Sep 10, 2009

Ikut nenek moyang?

(Lawak ceramah yang tak jadi:-ni bukan orang tempat lain, ni orang sini- semua pendengar tidak gelak-lalu ustaz ubah taktik, ni bukan orang sini, orang tempat lain,-barulah pendengar gelak semula)

Pada malam bulan ramadhan, ada benda yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku, dan ini berlaku mungkin hanya kat tempat aku, atau mungkin juga berlaku kat tempat korang.. dan aku akan tulis kesalahan-kesalahan ini dalam nota ugama aku yang mana bergunalah ia jika dirujuk oleh AJK surau yang berkenaan..

Pertama yang aku tak paham, kenapa ada surau yang lepas habis solat isyak, terus solat tarawikh, eh? Mana pergi solat sunnat bardiah lepas isyak? Inikan sunnah Nabi?, atau memang Nabi tak solat sunnat lepas isyak di bulan ramadhan? Bukan ke amalan sunat di bulan ramadhan sama pahala dengan amalan fardu di luar ramadhan? Kenapa nak kena tinggalkan amalan yang dah istiqamah di luar ramadhan?, Tak faham aku..

Bila aku tanya, jawapan yang korang bagi, dari dulu lagi dah buat begini.., pulak?., sejak bila kita kena ikut nenek moyang dalam bab akhirat? Kalau kau tak nak buat, tak salah sebab benda ni sunnat, duduklahlah bersimpuh diam diam menghadam najis di perut, tapi tolonglah bagi peluang keemasan kepada orang lain yang dah lama istiqamah meneruskan keistiqamahannya.., dan tolonglah untuk bab bab ugama, jangan ikut nenek moyang, ikutlah Al quran dan sunnah..

Lepas tu pulak, sebaik selasai solat tarawikh 4 rakaat, kebanyakan surau masjid di Malaysia ni akan adakan tazkirah, dari dulu lagi aku tak setuju benda ni, yelah, bulan puasa ni sahaja yang ada solat tarawikh berjemaah, tapi korang nak jugak bertazkirah, yang mana keburukkannaya, solat terawikh yang patut dibuat 20 rakaat dah jadi 8 rakaat, sebab korang nak jimat masa kononnya atau aku sangka baik, korang nak sambung lagi balance kat rumah bersama isteri dan anak anak.., sambung baca baki Al quran satu juzuk.. selapas layan astro.., lantaklah..

Ok, belum labis lagi bab tazkirah, yang aku angin, Lepas solat tarawikh 4 rakaat, bila korang buat tazkirah, alahai.., tazkirah bukannya best pun, asyik duduk bantah membantah perkara politik tak sudah sudah, tapi korang berhujjah, bahawa tazkirah itu wajib, solat tarawikh itu sunnat, baik!, jika korang nak buat jugak, buatlah tazkirah jam 8, iaitu setengah jam sebelum isyak, lepas isyak terus bertarawikh 20 rakaat, yang nak buat 8, boleh balik awal selesaikan urusan masing masing.. kat mekkah takdepun ulamak arab tazkirah lepas solat 4 rakaat? Ke Nabi ada buat? tapi tu lah korang, bila dah niat tazkirah untuk betulkan orang, maka bila nampak ramai orang sikit, terus korang isi slot tazkirah yang kadang kadang buat aku naik angin, cerita bab politik sampai mencecah setengah jam!

Hampeh!

Satu lagi, jika korang nak jugak buat tazkirah di antara solat tarawikh, cuba bagi tazkirah yang power sikit, iaitu cuba cerita isi makna ayat Al quran yang baru di baca dan akan di baca lepas ni, baru jemaah dapat tahu makna Al quran dan dapat menambah kekusyukkan solat masing masing insyallah.. tak payahlan nak borak macam kedai kopi, baca Al quran sikit, lalu tafsir isu politik tanah air, “Nabi dulu di simbah air lada, kitapun sekarang di simbah gas pemedih mata bla bla bla..”

Aku tahu, ustaz ustaz dah biasa dapat elaun tiap kali tazkirah di luar ramadhan, paling kurang RM50, dan ada yang RM500, yang seribu lebih pun ada, itu urusan kau dengan Allah, (dan ada jugak yang free, alhamdulillah,) tapi tak payahlan nak marah aku jika lepas ni aku tak solat kat situ lagi, sebab aku nak berjemaah 20 rakaat kat tempat lain.. bukan sebab aku perasan bagus, tapi sebab aku tak baguslah aku kena solat 20 rakaat…

Dan yang paling hampeh adalah alasan korang untuk benarkan semua perkara ni, jawapan yang korang bagi:, dari dulu lagi dah buat begini..,

Pulak?., sejak bila kita kena ikut nenek moyang dalam bab akhirat? Bahaya beramal ikut nenek moyang.., nenek moyang tidak semestinya betul.., itu belum aku cerita bab dakwah dan solat berjemaah.., acu cuba try test aku nak tanya, kenapa tak nak buat dakwah dari rumah ke rumah?, kenapa tak istiqamah datang ke masjid, lantas terus korang cakap:

"nenek moyang kita tak buatpun.., "

"nenek moyang saya tahajjud tak tinggal, puasa hari hari, Al quran sebulan khatam, tapi tak buatpun dakwah pintu ke pintu! "

“Tok wan aku selalu solat isyak lambat lambat.., ok jer, bila mati ramai yang datang tahlil”

“Tok nyang aku dulu ustaz, tapi dia selalu solat berjemaah kat rumah dengan nenek aku, takde masalahpun, bila mati ramai jugak yang datang tahlil..”

“datuk aku belajar kat arab, takde pun dia buat dakwah rumah ke rumah.., bila mati ramai jer yang datang tahlil..”


Woi woi woi.., apa kena ramai datang tahlil dengan keredaaan Allah? Aduhai kawan.., tolonglah jangan jadi macam orang kafir zaman jahilliah yang bila Nabi seru mereka pada Allah yang satu, jawab mereka, : kita kena ikut ugama nenek moyang.., oh.., ingat nenek moyang kita takde salah ke? niyang rapik lagiler...

Dah, stop! malas aku membebel pada bulan puasa sebegini.., korang semua faham faham sendirilah, korang kan selalu dengar tazkirah.., jangan cari aku malam ni, sebab aku nak solat kat tempat lain pada 10 malam akhir ramadhan, harap maklum..,

Dan aku cadangkan, sempena 10 akhir ramadhan dan menjelang lallatul qadar, Ajk surau sekalian silalah ubah tarawikh dari 8 rakaat kepada 20 rakaat, ramadhan dah nak habis ni..

Lepas tu jika korang nak dengar jugak ceramah, apa kata kita buat lepas habis solat witir, kita borak bab ugama macam borak di kedai kopi, lantaklah korang nak cerita pasal air lada dan gas pemedih matapun, atau kisah pemijak lembu.., sebab kita memang borak kat kedai kopipun!.., dan amalan borak di kedai kopi jugak adalah amalan nenek moyang kita, kan?

Teh’ tarik kaw satu!

Woha!

Ps: Maka di tangah malam itu, kelihatanlah sebuah kereta mayat berlabuh di sebuah kedai kopi yang berkumandang lagu lagu hari raya yang ‘menghias’ 10 malam akhir ramadhan… dan ni bukannya tempat lain…

224 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 224 of 224
van qif said...

Salam...

sementara menunggu asar ni...Hamka, kat surau aku agak unik..memang surau kami buat 8...dan diperantara kan oleh tazkirah selepas 4...Tapi tazkirahnya ialah bacaan kitab Fadhail amal/fadhilat ramdhan oleh imam...tiada caci mencaci..yg ada hanyalah ayat ayat Allah dan hadis nabi..

tapi sayangnya..lepas ramadhan imam dah tak buat..

note: Encik superman dah tak menagis kan..

Grave Members said...

salam.. tazkirah ahli2 surau n masjid ni bkn berkaitan dgn agama!! tp berkaitan dgn hal2 politik dan dunia!!! kan Allah S.W.T melarang hamba2-NYA berbual2 hal berkaitan dunia di dlm ASJID & SURAU melainkan yg berkaitan dgn agama shj. Tu sbb la Kereta Mayat Bengang n G Tmpat lain kot

hamka said...

van qif

eshh, malulah jika nangis lebih lebih..,

--------
Ahli Kubur

: )

ps: komen dah kena tekan page 'next'.., baru perasan komen korang

Anonymous said...

Salam..

Pendapat Hamka mmg ada salah. Nak tau salah.. cari, tanya & tawakal..
Namun ada yang betul.. nak tau.. lepas naik kereta mayat dan jumpa Raja segala Raja.. sy yakin Hamka bukan golongan yang pro-sesat dan menyesatkan..cuma dia nak islahkan dirinya di blog.. layan jer..

note: nangis taubat lagi bagus..

[perantau alam]

Razman said...

aku razman jugak..tp bukan razman kat ats ni..aku bru jpe blog ni..dan dlm proses mmbce dr 1 entri ke 1 entri..byk aku pelajari..

tapi ble ko pertikaikan org bg tazkirah, aku tak setuju..ini pendapat aku..tak smestinya btol..aku blaja pun tak tinggi..

mcm ko ckp, bg masa utk solat sunat lepas isyak..so apa masalahnye bagi masa utk tazkirah?

tazkirah ni kita mengingatkan sesama kita..berpesan pesan dgn kebenaran..menegah perbuatan dosa..tak kisahla pasal politik ke apa, asalkan benda betul..kalau salah itu kita bangkang...

ziarah dari rumah ke rumah, bukankah tazkirah jugak? kte guna masa die jugak...so xkanlah sbb ko nak cepat smyg 20, tak boleh org bagi tazkirah..kalau nak pilih smyg tempat laen x salah..org bg tazkirah tu tak paksa ko smyg ctu..ko boleh pilih kat mana nak berjemaah..juz jangan larang org bg tazkirah, hati manusia selalu lupa..perlu sentiasa diingatkan..kalau ko tak perlukan tazkirah, mungkin orang lain perlu..contohnya orang2 macam aku yang selalu alpa dengan dunia..

sekadar pendapat aku..mungkin salah..aku mahu dengar pendapat ko pula..

hamka said...

aku dah tulis pendapat aku dalam entry dan dalam komen, cuba baca.

: )

PROLEAD CONSULT said...

Tazkirah tak kisah...tapi lepas 20 sebab aku nak nikmati bulan posa... Bulan lain x de tarawih.

http://proleadconsult.blogspot.com/

hamka said...

yo!

Anonymous said...

pemikiran orang pas ni same jer...x abis2 ngn hukum hudud dier...

-siti~

hamka said...

210

yo!

eden said...

sebenarnya kita bukan setakat ikut nenek moyang kita je malah kita juga ikut sesapa yang serasi dengan pemikiran dan kehendak (nafsu) kita...

Jalan yang lurus itu mengikut Allah dan Rasulnya...
Adakah kita begitu...

hamka said...

kemudian

az-1 said...

setugu2... masa bulan Ramadhan ni lar ade solat tarawikh (1 bln aje plak tue) bakinya 11 bulan kalo ko nk bantai tazkirah berjam2 pon xde hal... masalahnye bt tazkirah tuk paksa org dgr sbb ramai orgkan mase tue..
Dinyatakan bahawa bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian: 10 hari pertama - rahmat, 10 hari kedua - pengampunan dn 10 hari ketiga - kelepasan dari api neraka
p/s: solat sunat slps fardhu tue ba'diah - ba ngain dal ya ha bkn bardiah :)

hamba sahaya said...

hmm.. dah lah xyah ar.. klu sume g masjid alhamdulillah.. same2 ramaikan erk..hehe.. khilaf biasa ar tue...

hamka said...

: )

Tengku Nurul Tasnim said...

Salam,

Ni tulisan & hujah Ustaz Asri Sobri menyatakan org Islam yg memberontak pemerintah yg masih mendirikan solat sbg khawarij moden dan terkeluar dr akidah sunnah wal jamaah.

http://mashoori.wordpress.com/2009/07/20/ahlus-sunnah-wal-jamaah-bukan-khawarij/

Pernyataan yg agak tegas keras, tidak lagi menyebutnya sbg perkara khilaf.

Saya ingin feedback dengan post diatas. Bukan kerana diri ini lebih berilmu, bukan juga ingin berdebat, cuma berkongsi apa yang saya faham, dan kalau salah boleh tegur.
ada juga hadis nabi yang menyebut:
“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim].
ada lagi:

“Akan ada para pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema’rufannya dan kemungkarannya, maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, ‘Tidakkah kita perlu memerangi mereka?’ Baginda bersabda, ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam).”

lagi...

Dari Umu ‘Atiyah dari Abi Sa’id yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

“Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa yang zalim.”

kesimpulan y blh dibuat oleh hamba yang sangat sedikit ilmu ini, benarlah kita tidak boleh memerangi pemimpin yang zalim selagimana dia melaksanakan solat, namun menjadi kewajipan kita untuk tegur mereka, tunjuk cara yang betu, betulkan apa yang salah, kalau itupun mereka masih menentang Allah dan Rasul, apa boleh kite buat? bile dah jadi macamni, apa yang kita blh buat adalah berjuang dalam politik untuk dapatkan penguasaan agar yang memegang kuasa itu orang yang taat pada Allah dan Rasul. Sy sendiri sedang memperjuangkan islam di kampus. mg Allah bimbing sy dan kamu juge ke jalan yang betul. amin. maaf.

hamka said...

ok

editor zul said...

smpena taon bru ni...

trgerak lak nk bce en3 top 2 of 20 ni...

slalu mlz nk bce komen.....

ehm, hbat gk eh.......



a got 218!!!

Anonymous said...

ak lucu tol la tgk komen2 diatas... bg ak la, blog ni just kita baca n paham sndri2 mna yg ptt... x yah nk slahkan tuan blog, sbb mmg style dia cmtu.. itu luahan dia... pasal nabi wt tazkirah tu, kjap je n bkn hari2 time tarawih...

hamka said...

: )

Aishenina said...

Membaca N memerhati~~~~

Anonymous said...

salam...sori mencelah.
politik?ape yg korang paham tentang politik?Dalam islam mmg ade polotik tetapi politik islam menentang kafir.Tiada politik islam melawan islam dan Allah sangat tidak suka apabila islam berpecah.Bagi saya,sangat bodohlah ulama@ustaz yang paham@alim ugama tetapi nak berlawan atau berhujah dengan orang yang jahil ugama.Sepatutnya korang dampingi mereka dan nasihatilah mereka supaya mereka kembali ke jalan yang betul tetapi korang lebih memandang kepentingan dunia semata-mata.Hampeh...kalau dia tak ikut pn ape yang korang nasihat,sekurang-kurangnya korang sudah terlepas tanggungjawab tersebut dan korang dikira berjaya disisi Allah.Allah akan tanya kt akhirat nanti kenapa xde org yang gi nasihatkan si pemimipin tadi dan orang yang mula2 akan dipersalahkan adalah para ulama krn merekalah yang layak utk nasihatkan para pemimpin tadi.Panjang lagi ni...aku malas nk tulis.harap korang paham.

hamka said...

tulis jer, panjang pun tak pe

Anonymous said...

salam...tuan2,
kita insan yg lemah..mmg sepatutnye kne tazkirah tiap2 hari..mlm kan panjang. kalo betul2 nk tarawikh, tuan2 bole sambung.. cukupkan 100 rakaat pun sempat lagi..

politik kepartian dlm masjid adalah salah, tp politik islam tu satu kemestian. mengasingkan islam dgn politik=sekularism

islam menentang sekularism...sekularism=anti islam

semoga kita BENAR2 BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH..
berhati-hati, semoga kita tak termasuk golongan yg menentang islam.(hal politik xboleh ambil mudah)

ps:tak berniat menyinggung sesapa

«Oldest ‹Older   201 – 224 of 224   Newer› Newest»