Jan 30, 2009

Minta tolong pada syaitan?

(Cerita tentang teori memanipulasikan syaitan dan jawapan aku kepada mereka yang ada masalah onani)

Ada sorang kawan aku bagi DVD filem yang berjudul ‘A Beautiful Mind’ lakonan Russell Crowe, sebuah filem tahun 2001, dia ‘paksa’ aku tengok sebab filem tu ‘best sangat’ katanya, akupun check internet akan Fakta tentang filem tu, sebab aku tak nak buang masa tengok filem sampah, maka setelah rujuk internet, kira aku puas hati bila tengok markah filem ini yang ‘Rotten Tomatoes bagi 78%, dan filem ni mendapat 49 nominations, Menang 4 Oscars. Dan 27 anugerah lain…, kira ‘ok’lah jika tengok filem yang ‘serius’ di hasilkan, dan aku nak tengok juga hero ‘Gladiator’ ni berlakon Filem Drama..

Huh!, aku ni memang lambat update isu dunia, banyak peristiwa besar dalam dunia yang masih aku tak tahu, maka akhirnya, semalam… aku berjaya jugak tengok cerita tu sampai habis, itupun ambik masa 3 hari nak tengok, sebab aku perasan sibuk…

Secara kesimpulannya, cerita tu takdelah best sangat, tapi ‘ok’lah, sebab tak boring, dan pengolahan cerita tentang profesor matematik yang gila tapi berjaya cipta teori hebat sehingga dapat anugerah nobel, buat aku teruja nak cipta jugak teori aku sendiri.., tapi kesian kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah…

Rupa-rupanya, cerita tu kisah benar riwayat hidup John Forbes Nash, a Nobel Laureate in Economics yang mencipta pelbagai teori yang di guna pakai hari ini dalam bidang ekonomi dan permainan, dan bila baca kisah sebenar profesor tu, rupa-rupanya, lagi teruk dari apa yang di bentangkan dalam filem, dunia sebanar profesor ni ada malasah homoseks, bercerai dengan bini, bla bla bla.., bertambah kesian aku kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde hubungan dengan tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah… dan lihat bagaimana Tuhan akan membalas juga nikmat pada orang kapir akan susah payah (cipta teori) dengan bagi nikmat atas dunia juga (hadiah Nobel) sebab akhirat mereka tak dapat apa-apa.. oh kasihannya…

Maka, akupun ada penyakit ‘gila’ gak, sebab dulu aku tengok filem ‘Pay it Forward’, aku pun berangan dengan ‘Special Request’, sekarang bila tonton filem ni, yang cipta ‘game theory’dan ‘Nash embedding theorem’, ‘theory of nonlinear parabolic partial differential equations blab la bla.. sehingga dapat anugerah nobel, maka akupun nak cipta teori aku sendiri kononnya…

*****

Baik, sebelum aku cerita tentang teori aku, aku nak cerita tentang perkara yang berkaitan dengan dunia, dan bagaimana teori aku mungkin boleh di guna pakai dalam mengatasi masalah ummat sejagat…

Straight to the point, seperti biasa, aku terima email dari korang yang ada masalah melancap lalu terlanjur melancap dengan diri sendiri kerana takde pasangan tapi air dah naik kepala, bukan setakat email dari budak lelaki, budak perempuan pun ada email aku cerita masalah melancap dan cuba bertaubat tetapi tak jadi, sebab bila air dah naik kepala, taubat terus di lupakan dan termelancap lagi walaupun mandi pagi itu sejuk..

Tak perlu aku copy/paste semua email tu sebab mereka tak benarkan, apa-apapun, seperti biasa jugak, aku cadang mereka kahwin, tapi macam biasalah, masalah tu, masalah ni, bla bla bla.., dan ada jugak yang email aku cerita mereka yang bercouple, terlanjur dengan melancap bersama pasangan masing-masing, tapi tak berzina, ishhh! Pelik betul pakcik dengan korang yang duduk dunia akhir zaman ni..,? apa-apalah!

Balik pada main topic, kita pergi kepada masalah mereka yang dah taubat tapi bila air naik kepala masih ulang balik dosa yang sama, dan mereka cakap mereka sembahyang 5 waktu cukup, puasa, baca Al quran, dan lain lain, dan jika tengok dari luar orang akan sangka baik, tapi dalam dunia sebenar, bab air naik kepala, terus terlanjur dengan diri sendiri… ketagih dengan onani..

Dan semua tahu sudah, SYAITAN memainkan peranan yang besar sekali dalam USAHA membuat taubat si pelancap menjadi sia-sia...

Maka teori aku, apa kata kita gunakan SYAITAN juga untuk buat USAHA agar taubat si pelancap tidak menjadi sia-sia.., pendek kata, kita guna bantuan syaitan supaya pastikan pelancap tidak melancap lagi.

Kejap, aku belum gila, dan ini bukan Hadith, ini hanya teori, korang boleh tolak teori ni jika ada hadith yang bertentangan dengan apa yang aku akan sebut nanti..

Tapi teori aku tidaklah seteruk Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari berok atau“teori konspirasi” yang ditemui oleh Glenn Beck yang percaya bahawa peristiwa 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila Glenn Beck melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar. Kemudian dari “teori konspirasi Glenn Beck” itu, saudara Maddox pula melipat wang kertas 100, lalu bertemu dengan teori yang lebih dahsyat tertulis pula not 100 dolar iaitu perkataan “Glenn Beck is an a**hole”

Woha!

Sambung balik,
Aku sebut perkara ini sebagai TEORI adalah kerana aku belum dapat Fakta yang kukuh, dan Eksperimen belum mencapai 10 peratus penduduk setempat, sebab dalam dunia sains, sebelum ada bukti mutlak, ia akan kekal sebagai teori yang mana jika ianya telah mendapatkan cukup bukti dan telah teruji oleh para peneliti lain, teori akan bertukar kepada HUKUM karena tingkat kemutlakannya yang pasti. Contohnya seperti hukum graviti, Hukum Ohm, Hukum Kircoff dan juga Hukum Hakam...

Apatah lagi, aku dan beberapa kawan aku telah mencuba eksperimen teori ini dan kebanyakkannya berjaya, kejap!, aku bukan mencuba eksperimen melancap, jangan salah faham, aku mencuba teori mengunakan syaitan untuk bantu aku buat baik...

Bagaimana?

Ok, katakanlah jika korang susah nak tidur, sedangkan tidur awal itu bagus kerana kita akan segar untuk bagun solat subuh, tapi setan tak suka kita solat subuh sebab pahalanya sama dengan ibadat sepanjang malam, maka syaitan akan hasut kita untuk berjaga, suruh kita layan nafsu, layan internet, layan DVD, melancap dan lain-lain, sampai jam 5 pagi dekat nak subuh baru ngantuk dan letih, dan kitapun tidur lalu tertinggallah solat subuh dan berjayalah setan..

Tapi, cuba korang dalam keadaan tak dapat nak tidur tu, pergi baca Al quran, atau pergi solat baca surah panjang, atau duduk fikir tentang perkara ugama, seperti adab ziarah cara Nabi, belum sempat 10 minit, kita dah tertidur, sebab? (ni hanya teori).., syaitan yang tak nak kita buat amal tu akan dodoikan kita..., lena di ulit syaitan..

Ok, itu satu bab, bila dah tertidur, syaitan akan bermain dalam mimpi kita dengan bermacam-macam cerita, yang mana kita akan terlajak tidur sampai terlepas solat subuh secara berjemaah...

Esok, kita tidur awal lagi, dan syaitan masih berjaya menguasai mimpi kita lalu seminggu sudah kita solat subuh di rumah.., apa nak buat?

Maka pada waktu inilah kita akan guna “TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”...

Bagaimana?

Korang!!!!!, jika dah tertinggal solat subuh secara berjemaah, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap tertinggal solat subuh secara berjemaah itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti satu waktu tertinggal solat berjemaah, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan mengutungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah.(dan syaitan akan cari jalan lain untuk rosakkan ibadat kita dengan riak dan sebagainya, dan itu cerita lain)

SYAITAN AKAN KEJUTKAN KITA SOLAT SUBUH?

Mana ada hadith yang bagithu syiatan kejut manusia solat subuh! Ini mengarut ni Hamka!!!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Tunggu, jangan kutuk aku dulu, aku ada hadith yang ada sedikit kaitan dengan Teori aku ini:

Di riwayat lebih kurang maksud, Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)

“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”

Jawab mamat tu :
“Aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau kali ke-3 kau jatuh, seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia-sia lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ok, sekarang nampak, dalam riwayat ini, Syaitan bantu Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid dengan memapah beliau pergi solat berjemaah sebab Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung maka akan sanggup kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah!!

Faham?

Jadi balik kepada kes melancap tadi,

Korang!!!!!, jika dah melancap, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap dosa melancap itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti sekali aku melancap, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., atau merdekakan seorang hama, atau bagi makan pada 60 fakir miskin, err.,mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan menguntungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan elakkan diri dari menghasut korang supaya ghairah, atau dalam erti kata lain..

SYAITAN AKAN MENGHALANG AIR NAIK KEPALA!

SYAITAN AKAN MENGHALANG KORANG DARI MELANCAP!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Faham?

Dan teori ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikan pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Dan aku rujuk Hadith lagi, memang terdapat di kalangan sahabat yang mana apabila terbuat kesalahan, akan cepat cepat buat tiga perkara yang aku sebut tadi iaitu:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar.

Sebagai contoh yang aku ambik dari kitab:
  • Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal takbir pertama dan akan beriktikaf selama 3 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal takbir pertama.
  • Dalam riwayat yang lain, Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal solat berjemaah dan akan beriktikaf selama 7 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal Solat Berjemaah.
  • Hazrat Abu Talhah telah mewakafkan kebun kerana tidak kyusuk dalam solat.
  • Saidina Umat RA menebus SAF pertama yang tertingal di belakang Nabi dengan Pendapatan seharian.
  • Hazrat Abdul Rahman sedekah semua keuntungan dalam satu perniagaan kerana tertinggal Takbir pertama.
  • Dan lain-lain..

Maka, bayangkanlah jika korang yang melakukan dosa, yang mana selain bertaubat, korang tebus dengan amalan yang lebih besar, maka alangkah ruginya syaitan kerana satu dosa yang kita lakukan, maka menjadi kita lebih dekat dengan Allah setelah Taubat, menangis dan Tebusan dilakukan.., mudah-mudahan..

Kerana itulah (mungkin) syaitan sangat takut untuk mengoda para Sahabat Nabi, yang mana di riwayatkan, apabila Saidina Umar melalui satu lorong, maka Syaitan tidak berani melintasi lorong itu selama 40 hari.., Wallahlam..

Maka akhir kata, teori memanipulasikan syaitan ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikanlah pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Lagi bagus jika teori ini bukan setakat di gunakan pada dosa, sebaliknya di gunakan kepada kelamahan amal, seperti tertinggal takbir pertama, tertinggal solat berjemaah dan lain-lain..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan.., tutup ‘nota’ dengan tasbih kafarah..

Selamat memanipulasikan syaitan

End.

Ps: Agak-agak, aku boleh dapat anugerah Nobel tak dengan teori ini? Dapat tokoh Maal Hijrah pun ok gak, Woha!

Post a Comment