Sep 26, 2006

Tazkirah untuk Ulamak ?

(Nasihat untuk ustaz dan ulamak dari aku yang bukan ustaz…di tulis tanpa syaitan di sisi..)

Assalamualaikum para pembaca blog keretamayat sekalian,
Selamat berpuasa.., semoga kita semua selamat dari azab sakaratul maut, Selamat bertarawikh, semoga kita semua selamat dari azab kubur, Selamat berbuka puasa, semoga kita semua selamat dari azab di padang mahsyar, Selamat bersahur, semoga kita semua selamat dari azab di Mizan, Selamat berjumpa lailatul qadar, semoga kita semua selamat dari azab di titian sirat, dan Selamat hari raya (awalnya), semoga kita semua selamat dari azab api neraka!!!!

Selamat dan selawat!!!

Kali ni aku ada tazkirah dan nasihat untuk para ustaz dan ulamak, itupun jika sekiranya mereka sudi baca blog keretamayat aku ni..

(Hello, hamka?! mana ada ulamak dan ustaz baca blog merepek engkau ni? Lagipun engkau tidak setaraf dengan ilmu mereka!!!, siapa engkau nak nasihat mereka? masuk pulak bulan ramadhan, tentulah mereka sekarang ni sibuk beribadat..)

Lantaklah, sekiranya dengan takdir Allah, mereka terbaca entry ini, itu hanyalah dengan izin Allah…, aku tak punya apa, bukan ustaz dan ulamak, hanya insan kerdil yang menulis dengan izin Allah semata mata..isk..isk..

( Air mata ku lalu bergenang membasahi pipiku yang comel, lalu bercampur dengan air hingus dan bertambah laju mengalir dan bercampur pula dengan air liur yang turut meleleh sehinggalah membasahi janggutku, alangkah burhoknya aku..oh)

NASIHAT DARI SEORANG YANG BUKAN USTAZ KEPADA USTAZ DAN ULAMAK…

Wahai ustaz dan ulamak…

Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk ustaz dan ulamak sekalian…

Aku bukan nak cari salah ustaz dan ulamak, aku nak belajar cakap ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…

Wahai ustaz dan ulamak…

Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…

Apa yang aku bodoh-bangang ni paham, I’tikaf dan qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja..jadi bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda mendirikan khemah dari Turki.

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..
Kat mana ustaz dan ulamak beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, serius!!

Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati..eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!

Jadi wahai ustaz dan ulamak…, kat mana tuan tuan iktikaf, buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di masjid…

(ini ulamak kat tempat aku lah ni, tempat korang tak kot..oh..)

Wahai ustaz dan ulamak…

Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan kemungkinan atau kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramdhan, memang confirm Nabi beriktikaf di masjid..maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah janggutnya…tapi sekarang, wahai ulamak kat tempat aku, .., mana ustaz dan ulamak beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku sungguh sedih rasanya bila pergi masjid pada 10 malam terakhir setiap tahun, takde orag alim yang beriktikaf..sungguh sedih, mana pergi ustaz dan ulamak? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana masjid tu? Aku nak tumpang berdiri malam bersama orang alim..isk..isk..

(Ustaz mana nak baca blog engkau hamka, engkau bukan ustaz, ilmu engkau dan darjat engkau tak setaraf dengan mereka-aku bersangka buruk..oh)

Wahai ustaz dan ulamak…

Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum perdana, ceramah isu isu semasa dan macam macam program keugamaan, tapi di mana mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid, aku ada banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut tidur di masjid? Atau takut orang gila datang tikam?

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku dapat tahu bila ustaz dan ulamak berceramah ada yang mendapat sedikit duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan sediakan duit untuk ustaz dan ulamak beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak dapt duit gak..

(Allah maha menggajari..)

Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., langit dan bumi..OH!

Wahai ustaz dan ulamak…

Masa aku form 5 pernah ada para ustaz ajak aku joint khemah ibadat kat tepi pantai selama 2 hari.., sekarang baru aku tahu nabi tak pernah buat khemah ibadat macam tu…jadi wahai ustaz, apa kata kita buat khemah dalam masjid pada 10 hari terakhir ramadahan, Nabi buat ni ..sunnah apa!!! JOM!!! dan takpe kalau tengah tidur ada orang gila datang tikam pun, takpe, mati syahid apa, kan bagus mati bulan posa, ketika ke lapan-lapan pintu shurga dibuka dan ketika ke tujuh-tujuh pintu neraka di tutup, mati kat masjid pulak tu..tak nak ke?

Wahai ustaz dan ulamak…

Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak.., sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3 pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam tempat ibadat mereka…, tapi dalam ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI LARANG TIDUR DALAM MASJID!!

Oh, Nabi dan sahabat selalu tidur dengan niat beriktikaf di masjid…,

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…

Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?

Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…, masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?

Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…

*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..

Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…

Wahai ustaz dan ulamak…

Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu duduk tunggu kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, atau kitab, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..

Wahai ustaz dan ulamak…

Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama, maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!, lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!

( Boringlah baca blog engkau hamka, ejaan banyak salah, susunan ayat lintang pukang, ada short word lagi, lepas tu tak di letakkan dalil hadits dan tafsir al quran.., banyak nada perasan bagus serta suka mencarut, boringlah!!! -Lantaklah…!!)

Wahai ustaz dan ulamak…

Nasihat saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena duduk kat masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Wahai ustaz dan ulamak…

Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..

Macam juga orang yang pergi ke Supermarket, yang penuh dengan kelengkapan selesa, air cond, karpet dan sebagainya, tapi hajat pengguna nak membeli terbantut kerana gula takde.., punyalah besar supermarket tapi GULA takde?!!!, maka si pembeli tadi dah tak akan datang lagi ke supermarket itu kerana keperluan dapurnya tiada yakni gula..Oh..

Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz dan ulamak..oh!

Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz dan ulamak duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama..

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1% dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka?

Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh!

Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru Nik Aziz, atau Haji Hadi atau siapa siapa sajelah yang bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam nabi buat dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan..

Wahai ustaz dan ulamak…

Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz dan ulamak kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat, tetapi kenapa tidak para ustaz dan ulamak pergi ketuk pintu rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ajak orang cina dan India masuk parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu yang payah!!!!

Wahai ustaz dan ulamak…

Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz dan ulamak tak bersedia nak bertugas lebih masa?

Kalau di fakir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari siapa..oh..

Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…

Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz dan ulamak berceramah di masjid, yang dating mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena jumpa mereka di rumah!!

Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam lagi…

Tapi ini satu kerja yang berat… wahai ustaz dan ulamak…

Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam imam duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, tak kiralah rumah orang islam atau orang kapir dan ajak mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?

Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami pula hanyalah pemandu ambulance, maka aku dan kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk di ubat kerana tuan tuan ustaz dan ulamak adalah pakar penyakit rohani…, diamlah tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini, pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf bersama sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz dan ulamak tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada antara ustaz dan ulamak yang meradang dan selalu berkempen di sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak buat?

Wahai ustaz dan ulamak…

Emailah aku jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf selama 10 hari di masjid, aku nak ikut, aku nak tumpang berkat tuan tuan para ustaz dan ulamak dengan duduk sepanjang malam bersama tuan tuan..

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, mungkin ustaz dan ulamak ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid, salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah wahai ustaz dan ulamak akan apa yang terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di tunaikan..,doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..

Penutup
Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu! Sebenarnya aku tak layak dan aku tak nak, aku just cakap, sekiranya.., atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..)

Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…
-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..

-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak

-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid, biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam imam tunggu orang bayar zakat fitrah..

Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani, akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat manusia manusia sebegini..insyaAllah!

Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..

Namun demikian, wahai ustaz dan ulamak, juga yang bukan ustaz, tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau perintah dari Pak Lah untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Pak Lah, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut PAS dan islam hadari menurut UMNO!!!, InsyaAllah!!

Wahai ustaz dan ulamak… juga mereka yang bukan ustaz,

Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..
Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.

Ps: kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid, maka betapakah kadar ganjaranya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan? Subhallah…, alangkah baiknya jika jadi mayat ketika beriktikaf!!!!

Nota kaki: Allah telah pilih Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakir ramadhan, hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita?
(kerana tak suka pada kita..oh)

65 comments:

Anonymous said...

A'kum En. Hamka. Selamat berpusa. Baru terjumpa blog anda setelah direkomen oleh anak bujang saya. Sungguh kreatif penyampaian anda. Tahniah.

Abu S.H said...

hamka...
syabbas..syabbas..
aku pun tak paham i'tikaf tu apa sebenarnya..
aku rasa betoi dah apa ko tulih tu..
aku pun susah nak access ustaz or ulamak..aku takde no tepon or no rumah diorang..email pun takde...
sedeyyyy.....

aku setuju cadangan shift untuk ulama duduk dalam masjid..boleh la aku unbati penyakit rohani aku yang nazak ni...InsyaAllah..

zwitterion said...

diorang kunci masjid, takut pencuri msk kot..
setuju ng cadangan shift tu!

irsha said...

diaorang kunci masjid sebab masjid kosong sbb tu takut pencuri masuk curi mcm2 dlm masjid. kalu dah ada shift, dah tak payah kunci sbb dah sentiasa ada orang dalam masjid.

patut sangatlah Paklah masukkan idea shift masjid ni dlm program "Hadhari"

Anonymous said...

Subhanallah... tepat sungguh kata2 tu. kat sini pun, ada sebuah masjid, n hanya dibuka kuncinya time solat.. sadis..sadis..( tp, bersangka baik, kat negara mat saleh nih, takut org buat mcm2 kt dlm masjid kot.. )
insyaAllah.. rasa2nya mungkin ada lagi masjid yg diimarahkan..teruskan mencari =)
hm rasa, yg paling sedih was bila surau kat uni mendapat 'surat pekeliling', arahan utk ditutup aft isyak. jgn tak percaya.. mmg dh berlaku, hm penah study kat ipta b4 dtg sini.. sempat tido kt surau few times jerk masa ramadhan. pergi nx time, mlm dh kena kunci.. umat menderita, kan..
..moga Allah mmberi petunjuk n hidayah buat umah ini..

Anonymous said...

salam bro hamka..
tiap kali aku bc blog ko mesti aku rase terharu(arghh jiwang le plakk!!)..sbb slame nih time skolah ade ar ustaz/ustazah bg pengisian rohani..tp pas masuk U smpai la skang dh keje, aku dh makin jauh dr sume tuh..hati pon dh keras mcm batu..bulan puase nih aku berazam nk ubah balik..Insyaallah..thanx bro sbb bg ilmu n cara pendekatan ko yg mmg kene ngn jiwa raga aku(hoho betol ke ayat aku nih?)..harap2 aku dpt suami yg beriman n bole mbimbing mcm ko..hahaha(gurau je!)
nway,selamat bepuase(^_^)

Najwa Aiman said...

nasib baik aku bukan ustaz. dan masjid kat rumah aku ni ditutup 24 jam sepanjang ramadan sbb tgh renovate utk buat masjid baru atas tapak asalnya supaya penduduk kat sini dapat melaram solat aidilfitri dalam masjid serba baru... arrrkkk..!!!!!!

Abu S.H said...

hamka...
aku teringat satu benda.
masjid sri petaling 24 jam boleh i'ktikaf....
kalah seben eleben..

hamka said...

zabs

SUDAH TAKDIR ALLAH KITA BERTEMU…
Selamat naik KERETAMAYAT…

----------
hucs

KALAU POLIS 999,
ULAMAK APA NOMBOR KECEMASANYA?

Too phat kata..
Ku pasrah ku akur 7,8,6
Alhamdulillah Syukur...!!!

Ps: betul kau cakap tu hucs, bestlah orang KL, ada masjid sri petaling!!!

--------
hangjebat

tapi, satu musibah untuk ummat ini bila berburuk sangka pada ustaz dan ulamak,
Nabi bagitahu lebih kurang maksud, bukan ummatku yang tidak mengasihi kanak2, menghormati orang tua, dan mengasihi orang alim..

Jadi kita kena mengasihi mereka dengan kasih sayang,
Apa yang aku tulis, satu nasihat dari aku yang jahil.., mereka lebih arif tentang agama sebenarnya…

Dan entry aku ni tidak berniat untuk membuka atau mencari salah, just satu cadangan..

Minta ampun dengan Allah!!

Ps: terima kasih kerana berkongsi no tel, ustaz….

---------
zwitterion

shift tu bukan untuk ulamak sajer, kita semua kena buat! Jom!

--------
irsha

Bukan Pak lah sajer, TG nik aziz, haji hadi sekali..dan semualah!!!

---------
hm

masjid di kunci adalah keputusan Allah kerana ummat ini belum bersedia korban untuk ugama..
salah siapa?
Salah saya tak buat usaha ugama sungguh sungguh!!!

----------
Anonymous

Kau nak cari suami macam aku? Pergilah jumpa isteri aku, dan belajar daripadanya, he he he, atau boleh pujuk dia untuk.,,arhgh, ada pulak semut yang tak mati di pijak aku..oh!

---------
Najwa Aiman

Bestnya dapat masjid baru!!!
Biasa org islam nak buat masjid baru di robohnya masjid lama, apa salahnya di tambah sajer masjid yang baru..

Eh, apsal isteri aku tengok semacam sajer..

Abu S.H said...

HAhahaha..
sebab masjid lama dah kena roboh..hahahaha..
sebab tu dapat jelingan maut dari sang isteri!!

faizal yusup said...

Pergh...
Siapa makan cili terasa pedasnya..
Greng tengok orang makan cili pun terasa pedasnya..
Jom kita memakmurkan masjid dengan beriktikaf!!!
InsyaAllah...
Kita buat di masjid kita.. kalau kena kuncipun mesti dapat lebih pahala!!! hawhawhaw...

Anonymous said...

Selamat berpose bro hamka... (slame ni sy pembace senyap jer,ari ni tingin lak nak myemak)dsebabkan cite tcekik tulang ler sy sesat kat cni.Bgos ek blog ni,sy msok blog bro hafizbar,pergh...ganaz x ingat ayt die.Ok la camni bro,troskan..sile2...nnt sy heboh kn ke saentero member,huhuh...

Anonymous said...

Assalamualaikum Encik Hamka. Saya salah seorang pembaca setia blog kereta mayat. Selama ini jadi pembaca senyap je. Tahniah kerana berjaya menarik minat saya dan rakan-rakan untuk terus menimba ilmu dari blog ini. Kutip pahala la ye Encik Hamka. Insya-Allah

Anonymous said...

salam bro hamka..
aku tak berniat utk menambah masjidmu sbb aku sedar diri ini..kan lelaki yg soleh utk wanita yg solehah n begitule sebaliknye..tp pompuan skang ske ngn laki yg tua(terase tak??tua ke ko?haha)..
eh sorri..komen aku nih takde kene mengene lansung ngn entry ko kali nih!kang kene kutuk plak ngn pembace blog ko yg setia2 tuh..huuuu~~
nnti bile bro dh tak bz(aku rase bz memanjang update blog jek..haha)leh tak citer pasal haji?kalu ko ade mase laa...hehe..mekasehh

hamka said...

hucs

ha ha ha! Tau takpe!!

Ps: org yang dah kahwin je tahu erti bina masjid…

---------
greng

setiap orang ada masjid berhampiran..
Allah telah mudahkan sehinggakan bilangan masjid begitu banyak sekali, lebih byk dr balai polis atau balai bomba, mungkin lebih banyak dari pili bomba..
Bermakna, setiap orang kena bertanggung jawab menghidupkan masjid, baru Allah iktiraf iman mereka..

Ps: aku yang makan cili!!

----------
husna
Selamat berpose dan selamat mengomen wahai pembaca senyap…

----------
islam will rise!

Kutip pahala?
Kalau Allah ampunkan dosa aku dah cukup bagus, sebab memblog ini banyak laghanya..
Apa-apapun, jika kau dapat hidayat asbab baca blog aku ni, maka aku tumpang pahala amalan engkau tu sajer, dan bila kau dah mencapai darjat kekasih Allah, maka doakan aku..cakap: Ya Allah, Hamka pernah menyedarkan aku, sekian sekian..selamat kan hamka dari azab api neraka..isk..isk..

Isk..isk…
Aku belajar bersangka baik dengan Allah…

--------
budakbasah

kalau kau budak basah, aku pulak hanyalah budak basahan..

ps: kain basahan adalah kain yang yang teruk, buruk, murah, tapi hari hari di gunakan untuk mandi, he he he

---------
Anonymous

He he he, ada lelaki soleh(bukan aku) dah kahwin, maknanya isteri dia akan masuk shurga 500 tahun lebih awal…
Dan ada satu lagi lelaki tak soleh, suka make-up kereta dan update VCD /DVD..etc,etc,

Kemudian ada sorang perepuan bujang, dia nak kat lelaki soleh, sebab dah kahwin dia batalkan hasrat lalu pilih lelaki tak soleh,

Siapa yang rugi?

Ps: org yang rugi adalah orang yang ada duit tapi tak pergi haji, dokan aku dapat pergi haji cepat, dah balik haji, aku tulis cerita pasar DAMM, bukan dam haji daa…

Anonymous said...

Hek elleh! Cuba ko buat dulu tengok, dok kat masjid 24jam! Masjid kat tempat ko bukak 24 jam ker? Ko dah ada duk di sana 24 jam?

Mesti alasan ko " Saya bukan ulama', biarlah ulama' yang buat kerja tu". Abistu kerja ko ape? Komen? Cari salah orang? Tuding jari?

Usaha agama ni usaha semua. Bukan nak tuding jari kat ustaz atau ulama' je. Mungkin ada beberapa perkara yang patut diubah seperti ustaz2 memang perlu lebih bergaul dengan masyarakat tapi cara ko tulis tu mcm nak letak segala kesalahan kat bahu ustaz dan ulama' je....

Aku bukan marah, saje nak bagitau ko pendapat aku yang jahil ini...

Anonymous said...

ni aku nak tambah sket lagi...

Orang2 kita memang selalu rasa dirinya bagus... Kalau dia dah mula buat sikit, terus rasa diri dia yang hebat, diri dia dah buat semua. Terus terasa mcm orang lain tak buat kerja...

Baguslah kalau dah mula nak seru orang ke arah kebaikan. Tapi jangan sekali2 kita dok fikir orang lain tak buat kerja. Masing2 ada peranan sendiri. Kalau ko rasa ko mampu nak duduk di masjid 24jam dan ko nak buat, then ok. Tapi sapa yang nak buat benda2 lain? Contohnya Mengajar budak2 mengaji kat sekolah2, mengajar ilmu Islam kepada orang ramai, jadi DJ radio yang boleh sebarkan lagi maklumat Islamiah kepada org ramai (mcm radio IKIM) etc? Sapa nak mengukuhkan ekonomi umat Islam? Kita ni tahu nak boikot mcm2 barang yang kununnya ada kaitan ngan Yahudi, tapi kita tak pernah sediakan alternatif kepada barang tersebut. Last2 boikot ke mana, kita pun turut guna barang2 yang dulu kita dok suruh org boikot.

Bagi aku tak praktikal Ulama' dan Ustaz disuruh duduk di Masjid semata-mata. Ulama' perlu berada di luar jugak. Bagi nasihat tentang Ekonomi, Politik, Sosial, Jual Beli etc.

Tapi tang syor suruh bukak masjid 24jam tu aku setuju.

Anonymous said...

salam bro hamka..
terharu aku membace komenmu..ye ar aku takkan melepaskan peluang keemasan tuh..hehe..ok aku doakan ko dpt pi haji..Insyaallah aku bakal menjadi tetamu Allah ujung bulan nih(alhamdullillah)..sbb tu kalu leh aku nk menambahkan lagi ilmu yg cetek nih..doakan aku dapat haji mabrur bukan malboro ye..

Anonymous said...

terima kasih semua atas teguran..kalau ada internet kat masjid tu, boleh la aku memblog sambil menunggu orang datang

Abu S.H said...

akula...

cuba ko hayati tulisan hamka tu..
memang sekali imbas nampak macam menuding jari..

tapi kalau diri kita sentiasa positif, kita nampak ianya satu teguran....
teguran ke atas apa yang nyata , yang berlaku sekarang..

kalau tak makan cili, jangan lah rasa pedasnya..

bukankah ada betulnye?
pegi kuil, pegi tokong, pegi gereja, anytime..ada je orang yang boleh tolong dan sedia mendengar...

pegi masjid?? kena halau ada ler..kalau tak kena gaya..

hamka pun takde la kata duk surau/masjid semata2.
kan dia kata shift...
lagipun memang dituntut i'ktikaf dalam masjid 10 terakhir puasa (sunat muakkad tak silap aku - nabi tak penah tinggal - boleh tolong betulkan anyone?)

tapi memang kalau masyarakat sakit, ulama dan ustaz ada sahamnye..mereka akan kena dulu (kalau mereka tak cukup usahalah)
ada hadis pasal benda ni..aku tak ingat...maybe hamka tau..or sapa2 tau..

kalau tak ulama dan ustaz jadi warak, dan tak praktikkan apa dia ngajor, macam mana nak expect orang lain (aku dan ngko) jadi lebih baik??

pikirlah dalam2 sebelum melenting bulan2 pose ni..

p/s Inni Saim...

Anonymous said...

assalamualaikum wbt bro hamka,

aku rase TG nik aziz ngn haji hadi pn wat 'iktikaf kt msjd cm tkbuat di masjid bro hmka..cuba2lh pegi kt msjd kmpung diorg tgk..insyaAllah ade (cdgn je nih)

hucs,

akula mgkn tkbesa bace entry yg bro hamka tulis so dia punyer tafsiran lain sket..tp bnde yg dia tulis tu ade btul jgk..cthnye aku amik,kbykkan ustaz2 mengajar kt skolah2..masuk pg abis petang,abistu cmne nk wat shift pg kalu sume kerja msk pg..itu satu..yg kedua,urusan ulama2 adalah bkn urusan agama saje,politik ekonomi dll pn trmsk jgk(spt yg dibgtau akula tulh) so mgkn diorg jrg dk kt msjd spt yg bro hamka nak..(ini pndpt aku jgk)

ape2pn bg aku yg jahil lg hina ini,sume ini adalah masalah pendapat..dan mgkn mslh khilaf ulama jgk..walopn sume ahli sunnah wal jamaah (rasenye tkde syiah kt sini) tp percanggahan pndpt msti ade kt mane2..

wallahu'alam bissowab

Anonymous said...

YA ALLAH terlupe..

syukran jaziilan bro hamka atas pengisian ini..

Abu S.H said...

anonymous,
aku bukan nak berdebat...

last points dari aku:

1)ustaz masuk pagi kuar petang - laaaa..benda ni kan bleh adjust...bukan suma ustaz masuk pagi..yang ustaz skolah petang?
how about waktu kerja ulama2? mufti2? boleh buat office dalam masjid....tapi make sure orang senang nak access lah..jangan macam nak jumpa mufti macam nak jumpa menteri besor pulak...


2) politik, ekonomi? ok. realitinya, penah ke kita dengar ulama kat malaysia ni or mufti cakap pasal ekonomi? sekadar beri pendapat tu biaslah. Adakah mereka mengkaji ekonomi? adakah mereka ahli ekonomi. aku tak tau...Politik? peregh...carik nahas la kalau campurtangan dalam politik...hahahah


Diorang boleh carik ilmu di mana sahaja, Boleh buat library kat masjid..

3) Overtime - hamka mentioned overtime...mana ada ulama kerja office hours? patutke? nak waktu personal ibadat? boleh...kalau dah pewaris nabi, tidur pun kena macam nabi..beberapa jam sehari je...
AKU TAK KATA DIOARANG TAK BUAT..AKU BERBAIK SANGKA..CUMA AKU NAK KETENGAHKAN FAKTA DARI ISU@ YANG ANONYMOUS DAN AKULA BENTANGKAN

so sekali lagi, sebab tu aku sokong shift....sebab suma tu boleh adjust..and bukan duduk saje dalam masjid tu..buat la kerja macam biasa, ibadat macam biasa, cuma kalau ada org datang nak mintak nasihat, entertain ler...at least ada jugak tempat mengadu..

KO NAK TAU KENAPA AKU EMOTIONAL BAB NI? Sebab non muslim penah tanya aku, ada tak imam, mufti, ulama dalam ISLAM yang boleh drg masalah orang kat masjid anytime and tolon gpulak solve kan, bagi perlindungan dbsnya? (Macam paderi kristian dengan setia menunggu di church)
Aku jawab: Aku tak tau..mungkin ada, mungkin takde. Korang rasa ada ke????

Sekarang ni, kalau nak ceramah, nak buat program agam, suma nak buat kat kawasan lain, hotel, tempat individu, padang dan sebagainya..and jemput imam...

aku rasa buday tu kena ubah ..walaupun ada perubahan nak mengimarahkan masjid zaman sekarang, tapi macam tak cukup..kena imarah lagi banyak..

buat ceramah kat masjid....bagi orang lagi dekat...bagi orang tau..oo..itu rumah pak imam1, ini rumah pak imam dua, ini email mufti, ini no telefon ulamak...

Jangan sampai ruang kosong ini dimanipulasi oleh pihak lain....
(dah terjadi dahhh)

ok la..aku tanak membebel lagi...
dan sori..aku bukan berdebat..aku menyampaikan pandagan aku yang memang tak punyai mata hati yang tajam.

KESIMPULAN,
baca kitab sirah Nabi, perilaku dan peribadi Nabi Muhammad SAW. Baru kita paham, macam mana ulamak, mufti, ustaz, aku , ngko, hamka dan semua orang patutu jadi...
Kita dah sangat jauh..macam mana nak dapat syafaat nabi...
PULANGLAH...............


Inni Saim...

hamka said...

Akula

kira ‘ok’ ler engkau setuju bukak masjid 24jam ..he he he
boleh tolong buat kertas kerja tak?

-------------
Pencari suami beriman.

Tolonglah doa dengan sebut nama aku depan ka’abah…(berdebar debar rasanya)

----------
ustazmuda

alhamdulillah, dah lama aku menulis, ada rupanya seorang ustaz yang sudi membaca blog aku ini, oh..terharu rasanya, ustaz, tegurlah aku dengan selayaknya ustaz, terima kasih ustaz, nanti kalau ada orang Tanya aku solan yang tak mampu aku jawab, aku forward pada ustaz boleh?!

InsyaAllah..

-------
Anonymous
Waalaikumuslam tak tau nama..

he he he, rumah aku 6 km dari masjid rusila, aku akan pergi ushar tempat tu, insyaAllah.., bestnya dapat beriktikaf di sisi Haji Hadi…he he he

---------
Hucs

Amalam masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW yang sempat aku belajar ada 4:

1-Dakwah(mengajaK manusia kepada Allah)-tugas semua orang islam
2-Majlis imu(mengajaR dan belajar)-tugas ustaz dan ulamak
3-Ibadat-tugas semua orang

4-Khidmat-(mandi mayat/bersih masjid/ cuci tandas/ susun selipar/jamuan makan/nikah kahwin dll)-sukarela..tugas semua orang.

-Dengan Dakwah akan selmat dari tuntutun ummat akhirat kelak..

-Dengan ‘Majlis ilmu’ akan membetulkan niat dan cara berdakwah

-Ibadat akan menjadi seronok bila kita berdakwah..
(macam sahabat yang sanggup terima solat 50 kali sehari kerana rasa ianya satu hadiah natijah dari berbuat dakwah)-hari ini bila ummat tak buat dakwah, ibadat jadi beban, duduk masjid pun rimas—aku ler ni!!!

-Dengan khidmat, dakwah akan ada roh! Orang akan mudah terkesan dengan izin Allah


kau kata: tapi memang kalau masyarakat sakit, ulama dan ustaz ada sahamnye..mereka akan kena dulu (kalau mereka tak cukup usahalah)
ada hadis pasal benda ni..aku tak ingat...maybe hamka tau..or sapa2 tau..

aku kata: hadith riwayat aisyah r.aha lebih kurang yang aku ingat dengan serba lemah.., apabila azab nak diturnkan maka malaikat di perintahkan agar turun kepada orang alim terlebih dahulu kerana membiarkan ummat menderita sedangkan mereka seronok ibadat..(lebih kurang)-harap 'ustazmuda' dpt membantu..

apa-apapun, terima kasih…

Anonymous said...

Pencari suami beriman.

Tolonglah doa dengan sebut nama aku depan ka’abah…(berdebar debar rasanya)

---------------------------
wahh ko bg aku name yek..hehe..
insyaallah aku doakan depan kaabah..nmpk gaya nye kene wat form list name n doa..ramai yg mengirim:p..ko berdebar2? aku lagi la..bercampur baur perasaan aku..hopefully diampunkan dosa n kalu ditakdirkan aku menjadi mayat..(isk..isk..bersediakah aku?)

**daripada cik siti(hehe aku dh ade name)

Abu S.H said...

bakal hj anonymous ,

doakan lah utk ummat islam di malaysia dan seluruh dunia balik ke ajaran nabi, dan ulama tradisional ahli sunnah wal jamaah. dan bukannya interpretasi2 baru dari ulamak2 yang zamannye jauh dari nabi dan para sahabat..
juga semoga kita semua mengAMALkannya...serta beristiqamah

doa kan juga agar umat ISLAM yang tertindas, teraniaya, tersiksa terbela secepat mungkin dengan kembalinya kita semua ke jalan yang LURUS..

doakanlah juga agar kita semua jauh dari api neraka, jauh dari api neraka, dan jauh dari api neraka.

itu saja..senang, tak payah pakai list...

Anonymous said...

http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg05740.html

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4499&Itemid=72

Anonymous said...

hucs,

insyaallah..
tq:)

**cik siti

hamka said...

Siti - Pencari suami beriman.

ingat tu sebut nama aku! Jangan tersalah doa nak suami soleh lalu sebut nama aku atau buat contoh macam aku, buatlah contoh sahabat r.a
He he he

-----------
hucs

tak apa pakai list...
sunnah Nabi bila doa hidayat di samping sebut secara umum juga ada doa khas sebut nama, macam cth: Ya Allah berilah hidayat kepada dua umar dll, penting sebut nama..
jadi nama aku adalah HAMKA !

ps: sebut betul-betul!!! Ingat mayat ingat….(tuhan)

---------
sajanakkomen
terima kasih, lain kali jika di izinkan Allah(aku tak janji), aku buat tazkirah untuk ulamak PAS!!!
He he he

Anonymous said...

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas :
"Demi Keagungan dan Kebesaranku,jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi, lalu Aku melihat mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu(masjid), dan yang saling kasih keranaKu, dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam, maka aku elakkan azab itu dari mereka."

Anonymous said...

emm..betul jugak pe yg bro Hamka ckpkan tu..aku pon stuju..knpa masjid tuh tak diopen 24hours..zaman skrg..bukan semua ustaz betul2 seorg ustaz..wallahua'alam..aku pon anak ustaz..oh..smoga Allah ampunkan dosa2 keluarga kami atas kesilapan yg tak disengajakan dan disengajakan..oh..aku yg jahil..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Hucs, aku pun taknak berdebat, cuma nak mintak kita jangan terlalu fikir di peringkat kita.

Ok, aku bagi soalan. Kalau ko lah, orang suruh ko pergi masjid lepas waktu kerja ko. ko nak? Mesti ada jawapan "Tapi saya bukan ulama', biar ulama' jelah yang pergi" (aku bersangka buruk!)..

Kita fikir dari sudut kita memanglah senang. Abis kerja balik rumah tido bawah ketiak isteri. Takde nak buat apa2 boleh nak keluar dakwah dari pintu ke pintu etc. Tapi ulama'? Mereka ada jadual yang tak tentu, mereka ada program2 tersendiri. mereka ada anak isteri jugak!

Adakah usaha agama ni nak diserahkan pada mereka semata2? bagaimana dengan kita? Tahu komen dan kondem jer kalau tak nampak ulama' di surau atau masjid? Kita tahu tak mereka tu di mana? Mungkin di masjid lain sedang sampaikan seruan Islam? Cubalah jangan bersikap Su'u Dzan (berburuk sangka). Bila kita ada masa nak pergi masjid dan tak nampak mana2 ulama' kat masjid, terus hentam kata ulama' tak imarahkan masjid, ulama' tak iktikaf dalam masjid. Mana tahu mereka tengah buat ibadat lain selain iktikaf i.e. mengajar budak2 kecil mengaji dan sembahyang?


Bagi aku, nak sebarkan Islam TAK SEMESTINYA dari Masjid semata2. Tambahan pulak zaman skrg org dh jauh dari masjid. So Ustaz2 & Ulama' kena KELUAR ke seantero tempat untuk sebarkan Islam kepada orang lain.

Masing2 perlu main peranan masing2. Dan saling percaya. Jangan kununnya kita dah ajak orang ke arah Islam, kita rasa kita sorang jer yang buat kerja. teguran untuk semua termasuk diri aku...


Satu lagi, jangan samakan Islam dengan agama lain. Agama lain hanya setakat dekat kuil atau gereja sahaja tapi Islam adalah CARA HIDUP. Oleh itu, sila kaji semula pendapat ko yang kata ulama' tak kaji tentang ekonomi. Memangla diaorang tak bagi ceramah2 tentang ekonomi tapi tak semestinya diaorang tak kaji. Sebab kalau nak keluarkan fatwa, mesti kena kaji dulu.. Jangan anggap Islam dan perkara keduniaan adalah 2 perkara berbeza. Islam memberikan guideline perkara keduniaan oleh itu perkara keduniaan adalah sepatutnya menjadi sebahagian dari Islam....

Anonymous said...

salam

saya setuju bila semua imam sedia stay masjid 3 shif, n i got few friends di JPA whom can fight those imam -yang berijazah dapat skel gaji 41. (as a reward di dunia yang sementara ini). Actually dorang dah lama minta but skop kerja tak banyak, so kalu dapat imarahkan masjid dengan dakwah, taklim taklum, ibadah dan khidmat sure Pak Lah pun setuju ;)

Orang sakit fizikal masuk sepital sebab perlu kepada suasana yang betul, ada doktor, ada nurse n persekitaran yang baik.
Orang sakit rohani pula kena selalu masuk masjid kerana doktor pakar rohani ialah Allah swt dan suasana yang baik dan paling mujarab ialah suasana masjid yang banyak amal agama.

~Ya Allah berikanlah kami cahaya hidayah seperti mana zaman Baginda SAW serta para sahabat r.hum~ -nas

Anonymous said...

Sebut tang masjid, saya cuma tahu satu masjid yang memang buka 24 jam... masjid UIA (siap ada ust yang jaga malam-malam; sensiang pejabat ada). Best apa duk masjid, nampak kereta mayat tiap-tiap hari. Dan masjid UIA memang banyak fungsi. Salah satunya jadi tumpuan jadi tempat belajar di musim exam. Ramadhan ni lagi penuh.

Abu S.H said...

akul...

1. aku tak samakan islam dgn agama lain...aku cakap pasal gap yang jgn dimanipulasi

2. aku tak bersnagka burok dengan ulamak (aku dah tulis apa)aku kata aku tak tau

3. hamka dah jelaskan peranan ulamak, dan bukan ulamak macam kita

4. aku tak tido bwh ketiak isteri sepanjang masa

5. masjid tempat berdakwah memang sesuai..ada NURnye tersendiri...kalau yakin, usaha sungguh2, doa, Allah akan bawak orang ke situ...itu kan RUMAH ALLAH


6. Aku dah kata, teguran yang boleh dilihat secar positif, bukan komen dan kondem..itu negatif

7.i'tikaf mestilah di rumah Allah..bukan di rumah sendiri

8. masjid kosong? ulamak/ustaz pegi masjid lain? mana ustaz/ulamak masjid 'lain' tu pegi pulak?

9. pasal overtime - ilmu depa ni luas...Allah tak bagi ilmu kat depa saje2...kalau aku sanggup pun, sapa nak dengar cakap aku..ngko pun tanak dengor...

10. tengok haitdh dari aisyah r.a yang hamka tulih. sebab tu la jugak kena ingatkan ulamak (yang mana tak ingat la) diorang pun macam aku gak..bukan maksum..

Anonymous said...

Sebuah hadis yang memberi erti: Akan tiba kepada manusia suatu zaman. Tidak ada lagi Islam melainkan pada namanya. Tidak ada ad-din melainkan pada tulisannya. Tidak ada al-Quran melainkan untuk belajar cuma. Mereka memakmurkan masjid, tetapi sunyi daripada sebutan nama Allah. Orang paling jahat pada zaman itu ialah ulama mereka. Dari mulut ulama jugalah keluar fitnah dan fitnah itu kembali kepada ulama. Dan itulah salah satu daripada alamat kiamat.

Anonymous said...

siapa itu ulama yang sebenar?

-Mereka adalah golongan yang selaras dengan apa yang disebutkan dalam al-Quran surah Fatir: 28 sebagai golongan yang paling takut kepada Allah

-Pengiktirafan yang diberi adalah kerana ilmunya yang memberi manfaat, tutur katanya meninggalkan kesan yang segar, buku-buku dan hasil penulisannya tersebar luas dan akhlaknya menarik.

-Mereka adalah penegak perkara-perkara baik (makruf) dan penghalang segala keburukan (mungkar) yang meliputi mungkar kejahilan, kemiskinan, kemunduran dan segala bentuk kelemahan.

- Ertinya ulama itu adalah golongan yang gemar kepada apa yang diredai Allah dan jauh daripada apa yang dimurkai-Nya.

Mereka adalah contoh teladan atau obor masyarakat

Syeikh Mustapha Masyhur dalam bukunya Al-Qiadah Wal-Jundiyah telah mencatatkan beberapa ciri yang patut ada pada seorang yang bergelar ulama. Antara lainnya:

-Sentiasa mengharapkan keredaan Allah.

-Jauh daripada penyakit hati yang dapat menghancurkan amal usahanya seperti riak, gila kuasa, kejar pangkat, cari pengaruh dan sebagainya.

-Berperangai penyantun, kasih sayang, lembut dan ramah.

-Suka bersahabat dengan semua orang tanpa memilih orangnya.

-Benar dalam kata-kata, perbuatan dan sikap.

-Pemaaf dan mampu menahan marah.

Ferdaus said...

Kau puasa ke hari ni? Puasa?.. aa bagus... puasa tu, kena lah puasa mulut juga kan? Kurangkan cakap, lebihkan ibadat. Takde apa-apa, cuba ingatkan diri sendiri ni yang lupa.. hmm sebenarnya malas tu... yang nak beribadat lebih sikit.

Satu aku nak tanya lah... bukak TV je tengok pompuan, yang dah tentunya Islam (pada nama)... tapi tak pakai tudung tutup rambut.. Erm.. Rambut tu aurat kan? Lebih-lebih lagi bulan puasa ni... Puasa apa nama nya tu ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum

Hucs said:

8. masjid kosong? ulamak/ustaz pegi masjid lain? mana ustaz/ulamak masjid 'lain' tu pegi pulak?

Aku tak sanggup nak bersangka buruk pada ulama'. Sekurang2nya mereka ini berilmu kalau nak dibandingkan dengan aku yang jahil serba serbi ni.

So kalau aku la, walaupun aku tak pernah nampak ulama' kat masjid tempat aku, aku masih tak sanggup nak "tegur" atau "tuduh" ulama' tak beriktikaf atau tak mengimarahkan masjid atau nak tanya soalan "Mana semua ulama'2 dan ustaz2 pergi?" sebab kemampuan aku hanyalah melihat apa yang ada di depan mata aku i.e. masjid yang aku solat sahaja walhal terdapat berjuta2 lagi masjid di dunia ni yang aku tak tengok......

Ulama' tak maksum tapi jangan kita cuba nak timbulkan pertikaian yang kita sendiri tak pasti yang akhirnya memberi fitnah kepada mereka kerana mereka adalah pewaris para nabi. Aku pula pewaris harta ayah aku jer....

Ferdaus said...

Bukan aku nak berdebat pasal kita ni tak alim, yang pak imam/ustaz/ulamak tu lebih alim dari kita jadi tak boleh dikomen...

Kita pun faham, sekarang ni pak imam/AJK Masjid ada kerja masing-masing, ada tanggungjawab dipejabat dan sebagainya.

Cuma, apa yang Hamka utarakan ialah ketidakfahaman kita pada perbuatan iktikaf dan qiamullai yang sepatutnya kalau nak dibuat, ikutlah sunnah Nabi S.A.W.

Jadi, soal sangka buruk 'ulamak pergi masjid mana' tak sepatutnya timbul langsung.

Pada aku, lebih baik kalau Encik Akula adakan blog sendiri dan utarakan pendapatnya diblognya sendiri.

Hamka dah jelas kata dia bukan pun ustaz, lagipun tempat ni untuk memberi komen, bukan untuk berdebat.

p.s. Ayah aku takde harta apa pun nak diwariskan. Kira beruntung dan alhamdullillah kalau ada harta nak diwarisi... kan? Kita sendiri, apa yang kita nak wariskan kat anak kita??

Anonymous said...

Assalamualaikum wrth,

Nak tanya En. Hamka, mengikut kata2 En.Hamka bukanlah ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, maka En.Hamka ni siapa ?

P/s- aku tak merasakan aku hamba Allah sebab aku masih tak dapat dengar Allah katakan padaku aku ni hambaNya.Tlg En.Hamka komen daku yang suka buat dosa ini.

Anonymous said...

Hmmm... interesting.. (reading all the comments).. bulan puasa banyak2kan bersabar n berlapang dada, k?

ps: Kita semuanya hamba Allah.. cuma bezanya, ada hamba yg dgr kata, n ada hamba yg tak dengar kata.. kalau ada org ckp dia xnak jadi hamba pun.. hakikatnya mmg kita semua ni hamba, nk wat mcm mana, kn... tiap2 hari pun dpt upah jd hamba (tu, rezeki yg Allah kasi byk2 tu.. sbb kita ni hamba Dia laa).. kalu ada yg xnak jd hamba Allah, kata kt dia jgn amik rezeki yg Allah kasi (ie: jgn mkn nasi Allah kasi, jgn minum air Allah kasi, jgn nafas oxygen Allah kasi..etc)
so.. conclusionnya, kita cuba laa jd hamba Allah yg baik, ie: dgr kata.. insyaAllah (",)v

Abu S.H said...

waalaikumussalam akula..
mari mulakan hari baru..

ramadhan yang ke enam, jumaat yang pertama....

kita dengan pendapat masing2...

hamka...sori aa...macam buat blog sendiri je aku ni..hehe..

hamka said...

hanisumayyah

Terima kasih Puan…

---------
elcoyote

Oh, anak ustaz rupanya…, walaucamnepun kita tetap kena hormati orang alim, kalu tak Nabi tak mengaku ummat..oh!

--------
Akula

Waalaikumusalam..

Tak kisah kau nak cakap apa apapun, bila kau setuju masjid bukak 24 jam, kira dah ‘ok’ ler tu..
Terima kasih…

--------
Nas
Salam

Aku aminkan doa kau..AMIN!!!

--------
Athfalul-Hijarah

Bestnya dan baguslah macam tu, itu yang terbaik…, good news!

--------
hucs/akudia

Sebenarnya golongan ustaz dan ulamak ini banyak kena mengena dengan aku, bapak saudara, adik, abang, jiran, sepupu, imam besar masjid terapung dll..

sebab tu aku tulis..; “ni kat tempat aku ler, nie..”

--------
Anonymous

Terima kasih atas info saudari, err saudara, eh!

--------
Ferdaus

Lepak masjidlah bagus, tak de TV..he he he , tapi ada TV dlm otak yang selalu imagine bukan bukan..oh!

Ps: yang pasti, badan kita waris ulat bila jadi mayat..

-----------
Bukan hamba Allah?

Waalaikumusallam warahmatullah
Siapa aku?
Aku adalah makluk asing yang cuba menakluki bumi(tak lawak)
Kampung asal aku shurga, tok nenek aku buat silap kena usir ke bumi, untuk kembali ke kampung asal kena jadi mayat, tapi rupanya ada dua jalan, ada pulak kampung neraka yang dahsyat!!!, so kat bumi ni, kita adalah hamba Allah, kat surga tetap hamba Allah, kat neraka pun sama!!!

Ps: walaupun kita tak mengaku mak kita tu mak kita, tapi dia tetap mak kita sampai bila bila…

Kan mak kan? Isk..isk.., bangunlah mak!
(sambil memegang batu nisan)

---------
hm
terima kasih..

Abu S.H said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu S.H said...

renungkan:
1. skang ni masjid tempat orang buang anak..sebab apa? sebab aku tak jaga masjid - takde orang kat masjid (tak leh kata orang lain, aku sendiri)

2. masjid tempat gay buat maksiat kat kelana jaya

3. kolah masjid utk mat rempit mandi berendam

4. masjid tempat orang pencuri mendapat habuan...(pancing duit tabung derma...hehhe)

5. masjid tempat orang curik dompet/beg tangan (masjid terapung..erk..)

6. masjid tempat orang reformasi lari

7. masjid tempat polis kepung orang reformasi..hahaha

oh masjid.....zaman la ni...

mesti sebab aku tak apply keja shift (again tak leh nak tuding jari)

hamka said...

betul tu.., shift tu bukan untuk ustaz dan ulamak sahaja, shift tu untuk semua orang lelaki yang berugama islam, tapi..(ada tapi tu)
Ustaz dan ulamak lagi lagilah kena terlibat!!!

Anonymous said...

sahabatku hamka..
andai kata dulu ketika aku hilang akal ,ilang pertimbangan dan hilang arah ..masjid buka 24hours..aku kira aku takan jadi nazak begini ketika ini.. : (

PS: aku dh beli kain batik lepas untuk tutup mayatku nanti.. **sjak akhir2 ni aku fikir aku akan mati je, hamka...**

moga Allahswt panjangkan dan berkatkan ke atas umurmu hamka..supaya ko trus menrus mnyeru ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

sampaikan salam syg buat isteri..katanya padanya..Allahswt sediakan payung emas sekiranya dia redha.

hamka said...

kau juga boleh beli, batu nissan dan letakkan di halaman rumah..,

terima kasih kerana sudi berdoa...
masjid itu tanggungjawab ummat islam..

hari ni org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa-apa, takpe sebab mereka kapir.., tapi kita org islam, apa perasan aku?

Abu S.H said...

beli la keta mayat sekali..
buleh rasa naik keta mayat sendirik.
pastu beli 'bedoza' jugak, boleh korek sendirik..
banyak lagi boleh beli..

hucs tgk masjid kosong rasa hairan..ye la sebab hucs tak bukak lagi kunci masjid tu....mlm tadi pak imam konci..(ni bukan nak salahkan pak imam atau keluarga mereka yee)
hehehe

Anonymous said...

Sekarang nih aku rajin jugak lee siang siang aku gi masjid niat tu nak i'tikaf le...

Kita nih manusia lemah... bulan puasa yang setan di belenggu nih pun tak dapat banyak sangat yang mampu aku buat kat surau / masjid... Banyak tidur jeee...

" YA ALLAH KAU TAMBAHKANLAH KEIMANAN KU DAN PERKASAKANLAH LAGI DIRIKU ... TOLONG TEMUKAN DIRI KU DENGAN ORANG YANG MAMPU MEMBANTUKU KEMBALI KE JALAN MU YA ALLAH, AMIN"

hamka said...

Hucs

Aku dengar masjid Nabawi yang hidup 24 jam zaman Nabi dulu, sekrang nipun diorang kunci,

fahamlah aku kenapa umat islam jatuh dan di hina sehinanya..oh

-----
Ananymous

Alhamdulillah, dah dapat tidur di masjid dengan niat beriktikaf.., tak lah kosong masjid tu..

kau dah masuk shift siang, siapa pulak nak buat shift malam?

(aku ler,,oh)

Anonymous said...

selamat hari raya,

memang selalu kunci kan mesjid arini? sebab xde orang jage...kat sini pun ade satu masjid (aku rahsiakan name...nnt korang tau lak masjid tg chat)...pas semayang isya', aku nk smayang sunat pn gelebah...dah tok siak, bilal, imam dok sibuk mengunci pntu...xkan aku nk i'tikaf dalam terpaksa!!!

hamka said...

"serambi mekah" pun kena kunci..

ps: Masjid Nabawi yang hidup 24 jam zaman Nabi, sekarang ni pun diaorang kunci..oh!

Anonymous said...

baru jumpa blog nii.. bagus ma.
tapi ada ke ustaz atau ulamak baca??
balik balik kami yang jahil ni jer yang baca dan setuju...

hamka said...

kau kahwinlah dengan ustaz/ustazah..

lepas tu bagilah tazkirah pada mereka..hihi

Anonymous said...

hmm..
bagus jgk komen ni..
tp pelik jgklh.manusia skrg ni sk srh org buat tp diri sndiri tak buat...jgn hrp ustaz2 atau mereka yg bergelar ulamak je..sbb tggungjwb terletak pd seme umat islam..quran tak ckp pn kt ustaz2 atau mrk yg tahu ilmu agama je...jgnlh sll bg reason 'saya ni bkn ustaz..sy tak tahu bab2 agama ni..cb fikir klu org hindu ke cina ke dgr kita ckp cmtu...dia kutuk agama kita..so jgn krn kita jd fitnah pd agama...

jadi sy rs klu de sape2 yg de kesedaran dlm agama baik mulakn dl..jgn nk hrp org lain wat..mgkin dr kita org lain dpt hidayah..pahala kita jgk besar..
maaflh sy bkn nk komen ape2..cm kdg2 terfikir gelagat manusia...sk hrpkn org lain...tp jgn fikir sy ni ustaz lak...sy pn org yg amik bisnes study...maaflh byk2...

hamka said...

betul...

bukan sahaja ulamak pewaris Nabi..
nanti jadi macam father dan sister kristian, sebab mereka sajer just boleh ikut Nabi isa, tak kahwin dll..

jadi..
UMMAT ADALAH PEWARIS KERJA NABI..SEMUA!!

dermawanpemurah said...

benar. kalau masjid bukak 24jam takdelah aku jatuh bangun jatuh bangun sorang2. tak jumpa ustazla kan kat masjid, tp at least ada bini dia yg bleh aku rujuk. senang sket. (uh air jernih mengalir deras di juring mataku, juga di tubir hidungku). sedih kan. alhamdulillah aku tak sesat. dan jumpa jalan pulang.(harapnya).


terima kasih pakcik hamka. walaupun ko tak faham apa yang aku merepek ni, aku sayang ko jgak.terima kasih


(dah, aku nak pi carik kain kesat pape yg meleleh ni sbb aku takde tmpt nak kesat ingus mcm ko)

hamka said...

hampir setiap entry kau komen, kira pembaca setia nih..

: )

Latifah said...

emmmm...
aku suka baca komen2 dari yang membantah... sebab macam kelakar pun ada.
hamka tak menyalahkan pun, cuma memberi pandangan je kan.
memang setiap insan bertanggungjawab untuk memakmurkan masjid ni.
aku sendiri ada pengalaman pasal surau/ masjid berkunci.
pernah sekali nak solat isyak (giler lambat dah waktu ni) pasal layan midnight ngan kawan2, tapi masjid kunci. kan haru tu. telekung lak lupa bawak. mujur aku pakai tudung labuh dan baju kurung time tu. jadi tudung dan kain aku dipinjam oleh kawan2 untuk solat. errr... masjid kat area UM.
surau memang selalu kena kunci, aku selalu payah nak solat dhuha kalau gi mana2(bila kena keluar awal pagi) sebab surau kunci. pernah je aku belasah solat dhuha kat luar surau (kat puduraya).
ermmm... terkadang terfikir, payah juga nak beribadat kat Malaysia ni kan, kan...

hamka said...

hmmm

sunsea'r said...

Pendapat & pandangan yang baik serta bersifat terbuka. Alhamdulillah.

hamka said...

semoga Allah ampunkan dosaku jika ada yang terkurang sana sini

Bintu Rajali said...

aku baca post ini pada tahun 2014...8 tahun kemudian...keadaan nya masih sama...oh, ummat sedang menderita...

p/s : tadi aku skip terus ke post june 2014... bila aku kembali ke 2006, entri ini masih releven pd masa ini...

Ya ALLAH, pandanglah kami...
Ya ALLAH, gunakanlah kami...