Feb 14, 2009

Bagaimana menghalau jin?

(Di tulis oleh seorang manusia yang jarang berhadapan dengan pengalaman mistik, dan tidak pernah menghalau jin seumur hidupnya)

Ketika manusia dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, namun, di satu sudut dunia ini, masih ada yang sayang pada Tuhan, sayang pada diri sendiri, dan sayang pada ummat.., yang mana mereka sedia menghabiskan malam minggu dengan menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lantas sibuk bermunajat pada Allah Tuhan sekalian alam, dan dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…

Mereka adalah antara golongan yang sedang belajar menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur yang empuk, datang beriktikaf di Rumah Allah, dengan niat mencari keredaan Allah dan mengharap agar kemurkaan Allah pada ummat, dapat diredakan dengan menghidupkan kembali amalan kekasih Allah pada malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, lantas sekali lagi, dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…

Kalau korang teringin nak jumpa mereka, atau korang takde aktiviti waktu malam, jemputlah pada setiap malam minggu datang bermalam di masjid Sri petaling Kuala Lumpur, atau masjid Kubang Bujuk di Terengganu, atau Masjid Mat Kilau di Kuantan atau mana mana masjid terpilih di seluruh Malaysia, (ada di semua negeri) dan juga mana-mana Masjid masjid terpilih di seluruh dunia (ada di semua negera)… inysyAllah…

Aku kadang-kadang cuba ikut jejak langkah mereka, sebab ada hadith yang di riwayatkan oleh hazrat Asma r.a, bagitahu pada hari akhirat kelak, sebelum hisab bermula, akan terdengar satu seruan yang menyeru mencari siapakah yang menjauhkan lambung kanan mereka dari tempat tidur yang empuk lalu sibuk beribadat, dan akan dipimpin untuk masuk shurga tanpa hisab…

Tapi aku? Baru ¼ hadith tu aku amal ‘kot’, iaitu aku berjaya menjauhkan lambung kananku dari dari tempat tidur yang empuk di rumah, tapi sampai di masjid, aku mendekatkan pulak lambung kananku pada lantai masjid, terlelap sampai subuh! Hampeh betul!!

Apa-apapun, ada banyak faedah bila joint puak-puak ni, sebab mereka adalah antara khazanah dunia yang ajaib, apatah lagi mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari Ulamak kepada ustaz, dari Profesor Universiti hinggalah pejalan kaki, dari doctor hingga pawang, dari kulit hitam kepada kulit sawo matang, dari orang kaya sehinggalah si fakir, dari bangsa Arab sehinggalah bangsa India, dari Mualaf sehinggalah buzruko, pendek kata, semua datang berkongsi dulang dan ruang untuk beriktikaf mencari keredahaan Tuhan, dan sebelum sepertiga malam menjengah, ada antara mereka melepak sekejap di kedai kopi sambil minum teh tarik di warung sekitar masjid, dan dapatlah aku belajar sesuatu yang baru tentang kaedah menyelamatkan dunia dari pelbagai sumber..

Maka, dari warung kedai kopi itu, tertulislah cerita hari ini…

15 KAEDAH BAGAIMANA MENGHALAU JIN…

Selain aku ini yang dikenali sebagai bukan seorang ustaz atau ulamak atau kial, aku jugak nak mengaku bahawa aku ini bukan ‘Pak puncak’, dan aku juga bukan bomoh, bukan dukung atau pawang, dan aku belum pernah ada pengalaman yang terlalu mistik, belum pernah muncul dalam dokumenteri “Misteri Nusantara” dan belum jugak pernah joint Uncle Seekers cari hantu…

Setelah penafian demi penafian dibuat, masih ada antara korang yang dah buang tebiat pulak untuk mintak tolong aku halau hantu dan jin? Aku tahu, korang terlalu ‘sangka baik’ dengan aku, tapi ‘sangka baik’ korang tu hanya dapat bertukar kepada ‘Nasib baik’, sebab aku bukan kaki paw, kalau tak.. masuk lagi Harian Metro cerita ‘bomoh’ rogol bini orang.., Naduzubillah.., Arggh, malas aku nak membebel tengah hari buta begini, Baik korang email Ustaz harun din ke, Uncle Seekers ke, Zainal Abidin Misteri Nusantara ke, atau Tamar Jalis.. tak gitu?

Bukan apa, merujuk masalah ‘hidup mati’ kepada yang bukan ahlinya samalah bahaya seperti merujuk masalah ‘riba’ kepada ‘Along’, atau merujuk masalah tak puas bersetubuh kepada bomoh yang air naik kepala dan lain lain..

Namun, walaupun aku bukan ustaz atau bomoh, ada jugaklah aku belajar serba sedikit bab bab bagaimana nak menghalau jin, bolehlah aku amal untuk diri sendiri dan korang yang lebih arif, bolehlah tambah apa yang patut.., aku belajar nipun dengan secara tak langsung dekat kedai kopi dengan bomoh dan pawang yang tidur kat masjid dan beberapa pendakwah yang juga bermalam di masjid sebelum mereka berqiamulai.., insyAllah..

* *
Secara asasnya, cara terbaik menggelakkan diri daripada gangguan jin adalah dengan mewujudkan kekuatan dalaman yang terkuat, yang mana di kenali sebagai ‘FIKIR NABI’.., orang yang ada Fikir Nabi, insyAllah, telah mendapat perisai rohani yang kuat..,

Sebelum tu, aku cerita sikit pasal jin yang aku dengar dengar dari warung sekitar masjid tu..

* *
Jin ini makhluk yang IQnya rendah sikit, jadi senang kena tipu, dan kasihan jugak kat Jin sebab selalu jadi mangsa keadaan, bomoh tipu dia suruh masuk dalam badan orang lain, kalau tak masuk kena pukul, lepas tu dah masuk badan orang lain, ustaz pulak halau jin sambil pukul jin tu, lepas tu balik jumpa bomoh kena pukul lagi, lepas tu masuk balik badan orang dan kena pukul pulak oleh ustaz.., kasihan kat jin, hidup kena pukul kiri kanan, Kadang Kadang ada si penghalau jin, ‘tipu’ jin tu supaya keluar dari badan mangsa, ugut macam-macam, reverse psychology dan sebagainya.., last last jin tu kena tipu kiri kanan.., kasihan jin.. dahler kena tipu, lepas tu kena pukul, akhir sekali, bila jin tu mati kena pukul pulak dengan malaikat sebab menyusahkan orang..,

Kasihan kau jin, (geleng kepala sambil hirup teh tarik..)

Sambung balik,
Sebenarnya, ada banyak jugak hadith cerita kisah manusia bunuh jin, kisah sahabat Nabi pukul ular lantas ular tu mati terbakar sebab ular tu jin, dan jin mati menjadi api kerana mereka di buat dari api dan kita mati menjadi tanah sebab kita berasal dari tanah..

Pendek kata, mengikut hukum Islam, adalah menjadi satu kesalahan dalam akta penjelmaan jin ke alam manusia, yang mana jika jin menjelma ke alam manusia, maka hukum bunuh untuk jin itu adalah halal, jadi korang tak payahler takut jumpa Puntianak ke, Puaka Niyang Rapik ke, Keliwong ke, dia jelma, terus korang tetak dengan parang, biar mati terbakar.., apa nak takut dengan makhluk yang tidak sesempurna manusia?

Malahan, Jin tu sebenarnya jauh lebih takut kepada manusia, sebab tu jika jelmapun jauh jauh, duduk atas pokok, belakang rumah, atas bumbung, itu pun beberapa saat atau just bunyi suara perasan seram, aku cadangkan, kalau korang ada senapang korang boleh tembak terus, atau boleh paku dahi si puntianak tu.., dah toreh KM, kat perut dia, (Km bermaksud keretamayat-apa-apalah!)

Cuma yang jadi masalah adalah apabila jin tu masuk dalam tubuh manusia, nak bunuh jin tu waktu tu akan mengorbankan pulak nyawa manusia yang di rasuk.., jadi kita akan pergi pada perkara perkara atau beberapa peralatan yang boleh digunakan dalam menghalau Jin yang jahat.. insyAllah..

1) Al Fatihah.

Banyak kelebihan yang tertulis dalam hadith bab surah Al fatihah ini, baca dengan Bismilah bersambung dengan ayat pertama dan baca ayat seterusnya sehingga cukup 7 ayat, bersamaan 7 nafas, hembus pada air, dan minum.. insyAllah jin akan keluar..

Aku pernah demam, 2 hari, datang 5 orang kawan aku baca surah ni dan hembus pada air, automatik aku dah sihat dan boleh bersetubuh dengan bini aku malam itu, semua nikmat datang dari Allah..

2) Ayat Qursi

Kata seorang bomoh yang tinggal di kemaman pada aku, apabila kita terjaga pada waktu malam dan terasa seram atau mengalami mipi ngeri, korang kena buat isyarat ludah sebelah kiri, beristigfar dan sambung tidur balik (jangan ludah betul) dan sekiranya, masih bermimpi, baca Ayat Qursi 41 kali, dan sambung tidur, jika masih bermimpi ngeri, itu bermakna tempat tu keras, baca lagi ayat Qursi 41 kali, dan tidur dan jika mimpi jugak, ulang baca ayat Qursi 41 kali sampai kau menang.., tapi jika korang nak jimat masa, korang beralih tempat tidur terus, tak payah nak berebut tempat dengan jin, tak daya aku nak baca ayat Qursi 41 kali malam malam buta.. tak gitu?

7 ayat Qursi yang di baca dan dihembus pada semua arah, atas bawah, kiri-kanan, dan satu telan, juga akan menguatkan pertahanan, insyAllah..

3) 3 surah terakhir Al quran
(Al ikhlas, Al Falaq, Al Nass)

Baca 3 surah terakhir dalam Al quran ini, dan tiupkan pada tapak tangan, sapu tangan pada semua anggota tubuh dan tidur.. dapat mengelak sihir dan dapat menutup laluan jin ke dalam tubuh.. (semua dengan kuasa Allah)

4) Yassin

Baca Yassin juga boleh mendapat kekuatan rohani.., hembus pada air dan bagi pesakit minum.., insyAllah..

5) Manzil

Ini antara yang paling mujarab setelah di ceritakan oleh banyak pengelaman, ayat Al quran yang disusun dari hadith Imam Ahmad, Hakim, yang mana di riwayatkan oleh hazrat Ubai Ibnu Kaab r.a , dan korang boleh baca detail hadith ini dalam kitab Hayatul Sahabah susunan Maulana Yusof, pada jilid ke 3 lembaran 374,

Jadi, baca pada air, renjis di sekitar rumah dan baki bagi minum satu keluarga, dua orang jiran aku pernah kena, malam malam ada lembaga kacau, dan setelah dibuat amalan manzil ini, semua selasai, syukur pada Allah..

Oh, ye, Buku manzil boleh di beli dengan harga RM 2.50, senang korang baca sebab dah susun dalam buku kecik..

6) Minyak wangi

Anak kawan aku di Selangor, menangis tak henti henti waktu malam, dah beratus ratus ringgit duit di habiskan untuk berubat.., satu hari, jumpa ahli iktikaf masjid, diapun datang baca ayat lebih kurang sambil sapu minyak wangi kat badan budak tu, terus baik.., moralnya adalah, minyak wangi adalah bau yang di sukai Nabi dan merupakan sunnah Nabi, jin pulak suka pada asap atau bau kemenyang, maka dalam setiap sunnah nabi ada Nur, yang mana boleh menghalau jin jahat.., insyAllah..

7) Kayu Sugi

Balik pada Rahsia Nur Sunnah Nabi, setengah orang rasa kotor tengok kayu sugi tersembur keluar daripada pokot kanan ahli iktikaf, tapi kawan aku cerita, dia pernah berubat dengan cara masukkan kayu suginya itu kedalam mulut pasakit, tonyoh tonyoh sikit kiri kanan atas bawah, jolok jolok sikti, jin tu terus keuar dari badan pesakit, mungkin jin tu rasa kotor atau sememanya Sunnah nabi yang ada Nur itu buat jin itu tak senang duduk.., semua dalam kuasa ALlah..

8) Serban hitam,

Biasa orang pakai macam ni, Belum tiba kat pesakit, jin dah blah, balik kepada rahsia Nur dalam Sunnah Nabi tadi, lu fikirlah sendiri.., tapi kalau pakai naik motor kena saman..

9) Celak, Jubah putih dan lain lain accessory....

Jin takut bertentang mata dengan orang yang pakai celak dengan niat ikut Sunnah.., Rujuk point no 8 tadi dan yakinlah bahawa dalam setiap Sunnah Nabi ada kejayaan..

10) Fikir Nabi

Ini satu lagi perisai jin yang terbesar dalam hidup, orang yang ada fikir Nabi akan selamat di alam manusia serta di alam jin, alam kubur dan alam akhirat juga akan selamat.. inyAllah, maka korang kenalah belajar fikir risau macam nabi fikir..

Nabi fikir yang paling asas adalah : bagaimana semua orang Islam boleh solat berjemaah, Semua orang kafir masuk Islam dan semua orang Islam amal ugama yang sempurna, dan dari fikir risau cara nabi Muhammad SAW, akan datang ILMU dan HIKMAH dari Allah..

Selamat belajar Fikir cara Nabi..

11) Sabar

Jin akan kalah dengan sabar, dalam proses menghalau jin banyak nak kena sabar, sebab jin akan kuat bila pesakit marah, bernafsu, buingung dan lalai.., begitu jugak si penghalau, banyak nak kena sabar, tundukkan nafsu dan berzikir.., ni nak kena belajar lagi pada ustaz yang ada pengalaman.., dan jin akan mudah masuk pada manusia, yang marah, ghairah, lalai dan bingung.. ingat tu!

12) Ahli Tarikat

Bagus jugak dalam proses menhalau jin, lantik seorang ‘ahli tarikat’ untuk bantu rohani kita dengan duduk bertawajuh pada Allah di satu sudut, biarkan dia berzikir dan bermunajat sementar kita halau jin tu.., insyallah, proses pengusiran akan lebih cepat berlaku..

13) Botol Kicap

Nabi Muhammad SAW pernah tangkap jin dan nak ikat kat tiang masjid Nabawi, tapi Nabi tak buat sebab terkenangkan jasa Jin pada Nabi sulaiman a.s, maka korang yang dah berjaya tangkap jin, tak payahler nak simpan dalam telur ke, dalam botol ke, sebab sunnah tangkap jin bukanlah di kurung si jin tu, cubalah islamkan si jin.. itu Sunnah Nabi, dan itu fikir Nabi Muhammad SAW..

14) Dakwah

Masa halau jin tu, kena niat dakwah, sampaikan kalimah iman padanya, banyak cerita tentang 6 perkara, iaitu iman, ibadat, ilmu, akhlak, niat dan takazar.., insyallah, korangpun akan dapat pahala lebih bila jin tu masuk islam..

15) Reverse psychology

Last, korang kena pandailah nak pujuk si jin ni suruh dia keluar, mungkin jin ni akan mintak syarat yang pelik pelik, nak ayam hitamler, nak darah anjing tompok putih ker, nak kuku warewolf ker, tak payahler ikut, cakap kat jin jika kau nak semua benda tu, mintak kat Allah, akupun nak kena mintak dengan Allah, kena pandai lah Reverse psychology sikit.., sebab jin suka lawan cakap secara opposite dengan manusia, suruh keluar-tak nak, maka apa kata korang larang pulak jin tu keluar, sebagai contoh:

Manusia: “Kau jangan keluar!”

Jin: “Eh, apa pulak bang?, tak pernah orang suruh saya tak keluar..”

Manusia: "Kau duduk dalam tu sampai mati, kalau kau keluar, aku tikam kau dengan keris hitam bersepuh emas"

Jin: “Eh bang, tak bestler camni, bukan best duduk dalam badan manusia lama-lama, bagiler saya keluar“

Manusia: “Tak boleh, kau nak duduk sangat, duduk dalam tu sampai mampos, padan muka kau! Ha ha“

Jin: “Tolong bang, saya nak keluar ni, tolongler jangan tikam saya”

Manusia: “Baik, jika kau nak keluar, kau keluar senyap senyap, jangan bising-bising,”

Maka, Jin itupun keluar dan tidak kembali lagi..

Boleh gitu?

Woha!

Selamat beramal!

Ps; janganlah kita buat naye kat manusia, kelak jin pulak buat naya kat kita..oh!

78 comments:

Anonymous said...

Allahuakhbar !! Allah maha besar !!

Anonymous said...

Salam,

Baru sekali p Markaz Kubang Bujuk. Keluaq dgn jemaah Sri Lanka.

Ingat lagi karkuzari dari jemaah ini, di Tamil Nadu, seorang karkun yg keluar khuruj dgn 'hidayat', Allah swt kurniakan ikan2 yg banyak di bendang sawah dia selepas banjir yg memusnahkn pendapatan rata2 pesawah yg lain.

Lama tak keluaq, bagi zihin tuan.

Kiubrubik said...

kisah2 jin pernah tulis x bro hamka?

Anonymous said...

:)

20 tahun dulu..

mase kecik2 dulu..ayah ktorg xbg ktrog bace/tengok crite2 hantu..die kata "nanti boleh mengundang perasaan tkt yg bukan2blabla..xelok ade perasaan tkt lebey2 selain drpd tktkn ALLAH..bla..bla.." ktrog pon sebagai anak2 yg taat,ikut jela nasihat ayah kami yg best tu (",)

TAPI...(20 tahun kemudian)

bila da besar2 ni baru aku tau satu rahsia..jeng3 :p
ayah ktorg rupanya mls nk teman ktorg g toilet tgh mlm buta..hahah..
tp mmg ktorg kecik2 dulu, akan kejut ayah utk teman g toilet walaupun toilet hanyalah sekangkang monyet dari bilik..hehe

moral:sayangilah dan hargailah ayah anda sementara mereka masih ada :)*tribute to all DADDY(S)*

harumsuburdihati

The Spiral Eyes said...

napa tiba tiba aku teringat siri bercakap dengan jin hasil tulisan tamar jalis ni

Anonymous said...

tq hamka for the cara2 menghalau jin :)mcm tau2 je saya nk tanye pasal topik 'halau menghalau' ni.. :p em..tp nk request sket leh? cmne cara2 nk menghalau housemate yg hampeh eh?bgla idea sket..haha

.serabut.

Anonymous said...

Bakpe Bro Hamka byk eja versi Trgganu kali nie??
Tersyayul kah atau disengajakan kah?
Hehehe..

anonymous said...

kes gua, gua pernah diganggu jin. setiap kali maghrib mesti ada bahagian badan yang lebam. dan kalau bangun pagi, mesti sakit bahagian ibu jari kaki.

kadang-kadang tu, siap bleh nampak lagi percik-percik cahaya ketika sedang solat. tido pun siap boleh menggeletar badan, siap bleh rasa benda alah tu sejengkal dari katil.

paling ngeri, gua lihat sendiri bagaimana ia cuba masuk badan gua ketika sedang tidur. melalui rongga hidung, kemudian mulut. tetapi sampai di akhir kerongkong, hampir ke dada, berdesup dia keluar balik. (seperti kepulan asap hitam)

last gua x tahan, gua pergi jumpa ustaz. mana tahan kalau tiap-tiap hari diganggu benda yang nampak x nampak. nak tempeleng pon payah.

tips gua: baca wazifah qubra, dan zikir byk byk guna hati. kalau yg diganggu tu bersalahan dgn jin, seperti pergi melalak kt tempat tinggal dia ke, apa ke, terzalim dekat dia ke, minta maaf. sebab kita x boleh menzalimi sesama makhluk kn, dan jaga adab sentiasa.

kes gua, gua pergi tasek, gua bagi makan ikan, tapi gua gelak kuat-kuat x ingat dunia. padan muka!

azharjaafar said...

Aku dari kecik memang selalu kena himpit ngan jin. Skrg ada jugak sekali sekali. Kdg2 rasa nak himpit dia balik, tapi bila memikirkan sehodoh2 manusia adalah secantik2 jin, maka tak jadi le...

LeezhaRahim said...

Sebut pasal Jin aku teringat masa skolah rendah dulu aku cukup minat dengan buku Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis...Aku masih tertanya2 dan tercari2 identiti Tamar Jalis ni...

Memula baca buku dia dr siri 1 sampai siri 4 tak salah aku, cerita dia ok lagi...aku macam syok jer masa tu...rasa nak percaya jer citer dia...sbb rasa tu macam pengalaman dia....

tp aku tk ingat siri berapa sbb dah lama...sekali crita dia dah macam cite pasal Mona Fendi punyer citer...watak dia jer tukar ..lepas tu makin mengarut2...lama2 aku dah tak baca buku bercakap dengan Jin tu...aku rasa macam kena tipu...mmg aku kena tipu dr awal2 agaknya...tah wujud ker tk lagi buku tu...

Kepada Tamar Jalis kalo dia baca blog ni la...Semoga saudara sihat dan diberkati Allah selalu...

Anonymous said...

aku penah pegi sri petaling tu..tapi malu jer..sume lelaki kat sana...kalu ada pun 2 3 kerat je ompompuan....macam ada diskriminasi lak kt situ aku rasa...ahaaa.....

aku penah gak dgr ceramah pasal jin ni..kate ustz tu klu nampak ular lam umah jgn bunuh dulu..kene halau die...kene cakap....kalau engkau jin..engkau keluar dari sini...kalu die x kuar tu maknanya dia ular btol...so kite leh bunuh dier....

wallahua'lam..tu je yg aku ingat..btulkan kalu aku salah...

syahira said...

salam saudara hamka..
saya dah abis spm lah..tunggu result nie..tapi tak kuar2 lagi ( doakan ek..agar berjaya dpat 12 1A..hehe)

nak tanya..ada tak adab2 nak bagi gambar kita kat org? bukannya apa..takut nanti diorang buat apa2 kat kita melalui gambar tu..

Anonymous said...

1st time komen wlaupun da jd pembaca setia blog keta mayat ni sbnrnya..=)

emm..b4 tdo tu, bersihkn dlu tmpt tdo..kibar2 skit smbl bc zikir 'menyerah diri' smpai abes..insyaAllah dilindungiNYA..=)

Anonymous said...

aku nak citer pengalaman

masa aku form 1 aku dok asrama. sorg membe sebilik kene histeria. aku pon salah sorg nurse yang membantu aktiviti memulihkan mangsa. masa tu ayat kursi pon tak hapal.. aku tgk akak form 5 picit ibu jari kaki mangsa, picit sana picit sini.

mangsa merupakan classmate aku, kebetulan lepas kelas kitorg balik bilik, masa tu aku ber3 termasuk mangsa. tiada sape kecuali kitaorg kat bilik, tiba2 mangsa tak sedarkan diri, aku tgk dia genggam tangan dia kuat2.. membe aku lagi sorg dah menagis2 sambil tepuk2 mangsa.

aku berlagak tenang. aku tiru akak form 5 buat apa masa dia diserang jangkitan histeria. bacakan azan telinga kanan dan iqamah telinga kiri. dgn macam bagusnya aku. tanya soalan kat mangsa. aku tanya dia kat mana ( soklan ni peberet ditnya kepada mangsa2 histeria kt skolah).. dia cakap dia kat kubur.. kebetulan kat bawah asrama kitaorg mmg dekat ngan kubur....tak lama lepas tu dia sedar.. seperti mangsa2 histeria yang lain lepas sedar mesti nagis. hohohhohoho.... terasa macam bagus je pada hari kejadian.

sekian terima kasih ...

Anonymous said...

salam....
entry yg best...
tp aku pon nk request cam serabut...
camne nk halau hosemate yg hampeh?
huhu..
aku tertekan...sebab dorang suke kuar mlm2 n balik pg2...
geram aku...
dah r pompuan...xpatut cm 2...
kuar ngn laki2 mane nta...
dh byk kali aku tego...
after kol 12 yg ka luar 2 bkn manusia....
bkn org2 yg baik kalo kuar berpeleseran...
kalo org2 baik die dok umah...qyamulail...
tp dorang x nk dengar...
penat aku cakap...
bile aku diam, makin menjadi2 lak...
huhu....

..antikapel.......

Anonymous said...

salam...
jin makhluk Allah,kita pun makhluk Allah gak..
wama kholaqtul jinnawal ingsailla liya'budun..
tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku..

Unknown said...

hamka, kupas pasal ni boleh?.
http://mengapa-yahudi-bijak.blogspot.com/

Anonymous said...

salam..

emm..nak tnya 1 bnde yg xde kaitan ngn topik ni ble x bro?
em..doa org yg teraniayai sentiasa makbul right? (btlkn aku if aku slh)..
klu mcm pasangan tu curang, kira kt ni tergolong org yg teraniayai jgk ke?

lemahnya aku..oh!

Anonymous said...

jin,,,

kita lahir pun ada satu jin yang lebih kurang rupa dia macam kita,,,suka jalan2 dekat kita...tapi dia jahat le..mengajak kepada keburukan...dan kejahatan,,,

nama spesis jin ni..Qarin,,,
Qarin rasulullah je yang islam,,,

Qarin kita sume...sumanya qafir blake...

kadang2 orang kata dia nampak hantu raya kita,,menyerupai kita...walhal itu encik qarin sebenarnye,,,(aku x bela hantu raya)

.............................

Baca ayat qursi....hembus kat tangan,,,sapu seluruh badan,,,
= lepas tu Allah hantar kat kita dua makhluk len yaitu malaikat untuk jaga kita sampai pagi,,,amalkan sebelum tidur,,,

nbn said...

Tak sangka ada juga cara ni?(Tipu jin tu)...nanti nak try kat adik aku, kesian... lama dah jin ni asyik keluar masuk badan dia...

Anonymous said...

huhu sumer citer pengalaman ye..
aku tak nak citer pengalaman aku walaupun byk..... aku cuma tertarik dgn kisah orang yg meninggalkan tempat tidur utk mengabdikan diri pada tuhan sedangkan manusia2 lain sedang enak diulit mimpi...ada gak yg tengah kena himpit jin...ada pulak yg tengah mintak tolong dgn jin...ada yg tanggalkan seluar jeans kat hotel....yg tgh tidur bersama2 jin(jeane)... sedang aku..waktu itu aku baru mula nak tidur....huhuhu

Anonymous said...

wah... menghalau jin ..
kita menghalau maksiat pulak ek..

hamka said...

-------------
saudagar C_o

bagi zihin?

Err, boleh jugak baca entry lama bab dakwah, jihad, dan ghizyah, insyAllah..

-----------------
Marzuki

kau search entry yang bertajuk: “Jin, Hantu dan keranda..” entry julai, 2006

-----------------
Harumsuburdihati

Ayah aku masih ada, selalu gak aku bawak dia menjauhkan lambung kanan dari tilam empuk kat rumah lalu mendekatkan lambung kanan ke lantai masjid kubang bujuk..

Itulah perkara yang aku sebagai anak dapat balas atas sumbangan beliau membesarkan aku.. oh!

-------------
The Spiral Eyes

Entah, macam mana rupa dia, dan rupa datuk dia, teringin nak tengok.

-----------
.serabut dan antikapel.

Buat apa nak halau housemate?, dia manusia, bukannya jin, tapi bab halau secara hikmah yang aku pernah tulis adalah dalam tajuk “pernah tak kena tipu”, entry bulan jun 2007

---------------
AziRa

Err, tersasul, maklumlah bila cerita pasal jin, badan rasa panas semacam, aku bukak bajupun rasa panas lagi, rupa-rupanya ada sesuatu yang tak kena kat atas kepala aku, bila aku dongak, kipas syiling lupa nak on, itu yang tersasul tu, maaf!

--------------
zawq

Jin ni mengikut Buznama, tak matang sangat IQ dia, macam budak-budak, sebab tu kalau kita tengok kes kes kecil pun nak berdendam sampai susahkan diri sendiri, salah sepak batu, salah jolok lubang, salah gelak, semua nak berkira..

Tapi nabi dah pesan, jaga diri, jangan kencing dalam lubang, jangan kencing dalam air, jangan kencing berdiri dan sebagainya.., sama sama kita belajar..

; )

-------------
azharjaafar

aku masa kecik tak pernah kena himpit jin…, tapi ada satu masjid lama aku pernah pergi kat kedah, aku baring jer terus kena himpit, aku mengiringpun kena himpit, dalam keadaan sedar tu, tapi tak seram sebab jam 10 pagi.., aku siap gelak sebab geli.. he he

-------------
HaGiMaRu

Akupun suka baca kisah tu, aku ada kawan india yang masuk islam sebab terkesan baca buku tu, tapi lama lama aku dah tak baca sebab tak mampu nak beli.., yang aku baca tupun pinjam..

Semoga saudara Tamar jails sihat dan diberkati Allah selalu...

---------------
Limaumaniss

Betul ler tu.., bagi kirim salam kat ular tu ye?..

------------
Syahira

Aku tulis bab ni kat enry “ apa itu cinta” (kalau tak silap.. dah lupa lak)

--------
naurah nazifah

patut aku tambah point ni jadi 16.. terima kasih ingatkan aku yang lupa..

---------
makcik huda

tersenyum aku baca kisah kau..

------------
qulhaqqu

benar..

----------
kyun

mungkin aku akan kupas tajuk “ kenapa orang islam bodoh”.. tengokler bila aku rajin..

------------------
naurah nazifah

kalau belum kahwin, itu namanya cari penyakit.., kalau dah kahwin, barulah terinaya..

------------
ibnuismail

ada gak kawan nama karim..

---------
nbn

err…

---------------
kedaijamu

tak baik kau samakan jin dengan jeane, kalau nama kita karim dan orang panggil kita qarin kau marah tak?


-----------
aku hanya orang kecik,

: )

LokmanHakim said...

Salam...
Alhamdulillah.. masa keluar 40 hari kat sempadan sabah/indonesia.. pulau Sebatik.. Suatu ketika dahulu... rasa nacam terpandang jin yang duk menjelma macam budak kecik kepala botak duk bertenggek atas pagar...

Time tu just pandang-pandang ciptaan Allah yang luas terbentang kat sekitar masjid tuu... tengok-tegok macam ada budak pulakkk duk bertenggek... Tapi aku selamber jerr.. sbb tak terpikir langsung benda tuu...

Alhamdulillah x pulak dikacaunye aku... sebab akupun x kacau dia... malam tu sebelum tido... aku buat segala amalan yang sdr Hamka tulis tuuu... amal sunnah nabi... zikir fatimah, doa dan sapukan seluruh badan... n niat bangun tahajud...

Time ambil wuduk tengah pagi buta tu seram juga rasanya.. sebab masjid tu x der letrik... huhu..
Tapi aku pedulik apa... suspen la konon... tapi xde apa pun yang jadi...

Alhamdulillah semuanya selamat... tak tau la aku kat kubur macam mana nanti... Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab kubur... Amin

Yusry Rosly said...

pengembaraan tamar & datuknya melawan makhluk2 mistik dlm SBDJ mmg best!

smpai skrg msih xtau identiti tamar jalis tu. buah tamar aku tau la...

apa2 pun jgn lupa, jin & manusia diciptakan xlain xbukan utk sembah Allah.

FARYN said...

mengamalkan ayat manzil juga bley mengelakkan dari disihir...

azharjaafar said...

Cewah.. dah ada kotak follower la pulak. Aku ingat kau tak terkesan..

Zaman dah berubah.

Abu S.H said...

KYUN....benda tu tipu lah..
Orang dah carik nama Dr dalam article tu, tak wujud. kajian atau dr tu tak wujud....
tipu helah saja orang panggil hoax..
ko boleh baca kena yahudi menang dekat blog aku..bukan promote tapi nak share jer...

hamka..
dari tamar jalis....fikiran aku melayang ke wahid kasran dan azim chan!!! ciss kau hamka....!!!

hamka said...

----------
Luqiem

budak kecik kepala botak duk bertenggek atas pagar?

Mungkin anak orang kampong yang kecewa dibotakkan ayahnya kerana bernazar sesuatu..

He he

-------------
Kafur

Mungkin tamar jalis di hujung pengembaraan bertemu jemaah dakwah dari arab, lalu keluar Negara jauh dan menyambung perjuangan mengislamkan jin di seluruh dunia..

Mana tahu?

: )

-------------
F A R Y N

insyAllah..

---------------
azharjaafar

Zaman dah berubah., dunia dah maju..

---------------
abu_harraz

aku tak sempat baca buku wahid kasran atau dengar lagu azim chan.., err, kalau itu mereka yang kau maksudkan..

: )

Anonymous said...

Assalamualaikum Hamka. Ko memang best!!!

Ni aku ade satu request ni, aku skang ni tengah mengcompilekan hasil tulisan ko dan buat dalam bentuk buku untuk simpanan aku. And aku cube untuk translatekan die dalam bahasa inggeris untuk kawan2 aku kat USA ni, harap2 ko xkesah... =)

Lagi satu, aku balik Malaysia bulan May ni, so kalau nak pesan ape2 barang (gadget ke ape ke), just let me know~~

Wan M Faiz, USA

Unknown said...

Salam..jin kalo kita buat adad tidur,insyaAllah ,makhluk langsung tidak boleh sentuh...Salam,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add blog saya

Unknown said...

salam...

Tapi jin ni lebih senang masuk Islam berbanding dengan manusia. Alhamdulillah adala jugak jin2 yang berjaya saya Islamkan, tapi manusia nie keras kepala tul. yelah, yang bagi hidayah tu kan Allah jek.

p/s aritu student saya kena rasuk jin cina. pening saya sbb tak paham ckp cina. last2 seb ad surang kawan die yang tau ckp cina tlg explain. jadi barula tau yang sebenarnya jin tu da jatuh cinta pada student saya tu sbb student saya tu kuat solat. mcm2 dugaan....

Anonymous said...

alhamdulillah..lepas ni nak kna kumpui botoi kicap kat rumah...

Anonymous said...

wooo~~~

ngerinye bce mlm2..huhu..

err..leh tnye x?

slalunye kan..jin yg da masuk Islam tu stay ke dlm Islam atau die jus mengucap tuk lpskn dri die jer...

SpEkmATaKu said...

jin owh jin
shoooo~~...shoooo~~...kamuuu
ku baca 3qul je sblm
tido..moga2 mereka shooo~~shooo~~
dr mengacau mimpi ku =P

hamka said...

Wan M Faiz

Kau pun best sebab nak English kan tulisan aku, maka tolong bagi softcopy kat aku, aku nak improve English, atau bagi hardcopy.., atau kedua-duanya sekali, email aku, ok?!

Waikamusalam!

-----------------
Anak Pendang Sekeluarga

Aku kadang-kadang fikir, bila jin tidur, mereka jugak tentu belajar adab, adab supaya tidak di ganggu manusia?, err. Entahlah.., yang ghaib, serah jer kat Allah..

-----------------
anak kucing

nanti bila jin masuk islam, bagi nama islam dia, ‘Hamka’, boleh?

-----------------
IdzaRis79

Kumpul dan jual.., boleh kumpul duit pergi haji..,

------------
boo..

itu kau kena Tanya Tamar Jalis..

-------------
SpEkmATaKu

Aku tak pernah mimpi jumpa jin...

Abu S.H said...

Hamka, aku pun nak satu copy..bagitau Wan M Faiz tuh...aku nak yang melayu dan English...Boleh ke aku menyibuk ni???

Anonymous said...

mmm...baca ayat kursi 9waqof sblm tidoq...mnghindari syaitan/jin dari mncelah masuk.kalo x dia still bleh kacau kita lg

Fatimah Az-Zahrah said...

salam.. sy nk kongsi la skit pengalaman kne kacau dek syaitan ni..dlu mase skola sy ni duk asrama dan skg diploma duk kolej.bilik rumah sy tu x blh ditinggalkan lama2 tanpa ade org yg mgunakan bilik tu. bila mase cuti,balikla umah..dan bermula lah kisah seram kt bilik tu bila nak tido malam je.bila tido mula la mimpi buruk yg dasyat dan susah kita nak jagakan diri mcm ditahan dari jaga,mcm org kata kne himpit la.memg pn susah betul nak bgn bdn xblh gerak..dlu penah mimpi sampai tersedar habis peluh 1 bdn sebab kene cucuk pisau kt perut oleh lembaga hitam tu dlm mimpi.lau mase skola dlu mimpi lemas dlm air memg lemas la,tp skg mimpi kne bunuh..makin teruk la keadaan nye.bl sedar alhamdulillah sy masih hidup dan itu hanya mimpi,keadaan bilik yg gelap dan sy dpt merasakan keadaan skeliling yg seram..sebelum tido memg dah bc 3 kul dan ayt kursi..biasenye mimpi buruk ni berlarutan sampai 3 hari..pastu baru dpt tido dgn aman.
bila tersedar dari mimpi tu,sy bc 3 kul,ayat kursi,istigfar,bt isyarat ludah kt kiri..tp bila tidur balik dia ade lg!! mcm mn tahu,dalam beberapa saat tlelap mimipi buruk tu dtg sepantas kilat,tersedar lg(bukan mudah ye nak sedarkn diri,dia mcm tahan kita dari terjaga)bc doa,ayt kursi tido blk, tp kene lg! hu sy kata memg keras ni..sy pn pasang laptop buke zikir..so tido la sy dgn keadaan blik yg agk terg sbb ade chaya laptop dan alunan zikir yg pelahan..lena la sy sampai pg...esok nye sy bgth kuarga sruh mreka gune bilik sy bl sy xde kt umah,,jgn biarkan kosong,makin mjadi2 pulk.

sy dh beberapa kali dikacau sebegitu..pengalaman pertama dihimpit masa tingkatan 5 kat asrama,dan byk kali bile baru je blk umah ms cuti.jd sni ade la skit tips..mule memg seram,skg pn seram,tp pengalaman mjdkn kita lebih kuat,lebih dekt dgn Allah.alhamdulillah sy blum pernah tgk rupa makhluk yg bt sy mimpi bruk n sush nk sedarkn diri dr tido tu.mudahan2 x nmpk la itu yg sy hrpkn.

tips-tips(x ikut turutan)

-bilik jgn dibiar lame x digunakan,at least masuk tuk iron baju ke,bc surt kbr atau ape2,solat,ngaji dan lain2..asalkan bilik tu digunakan.

-petua ni dpt xpasti sma ada dari dgr pbualan org lain sebab kawan pn penah kene, mungkin ambil tip ni dr dia atau ustaz,sy pn xpasti,bila kita susah nak jagakan diri dr tido, AZAN SEKUAT-KUATNYA DLM HATI,mulut kita memg terkunci jd jerit la azan la skuat2nya dlm hati utk melepaskan ikatan makhluk tu.(cube anda bt skg azan kuat2 dlm hati smbil pejam mata,anggap mata tu susah nak buka,mcm tu lah rase pyh nye sy)sy penah azan berkali2(2x kot) baru dpt sedarkn diri.nak bace ayat lain pn blh kot cume sy dh biase azan kuat2.

-bila dh sedr,bc 3 kul dan ayat qursi,lau x berkesan,gi la tido dgn org lain,kne berteman lau sorang2 mudh dikacau,dah bteman pn kne kacau maka pegang tgn org sebelah kita atu pegang lengan dia,hrtu sy xnk ganggu mak sy tido jd buka laptop psg alunan zikir atau ayt quran,dgr lagu biase pn blh asalkan kita mdgr sesuatu, lau dlu sy biase gak tido psg walkman kt tlinga sbb nak elak benda ni.(tip ni sy amik dari kwn yg kene gangguan,dan dikatakan dia disihir wallahualam..apepn sy penah cube dan alhamdulillah bkesan)

mcm mn kita tahu dia ade mase kita nak tido tu??

(kwn sy cita pengalaman dia dan berlaku juga perkara yg sama pd sy)kdg x rase apa pn,tp bile baringkan kepala dtg terus bayangan buruk(belum mimpi lg)kan biase bile kita rase ngantuk,sambil kita letakkn kepala,akan terlintas ape shaja kt fkiran,tp ni lintasan bayangan buruk,seperti sy penah terlintas muka org yg hodoh sgt sedgkan kita xplu fikir pasal benda tu,lau tlintas buku yg kita nak study esk xpela sebb memg bku tu ade kaitan dlm hidup,ni tiba2 tlintas wajah hodoh,maka bagi sy la yg biase kene ganggu mase tido ni,sy tahu benda tu ade,dan sy xkan tido lg,bangun bace ayat2,gi ngaji ke,bace mathurat ke,istigfar byk2 ke br sy gi tido.xpun buka radio dgr i.k.i.m.fm.

kdg tu dlm hati pun kita dah boleh rase semacam, seram je..slalunye ade la bile dah rase mcm tu.

org yg x takut makhluk halus ni,org yg teguh keyakinannya pd Allah.sejauh mana keteguhan keyakinan kita,pergantungan kita pd Allah,alhamdulillah disebalik ujian ini,bt diri sy tambah kuat.moga sntiasa dlm plindungan NYA.

lau ade pandangan atau kaedah yg lbh bkesan sila la bkongsi dgn sy..amat sy harapkn.panjang tol menulis..first time tulis pnjg bejela kt ruang komen.

Fatimah Az-Zahrah said...

o ye..tips2 yg abg hamka bg insyaAllah sy akan amalkan..contoh yg seng letak wangian ye,ok nnt sy cube

Fatimah Az-Zahrah said...

org kata kibas dlu katil sblum tido,kdg berkesan cara ni,kdg x bkesan.apepun sy amik langkah bhati2,kibas dulu,lau kene kacau gak tu semua ketentuan Allah. sy slalu kibas katil yg dh lame x digunakan,lau katil yg hari2 pakai,kibas kdg2 je nak hilgkan habuk.niat kibas yg lain2.huhu

Unknown said...

hehe insyaAllah, tapi besanya dorang yang nak pilih nama sndiri. yang slalunya nama asma ul husna dan Muhammad.

nnti saya bg die nama "HAMKA OBAMA" huhu

hamka said...

abu_harraz

He h heh

--------------
jiddan84me

Terima kasih..

-------------
gurindam rasa

Kalau dah tahu mimpi, dan susah nak terjaga, biar jer benda tu kacau.. buatlah dakwah dalam mimpi.., best bila tahu kita dalam mimpi tapi masih bermimpi..

Kisah aku pulak, bermimpi ada perempuan ajak bersetubuh, cantik bukan main, tapi sebab aku orang islam, aku tolak, sebab aku takut dosa, sekali terjaga dan baru tahu mimpi, nafsu rasa menyesal tak bersetubuh dalam mimpi sebab dalam dunia nyata, kemaluan dah tegak..

Akupun tidur balik dan dengan izin Allah, aku mimpi jumpa perempuan tu balik, dan aku tahu aku mimpi masa tu, akupun pegang tangan dia, peluk dia, tiba tiba isteri aku kejut suruh solat subuh, potong stim betul, tapi sebab ada masa, aku sambung dengan bini aku pulak.., eh, apa aku cerita merepek ni, ni mesti aku kena sampuk dengan jin..

Maaf!

-------------
anak kucing

Aku cadangkan, : IDRUS…, (rujuk youtube)

Fatimah Az-Zahrah said...
This comment has been removed by the author.
Fatimah Az-Zahrah said...

oh tidak,iman sy x la sampai sy berani nak cakap dengan makhluk tu dalam mimpi..apepun pelahan2 la sy bukan la berani sgt,mase dia nak bunuh sy tu cepat je tindakan dia,sy lari2 dari katil nak elak,skali jumpe dinding xblh nak lari,pusing blakang terus kene tusuk pisau,..x sempat nak cakap sepatah pn sy rs.

uish abg hamka ni ade pulak cite pasal mimpi dgn prempuan,malu open sgt psl kemaluan pn nk bgth.

ade lg 1 mimpi tu,dia buat sy terbang terawang-awangan..mase tido kt sofa ruang tamu kat kampung,depan sofa tu ade abg sepupu,dia pn naik tekejut tgk saya terawang-awang..sy memg rs mcm dirasuk la,sbb tu blh terawang,sy kawal diri lawan dia supaya sy duduk balik kt sofa tu,sy nmpk abg sepupu sy cemas (dlm keadaan duduk sebab dia beru je nak tido) sambil mata dia pandang tepat ke arah sy yg terawang mendekati dia,muke sy memg serius,sy x th la np sy x ckp apepn mase terawang tu,mungkin abg sepupu takut sy bahayakan baby dia yg tido kt sebelah dia dan diri dia,dan dari muke dia..sy nmpk dia takkan teragak2 tuk belasah sy jika sy terus terawang mendekati dia,sy terus kuat melawan makhluk tu supaya sy x terawang,dirasuk tp sy sedar mcm org normal cume xblh nak kawal badan yg terawang,sy dpt undur diri balik ke blakang,(pgerakan mase terawang-awangan ke depan dan ke blakang memang slow..mcm cite hantu tu)alhamdulillah berjaya dan sy baring balik atas sofa,mata abg sepupu sy tu terus tajam pandang kt sy, dlm hati ya Allah ape nak jadi ni kantoi rahsia aku kne kacau makhluk tu sampai terawang nnt org igt aku amal ilmu sihir..kantoi2..sy rs xsedap ht,lalu bangun dari sofa masuk dlm bilik,masuk je nmpk ibu tgh solat,xtahu pukul brapa,tp memg waktu tu waktu malam waktu org tido..mungkin solat isyak mungkin tahajjud..rase tenang blk ht tgk ibu solat dan aku tido atas katil ibu..rupenye makhluk tu dtg blk! dia masuk bilik mengintai disebalik jasad ibu sy yg tgh solat,x nmpk muke pun nmpk lembaga hitam,rase cuak dah ni..tibe2..eh bile mase aku kt kampung?,aku kn baru balik cuti,baru balik umah..haaa dari situ sy tahu sy sedg bmimpi...lau x prasan,memg igt sy betul2 dlm situasi tu, sy lawan makhluk tu untuk sedarkan diri..akhirnye sy pn sedar..memg real mimpi tu,memg terase la camne diri terawang-awang.hu dasyat.

Fatimah Az-Zahrah said...
This comment has been removed by the author.
Fatimah Az-Zahrah said...

sambungan tips..

lupe nak gi tahu smalm.

-bila tido ikutlah sunnah tido mengiring ke kanan..selain elok untuk proses penghadaman mknn,elok jugak tuk mudah terjage dari tido.memg ade beza la bila tido telentang dan mengiring,mase kene ganggu makhluk tu mudah sikit nak sedarkan diri dari di tahan dek makhluk tu.bila dah mengiring mudah gerak tolak badan ke tepi,tapi bile telentang ni,memg pyh la,kene lenyek habis.lagi 1 payah nak bgn pagi solat sbuh atau tahajjud,tido mengiring lg mudah terjaga.

-lg 1,pastikan bilik kemas dan bersih.tipula lau bilik sy kemas sgt,tak la ikut la citerase masing2 asalkan tak terlalu semak.bende2 ni kn suke tempt kotor.tp hrtu ms balik umah,bilik memg kemas,kene kacau gak,2,3 hari br o.k. tapi sy cite ni pn bdasarkn pengalaman,penah sekali dulu ayah nak cat bilik tu maka bsepahlah..tido la sy ditengah2 tangga cat,surat khabar sana sini,barang2 blonggok dah kene tolak tepi bagi laluan untuk cat..dari xkne ganggu,kne ggu.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Tetiba terlintas nak tanye pendapat/cadangan en Hamka n co.

saya ada masalah (intro ni)...

1st, sy pompuan. Ada budak lelaki kacau saya. DIPENDEKKAN CERITA, dia hangin satu badan nak bomohkan kawan sy (n mungkin jg sy). Tapi, saya tak percaya...Entahla...kakak dia cakap/ingatkan, adik dia ni memeng BOLEH "BUAT"...wallahu'alam. Semuanya atas Allah Taala juga.

Hmmm.2nd, budak ni mcm "pening" sikit. TUNE LARI kot...dia sebarkan fitnah spt "fulan bt. si fulan ditangkap khalwat dan berita disebarkan oleh _nama saya_"
PEH!!!HANGIN SAYA!ni kira FITNAH NI...menuduh org berzina!!!
Tapi,sy pk..."tune" dia dh lari...huhu...memang dia "gila" kot sebab ada sekali dia send msg benda yg sama dan bagitau pkr tu disebarkan oleh mak dia pulak.Gila! (istighfar2)...

3rd, skrg ni, sy peratikan pola msg2 yg dia kacau berkait dgn "sex". ex, ajk sy buat sex etc. Argh! sorry to say, i'm not pompuan yg jenis melayannnn, k. Dlm erti kata lain, sy memang HANGIN SATU BADAN+PUTING BELIUNG+RIBUT TOPAN etc2, rasa nak maaaaaaaaaki je!
tapi...tune dia kan lari???
so???
hy. saya tak tau nak tarbiyah die mcm mane, akak2 sy cakap, JGN LAYAN! (sumpah!dulu saya "LAYAN" mcm bg nasihat yg pedas/kata2 yg BERHIKMAH. (erk, "berdakwah" la konon...)tapi, budak ni mmg hampeh!!!tune lari la tu kot...

Huhuhu...YA Allah.Tolongla hambaMU ini...

erk, sy ingat, nk suggestkan blog en hamka kat budak ni...buleh?buleh?buleh???

kalu sy suruh dia bukak w=quran, for sure die tergeliat maleeeeeeh!

hm, ntahla...
gua tension beb!(maaf, cara ckp tak berhikmah...)

harap bagi pandangan...
sekian, trm ksh. huhuhu...

by:
_anak ayahanda H_

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Tetiba terlintas nak tanye pendapat/cadangan en Hamka n co.

saya ada masalah (intro ni)...

1st, sy pompuan. Ada budak lelaki kacau saya. DIPENDEKKAN CERITA, dia hangin satu badan nak bomohkan kawan sy (n mungkin jg sy). Tapi, saya tak percaya...Entahla...kakak dia cakap/ingatkan, adik dia ni memeng BOLEH "BUAT"...wallahu'alam. Semuanya atas Allah Taala juga.

Hmmm.2nd, budak ni mcm "pening" sikit. TUNE LARI kot...dia sebarkan fitnah spt "fulan bt. si fulan ditangkap khalwat dan berita disebarkan oleh _nama saya_"
PEH!!!HANGIN SAYA!ni kira FITNAH NI...menuduh org berzina!!!
Tapi,sy pk..."tune" dia dh lari...huhu...memang dia "gila" kot sebab ada sekali dia send msg benda yg sama dan bagitau pkr tu disebarkan oleh mak dia pulak.Gila! (istighfar2)...

3rd, skrg ni, sy peratikan pola msg2 yg dia kacau berkait dgn "sex". ex, ajk sy buat sex etc. Argh! sorry to say, i'm not pompuan yg jenis melayannnn, k. Dlm erti kata lain, sy memang HANGIN SATU BADAN+PUTING BELIUNG+RIBUT TOPAN etc2, rasa nak maaaaaaaaaki je!
tapi...tune dia kan lari???
so???
hy. saya tak tau nak tarbiyah die mcm mane, akak2 sy cakap, JGN LAYAN! (sumpah!dulu saya "LAYAN" mcm bg nasihat yg pedas/kata2 yg BERHIKMAH. (erk, "berdakwah" la konon...)tapi, budak ni mmg hampeh!!!tune lari la tu kot...

Huhuhu...YA Allah.Tolongla hambaMU ini...

erk, sy ingat, nk suggestkan blog en hamka kat budak ni...buleh?buleh?buleh???

kalu sy suruh dia bukak w=quran, for sure die tergeliat maleeeeeeh!

hm, ntahla...
gua tension beb!(maaf, cara ckp tak berhikmah...)

harap bagi pandangan...
sekian, trm ksh. huhuhu...

by:
_anak ayahanda H_

:+:+: Ashikyn :+:+: said...

salam,

oh hehe..bley ek cakap ngan jin camtu?
kadang2 yang kacau kite tu jin yang sme je. Bile penah kne kacau sekali, terbuka satu lubang untuk dikacau lagi. Penuh kan la lubang tu dengan ayat2 Quran so die tak ley masuk kite lagi.

=)

hamka said...

gurindam rasa

ada sesetengan orang, mereka imun dari segi kejinnan ini, dan ada orang mereka mudah sangat kena ganggu jin..

ni semua kerja Allah..

apa-apapun, jika kau ada pulang bercakap dengan jin, sebut nama Nabi sulaiman dan ulang balik perjanjian jin dengan Nabi sulaman, insyAllah jin tu akan kendur..

----------------------
_anak ayahanda H_

carilah pertolongan dengan sabar dan solat..

: )

----------------
:+:+: Ashikyn :+:+:

=)

Fatimah Az-Zahrah said...

imun kejinnan tu mcm mn?
oh ok,nnt sy jerit skali nama nabi sulaiman..

Fatimah Az-Zahrah said...

imun kejinnan tu mcm mn?
oh ok,nnt sy jerit skali nama nabi sulaiman..

Fatimah Az-Zahrah said...

imun kejinnan tu mcm mn?
oh ok,nnt sy jerit skali nama nabi sulaiman..

Fatimah Az-Zahrah said...

imun kejinnan tu mcm mn?
oh ok,nnt sy jerit skali nama nabi sulaiman..

Fatimah Az-Zahrah said...

maaf la line intenet x bp clear,tu yg terkomen byk kali..

hamka said...

ish, banyaknya komen.., he he..

imun tu maksudnya kebal, susah nak terang, sebab ada orang yang Allah tak takdirkan dia dengan dunia mistik, lebih kurang cam gituler..

langurangroup said...

please visit langurangroup.blogspot.com

Syukri Someone Something said...

mintak maaf mintak izin nk tanya skit..amda org yg mengamalkan taasaaub ?

hamka said...

tak, err, tasauub tu apa?

(aku masih banyak jahil bab ugama)

Syukri Someone Something said...

tasawuf :)

hamka said...

aku ada tulis:

"apa itu tasauf"

"apa itu hakikat ugama"

"awaluddin makrifatullah"

"bagaimana mengenali diri"

"kenapa mereka marah"

"apa yang anda mahu"

dan lain-lain

so far, itu ada kena mengena sikit dengan tasauf..

Anonymous said...

Salam,
Saya sekarang dalam usaha nak pulihkan rumah saya dari gangguan jin ni. Alhamdulillah, saya terjumpa dengan blog saudara, dan saya akan cuba tips yang diberikan. Saya rasa rumah saya sekarang memang ada jin pengacau. Sebabnya boleh kata setiap malam lepas pukul 12 je, kipas remote dalam master bedroom tempat saya tidur anak beranak saya dia buat main, nanti dia lajukan, dia slowkan , pastu dia tutup. Husband saya kata mingkin litar pintas ke apa, tapi saya rasa tak mungkin sebab kalau betul ada prob kenapa dia jadi lepas pukul 12 je. Memang pelik. 3 hari lepas, saya buat baca yasin ngan husband, alhamdulillah ada perubahan, dia start kacau pagi sikit dalam pukul 4 pagi. Semalam, husband saya sorokkan remote kipas dalam laci...terus gangguan tu hilang... husband saya boleh buat lawak pagi.. dia kata .. benda tu mesti tak jumpa remote yg dia simpan dalam laci .. tu yg dia tak leh main kipas ..kelakar ada ..seram pun ada .. tapi saya akan usaha untuk pastikan gangguan tu hilang terus ...kalau boleh jin tu keluar terus dari rumah saya.

hamka said...

nasihat aku:

hidupkan *perkataan nabi kat rumah

*baca hadith depan suami dan anak-anak, setengah jam setiap malam

Syukri Someone Something said...

ermm mksd sy adkh anda berjln dgan mengamalkn tasauf.bertarikat?

hamka said...

anda pulak?

Syukri Someone Something said...

sy biasa2 saje

hamka said...

nampaknya ramai lagi yang tersilap memahami tasauf..

dalam islam ada dua pecahan:

1) FEKAH
2) TASAUF

maksud fekah, adalah belajar syarat syarat supaya IBADAT JADI SAH DAN LAYAK DI TERIMA(hukum hakam)

MAksud tasauf, adalah belajar syarat syarat supaya TAHU AMAL DITERIMA.(KEROHANIAN)

lebih kurang macam gitu..

Fekah semua orang wajib belajar, tapi tasuf adalah jalan orang yang bertaqwa, sebab tu muncul istilah ISLAH DIRI dan MUHASABAH

jadi, kau tak boleh cakap, biasa-biasa, sebab:

SEMUA ORANG ISLAM KENA MAJUKAN DIRI MASING MASING

akupun masih belajar, lain kali boleh aku tulis bab ni, soalan yang bagus dari kau.

Syukri Someone Something said...

tq for the nasehat..
sy jus igin tahu je...
sy bnyak jahil lagi..
bnyak wat dosa...
hina,daif,lemah,miskin...
pning...
hehe

hamka said...

aku pun belajar sama.

: )

Syukri Someone Something said...

same2 la kita..
:)

Anonymous said...

saya masalah saye sekarang ialah ade jin dalam badan saye jin itu selalu mengawal minda saye dalam mengenakan orang sekeliling saye dan yang menjadi magsa saye. tolong saye

hamka said...

baca manzil susunan maulana zakaria, insyAllah

sanjere said...

untuk membunuh jin yg merasuk manusia..baca bismillahhiramannirrahim 100x,hembus pada genggaman tangan dan niat untuk bom mahlik tu.pasang niat untuk bunuh atau sekadar seksa jin tu seperti seksaan yg sama pada neraka jahanam.apa ja lah niat kamu.setelah itu tepuk pada badan pesakit tadi bersama khalimah Allahu Akbar...insyaalaah pesakit akan lega.....saya dah selalu guna teknik ni.semuanya berjaya..jika tdk berjaya,cuba lagi..

sanjere said...

jika jin tu d hantar dengan cara sihir pula....kembalikan jin tu semula kepada tuannya.....ambil 7 helai daun lalang.....baca surah al baqarah ayat 59......hembus pada lalang,niatkan supaya jin itu kembali kpd tuannya tanpa singgah d mana2.....pukul lalang tu d badan pesakit secara perlahan2.....selamat mencuba....insyaallah jin tu akan pulang kpd tuannya/ahli sihir......

hamka said...

nice share..

Anonymous said...

SALAM, AKU TENGAH GOGLE MANA NAK CARI BUKU HAYATUL SAHABAH VERSI MELAYU TERUS MASUK SINI .ADA TAU MANA NAK DAPT KAH TUAN?

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

kepada anon di atas, setahu saya versi bhs melayu x de lg.. yg ada versi indonesia.. kalau mahu boleh beli online. Google je "pesan dan sampai" di situ ada jual barang2 sunnah termasuk kitab fadhail amal, muntakhab ahadith dan hayatussahabah.

sharing is caring