Mar 22, 2007

Bagaimana menjadi pemimpin?

( 5 langkah untuk menjadi seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., yang baik)

A long time ago, Seorang dari parti X datang padaku dengan riang gembiranya dek kerana partinya telah menang pilihan raya..

Kita dah menang, kita dah menang..!!!

Jerit beliau menzahirkan kegembiraan.

Aku kata: (kita?) Tahniah kerana dah menang, sekarang apa yang kau nak buat?

Dia lantas menjawab: Kami akan memerintah..!!!

Aku pulak bertanya: Nak perintah macam mana?

Dia lalu berkata: Perintah macam kami nak perintahlah..

Aku terus bertanya: Apa yang kau nak perintahkan?

Dia kata: perintah cara islam, mula mula kami akan hapuskan tol, lepas tu hapuskan cukai pintu, lepas tu kami akan islamkan system barat, islamkan bank, islamkan kreadit card, islamkan astro, islamkan rap, rock, pop, kami akan islamkan zoo, islamkan konsert, islamkan jomheboh islamkan rancangan TV bla bla bla ..

Aku yang jahil ugama ketika itu berkata: Semoga Allah redha kepadamu dan selamat berjaya…

5 tahun kemudian, parti X tu telah kalah balik dalam pilihan raya dan aku berkesempatan bertemu dengannya, tiada kata-kata di bibirnya, diam seratus bahasa.

Aku bertanya dengan sopan: Di mana silapnya pemerintahan kamu, sehingga rakyat berpaling tadah?

Dia menjawab dengan nada marah: Kami tidak silap!, kami tak pernah silap!, nyatanya kami telah di tipu, mereka beli pengundi hantu, mereka rasuah SPR, SRP, PMR, , bla bla bla…( biarkan mereka merepek..)

Itu adalah sebuah cerita sedih seorang pengikut setia parti X…, bagi aku sikap menyalahkan orang lain dan sentiasa menunding jari atau perasan bagus adalah TIDAK layak menjadi pemimpin, tak layak sama sekali!!!

Hampir 5 tahun kemudian, iaitu hari ini, aku dengan gigihnya menulis sebuah entry berbentuk nasihat percuma yang aku tujukan khas kepada mereka yang sedang memimpin, atau yang baru nak jadi pemimpin, atau kepada yang baru berjinak jinak dengan dunia pucuk pempinan dan mungkin kepada mereka yang sedang bertunas kepimpinanya dan tak lupa kepada korang yang sedang mengukuhkan cita cita nak jadi pemimpin yang cermelang, gemilang dan terbilang…

Maka hari ini, jika korang tak sibuk dan free luar biasa, jemputlah mendengarkan kata kata dari encik keretamayat ini akan bagaimanakah caranya yang paling berkesan jika nak jadi seorang pemimpin yang berjaya, tak kira ler korang seorang Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Kampong, Pengurus Kilang, Manager Bank, pengarah syarikat, penerbit filem, supervisor, pengsyarah, ketua kerani, atau seorang ketua keluarga, malahan ketua pengakappun boleh.., marilah belajar bersama dengan aku seorang insan kecil yang telah buat kajian daripada sejarah akan bagaimanah CARA CARA MENJADI PEMIMPIN YANG CERMALANG, GEMILANG DAN TERBILANG. (insyaAllah)

(Kena baca dengan nada patriotic, baru terasa aura dia..he he he)

Maka tuan tuan dan sidang hadirin sekalian, straight to the point, maka aku telah dapati bahawa ada 5 cara yang boleh korang amalkan untuk menjadi pemimpin yang sejati yang akan di laksanakan di bawah sistem pentadbiran korang, yang mana jika korang seorang Menteri dan amalkan 5 langkah ini maka insyAllah Negara akan Cermelang, jika korang seorang Pengurus, insyAllah Syarikat akan maju, jika korang seorang Pengetua, insyAllah Sekolah akan berketrampilan dan kampong akan berjaya, kampong korang akan ada jentera dan kereta proton saga, tak lupa juga jika korang seorang ayah, insyAllah keluarga pulak akan bahagia, maka wahai seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri, kalau korang betul betul nak jadi pemimpin yang sejati kena sabar baca entry yang agak merepek dan lintang pukang tapi ada sinar bahagia di dalamnya, woha!!


Langkah Pertama menjadi seorang pemimpin yang cemerlang

Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan bahawa, pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak;..

Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang di pikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa aku kat akhirat kelak?.”

Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan utnuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil menuip bara api, “aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi aku telah lihat mereka manangis, sekarang aku lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

OK, tamat cerita itu kat situ, itu hanyalah sebuah episode “bersamamu” yang mana si miskin di temui oleh pemimpin dan di bantu juga oleh pemimpin.., ada riwayat menyatakan jika jiran kita lapar dan kita sengaja membiarkan jiran kita lapar, maka kita akan berdosa dan akan di azab oleh Allah kerana sengaja pentingkan diri sendiri..

Dan seorang pemimpin yang ada Baitul Mal, atau DANA bantuan kemiskinan, sangat perlu MENUNAIKAH HAK orang miskin terutama rakyat jelata yang berada di bawah jajahan perintahnya,
Seorang ayah yang sengaja tak ambil peduli kelaparan anak isteri akan di azab oleh Allah..
Seorang manager yang sengaja tak ambil peduli kelaparan pekerjanya akan di azab oleh Allah..
Seorang cikgu yang sengaja tak ambil peduli kelaparan pelajarnya akan di azab oleh Allah..
Seorang Perdana Menteri yang sengaja tak ambil peduli kelaparan rakyatnya akan di azab oleh Allah..

Tak kan lah nak tunggu tv3 terbit rangcangan ‘bersamamu’ baru nak perihatin, , bukankah yang lapar itu berada di bawah jajahan Menteri besar masing masing? Sedangkan orang yang bukan pemimpin seperti aku pun Nabi wajibkan supaya prihatin terhadap 40 jiran kiri kanan, apatah lagi pemimpin?? Kemiskinan tak boleh di hapuskan melalui kemajuan, semakin maju Negara itu semakin besar jurang dan kasta, tapi kemiskinan boleh di hapuskan bila Pemimpin tunaikah HAK kemiskinan, dan di Bantu oleh rakyat yang mampu sama..InsyAllah.

Pesan kat aku dan korang:
Tahukah korang? Apabila korang mampu beli DVD RM 10, mampu beli gadget itu ini, mampu beli pasu bunga dan lain lain, maka ketahuilah, at the same time, ada orang yang sedang lapar kebulur tak makan, bukankah itu tandanya wajib kita bayar zakat?

Dan tugas pemimpinlah untuk agihkan ZAKAT, dan tugas rakyatlah untuk Bantu Pemimpin membantu rakyat yang miskin, ok, check jiran kita sekarang, adakah mereka sedang berlapar?

Chek anak bini kita, pekerja kita, pelajar kita dan rakyat kita, adakah mereka sedang berlapar?

Bab makan jangan main main, bila masuk bab cari makan, anak akan sanggup abaikan mak bapak, anak murid membenci cikgu, pekerja tunjuk perasan dan rakyat memberontak..

Tahniah kepada majikan yang sediakan elaun makan, atau makan tengahhari percuma (kilang aku dulu) atau bagi kupon, dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat TIDAK LAPAR dan juga satu lagi perkara yang amat penting, dalam bab makan-makan adalah HALAL..
Pemimpin kena sangat pastikan rakyat mereka mendapat bekalan makanan yang HALAL..
Sangat perlu.., kerana bila makanan haram, doa tak makbul, ummat menderita dan takut bila jadi mayat kelak masuk neraka..naduzubillah.

So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab makan-makan ni, boleh insyAllah?


Langkah kedua menjadi seorang pemimpin yang gemilang

Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah keewangan..

Saidinar Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy..

Ok, aku tak payah cerita detail, Cuma aku nak cerita akan kecirian pemimpin yang ke dua iaitu:

MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!!!

Mesti menyediakan bantuan perubatan tak kira walau di mana rakyat berada..

Dan aku puji sedikit dengan system perubatan di Malaysia kerana di laporkan, Malaysia adalah antara Negara yang sangat murah kos perubatanya iaitu hanya RM satu!!!, bini aku beranak baru-baru ni kena cas RM 4 sejer, Cuma bila ada special kes melibatkan sakit yang menelan kos yang besar seperti barah, jantung berlubang dan sebagainya, dana untuk perubatan tersebut agak lembab untuk di agihkan dan macam dah jadi budaya iaitu pesakit kena glamer dulu, nak kena masuk akbar, TV, radio, bersamamu, baru lah sama sama pakat bantu…, nampaknya kena tambah TV 10 khas untuk special kes..oh!

Tahniah kepada majikan yang sediakan klinik di tempat kerja, atau kotak first aid atau sediakan klinik panel, dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat mendapat SAFETY FIRST!!

Safety first adalah sunnah nabi SAW..

So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab kesihatan ni, boleh insyAllah?

Nota untuk adik adik kita yang sedang belajar: Malaysia kekurangan doctor yang agak serius, terutamanya doctor hati nurani…, selamat belajar!!


Langkah ketiga menjadi seorang pemimpin yang terbilang

Hanzalah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamnay tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada hanzalah r.a iatu: Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Hanzalah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.

Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!!!

Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak
MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!!!
So, jika korang seorang Ketua Menteri, korang kena pastikan wakil rakyat korang tak miss solat berjemaah, kalau tak rosak rakyat nanti..huh! ada benarnya Wakil rakyat yang tak datang solat jemaah mungkin tertidur kerana sibuk bertahajud…, so pemimpin kena pastikan betul ke solat tahajjud atau benda lain?, kena check.., ini tugas pemimpin, dan saidina Umar sendiri tidak teragak agak untuk memecat Wakil Rakyat beliau bila ada rakyat mengadu, malahan beliau pernah memecat ketua perang dalam medan pertempuran. (rujuk sejarah)
Dan yang kena pecat relaks sajer, takdelah nak tunjuk perasaan nak bantah ke apa walaupun zaman tu takde ISA, sebab diorang bertugas kerana Allah, dan sangat takut dengan soalan tentang pucuk pimpinan di akhirat kelak, maka bila di pecat, ok lah tu..

Bila ada orang munafik yang suruh panglima perang yang di licutkan jawatan ini buat bantahan, maka kata panglima perang, aku bekerja kerana Allah, bukan kerana Umar. Dan aku akan taat perintah pemimpin kerana itu adalah perintah dari Allah supaya taat kepada pemimpin… (rujuk sejarah)

Kreadit untuk Pak Lah di awal pemerintahan dulu bila menggalakkan Menteri Besarnya menjadi Iman di masjid, tapi dah lama tak follow up, apa cerita?, atau aku yang terlepas cerita menarik ini kerana perasan sibuk ..oh!

Tahniah kepada majikan dan sekolah yang sediakan tempat bersolat dan menggalakan pekerjanya bersolat jemaah (kat tempat aku kerja ler ni), dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat dan Wakli rakyat bersolat jemaah..

Kempen TAK NAK tinggal solat jemaah boleh juga di buat..

So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab solat berjemaah ni, boleh insyAllah?


Langkah keempat menjadi seorang pemimpin yang bergemerlapan

Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat ziarah dari pintu ke pintu, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih, memberahikan dan ada unsur kelucahan yang melampau, wanita itu sedang bersyair lebih kurang maksud, “jika suami ku ada, maka akan meriahlah katil ini dengan macam macam bunyi”,- wah wah wah!!
Maka Saidina Umar RA telah hantar anak perempuannya untuk ziarah wanita tadi dan tanya apakan problem sebenar dia? Lain macam jer bunyi nya..Rupa-rupanya wanita itu sedang ketagih seks kerana suaminya sedang berjihad di jalan Allah dah lama sangat, tapi masih tak pulang-pulang, lalu bertanyalah umar RA kepada anaknya, akan berapa lamakah kadar seorang perempuan beriman boleh tahan tak bersetubuh?Anaknya malu malu angkat empat jari..

Empat minit?
Empat hari?
Empat minggu?

Akhirnya dengan malu malu perempuan, anaknya bagitahu :

Paling lamapun wanita beriman boleh tahan tak bersetubuh adalah 4 bulan…

Maka bila muayarat di buat akhirnya saidina UMAR RA keluarkan perintah bahawa semua pendakwah islam dan pejuang islam kena balik ‘bayar bil air’ jika dah keluar lebih dari 4 bulan, tapi jika isteri dia tak kesah, jenis bertaqwa, lantaklah, kerana ada isteri yang faham bahawa jika suami pulang dia sorang jer dapat manafaat, tapi jika suami keluar berdakwah, maka ribu ribu ummat akan mendapat menafaat, kerana itulah isteri-isteri sahabat RA rela suaminya tak balik terus (syahid) kerana Allah lantaran si isteri faham benar darjat bagi seorang isteri syuhada di akhirat kelak …

So untuk kita semua, jangan tinggalkan isteri lebih dari 4 bulan , kecuali isteri korang iman macam Khatijah RA yang nabi selalu tunggalkan dia ketika bermunajat di gua hiraq, macam juga Hajar isteri nabi ibrahim a.s, 10 tahun kena tinggal kat mekkah, selamba jer, juga macam isteri nabi musa a.s yang kena tinggal di kaki bukit tursina dan pendek kata, macam semua isteri ambiyak dan sahabat r.a… wallahu’lam

Sebab tu lah (kot), orang tablih keluar jalan Allah 4 bulan…, (kot.., aku tak tahu) dan kalau korang perasan, ingat tak masa lepas akad nikah dulu kadi suruh baca cerai lafaz ta’liq iaitu:
“Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama EMPAT BULAN Hijrah berturut-turut,atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil sayatidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu’[Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]

Moral cerita ini adalah SETIAP PEMIMPIN kena sangat tunaikah HAK wanita.., jika suami askar bertugas di sempadan, 4 bulan cukuplah, biarlah suami mereka yang telah meleleh air kepala pulang ke tanah air bayar bil air.., begitu jugak suami isteri yang duduk berjauhan kerana tugas, seorang kat perils, seorang kat sabah, elok sangatlah tu macam lagu, “dari perils sampailah ke sabah, kita sudah berjaya”.., berjaya apanya, nak mintak tukar posting, banyak sangat ragamnya, itulah inilah, ini HAK wanita, kesian mereka, Pemimpin kena ambik tanggung jawab sama..

Ada yang baru kahwin dah kena BTN 4 bulan, tak ke haru?

Itu baru bab seks, masalah lain para wanita adalah komitmen, nak kena masak, nak kena menyusu, so jika korang seorang bos maka korang kenalah bertolak angsur dengan pekerja wanita, bagi balik awal sikit, bagi cuti bersalin lama-lama, buat pusat asuhan kat pejabat, dan nak tak nak kerajaan kena campur tangan bagi perlindungan untuk wanita, kalau boleh kerja yang lelaki boleh buat, wanita tak payahlah buat, makin ramai lelaki yang menganggur nanti, susah nak cari bini, balik balik perempuan jugak yang susah, terpaksa jadi anak dara tua, dan bila permpuan tu berkerja, maka pemimpin kena pastikan hak aurat dia(bertudung), hak solat dia (awal waktu) dan hak akhlak dia (pergaulan) di jaga rapi, kerajaan kena main peranan, kena sangat..!!

Panjang bila nak hurai bab tentang hak wanita ni, terutanya wanita muslim, lain kali ada masa dan izin Allah aku sambung..

So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab HAK wanita, boleh insyAllah?


Langkah kelima menjadi seorang pemimpin yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang..

Satu cerita last tentang Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!

Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?

So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…

Jika korang lihat sejarah tamadun manusia, sebagai contoh dalam pembinaan tembok besar cina, tiada seorang Nabipun yang terlibat, begitu jugak dengan pembinaan Taj Mahal, Menara condong, KLCC, komplek sukan, litar lumba, atau senjata nuclear, tiada langsung walaupun seorang Nabi yang yang Allah hantar untuk bantu manusia buat usaha untuk majukan dunia, TIADA!!! tapi kesemua 124 ribu para Nabi dan rasul di hantar oleh Allah untuk buat usaha atas iman-iman manusia..

So, sekarang Nabi dah takde kerana tugas kenabian telah di wariskan kepada Ummat Muhammad SAW..

Dan korang duhai para pemimpin sekalian, dah tentu amat sangat kena main peranan besar dan bertanggung jawab dalam kerja kerja menyeru rakyat beriman kepada Allah..WAJIB!!!

Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..
Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.

Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang jadi mayat tanpa iman, maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya tanpa jadi mayat.

Namun seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia.

Iman sangat di perlukan bila tiba waktu nak jadi mayat, bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang terakhir, maka SHURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!!!

Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab adalah IMAN…

Di padang masyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan Kebaikkan..

Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan perjalan meniti titian perjalanan..

Dan nilai shurga adalah IMAN!!!

Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..

Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat sahabat baginda adalah MURID IMAN yang terbaik,

Dan KHALIFAH IMAN yang terbaik adalah saidina Abu Bakar , saidina Umar dan lain lain..

Saidina Umar yang di lahirkan pada 586 masihi dan memerintah dunia selama 10 tahun, adalah PEMIMPIN IMAN yang paling besar jajahan takluknya dan telah berjaya menislamkan ribu ribu ummat manusia…, jadi wahai seorang ayah, manager atau pemimpin umat islam hari ini, di mana korang? Berapa ramai yang dah masuk islam di bawah jajahan tuan? Murtad lagi ada? Kenapa ini berlaku?, benar!! kerana SUASANA IMAN tidak terbentuk di tempat kerja, di hospital, di rumah , di kampong dan Negara, sehingga dalam masjidpun ada orang bergaduh..oh!

Sekiranya korang undi aku jadi pemimpin Malaysia..(huh! ada hati tu! Sebenarnya aku tak layak dan aku tak nak, aku just cakap, sekiranya.., atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..)Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

Hari ini balai bomba dah hidup 24 jam maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Dan bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..
Dan bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi bila masjid tak hidup 24 jam macam di zaman saidina Umar, apa dah jadi sekarang?, tiada suasana IMAN yang membuatkan Menteri besar jadi gila dunia, rasuah di sini sana, Hakim boleh di beli, remaja wanita buang anak macam buang tuala wanita, berzina di dalam masjid, merompak sambil merogol, hina Nabi, ajaran sesat dan termasuk gejala murtad!!!
Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa peranan pemimpin jika hospital gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
(alhamdulillah, kat Malaysia semua hospital hidup 24 jam)

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa peranan pemimpin jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
(alhamdulillah, kat Malaysia semua balai polis hidup 24 jam)

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa peranan pemimpin jika bomba gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
(alhamdulillah, kat Malaysia semua balai bomba hidup 24 jam)

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz dan ulamak tak bersedia nak bertugas lebih masa dan apa peranan pemimpin dalam hal ini???

(naduzubillah, kat Malaysia bilangan masjid yang hidup 24 jam boleh di kira dengan jari kuku kambing!)

Agaknya ulamak, mufti dan ustaz kat Malaysia ni tunggu elaun iktikaf kot.. (aku bersangka buruk..oh)

Namun demikian, wahai ustaz mufti dan ulamak, juga yang bukan ustaz, tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau perintah dari Pak Lah untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Pak Lah, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut PAS dan islam hadari menurut UMNO!!!, InsyaAllah!!
Berbalik kepada pendidikan IMAN di kalangan rakyat, pekerja, anak murid, dan anak bini maka aku nak cerita sikit lagi..

Memang benar orang yang lapar atau sakit kena tawajuh dan berdoa kepada Allah, nabi SAW sendiri perintahkan anaknya siti fatimah r.aha yang lapar supaya bertasbih, berzikir dan solat hajat bila lapar atau susah, dan begitu juga nasihat nabi kepada rakyatnya.., kerana ini adalah pendidikan IMAN, 13 tahun nabi ajar perkara ni kat mekah..

WALAUBAGAIMANAPUN

Bila saje nabi ada peluang untuk membantu, maka Nabi akan segera membantu ummat dalam bentuk makanan, harta atau ubat-ubatan, sebagai contoh tak kala Nabi SAW dan saidina Umar serta Abu Bakar RA di jemput makan di rumah abu ayub rA yang telah menyembelih seekor anak kambing, maka nabi perintahkan agar di hantar sebahagian makanan kepada anaknya fatimah r.aha kerana dah 2 ,3 hari tak makan, so nampak?

Siti fatimah boleh belajar iman dengan cara macam ini, begitulah keadaannya bila orang islam sakit atau menderita, mereka kena solat hajat dan tawajjuh dengan Allah, namun apa peranan pemimpin? Ya! Pemimpin kena bagi bantuan perubatan kepada rakyat-rakyatnya, so, rakyat boleh belajar iman dengan melihat doa mereka makbul.., aku jika bini aku demam selsema atau sakit menderita, maka aku akan perintahkan anak bini aku buat solat hajat mintak pada Allah supaya bagi sembuh, ketika anak bini aku sedang tawajjuh kepada Allah, mala aku akan keluar mencari ASBAB, mencari ubat..

So lepas bini aku dah solat hajat kemudian ubat datang, tak meningkat iman dia?, dan kebanyakkannya ketika ubat datang, bini aku dah sembuh.. serius! subhNAllah..

  • Doa kerja bini aku (dia sakit)
  • Cari ubat kerja aku (suami)
  • Bagi sembuh kerja Allah!

So inilah yang di katakan pendidikan IMAN, jangan biarkan rakyat yang miskin dan kebulur tinggalkan ibadat untuk cari rezeki, mereka sepatutnya kena lebih tambahkan ibadat mereka, dulu di zaman Nabi orang miskin duduk di masjid dan mereka di namakan ahli suffah, so senang jika ada mereka yang berhajat nak sedekah atau nak ajak teman pegi makan kat kedai, dan nabi sendiri, jika dapat harta ghanimah, akan terus agih-agihkan kepada fakir miskin, so mereka dapat belajar iman, maka di sini, peranan pemimpinlah, iaitu, ayah, cikgu, pengurus dan perdana menteri untuk bekalkan bantuan makanan dan ubat ubatan kepada rakyat yang sedang bertawajjiuh kepada Allah, dengan cara ini rakyat kita akan dapat belajar IMAN!!!

Hari ni kat Malaysia, orang miskin tak lepak di masjid, tak tidur di masjid, dan tak datang solat jemaah, mereka lebih senang mengemis, dan ada yang buat jenayah.., oh!

Kasihan mereka menderita di dunia dan akhirat…

Ingat!! tugas pemimpin yang utama adalah mengelakkan doa dari orang terinaya sampai terus kepada Allah!!!


Penutup:

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang nak di tulis, tapi tak panjang sangat ke?, aku belum cerita bab jihad, dakwah, hudud dan lain-lain, tapi takpe, kira ni basic dulu,
Bukan senang nak jadi pemimpin..,

Sebenarnya, Pangkat akan datang mencari orang yang layak.. (macam Abu bakar dan Umr RA yang menolak pangkat..)

Dan orang yang tak layak akan mencari pangkat.. (undilah saya? Huh!)

Pendek kata:
Untuk penjadi pemipmpin yang baik, Amalkanlah 5 perkara ini yang kita boleh belajar dari Khalifah Islam yang paling cemerlang dan gemilang (di ukur dari jajahan takluk)
Aku ulangi antara 5 perkara penting yang WAJIB di buat oleh pemimpin adalah:

  1. -MENYEDIAKAN BANTUAN MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL
  2. -MENYEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN YANG CUKUP DAN SELESA
  3. -MENUNAIKAN HAK WANITA ( wanita islam terutamanya)
  4. -MEMASTIKAN WAKIL RAKYAT (dan rakyat) BERSOLAT JEMAAH
  5. -MEWUJUDKAN SUASANA IMAN DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK.

Ps: Antara azab yang paling teruk menimpa seseorang selepas menjadi mayat adalah pemimpin yang gagal memikul amanah dan tanggungjawab rakyatnya…, isk

34 comments:

Abu S.H said...

alaa...tak dapat jadi pengomen kedua....hisshhhh..jgnmare hafiz..

Anonymous said...

kpd hamba ALLAH...
ko trime jer dak pompuan 2....mngkin dlu dier ex aku....sbb ex aku skang nie sgt baik n aku sendri kagum n malu ngan dier...aku xsanggup nak tgk mke dier lg..aku pnah rosakkan dier tp aku x pnahhilangkan dara dier...aku rase berdoase kerna wat perkare t'kutuk 2 ngan dier...aku sedih n malu pd dri sendri....

rujuk entry keretamayat : apa itu seks?

Anonymous said...

kelas pengajian di surau/masjid 24 jam? huhu, nak mengajar pun kene tunggu dpt tauliah la, kena dpt kebenaran jkkk, ketua kg, ahli kariah, ajk surau dan mcm2 undang2/birokrasi lg yg diwujudkan utk menghalang solat/kelas yg mencegah keji dan mungkar.. :(

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika semua masjid-masjid di seluruh pelusuk Malaysia beroperasi 24-7-30-365, tapi siapa yg nak memikul tanggungjawab nih. Skang ni pun lebih tiang masjid dari jemaah. Cermin-cerminkanlah...

Midkazen said...

Alhamdulillah, pas aku start bc blog nie, aku da mule tau kepentingan solat jemaah kat masjid.. Sblum nie, aku mcm x ambik kisah.. Patotla dl aku solat sorang2, rase mcm x complete je.. Xkhusyuk, n yg pling menyedihkan x tenang.. Hmm, aku nak minx bantuan korang, boleh x bgtau aku klao ad AJK masjid(area KL) yg wat iktikaf.. Klao x keberatan, tlg bgtau aku/email aku.. Plzz, aku nak cari ketenangan dr ALLAH..
Smoge ALLAH merahmati kamu smue.. Wassalam

cenna89@gmail.com

Azlan Zed said...

aku setuju sangat hang cakap pangkat akan mencari orang yang layak... tapi la nie, ramai yang x layak, tu yang x best tue... :(

Abu S.H said...

sakit...sakit...sakit...

mau jatuh sakit saidina umar kalau dia tengok 'negara islam' yang ada sekarang ni....

islam yang mengikut tamadun dan bukan tamadun islam...

Anonymous said...

erm.
encik Hamka,bagi org yg jahil cam aku nih, camane kalo aku tgk cam takde pemimpin yg bleh penihu kriteria2 tuh?
sape aku nka undi karang nih?
ke tak yah undi?
ke nak suruh hantu undi?

Anonymous said...

penihu lak.. *penuhi..

Anonymous said...

kpd sape2 rasa aku marah2...tak2... sebenarnya, saya tak marah. saya nasihat jer.

btw, suka la utk saya nasihatkan kpd pembaca2 supaya jenis2 "dakwah" kasar yg disertai bahasa2/kata2 laknat, caci mencaci..... tak usahlah kita mengeji apa yg terkeji. tapi kita puji lah yg terpuji dan miliki lah sifat mahmudah.

sesungguhnya kata2 kejian hanya layak utk perkara terkeji seperti buang masa dengan:
- mengumpat orang yg umpat kita
- mengeji orang yg mengeji kita
- memfitnah orang yg fitnah kita
- buruk sangka pada orang yg buruk sangka pada kita
- dan lain2

kalau kita terasa hati dengan kata2 nasihat keras, maka sesungguhnya, kita ada sifat keji itu.

seperti kalau, orang kata kat kita:
"hoi.. bodoh!!"

pastu kita marah, kita jawab balik:
"hoi.. kau lah bodoh, aku pandai sebenarnya sejak azali lagi"

ketahuilah bahawa kedua2 nya adalah bodoh, bunguk, bangang, sial, taik, s-hol, bahlol, biol, samdol, dan ..... dan ape ek?

ha... dan kurang pandai (kekeke nak kata2 lembut sangat, aku masukkan la juga satu contoh kata2 lembut kat sini)

---
ps: oleh kerana lebih ramai orang yg tak dapat terima konsep "dakwah kasar" maka takde la aku (dan juga anak murid aku, hamka) claim kat orang bahawa
``sesungguhnya saya telah berdakwah"

...selepas saya keluarkan kata2 kesat utk nasihat orang. kelak nanti tidaklah cara yg "salah" itu diletakkan atas nama "dakwah yg salah cara"

sekian terima kasih kerana baca komen saya yg bosan dan amat kesat ini. walhal kalau nak dibilang ratio kata2 kesat ngan keseleruhan word2 yg ada dlm ini ialah:

11:659 (kata2 kasar: keseluruhan kata2)

atau kalu ikut peratus adalah:

1.66919575% kata2 kasar

tapi kebanyakan orang akan pandang 1.66919575% dan LANGSUNG TIDAK PEDULI 98.3308042% selebihnya.

Biasa nya akan keluar kata2 seperti:

``eh enta ni kalau nak berdakwah tak boleh berlembut sedikit ke?”
``bukannya orang tak paham kalau kita cakap dengan lembut”
``sesungguhnya hikmah itulah yg diajar dlm islam”

kalau aku tanya ape maksud hikmah dan berikan 5 dalil quran dan 10 dalil hadith (4 dari bukhari, 3 Nasa'i, 3 Abu Da'ud, 2 Tirmidhi, 3 Ibn Majah, 1 Al-Muwatta dan 2 Darami). eh silap, bukan 10 hadith, tapi 18 hadith drp kitab2 berbeza)

pastu mesti orang cakap:

``eh eh hafizbar, ko ni dah bid’ah ni, kitab hadith ada 6 je la. Mana boleh lebih dari 6”

Jawaban aku: ko nampak cincin kat jari aku ni tak?
Dia jawab: ha… nampak2
Aku cakap: tengok la dekat2 sikit, tengok ape spesel cincin aku ni
Dia balas: ha… dah tengok dekat2 dah ni
Aku kata: ko nampak tak spesel dia?
Dia jawab: tak de ape2 pon, cincin biasa jer
Aku tak cakap ape2, tapi: PAAANGGG....!!! (sebuah bunyi kene tumbuk atau mungkin juga lempang aku yg beralaskan cincin aku di jari ku).

Dia pon balik nangis2, report kat mak bapak dia, cakap kene pukul ngan hafizbar. Pastu dia ditanya sebab ape, dia pon cerita la. Haaaaaaaaaaa.... ape lagi, bapak dia bagi 10 das rotan dan mak dia bagi 5 das cubit kat perut.

Sebenarnya orang2 camni, tak reti nak pecahkan sagu… utk dapatkan ruyungnya. Tak pandai nak berenang2 ke tepian2... berhulu2 kemudian. Dan tak pandai... err ape2 je la... malas dah nak pikir ayat contoh.

Orang cakap: ``eh salah tu pantun tu hafizbar. Sepatutnya
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.”

Jawaban: hai sayanggg…. Ada ke abang sebut bahawasanya abang ni berpantun sayang? Takde kan sayang kan? Takde kan? Lain kali, baca la betul2 ye sayang. Ahaks…sayang kat awak. ~*`^ukhuwah fill-up, lestari selamanya^`*~bercintalah dengan seikhlasnya hanya kerana Allah. Kerana Allah suka orang yg ikhlas. Namun sesungguhnya saya amat bangang lagi biol dan siol kerana telah main2 ngan firman Allah dan sabdaan Nabi…. Dengan menjuruskan maksud “cinta” itu menurut kehendak saya sendiri^`*~

---
ps2: arghh, ni sebahagian teks ucapan masa majlis penutup nanti kat aku nyer “site dakwah-yg-aku-sendiri-pon- tak-pernah-claim-itu-dakwah” .... tibe2 lak ter reveal. Haihh... telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kalau dah tertaip.... malas plak aku cari button “undo” atau “delete”

---
ps3: ratio/percentage di kira sampai last word dlm ayat ini.

Anonymous said...

typo: keseleruhan
sepatutnya: keseluruhan

err.. ade ke lagi typo. ade kot. contoh typo lain ialah s-hol. pandai2 la cari ejaan yg betul kekekeke.

Anonymous said...

yg kisah ketiga tu, panglima perang tu is khalid al-walid ryte?

Anonymous said...

kalo makan benda yg haram, maka doa tak makbul....
jadi kalo makan benda² yg syubhah, maka doa tu bole sampai ke tak?

takpon guna ubat gigi yg takde tulis " gunakan tanpa was was", doa bole makbul ?? kikiki

Anonymous said...

Iman x dapat dijual beli..
Ia tiada ditepian pantai...
Memanglah yang ade kat tepi pantai tu pasir je..(Pantai Cinta Berahi)
PANTAI CINTA ILAHI. Amacam berani...

Kasar ke lembut ke kalau x de hidayah ALLAH ngagis keluar air mata darah pun depa buat dek.. je
Potong telinganya pasangkan telinga arnab ke, kambing ke,biar depa dengaq seksa Kubor.(Kasar tu)

Wahai Wanita dan Perempuan perliharalah peribadimu.. Jnganlah kau dekati lelaki kecuali muhrimmu kerana lelaki kadang2 lebih hebat tipu dayanya dari setan.(Bahasa Kasar)
Aku memang Pencinta wanita tapi ku bukan buaya..tapi kalau ade peluang juga aku ngap saje.
Sory Bro Bloq mu macam bloq ku juga.. Ade peluang aku komen entah ape-ape aje..Sekian.

Anonymous said...

Aku ade satu cerita nak kongsi dengan mereka yang banyak masa mcm aku...
Atuk aku yang cite la...Aku sebagai penyambungnyaa

Iman Dan Hidayah.(tajuk)
Zaman dahulu kala kat satu negeri nie.. ade seorang pencuri profesional.. nak dijadikan cerita dia tengah skodeng satu rumah yang dia nak pecah masuk untuk memastikan keadaan rumah dia skodeng lobang anai2 tu. Rupanya ade seorang alim sedang berbincang dgan ahli keluarganya tentang jodoh anak daranya yang semakin meningkat usia(23)lalu tergodalah sipencuri tadi dengan wajah gadis melayu terakhir itu, berbisiklah didalam hatinya untuk memiliki wanita itu, hilanglah niat mencuri tapi timbul plan baru (TIPU)hahaha.. Esoknya dia pegi pasar beli tasbih paling besar dan panjang, jubah,serban dan perkara2 yang akan menampakkan kealimanya. Setelah siap dia pun datang kerumah alim semalam untuk menjerat, nak pendekkan cite dia berjaya kahwin dgn gadis itu, tibalah waktu sembahyang maka alim tadi ajak menantu tadi solat jemaah kat masjid. oklatu tapi dia mula resah bila bapak mentuanya menyuruh menjadi imam. Dgn perlahan dia kedepan setelah ucap takbir permulaan sembahyang dia berhenti katanya di kentot. So dia mintak alim tadi dan jemaah lain sembahyang dulu.. Setelah siap Alim tadi sekali lagi memanggilnya untuk berceramah pulak
dia pun kedepan lalu menjeling pintu tingkap ditepinya bedesup dia larikan diri tanpa disadari kesemua jemaah masjid juga ikut belari dgnya dgn ketentuan ALLAH runtuh lah masjid tadi. Timbullah kesedaran pencuri itu walaupun penipu tapi asbab tuhan nak bagi hidayah dia telah menjadi ulamak terkenal dinegeri itu..

Anonymous said...

kenapa tak masukkan yang ke eman, -hukum hudud?

hamka said...

abu_harraz

nampaknya aku kena buat peraduan pengkomen pertama terbanyak, hadiah makan malam bersamaku.., hihihi..

-------
matchip2

Cermin-cerminkanlah... , tapi jangan guna cermin transparent..

----------
midkazen

iktikaf?, kalau kat KL, masjid dekat bukit jalil tu, isyaAllah, atau cuba tengok dekat pusat tarbiah pas atau markas pas, tak pun cuba tengok dekat kelab rakan masjid, (aku bersangka baik!!)

---------
alan zed

kerana tu Allah belum bagi Negara islam kat orang islam, sebab tak layak, cakap berapi rapi, tak guna sebab tapi tak boleh menjadi bahan bakar, bahan baker setan boleh..oh!

---------
seorangaku

sahabat dulu buat undi untuk duduk saf pertama, sebab berebut rebut, masjid penuh, kau undi yang tu ajelah..

saidina Umar pernah beli saf pertama sebab datang lambat kena duduk saf nombor dua..

-------------
hafizbar

detik detik terakhir komen hafizbar, sungguh sedih bunyinya..

--------
Anonymous

Ya, tapi bukan kerana beliau buat amalan munafik, di pecat sebab ramai mualaf zaman tu yang memuja khalid, diorang yakin jika duduk dalam jemaah khalid gerenti menang, saidina umar RA pecat untuk betulkan ahli jemaah supaya yakin dengan Allah, khalid RA tak salahpun, tapi taat pada amir adalah wajib, lebih kurang gitulah ceritanya..

---------
senisuke

kikikihhh

----------------
Bakal ahli Kubor

Iman x dapat d warisi
Oleh seorang pemimpin yang bertaqwa,
Iman tak dpt d warisi
Dari sebuah Negara islam

Iman tak dpt d warisi
Dari seorang blogger yang beriman..

Tau takpe!!

-----------
Amiruddin Shah

Boleh sambung lagi tu..

Kirim salam kat atuk..

---------
Anonymous

Ada cerita saidina umar mansuhkan hudud atas bebarapa sebab, tapi aku malas nak cerita nanti korang suruh tambah yang ke tujuh pulak..,

Ps; apakah hokum ohm dapat menanding hokum tangan kanan faraday?
Jawapanya ada pada tangan kiri filament..

demonsinme said...

Akhi Hamka:

Minta maaf takde nak komen apa-apa cuma nak beri hadiah ni kat anta.

Bag, Sack, Rack

hey there traveller vexed,
relax,
it's the only thing you can pack,
when trudgung in a world mastered by a man made of wax,
now sit is what you have to do next,
free your bag and put it in my sack,
give it to me so I can put it on my rack.

vexed traveller,
eat as I know you are haunted by hunger,
as I know every traveller is also a hunter,
looking for the mystical beast no mind can figure,
to give you strength traveling in the path of meander,
that the hunger would set you lost in anger,
and ends you as a meal cook on a sweet fire.

I know, I know it's a heavy bag,
I know, I know the content is no hag,
but you really should put it in my sack,
and you really should put it on my rack,
it would really make you relax,
and free you from the contunious vex,
I should know for I am the paver of every traveller's track.

Midkazen said...

PAS? Oh... Ku bebas beterbangan tanpa keris & bulan disisi ku..

Insya Allah aku akan usha masjid disana klao xde aral melintang & masih blum jd mayat..oh..

Anonymous said...

terima kasih..

pembetulan:
tgn kiri flemming......bukan filament... oh..

Anonymous said...

Assalamualaikum en. Hamka..
boleh tak bagi doa kalau tertengok perempuan yang biasa en hamka amalkan tu...dengan dari riwayat mana sekali kalau boleh..
lagi satu,tolong buat satu post tentang kepentingan kita mengajak orang ke arah kebaikan(amal makruf nahi mungkar) untuk meyakinkan saya dan rakan2 pengkomen sekelian tentang kepentingannya...syukran..wassalam

Najwa Aiman said...

disko banyak bukak 24 jam... walaupun tak sebanyak kedai mamak... yg dikunjungi ramai orang yg baru balik dari disko...

Abu S.H said...

najwa aiman..
disko bukak 24 jam ke? tak silap aku pagi2 kul 8 ke, 10 ke..nampak cam tutup..ke ada org tgh berjoget lagi?

Anonymous said...

BILA NAK UP DATE BANG?

Anonymous said...

...mungkin encik hamka ni tak sah klu x ckap psl seks stiap kli tlis artikel..???

hamka said...

Anonymous

Salam..

Maaflah lambat reply, aku terlupa, apa2pun aku dah jawab kat entry terlatest..

Maaf ye..

---------
aku

tak perasan pulak, setiap entry ke? Tapi aku dah taruk 18 PL, SG, dan SX, so tak jadi isu bukan?

Anonymous said...

Salam En Hamka,
Seperti mana yang kita ketahui penggunaanya masjid zaman nabi dulu bukan setakat sembahyang berjamaah je, Ia juga digunakan untuk majlis2 ilmu dan juga tempat bermusawarah selain merapatkan silaturrahim.
Tapi sekarang semuanya terlebih maklum masjid hanya untuk bersembahyang tak lebih dari itu.Orang2 yang mengunjunginya pun boleh dibilang dengan jari.Pernah dulu heboh diperkatakan masjid untuk tempat beragama bukan politik..ana memang 'bengkerk' Kenapa disempitkan penggunaan masjid..Tahukah mereka2 bahawa masjid tu multipurpose. Cuba baca buku2 lama banyak menceritakan kisah2 penggunaan masjid ni.lagi satu mengapa masjid kalau lepas waktu solat terus dikunci. Memang menyusahkan.Kata je rumah Allah tapi terhad pulak masa penggunaanya.Alasan yang paling kukuh takut barang2 masjid kena curi,nanti orang ramai datang tumpang tidur. 'Tolonglah' encik Hamka celikkan mata2 mereka yang dah sedia ada terang dan bagi penjelasan yang relevan untuk menghidupkan rumah2 Allah ini..
Allahuakbar..

hamka said...

aku dah tulis dalam bulan posa yang lalu bawah tajuk:

"Bagaimana nak iktikaf?"

USRAH G-HARD said...

kenapa guna perkataan HAZRAT (hadhrat?) untuk panggilan sahabah radhiallahu 'anhum?

sahabi yang mengetahui senarai munafiqin ialah MU'AZ BIN JABAL r.a., buhan HANZALAH r.a.

hamka said...

pembetulan:

tajuk hidupkan masjid aku taruk dalam entry: tazkirah untuk ulamak.

---------
abuhabeeb

bukan hanzalah ke? err, hazrat tak boleh guna untuk sahabat ke?

apa2pun, terima kasih bagitahu,

Anonymous said...

dari Spura..agak2 sdra hamka,nak tak orang2 kaya tu jadi macam mahatma ghandi,keluar dgn pakaian sehelai sepinggang berjalan kaki dgn tak berselipar,melihat keadaan orang miskin yg menderita?tapi tak delah yg nak buat cam gitu kan?kalau jadi pemimpin tak betul2 pimpin negeri letak jawatan sudah lah...jadi orang biasa lagi baikkan?kurang sikit dosa..tak lah mengejar harta siang malam...hmmmmm

hamka said...

hmmmmmmmmmm

buTTerFLowEr said...

maka pemimpin kena pastikan hak aurat dia(bertudung), hak solat dia (awal waktu) dan hak akhlak dia (pergaulan) di jaga rapi

teringat plak kazen keje rtm disuruh bukak tudung time masuk tv (bace weather forecast) lps tu die join media prima, xde prob pun pakai tudung. siap muka kuar tv macam2 program lg dgn pakai tudung tu n ade plak iklan telco biru baru2 ni. xjadi masalah pun. xtau ape cite rtm skg but ade girl wat praktikal kat ctu baru2 ni ckp dah bleh pakai tudung (ke yg masuk tv je xleh pakai? ke ape?)

n ade sorg membe (fmly royal) yg abg die layak masuk list raja perak xnk name die masuk dlm list tu. org lain plak berebut2 nk jadi raja. alasan abg tu: jd pemimpin kne tanggung dosa rakyat. xmo la. (sempoi je)

mcm2 hal...

hamka said...

macm-macam hal..
:)