat janji keampunan selama seminggu, pendapat lain, sah jika tak sengaja. Pendapat lain, ganti solat zohor.. walluh’lam. Aku lebih cenderung kepada: sah jika tak sengaja, tertidur, jem, musafir, darurat dan lain lain)
aku HIV positif : membaca blog ini mengingatkan saya kepada diri sendiri sebelum memulakan era kehidupan sbg seorang plhiv setahun yang lalu. cara penulisan dan pemikirannya hampir sama di sebuah blog yang lain.tahniah!
: )
Khalid: Aku sayang kamu semua kerana Allah!
(Politik Nabi bawa manusia kepada Allah, politik yang mereka mengaku islam hari ini, bawa manusia kepada negara, parti, janji manusia, pecah belah, perasan bagus dan adalah sikit sikit ugama)
Ridhwan bin mohd yunus : wa cuba hantar ke www.johordt.gov.my bahagian aduan awam.. dan wa nak cadangkan supaya ada yang mengikuti jejak langkah wa supaya mudahan-mudahan penambahbaikan sentiasa akan dilakukan... .. lagi ramai buat aduan lagi bagus beb.. pada pandangan wa..
(Betul tu, copy paste jer kan?)
Setuju
(Cakap benda yang penting2 je, tetapi padat dan ringkas. Isu yang disampaikan juga mesti benar2 penting dan sampai kepada kumpulan sasaran sebabnya orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar susah nak datang masjid walaupun rumah tepi masjid. Mereka yang datang pulak dari pelbagai latar belakang. Kebanyakkannya datang masjid seminggu sekali sahaja (solat jumaat). Sembahyang lima waktu haram dia orang nak datang.)
Assamualaikum..
YANG PALING PENTING KITA DENGAR KHUTBAH JUMAAT SEBAB SEMATA-MATA UNTUK MENGIKUT PERINTAH ALLAH. MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH. RAHMAT ALLAH.
BUKAN UNTUK MENGIKUT KEHENDAK HATI KITA MEMUASKAN NAFSU DAN KESERONOKAN TELINGA DAN PERASAAN KITA.
MOHON ALLAH PELIHARA HATI KITA DARI GODAAN NAFSU DAN SYAITAN SEWAKTU KITA BERADA DI DALAM RUMAH-NYA...
woha..terbaek la..setuju sangat dgn cadangan hamka..
Salam Mr. Hamka,
Well done... ini adalah salah satu entri terbaik nukilan Mr. Hamka. Alhamdulillah aku rasa imam2 skrg dah lebih bagus penyampaiannya.
Penah sekali kat KUIS satu masjid gelak bila imam buat lawak pasal rokok. tp lepas tu masing2 perasan n malu sendiri sebab imam sindir perokok yg ada dlm masjid.
Then kat Benut, Johor. Syawal 2009. tengah2 khutbah Jumaat Imam berhenti jab and perli org yg berbual kat parking masjid suara/ketawa dorg tu lebih kuat dr speaker masjid. dr seronok cerita pasal meriahnya sambutan hari raya baik muhasabah pasal azab yg dorg akan tempuhi di padang Masyar nanti. sunyi terus masjid...
dzoelhakim
tringat ada khatib bg khutbah macam bg syarahan....penuh intonasi...penuh masjid smpi kat parking kete...
nasib baik datang jugak solat jumaat seminggu sekali.. daripada hanya solat sunat hari raya setahun sekali.. apa punya malang bila khutbah raya pon bantai tido gak.. uhuk-uhuk~
: )
terbaekkk lah hamka ni....
boleh tak saya cadang kan hamka jadi pakar motivasi???
mesti ramai followers & bleh lah buat side incomes, hehehehhh
Saya dah buat pembayaran...
Tolong hantar secepat yang mugkin...
Saya dah tak sabar nak membacanya...
hihihihi....
: )
salam tn hamka.. saya terbaca satu komen tu yang menyatakan bahawa masjid dikuasai oleh orang2 politik.. lebih kurang gitu la maksudnya ke apa..
jap.. copi paste..
Hakikatnya, masjid2 kita masih dikongkong oleh parti politik pemerintah dan seterusnya merencatkan perkembangan dan sinar islam daripada menyinar. Nak tahu rupa macam mana masjid tu, tengoklah nazir dia, tengoklah AJK dia.
1) ha tu pun... masjid dikonkong?? pada pandangan saya konkong ke kawal ke ataupun ape2.. memang perlu.. ianya sebagai kawalan dan cegahan awal oleh pihak pemerintah melalui enekmen enekmen yang digubal oleh kerajaan pemerintah melalui persidangan dun atau sebagainya.. kawalan tersebut berobjektif mengawal ajaran-ajaran yang menyalahi pengangan ahlisunnah wal jamaah... dalam masa yang sama tidak menolak usaha-usaha dakwah yang selari dengannya..
2) Parti politik ??? pada pengetahuan saya juga.. di negeri johor .. institusi agama diketuai oleh Sultan yang yang tidak ada kaitan dengan politik ..
3) Agama juga dinegeri johor bermaksud Islam.. sebab tu di negeri johor di panggil jabatan agama johor sahaja..
4) kerajaan negeri johor memberi peruntukan besar untuk pengembangan sinar islam .. sebagai contoh.. mana-mana pelajar tahfiz yang berjaya menghafaz al-quran 30 juzuk akan diberi elaun rm 1000 ringgit sebulan berterusan dan di semak setiap tahun.. tahun ini sekurang-kurangnya 40 orang kouta telah dibuka dan telah disaring pengafazannya .. kalau tn hafaz 10 juzuk pun dah boleh untuk disaring untuk dipertimbangkan pemberian elaun.. setengah2 para hafiz dilantik menjadi imam-imam dimasjid bukan kerajaan..
contoh yang lain, guru2 agama yang diberi tauliah takmir diwajibkan untuk mengajar sekurang-kurangnya 4 buah masjid dan 4 buah surau sebulan dan diberi elaun perjalanan oleh jabatan agama melalui pengurusan masjid dan surau..
ingin saya katakan.. konkongan atau kawalan perlu dan pengembangan juga perlu..
saya menyeru kepada sahabat2 yang menpunyai aidea hebat supaya dapat menyalurkan aidea tersebut ketempat sepatutnya.. supaya tidak lah kita seperti anjing bukit.. hanya pandai menyalak tapi tak pandai mengigit..
khutbah jumaat kalaulah di persembahkan dalam bentuk powerpoint slideshow, video , gambar mungkin saya lebih senang faham dan tidak tertidur. Mohon Encik Hamka usulkan ke parlimen.
aku tak setuju guna power point, lain pulak aku ni, adohai..
Post a Comment