Sep 29, 2006

Nak Naik Kereta Mayat?


(hanya sebuah iklan...)

Hari ni, sekiranya sudi, silalah jadi Mat boring sekejap, dengan membaca cerita merepek dari aku yang sedang ‘idle’ ni..oh!

Bermula cerita.. Aku berkahwin pada umur 25 tahun… sama umur dengan Nabi Muhammad SAW…(kononnya), tapi aku tak mampulah pulak nak kahwin ngan janda jelita lagi hartawan…oh!, la ni dah 4 tahun kahwin dan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang telah kurniakan kepada aku yang berumur 29 tahun ini akan anak seramai 3 orang…subhaallah, bolehlah di katakan setahun seorang…tak pandai pulak aku nak ikut sunnah bab menjarakkan anak ni, sebab sunnah menjarakkan anak adalah 2 tahun lebih kurang…, kita hanya mampu merancang atau membuat pilihan..Namun hanyalah Allah yang telah Menentukan segalanya dan membuat keputusan kesuluruhannya,,semua dari Allah..!!!
Dan jadilah aku hamba bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung…(hendaknya)

(OH! Belum lagi jemu layan kartun dan komik..Dah jabi bapak budak kepada 3 anak rupanya aku ini…!!!)

Bila dah ada anak ni, aku ter-paksa memahami/difahami/kefahaman melampau/berkefahaman: akan satu penyakit yang biasa di hadapai oleh bayi yang baru lahir iaitu 'demam kuning' atau yang juga dikenali sebagai 'jaundis'.

Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan.
Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan.
Anak aku yang lepas-lepas (keduanya lelaki) tak kena pulak demam kuning, tapi anak aku yang perempuan ni, tiga kali aku kena bawa ke hospital untuk di buat pengujian darah, dan Alhamdulillah, anak aku tak kena tahan wad, demam kuning anak aku masih lagi dalam keadaan stabil dan terkawal! Shukur!

(eh! Apsal aku melalut cerita pasal demam kuning pulak ni? Arghhh!..Korang kahwinlah dulu, nanti korang tahulah sendiri-insyaAllah)

Sambung balik, semalam aku start kerja setelah seminggu lebih bercuti sempena kelahiran anak ke tigaku…, semalam juga, aku balik kerja jam 5 petang macam biasa, tapi rupa-rupanya boss aku bagi balik jam 4 petang sempena ramadhan daa!!.., patutlah opis lengang semacam..terima kasih boss!!!, BEST boss, sebab Allah dah janji akan lepaskan azab api neraka pada mana-mana majikan yang meringankan beban pekerjanya!!!dan Allah jualah yang menggerakkan hati boss untuk buat keputusan, semua dari Allah..!!!

-----------

Cerita Entry yang lepas, bila aku tulis nasihat untuk Ulamak, ada yang tak suka, terlalu berterus terang katanya.., terlalu keras dan aku di nasihatkan supaya tidak lagi menasihati ustaz dan ulamak…, dengan alasan: 'aku tak layak-aku bukan ustaz'…, dan aku hanya sesuai buat lawak mayat sahaja katanya…, betul tu!! Tersangatlah betulnya!!!

Maka aku yang sedang boring ni, mulalah merepek… dengan mengarang sebuah iklan sempena Hari Raya, aku bercadang nak post iklan ni bila dah dekat-dekat nak raya, tapi oleh kerana korang semua nak beriktikaf besama ustaz dan ulama pada 10 terakhir ramadhan, maka terpaksalah aku post hari ini…

(maafkan aku kerana iklan ni agak boring dan merepek..)

IKLAN HARI RAYA!!!
(Di taja oleh Kereta Mayat)

Bayangkan bumi di lihat dari bulan-indah membiru..

Ok, 'zomm' kepada Malaysia…

Ok, 'zoom' lagi kepada Negeri terengganu…
Dah nampak Negeri terengganu? Ok, zoom pulak pada Kuala Terengganu..

Last sekali,' zoom' kan hulu sungai ibai…
Maka korang akan dapat melihat akan seekor jin yang sedang makan ikan dari lukah atau bubu (perangkap ikan daa)..jin tu tak posa…!

Eh, eh! Siapa pulak yang keluar dari semak?, Pegawai jabatan ugamakah? Hebat! Ada pegawai jabatan ugama menangkap jin yang tak puasa..

Hah, Jin tu kena pukul..?, adoi, sakitnya jin tu..yang pukul jin tu pula hanyalah seorang manusia yang sebaya dengan umur mereka yang dah mengundi dua kali..,

Lihat sekarang! Jin sedang merayu mintak ampun, mereka sedang bertengkar!!! Sedang janggut jin, di cekak oleh manusia itu..

Nampaknya ada tanda persetujuan dari mereka.., apa yang aku paham, jin tu telah mencuri ikan kepunyaan manusia itu dan sekarang tuan punya lukah itu sedang mintak ganti rugi agaknya…

Nampaknya ada aksi yang tak beberapa sesuai untuk bulan puasa ini, cuma apa yang aku ‘nampak’ si jin tu sedang muntahkan balik ikan yang telah di makannya..sungguh kotor dan menjijikkan..!!

Arghhh, yang ni lagi menjijikkan!! Si manusia itu makan pulak muntah jin tersebut!!!

Sekarang sesudah manusia dalam visual itu memakan muntah jin tersebut, kelihatan manusia itu berlari dan berlari dengan begitu cepat sekali dan akhirnya tiba di sebuah lebuhraya…

OH, OPS! Arghh, tidak, sungguh ngeri!!!
Manusia itu berdiri di tengah jalan raya lalu datang sebuah kereta yang meluncur dengan rakusnya dan terus melanggar manusia itu dan mayatnya terseret ke bawah kereta.., tiba tiba datang pulak lori tangki minyak melanggar belakang kereta itu…dan di hadapan kereta itu ada bas, maka kereta itu telah tersepit antara bas dan lori tangki minyak.., plat lori tangki itu patah!

Kelihatan orang ramai mulai datang mengurumuni tempat kejadian (alahai, Malaysia memang macam tu..), kereta, van, motor mulai parking dan keluarlah penonton berduyun duyun mengerumuni tempat kejadian .., jalan mulai sesak, dan kenderaan di laporkan bergerak perlahan, sementara di persimpan jalan, kenderaan di laporkan merangkak-rangkak!

Bomba dan ambulance telah datang, sedang bomba cuba keluarkan mayat ‘lelaki-yang makan-muntah-hantu-lalu-rasa-dirinya-serba-kuat’ tu dari bawah kereta yang tersepit antara bas dan lori, tiba tiba tangki minyak yang di bawa lori itu meletup!
Bas juga meletup!
Kereta bomba juga meletup!, ambulance pun sama!
Semua kereta penonton meletup!!! hancur berkecai-kecai…, mayat berteraburan di sana sini..

Ok, sekarang 'zoom out' kepada bentuk bumi kembali, bumi yang di lihat dari bulan..

Dan bayangkan bumi juga meletup!!!!!!!

WA KA KA BOM BOM BOM!!!!!!

Sekarang skrin gelap..lalu keluarlah perkataan…

SEMUA ORANG AKAN MENJADI MAYAT

..............
..........
.....

ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA…

..........
....
..

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENAIKI KERETA MAYAT?

Sekian….
-------
Apakah moral di sebalik iklan ini?

Moral di sebalik iklan atau cerita Badang dan Jin di atas adalah…

AJAL DAN REZEKI KITA TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA!!!

KITA LIHAT PADA BADANG, SELEPAS MAKAN MUNTAH HANTU BERDIRI DI JALAN RAYA KERANA YAKIN BADANNYA TELAH KUAT BOLEH MENAHAN REMPUHAN KERETA, TAPI SEKALI, JADI MAYAT DAA…, AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH…

BEGITU JUGA REZEKI BADANG, WALAUPUN IKAN ITU TELAH DI MAKAN OLEH JIN, TAPI OLEH KERANA SUDAH TERTULIS IKAN ITU ADALAH REZEKI BADANG! MAKA JIN TU TERPAKSA MUNTAH BALIK IKAN TU UNTUK BADANG MAKAN…SUBHANALLAH!!!

Selamat berbuka puasa!!!!
Dan berhati hati di jalan raya…

-----------

Nota kaki: Sedang aku khusyuk menulis, Tiba tiba isteriku datang lalu memicit micit lenganku dengan jari tulunjuknya,, sebaik saje jarinya di alihkan kulitku ynag kemerah merahan bertukar kepada warna kuning selama beberapa saat..(sebenarnya hitam kepada coklat..oh)

Eh, abang kena syndrome penyakit ‘kuning’..bahaya ni, biasa baby yang baru lahir sajer kena syndrome ni.., kena buat ujian darah nie, bahaya jika melebihi 240 umo l/l

Ha ha ha! Isteriku buat lawak mayat ler pulak..

Ok, lah sampai sini sajer, maka aku ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa pada korang semua!!!

(Maaf, kerana sudi melayan ke-merepek-kan aku hari ini!)

Ps: Sudahkah anda bersedia menaiki kereta mayat?

39 comments:

Anonymous said...

Yes! aku berjaya menjadi pengomen pertama!! hehe..ok smbung bace blog ko balik..(sabo ajelaa..)

**cik siti

hamka said...

.bini aku tanya.. cik siti mana?
bukan puan siti sebab dah dpt Pak besaq...?

aku kata: yang nak cari suami beriman tu, bakal hajjah, kena cari abang haji lah jugak kot..

Anonymous said...

A"kum Hamka, Tahniah dapat anak perempuan kali ni. Dari kecik lagi dah nak tunjuk lebih susah jaga anak pompuan. Untuk akan datang cuba lah ikut sunnah pulak, kalau lebih iktikaf kat Masjid boleh kut boleh kut?

Tentang entri yang lepas tu, ada yang rasa pedaslah tu. Sesekali bagi peringat takpa lah kan.

Harap Hamka sentiasa menulis untuk bagi peringat, mana tau kot insaf dan boleh siap sedia bersedia.

Abu S.H said...

hahaha...
masa bumi malatop tu kan, alat yang zooom ke bumi tu malatop jugak tak?
sapa yang tengah zoom? satelite google ke atau angkasawan dari malaysia????

Anonymous said...

haha..kem salam kt wife ko..aku baru balik honeymoon kt hawaii ngn abg K ni..nnti aku bg dia strawberi cicah coklat..hehe..Abg haji??opss..tak termasuk dlm kriteria..hehe..nway,congrates dpt anak pompuan:)

zabs,
aku penah dgr org ckp jage anak pompuan nih lagi payah dari jage sekandang lembu..patutla ayah aku beria2 soh aku kawin cepat..isk..isk..(padahal aku masih dlm kategori wanita muda..takdele desperate nk laki..haha.jgn jeles!:p )

eh lagi satu aku nk tanye: nape dlm previous entry(yg mane tah aku tak ingat) ko ade mentioned PEREMPUAN jgn ske melengah2kan solat? Bukan laki pon ramai gak ke camtuh..tlg explain..aku konpius..

**cik siti(pemandu keta berhemah)

Anonymous said...

hmm..assalamualaikum sume! n slamat berpuasa..
bile bace entry..baru tau yg jarak anak seelok-eloknye 2 tahun..ade dalil ke??

nk tny la..asal title entry sume ade tanda soal ek??just wondering..
senyum sokmo=)

hamka said...

zabs

InsyAllah, bulan posa ni doa makbul, mintklah dengan Allah supaya buka hati aku untuk menulis…terima kasih..

Jaga anak perempuan susah?
Semoga aku tidak di uji dengan ujian yang berat

-------
Hucs

He he he, sebab tu iklan ni tak siar lagi kat TV,sedang tunggu angkasawan Malaysia

-------
Cik siti

Akucakap pempuan jangan solat lengah2 sebab pempuan tak wajib solat jemaah, so kenalah solat awal waktu, yang lelaki aku mentioned solat jemaah, automatic solat awal waktu..insyaAllah..

-------
Annnaymous

Ada dalilnya, tapi aku tak ingat, nanti aku ingat, insyaAllah?

Kenapa ada tanda soal?
Sebab.. selepas kau jadi mayat ada 5 soalan kat dlm kubur…, lepas tu kat padang mahsyar ada lagi 4 soalan, lepas tu banyak lagilah, so sekarang belajarlah menjawab soalan…

Anonymous said...

tahniah..syukurlahh..
apa namanya baby perempuan ?

Anonymous said...

Formula pemakanan genius-genius Islam
Assalamualaikum w.b.t …

Rasa macam ada manfaat untuk didik anak saudara Hamka ni dan pembaca lain, elok kongsi walaupun panjang sikit (maaflah.. teringin nak copy paste kat sini w.pun tak relevan sangat), ambillah mana-mana suka dari macam-macam makanan yang tersenarai ni.
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan
kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu
adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein,semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran
menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan
bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

BooK said...

macam nutritionist...

Anonymous said...

oh mcm tu ke..mekaseh bro:)

wahh kak hanisumayyah..bagusnye info..pasnih leh amalkan(^_^)

**cik siti situ

Anonymous said...

tahniah buat hamka..semoga anda sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah

Anonymous said...

hi, sy salah seorg dr pembaca senyap (a non muslim).
hari2 mesti nak kena check out ur blog..u've done a superb job! baca pun tak boring..n congrats for a superb writing!minat yg ada makin bertambah2 nie. :)

Maryam said...

tiba-tiba terfikir, kalo kereta mayat jadi teksi (bleh muat banyak barang dan orang..) dengan hanya menambah tanda teksi je (sah, sah la ada ayat kullu nafsin za-iqatul maut), ada ke orang nak naik (especially yang memborong x hingat)? Teksi khas di hypermarket...

MHidzir aka Embun said...

Jagalah tahap bilirubin anak anda..

hamka said...

maniss

Najiha...
(Syair buat Najiha Hamka)

-------
hanisumayyah

Terima kasih, isteri saya tumpang gembira..
doakan kami yang sedang bahagia ini selamat dari azab api neraka..

Aku tulis apa yang dah di amalkan..insyaallah!

1) MADU aku buat ubat demam dan batuk serta selsema-insaAllah, sangat mujarab dengan izinnya...

2) KISMIS-aku bagi anak aku makan macam gula-gula...

3) SUSU SEGAR-yang ni susah sikit, aku bagi suus tepung ajer..

4) TELUR- pagi pagi makan telur separuh masak, anak aku suka makan ngan kicap...

5) HALIA-yang ni best, rebus bersama teh, dan buat teh tarik..best! dengan izin Allah, nak kencingpun lawas..

6) LIMAU OREN-aku suka bagi anak aku minum jus oren..

10) DAGING AYAM-selalu gak makan/aku lebih suka ikan!!!

12) HATI-wah, fouverate aku ni!

13) KEKACANG-makanan kegemaran seluarga!

19) LABU aku paling suka sup kuah labu, campur lada hitam, pergh..., sunnah nabi ni..

------
BooK

macam-macam!

----
cik siti situ

sama-sama...:)

------
SHE

Alhamdulillah...semuanya dari Allah..

--------
interested!

u r non muslim?
wahai bakal mualaf : aku doakan kau mati dalam ugama islam..!
dan jadilah orang islam yang cool macam Nabi muhammad SAW dan para sahabat.., jangan jadikan org islam zaman ini sebagai contoh, aku pun jangan sekali-kali jadikan contoh, aku kena ikut Nabi Muhammad punya contoh, dan semua ustaz dan ulamak pun kena ikut Nabi dan sahabat!! apatah lagi bakal mualaf macam engkau..

ps: aku terharu bila ada non muslim baca blog aku..., ingat, non muslim pun jadi mayat! dan sangat merbahaya jadi mayat non muslim...oh!

Ya Allah, jangan lah jadi kan aku tergolong dalam non muslim dan jangan sekali kali Ya Allah kau matikan aku sebagai non muslim, please Allah, please..mohon dengan SANGAT,
MOHON DENGAN SANGAT!!!!

(untuk lebih syahdu, aku taruk lagu latar..)

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi
Fahablii taubatan waghfir dzunuubii
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

-------
Inqilaab

Satu cadangan yang unik, betullah, susungguhnya mati itu satu nasihat..

-------
Emphbone

sekarang masih tahap terkawal..148, doakan semuanya selamat!

Abu S.H said...

interested!,

wekam..wekam..
please stay online with this blog. tak rugi...
-ada apa2 soalan, ajukan kepada:

keretamayat@gmail.com hehehe (aku tak pandai jawab, hamka memang terel)

p/s tabligh hamka, tabligh..hehehe

Anonymous said...

salam..sorry, mencelah jap...pasal rahsia pemakanan tuh..otak ayam? bior betul?!!
~~quote:
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
~~end~~

Abu S.H said...

khasiat pemakanan yang seterusnya :

- otak-otak kuala besut + air kepala
- satar
- kepok lekor

khasiat: memberikan kecerian kepada orang ganu dan bukan orang ganu...

Anonymous said...

hi,

hamka, hucs,
nice blog indeed and very informative. thanks a lot!
wpun kdg2 kena baca 2-3 kali sebab x paham. :)

p/s: soalan2 telah byk terjawab ttp masih tidak cukup kuat...

Anonymous said...

Utk Cik siti...(tolong tambahkan jawapan En. Hamka)
Sebab perempuan kena solat awal waktu; Ditakuti datang 3 perkara,iaitu;
1. Maut
2. Haidh/Nifas
3. Tetamu

Nak tau ganjarannya kalau solat awal waktu;
1. Dimurahkan rezeki didunia
2. Diangkat siksa kubur
3. Diberi buku amalan tangan kanan
4. Melintas ttian sirat sepantas kilat
5. Masuk syurga tanpa hisab

Tq.

stROZze said...

Salam kenal. Apsal Kuala Ibai aka Koliba menjadi tempat cerita ni?

hamka said...

hucs

bukan sajer tabligh, tapi amanah, sidiq, fatonah sekali..!

ps: Oh rindu aku pada ‘akok keduk’!

---------
izzat

Aku pernah jumpa satu riwayat yang menyatakn siti aisyah r.ha tak makan ayam kerana Nabi tak pernah makan ayam, namun yang pasti ayam adalah makanan yang halal..walahualam..

------------
interested!
hi,

kau kata soalan2 telah byk terjawab ttp masih tidak cukup kuat...?
itu merujuk kepada ilmu aku yang lemah..bukan kepada ugama islam itu sendiri, maafkan aku bila tak dpt bagi jawapan yang cukup kuat, aku baru belajar sikit sikit..

-----------
hanisumayyah

Terima ksh atas info anda…

Amat bahaya bila wanita lengahkan solat lalu datang haid, lepas tu pulak jadi mayat, maka dia telah berhutang satu waktu dengan Allah! Satu waktu tinggal solat layak masuk neraka selama 60 tahun lebih kurang!

---------
Strozze
Salam kenal.

He he he, sebab dekat kampung aku, sajer promosi terengganu bestari

Anonymous said...

hahaha...nice iklan raya..semua jadi mayat..huhu

Abu S.H said...

bab fatonah yang paling kurang ni...
tapi sonang je kot kalau selalu ingat mati..hehehe

bab siddiq..hehe...kadang2 kena kelentong boss, oditor...oh tidakkkkkk!!!

bab amanah..hehe...senang la orang keja kat amanah raya berhad, or amanah saham bumiputera or saham amanah. bila sebut pasal amanah ni, kena la kita jaga ISLAM ni sesungguh2 hati , jangan jadi kan ISLAM ada HAD dan ada HARI...kaung kuang kuang..perkampungan yang ada HAD dan ada HARI pun tak berapa elok lah...tganu kite ade ke kampung camtu?

13may said...

hucs...
tergelak aku baca komen hang tentang amanah...ada HAD ada HARI...hehhe....

bluecherry @ fai said...

Tahniah atas kehadiran baby gal.. Berseri rumah.

Semua org ada kereta mayat memasing cuma menunggu masa jer utk berangkat.

faizal yusup said...

Interested, strozze..
salam kembali dari kami warga keretamayat.. jemput selalu ke sini..

Hamka,
anak-nak greng boleh dikatakan semua kena demam kuning tuh.. yang paling teruk Nurul Aina yang paling besar tapi bila diselidiki dia menghidap jantung berlubang..
Cuba hamka dengar bunyi jantung dia. berdegup cam biasa atau tidak?

selalunya ikut pengalaman greng bagi sedikit susu kambing walaupun doktor tak sarankan. InsyaAllah baik. keduanya biasalah jemur kat matahari pagi sekejap.

PS. Kalau bumi meletup, kereta mayat tak muat daa... hawhawhaw..

Abu S.H said...

greng,
pengomen tu sama dengan warga keretamayat ke?

hamka said...

elcoyote

dan anda tidak mampu mengubahnya!!!

-------
hucs / 13may

Atau juga mungkin islam Yang tiada HAD, dan islam HARI-HARI sampai mati-aku bersangka baik…

--------
blue_cherry
Terima kasih…

---------
greng

Terima kasih
Aku cuba cari susu kambing!!!

Abu S.H said...

hamka, boleh ke bersangka baik kalau kita dah tau sesuatu benda tu buruk setelah dikaji dan siasat dan berbukti?

sekadar bertanya

hamka said...

berbaik sangka di sini bukan membenarkan maksiat dia, berbaik sangka yang aku maksudkan adalah:

sekiranya dia mendapat hidayat kelak, dengan semangat yang dia ada sekarang, maka dia akan menjadi jauh lebih baik dari aku...

dan begitulah sangkaan baik kita pada orang kapir...atau mereka yang ingkar..

ps: berbaik sangka itu harus, berburuk sangka itu haram.

satu lagi, Allah telah mengharamkan mengumpat untuk manusia, dan untuk Nabi, Allah haramkan berburuk sangka.

nota: bersangka buruk akan menyebabkan kita tidak bersemangat untukberdakwah kepada mereka, macam kes UMNO dan PAS, masing2 bersangka buruk, dakwah tidak berjalan dan caci mencaci sahaja yang timbul, Allah benci mereka yang caci mencaci...

faizal yusup said...

hucs,

Bagi greng sesiapa sahaja yang memasuki ruang maya keretamayat ini dijodohkan Allah dan dibukakan hati, digerakkan kerajaan diri untuk memperbaiki diri.. agaknyalah...

Baik mereka pengomen, pengkritik, pembaca senyap dan lelainnya semua adalah warga keretamayat. kan hamka? (minta vote) hehehe..

Yang berbeza cuma perpektif... dan samaada tangan gatal untuk mengomen atau tidak... hawhawhaw...

Kepada pembaca senyap janganlah malu dan segan untuk mengomen..
Kita semua sahabat di sini..

hamka said...

SETUJU!!!!

bila korang rajin datang komen, secara sunnahtullah, aku rajin sikit nak menulis..

Terima kasih sahabat keretamayat sekalian, atas sokongan anda semua!!!

Bila aku tahu ada 200++ pembaca purata sehari dan hits 300 to 400, maka aku cuba tulis yang terbaik, maksud aku walaupun tiada dalil dan Nas, tapi jika korang usahakan rujuk ustaz, insyaAllah jumpa beberapa hakikat

- terima kasih sahabat!!

terima kasih juga pada ustaz, ulamak, non muslim dan para mualaf serta korang semua kerana sudi baca blog aku ni..

salam!

Abu S.H said...

hamka,
tima kasih...
buroknye aku ni berburok sangka..mintak2 lah islam tanpa had dan hari2...
amiiinn

Anonymous said...

hi greng n all,

yep, 1st post yg i baca bila i jumpa blog ni is 'suratan dan kebetulan'! artikel yg menarik yg membuatkan i lekat. ;)

p/s: mula2 x nak komen sbb rasa x comfortable (sapala saya nak jadi pengomen...segan! sbb x berapa paham :p)

hamka said...

memang sudah suratan kau suka blog aku evev kau non muslim, kami kat sini suka.
'sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa' sangat bila non muslim sudi mengomen di sini..semoga di takdirkan oleh Allah kau masuk ugama islam

Amin...

ps: kau tak kisah ke aku panggil kau kapir?

Anonymous said...

ehmm..nak buat mcm mana...mmg dah dilahirkan kapir kan.. :)
call me whatever (name-calling) u want kerana aku baru sedar..dlm beberapa bulan yg lepas..

hamka said...

aku cadangkan kau komen kat runag terbaru, kat sini takut ada yang terlepas pandang, kami semua suka dengan kedatnagn engkau..he he he

ps: aku ada post baru untuk kau!