Sep 4, 2008

Siapa yang kamu sedang rindu?(ulangan)

(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”


Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”


Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)


ps: Tak salah aku buat entry ulangan sebab dulu entry ini muncul di akhir Ramadhan, 28 hb yang buat kurang dari korang dapat menghayati maksud sajak ini, lalu aku re-post balik pada 4 Ramadhan 1429H, lagipun kepada korang yang email aku suruh up-date entry sempena puasa, kira dah up-dateler ni, terubat ler rindu korang sikit sebanyak, (cover line sebab belum tulis dan takde ilham untuk entry baru.., he he)

46 comments:

Anonymous said...

..................................

Anonymous said...

bestnya baca entry ni..insaf dan syahdu kerana latelty nih imanku bertambah lemah. baru diuji sikit.pengajaran nih.

Anonymous said...

sy x sempat baca lg, tp teruja la jdk orang no.2!!!
bro hamka jgn mrh eh!!

Anonymous said...

SY NO 3

azharjaafar said...

Aku nak tambah cerita dari kitab;

Ada seorang wanita menyerahkan sebilah pedang kepada anaknya pada hari perang Uhud, tetapi malangnya si anak tidak kuat mengangkatnya, lalu pedang itu diikatkannya pada lengan anak itu. Kemudian dia mengajak anak itu menemui Rasulullah SAW seraya berkata kepadanya: Ya Rasulullah! Ini anakku, semoga dia dapat mempertahankanmu dari musuhmu!

(Kanzul Ummal 5:277)

limaumaniss said...

its ok ...cover line pon cover line la....ada ramai lg orang yg pasti akan membacanya....moga dalam lindungan dan rahmatNYA...

p/s: tahniah kpd warga USM(aku le tuh...eheh) krn USM dpt universiti apex...(hehe..x de kene mengene dgn tjuk..)

piece..

hamka said...

kalau nak dapat no1 ke, no2 ke, no 3 ke, tolongler tulis nickname..

----------
Azharjaafar

Ada jugak yang bagi bayi pada Nabi, bila Nabi tanya wakpe bagi bayi,?

sebagai perisai panah

ps: maaf, lupa nama kitab.

----------
limaumanis

tahniah!

Anonymous said...

*insafdah*

wlpun ni ulangan,entry ni tetap touching..

indahnya ramadhan..

Anonymous said...

...sesungguhnya sirah begini memang tidak jemu diulang dan mempunyai asbab yang baik...

Anonymous said...

tolongla...aku x kejar nombor posting brape..aku yg post atas tuh..
silapnya aku x tulis nama..soryla..

Anonymous said...

kepada bro hamka dan azharjaafar:

-Ada seorang wanita menyerahkan sebilah pedang kepada anaknya pada hari perang Uhud, tetapi malangnya si anak tidak kuat mengangkatnya, lalu pedang itu diikatkannya pada lengan anak itu. Kemudian dia mengajak anak itu menemui Rasulullah SAW seraya berkata kepadanya: Ya Rasulullah! Ini anakku, semoga dia dapat mempertahankanmu dari musuhmu!

(Kanzul Ummal 5:277)-

-Ada jugak yang bagi bayi pada Nabi, bila Nabi tanya wakpe bagi bayi,?

sebagai perisai panah

ps: maaf, lupa nama kitab-

pastu nabi wat apa ya?
nabi trima ke?

An unexplained mind said...

aku rindu hamka..

wakakaka...

serammmmmmmmmmmmmmmm!

An unexplained mind said...

alamak.mcm geli pulak.aku maksudkan aku rindu kau tulis sesuatu yang mbuatkan aku rasa insaf....

hehe...

haaa..yg duk baca blog tu, kalau dah insaf tu..buat pe termenung lagi?

hamka said...

Dah tentu Nabi tak terima bayi tu jadi perisai.., itu kitab yang aku baca.

: )

atap_aje said...

Alhamdulillah, ALLAH subhanahu wataala dengan rahim dan kasih sayang nya memilih sahabat2 nabi saw menjadi sahabat nabi saw semasa nabi saw masih hidup.

Alhamdulillah, ALLAH subhanahu wataala dengan rahim dan kasih sayangnya memilih saya dan tuan-tuan berada di zaman yang mana nabi saw sudah wafat, tetapi masih diberi peluang untuk mengamalkan dan mengikuti nabi saw dan sahabat2 R.Anhum Ajma'in.

(Maksud al-Qur'an Artinya lebih kurang: Katakanlah: “Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada ALLAH dengan keterangan yang nyata. Maha Suci ALLAH dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.”) (Yusuf: 108)


Alhamdulillah, ALLAH subhanahu wataala dengan rahim dan kasih sayangnya memilih saya dan tuan-tuan untuk korbankan diri dan harta saya dan tuan-tuan kepada agama ALLAH TAALA.

Alhamdulillah...

azharjaafar said...

Kisah budak yang ada pedang tu, baca kat sini;Hayatus Sohabah

Anonymous said...

insaf sjenak++ bile baca entry nih...

dh lama tak dgr tazkirah...apa daa....

hamka said...

wah bagus kerja Azharjaafar, boleh aku copy/paste apa yang patut nanti.., alhamdulillah

:)

UmmuSarah said...

Masih ingat lagi entry nie semasa Hamka pertama kali post tahun lepas :)

Alhamdulillah, semoga ALlah pilih kita semua utk buat usaha agama... untuk tambahkan korban. Kita nie baru nak cuba utk tiru-tiru kehidupan suci murni rasululllah saw dan para sahabat2nya. Semoga Allah pandang azam dan usaha kita. Semoga Allah bankitkan kita di akhirat kelak bersama-sama mereka. Terima kasih Hamka kerana memberi peringatan.

Qider said...

pergh..insaf lama (bukan insaf kejap) aku..nasib tak berlinang je mata sebab aku baca kat opis..dah lama aku tak kena ngan tazkirah cenggini..

miss N said...

dari awal baca aku dah rasa tersentuh dah. tapi tergelak sekejap bila kausebut kicap bilal ngan kebab.

abu_ammar said...

Memang bagus jika diulang lagi dan lagi...
Yer la, dlm kesibukan dunia (aku ler perasan sibuk)hari ni, kadang2 tak terfikir dan teringat pengorbanan mrk2 yang terdahulu utk aku dan kita hari ni dapat nikmat iman dan islam. Semoga Allah bagi aku faham nikmat Iman dan Islam nih!!
Selamat berpuasa dan ber'nikmat' dengan agama...

hamka said...

UmmuSarah

Dan dulu kau baca tanpa suami di sisi, tahun ni masih merindu lagipun bagus juga, demi nikmat ugama dan akulah yang hina dan malu pada diri sendiri..

----------
Qider

Kat opis jabatan daftar cerai kahwin selalu ada orang nangis, tak pelikpun?

----------
miss N

dah lama tak nampak orang jual kicap cap bilal, dan cerita pasal kebab yang buat aku lapar pulak..oh!

----------
abu_ammar

dan kitapun tak terpikir untuk berkorban demi anak cucu agar dapat sama nikmat ini..oh! sekali lagi.

Anonymous said...

assalamualaikum....
ramadan karem....

Anonymous said...

assalamualaikum....
ramadan karem....

Anonymous said...

ya, mengalirkan air mata..

Anonymous said...

aku begitu tertarik dengan ayat ayat mu di dalam video ini http://www.youtube.com/watch?v=mZVPe9wuACI

dan bila membaca entry ini membuat aku berfikir.. terima kasih buatmu wahai sahabat.

Anonymous said...

bercucuran air mataku tatkala ku baca post ni. ohh...aku takut dosa yang terus membayangiku...

analessahorra said...

Kanzul Ummal ada ka bahasa melayu? nak tahu..sbb tak tahu :D

oh ya sepatutnya Safa bukan safar, dan tarawih bukan tarawikh..

moga allah menetapkan iman hingga ke hujung hayat dlm keadaan husnul khatimah kita semua yang membaca ini lagikan kepada si penulis..ameen ya rab

azharjaafar said...

Hamka said...
wah bagus kerja Azharjaafar, boleh aku copy/paste apa yang patut nanti.., alhamdulillah


azharjaafar pulak said...
bagus dari Allah.

*tapi kalau rasa ada manfaat, link kan lah kat blog kau yang glamer ni. Ha.. ha.. ha..

Anonymous said...

salam..

'...Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…'

Nduk, nyuwun sewu sanget..

salam ramadhan..

kau menyayangiku
seperti bumi
menyayangi titah TuhanMu
Tidak pernah letih menanggung beban derita
Tidak pernah penat menghisap luka

kau menyayangiku
seperti matahari
menyayangi titah TuhanNya
Tidak pernah letih membahagikan cerahnya cahaya
Tidak pernah letih menghangatkan jiwa

kau menyayangiku
seperti air
mencintai titah TuhanNya
Tidak pernah letih membersihkan lara
Tidak pernah letih menyejukkan dahaga

kau menyayangiku
seperti bunga
mencintai titah TuhanNya
Tidak pernah letih menebar mekar aroma bahagia
Tidak pernah letih meneduhkan gelisah yang menyala

Ya Rasulullah..
kau menyayangiku
sehingga akhir hujung nafas kalammu
menyebut nama ku sebagai ummat mu..
ummati.. ummati.. ummati..
solat.. solat.. solat..

Yaa Rasulullah..
sungguh.. aku jua menyayangimu
pada solat dan dihujung doaku
..semoga Allah SWT pilih daku, keluargaku dan seluruh ummat sebagai penyambung usaha kenabian,
..semoga Allah SWT maafkan daku dan terima doaku ini..
-amin ya Allah

-abu huzaifah

Ouchi said...

Salam.

Entri menyedarkan saya. Iya, dugaan Ramadhan tahun ini datang bertimpa-timpa.

Bila membaca tulisan ini, buat hati saya tenang dan getar kerana seakan tenggelam dalam nikmat dunia. Doa agar rasa ini terus kejap di hati.

:)

Anonymous said...

salam. dulu ada org sound aku sanggup ke minum starbax yg biaya musuh2 islam bila darah pejuang2 Islam byk terkorban tegakkan Islam. aku tak rs apa2 pun, pi defend starbax lg ada ler. tp bila bc bro punya article ni mmg rs tersentuh hati...aku...mmg mudah lupa...huhuhu

hamka said...

bebaskan

nanti tahun depan, aku buat ulangan part 3, aku edit mana yang patut, insyAllah..

itupun jika aku masih hidup dan masih ingat..oh!

--------
azharjaafar

blog ini belum pernah link pada mana mana blog, Cuma yang korang kena tahu, keretamayat akan link kan korang dengan kubur..

Ha.. ha.. ha..

--------
abu huzaifah

nanti nanti, aku pun nak buat jugak sajak untuk Nabi versi keretamayat, insyAllah..

---------
Ilyana

Amin..

Doakan aku sama! agar rasa ini terus kejap di hati.

:)

----------
catwoman insaf

akupun selalu lupa, errr, kau adalah Halle Berry ke?

azharjaafar said...

Ha.. ha.. ha...
(sebelum baca entry baru)

Anonymous said...

salam en hamka..
sy rase tertarik ngn komen2 bebudak ni sume, mereka kate entry yg ni BEST? adooh..saye bkn jenis yg membace sgt, cmner nih... nk sgt tau pe yg en hamka da tulis hhooh... cume mals je.. x heran la pekse SEJ sllu B3. Hik3..

*x per la. nti nk try gak bace. iman nih lemah n x kuat ... memerlukan topup yg lebih!*

Anonymous said...

ops name saye gadis leo.
saye anynomous yg td nih..
12 /9/08

hamka said...

Aku pulak jantan leo..

ps: kalau kau malas membaca, tak dapek leh eden nak nolong

Anonymous said...

salam,sy xtau ptut gn nick name per koz sy tkot.....tkot nnti klu gn (aku,kau) hamka lak yg lg tua....kekeke tp ase nyer mmg hamka ag tue kn...kekeke per2 pn gn sy jer la ek....=)emm sy jmpa blog ni pn bru jer...dlm 10/9/08 kot....lmbt kn sy jmpa blog ni...tp,xper la yg pntg jmpa gx blog hamka ni kn....blog ni btol2 mnyentuh ati sy...blog ni jgk b'sesuaian ngn jiwa ati remaja sy yg sdg b'gelora sbg ank remaja yg sntiasa sesat dlm kehidupan hrian nyer(sy ler tu)kengkdg tu ase dri ni kerdil sgt b'bndg ngn Nabi S.A.W...ase dri ni bnyk sgt dosa yg xt'hitung ngn ALLAH S.W.T n umt manusia sekalian.....blog hamka ni mmg best gler r...fhm jiwa ati remaja zmn skunk ni....keep ur work...=)

Anonymous said...

sowi ryg bru sy atr tu..bro hamka leh pggl sy.....em per ek..sy pn xtau...jap2 ek nk pk...per la yg ptut bro hamka pggl sy...haa sy tau per kta lau bro hamka juz pggl sy sweet little sis...kekeke sbb sy ni msti lg mude kn dri bro...kekeke jgn mara...=)

Anonymous said...

Maaflah. Aku cuma kenal Demi Moore :)

hamka said...

: )

HaMas said...

Salam bro.. ana cut and paste artikel bro kat blog ana... mohon dihalalkan...

hamka said...

halal...

Unknown said...

ada entry tuan yg saya copy/paste dlm fb saya.. minta dihalalkan dunia akhirat..

hamka said...

halal