May 31, 2006

Salah siapa?

(KISAH BENAR-Satu pagi di sebuah pejabat)

Aku biasa meeting setiap hari jam 9 pagi dan pergi rehat untuk makan sarapan jam 10 pagi..biasanya meeting akan berhenti atau di hentikan dalam lingkungan 10 hingga 15 minit sebelum menjelang waktu rehat..dan waktu sebegini semua budak opis aku akan menghabiskan masa berbual-bual kosong atau isu2 semasa, ada yg baca surat khabar dan ada yg main solitaire dan tak kurang juga yg melayari internet..tapi aktiviti paling popular adalah baca surat khabar. Semuanya kelaparan dan menunggu jam 10 untuk keluar makan. (agaknya)

Apa terjadi pada aku?

Aktiviti yg aku biasa buat dalam 10 minit menjelang sarapan pagi ini adalah membaca akhbar..tapi hari ini aku ubah sikit peel perilakuku, aku ambil wudhu dan mencampai kitab suci lalu duduk membaca Al-Quran..(akulah lelaki beriman terakhir kononnya..oh..)

Tiba2 mamat menegur:

“OI, mana boleh baca Al-Quran waktu kerja, haram tuh, ni waktu kerja, bukan waktu ibadat, berdosa BESAR curi waktu kerja TAU!!!”

Aku senyum dan menutup Al-Quran lalu menyambung bacaan Akhbar hari ini…

Sekian.

Moral: Hati-hati keluar rumah, banyak syaitan berkeliaran.

Ps: Kalau aku dah jadi mayat nanti, rajin2lah sedekah Al fatihah untuk aku..isk..isk...

Al-faaaaaaatihhah….

33 comments:

Hana Zozolina said...

akukah yg bersalah,
janji tak ku endah
terperangkapku dengan bisikannya
bebaskanlah aku
darii dibelenggu
dari pintu kaca yg bermadu...

tau tak ni lagu apa bro hamka??
seperti bese aku nak jadi pengomen yg pertama tanpa membaca post ko terlebih dahulu..
muahahahahah

Hana Zozolina said...

ade lagi satu lagu rap... tak hengat sangat, sket2 je;

salah siapa sering ditanya...
salah mereka atau kau saja, uwooowooho

muahhahhahah, suke2 nak post komen,, nanti aku baca ek bro hamka!!

missy dullness said...

=)
manusia, manusia....

hamka said...

linanilza

aku rasa tu lagu to’ki..betul tak?

lagu rap?
Lagu KRU betul?
Dulu masa aku budak2 aku suka Kriss Criss..JUMP! JUMP! Aha aha..
(ummat menderita..)

----------
sue(perman)

khas untuk sue: smalville dah habis ke?

=)
sebenarnya aku yg salah sebab baca Al-Quran waktu bekerja..
Baca Akhbarpun salah gak tapi sebab dah hari2 buat jadi tak salah..

Ingat ni! Hari2 buat jadi tak salah akhirnya oh…

Ps; jangan Tanya org yg kerja angkat sampah “tak busuk ke?”

Anonymous said...

baca Quran waktu kerja haram....???baca akhbar waktu keje tak haram ke???ish ish...kejam nyer manuasia...cari la ayat yg paling baik....astarafirullahhallazimm

Anonymous said...

alamakk!! banyak nyerr 00000 tersilap tekan...sorry hamka...inilah kelemahan manusia..ohh tidakkkk

missy dullness said...

smallvile aku dah tgk sampai season 5, episod finale. tak tahu lah dah ada yang baru lum lagik..

kenapa salah membaca AlQuran time kerja? Bukankah AlQuran itu cover segala urusan dunia and akhirat..sebagai sumber rujukan. =)

manusia, manusia...
(manusia kah? heheheh)

p/s:blogging time kerja, haram gak ker? hehehe...

-SUPER SUE-

hamka said...

SHEOOOOOO DAN SIPER SUEEEEEE

KESIMPULAN:
AKU BERSALAH MEMBACA AL-QURAN WAKTU BEKERJA!!!
AKU BERSALAH MEMBACA AKHBAR WAKTU BEKERJA!!!
AKU BERSALAH MEMBACA BLOG WAKTU BEKERJA!!!

MAAFKAN AKU WAHAI MAJIKAN…OH..

Anonymous said...

ye la manusia .. buat yang baik pun nampak salah,.. kesian kesian betullah orang yang tegur tu xde benda lain kot nak tegur

Oimira said...

betol ke berdosa?

hamka said...

ustazah rock said...

ustazah, betul lah apa yg mamat tu tegur…
dia betul dan aku salah..

“akukah yg bersalah,…”
ha! kan dah nyanyi lagu he he he

-------------
Myra Bella

Selamat naik keretamayat..aku alu2kan..anda seorang ibu?

Dosa?
Tepuk dada tanya iman..
Ugama ni macam kain putih..satu titik hitam sangat nampak..inilah daulatnya ugama…
Dunia pulak macam kain hitam..banyak titik hitampun tak nampak..
Itulah hikmahnya tahi cicak..err apa aku merepek ni?

Ps: bila ugama berdaulat, maka kita pun jadi berdaulat! Best!

Anonymous said...

:)

ciann hamka.. nak buat baik zaman nie pun mendatangkan fitnah.. :)

moh kita berzikir dalam hati.. org x nampak.. ;).. insya Allah, x menjadi fitnah, malah Allah akan bertambah sayang :D

p/s: ini berlaku bila kita membudayakan iqra' suratkhabar, dan tidak membudayakan Al-Quran.. :)

Allahu'alam

hamka said...

Sebenarnya sedar tak sedar..
kenapa ugama islam terbantut adalah kerana kita dikelilingi oleh orang yg berpikiran seperti mamat tuh..
(mamat jangan marah ye...)
atau kita sendiri yg perangai macam mamat!!!
(jangan marah mamat!!)

bukak surat khabar, banyak pendapat2 ugama datang dari org yg berpikiran macam mamat tuh!!!

nota: mamat tu tak salah...apa yg mamat cakap tu betul...mungkin selepas mamat tu sound aku, dia pergi sound pulak org baca akhbar..

"ni apa ni baca lembab sangat..bak aku ruangan hiburan tu aku nak baca pulak! "

ha ha ha!!

ontahsapo said...

amiinnnn....

zwitterion said...

siapa yg bersalah-x ingat sapa yg nyanyi

bukan salah aku-ella kot

setuju..dgn statement sedara yg kalo hari2 buat salah, lama2 tak nampak salah..
lebih parah kalau hati dah dibutakan..

hamka said...

Ontahsapo?

Kau aminkan al fatihah untuk aku?
Kao nak aku mati cepat?

He he
“aiman tak kesahhh”

---------------
zwitterion

kau setuju ngan aku?
Akupun setuju jugaklah dengan engkau …
Err... Maksud aku lagu ella tu..

Bukan salah aku
Retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah…

oh!

Anonymous said...

ohhh... salah ke baca quran?? ala... kalau gitu.. tyme zaman moden sini.. mana nak cari yang betul2 buat halal [ cth tak amik waktu time keja minum air kopi/maen solitaire/baca paper/maen tenet..]

suma akan buat.. susah nya nak cari orang yang macam khalifah amin/omar alrashid [ lupa nama.. tlg inform] yang tyme keja.. anak ketuk pintu office.. bila ditanya nak apa.. anak jawab nak ckp hal family.. kemudian khalifah tiup lilin.. suruh anak masuk.. anaknya yang perempuan itu mula la pikir bukan2 ayah nk buat apa.. rupa rupanya bila ditanya dia jawab lebih kurang macam ni " aku tak nak gunakan duit rakyat untuk kepentingan ku.."

tengok.. begitu mulianya...

oh ana bagaimana pula?? sama sama kita hayati dan perbaiki diri kita..

oh... bak kata bro hamka.. umat menderita..

Anonymous said...

salah eh baca quran time keje? Aku rasa better dr sembang2 kosong..kena pulak tercakap pasal org bla bla bla..kutuk umpat keji bla bla bla..si esah ade langsir ijau cam katak pisang, minah ade payung belang2..tmpt keje aku pon jenis selamba je..borak2..setengah jam baru start keje..pernah aku start keje awal sket..bos suh tunggu sampai 30 minit..maklom la..aku ni keje cleaner jer..kene tunggu suma org balik, baru leh start keje..so aku pon bukak kom, tgk email bla bla bla..tp derang non muslim mana paham mende..
Nak cover rasa bersalah, aku rasa kita suma2 ni patut la sedekahkan 50 bucks dr gaji kita tu or more utk charity...tak ke?


p/s: as usual..aku baca entry ko masa tgh makan..mee bandung buatan sniri..haha..not bad..first time buat ;)

Anonymous said...

err incik budak shams..tu bukan saidina umar ke yg buat camtu? masa dia jd khalifah dulu?

i might be wrong too...seingat2 aku cam saidina umar laa..

Anonymous said...

uuii takutnya dengar ayat die.penuh keberanian tp tak syg mulut!!

Anonymous said...

salam hamka,

salahkah baca al-quran di waktu pejabat?

maaflah kalau apa yg sy nak cakapkan ni mungkin betol atau tak betol .. kalau tak betol harap dibetolkan .. atau mungkin ada yg terasa .. saya mintak maaf gak.

saya rasa tak salah dan tak haram langsung. di sesetengah pejabat, kalau ada masa terluang (sekiranya takde keje or during non-peak hours), boleh je baca al-quran. contohnya ofis saya - kalau sorang2, daripada dok layan ym, pot pet sana sini, lagi baik baca al-quran ada jugak pahala.

ni pun nak share satu citer perihal neighbour belakang rumah saya .. maklumlah umah sewa tanah lot, jadi rumah masing2 dekat2.

semalam saya cuti kecemasan. sambil masak kat dapur waktu tengahari. berzikir sambil masak, masa yg sama hati saya tenang didendangkan suara mengaji dari rumah belakang. tiba2 telinga tertangkap satu suara seorang lelaki menjerit pada seorang pompuan - dan saya agak mereka adalah suami isteri.

L - cepat sikit mengaji tu! aku lapar ni! kalau tak aku sumbat mulut dengan quran tu!

kedengaran suara si isteri terus mengaji tanpa mengendahkan si lelaki (mungkin ada diberikan isyarat tangan) .. itu saya tak pasti.

tiba-tiba terdengar suara yg sedang mengaji terhenti disusuli dengan teriakan serta tangisan.

saya menelan air liur. terkejut. saya terdiam lalu terpk perihal pompuan itu. akan jatuhkan maruah si suami jika mengambil makanannya sendiri?

& juga, pada ketika dan saat ini saya tidak mampu meneruskan cerita ...

Anonymous said...

kasturi..

entah la.. ana tak ingat.. tolong.. tolongbagi tau ana siapa org mulia itu.. ana tak ingat... penat perah brain nk remind balik siapa org tu.. tapi tak igt2.. sesape yang ingat tolong betulkan ye..

terima kasih buat kasturi kerana sudi menegur diri ana ni.. =D

Hana Zozolina said...

bor hamka, hafizbar lama tak post comment... apsal ek.. harap2 dia blum naik keretemayat lagi..

Anonymous said...

asSlm'alykm..
eheh..
samela kite..
ak pun penah kne mcm tu aritu..
haha..last2 tahan keje 10 ari jer..
ko quit jela,hikhik;p

tau x...
makcik yg jual nasik lomak kat umah ak earn rm 500++ sehari..
oh,betullah..
berniaga mmg buleh kaye...

p/s:wehr..naseb baeklar lecturer ak srh start research project cecepat aritu..kalo x,ak pun x tau nk ckp ape kat mak ak-keje 10 ari jer..hikhik;p

hamka said...

budak shams

BETUl..SAIDINA UMAR…
Apa2pun boleh rujuk kitab…

Terima kasih..

-------------
kasturi

sedapnya mee bandung..nak sikit…
bini aku suka tomyan yg aku tak suka dengan baunya..
dan aku suka mee bandung yg bini aku tak pandai nak buat..oh..
(maaf sayang, selamba mengumpat ..ha ha ha)
pasal cover rasa bersalah, aku kadang2 overtime tanpa claim..alangkah mulianya aku heh(saya perasan baik)

----------------
NC said...

salam

aku pun terharu dengar cerita jiran kau…
panjang nak ulas bab ini..

aku pendekkan, lain kali aku tulis panjang2..

kesalahan lelaki itu : tak sabar dan pukul isterinya (barangkali)
kesalahan wanita itu: (baca Al-Quran kuat(sampai kau dengar) dan tak siapkan hak suami.

Tapi memang betul..dikalangan kita banyak syaitan yg bertopengkan manusia…
Malahan berlaku di kalangan keluarga sendiri, jiran oh…

Ps: belajar kenal sifat syaitan dan tipu dayanya dan usha sedaya upaya tidak ikut perangai setan…oh..

------------------
linanilza

kau rindu kat dia yer?
Dia belum jadi mayat lagi Cuma sekarang dia pergi mencari ketengan dengan cara yg tersendiri selama sebulan..nanti dia baliklah..sabar ye ..he he he

-----------
kakashi_sensei

Waalaikumusallam

same?

tak tahan dan 10 hari sajer?
Kau kena belajar ilmu sabar..
He he heh

(suka hati aku jer)

Anonymous said...

kalau si isteri tu siapkan hak suaminya itu aku rasa tak da masalah kalau dia nak baca Al-Quran sampai khatam pon..Bukanke syurga si isteri tu pada suaminya...Redha suami kata org

BooK said...

hamka:
alfatihah...
eh hang sihat lagi..
:P

tu lah. pegang anjing haram.
hisap rokok dengan duit bawah meja tak haram.

la la la la

Anonymous said...

Anonymous

Berbalik kepada sesetangah keadaan..(kononnya)
Sebuah rumah corner lot yg mana ada antena ASTRO di bumbungnya..tiba 2 terdengar:
Lelaki – cepatlah masak! aku lapar ni!
perempuan: abang masaklah sendiri aku nak tengok AF4 sampai habis!!!
tiba2 terdengar suami menangis sambil berzikir di dapur..sedang masak nasik agaknya..oh…

---------
BooK

Sehat lagi aku nih..tapi takde halpun nak sedekah alfatihah..yassin ke..duit ke..bawah mejapun takpe..he he

la la la la

Anonymous said...

Assalamualaikum beb...
apa habaq sory lama menghilang dan tak joint engko...tapi artikal koo aku still baca dan baca dan utk penetahuan koo kat tempat koreja aku blog kau dah popular dan ayat yg koo ucap tuu "aku bukan ustaz" dah popular dah...aku skrg nie tengah dok usha2 nak upgrade blog aku jadi bab nak balas membalas artikal nie kira lembab laa sikit..

anyway...jadi teruskan berkarya..

aku tetap aku
manusia yg TarakNama...

Najwa Aiman said...

ish...haram sungguh keharaman itu... kiranya macam bekerja pada waktu solat jugak laa.... err... haram ke kalau bekerja masa waktu solat?

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Melakukan perkara lain waktu bekerja?..kita bekerja siang dan malam mestilah utk mencari rezeki yg halal dan dengan duit tu kita belanja makan dan minum utk keluarga kita.Jadi mestilah bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab.Namun sebagai manusia biasa kita tak terlepas drp kesilapan.
Untuk menyucikan rezeki kita,ada satu amalan yg Allah wajibkan iaitu ZAKAT.Ada banyak hikmat dalam pensyariatannya.Salah satu drpnya ialah dapat menyucikan pendapatan yg kita perolehi drp pekerjaan kita tu dgn kelalaian kita semasa melaksanakan kerja cthnya membaca blog waktu kerja ataupun seorang guru matematik yg sepatutnya menghabiskan mengajar tajuk penaakulan pada hari tu tapi mencuri masa mengajar dgn menceritakan kisah sedihnya yg baru putus tunang.Jadi dgn membayar zakat,ia dpt membersihkan harta kita.

p/s:kpd sape yg nak bayar zakat tapi tak tahu nak bagi kat sape bolehlah bagi kat saya kerena saya salah seorang yg layak menerima zakat iaitu seorang yg miskin dan jahil yg bermusafir di timur tengah utk menimba ilmu.

hamka said...

taraknama

Waalakaimusallam...
aku habaq baik
Terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog yg setia..aku tengok engkau bukan calang2 gak dlm bab2 ugama nih..jadi kalu aku adaq salah sana sini, tegurlah no..

aku akn menjadi mayat

------------
najwa

Sahabat2 Nabi SAW mengharamkan diri mereka bekerja waktu solat...

semoga kita dapat istiqamah..amin

---------
Anonymous

Waalaikumusalam

terima kasih...doa2lah aku sebab org musafir doa mereka makbul..

Selamat menerima zakat!!

Anonymous said...

Your are Excellent. And so is your site! Keep up the good work. Bookmarked.
»