Sep 20, 2010
Dunia adalah tempat untuk..?
(Kuih Raya sedang menuju serdak, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang)
Di hari raya, Aku sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:
“Dunia adalah tempat...”
Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang beraya rupanya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku membancuh air minuman sambil aku membuka tudung kuih raya.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.
Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat...”
Jari akupun menari-nari di keyboard yang ber layouts: "QWERTY"
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku kembali memperbaharui air minuman sambil aku membuka tudung kuih raya.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.
Kau tahu tak Hamka?, siapa bunuh Altantuya? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM buat rumah terbuka? Kau tahu kenapa Nik Aziz tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanya RM500?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Jari akupun menari-nari di keyboard laksana bunyi hujan menimpa atap zink..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”
Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil aku menambah kuih raya ke dalam bakas yang sudah terbuka tudungnya
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.
Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,
Agak menarik…,
Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..

Jari akupun menari-nari di keyboard dengan pantas dan gigih
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”

Isteriku memperbaharui air minuman sambil aku menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.
Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…

Jari akupun menari-nari di keyboard dengan lebih pantas dan gigih..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”

Isteriku memperbaharui air minuman sambil aku menjemput mereka makan serdak kuih..
Tahu apa yang kami borakkan?
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab puasa enam.., bab bayi dalam perut dan kaitannya terhadap dunia, Bla bla bla
Aku tak boring, korang boring tak? ..(aku sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)
Selepas tetamu yang suka bercerita tentang ugama itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..

Aku tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.
“Dunia adalah tempat…”
Dalam kepala aku tergambar apa yang aku borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Akupun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Akupun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada aku dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Aku jawab, “yes” kerana aku setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
Ps: Selamat Hari Raya, dan Selamat Membina Akhirat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
83 comments:
apa pasal pegi delete terus le cerita
Salam,
Salam Eidul Fitri Tuan Hamka...
Aku baru belajar nak membina akhirat...insyaAllah baru setat hari ni berpuasa nam bro...woha!
semoga aku kau dan semua ummat sentiasa dalam redha Allah SWT. Allahuakbar!
Suspens je..
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Pendek je ayat. Sambunglah lagi. Cerita pasal perbualan dengan tetamu yang cerita pasal akhirat, kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Ramainya orang beraya kat rumah kau Hamka...macam artis!!...hahaha...
DUNIA ADALAH TEMPAT UNTUK....MENENTUKAN KEDUDUKAN DAN PANGKAT KAT AKHIRAT YANG KEKAL...
NAK MASUK SYURGA...KAT DUNIA KENA JADI UMAT BERIMAN...
NAK MASUK NERAKA...BUATLAH SESUKA HATI KORANG...
NAK RASA DUA-DUA...JADILAH ORANG ISLAM YANG MACAM BERIMAN TAPI KHAYAL DENGAN KESERONOKAN KAT DUNIA....ISH ISH...(AKU TAKUT NIH..)
-keretasorong-
selamat hari raya ....kereta mayat....
salam semua,
betullah, sambunglah lagi.
teruskan perjuangan
dnia hnya la tmpat utk rsa nkmat 3 saat dn 3 jengkal..
lu pikir la sndri!
selamat hari raya!
semoga kita semua berbahagia di perkampungan akhirat.
Mari bersama bina dari sekarang.
:)
Salam ziarah...
Mmg betul apa yg anda katakan..bila tetamu dtg beraya, kenduri kendara...topik yg wajib ialah update harta dunia masing2..sy sndri sdh buhsan melayan org2 sebegitu. Sbb itu sy xkan berlama2 di sesuatu majlis.
Smlm..semasa tgh on9.tup2 kwn lama buzz di ym..lama le plak dgr keluh kesah dia ttg tanggapan masy terhadap famili die y miskin..adoi..pasti ari raya dijdkn medan utk mengukur harta kekayaan..apa nk jd ngn umat msia skang..
ada harta abg syg..xde harta u melayang :D ini plak kes housemate sy yg bila dlm kesusahan sbb duet semua habis dikikis bf.hahahaha harta lagi..skang kalo nk cr bf pon anda kena berharta kalo x anda turut melayang..
betul tu.. dunia tempat membina akhirat. semua perbuatan di dunia akan dikira d akhirat nanti...
ramai betul kawan anda. anda seorang yang ramah
ada member datang raya dengan kete baru beli kete honda mahal
dengan anak dua
rasa sayu sume orang dah ada anak2...kete...rumah
aku pujuk isteri aku...berapa ramai ada anak tapi bila besar anak derhaka...
pasal kereta...ada orang tak de kereta...naik motor...basikal
nabi pesan pasal dunia tengokla orang dibawah kita jagn tgk orang diatas kita
pasal agama tengok la orang di belakang kita iaitu nabi dan sahabat
slm....
selamat menyambut bulan syawal...
salam..
Dalam fasa pembinaan akhirat..
kita adalah seperti buruh binaan.
topik raya yang mengesankan. berlapang dada pada tetamu kerana barang siapa berziarah dan bersilaturrahim kerana Allah, ianya adalah asbab rezeki dan umur yang panjang.. dan semoga perbualan perjumpaan juga akan menyukakan Allah dan mendapat kebaikan di dalam rezeki dan juga umur, bukan disebaliknya..
-hadi
salam aidilfitri saudara hamka!
jmptlah beraya kat rumah untuk menyambung topik2 agama yg menarik~
"Dunia adalah tempat untuk membina akhirat.. "
-adik-
Salam hamka...memang suspen entri kali nih..sy stuju, dunia adlah tempat untuk membina akhirat..
Bukan susah nak dapat pahala ni. buat yg disuruh tinggal apa yg dilarang..Seperti entri hamka seblom nih, Allah larang makan babi tp tak larang kiter makan ayam, kambing, lembu, arnab dll, Allah larang minum arak tp tak larang kiter minum oren, ribena, sarsi, air suam..mudah jer kan..yg penting sumber halal..Bg isteri2, Ikut perintah Allah dan taat pada suami, InsyaAllah syurga..
Cuba praktikkan masa pegi balik keje borak ngan hb pasal hal agama, dan pegi opis try borak ngan member opis pasal agama dan bila ada tetamu dtg beraya, coba pancing borak ke arah agama..Disamping dapat menambah pahal boleh gak elak dosa mengumpat...heheh..Sori bro terkomen panjang lak...Apa2 pun Slamat hari raya...Slamat berpose 6
'dunia adalah tempat untuk aku singgah sebelum pergi ke tempat yang dituju...'
njalok ngapuro seng okeh-okeh...hehe
Setelah kau menaip
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”
datang pulak 3 tetamu dari masjid berdekatan untuk bentang takaza & ajak kau keluar 4 bulan negara jauh. Lalu kau pun jawab, "susah sikit la nak cuti. Aku terikat dengan kerja.."
Selepas 3 tetamu dari masjid berdekatan tu belah, kau kembali duduk depan computer dan dengan berpeluh2 menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat, tetapi malangnya aku masih terikat dengan dunia.”
~heheh. Jangan marah ha. Selamat raya (org melayu raya sebulan).
ramainya tetamu dtg. mesti seronok kan, bwk berkat...
tapi betul la, in the end. itulah dunia.
best betul word nih...
Hehheheheh~~
Selamat Hari Raya...
perjalanan saya belum bermula, perjalanan saya bermula apabila saya menjadi mayat,
maka sekarang perlu cari bekalan yg cukup untuk perjalanan itu.
Salam,
Walaupun pendek..aku paham apanya ko cuba terangkan,dalam byk org tetamu tadi,sorang jer yg cerita bab agama...
Dunia adalah tempat.....
dunia adalah ladang tempat bercucuk tanam,bajanya ialah amalan,buahnya adalah pahala,akarnya adalah keimanan
tak membazir ke biar computer lama-lama terbukak?
he he he he
yes, dh blh jd follower:-)
ramainye dtg..
nak dtg gak lah..:)
~Dunia adalah sementara,akhirat adalah selama2nya~
dunia adalah pentas untuk menuju akhirat :)
Terserdak kuih raya dimulutku apa bila membaca komen korang, terutama komen tambahan abang Azharjaafar.., kof kof..
Selamat hari raya, terima kasih sudi berkunjung ke teratak web keretamayat.
Sudah 28 orang yang datang hari ini, tapi kuih aku makan seorang, ha ha ha!
Jangan kena kencing manis sudah!
ayoo, itu cerita banyak suspensla..
endingnya, huh, sambungla la lagi.. gua nak tau lu punya cerita..
Beli kasut di kedai Bata,
Tok Penghulu kena sapa,
Akhirat itu destinasi kita,
Buat amalan jangan lupa.
aku akan jawab "NO" kerana aku tidak setuju sangat sekiranya amal buruk yang dicatat dalam "microsoft word" dibawa ke akhirat...
simple but nice.:)
selamat hari raya encik hamka..
maaf zahir batin:)
salam,
salam eidul fitri tuan hamka...
tajuk "dunia adalah tempat utk membina akhirat" itu,walaupon pendek tpi sgt mendalam maknanyer....semoga kita jdikan bulan2 yg lain spt bulan ramadhan,insyaAllah....
kawan ramai kadang-kadang bagus, kadang-kadang tidak!
Nak gelak sket..! heheheeee...
baru nk kata entry ni paling boring pernah aku baca setelah lama x jenguk blog keretamayat....tapi bila baca ayat2 laast tu tak jadi nk kata boring....
bro..tertanya2...dalam 28 orang yg datang tu tau ka bro ni hamka keretamayat???hehe...
salam...
lama nanti utk entry baru....
hehehe
nampak cam kecik jer ayat tp bawak makna besar....
"dunia adlah tempat untuk membina akhirat"
btw thanks...
selamat hari raya semua..
selamat puasa nam jugak...:)
bila orang Islam cakap2 tentang harta, maknanya orang Islam kaya.
Bila orang Islam cakap2 pasal kedudukan, maknanya orang Islam berkuasa.
Bila orang Islam cakap pasal idea, maknanya orang Islam tidak buta hati.
kan bagus begitu.
dalam bercakap soal agama pun secara tak sedar kita mengutuk orang juga.
"ada harta banyak tapi jadi alat ke neraka buat apa" - tahukah kita harta yang banyak itu menjadi apa buat mereka? mungkin itu yg membantu mereka ke syurga? Sebagaimana hartawan ABdul Rahman Auf yg merangkak ke pintu syurga dari sifat pemurahnya.
"ada anak ramai tapi jadi sampah masyarakat buat apa?" - tahukah kita anak yg ramai itulah yg menjadi pembaca doa penyambung pahala mereka?
"ada pangkat tinggi tapi menyombong buat apa?" - tapi tahukah kita pangkat yg tinggi itu boleh membantu ramai umat Islam berada dalam organisasi yang diuruskannya?
kita memang bias, dan kita akan tetap bias. cakapla tentang apa pun, kita akan tetap nak menangkan kita juga.
betapa sukarnya nak bersabar dan bersyukur, kerana sabar dan syukur adalah sebahagian dari iman. mahalnya harga iman tu.
Ringkas & padat! I like it and InsyaAllah will remeber those few words!
satu lagi nasihat yang berguna pada bulan syawal nih..
untuk cikgu alan, saya pun nak kongsi.. jika akar adalah keimanan, maka batang dan cabang adalah amalan dan buah pula adalah pahala. baru lengkap pokok tu. tq
Dunia bumi adalah untuk tempat manusia hidup dan mati..
Assalamualaikum,
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Ayat ringkas yang mengesankan...
Alhamdulillah.
dunia ibarat air laut....diminum hanya menambah haus
IKLAN
sirah muzikal.
http://sirahmuzikal.com/v1/
Mesti Hadir, menyingkap zaman kegemilangan islam dgn persembahan nasyid dan pementasan teater pada 9/10/2010 @ Putrajaya.
Tempahan Tiket online dibuka!
Harga tiket.
RM10-student
RM15-awam
RM30-vip
haha ... tersedak bace komen abg azharjaafar :)) klaka la ... selamat hari raya bang hamka. doakan saya dapat keluar 4 bln scpat mgkin ..
dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Aduh!!
terkesan di hati. teruskan usaha penulisan cam ni. Mudah-mudahan Allah bagi taufik dan hidayah-Nya pada kita semua.
Yela boriiiiiiig... sesangat asyik cerita benda depan mata yg nak tinggal nih. Takde cerita benda yg nak bawk kat sana...rumah sebenar kat sana....harta kat sana...Allah suruh berlumba dpt keampunan dpt syurga kita dok berlumba buat dosa kumpul harta dunia kan ke terbalik tu.Kenapa tak nak kejar apa yg Pencipta langit & bumi ni suruh kita kejar.
Assalamualaikum.
Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yg halal? Bukankah "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi".
Bukankah dengan kekayaan beserta dengan iman kita boleh membela agama kita? Itu persoalan dari org jahil agama. Harap Hamka boleh tulis entry khas untuk ini. Saya ingin tahu.
Assalam.
Allah swt berfirman lebih kurang, "perkataan siapakah yang lebih baik daripada perkataan orang-orang yang membesarkan Allah swt."
It's not about bias Mommy Lyna.
It's about human....ada yang suka dunia dan akhirat. Orang yang suka akhirat akan banyak cakap pasal akhirat meanwhile it goes the same untuk orang yang suka dunia...as simple as that. Hamka cuma beri contoh yang kita semua lalui dalam kehidupan kita. Ada tak tetamu kita cam tetamu Hamka...errr..yang last sekali tu!
Tuhan sendiri berfirman lebih kurang, ada manusia yang mahukan dunia dan akhirat serta ada pula yang mahukan dunia sahaja...
Bias. 100% disagree! Hamka is giving the example of what God had said.
Khalid
P/s- Bro Azhar Jaafar, syukur ada orang nak tasykil...tak ada siapa nak tasykil ana nie...ke dok masuk book utk ditasykil? Dok layak...adoi!.....pilihlah aku Rabb!
Aku jawab soalan sahaja:
---------
Anonymous
(apa pasal pegi delete terus le cerita)
Sebab computer dah panas..., jimatkan letrik.
------------
Fairuz Ashikin
(Pendek je ayat. Sambunglah lagi)
Aku sambung lepas bayar bil letrik
------------
matadore
(tak membazir ke biar computer lama-lama terbukak)
Bila tetamu datang, kena utamakan mereka, chewah
----------------
limaumaniss
(28 orang yg datang tu tau ka bro ni hamka keretamayat???)
yang datang rumah aku, ramai yang tak tahu, ‘superhero ‘ kena rahsiakan identity mereka, kan?
------------
Anonymous
(Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yg halal? Bukankah "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi")
“Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok,”
Maknanya,:
Aku dah nak jadi mayat esok, maka aku tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika aku dengar azan, maka aku kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, insyAllah..
next,
“Berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi…”
Maknanya:
Jika dah memang aku ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka aku kena relexs dan bersabar jika kerja dunia aku tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana aku ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he..
Kesimpulannya,
jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh
Ps: Selamat hari raya enam, aku dah Tanya banyak yang tinggal, lagi 6 hari jer, woha!
Sebagaimana bayan maulana kita hidup atas dunia bagaimana supaya jgn terkesan hati dgn dunia sbgamana org yg naik perahu duduk atas air bagaimana supaya air itu tidak masuk dalam perahu. Bukan kena tinggal usaha dunia ini terus tapi bagaimana usaha utk dunia itu digunakan atas maksud agama dan bagaimana pancaindera mata,mulut,telinga hati itu digunakan semaksimum atas maksud agama maksud sampaikan yg hak.Kalau byk sgt ckp pasal kumpulkan hartabenda tentu itu yg akan melekat dlm hati.Hati akan jadi cinta taksub tamak dgn benda dgn harta mana nak masuk kebesaran Allah,kebesaran akhirat....dunia letak ditangan tapi agama,Allah,akhirat letak dalam hati.Itu kena buat betul2 sepanjang masa...hati yg hidup ialah hati yg zikir ingat Allah hati yg mati hati yg kosong dari Allah. Hati Allah cipta hanya untuk mencintaiNya sahaja kalau tidak hati itu ialah hati yg sakit. Jgn 24 jam usaha atas dunia, ingat pasal dunia dakwah pasal dunia. Tu yg jadi hati kering,buta...bosan.
Persoalannya macamana nak pandai belokkan/alihkan percakapan tetamu kita tu dari ckp sia2 about dunia/harta kepada percakapan jurus kepada agama,Allah,akhirat dgn hikmah. Itu tanggungjwb kita sbgai org yg diberi ilmu/sedikit kefahaman agama. Bagaimana fikir tetamu kita yg dtg tu boleh bertukar dari fikir dunia sblm masuk rumah kita kepada fikir akhirat lepas keluar dari rumah kita. Bukanla kita nak kena bagi ceramah agama kat dia sampai dia takkan dtg lagi rmh kita tapi cara penyampaian kita dgn hikmah, bagi nasihat & perbincangan yg baik mgkn boleh menarik hati mereka. Sebenarnya inilah perkara yg susah utk kita buat. Hidayah ditgn Allah tp jadi tanggungjwb kita menyampaikan.Insya Allah.
Terima kasih Hamka.
Saya juga seorg MLMer yg syarikatnya tidak mengamalkan sistem piramid, selama saya dlm bisnes ini, sya bnyk terlibat dlm menjaga kebajikan org lain tapi apa pandangan Hamka tentang MLM sebab Hamka seolah ANTI MLM?
Kawan saya kini berstatus Jutawan tapi sejak hidup beliau senang beliau tidak henti2 buat amal jariah, bawa keluarga mengerjakan haji dan umrah setiap tahun. Saya nmpk ini sbg satu motivasi utk saya berjaya dlm MLM kerana dgn kelulusan yg ada saya mana mungkin akan jadi jutawan dlm bidang lain. Tetapi saya sering diperli oleh rakan2 mengatakan sya ni gila duit. Apakah pendapat Hamka?
perjalanan entry ni penuh onak dan duri , seperti onak dan duri dalam perjalanan dalam hidup untuk membina akhirat .
:D
1. Dunia adalah tempat untuk buang air (TANDAS), bukan tempat baca surat kabor, bukan tempat isap rokok.
2. Dunia adalah tempat untuk main-main dan ditipudaya.
3. Dunia adalah tempat untuk ditinggalkan. Kita akan sedar bila kita meninggal dunia. Jadi jangan letak alamat dunia pada mana-mana borang yang diisi. Dunia adalah bukan tempat tinggal.
salam..
(kena baca bab bayi dalam perut..)
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab puasa enam.., bab bayi dalam perut dan kaitannya terhadap dunia, Bla bla bla
Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…
-bukan besarkan tali pusat dah.. now kes besarkan perut dengan makan-makan dan makan, serdak pun jadilah.. hehehe jgn marah ye!
woha!
Khalid bhai.. antara nusrah dan hijrah pilihlah antara dua itu.
-rom
dunia adalah tempat utk mencari bekalan ke akhirat..
manusia suka memusnahkan dunia
selamat hari raya. =)
Hamka nk tny, puasa 6 dgn puasa ganti boleh buat skali ke?? maksud saya niat puasa 6 skali dgn niat puasa ganti. Dgr banyak pendapt dari bukan ustaz dan ustazah laen buat saya konpius, so boleh tak Hamka tolong explain sikit????
Assalam
Benar Rom! antara dua, Ansar atau Muhajirin! Jazakallah.
Matikanlah aku antara dua keadaan itu Ya Rabb!!!
Khalid
164%
Assalamualaikum, kata2 dari Bai Wahab
Elders kita,
"Kesusahan di dunia utk Agama, adalah untuk kesenangan yg tiada taranya di Akhirat kelak"
Aminnnn
Saidina Ali K.A.W :
"Jangan kerana kenikmatan yang sedikit, kamu menderita selama2nya
dan jangan tinggalkan kesusahan yg sedikit(utk agama), kerana kamu akan berbahagia selama2nya"
bih kurang la
ok
doakan aku juga
Assalamualaikum
salam..
satu kaum ni mmg sgt xsuka bila g umah pakcik sbb pakcik suka berhadis, bercerita pasal kisah2 ulamak, sahabat2, yg berkaitan dgn islam....
sehinggakan mereka buat muka bosan!!!
p/s: aku tersentap krn telah berlaku sesuatu peristiwa, sehinggakan aku berdoa apabila mereka berada di Mekah, mereka akan mendapat AZAB @ PETUNJUK di sana!!
Assalam.
Jangan begitu ahli kubur....
Jangan doakan azab...
Dalil. Nabi saw kena baling batu di Taif. malikat offer nak hantam itu penduduk2 Taif. Nabi saw lebih kurang kata janagn...mereka tak faham. kalau bukan mereka mudah-mudahan anak-anak mereka dapat hidayah. Akhirnya dari Taif pendakwah telah buat usaha di India. Asbab India kita didakwahkan dengan Islam melalui pelbagai asbab. perdagangan, perkahwinan dsbgnya.
Firaun pula bunuh kanak-kanak lelaki satu negara! Allah swt jadikan budak yang dia nak bunuh tu anak angkat(a.s) dia. Selepas tu Allah swt suruh beritahu Firaun dengan lemah lembut dan kasih sayang tentang kehebatan Tuhan.
Sesungguhnya Allah swt sayang seseorang insan 70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya. Allah Hu Akhbar! Kita tak faham ini bab....cuma kena yakin kasih sayang sesama kita penting. Doakan kebaikan never disaster....i love u bro.
Khalid
orang baling tahi, kita beri bunga.Woha!!...moga aku dapat amal apa yang aku tulis Ya Rabb!
yup. dalam kata lain dunia adlah ladang akhirat...
Firman Allah SWT : "sesungguhnya bagi Rasullullah itu, teladan yang baik..."
“Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah Negara dan tanah air, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya” – m/s 50, buku bertajuk : Penjelasan di sekitar Risalah Taalim, karangan : Muhammamd `Abdullah Al-Khatib.
Renungan...
Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah :
Negara dan tanah air...
akhlak dan kekuatan...
rahmat dan keadilan...
kebudayaan dan undang-undang...
ilmu dan kehakiman...
material dan kebendaan...
usaha dan kekayaan...
jihad dan dakwah...
tentera dan fikrah...
Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya...
Islam agama yang syumul...
Bila masuk Islam?
Rasulullah tauladan yang baik ...
Apa buktinya ikut rasulullah
Dunia adalah untuk mencari .....
1. Siapa tuhan kamu
2. Siapa imam kamu
ayt yg simple..sng nk paham.. tp byk sgt iklan..
dunia sbg tempat menjadi mayat huhu
"Akupun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada aku dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Aku jawab, “yes” kerana aku setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
"
masalahnya aku buat blog terus dalam online. butang pangkah tak ada.
jadi susah nak cari butang yes.
ada syor??
Tersengih-sengih.., (sambil makan serdak raya)
salam akhi. teruskan bermujahadah. ilmu untuk dikongsi bersama.
org jadi dunia tempat berseronok;
org jadikan dunia untuk menzalimi;
org jadikan dunia untuk mencari kaya;
org jadi dunia untuk berkuasa;
org jadi dunia itu jambatan ke akhirat;.....aku masih terumbang ambing;terkapai2,terkial2,kejar dunia untuk bekalan keakhirat....mudah2an dunia tidak buat aku tertipu....ADdunia sororom bororom....wallahualam
Salam,
Saya setuju 100% dengan Tuan Hamka. Cuma saya suka juga membincangkan pasal yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Untuk jadi Yang Memberi mestilah ada harta dan selesai tanggungjawab kepada keluarga dahulu. Berbelanja juga adalah baik kerana dapat menjana ekonomi. Si tukang kebun dapat duit apabila orang kaya mengupahnya untuk menjaga halaman rumahnya. Begitu juga Pengawal rumah orang kaya dapat pekerjaan kerana menjaga rumah si kaya dan pembantu rumah dapat hasil dari pekerjaan nya. Kalau semua orang hidup besederhana, maka orang kaya tadi akan mengeluarkan hartanya melalui bersedekah...maka ramailah orang2 yang hidup melalui wang sedekah sahaja dan tidak bekerja. Contoh2 dan hujah saya agak lemah namun eloklah kita fikirkan bahawa berbelanja kepada barang mewah juga adakalanya boleh membantu memberi hasil pendapatan kepada orang lain. Fikir-fikirkanlah. Tahniah atas penulisan yang baik tuan.
kekeyaan adalah untuk di kongsi, pada yang fakir, sedekah, kepada yang miskin, beri peluang kerja, kepada kawan kawan,buat open house!
: )
クリスマスに1人だなんてこの日本最大級のコミュニティサイトモバゲーにはあなたと同じ境遇の方がわんさかいるのに!ご近所さんで探す?プロフで探す?出会い方はあなた次第!
dunia adalah tempat untuk membina akhirat..
pendek..tapi padat
Post a Comment