MALAYSIA, 2 Febuary 2010, sebuah blog yang dikenali sebagai www.keretamayat.blogspot.com kini sudah mempunyai akaun Facebook.
Anda boleh ‘add as fan’ di (http://www.facebook.com/keretamayat).
Beliau yang pada mulanya enggan menggunakan Facebook kerana tidak suka terlibat dalam perkara ‘on line’ akhirnya akur apabila di desak oleh para peminat yang dahagakan kasih sayang beliau agar dapat kasih sayang itu, dicurahkan pada halaman facebook.
Hamka yang saya kenal pernah berkata bahawa Facebook itu adalah seperti api yang besar, manakala mereka yang melayani facebook adalah di ibaratkan seperti kelkatu, ini adalah kerana setiap hari ada sahaja bilangan ‘kelkatu’ yang akan bertambah bilangannya ‘mengorbankan masa’ pada ‘api facebook’. Oleh kerana api ini sangat besar maka telah ramai kakitangan kerajaan dan swasta telah terkorban sehingga menjejaskan prestasi Negara.
Walau bagaimanapun, Hamka hari ini juga telah bersetuju menjadi kelkatu apabila beliau sendiri sudah ada akaun Facebook walaupun dari segi teknikal Facebook keremayat itu bukanlah Hamka yang membuatnya tapi di buat oleh salah seorang dari ribuan peminat keretamayat tapi kira Hamka punya jugalah sebab beliau sudah memberi lampu hijau yang seterusnya menukarkan dirinya kepada seekor kelkatu lalu terbang bersama mereka yang lain menuju api facebook.
Hamka, sewaktu di belanja teh tarik berkata, kejadian ini berlaku adalah berikutan tragedi penangkapan blogger aduka-teruna yang menghina Sultan, ditambah dengan kemunculan dua ekor kelkatu lain (setakat ini) yang menyamar menjadi keretamayat dan salah seorang darinya membuat komen tentang BTN di Facebook Anuar Ibrahim sedangkan kelkatu itu bukan Hamka.
“Ini bahaya, saya bukan keremayat facebook tu, mereka kelkatu yang menyamar, saya ada ‘tali pinggang’ ajaib yang lain sebelum bertukar menjadi Mask Rider Kelkatu”
Jawab Hamka ketika mengorek gigi di di sebuah restoran berjenama tempatan satu Malaysia.
Berikut adalah link Fecebook keretamayat yang palsu,
(http://www.facebook.com/keretamayat#!/profile.php?v=wall&ref=search&id=100000570962724)
Anda di galakkan hinggap sebagai kelkatu di fecebook mereka tapi bukan dengan niat bermain api, sebaliknya dengan niat memadamkan api facebook mereka dan menyelamatkan kelkatu lain yang telah terkeliru dan terbakar di sana.
Sebagai pentutup, Hamka yang tewas dan kalah dengan factor persekitaran itu, akhirnya akur lalu membenarkan satu facebook khas dibuat oleh peminatnya sebagai link utama keretamayat dalam menambahkan lagi empayar “nota ugama kepada diri sendiri” yang menjadi rujukan mereka yang suka membaca dan berfikir.
Semalam, (ada lagi, tadi dah penutup) Hamka ketika ditemui selepas solat isyak (gaya lelaki beriman di akhir zaman) yang enggan mengulas isu keremayat facebook kerana sedikit malu menjadi kelkatu telah berjaya dipujuk ke sebuah gerai mamak lalu dirasuah teh tarik akhirnya membuat satu anologi lain daripada ‘kelkatu dan api’ setelah bercakap dengan peminatnya iaitu:
“ Facebook umpama library. Blogspot umpama kilang cetak buku, bila kilang (blogspot)mencetak buku (ambil satu contoh entry keremayat), maka, kita akan hantar ke library (juga dalam bentuk yang sama dengan entry keremayat cuma dalam paparan facebook). Di library (facebook), orang boleh baca ‘buku’ tersebut (entry-entry blog). tapi tuan punya buku sudah tidak boleh edit buku itu. Jika nak edit, mestilah di kilang buku (blogspot) tapi buku yang berada di library tidak berubah (sebab sudah dicetak) Tapi tuan punya buku boleh buang buku tu (buang entry blog kat facebook) dan tidak memberi kesan langsung kepada kilang (blogspot).”
Sementara itu, menurut Hamka lagi, pembaca boleh meninggalkan komen sama ada di kilang (blogspot), atau di library (facebook). tapi, komen di blogspot tidak akan masuk facebook. Begitu juga, komen di facebook tidak akan masuk blogspot, maka bagi sesiapa yang sering gagal atau selalu ketinggalan menjadi ‘first comment’ di keretamayat blogspot, bolehlah mencuba nasib di keremayat fecebook.
Woha!
Ps: Sumber berita adalah bukan daripada Buznama.
85 comments:
Assalamualaikum bang
tak nak promosikan blogkarkun ke?
http://blogkarkun.blogspot.com
>>___<<
ekekkekekekkee funny weh!!!
Dah ada Facebook?
Habislah. :p
salam encik hamka..
wah..da ada face book pulak.. tp kali ini agak pening cket bca entry kali nie..hehe..nak kena baca dua kali..sbb wujudnya kalkatu..oh,, hihi.. saya nak add la lepas nie..
kelkatu tu apa?
peribahasa?
>>__<<
bak kata famia.
Habislah... :D
Caya la bro!
:D
woaha....advanced.
hehehehe...harapnya tidak terjebak dengan game facebook.
hehe
saya dengan senang hati akan menjadi fan kereta mayat di fesbuk!!!
alamak..nak add. tapi identiti i rahsia.
ngeee~
kelkatu tuh serangga yang ske muncul terbang mengerumungi lampu masa nak hujan
Henshin! subhanallahi wa bihamdihi..
Bergabung di..
http://www.facebook.com/pages/Pakis-Indonesia/Belajar-Adab-Adab-Sunnah-Rasulullah/112179727479
hainur hapis
kau dah first comment, semua yang bukak komenn akan baca komen kau, maka automatic terpromote apa apa sahaja yang tertulis..
----------------
Frodo Baggins
Kau pernah tengok mask redir black? Atau kamen rider kabuto? Atau kemen rider kuuga? Semua tu satu sepsis dengan kelkatu..,
------------
famia
Habislah.., (gaya upin mengeluh)
------------
Kasih_Nurriz@3120.blogspot
ZZz..zzzzzzzzzzz.. (bunyi sayap kelkatu)
------
RieNa
:D
------------
INTAN RH
:D
----------
Darus Interferon
Eh, facebook ada game ke? Tak tahupun..,
---------------
esfan elan
dari kilang ke library..., bagus korang
------------
aishah_conteng_je
he he
-----------
Lelaki dari arah timur
Di bawah satu bumbung.., kelkatu itu terbang..
woha, majulah Keretmayat untuk negara!
AKHIRNYAA!!!
Haha. kau kalah dengan desakan alam ni Hamka. Semoga dakwah makin berkembang. Gunakan api besar itu untuk membakar tuan punya api hehe.
Jom join kontes dapat buku di blog saya. Aku iklan sikit ya memandangkan ko femes.
KLIK SINI
Salaam..
Hmmm.. What has happened to you brother ? You do not need all that. Hmmm..
Dan akhirnya.. ada buku muka.. dan bersedia menjadi kelkatu..
Assalamualaikum.
Kali pertama komen di blog paling best di abad ini walaupun saya telah ikuti entrientri keretamayat ini sudah lama.
Sebelum ni 'takut' nak komen. Tapi ku gagahi jua. Aicehh ~
Dengan ini secara rasminya saya menge'add' Encik Hamka a.k.a kereta mayat sebagai 'kipas'. Wah wah bunyi mengagumkan.
Teruskan berkarya dengan menampilkan entri-entri yang lebih dahsyat. Tetap menyokong anda dari jauh!
Wassalam.
Keh keh keh, dulu kata facebook ni buatan yahudi la, ni lah, tu lah, macam-macam la, sekarang?
???
Keh keh keh, manusia..., manusia..., korang ni amat melucukan...
tahniah! welcome to the dark side
keh keh keh
-hantu berbaju merah jambu-
woha!
facebook.
Bagus ye pada peminat En. Hamka tu sebab dapat lampu hijau untuk wujudkan facebook 'Kereta Mayat'..
Nak 'add' tapi tak tahu lagi la.. Woha!! Sebab 'Kereta Mayat' dah ada facebook yang original..
gila
bangang
b**i
kaki ampu
>>___<<
amende ada yg emo sangat ni?
ekekekkekeke .. bro hamka, lu nyer
peminat tegar ada yg x ske lu
bukak facebook dowh!!!
((Seb baix wa xder FB))
susah jd org glamer ni
aggagagaggaa
Neo Rantissi
Satu hari nanti, aku juga akan menjadi mayat…
---------
Khairi
AKHIRNYAA!!! Hamka sendiri naik keretamayat.
“nikmatilah” aku sekarang…
----------------
Mymot
Iman suasana..
---------
Azharjaafar
Do something better than do nothing..
Tapi ada orang selepas isyak terus tidur, mereka untung tidak, rugipun tidak..
: )
------------
Hami Asraff
Tahniah, sebab dah maju setapak..,
: )
----------
-hantu berbaju merah jambu-
Aku ada kata ke? Kat entry mana?
--------
Germanischer Lloyd
: )
--------------
nur azi
hmmm..
-----------
fraddo
aku perasan sibuk, tak sempat delete komen mereka....
tapi takpelah..
Ala hamka ko jgn terasa hati dgn 'hantu berbaju merah jambu'..cari salah org,sampai tuduh benda x dibuat, bak kisah lukmanul hakim dan anaknya dan keldai tunggangan (mungkin ko bole buat entry pasal citer ni)..lepas ni byk la identiti rahsia terbongkar di fb. Dalam screenshot fb entry di atas ada gambar aku..ahaks..
Adioss amigoss
Van qif
Hey manusia!
wahaha, eh, eh, eh...yang aku maksudkan bukan kau dalam entry kau Hamka. Ada orang dan sumber-sumber tertentu yang cakap macam tu. Aku tak tahu, aku hantu, tak pernah pakai benda facebook ni. Kalau blog, ok la sikit. Aku baru nak belajar benda-benda yang korang sebut 'I.T.' ni. Keh keh keh. Syukur adanya Kak "Pon" yang tolong ajar aku.
Aku berpesan:
"Berhati-hatilah bermain dengan api tersebut hamka, walaupun api itu kecil, kadang kala boleh membakar kita balik, woo takut ooo, kau takut tak?"
keh keh keh
bro, aku 'chow' dulu, ni si "bungkus" berkain putih ni nak pakai pc jap, kata beliau nak 'check' facebook dia.
p/s: jangan biarkan hidup anda dilalaikan oleh... INTERNET...
-hantu berbaju merah jambu berbulu-bulu banyak kutu dan bukannya kelkatu muka buku-
(>_<)woot! woot!
Aku:
Van Qif, kau dah tersalah faham maksud aku. Tuduh aku yang aku tuduh hamka yang bukan-bukan. Tunggu kau, malam esok, aku bawak geng-geng hantu aku serbu rumah penghulu kampung kau, nak? Kau takut tak? Kalau tak jugak, aku serbu rumah imam kampung kau. Haa...baru kau tahu.
Putih the bungkusman:
Woi! Gila ke apa kau, bro Jambu? Kau nak mampus? Rumah imam tu! Terbakar kita dibuatnya kang.
Aku:
Ala, rilek ah Putih, aku acah je.
Putih the bungkusman:
Acah, acah, sikit-sikit acah. Kita bangsa hantu mesti serious bro. Tengok muka diorang yang tengah baca komen kau ni, langsung tak takut dengan kita.
Aku:
A'ah ek? Ok la. Eh, Putih, panjang sangat komen aku ni, boleh ke?
Putih the bungkusman:
Lantak kau la bro, aku nak beli nasi lemak si toyol ni.
Aku:
Eh, eh, tunggu jap, aku nak ikut sekali. Seram pulak baca blog-blog manusia ni sorang-sorang.
-Jambu the hantu berbaju merah jambu berbulu-bulu banyak kutu-
elfutuwwah
Assalamu'alaikum wa rahmatuLLah akhi fillah,
Sifat kelkatuh itu memang sesuai dengan perangai umat akhir zaman. Dia tahu cahaya lampu itu membuatkan konco2nya jadi mayat tapi dia cuba-cuba juga mau dekat. Dia ingat hidupnya terang dengan cahaya itu, rupa-rupanya jadi gelap alias mayat.
aku berwasiat kepada diri dan kamu semua dengan solat dan taubat, sudah banyak orang yang jadi mayat hidup tetapi mati!
er semalam takmo harini mo..
madu nih madu nih....
harap yg tua jangan dilupa
takut bersawang maaa..
sana tu pergh..
-bersabar dalam melakukan kebaikan-
still prefer yg 'fresh'
terbaik dari ladang..
terus dari kilang..
=)
woa, don't worry bro hmka, ana dh add dh
hahaha...aku bangga,walaupun samar2,ada pic aku kat blog bro hamka ni...untuk entry terbaru ini...hihihihi.....xsia2 aku mengomen di fesbuk 2....
aku no 37....hahah..makin meningkat coz ri2 no 50...hahahahaha....majulah aksha untuk negara.....
xbest la byk sgt kereta mayat...xsuke...adehhhhh
ye tu..tapi blog kereta mayat tentang yang utama kan???nurin tak ada facebook..so tak leh add.harap blog kereta mayat tetap jadi yang utama..sedihnya..ada banyak keretamayat..apepun teruskan perjuangan
SALAM.
FACEBOOK??? MAAFKAN AKU TEMAN, MAAFKAN AKU WAHAI MAKHLUK TUHAN.AKU TIADA MASA UNTUK ITU.AMALAN TILAWAH QURAN KU SELALU TER"MISS", ZIKIR KU SELALU TIDAK HABIS, DOA KU TIDAK MENANGIS, DAKWAH KU...OHH TIDAK..DI MANA TELAH KU RUGIKAN MASA KU....
WAHAI ALLAH..., BAKI UMUR SEMAKIN KURANG, JALAN HIDAYAH TELAH KAU TUNJUKKAN, TAPI HAMBA2 MU INI MASIH MABUK DGN DUNIA....
SMOGA ALLAH KITA SEPANJUANG HIDUP INI & SMOGA KITA BUAT USAHA UNTUK SUKAKAN ALLAH.
orang da delete account fb....korang baru bukak account..ades
Van qif
Aku dah tulis kisah lukman nurhakim dalam entry, “anda di caci?”
------------
-hantu berbaju merah jambu berbulu-bulu banyak kutu dan bukannya kelkatu muka buku-
Aku cuba elak benda benda on line.., sebab tu banyak lagi email dan soalan yang belum aku jawab, satu minggu satu enrty pun dah ok..
--------------
elfutuwwah
Waailakumusallamusallam warah matullahiwabarakatuh..
Mask rider kelkatu, hanya menjadi kelkatu pabila keadaan terdesak..,
------------
nana
kat sini kilang cetak, kat sana buku.., takde kilang, takde buku
--------------
skar
=)
-----------------
Norashikin Abdullah
Yang ke berepa ratus?
---------------
kundi
glamerler engkau, gambar aku sindiripun takde..
----------------
aksha
ada dua jer.., pernigaan dah maju, mayat dah ramai, kena tambah kereta..
--------------
nurin
blog ini tetap menjadi basement.., datanglah komen di sini..
--------------
INSAN FAKIR IMAN
Ya Allah, ampunkan dosaku..
-------------
riDiCulOuS
aku selalu ketinggalan bab dunia, kau dah delete, aku baru nak start.., woha!
nanti ada plak twitter keretamayat,myspace keretamayat,tagged keretamayat,
friendster keretamayat dan sewaktu dengannya.haha..
aku baru tahu pasal gerakan freemason ni.
klo rajin ko ulas ok.
ni ada cerita pasal facebook.
apapun aku suka cara penulisan keretamayat.
wan perlis..
Ko cari blog yg ada entry cerita pasal Facebook...dia org dah siasat, facebook ni x der kaitan dengan regim yahudi pun...kalu nak ikutkan macam tu...x yah la guna windows atau OS microsoft...kan yahudi jugak tu...
Ustaz Zaharudin pun gunakan FB untuk berdakwah...nak tahu lanjut ko gi tanya dia lah.
cerita facebook yg aku maksudkan.
http://kemanaarahkita.blogspot.com/2010/02/facebook-ketinggalankah-tidak.html
komen la.hehe
Muahaha!
Hey manusia yang bernama Van Qif, betul ke sumber kau yang mengatakan Facebook bukan buatan YAHUDI?
BETUL KE??? Boleh percaya ke sumber kau tu?
Tadi aku dah 'investigate' isu ni secara mendalam melalui sumber-sumber tertentu dan keputusannya amat mengejutkan.
Keh keh keh.
Korang tak tahu rupanya...
Mark Zuckerberg adalah salah seorang pengasas Facebook dan ketika ini merupakan CEO syarikat tersebut. Dia merupakan lulusan Harvard dan merupakan seorang yahudi di mana bukti kukuhnya yang ketika zaman pengajiannya, dia menetap di komuniti yahudi di dalam Harvard yang bernama Alpha Epsilon Pi, sebuah fraterniti yang hanya menerima pelajar dari kaum yahudi menetap dalam kawasan kediaman kolej mereka.
Dan korang tak tahu yang mereka (Facebook) meletak salah satu markas operasi laman web mereka di Tel Aviv, khas untuk mengendali semua database dari seluruh Asia termasuk la negara-negara Islam dan di samping menjana ekonomi untuk negara Israel itu sendiri.
Untuk pengetahuan korang semua, Mark merupakan seorang yahudi 'atheist', salah seorang golongan yang tidak percaya wujudnya tuhan. Korang 'support' mamat yang tak percaya tuhan ni?
Keh keh keh
Korang dulu-dulu kata yahudi ni la, yahudi tu la, jangan sokong produk-produk yahudi la, ptuih! Cakap tak serupa bikin.
Jangan nak berdakwah tentang yahudi sekiranya masih menggunakan produk-produk yahudi ni.
Ni aku komen ni pun kerana kawan sekerja aku asyik buka laman kereta mayat ni. Dia terlalu menyanjung Hamka. Aku pun syok juga baca entry dan komen dalam blog ni, tapi bila dengar pasal facebook ni memang aku tak suka sangat. Benda ni la banyak melalaikan semua orang Malaysia yang terkenal dengan sifat mudah lalai mereka. Aku paling bengang bila bos letak memo kata dilarang facebook dalam pejabat tapi dia sendiri asyik bermain permainan 'farmville'.
p/s: harap maaf komen ku yanga panjang sangat...
-manusia mudah alpa dan lalai-
Kalau tak percaya, korang boleh search dalam internet tentang Alpha Epsilon Pi dan kaitannya dengan Mark Zuckerberg, CEO Facebook. Tengok list alumni tersohor mereka.
-manusia mudah alpa dan lalai-
Lupa pulak nak bagitahu, aku ubah nama identiti aku dari ke
Keh keh keh...
-manusia mudah alpa dan lalai-
Salah taip,
Pembetulan;
Lupa pulak nak bagitahu, aku ubah nama identiti aku dari ke "hantu berbaju merah jambu berbulu-bulu dan banyak kutu" ke "manusia mudah alpa dan lalai"
Keh keh keh...
-manusia mudah alpa dan lalai-
Fb mudah melalaikan dan melupakan...
huhu
Assalam,
Hamka...samada api besar itu akan terpadam atau aku akan jadi kelkatu yang akan terbakar dek kerana nak memadamkannya..he..he..
Facebook itu makhluk...
Blog itu makhluk...
Twitter dan segala mak nenek itu makhluk....
sedikit pun tiada kuasa...
Semuanya berkhidmat untuk ashraful mahlukat..
Khalid.
Dengan Penuh Kasih Sayang
dah Add..yeahh!!..
hidup mu bagai lilin yg membakar diri wahai kalkatu...
cuma yg berbeza dari lilin...
lilin dapat memberi manafaat kpd org sekitar...
menerangi malam untuk membaca quran..
tetapi malangnya kalkatu memberi mudarat pd org sekitar...
terpaksa kene sapu dgn penyapu mayat2 kalkatu tanpa sempat menaiki kereta mayat...
wahai hamka..
dah ada facebook, blog jgn dilupa..
sbb aku x join jd fan keretamayat kat facebook..
aku hanya ingin baca nota agama buat diri sendiri saja...
Wan Perlis
Bab freemason ni, jika kau selalu dengar ceramah di masjid sri petaling, maka tak perlu risau apa apa.., sebab mereka sarang labah labah, dan kekuatan orang islam adalah dalam dakwah dan doa..
-------------
van qif
bab boikot yahudi, boleh baca pendirian aku dalam entry boikot.. ada dua entry.
-------------
-manusia mudah alpa dan lalai-
Sahabt nabi pun ada orang yahudi, mereka juga ummat Nabi, selagi nafas terlekat di rongga, selagi langkah terus di perjalanan.. (sambung sendiri)
-------------
Ibnu Mutalib
Mungkin FB juga akan mengingatkan mereka yang mudah melalaikan dan melupakan...
--------------
Khalid.
Benar!
--------------
LiFe Is BeAuTifUl LyRiC
Dapat nombor berepa? 600?
---------------
aimanruslan
mayat pula, di dapatkan minyak dagu, woha!
-------------
faz
aku tulis kat blog dulu, lepas beberapa jam, baru mereka yang di fb dapat baca.., so beruntunglah mereka yang mendahului..
hidayatt...hidayat
charisteas86
mu follow satu blog je ke..
ni dah kire fana' ngan KM dah nih..
hu3
Semoga panjang umur juga di facebook
Kenalan dari http://blog-arfian.blogspot.com
Saya pelajar Indonesia...
Saya masih butuh banyak opini... abang comment juga ya....
assalamualaikum...
aku sokong ko bro hamka..
sebab kalau nk jadi baik...add je grup `i luv Allah`..`i luv islam` sebagai contoh, dalam fesbuk 2....banyak artikel2 keagamaan untuk dijadikan renungan....
add jugak para2 ustaz....x lupa juga bro hamka nih...hehehe...
so...kat mana yang lalainya kalau kita sedar apa yang baik dan buruk...???
Hamka,
Ye ke? Lepas ni jangan pulak marah yahudi ni, yahudi tu pulak. Kita semua sekarang tengah pakai produk-produk diorang. Alahai betapa lemahnya kita, terpaksa bergantung dengan keupayaan dan kehebatan diorang...
Tch, tch, tch...
Sedihnya aku...
Umat Islam zaman sekarang lemah, berdakwah dengan bantuan dan kemudahan yang yahudi sediakan...
Semakin mudah ilmu agama diperolehi melalui internet sehingga majlis-majlis ilmu di surau-surau dan masjid-masjid pun semakin lengang, semua orang beralih ke era moden, celik I.T. katakan...
-manusia mudah alpa dan lalai-
Dengan kemudahan internet, kini, budak yang cetek ilmu agama pun boleh berdakwah...
Internet, kau adalah salah satu fitnah dunia...
Kerana engkau, kebanyakan umat kami teraniaya dan lalai...
Kerana engkau, majlis-majlis ilmu agama di surau dan masjid kurang mendapat sambutan...
Kerana engkau, remaja kami terdedah dengan budaya barat yang terlalu 'terbuka'...
Kerana engkau, fitnah semakin mudah disebarkan, blog politik, blog hiburan sensasi dan lain-lain...
Kerana engkau, ramai orang berselindung di sebalik identiti rahsia, lantang bersuara tidak kira tentang perkara baik mahupun buruk (termasuk la aku)...
Kerana engkau...
Aku dah tak tahu nak kata apa lagi...
Aku pun antara yang lalai...
Manusia memang hipokrit...
-manusia mudah alpa dan lalai-
tau xpe....pandai2 la jaga diri.....
perkare hak xkan boleh bercampur perkara batil..
umpama minyak dgn air..
perkara hak hanya terhasil dgn taufiq & hidayah Allah..
perkara batil hanya terhasil dgn kehendak nafsu + tipu daya syaitan..
smoge Allah bg taufiq hidayah pd kita semua..
disebabkan aku pening kpala n kpala aku x digangu kalkatu palsu ka apa ka....dua2 facebook kaltu yang ada ja ayat "mayat" aku add friend...wohaaaaa......
PANAS SAIFULPADA 27JUN2008
http://www.ziddu.com/download/8465222/SAIFUL27JUN2008.doc.html
GAMBAR DARI ANWAR IBRAHIM CLUB(AIC) MEMBUKTIKAN SAIFUL MASIH BERKERJA PADA 27JUN2008 SELEPAS DAKWA DILIWAT PADA 26JUN2008..FIKIRKAN ?
assalamua'laikum...
sya nak minta pendapat encik hamka...
beberapa waktu yg lalu sye de wat kesilapan...sye couple n then clush...sebab mamat tu curang n dah tipu saya dalam waktu yg lama..huhu...
lepas tu sya geram sangat coz dye xnak jumpa ngan sya n bagi pnjelasan ataupun minta maaf kat saye sbb dah tipu sya....lalu sya pun caci maki dye n memburuk2kan dye kat semua kwan2 melalui facebook...hampir satu U tau ape yg dia buat kat saye n sye dgn semangatnya berkata-kata kasar kat dye....
mmg sya dah x boleh tahan emosi time 2...huhu
tapi skrg insya Allah sya dah sadar..dah tau couple tu x boleh..n sadar sya dah melampau...saya nak berdamai ngan dye..xnak memutuskan tali silaurahmi sesama muslim n juga sesama satu universti... tapi sampai skrg die pun xde lage minta maaf kat sye psal salah dye tu... jadi kadang saya pun merasa masih lage sakit hati kat dye sbb macam dye xpernah merasa bersalah je kat saye,,,,(semenjak kejadian tu kami mmg xpnah lage bertegur sapa,,berjumpa,,mcm org yg dah xpernah kenal je)..huhu
jdi sye nak tanya pendapat encik hamka...
manekah yg lage teruk...curang n menipu atau mencaci maki n berkata kasar??
lepas tu,,apa yg sye harus lakukan skrg,,pegi minta maaf dulu kat dye,,atau tunggu dye je yg minta maaf,,, tpi klo sya yg minta maaf dulu,,saya takut dye still lage xnak jumpe ngan sye,,ataupun nnti saya msg mesti dye x reply n anggap sye ni xpernah ada...wuaaa,,,itu buat sye mkin tekilan....nanti sye ni mcm perempuan yg xde harga diri lak asyik kejar n cari2 lelaki...huhuhu
mcm mane lah nak ikhlaskan ne smua,,,huft
n 1 lge,,facebook mmg tmpat pling cepat tuk sebarkan berita...hahah
ok..sekian..tolong d jawab n bagi pandangan,,terima kasih encik Hamka =)
Wei! Anonymous atas komen aku ni, kau salah tempat la wei. Nak buat komen isu politik, buat kat tempat lain la. Jangan nak sebarkan pengaruh politik kat sini.
p/s: apa yang panas tu? Ke kau yang kepanasan dengan isu liwat ni? Kau berminat eh? Keh keh keh...
-aku tak suka berita sensasi dan panas-panas-
komen ku di atas ini dituju kepada anonymous yang buat liputan perkembangan terkini isu liwat anwar dan saiful, bukan kepada anonymous yang mintak pendapat hamka. Harap jangan salah faham k?
-aku tak suka berita sensasi dan panas-panas-
off topik
klo brader hamka buka ruang iklan kat blog ni mesti boleh dapat rm300 sebulan.
tp brader hamka seorg yang tidak mementingkan $ semata-mata.wa caya sama lu.
betul tak?
bang hamka , Assalamualaikum
ramai yang komen blog hamka Alhamdulillah
sampai jenuh nak baca komen
harap tak jenuh nak baca entry Insya Allah
doakan ana
Assalamualaikum
Abg hamka , saya nak cari artikel
"anda di caci" pasal Luqman Nul Haqim tu.
apakata abg letak kotak search
atau buh link tu di bhgn artikel menarik,
Jazaka Allah Khir
tenang aja...
cuba cari atas nama siti.. atau anuar.. yang diklon oleh peminatnya..
cuma, bagi yang peka mungkin perasan penyamaran itu.
kesimpulannya ada juga satu yang benar dari tuannya. dan yah, hamka dah beritahu, dia mengikut juga.
aku tak akan buka FB... sebab takut terjerumus... nanti satu keje tak buat asyik FB je...blog Bro Hamka cukuplah...
charisteas86
Ummat sedang menderita...
--------------
Ibnu Mutalib
: )
---------------
BloG @rfian
Tidak berjanji untuk bagi openi di blog kamu, tapi jika kamu email sama saya, bisa saja dong, tapi jugak tidak butuh opini dengan pantas.
---------------
kundi
waailkumusallam
teknologi bukan bidaah, tapi teknologi banyak lalaikan ummat, so hati hati... (akupun)
-manusia mudah alpa dan lalai-
Kau lupa dan lalai, entry aku dulu kutuk orang yang boikot yahudi tak tahu hujung pangkal, aku juga kutuk orang yang boikot Denmark, dan Belanda.
----------------
aimanruslan
Benar!
Ps: baca enty aku: bagaimana menjadi pendawak? Part 1 dan part 2.
------------
taurus
wohaaaaa...... ! (selamatkanlah kelkatu yang terbakar pada api yang salah itu)
------------
Anonymous
(((manekah yg lage teruk...curang n menipu atau mencaci maki n berkata kasar??)))
Dua dua teruk, sebab melibatkan hati dan perasaan, tapi menipu lagi terukler.., sebab bila maki dia tahu, tapi tipu dia tak tahu..., jadi dalam bab ni, dua dua teruk. Kalau dia tahu kena tipu dan maafkan ok, kalau dia kena maki dan maafkan ok, so kenalah mintak maaf.
(((tpi klo sya yg minta maaf dulu,,saya takut dye still lage xnak jumpe ngan sye,,ataupun nnti saya msg mesti dye x reply n anggap sye ni xpernah ada...wuaaa,,,itu buat sye mkin tekilan....nanti sye ni mcm perempuan yg xde harga diri lak asyik kejar n cari2 lelaki...huhuhu)))
Mintak maaf jer, mana ada orang mintak maaf takde harga diri. Lagi bagus kau minta maaf dalam FB biar semua orang tahu kau dah mintak maaf..
Itulah jawapan dari aku seorang yang bukan ustaz..
Pengalaman aku.
Masa belajar dulu, ada kawan aku ajak minum air waktu malam ngeteh, bila sampai sana, dia boleh pulak layan movie kat kedai, sedangkan aku nak balik study, so aku hadkan kerugian, aku cakap, aku nak blah.., dia ingat aku bergurau, tapi dah sejam, aku hadkan kerugian, aku blah..
Dia cukup bengang dengan aku,
sejak tu tak bertegur dengan aku., aku buat bodoh dan tegur dia selamba depan orang ramai, tapi dia masih tak bercakap dengan aku, aku selalu tegur dia dan dia tak balas sampai semua orang tahu dia bengang dengan aku dan aku tak kisah dan selamba tegur dia macam tak gaduh.., aku bagi salam dia tak jawab, orang semua Nampak, dan selalu jadi kelakar bila aku cakap dan muka dia mencuka dan semua orang gelak.., dan dia selalu rugi sebab bila Nampak aku dia blah, aku pulak boleh berada di mana sahaja (kecuali tanda perempuan).
Kadang kadang aku mintak maaf depan kawan yang lain, tapi dia masih bengang.., dan kawan kawan mula buat lawak tentang kami, dan aku ketawa tapi dia mencuka...
Tapi bila tekde orang tinggal aku dengan dia sahaja, aku pun jumpa dia, tutup pintu., dan cakap kat dia, kau nak hidup macam ni sampai bila, aku silap, aku mintak maaf, apa kata kita selesai cara lelaki, kita bertumbuk malam ni, siapa memang siapa kalah, tak peduli, tapi lepas ni kita minum ngeteh sama sama, dan jika kau nak layan movie, kau balik jalan kaki, tapi tak payah nak merajuk macam budak perempuan!
Dia pun malu dan maafkan aku.
Sekian.
-----------
-aku tak suka berita sensasi dan --
panas-panas-
Orang politik(bukan semua) ni selalu perasan unik, tapi bodoh tak sudah..
---------------
Wan Perlis
Sebab aku dah ada kerja, dan tulis blog adalah untuk diri sendiri, bukan cari duit, tapi jika korang rasa nak bagi duit, no problem, email aku...
--------------
hainur hapis
walakumusalam
kau Tanya jer google:
http://keretamayat.blogspot.com/2006/05/anda-di-caci.html
--------------
keketuk
ye tak ye jugak..
----------------
ryina ikhwan
aku juga ada kredit card, dan setakat ini belum terjerumus..
(ada baik dan buruk)
salam...
woha!
ada fb...
tahniah, smkin maju nmpaknye..
tapi entry kat blog jgn lupe yer cik hamka.
=P
-nazlin alina-
hamka.....
entah knp aku sedih sejak tahu ko ade fb....
aku rs cam apa yang ko tulis macam xselari dengan apa yang ko buat...
macam mana ye nak buang rasa sedih ni.....
Assalamualaikum,
Saya mencadangkan agar keretamayat mendaftarkan nama domain sendiri la, sbg contoh keretamayat.com coz ini dapat mengelakkan orang lain menyamar dan menyalahgunakan identiti keretamayat. So bila orang dah tau hanya ada satu keretamayat.com, susah pekara-pekara yang x diingini berlaku.
aku nak komen gaks, tapi bukan pasal facebook, arituh aku dah ade add facebook ketemayat, tapi aku tak taw yg betol ke palsu, nanti aku cek balik, hehehe
ape yg buat aku teringin nak komen... nih pestaim aku tengok followers blog sampai 1400++... maju dan laju, ngeee~
nih aku nak bodek ko hamka, aku taw nape blog ko laris cam pisang goreng panas taw.. sebab ko telus, mulus dan tulus,cam lagu ghazal tuk rabiah haha..
ko nih cakap from the bottom of heart,ngeh3.. tak heran la ko ramai follower tak cam website aku ni..uwaaa~..
aku dah bodek, ko bg la point sikit kat aku... at least belanje aku makan ker... hua3
Jemputan Rasmi kepada pemilik bog yang terfames ...pojaan hatiku.
Jord Zon Timur, Besut 16-19hb. Jun 2010.
Sampaikan kepada setiap pintu...
sampaikan kepada setiap hati...
Sampaikan dalam fikir,zikir,syukur dan sabar..dengan segala kasih sayang yang masih tersisa dihati...
Sebut ia dalam setiap bayan hidayah, mesyuarat halkah, mesyuarat panjang, taklim masturaat..laporkan perkembangannya dari masa kesemasa
Pesan kepada setiap mutakalim yang dimuliakan agar menyebutnya setiap kali ghast...dengan kasih sayang dengan senyuman dengan tawa riang dan pengharapan.
Pesan pada semua isteri-isteri (oh allah aku mengajak perkara yang aku tak mampu)agar menangis merayu memohon bantuan yang esa.
Pesan pada semua para hafiz hafizah alim alimah
Pesan pada semua ustaz ustazah
pesan pada karkun karkunah....
Doa agar Jord Zon Timur ini akan menarik rahmat Illahi....
dari setiap rumah keluar manusia manusia yang mulia...
Allah Humma ya Allah
Khalid.
Sayangku pada ummat ini tak berbelah bagi...
sya yg hari itu minta pendapat ngan encik hamka..pasal minta maaf etc tu...hehe
terima kasih dah bagi pendapat,,,
yg encik Hamka cakap membuat sya bertambah yakin dgn ape yg dah sya buat...ehmm...
sye dah minta maaf kat dye semalam,,tpi lalu email je...x leh lwat fb,,dye dah block fb saye...huhu,..
dari semalam dah sye hantar email minta maaf tu,,tpi smpai skang dye x reply....tpi xpe lah,,,
yg penting sye dah mintak maaf,,,,hehe
oia,,ne first time sye buat coment kat sini,,n sya rasa senaang sgt sebab ncik hamka beri respon n jawab panjang lebar,,haha,,,
thanx ^ ^
'Kelakar' betul abam hamka nih... heheh.
Aritu solat jumaat, 'berebut' saf depan ngan sorang mamat berjanggut panjang, berdahi hitam dan bercelak. Sebab nampak dia perasan alim, perasan unik dan lebih tua dari aku, aku pun mengalah. terpaksa duk kat belakang dia.
Akibatnya solat aku tak berapa nak khusyu' sebab baju melayunya yg jarang menampakkan lukisan dacing purba parti 1 malaysia yang besar pada tshirt dalamnya. Bila aku tunduk pulak ke bawah, nampak logo Gajah Duduk yang bersulam benang silver dan sejadah pulak berwarna warni dengan corak-corak yg meriah...
Aku pejam mata tapi takleh lama sebab rasa tak balance pulak jadinya...
Eh, entry kali ni pasal facebook kan? apa pulak cerita pasal solat jumaat tak khusyu'? Sebab dalam facebook byk tarikan. Amoi ni, amoi tu... duk teringat pulak masa solat nanti. kain pelekat pulak berdiri. niat nak buat nota agama untuk diri (bukan spesifik kat keretamayat...secara amnya ok) tapi takut-takut tertipu dgn ke-perasan-unik-an sendiri:)
smuge lebih ramai dapat berkongsi ilmu kat sini lepas ni.
Betul, betul, betul! Aku setuju dengan ikhwanmuda.
-nazlin alina-
Blog first, fb second.. (just bab lapangkan masa di alam maya lerr)
-----------
aksha
kau sedih sebab sedang mencintai orang lain tapi terpaksa pula habiskan masa dengan orang lain..
sama macam fb dan blog gak, woha!
---------
Omar
Walakumusallam, cadangan di terima, err, boleh ajar tak? Kena bayar ke?
----------
Ammar
Kau iktifaf di masjid lampung aku, nanti aku tolong masak lagi, nak?
--------------
ikhwanmuda
aku nak pakai T shirt waktu solat dan nak tulis ini di belakang baju..
“If you can read this, that’s mean your solat is not khuyuk”
Woha!
--------------
nerzhul
: )
Assalamualaikum,
terima kasih kerana menerima cadangan saya untuk menggunakan domain sendiri iaitu keretamayat.com
memang kena bayar, tapi tak apa.. InsyaAllah saya akan tanggung kesemua kos tersebut..
err...saya dah melakukan semakan dan mendapati nama domain www.keretamayat.com dah diambil oleh orang lain..
yang tinggal sekarang www.keretamayat.net
www.keretamayat.org
dan beberapa nama lain yang agak tak best..so camana, nak teruskan jugak ke?
nanti boleh e-mel saya di omarmahdzan[at]live.com untuk urusan ni yer..
hamka da ada facebook,habis la....makin gembira la org yahudi.....jangan terkesan dgn suasana sudah....
woha!
Post a Comment