May 18, 2006

Anda di CACI?

(Apa nak buat bila anda di caci?)


Sempena Hari Ibu dan hari guru..aku akan up date blog hari ini (huh..tak ada kena mengena langsung!)

Seseorang telah bertanya:

Saudara Hamka, saya seorang yg gemok…saya selalu diejek kerana kegemukkan saya…apakah yg perlu saya cakap kepada mereka yg selalu mengejek saya?

Apakah berdosa apabila saya tidak mencegah kemungkaran mereka?Apakah hukumnya bercakap kasar…? (bla bla bla)

Soalannya panjang lagi dan siap mintak tips untuk kurus..apa2pun, aku bukan ustaz, dan juga bukan pakar kesihatan..malahan aku seorang yg berperut labuh…oh…

Senang cam gini lah…kau cakap sajer kat org yg ejek kau gemok tu :

“HOI!!, KAU EJEK AKU GEMOK..NANTI KAT AKHIRAT, KAU KENA MAKAN DAGING AKU TAU!!! BANYAK PULAK TU..BOLEH HABIS KE? HA HA HA!!!

(ketawa) aku bukan nak hina sape2…tapi sebenarnya bila ada org hina kita, itu dah menjadi sumber tambahan pahala , ingat senang ke nak buat ‘kelas tambahan’…he he he..nak harapkan solat sunnat beratus ratus rakaat…tak termampu…dah ada org kutuk kita…kira OK apa! Kita dapat pahala free..aku ulangi; FREE!!!!

Kalau org tu tak de pahala, org munafik misalnya…camne?

Huh! Tuhan Maha Adil…kalau diorang takde pahala..diorang kena ambik dosa kita.…kan bagus macam tuh…jangan cakap pulak kau tak de dosa langsung…!!! Aku pijak perut kau tu karang..ha ha ha

Tapi oleh sebab iman manusia yg lemah kekadang bila org kutuk korang, korang rasa rendah diri,,rasa nak bunuh diri…dan korang rasa nak caci balik diorang..tak payah..tak payah jawab cacian org pada kita…biarlah org nak kutuk kita..

Tapi aku kadang2 jawab gak bila org kutuk aku…terutamanya mamat…budak opis aku,ha ha ha..

Cth:

Org kata: Engkau ni tak hensem langsung..macam mayat je muka engkau…

Aku kata: biar muka macam mayat, tapi (tentu korang fikir aku jawab, biar hati bersih/suci/murni bla bla bla kann?kan?kan?..ni ha aku jawab)biar muka macam mayat janji awek aku cun…!!!!

Terus senyap mamat tu, maklumlah muka awek dia..oh..tak baik mengumpat..oh..

Org kata: Engkau simpan janggut macam kambinglah brother….

Aku kata: hek eleh, , kalau org simpan janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap pulak macam kambing!

Org kata: kenapa kau naik motor, kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke, kuda cam Nabi buat?

Aku kata: Hek elehhhhhhh mamat nih, Nabi mana ada ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik lift pun baca doa nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa naik unta dan kuda ha ha ha…

Org kata: kalau kau ni betul, kenapa Harun Din tak ikut engkau..

Aku kata: kalau aku salah kenapa Harun Din tak halang aku!!!

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I.A.M.A.N.A.P.U.N.!!!!

Org bodoh je yg asyik berdebat..jadi aku nasihatkah kat korang tak payahlah jawab apa-apa cacianpun..jadi kool macam Nabi kita …senyum ajer..walaupun di keji dan di caci…kalau nak jawab gak, jawab kau punya pendirian, tak payah nak terangakan apa-apa yg org tak nak paham..last sekali, bukan nak cari kebenaran..tapi nak menang, siapa paling pandai berhujah, siapa paling pandai memalukan pihak lawan..siapa paling pandai cari kelamahan pihak lawan lalu tukar menjadi lawak spontan..ni aku tengok dalam parlimen pun macam ni…semua jadi jahil…

Org kapir bila berhujah macam2 kat nabi, korang tahu Nabi jawab apa?

‘Sekiranya bulan di letakkan di tangan kiri dan Matahari di tangan kanan, aku takkan tinggalkan kerja daqwah…(lebih kurang maksud)

Nampak?! Nabi jawab dia punya pendirian..jelas dan terang…

Aku banyak kali gak kena sound sebab sibuk2 gi nasihat org sana-sini..
Lepas tu diorang caci/maki/ hina/ keji aku dan memacam lagi..
Aku tak perlu terangkan pada diorang begitu-begini..
Aku tak perlu berhujah keluar dalil dan Nas untuk benarkan tindakkan aku..
Aku just cakap pendirian aku..

Aku kata:

Tak lama sebenarnya aku ‘ajak korang pada Allah’(berdaqwah) ni..aku dah buat keputusan akan berhenti satu hari nanti…aku buat limit…

Diorang terkejut..maklumlah aku nak berhenti daqwah mereka…

Aku cakap lagi:

aku akan buat daqwah ni tak lama, just sampai mati sahaja..Cuma aku nak tanya korang, BILA AKU MATI?

KALAU AKU MATI MALAM INI..SAMPAI MALAM INI SAJELAH AKU DAQWAH ENGKOU..HA HA HA!!!

Terus senyap diorang..aku dah nyatakan pendirian aku..tak perlu aku terangkan begitu-begini macam bagus kepada org yg bodoh lagi sombong..

Aku nasihat kat korang:

KALAU ORANG CAKAP ENGKAU PEREMPUAN, SEDANGKAN ENGKAU CONFIRM LELAKI..TAK PERLU TUNJUK KEMALUAN UNTUK BUKTIKAN JANTINA KORANG..TAK PERLU!!!!

Biarlah Allah yg buat keputusan…

Zaman Nabi dulu satu mekkah cakap Nabi gila dan ahli sihir..Nabi kool sajer..takdelah nak buat demo “aku bukan ahli sihir bla bla bla” tak perlu…

Tak perlu tunjuk perasan korang kat orang..yg betulnya korang tunjuk perasan korang kat Allah..macam Kak Pah cakap:

Carilah ketenangan dalam diri sendiri..

Ibadat sepertiga malammmmm….

La ni aku tengok, ada golongan yg bercakap kasar dalm berdaqwah, caci sini sana..bila aku tegur…diaorang cakap: Tuhan pun mencaci dalam Al-Quran, celaka firaun dan binasa Abu Jahal..bla bla bla..huh! aku pun banyak gak cakap kasar..tapi aku rasa tu aku punya nafsu amarah aku yg terlepas cakap..dan aku tak akan gunakan dalil dan Nas untuk sokong aku punya nafsu..dan aku tak nak berdebat…tapi oleh kerana ini blog aku, biarlah aku jawab kat sini kau punya hujjah..ni bukan nak berdebat ni..ni kira macam muzakarah-lah ni..

Aku kata: Tuhan boleh mencaci manusia kerana Dia adalah Tuhan…yg engkau sesuka hati dan nafsu caci nista di sana sini..engkau tuhan ke?(tak perlu jawab soalan ni..)

Dan!!!!..dah..dah..cukup setakat tu…moralnya adalah:

Tak perlu buat ujian DNA kalau jiran engkao cakap engkau adalah makluk asing.!!

Ingat!!! org yg berjaya di dunia adalah terdiri dari mereka yg mempunyai daun telinga yg ‘tebal’…macam Dr M..dah berbuih2 mulut org kutuk/hina caci dia..tapi dia selamba menuju puncak…

(esh..en.hamka ni org UMNO ke?, selalu puji Dr M…bla bla bla )

Hek..eleh..apalah korang ni..sempat jugak berpolitik kat sini..ok, lah aku hiburkan nafsu korang…err…kat mana tadi? Ha! Kat sini.. biarlah org nak kutuk kita..ingat org yg berjaya di dunia adalah terdiri dari mereka yg mempunyai daun telinga yg ‘tebal’…macam Tok Guru Nik Aziz..dah berbuih2 mulut org kutuk/hina caci dia..tapi dia selamba menuju puncak ke puncak…

Ha ha ha dah puas nafsu engkau?!!!

Dan yg paling best, Macam Nabi kita..berkarung-karung org kutuk.hina/caci/laknat dia..tapi selamba menuju ke puncak…puncak shurga….

(jumpa di sana ye…, tingkat 8 shurga firdaus..amin..)

Sabda Nabi lebih kurang maksud:

Buatlah hubungan dengan Allah sehingga orang bodoh kata kamu gila!!!

Buatlah hubungan dengan Allah sehingga orang munafik kata kamu ahli ria’!!!

Aku pernah di tuduh ria’ kerana sibok menasihati org sana-sini…he he he biarlah aku mengzahirkan hadih ini dengan cara sebegini…(macam ria’ pulak aku tulis cam gini..oh..)

Jangan jadi cam gini…korang baru nak pergi masjid..tiba2 member sound, apalah kau ni berlagak alim..terus tak jadi pergi..memang kesian lah kat engkau…atau korang baru nak simpan janggut ikut sunnah, member kutuk macam kambing..lalu korang cukur janggut jadi licin macam khinzir…jangan macam tu kawan…korang tahu apa itu ikhlas? Ikhlas adalah:

Meninggalkan larangan Allah kerana Allah…membuat perintah Allah kerana Allah…jadi korang yg meninggalakan perintah Allah kerana member hina nak katogorikan sebagai apa!!! Iulah bodoh namanya…..

Org yg bodoh adalah org yg peduli dengan apa yg manusia kata…(rujuk kisah Luqman NurHakim dan anaknya)..kalau kau dah yakin apa yg kau buat tu betul…go on…persetankan mereka…(setan di gunakan sebagai symbol kebenaran korang..ha ha )

Satu contoh:

Aku berjalan2 dengan anakku sambil tangan silang belakang…org kata kami berlagak, aku dan anakkupun berjalan dengan tangan taruk dalam pokot..org kata kami tengah stim (cover zakar yg tegang)..maka kami pun berjalan dengan memeluk tubuh..org kata kami sombong..kamipun berjalan berpimpingan tangan..org kata kami gay…aku pun boncengkan anakku kat belakang, org kata anak aku zalim bonceng ayah dia yang dah tua..aku pun naik belakang anak aku..org kata aku gila…last-last aku dan anak aku berkerjasama dengan teguh membelasah mereka dan keluarga mereka..ha ha ha beru puas nafsu aku!!

Nota: semua contoh kejadian ini berlaku secara maya-harap maklum.

Moral: kalau engkau dah berada di jalan yg benar…jangan peduli lagi apa orang kata…

Masalah: benarkah korang berada di jalan yang benar?

Cadangan: Pergi rujuk ustaz..ha ha ha!!!

Kesimpulan: Penulis bukan ustaz,ulama, mufti, kiai, sufi, wali atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat , caci, maki, nista, dan teguran dari korang amat berpatutan…!!!

Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala

Ps: langkah mayat aku dulu!!!


34 comments:

hamka said...

Aku baru letak counter kat blog aku semalam..
Hingga hari ni dah 160 kali di update org…masa aku post tajuk baru, 5 org tengah on-line..
Hihihi sape korang ha?

Ada gak org yg baru masuk blog aku..kasihan diaorang cari
“lelaki penipu”
“ghairah bersetubuh”
“alat automatic”
“org serawak”
dan macam2 lagi, tapi injin server bawa korang pada blog aku..keretamayat
ha ha ha
aku ucapkan:
selamat naik keretamayat…

enjoy!!!

Hana Zozolina said...

sejak naik "keretamayat" aku blajar banyak.. antaranye.... berhenti ngumpat org gemuk!!

hamka said...

Adik linanilza

Huh, pantas sekali komen anda hari nie..memang pelajar cermerlanglah engko, he he he
Satu cerita:

ORANG GEMOK VS ORG KURUS

Org gemok: kalau lah pelancong asing datang dan tengok engkau..tentu mereka sangka Negara kita mengalami kebuluran…

Org kurus: dan jika mereka melihat engkau, tentu mereka tahu apa punyanya..

missy dullness said...

=)

takkan berganjak pendirian ku ini selagi,
kita tak kembali bersatu selamanya,
takkan berubah perasaan ini terhdpmu,
biar diDUGA biar diCABAR biar diHALANG...

kalau tengok cerita p.ramlee dulu pun, kalau tak silap aku 'seniman bujang lapok', ada time satu interview tu. salah satu syaratnya untuk dapat kerja tu ialah 'TAHAN MAKI' ;)

slalu & akan terus ambik pelajaran..

hamka said...

sue..

S untuk superman?
aku suka smallville..

selamat naik keretamayat..he he

dan mungkin antara syarat pembaca blog aku ni: tahan di caci, tahan di leteri macam mak nenek..ha ha ha!

Anonymous said...

salam pada hamka ..

slalunya bila dicaci .. sy akan ucapkan syukur alhamdulillah, kerana ia mampu membuatkan kita fikir apa yg elok & tak elok buat diri kita sendiri .. insya-allah .. kita akan buat yang terbaik!

hamka said...

salam untuk nur balqis

insyaAllah...
bershukur?
oh itu yg terbaik..

ps: bila anda di caci, anda adalah seorang yg mempunyai kedudukkan dalam pandangan mata mereka...

Anonymous said...

cakap banyak lagi menampakkan kebodohan ..so jangan cakap banyak.banyakkan ilmu...

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak kisah kalau orang nak caci aku pun...bukannya luak pun...Betul tak sdra Hamka?

Tahniah sebab dah boleh pantau trafik dan hit blog anda...hehehe

hamka said...

Aishah

Benar..antara tanda org berilmu adalah diam…
Diam-diam, bini aku dah 5 bulan mengandung..he he he
Berilmu rupanya aku..keh heh

---------
Black

Aku pergi blog kau/ontahsapo/cikgu nizam..nampak ada user online..akupun klik dan belajar kat situ..aku lambat sikit…takpelah nak cacipun he he he!

Trimakasih black!!

Anonymous said...

huhu.. bro hamka nie.. ade ade je ngan lawak mayat ye.. hehehe..

neway.. baguh la entry..
same je ngan ape yang ana tgh fikirkan.. jayiyid!!

Najwa Aiman said...

mari kita gemukkan diri... org umpat dan caci di belakang, kita dpt pahala... ekeke..

dak aih... gurau je... jgn gemukkan diri... makan sekadar kenyang saja...

hamka said...

budak shams

aku doakan engkau selamat berjaya dalam peperiksaan….
AMIN
AMIN
AMIN

---------
Najwa Aiman

Ha ha ha!

hamka said...

Selamat hari guru…
Ni aku copy/paste cerita dari blog cikgu Nizam(gitar tong.blogspot)

CERITA BUDAK GEMOK

1992
kelas tingkatan 3 Perdagangan 3

“Orang yang membuat banyak kejahatan akan dicampakkan Allah SWT ke dalam api neraka. Orang yang banyak buat amal ibadat dan kebaikan, maka akan ditempatkanlah dia ke dalam syurga. Dimana di dalam syurga itu nanti mempunyai sebatang sungai yang mengalir airnya yang bersih lagi suci. Di dalam syurga tidak ada benda yang haram, malahan jika kita hendak meminum arak pun dibolehkan. Kita hanya perlu sebut sahaja, apa yang diinginkan akan menjelma di depan mata kita. Orang-orang lelaki yang ditempatkan di dalam syurga akan diapit oleh bidadari-bidadari yang cantik, manis dan lawa”

murid-murid di dalam kelas terpaku mendengar cerita ustaz yang sedang mengajar.

“Tapi ustaz, orang lelaki aje ke? Orang perempuan macam mana pulak?” terpacul soalan spontan dari seorang murid yang berbadan besar dan comel ketika itu.

“Awak ni! Ke situ pulak awak berfikir! Awak ingat... #@$&#(*%bodoh@)*#)*#!*&# @... Ke hah?”

budak gemuk yang comel itu, terdiam, terkedu dan menunduk.

“Salahkah aku bertanya?”


Tahun yang sama.
Kelas yang sama.
Ustaz yang sama.
Hari yang berbeza.

“dan… Nabi Muhammad SAW itu, mempunyai peribadi yang baik, akhlak yang mulia, menjadi seorang pemimpin yang di hormati selain mempunyai raut wajah yang kacak dan cantik”.

“Ustaz, macam mana rupa nabi eh?”. Budak gemuk yang comel itu seakan-akan menguji kebijaksanaan ustaz itu.

“Hei! Mana boleh! Kita tak boleh menggambarkan wajah Nabi Muhammad! Berdosa tahu? Awak ingat… !@$&!budak@(#gemuk#!)##*lembab&!@$@#)*(&... Ke hah?”

budak gemuk yang comel itu menunduk. Terkedu dan terdiam. Dalam hati menyimpan hasrat untuk mengkaji lebih mendalam.

Budak gemuk itu dah semakin membesar. Sebesar badan dan sebesar umurnya. Berpeluang menelaah ke tempat yang lebih tinggi. Maka, terjumpalah dia sebuah buku kisah Nabi Muhammad SAW. Tahulah dia serba sedikit tentang Rasullullah junjungannya. Antaranya, Nabi Muhammad SAW itu, adalah seorang lelaki yang kurus tetapi tegap dan kuat. Memiliki jambang yang kemas dan rapi, sepasang mata yang memukau, dan mempunyai daya tarikan yang kuat, hinggakan apabila melintasnya Baginda, setiap mata akan terpaku memandangnya. (saudara Hamka lebih maklum barangkali, betulkan kalau hamba yang hina ini salah).


Budak gemuk itu akui, hal-hal agama memang dia lemah. Malah jahillah juga. Sebab dia jahil kerana, sebab-sebab di ataslah. Dia tidak berniat untuk menguji atau mengajar ustaz dia. Memang soalan-soalan yang di tanya, adalah kerana sifat semulajadinya yang ingin tahu.

Dari aspek pendidikan, ustaz tadi telah membantutkan potensi budak gemuk yang comel itu. Dia tidak menggalakkan komunikasi dua hala diantara guru dan murid-muridnya. P&P nya tidak berpusatkan murid dan tidak menjadikan kelasnya aktif. Pendekatan yang digunakan akan menghalang murid untuk berfikir. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak dijana dengan baik. Apa kesan ke atas budak gemuk yang comel itu?

Dia mungkin akan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, malu untuk berkomunikasi, emosinya mungkin turut terganggu. Jadi, sistem pembelajaran sebegini telah lama berlaku dan masih lagi berlaku (menjawab entry Blackpurple)

Alhamdulillah, dari sumber-sumber yang saya perolehi, budak gemuk yang comel itu, kini menjalani kehidupan yang baik dan sempurna. Dengar cerita dah nak kahwin pun.
Wah! Tahniah! Tahniah!

Anonymous said...

assalamualaikum..

sgguh bsabar tu cara t'baik utk hdapi sgla caci maki kutuk hina..n lg bagus klu sgla caci maki kutuk hina tu kt guna utk muhasabah diri kt..

aku klu aku rsa sedih org kutuk aku,xpun aku rasa tensen study n exam aku t'igt bbrapa ayat alQuran ni..

"Jgnlah kamu bsikap lemah dan jangnlah kamu bsedih hati,pdhal kamulah org2 yg paling tggi (darjatnya),JIKA KAMU ORG2 YG B'IMAN."(3,139)

"Krana ssghnya sesudah kesulitan ada kemudahan.
Ssghnya sesudah kesulitan ada kmudahan.
Maka apbla kamu tlh selesai(dr sst urusan),kerjaknlah dgn sggh2 (urusan) yg lain
Dan hanya kpd Tuhanmulah kamu bharap."(94:5-8)

-->Al-Quran sumber motivasi bg umat Islam.n yg paling utama n bmakna skali Al-Quran adalah kata2 Allah kpd hambaNya..dalamilah Al-Quran..

~wallahu'alam~

ps:lega aku baru abis exam..tggal oral n xlama lg summmer holiday!=)

missy dullness said...

hamka,

S tu untuk Super Sue... ;)

p/s:aku pun suka smallville..ehehehe...

Anonymous said...

tahniah...cuba sedara letak nama Aishah kalau bakal baby tu girl...hehehehhe.......

Anonymous said...

:)

sampai hati...
mencaci orang yang dekat pada Ilahi..
sampai hati...
mengeji orang yang nak bagi nikmat abadi..
sampai hati...
melukakan hati seorang sufi..
sampai hati...
menafikan hak seorang tabi'e..
sampai hati...
menganiaya diri sendiri..

Allahuakbar.. wallahu'alam

Anonymous said...

aslamualaikum bro hamka..

dah jenguk ke link yang ana bagi?

hamka said...

gaara
waalaikumusallam

bestnya info engkau..dan bestnya engkau dah abis exam…
paling best summer hiloday…

--------------
sue

aku alahan kuih gulung..(rujuk post: makan nasik itik?)

-----------
Aishah

Bini aku dah tempah nama
Nur Humaira..kalau perempuan…hihihi, harap maklum…tapi aku punya kuasa ‘pemutus’ belum guna lagi heh-heh..

-----------
akhie

satu madah untuk mereka yg mencela..

KEHINAAN BAGIMU KEBANGGAAN BAGIKU…

Allahuakbar..dan selawat!!

----------
budak shams

wailakumusallam

dah..tapi adik tengah exam kan? Biarlah adik habis dulu..nanti aku(abang) ulas
terima kasih…
study jgn tak study…

Anonymous said...

tau x lagu 'don't talk to me about muhammad' dendangan daud wharnsby ali?
kisah di mana rasulullah SAW menolong seorg prmpuan tua yg dok kutuk2 baginda tp dia x tau yg dok tolong die tu rasulullah SAW..tp rasulullah SAW cool aje,relax..senyum... :)akhirnya p'puan tu masuk islam..

hamka said...

tak tau..kalau ada..paste lah kat sini...

siapa anda?

Anonymous said...

tersentuh hati baca post ni...tk sedar bergenang airmata...tks hamka...SHE dpt sinar baru...SHE dh mampu bangkit berdiri semua setelah tersungkur ...

hamka said...

Bila kau di takdirkan ahli shurga kelak..
aku tumpang doa engkau..

"ya Allah, hamka buat aku menangis.."

oh..indahnya!!!

Anonymous said...

salam...
ak baru ade terbace fatwa drp yusuf al-qardhawi, n if x silap ibnu hajar ade jgak kuarkan pendapat berikut :

tidak halal bagi sesiape pun meriwayatkan hadith nabi saw sehingga die mengetahui dari mane sumbernye(siape huffaz yg diambil hadith trsebut)

ktahuilah..nabi sendiri mengatakan

'sesiape yg berdusta di atas namaku..persiapkanla tempatnye di neraka kelak'

-imam nawawi dlm syarh muslim berhujah ia termasukla even dgn tujuan baik..

-huh; so jgn riwayatkn if x tau dr mane sumbernye..

p/s: rujuk riyadhussalihin utk balasan ghibah...

hamka said...

TERIMA KASIH...
(senyum)

Anonymous said...

Susahnya nak jadi kool macam nabi, org baling batu and najis pun masih bleh selamba lagi... Patutlah cepat dia tegakkan Islam. Mungkin itulah sunnah paling besar yg dia suruh kita ikut...

Anonymous said...

aslamualaikm..

susah laa add math tadi..
15 minit yang pertama kertas ana masih lagi putih bersih.. tadi terdetik rasa kesal.. tak study semalam.. kwan2 kat skolah semua study add math.. sedangkan ana leka mengaji di surau sekolah..

tapi bila difikirkan kembali.. terasa kejamnya ana.. sanggup kata begitu.. walhal.. ibadah untuk allah lebih penting daripada dunia.. melebihkan hal ukhrawi lebih baik drpd lebihkan hal duniawi..

bahkan luqmannulhakim pernah berkata kepada anaknya.. juallah duniamu untuk akhiratmu nescaya kamu akan untung kedua duanya dan janganlah kamu jualkan akhiratmu kerana duniamu nescaya kamu akan rugi kedua duanya..
masya allah.. doakan ana agar tidak berfikir bukan2..

esok paper addmath 2 dan quran sunnah..

hari rabu syariah dan chemistry..

hari kamis sejarah dan bahasa arab..

ya allah.. lughatul jannah buatkan jantung ana berdegup kencang kembali.. [ ana tak terror arab ]

doakan ana mendapat taufik dan hidayat daripadaNya

aslamualaikm..

Anonymous said...

special utk budak shams,

utk dpt markah yg bagus in exams,enta kna byk buat latihan..

w/pun mengaji Quran tu bagus,tp menuntut ilmu juga penting.seeloknya balancekn ibadah=study..jgn neglect any of them..lgpun,cikgu2 shams mst seronok kalau ramai yg dpt mrkh bgs dlm exam..

ana dlu amik subjects yg sama juge =)

Anonymous said...

sori..ana dh terguna column en hamka plak

-tasnim-

hamka said...

Yang lurus…

Tau takpe..ada gak bukan Nabi yg berjaya buat macam Nabi buat,:
-Sahabat
-Tabien
-Shuhada
-Salafusolleh
-Siddiqqin
-Dan korang semua yg ada keinginan dan buat pengorbanan sungguh2 ..insyaAllah!!!

--------
budak shams

aku hanya dapat berdoa dari jauh…betul apa kata ‘tasnim’ tu..

----------
tasnim

takpe2…buat je macam blog sendiri..biar meriah sikit..he he he

Anonymous said...

assalamualaikum
saudara HAMKA..harap2 saudara sihat selalu.oh ye hari ni sy baca lg hasil tulisan saudara 2..emmm
bila baca pasal caci maki nii teringat ttg dr saya y dicaci,dihina n dimaki.sy x tau silap ape sbenarnye. y sy tau sy dh pegang janji sy dgn sejujurnye.pelik jg manusia ni nk kata bodoh x lah bodoh.bijak pulak 2.seorang y pakar dlm perubatan pulak 2..kalu x nk kt sy tolak lh dgn cara y lembut ke sopan santun ke. x terasa hati sy nii.padahal dia y buat janji dulu.siap brsumpah dgn nama Tuhan lg..entahlh saudara manusia skrg semakin pelik..walau apa pun hari 2 sy dpt pengajaran dlm hidup sy...apa2 pun sy doakan semoga dia sedar n insaf..walaupun sekaya mana,sebijak mana sekali pn..itu hanyalh pinjaman saje..tiba masa akan ditarik balik...

sy doakan saudara HAMKA selamat dan sejahtera selalu..

semoga Allah swt memberkatimu selalu..

hamka said...

..terimakasih sebab doa kat aku..semoga aku lebih baik dari apa yg engkau sangkakan...

kau kena sabar..kau tahu apa tu sabar?
sabar adalah menahan penderitaan sampai mati..ingat sampai mati!!!

solat sampai mati-itulah sabar.
tahan telinga di caci sampai mati..tak kita yg mati, dia yg mati..atau jadi mayat!!!

so..kita sabar tanpa had..dan Allah jadikan mati itu sebagai hadnya..just tunggu!!!
bukan tunggu mati, tunggu Allah redha..

apa2pun..terima kasih segalanya..
aku aminkan doa anda!

Anonymous said...

Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»