Mar 26, 2008

Ummat yang bersalah ?

(Menyingkap kesalahan beberapa Ustaz dan Ulamak akhir zaman, juga menyingkap kesalahan Ummat akhir zaman, dan ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!)

Dalam sebuah Hadith, Nabi bersabda bahawa bukanlah termasuk dalam ummatnya akan orang-orang yang tidak memuliakan ULAMAK dan menghormati orang tua…

Maka, Entry ini bukanlah di tulis untuk menghina kamu wahai Ustaz dan Ulamak, Naduzubillah, aku hormat dengan ilmu ugama yang tersimpan dalam dada kamu, jika ada peluang, aku ingin berdamping dengan kamu, Cuma di akhir zaman ini, menjadi ustaz dan ulamak bukanlah sewenang yang telah kamu kerjakan.. errr, ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku…

Pendek cerita, Aku pernah berkunjung ke sebuah ofis seorang ulamak yang bertempat di penjuru sebuah masjid yang mana masjid itu adalah bercirikan pelancongan, hmmm, mewah.., ada internet, katil untuk berehat(iktikaf), ruang besar dan selesa.., aku juga di maklumkan bahawa kerajaan siap sediakan rumah besar sebagai kediaman Ustaz Ulamak, di tambah gaji serta elaun yang lumayan… hmmm, banyak nikmat dunia dan kemewahan yang telah melimpahi kehidupan Ustaz Ulamak akhir zaman, tak salahpun…

Dan aku dapat tahu jugak ustaz Ulamak apabila pergi berceramah setelah di jemput akan dapat duit poket yang agak lumayan, apabila di tanya dari segi hokum, maka ada ustaz ulamak yang berkata: “alahai, artis yang buat maksiat orang sanggup bayar ribu-ribu, apa salahnya perkara kebaikkan kita pakat-pakat bayar?, dapat pahala apa bantu Ustaz Ulamak bayar duit tol dan duit minyak..”

Aku tak nak komplen apa-apa bab ni, kamu Ustaz Ulamak lebih faham ugama dari aku..

Cuma begini, cerita pasal Maulidul Rasul baru baru ini, aku tengok setelah penat kamu semua berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang mulia, dan di hujung majlis akan kelihatan Ustaz dan Ulamak berceramah tentang Cinta kepada Nabi, tentang pentingnya ikut Sunnah Nabi, namun habis sahaja Maulidul Rasul, Susana menjadi kembali lesu, masjid masih lengang dan kosong, dan maksiat terus berlangsung di sini sana..

Lalu dalam ceramah-ceramah lanjutan kamu kelak, dan sebelum kamu wahai ustaz dan ulamak menghina maksiat yang di lakukan oleh ummat, menyalahkan ummat 100% yang bergelumang dalam dosa sebagai penyumbang keruntuhan ugama sedia ada, izinkan aku menegur akan dua kesilapan yang sering di lakukan oleh Ustaz dan Ulamak..

Errr, Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!, jangan nak melenting..

Dewasa ini.., ada dua perkara penting yang kamu semua kena buat wahai ustaz dan ulamak untuk selamatkan semua ummat islam apatah lagi dua perkara ini adalah termasuk dalam Sunnah Nabi Muhammad SAW yang besar!!

Straight to the point..
Pertama, dalam mana-mana ceramah kamu, tolong tekankan bab solat jemaah!! Tolong!!, Terang balik maksud fardu kifayah dan bukak kisah sahabat baginda SAW akan pendapat mereka tentang solat berjemaah.., hari ni ummat islam telah keliru kerana ada antara ustaz ulamak sendiri yang tak pergi solat berjemaah, lepas tu galakkan pulak solat di rumah bersama anak bini, tak ke hampeh?!! akhirnya masjid jadi kosong dan lengang..

Setelah Nabi nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah, dan setelah Nabi tak pernah solat berjemaah di rumah dan setelah Nabi dipapah ke masjid apabila sakit, apa lagi yang patut kita buat untuk kembalikan suasana ugama dalam kehidupan?

Solat berjemaah adalah termasuk antara Sunnah Nabi yang terbesar, maka tolonglah Ustaz dan Ulamak, tekankan perkara ini..

Dulu pernah Nik Aziz sentuh bab ini kepada ahli PAS, suruh semua penyokong PAS solat subuh macam solat jummat, dan tak lupa Pak Lah juga ada sebut tentang semua Menteri kena jadi Imam solat berjemaah, tapi mungkin sebab mereka sibuk dalam perjuangan masing-masing, mereka terpaksa skip benda benting ni dan banyak cakap hal politik tanah air, semua nak jaga kerusi, dan semua tahu sudah…, maka tolonglah Ustaz dan Ulamak panjangkan keinginan Nabi Muhammad SAW, keinginan Nik Aziz dan Pak Lah ini.., tolonglah..!

Aku dulu pernah masa muda pergi khusus kahwin yang buat betul betul kat masjid, sedang ustaz explain, azan asar berkumandang, aku yang nak belajar jadi lelaki beriman akhir zaman telah angkat tangan buat isyarat keluar, ustaz buat ‘donno’ dan teruskan lawak pengantin sampai 5 30 petang, tak ke hampeh??,

Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!..oh!

Lepas tu… Aku tengok hari ini ada macam-macam kolej islam, sekolah pondok, universti islam, Universiti Azhar lagi, madrasah lagi, dan setiap tahun ada beribu ribu ustaz dan ulamak graduate, tapi bila tiap kali azan berkumandang, masjid masih banyak yang kosong, mana pergi graduan islam yang ribu ribu tu??

Tak cukup itu, Ustaz ulamak buat forum, buat ceramah, buat debat perdana, buat laman so call islamic, buat blog, tapi bila tiap kali azan berkumandang, masjid masih banyak yang kosong, mana pergi peminat Ustaz dan Ulamak yang ribu ribu tu??

Tak payah aku bukak hadith quran, sebab kamu semua lagi terer dari aku.., tapi tolonglah.., betulkan kembali tanggapan ummat islam terhadap pentingnya solat berjemaah, semua tahu sudah, pada zaman Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA, bila sajer azan berkumandang, maka berbondong bondonglah penduduk Madinah datang ke masjid Nabawi..,

Solat jummat seminggu sekali takde beza dengan solat 5 waktu punya ramai yang datang ke masjid, malahan orang munafikpun datang ke masjid kecuali pada waktu solat subuh dan isyak.., mengikut riwayat lagi, para peniaga di Madinah akan terus tinggalkan kedai mereka dengan segera bila dengar azan..

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata ketika melihat kejadian para peniaga meninggalkan kedai-kedai mereka sebaik azan berkumandang:

“inilah orang yang Allah nyatakan tentang mereka dalam Al quran… orang yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari menyembah Allah”

Lalu membaca surah an-Nur ayat 37.


Hari ini, bila azan berkumandang, mana pergi peniaga peniaga yang berani tutup kedai mereka dan datang penuhkan masjid?, tidak jadi hinakah akan rumah Allah ini di pandangan mata mereka? Oh!

Dan kenapa ada ustaz ulamak yang tak datang solat berjemaah?

Tahukah kamu bahawa semua ahli badar adalah ahli masjid?
Lalu tidak pelik bukan, apabila mereka berterusan mendapat Nusrah Allah sehingga datangnya 1000 malaikat bantu mereka dalam perang Badar..

Dan tahukah kamu bahawa ahli parti kamu ada yang bukan ahli masjid?
Tahukkah kamu bahawa ada antara sahabat kamu yang sedang tunjuk perasaan itu bukan ahli masjid?

Tolonglah wahai ustaz dan ulamak.., tolonglah betulkan kembali akan pentingnya solat berjemaah ini kepada ummat islam!!!

Biarlah orang kapir sahaja tidak sedih melihat masjid kosong, kerana mereka adalah ahli neraka, kita pulak bukan kapir, kenapa tak sedih lihat masjid kosong???

Kenapa???

Baik, aku malas nak ulas lagi bab solat jemaah ni, kita pergi kepada perkara kedua..

Straight to the point..
Kamu semua ni aku tengok tak putus-putus ceramah di sini sana, baguslah, boleh dapat income lebih sikit, Cuma aku nak tegur sikit, Nabi SAW bukan kerja dia setakat nak bagi ceramah hari-hari, ada waktunya Nabi duduk bermusyuarat dengan sahabat tentang bagaimana nak majukan ugama, Nabi bagi kerja pada sahabat, ambik laporan dan baiki kerja.., dengan cara begini, ugama islam tersebar ke seluruh dunia..

Aku ulangi, Nabi Muhammadf SAW bukan kerja dia setakat nak bagi ceramah hari-hari, ada waktunya Nabi duduk bermusyuarat dengan sahabat tentang bagaimana nak majukan ugama, Nabi bagi kerja pada sahabat, ambik laporan dan baiki kerja.., dengan cara begini, ugama islam tersebar ke seluruh dunia sampailah ke Malaysia tempat tumpah darah ibumu ketika lahirkan kamu..

Namun, Hari ni kamu ceramah punya ceramah dah masuk 50 tahun merdeka, tapi ummat masih banyak yang tak berubah, orang muda makin jahat, orang tua makin perasan bagus, dan hidup memuji zaman dulu dulu.., padahal apalah salahnya seminggu sekali bila tiba time berceramah, cuba cakap kat orang kampong, hari ni saya bukan nak berceramah, saya nak bermusyarat dengan semua ahli surau tentang bagaimana nak majukan ugama, lalu bagi kerja pada orang kampong, ambik laporan dan baiki kerja mereka.., dengan cara begini, ugama islam akan tersebar ke seluruh dunia.. insyAllah..

Ini tidak! Ceramah ceramah, habis gitu jer.., tutup majlis bukak majlis, yang datang jadi perasan bagus, dan tujuan ceramah jadi hilang arah, para pendengar pergi kuliah just sebab ustaz tu best, lepas tu buat perbandingan, ustaz tu best dan ustaz tu tak best.., dan ceramah pulak jadi merepek serta buat lawak bodoh.., sampai tahap jemput penceramah perempuan pulak demi menambah daya tarikkan, dan ada yang guna slide power point dalam ceramah letak gambar gambar yang bukan-bukan, gambar artis dan maksiat mereka lalu kutuk dengan lawak perasan bagus, dan akhirnya yang seronoknya adalah para pendengar sebab kamu tak bagi mereka kerja, hari hari dengar ceramah, siap boleh tengok slide show yang menghiburkan, tapi kerja sebenar tak buat, nafsu akupun suka jika pergi kerja just dengar ceramah..!!

Ok!! Ye.. betul, kamu ada suruh para pendengar supaya bersolat, puasa, dan lain-lain, itu semua betulah tu, dan benda tu memang dah wajib orang islam buat, sekarang cuba bagi kerja kat peminat ceramah kamu supaya pergi berdakwah pada jiran-jiran yang tak datang, dan jangan biar mereka buat kerja sendiri, pantau mereka, ambik laporan, dan bentang ‘takazar’, jika ada silap, baiki kerja mereka,.. hari ni ummat islam yang terkesan dengan ceramah kamu pergi berdakwah suka hati mereka, pakai lagu, pakai blog, pakai otak, pakai logic, apa kes?! Di tambah takde ustaz ulamak nak pantau, terus syok sendiri dalam berdakwah…, yang bidaaah di sunnahkah, perasan masuk shurga.., kalau aku tegur terus naik syekh, tuduh aku ortodok dan tidak kool, ya! aku tidak cool, dan aku peduli apa?..

Bukankah dalam Quran ada surah Al syura, perintah Allah suruh ummat islam bermesyuarat, Nabi boleh di katakan hari-hari bermesyuarat dengan para sahabat baginda untuk kembangkan ugama, kamu pulak nak kembangkan ugama just bagi ceramah dan dengar ceramah? Just tayang slide show..?

Kerana itulah ummat islam mundur, tak tahu nak buat apa.. isk!!

Padahal untuk majukan dunia, kat opis hari-hari bos kita mesyurat dengan anak buah bagi kerja, ambik laporan dan pantau, tapi hari ini ustaz-ulamak nak majukan ugama, tapi tak fikir ke jika just bagi ceramah yang boleh buat orang nangis kira ugama boleh kembang ke? Reality dah depan mata.., duduklah mesyuarat dengan ahli jemaah masjid dan pakat pakat sambut takazar ugama.., insyAllah..

Si anu tak pernah ke masjid nak kena ziarah tanya khabar, si anu tu pulak baru masuk islam nak kena ajar ugama, si anu yang baru pindah nak kena ziarah, si anu yang duduk tepi rumah jiran dia baru kena sakit tak boleh berjalan nak kena minum air tawar, si anu di hujung simpang yang langung tak solat nak kena dekati mereka.., arghh, banyak sebenarnya kerja yang patut ummat islam buat, tapi tak buat sebab dah rasa bagus kerana sekali sekala dengar ceramah ugama, malam jummat baca Yassin, pergi solat jemaah magrib isyak, dan berarak sempena maulidul Rasul.. oh!

Semua tu tak salah, dan aku bukan nak suruh kamu stop aktiviti yang bagus itu, Alhamdulillah kamu ada, banyak sumbangan kepada yang terbuka hatinya, Cuma aku mintak tambah satu slot bermusyuarat dengan para pendengar dan bagi kerja kepada mereka yang telah berjaya kamu rangsangkan semangat jihad.., boleh?

Nabi Muhammad SAW dulu berdakwah hanya sekitar lembah Hijjaz, tapi berkat Nabi sediakan Ummat sebagai ‘pewaris Nabi’, iaitu bagi kerja dan baiki kerja mereka, maka ugama telah bergerak ke seluruh alam..

Ketika Nabi berdakwah selama 10 tahun di Mekkah dan di Mina, tak ramai yang ikut.., sehinggalah pada tahun ke 11 berdakwah, barulah ada beberapa orang dari Madinah yang sedia jadi pengikut Nabi, iaitu sekitar 4 ke 5 orang, lalu Nabi bagi mereka kerja dan mereka pulang ke Madinah buat Dakwah sehingga tahun berikutnya merka datang dengan jumlah 70 orang lebih, (perjanjian Bai’at lembah Aqqabah) lalu Nabi hantar seorang sahabat pulang bersama mereka ke Madinah sehinggalah apabila perintah Hijrah turun pada tahun berikutnya, maka seluruh penduduk Madinah telah hampir islam semuanya dan sedang bersedia sambut Nabi secara besar-besaran….

Sebenarnya, kerja Nabi bukan hanya di lidah, tapi juga di kaki…

Ok, baiklah ada sebahagian antara kamu bermusyuarat, terutama mereka yang ada parti so call Islamic, aku pernah hadir dalam mesyurat kamu, tapi aku tengok kenapa dalam menyuarat nak tegakkan islam kamu bermusyuarat cara yahudi?

Dalam mesyuarat guna kuasa majoriti, lepas tu potong cakap, hina cadangan kawan, tekankan kelebihan pandangan masing masing, bagi cadangan ikut masalah peribadi, bangkang cadangan dengan serang peribadi, dan bila cadangan di terima rasa bangga riak takkabbur, dan di tolak terus bengang gila!! Arghh malas aku nak ulas,

Bukankah Nabi ajar dalam mesyuarat biar Amir Zumindar buat keputusan dan dah tentu tak ikut majority,, tak boleh potong cakap, jangan hina cadangan kawan, jangan tekankan kelebihan pandangan masing masing kecuali di minta berbuat demikian, jangan bagi cadangan ikut masalah peribadi, dan bila cadangan di terima kena istigfar, takut jadi fitnah,dan jika cadangan di tolak kena ada rasa syukur kerana sudah menunaikan tanggujawab dalam memberi cadangan dan redho dengan keputusan Amir, Arghh malas aku nak ulas, kamu semua dah tahu!!

Kesimpulannya dalam masalah ummat islam hari ini adalah pertama tak jaga solat jemaah, kedua tak bermusyuarat dengan cara yang betul untuk tegakkan ugama dan ummat terbiar dalam menegakkan ugama, tiada kerja dan pantauan di buat.., maka lahirlah perpecahan demi perpecahan dan lahirlah bidaah demi bidaah.. oh!

Sesungguhnya, solat itu mencegah mungkar dan mesyurat itu akn buat orang islam tidak menyesal, demikian mengikut hadith.., akupun nak belajar sama..

Sesungguhnya, Berjuang ‘menegakkan islam’ dengan mengundi 5 tahun sekali sudah berlalu, lagi 5 tahunlah pulak, yang tiap-tiap hari berjuang menentang nafsu dalam menunaikan solat berjemaah 5 waktu itu yang utama, ustaz ulamak kena bantu sama.. tolong!!!

Sesungguhnya yang merosakkan ugama Nabi-Nabi terdahulu bukanlah ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama terdahulu adalah ahli kitab yang mengubah makna kitab..

Yang merosakkan ugama kritian bukan ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama kristian adalah ahli kitab mereka…

Maka wahai ustaz dan ulamak yang ku kasihi, janganlah rosakkan ugama islam ini demi nama baik pewaris Nabi Muhammad SAW!!!!

La I-La Ha-ILLALLAH!!

Ps: Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!, harap maklum…

***********

Tambahan:-
Ok, dah ada dua kesilapan Ustaz Ulamak kat tempat aku, sekarang aku tulis pulak akan kesalahan Ummat, baik kat tempat aku dan tempat anda semua, dan aku letak diri aku dan dalam katogori ini..

Sebagai Ummat, kesalahanya bukan ada dua, tapi ada..,

Kejap.., aku sedang kira..

Hmmm, banyaknya..

Hmm, banyaklah pulak..

Oh! Banyak sekali.

Arghhhh!!!

Aku tulis lain kalilah ye?!

Bye!

27 comments:

Along Tapa said...

Assalamualaikum bro.

setuju2.begitulah keadaan ummat di akhir zaman.kebanyakan penceramah mengaku diri sebagai ulama' tanpa tau betapa payahnya nak mendapat title tu.ummat pada zaman nabi bersusah,separuh mati(maaf, masa tu tkde kereta mayat lagi),di hujah,diseksa dan macam2 lagi baru digelar sebagai ummat muhammad.n lepas lalu lagi kesusahan dan huja2 tu,belajar agama sampai ke akar umbi,faham betul2 apa itu Islam baru digelar Ulama'.orang cemni la baru kita gelar sebagai pewaris nabi.'Ulama'' skrg?baru pandai cakap,bljr dari buku nta apa2,kluar dari Al-Azhar,n kefahaman agama masih empang-empang alang bak kata org2 tua, dah mengaku sbg ulama'.tak segan ke besok kalu ditanya nabi kat akhirat,'knp ko mengubah agama aku dan menipu umatku sbg pewaris aku?'.begitu bimbang aku jika perkara ni terjadi pada saudara2 seIslam aku.T_T

hamka said...

Wah, cepatnya komen, tak sampai 10 minit aku post dah habis baca?

apa-apapun, kewajipan kita adalah memuliakan Ulamak...

dan aku lebih tumpukan entry ini kepada Ustaz yang aku kenal. iaitu abang aku di KL, adik aku di azhar, bapak saudara aku merankap iman besar di sebuah masjid pelangcongan di terengganu, kawan dan rakan ustaz yang lain..

semoga kita sama-sama dapat belajar..

azharjaafar said...

Nak cerita sikit;

Sabtu lepas, hantar anak lelaki aku yang darjah 6 pergi rumah ustazahnya (sekolah agama) jam 12.30tgh sebab ada latihan nasyid.

Pukul 3.30ptg anak aku telepon & minta jemput dia balik. Bila aku tanya anak aku, ternyata dia belum solat zohor sedangkan rumah ustazah tu mengadap surau. Aku pun angin la satu badan.

Nak marah ustazah, dia bukan mahram aku. Tapi aku cadang kat anak aku, lain kali suruh ustazah bawak lagu 'Sepohon Kayu'.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

(Sikit out of topik..)

Dok pikir macamane nk berjaya start dari saat ni sampai bila2 (hari akhirat...

Sape menjaga solahnya, Allah SWT bagi
1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Dihindarkan daripada azab kubur.
3. Menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4. Akan melintasi titian sirat sepantas kilat.
5. Akan memasuki syurga tanpa hisab.

(Rujuk Kitab Fadhail Amal, bab Fadhilat Solah, page 43)

hmm...sape taknak kelebihan-kelebihan di atas sila angkat tangan..!

Dan jugak kene ajak org lain ke arah solat..

Kalau iman lemah, agak-agak dapat pergi tak sembahyang berjemaah?

Hmm..

Cakap banyak tak guna. Tindakan kene ambil =)

Anonymous said...

kat tempat kita, ustaz ngan ustaz pun leh gado. oh...

Anonymous said...

Salam brader. Kat sini pun blh bmesyuarat gak. Cukup korum nih. Woha (ΓΌ)

Anonymous said...

(bercekak pinggang pastu kasi pandangan membunuh sampai die bangun solat) HATI: haii!!! tk dengo ke laptop aku tu da azan..??? (tkde masjid+tv, laptop pon jadi) hoho. haihhh!!! ingatan utk feerhan juge.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tun teja said...

salam bro hamka
tun yg serba jahil ni bgtahu,
sebelum tun jumpa blog ni, tun taktahu pun betapa pentingnya solat jemaah di masjid.. sampai nabi nk bakar umah sape tak gi. sebab tak penah lak tun dgr ceramah atau ustazah zaman skolah suh gi masjid.
selama ni tun dok ingat..janji jaga solat je.

terima kasih bebanyak.

SpEkmATaKu said...

bgs la entry kali nie...
sgt..sgt..sgt bgs...
kdg2 benda2 yg nampak remeh
d mata umum nie la ustz2 yg
bg ceramah terlps pndg nk igtkn..

solat mesti jemaah for men..
sgt2 n amat2 la di tuntut..
ust ku pernah berkata dahulu..
zaman rasullullah sape yg terlepas..
solat jemaah..kwn2 dier akan ucap
takziah [igt time mati je ke org ucpkn huhuhu]
sampai la 7 hari berturut2...
[klu xsilap,igt2 lupe,sila btolkn klu clap hehhee]

menunjukkan betapa malangny
org y tertinggal solat jemaah ni
sapa sume kengkwn dier ucap
takziah ishk..ishk..

betapa besar ny solat jemaah
di mata Allah...
berusaha la sket2...
lame2 jd bukit...

hamka said...

azharjaafar

Mungkin Ustazah itu datang Haid, dan anggap budak budak itu belum baligh, tapi sepatutnya, budak budak umur 10 tahun dah kena rotan jika tak solat atau jika sengaja solat lengah-lengah.., tapi zaman sekarang kena saman pulak bila rotan..

Heh!

Tukar Ustazah tu!! (baca dengan gaya pembakang menjerit nak tukar kerajaan)

---------
bakalmayat

Walakimusallam..

Terimalah pantun..

Kalau tuan malas solat,
Masuk kubur kena azab,
Kalau tuan rajin solat,
Masuk kubur azab di angkat,

Hidup pula rezeki berkat,
Mati pula membawa rahmat,
Amal bauk semua tercatat.
Tangan kanan terima kitab,

Akhirsekali dah tersurat
Titi sirat sepantas kilat.
Masuk shurga tanpa hisab.
Tak ke banyak fadhilat solat?

Chewah!

-------------
Zufi

Mesyurat kat sini tak kena dengan sunnah, aku tak tahu ehwal kampong kau, dan kau tak tahu ehwal kampong aku..

Dah!, pergi balik mesyuarat dengan Ustaz ulamak kat kampong masing-masing!

----------
feerhan

aku patut letak warning pada orang yang baca blog aku:

“Siapa belum solat lagi, di larang baca blog ini”

Boleh gitu?

-----------
tun teja

teruskan berdoa:

Ya Allah, jadikanlah aku sebagai ASBAB hidayat..

Amin.

-------------
SpEkmATaKu

Ada baca kisah dalam kitab mereka yang menangis bile tertinggal solat jemaah, lalu bergabung selama 7 hari di masjid, dan jika tertinggal takbir pertama, ada yang bergabung 3 hari..

Oh, aku kadang kadang (banyak sekali) tertinggal takbir pertama..oh!

Pernah jugak dalam hayat ini, tertinggal solat subuh berjemaah pun ada gak!.., tidur yang lena di ulit setan..oh!

Doa aku!!

hamka said...

tetinggal pulak blog menjerit..

kita doa semoga mereka tak bergaduh, nak berbeza pendapat takpe.., tapi jangan gadih.

insyAllah

Anonymous said...

Betul tu...kalau masjid dan surau penuh macam perarakan BERSIH hari tu..Ma Sya Allah..

Inilah yg dikatakan hidayat..Nabi punya lah marah sampai nak bakar rumah org yg solat dirumah pun ..masih x faham..Mintak maaf Hamka, aku promote blog..

http://tokayahmotivasi.blogspot.com/

Anonymous said...

er nak komen tapi dah azan pulak. solat la dulu ye pakcik.

Anonymous said...

nak dengar tak perkataan yang muncul dari mulut orang islam sendiri???.."ai patutla lambat rupenye solat jemaah(dalam nada marah)berlaku kat johor weh

rossees said...

betul..betul..betul..
semua ustaz dan ustazah di malaysia perlu ada sesi berkumpul untuk saling memperbetul.. ye la ada yang okay ada yang x okay..untuk kemuliaan Islam jugak..bagus lah kalau Hamka perfect jemaah 5 kali sehari..masya'Allah

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Kita sama sama belajar, akupun kena niat belajar..

semoga Allah mudahkan..

Anonymous said...

salam tun...solat jemaah kat masjid tu lebih sesuai utk org lelaki. pompuan kabonya lebih sesuai solat di rumah, di penjuru bilik yang gelap...kecuali solat sunat raya. saya suka port masjid gak dan heran bila dengar ustaz saya komen gitu. katanya kadang pompuan gi masjid lagi byk dosa sbb tak tutup aurat(slalu tak pakai stokin huhu). meh kita tanya brader hamka dan brader azharjaafar punya pandangan.

Anonymous said...

sir wan semakin risau, takut dan kurang aura apabila akhir2 zaman ini masjid menyerupai gereja yg hanya ramai tikamana 1hari tertentu...(jumaat..)

ayuh ramaikan jemaah masjid!

hamka said...

tokayahmotivasi.blogspot.com

baguslah tu...
: )

------------------------
maryam abu ahmad

azan maghrib?.. sesungguhnya, antara dua waktu solat, kita akan jadi mayat...

--------------
alshadid

oh!

---------------
....

aku belum perfect, kata orang alim, berhati hati dalam niat ketika 'berdakwah' tentang apa yang kamu sudah buat, kerana syaitan akan masuk melalui jalan riak, dan banyakkan 'berdakwah' ap yang kamu belum buat, mudah-mudahan, tuhan memberi kekuatan untuk istiqamah buat.., wallau'lam..

------------
zufi

aku tiada pandangan bab ini, bab solat jemaah Nabi tekankan untuk lelaki sahaja, perempuan memang afdal solat di rumah.

-----------
Sir Wan

ramai ketika tsunami?
doakan aku!

Anonymous said...

A'kum Bro Hamka

Ada suara kat telinga dok berbisik bagi nasihat kat aku...

a) Buat yang 5 dan percaya yang 6....

b) Aku adalah aku...engkau adalah Aku...

Tolong explain sikit...apa maksudnya?

-Bercakap dgn JIN-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bagus entri ini, alhamdulillah.

Cuma bagi saya, tiada salahnya mengikut keputusan majoriti dalam mesyuarat itu dan ia bergantung pada amir mesyuarat juga. Mahu tahu lebih detail lagi bagus muzakarah dengan orang alim sendiri.

Salah satu contoh yang boleh kita ambil ialah cara pelantikan khalifah di zaman sahabat ar-rashidin. Sebelum wafatnya saidina umar al-khattab r.a. beliau telah menyenaraikan beberapa nama sahabat untuk dipilih sebagai penggantinya sebagai khalifah dan KEBANYAKAN sahabat memilih saidina uthman al-affan r.a.

Maka di sini kita boleh lihat ada digunakan sistem keputusan majoriti.

Jika tidak, soalan-soalan berikut akan timbul.
1. Adakah mereka(sahabat-sahabat) buat mesyuarat dan hanya amir tetapkan keputusan ?

2. Siapa amir mesyuarat sedangkan khalifah sudah tiada (saidina wafat) ?

...
Saya tulis apa yang saya tahu, jika ada salah sama-sama perbetulkan. Bab yang lain terutamanya utamakan solat berjemaah amat-amatlah saya setuju dengan bro hamka. InsyaAllah sama-sama kita istiqamah dalam beramal.

hamka said...

-Bercakap dgn JIN-

a) Buat rukun islam dan percaya yang rukun iman, juga buat 5 amal dan dakwah sekitar 6 perkara. Boleh?

b) Aku adalah aku... nyanyi lagu yang rindu, lemah langkahku mengejarmu (lirik lagu misteri mimpi syakila) kau nak Tanya pasal nafsu bukan?, beriba tahun dalam neraka masih kau adalah kau, aku adalah aku, tapi Allah dah tetapkan akhir zaman, di mana nafsu jika duduk masjid selama 40 hari, maka akan berkata, kaulah Allah, aku hambamu yang lemah..,

----------
ainohikari

maksud keputusan majoriti yang salah adalah apabila keputusan itu bertentangan dengan al quran dan hadith, (ini berlaku dalam demokrasi,)jika keputusan itu selari dengan Allah, majoritipun betul, minoritipun betul..

keputusan majoriti dalam memilih saidina usman dan saidina ali takde masalah, sebab calonnya di tentukan oleh saidina umar, tapi jika calonya dipilih rakyat, tentu timbul masalah bukan?. Orang gay pun boleh jadi pemimpin..oh!

1. Adakah mereka(sahabat-sahabat) buat mesyuarat dan hanya amir tetapkan keputusan ?
Ya, hanya amit buat keputusan, mereka bagi pendapat sahaja.

2. Siapa amir mesyuarat sedangkan khalifah sudah tiada (saidina wafat) ?
Syura boleh jadi amir mesyuarat.

cah said...

salam..
mmg btul tu..
tapi sama-sama la kita insaf menginsafi.
jgn la nampak kesalahan org lain jer..

hamka said...

nanti aku tulis bab kesalahan 'aku'

oh!