Apr 9, 2008

Belajar Ugama dari buku?

(Tanya sama Abang Kereta Mayat, - lagi Email dari perempuan...)

****

Assalammualaikum....

Afwan kalau menganggu kao...(sori aku pakai istilah 'aku' & 'ko' je. Utk pengetahuan ko aku baru berumur 22 tahun...Aku tau ko pangkat abang...heheh.Mungkin nampak kasor kot..)

Bro,
sebenarnye aku ade masalah bro...aku nak tanye pendapat ko ni. Aku tau ko bukan ustaz, kiai, ulamak, ahli fatwa kebangsaan..Tapi aku rase ko musti ade pendapat yang bernas kalau aku tanye pendapat ko yang banyak pendapat aku rase...(arghh.. lantak la pusing-pusing)

sebenarnye bro, aku nak mendalami agama...Tapi susah betul aku nak jumpe para ustazah kat tempat aku belajar ni (aku belajar kat selatan malaysiaku gemilang)...Aku bukan ambik kursus agama. So, disebabkan aku jahil bab agama ni banyak la persoalan yang tak terjawap...Aku nak le tanye para ustazah ni kalau ade masalah. Tapi masalahnye ustazahnye susah nak jumpe...Takkan aku nak jumpe ustaz. Ish... leceh la kalau tanye ustaz. Kalau jumpe kene ade kawan, soalan pun limit-limit je, pandangan pun kene jage (cehhh...)

Ko tau bro?, kalau aku musykil ape-apa soalan aku just rujuk buku je...Mcm tak besh jek kalau rujuk-tujuk buku ni. Orang kate kalau nak menuntut ilmu kene ade guru..Nak-nak bab-bab agame ni...Ape pendapat ko bro..????
Perlukah aku jumpe ustaz jugak?? Perlukah aku cari ustazah sampai dapat?? Macam mane pulak kalau ustazahnye susah nak jumpe?? Perlukah aku hanya membaca buku @ blog ko?? (ee..perasan la tuh..heheh)..Ko pon cakap jangan just bace je, musti rujuk ustaz, tapi aku pening sehhh nak tanye kat sape..??

Ko tau?.. (ni bab melepaskan perasaan terpendam ni...)
Aku selalu-selalu la gak ke masjid (ish..aku tak suke cakap ni) jemaah time maghrib and isyak. Aku harap-harap ade la tazkirah antara maghrib ke isyak...Aku tunggu punya tunggu harammm...takde langsung...Sedehnye...Aku penah gak email kat pak imam (pak imam tu lecturer aku,dulu laa) tu cadangkan wat tazkirah..Takkan aku nak gi kat dewan utama masjid gi jumpe imam tanye ade wat tazkirah tak?..wehhh sume pandang aku nanti, maklum aku ni lain jantina (pompuan lah!!).Aku rase care terbaek email pak imam lah...Tapi ntah, agaknye pak imam bizi kot gi ceramah sane sini (berbaik sangke..oh..) tak sempat nak bace email aku yang merepek tu...Hahah.. ko tau aku rase cam nak bagi je tread ko yg tulih "Tazkirah untuk ulamak" Pastu aku nak ganti ustaz tu jadik ustazah...hahaha..jahat tak aku..?? Tp tak ler...saje-saje je...cume dalam hati..isk..

So bro, ape pendapat ko??? hmm tak pe je..Kalau ko rase-rasa malas nak layan email aku ni, ko gi print email aku ni,pastu ko terus gi bilek air, ko buang kat lubang jamban and then ko flush...Heheh aku tiru ko...(oh..)...

Aku tau ko bizi, kalau lambat ko nak balas pun takpe...kalau tak balas pun tak pe, aiman tak kesssah...

Jazakillah khairan khatiran...


*******

Walaikumusallam...

Sebab kamu dah mintak maaf kerana mengganggu aku yang perasan sibuk ni, maka aku maafkan kamu, namun,..kadang-kadang best jugak baca masalah ummat yang di luahkan kepada aku, cuma yang tak best bila time nak jawab balik, jika aku jawab terus faham takpe, tapi manusia itu berbeza beza, macam super hero jugak, ada yang boleh terbang, ada yang badan kebal, ada yang boleh bend the space time, ada yang boleh baca otak, ada yang boleh teleport dan sebagainya..

Maka begitu jugaklah manusia yang bukan superhero macam kamu dan aku, kerana bukan superhero ni ada yang perasan pandai, ada yang perasan bagus, ada yang perasan betul dan aku pulak termasuk dalam perasan sibuk.. (aku ler tu)

Oleh sebab aku perasan sibuk, maka lantak aku ler nak jawab email kamu ni bila-bilapun, ye tak?

Tapi sebab hari ni aku ’macam’ rajin, iaitu dah masuk berbulan-bulan, baru aku reply, maka tak ke rajin seorang aku?

Jadi aku bukak entry khas sempena soalan kamu itu.., dan macam biasa, meleretler sikit..., sebab aku nak cerita sikit kisah aku dan orang melayu..

Akrian, Ceritanya begini, iaitu kebanyakkan rumah orang melayu yang aku singgahi atau lawati, kebanyakan dalam rumah orang melayu itu akan ada almari di ruang tamu yang bercermin transparent...,

Itu takpe, tapi yang mushkilnya bila cermin almari dah transparent, maka ternampaklah set pinggang mangkuk berjenama arcoroc, arcopal, Corningware, milamin dan sebagainya..

Aku tak paham apa motif mereka simpan pinggan mangkuk yang mahal-mahal dalam almari, dan apa bestnya jadikan pinggang mangkuk sebagai tatapan mata..

Lagipun bila aku di jemput makan, mereka guna pinggan yang biasa sahaja sebagai hidangan, dan pinggang mangkuk yang mahal kekal sebagai hidangan mata..

Jadi bila nak pakai pinggang mangkuk tu?

(Tanya aku sambil tambakan nasik dalam pinggan...)

Time kenduri pulak, aku nampak mereka pinjam pinggang plastik dari kelab kebajikan surau..,apa faedahnya simpan benda yang mahal tapi tak di gunakan?

(Tanya aku lagi sambil tambah lauk ikan patik masak tempoyak..)

Maka, oleh sebab aku rasa macam tak best tengok almari transparent yang ada set pinggang mangkuk kat dalam, maka aku cadangkan agar almari itu di kosongkan, dan korang gunakanlah pinggang mangkuk yang mahal lambung tak pecah, jatuh pecah itu sebagai harta yang mengelilingi kehidupan, barulah kemewahan itu mengalir dan dapat di nikmati bersama tetamu yang datang... namun hakikatnya, walaupun kamu makan gunakan pinggang emas, tapi nasi yang kamu makan berasal daripada padi yang sama.., cheh, bersalfasahlah pulak!

”Habis, tu Almari yang kosong nak isi apa?”

(tanya tuan rumah sedang biarkan nasi tambah tak di top up.., hampeh!.)

Wah! Bagus soalan ni, inilah soalan yang di tunggu-tunggu!

Apa lagi, isi set koleksi figura Transformerlah,. Heh! Melawaklah pulak!

Sebenarnya, ruang yang kosong dalam almari telus itu hendaklah di isi dengan BUKU itupun jika korang tak nak jadi mangkuk.. (aku sedang marah pada siapa ini? yang pasti bukan isteri aku..heh!)

Dan Pinggang Mangkuk tu jika sayang nak di gunakan, boleh simpan bawah katil dan sekali sekala boleh suluh dengan lampu tengok bagi melepaskan rindu, atau takut hilang..

Dan Almari yang kosong itu penuhilah dengan BUKU ILMU yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat...

FAHAM?!

Sesungguhnya, (ini satu lagi falsafah),

Resit beli pinggang mangkuk tak boleh claim apa-apa, tapi resit beli buku boleh tolak cukai LHDN yang akan ditutup pada 31 April ini..(cheh!, sempat pulak promote)

Apa-apapun, belilah buku dengan Ikhlas, kerana akhir zaman ini, Nabi dah tak ada, Ustaz Ulamakpun sibuk tak de masa nak ziarah kamu bagi nasihat, maka ketahuilah, bahawa ugama itu tidak masuk ikut pintu depan atau pintu belakang, juga tidak masuk ikut tingkap, tapi ugama akan masuk ke rumah kamu melalui BUKU-BUKU UGAMA yang di baca di rumah-rumah kamu..

Jadi berbalik kepada email di atas, masalah nak belajar ugama dari buku.., belajar sahajalah, TAK SALAHPUN!

Jangan kena tipu dek setan sebab nak baca buku mesti ada guru jika tak jadi sesat, maka kamupun tak mahu baca buku dengan alasan tak ada tuk guru dan takut jadi sesat, apa kes?

Moralnya adalah,, jangan baca buku yang susah kita nak faham, buku tajul muluk misalnya, cuba cari buku yang faham dan senang kamu baca, jangan cari buku jawi jika kamu pandai sikit sikit, atau baca buku kitab arab, dan baca sambil bukak kamus, tak payah, (kecuali kamu memang terer arab)

Baca sahaja buku bahasa Malaysia, ada banyak sekarang., tapi berhati
hati sebab ada penulis yang tak ihklas, (harap duit royalty dan salah
tafsir..., hanya Allah yang tahu)

MAKA, kesimpulanya adalah bila baca buku, Bab TAFSIR itu yang di larang, jadi sila beli Tafsir sekali, aku rasa setiap rumah orang islam kena ada buku TAFSIR AL QURAN, baca dan hayati.., baru tak salah tafsir..

Jika dulu satu rumah satu calculator, eh, silap.., satu rumah satu computer, sekarang kena buat satu rumah satu almari BUKU ugama siap dengan Tafsir, boleh?

Kenapa aku cakap tak boleh tafsir sesuka hati?

Sebab Al quran itu ada KONTEKS di sebalik TEKS, al quran itu turun berperingkat-peringkat, turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir kena tengok kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir produser Fitna ,Wilders berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka, Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir...”

[QS Muhammad 47:4]

Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik TEKS!!

Sebagai contoh jika korang bukak kitab BIBLE,

"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law; …

[Matthew 10:34-39]

Bila aku terbaca ayat ini, sekali fikir macam nampak Jesus nak rosakkan muka bumi ini, lalu aku terfikir secara positif iaitu pergaduhan ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum keluarga sendiri.., itu takde masalah,

TETAPI, boleh ke aku terus tafsir BIBLE berdasarkan ayat semata-mata dan buat pulak filem pendek paparkan babak ganas dan qoute ayat dia atas?
Tentu tak boleh!, sebagaimana mereka tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran kita, begitu jigaklah kita tak boleh TAFSIR suka hati kitab mereka...

Maka bila nak TAFSIR barulah betul korang kena berguru dengan guru yang Murshid atau BACA KITAB TAFSIR yang TERANG dan JELAS... yang juga di tulis oleh Ustaz Ulamak yang Murshid...

Cuma kadang kadang, dosa kita sehari-hari akan buat kita salah TAFSIR walaupun benda yang dah tulis tu betul..oh!

Akhir kata, sebagai kemudahan kamu bersama, Aku cadang kamu baca buku ini:-, (insyAllah semuanya jelas dan benar)
  1. Kitab Muktakhad Hadith, dalil 6 perkara karangan maulana Yusof.
  2. Kisah sahabat, jilid 1 hingga jilid 10, karangan maulana Yusof
  3. Fadhilat sedekah, jilid satu dan dua, karangan maulana Zakaria
  4. Fadhilat amal, (himpunan kitab kelebihan al quran, solat, zikit,
    dakwah) karangan maulana Zakaria.

Aku rasa kitab tu dah cukup kot.., baca 30 tahun pun belum tentu dapat amal semua yang di tulis.. oh!

Nak lebih lagi, cari suami yang rajin solat jemaah, rajin dengar
ceramah dan suka berdakwah., bila balik ambik pen dan kertas dan dengar ceramah dari suami, lepas tu hafal dan berdakwahlah pulak dengan Muhirm yang lain...

Boleh?

Tapi, jika kamu di takdirkan bermadu dengan orang yang macam aku, jangan terkejut kerana bawah katil bilik aku bukan ada pinggang arcoroc, arcopal, Corningware, milamin dan sebagainya, tapi ada berlambak buku komik Dragonball, GTO, One piece, Pedang Setiawan, Naroto, Hot Dog, Pendekar laut, Get Backers, Cowa, Kreko, dan juga ada majalah seperti Gila-Gila, Ujang, Galaxie, Gempak, Starz, dan apatah lagi..oh! oh!

Sekarang aku dah tak langgang semua tu, tapi kesan semangat masa muda-muda dulu, dah penuh jugak satu almari.., dan lebih banyak dari kitab ugama kat rumah aku..oh!

Jangan cerita kat orang ye?

(ummat menderita membuang masa...)

*****

Ps; Bagus jugak jadi penulis blog tak rasmi ini, yang mana setiap kali aku nak tulis entry, 4 jenis kitab kat atas akan selalu aku bukan dan belek, maka bertambahlah ilmu aku secara tak langsung… tak gitu? (cover linelah pulak) ..Cuma tinggal nak kena jaga niat…

29 comments:

Anonymous said...

yeha!

1st komen lagik!

Anonymous said...

ok.

sekarang aku nak bertanya wahai hamka si ahli syurga(amin)

mana nak dapatkan kitab2 yang anda syorkan itu?

aku sgt teruja.

dan aku masih single.

he he

Anonymous said...

Syok ahh kalo dpt berjiran ngn ko hamka, buleh ajak laki aku pi jemaah kat masjid...

Anonymous said...

along beli kitab fadhail.. eh silap! bkn beli, suh kawan beli.. along mintak je.. huhu.. kwn along beli kat masjid sri petaling

kwn along tu masih solat berjemaah sampai sekarang, tp subuh, maghrib ngan isyak jela.. sbb zohor ngan asar dia kat opis.. kira baekkk la tu.. tahniah utk kwn along!hehe

Anonymous said...

salam.

ada info terkini...

http://anakbestari.blogspot.com/

sailasaloma

Anonymous said...

Tuan,

Pembetulan

Pinggan bukan Pinggang

Pinggan = Sejenis alat untuk manusia meletakkan makanan

Pinggang = organ yg Allah swt cipta untuk manusia

hehe

p/s: besok pg aku g trengganu nk bwk keluarge aku jumpe keluarga bakal isteri aku..doa lah utk aku ek

dê Eskapis said...

salam..menyahut undangan bro untuk bagi komen.hehe.
hmm,blaja dr buku xde hal kalo basic ok.TAPI kalo blur2 tu bawak2 la muzakarah dgn yang lebih berpengalaman dalam arena keagamaan.Takut2 terbuat kesimpulan sendiri yang akhirnya membawa kepada sesat di jalan yang terang..cewah!berkias ibarat la pulak!heh
lagi satu.skang ni bnyk buku2 terjemahan tapi perlu berhati2 jugak (di sinilah letaknya keperluan muzakarah dgn yg arif) sbb berdasarkan pengalaman aku yang selalu gak baca kitab2 terjemahan-uhuk uhuk- tak jarang kedapatan salah terjemah yang berlaku.ini kerana antara faktornya adalah keunikan bahasa arab yang mengandungi pelbagai makna bagi satu2 perkataan. dan lagi..aiseh,mcm nk bceramah la pulak! sori bro!:)
so,aku rasa baik aku stop kt sini dulu la.salam.;>

hamka said...

Ansar @ Bungamelur

Zaman nabi pernah ada kes orang mati, maka sahabat kata beliau adalah ahli shurga, tapi Nabi cakap, anggapan kamu salah..

Dan ada kes bila orang mati, sahabat sangka mayat tu masuk neraka, tapi Nabi bersaksi orang itu ahli shurga..

Maka, doalah aku lagi dan lagi kerana aku belum confirm ahli shurga…oh!

Dan buku itu boleh di dapati dengan mudah jugak di pasaran, dan harga yang murah adalah kedai buku depan masjid sri petaling.., versi inglishpun ada. Versi arab ada, versi indo ada, versi urdupun ada…

InsyAllah..

--------------
jiji

Bilal yang dok azan tu dah ajak sebanarnya, aku nak ziarah sahaja sekali sekala..

-------------
Alongcute

Ini bukan along, ini nak tolong..
:)

-----------
Sailasaloma

InsyAllah.

----------
amr

aduh, salahlah pulak,
: )

Oh.. nok kawing ngang orang teranung, selamak makang ikang singgang dang ayang dalang pinggang ,

Kiring salang ke aziang mazuang sapuang..

-----------
Abu Muhammad

Ada cadangan buku yang membawa kepada sesat di jalan yang terang untuk di hindari?

Anonymous said...

salam.

ham lg satu buku sesuai gak
aku lupa the actual title book tu...
tp buku masturad ....

ko takde calon2 suami untuk si"penghantar email "tu ker...

bagus gak ...ade tempat mengadu dan beradu bahu....

kesian die....

mana tahu bertambah pekerja agama...

ko tak susah payah jumpe lagi dan lagi ...temukan jodoh nampak mcm bukan dlm item dakwah care nabi...tapi natijahnyeee... baik

macam susun selipar di tangga masjid takde pun dalam 12 usul...tp natijahnye 1 imam di kedah dpt hidayah ...

try tanye dia...kalo nak suami mcm mana...

pasal aritu "hembus angin dlm mulut" aku minta mahap ko terasa ...aku gurau2 je....

terlebih excited....

mgkn ade khabar gembire sgt2 aku dpt aritu...

aku pun dah beristeri dan anak dua (tp mcm nak sama ngan ko je...stp tahun 1 org anak...coz mcm ade tande2 yg ketiga)

pening wooooo....
tp nampak nusrah ALLAH bile bagi mase untk agameNye...

RON

Anonymous said...

tu cam kitab tabligh jek..

Anonymous said...

Alhamdulillah..
Kita sama2 berubah menjadi yang lebih baek..
Kiranya Cik Adek yg berumor 22 thn tue blajo lg la ye..
Apa kata ko join group usrah yg ada kat tempat blaja ko..?
InsyaAllah..
Salah satu cara membantu dalam proses memahami n mendalami agama.. =)

dê Eskapis said...

salam.
"Ada cadangan buku yang membawa kepada sesat di jalan yang terang untuk di hindari?"

hmm,susah nk bg jwpn umtuk soalan tu cz aku baca sume buku termasuklah jenis2 yang berlambak kat bawah katil bro hamka tu.haha.
cuma,kata 1 orang alim yang aku jumpa,hanya Kitab ALLAH saja yang xde keburukan @ kesalahan.

kitab2 yg lain sume ade baik buruk & kesalahan dlm die hatta kitab2 hadith pun ade yang dhaif dan palsu terselit.

ini hikmah yang ALLAH nk nyatakan bahawa Kitab DIA saja yg sempurna.

so, yang terbaik bagi kita-kata orang alim tu- adalah seperti kata alQuran;

"iaitu orang2 yg mendengarkan perkataan2,lalu mengikuti apa yang PALING BAIK di antaranya"-surah Az Zumar-

bacalah,dan tapislah dengan akal yang sihat beserta iman yang segar.

bleh bro? heh

Anonymous said...

kesian sedari tu, lepas berbulan-bulan baru di-reply mesejnya, hoho.

Kitab-kitab yang disyorkan bro hamka semuanya untuk ibadat khusus seperti solat, puasa, zikir, sedekah dan lain-lain. melainkan kitab muntakhab hadith yang membincangkan 6 sifat para sahabat dan kisah sahabat.
tapi diingatkan perlu juga membaca kitab-kitab yang lebih basic seperti kitab fardhu ain, cara-cara solat dan sebagainya. Salah basic maka salahlah semuanya. Jadi dalam kata lainnya, dalam beramal perlulah menuntut ilmu. Tapi lagi bagus tuntut ilmu dahulu sebelum beramal kerana bimbang tersesat.

Di sini saya yang dhoif ini juga mahu syorkan sedari tu cari kawan-kawan yang alim. Saya fikir kt mana-mana universiti mesti ada student yang alim, yang banyak ilmunya, dan yang boleh dijadikan sebagai tempat rujukan, terutamanya mereka-mereka yang biasa dengan usrah. Kena beranilah bertegur sapa. Kena ingat ilmu ini perlu dicari dan perlukan sedikit mujahadah.

Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menuntut ilmu dan beramal insyaAllah.

hamka said...

RON

Patutnya pengkomen di galakkan ada blog sendiri, atau lampirkan email sekali, senang orang yang serius nak berkenalan untuk cari jodoh..

Dan setakat ni, dah ada dua tiga pasangan yang bertemu jodoh melalui komen komen blog ini,

Dapat bunga telurlah aku, he he

------------
Sir Wan

Kitab tu di baca oleh 200 lebih Negara, dan di alih bahasa ke berpuluh-puluh bahasa, maka rasa macam ada keselarian dalam belajar ugama. Yang mana jika kamu berkesempatan menjadi “murtajim” dalam berdakwah (pengalih bahasa), maka senang nak faham cerita dari ummat islam berbahasa lain.., senang nak alih bahasa..

Lagipun aku tengok ustaz ulamak yang cermah hari ini, banyak guna hadith dan dalil dalam kitab tersebut, walaupun bukan ulamak tabligh..

Wallahu’lam.

-------------
AziRA

Masuk usrah, satu jer aku nak tegur, iaitu, jangan tafsir Al quran ikut kepala otak.

-------------
Abu Muhammad

Aku pula tahu ramai orang yang mati di jalan yang lurus tapi belum tentu masuk shurga..

Iatu mat rempit yang mati di jalan raya yang lurus..

Woha!

-------------
ainohikari

aku dah reply secara ringkas dalam email beliau, Cuma di panjangkan kat sini berbulan-bulan..

err, mungkin dah kahwin kot?

Walaubagainapun, kefahaman ugama akan datang melalui pengorbanan..

SpEkmATaKu said...

erm ku bace buku tue bess jek..xtau plak buku tu belongs kat mane2 grup..tabligh ker..pape ker..
yg penting isi dier..isi die ttp mengajak n memberi ilmu agama kat manusia..n mmg ulamak yg terkenal yg tulis buku nie..insyAllah beliau insan terpilih..xdpt menuntut dgn beliau menuntut ngn buku beliau pn jd la..

kpd saudari yg menulis email ni..selain buku..anda bleh jgk dgr ceramah agama yg sgt senang nk dwnload skrg..mcm dgr tazkirah kt msjd gak...cume kt dlm bilik he3..ku suggest ko dgr ust shamsuri puny ceramah..bess..dier guna kitab bahrul maazi..n tafsir quran..byk ilmu yg dpt ku pelajari alhamdulillah..jd addcted nk dgr :p..mtk2 mmp ku amalkan...

nie pn ader jgk ceramah dr ust azhar idrus tp die guna dialect ganu peka la nie website dier dwnload pn laju gak la...bleh try dgr,jus a suggestion :p...

http://ceramahmelayu.multiply.com/journal/item/7

azharjaafar said...

Kitab2 yang disenarai tu cuma untuk galakkan beramal sahaja (kitab fadail). Tapi untuk hukum-hakam memang kena berguru. Kitab hukum-hakam hanya rujukan/ulangkaji.

Cuma kena hati2 dengan guru2 yang fahaman selain ahlus-sunnah yang sekarang banyak tersebar.

Anonymous said...

Baek...
Akan ku ingat teguran itu..
Time kaseh..

Anonymous said...

salamun'alaik..
cerita pasal kitab ni, aku berkenalan dengan sorang penterjemah kitab berbangsa Kashmir yang selalu terjemah kitab bahasa urde ke english dan arab vice versa..dan skarang dia tengah menyiapkan satu buku bertajuk "Islamic Moral Compass" disamping terjemah kitab Al Qardawhi yang bertajuk "Gateway to Knowledge About Islam" dari bahasa arab ke english..(alhamdulillah..dapat la aku copy buku tulisan beliau yang terdahulu yang dia poskan kat aku dari Oman)

aku tak tau la masin mulut bro hamka punya doa ke, dia skarang alhamdulilah dah bertunang denagn aku..inshaAllah dalam proses settlekan dokumen nak bernikah di Malaysia..(tolong doakan agar urusan dipermudahkan ya..)

apapun bro hamka, terus terang aku cakap aku banayk belajar memuhasabah diri aku melalui penulisan kau...semoga kita semua bertemu di syurga firdaus tingkat lapan inshaAllah ;)

FEE AMANILLAH buat hamka dan family serta semua muslimin dan muslimat di seluruh dinia..allahumma ameen..:)

rossees said...

salaam..bagi pendapat saya..untuk mula2 berjinak dengan cara hidup Islam..kenali Allaah dahulu dengan berusaha untuk sentiasa mengenali-Nya.. dahulu saya pun setakat baca sahaja..tapi saya masih rasa macam biasa2 saja.. tapi selepas berjumpa kawan yang baik yang sentiasa mengingatkan saya tentang kehabatan Allaah..kasih sayang Allaah yang sangat sayang akan hamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu..aku semakin tertarik untuk mengenali Allaah..semakin aku kenal Allaah melalui sifat2Nya..aku jadi tenang, segala perintah-Nya tidak lagi aku persoalkan..dan aku merasakan hanya Allaah tempat untuk bergantung harap..dahulu aku bosan dengan bab agama, ustazah pun aku tak suke sangat sebab aku suke ponteng kelas dan dia suke berleter..tapi sekarang aku cinta Islam sebab aku cinta Allaah..susah untuk digambarkan..wassalaam

Anonymous said...

Kenapa saya suka rumah saya?....

hamka said...

SpEkmATaKu

Dan aku tambah dari email ada orang kirim..

My.mkkk.org.
Mesir start lepas subuh, waktu Malaysia 12 PM.

Ada pengajian tafsir dan hadith, sesuai untuk orang perempuan..

----------
Azharjaafar

Betul kena hati hati, sangat hati-hati…

----------
AziRA

Aku bukan marah tapi nasihat.
: )

----------
Nurzaiti

Dah nak kahwin, jika jodoh tak ke mana…
Dan wanita itu senang masuk shurga, taat suami dan Allah, maka terbuka pintu shurga..
Dan doa wanita soleh itu lebih makbul dari lelaki..

Maka, terima kasih doamu itu, teruskan doa, terutamanya waktu aku dah jadi mayat..
Amin ya robil alammin..

Ps: lepas n bolehlah suruh suami translete keremayat ke versi inglish pula, he he ,dan tajuk buku itu adalah, ‘the day of man salvation is today’! Boleh?

----------
…..

salaam..

bab pertama dalam kitab Mutakhab hadith itu, banyak cerita tentang tauhid…
insyAllah, sedikit sebanyak boleh membantu.

Orang yang menyangka ada musuh lain yang lebih hebat dari dirinya sendiri adalah orang yang belum mengenal dirinya, dan orang yang tidak mengenal dirinya tidak akan mengenal Allah..

Dan orang yang sangka ada pertolongan lain mendahului pertolongan Allah, maka confirm belum kenal dia akan Allah..

Wallahu’lam

---------------
JENAZAH

Sebab rumah saya dah bayar habis hutang bank, eh gurau, sebab rumah saya adalah pintu shurga.

Kata mayat orang soleh dalam kubur..

SpEkmATaKu said...

salam br hamka
dh try buka My.mkkk.org
xbley pon..
ker silap address??

hamka said...

aku dapat tu pun dari student al azhar, aku harap dia betulkan balik addres yang dia bagi kat aku, dia suruh sebarkan, dan teryata aku tak bukak lagi link tu sebab aku 'perasan sibuk..oh'.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rossees said...

kepada yang bagi email tu, rasanya boleh jugak pergi ke link bawah ini kalau nak baca2 cerita2 motivasi berunsur Islamik ala2 Chicken Soup. Cerita2 yang sangat menarik dan sering memuji Allaah..err..selamat mambaca..

http://wisdomthruwords.blogspot.com/

hamka said...

terima kasih

dr. said...

"", jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik TEKS!!""

Er,mcm mne nk ajak kawen ye?ak lelaki pemalu

hamka said...

malu nak buat benda baik ni namanya stress pada tempat yang salah.

ketahuilah, kita akan menyesal dengan apa yang kita malu nak buat (benda baik) bila dah tua kelak