(khas untuk org yg bercadang nak bunuh diri!)
Ha ha ha, aku selaku org yg tidak bertanggungjawab dengan karya aku, hari ini telah bertindak menjadi seorang makhluk pakar motivasi pulak…he3,
Bagaimana korang nak hilangkan sedih?
Menurut Dale Kenny-G yg tulis buku “bagaimana tidak bimbang?”seorang pakar motivasi barat, mencadangkan korang, kalau sedih buat-buatlah sibuk dengan apa2 aktiviti seperti bersukan, lari dalam guni, berkebun, menternak biri2 dll.
Aku kata: apa akan jadi bila tiba hari korang tak sibuk?(hari menjadi mayat) semua org sibuk nak tanam korang, korang pulak bergelimpangan tak bergerak, kaku seribu bahasa mayat…kalau korang nak tahu dalam kubur
40, 000 tahun paling kurang, itupun untuk manusia yg terakhir sekali mati…itulah hari yg paling sedih dan dah tak ada daya penawar lagi yg dapat tolong korang bila korang dah jadi mayat.
Jadi sebelum korang jadi mayat yg sedih, baik korang belajar jadi manusia yg tak bersedih..
Kata seorang pujangga, punca segala kesedihan adalah keinginan…jadi aku cadangkan korang untuk belajar inginkan sesuatu yg patut korang inginkan…berapa ramai org yg mati dalam dunia ni tanpa sempat menunaikan keinginanya lalu membebankan warisnya dengan keinginan ntahapapatnhah!
Jadi,
“KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA NAK, BILA KEINGINAN KITA SAMA DENGAN KEINGINAN ALLAH…
KITA TAK DAPAT HALANG APA YANG KITA TAK SUKA DATANG PADA KITA APABILA ALLAH NAK IANYA DATANG KEPADA KITA”
So, untuk belajar keinginan Allah dan Rasul, korang banyakkanlah membaca Al-quran dan hadith, ingat:
Hadith2 atau ayat2 kelebihan amal adalah keinginan Allah, dan hadith2 mengenai azab dan bala adalah larangan Allah….korang belajar ilmu ni betul2, dan korang jadikan keinganan Allah dan Rasul sebagai keinginan korang, maka korang akan hilang segala kesedihan, kembimbangan, ketakutan, kerisauan, dan macam2 lagilah!
Seperkara lagi, korang kena belajar zihin( memotivasikan) diri dengan selalu lihat org yg lebih menderita daripada kita…
KITA SEDIH KERANA PASANGAN KITA YG PERNAH JATUH CINTA DAN BERJANJI SETIA PADA KITA, TELAH TINGGALKAN KITA TAPI DI SATU SUDUT DUNIA INI ADA ORG YANG TIDAK PERNAH MERASA NIKMAT DI CINTAI KERANA KEKURANGAN SESUATU YG KITA ADA…
Masa aku baru kahwin, isteri aku kerja kat JPS Jerantut, aku pulak kerja kat kemaman, kita org jumpa seminggu sekali, jadi aku telah ter-mengeluh akan kesusahan aku pada seorang kakak kat opis aku..selamba je kakak tu jawab: (sambil air mata bergenang di pipi):
”suami kakak lagi jauh, nun dalam kubur, hamka ok gak, boleh SMS!”
Terkedu aku….
Benarlah, Kita sedih tak boleh tukar Handphone baru, sehinggalah di jalanan kita jumpa org yg ada telinga tapi cacat pendengaran….
Untuk pengetahuan korang bila korang sedih ada dua perkara yang Allah nak dari korang..
1: Ampun dosa.
2: Naik darjat@bagi pahala.
Bermakana setelah di tafsir:
1: Allah nak selamatkan korang dari Neraka.
2: Allah nak masukkan korang ke dalam syurga…
Bermakna setelah ditukar menjadi madah pujangga hamka:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Atau:
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Satu lagi aku nak kabor kat korang semua yg aku sayangi….kalau kita fikir2 balik: makluk sedih, bimbang, takut, air mata, memang dah Allah letak dalam setiap manusia, kita tak boleh hapuskan makhluk ini, makhluk ini dah ada dalam hati kita, hari ini org berusaha untuk hapuskan makhluk2 ini, pasti tak boleh, boleh jadi gila nanti!
…dan pakar2 barat pula mencari kaedah untuk mencegah makhluk ini daripada aktif dan menjejaskan sisitem saraf yg lain, tapi Nabi Muhammad s.a.w ajar umat dia, sahabat2 R.A iaitu: aktifkan makhluk ini dengan cara yg betul, atau dengan kata lain tukarkan kesedihan, kembimbangan, air mata dan takut korang pada perkara2 yg betul.
Contoh:Perkara2 yg betul:
1.Sedih pada dosa2 yg lepas
2.Takut Azab api neraka
3.Bimbang Hari akhirat
4.Takut ibadat tak diterima dari segi kelayakkan.
5.Harap ibadat di terima melalui Rahmat Allah
6.Risau melihat keadaan umat islam.
7.sedih tengok masjid kosong.
8.menangis kerana takutkan Allah dan Api Neraka
9.Takut mati dalam keadaan kapir
10.Bimbang Nabi tak mengaku umat..
11. dan seribu sebelas ratus lagi perkara2 yg patut korang buat..(perkara2 yg tak betul, aku tak yah cerita sebab korang dah alami sendiri ! )
Kerana itulah para2 Nabi dan sahabat2 r.a , mereka selalu mengangis,:
lihat org mati menangis, dalam solat menangis, dapat nikmat menangis, …adakah hati mereka tidak bahagia?
TIDAK! mereka bahagia kerana mereka telah sedih pada yg hak!
Semakin kamu takut pada Allah, semakin hampir kamu pada Nya,
Semakin kamu menangis kerana sedih dengan dosa2 yg lepas semakin lapang jiwa kamu,
Semakin kamu bimbang dengan kehidupan kubur, semakin tenang kamu kepada kematian…
Wahai manusia, HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI KAMU AKAN MENJADI TENANG…!
(isk..isk…uhuk..uhuk….isk..sok sek..sok…sek…..Ya Allah , ampunkanlah dosaku..ISK..ISK..)
Tambahan:
Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka membuat/mencipta sesuatu barang atau benda yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya:
"semua orang akan menjadi mayat"
ps: he3, siapakah pemandu kenderaan jenazah itu?
26 comments:
Tambahan:
Isteri menangis (18sx)
Satu hari isteriku menangis-menangis yang amat. Ku hampiri dia, ku gosok belakangnya, ku genggam tangannya. ku renung matanya ,penuh dgn air mata kesedihan...
"sayang, sekiranya inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini..."
Dia merenungku, memikirkan kata kataku.
Aku menyambung...
"sayang, apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indahya' penderitaan ini..."
Dia terus memelukku dan menangis.
Kami saling berpelukkan, Aku juga menangis....
Tamat.
(amacam? romantik tak aku? sayangilah bini korang sebelum dia bertukar menjadi mayat...)
halamak..takut aku bace..hehe. Nywayz, thanx for visiting my blog...cheryna. Best gak kalo jdkan ko nieh penulih jemputan aku kan!:D
sedih boleh di sedihkan dengan - SABAR, SELAWAT, SUBURKAN IMAN (taubat n istighfar) dan yang paling penting SOLAT (sunat dan wajib).
memang sedih itu 'nikmat' bila kita pk2 balik.
sediah tu yang buatkan kita belajar, beringat, berfikiran, bertafakkur, bermuhasabah, dan mcm ber2 yang best lagi....
again, another nice and sweet explanation. keep it up!
insaf dgn kelebihan yg Allah bagi.. pasni takmo sedih dgn perkara remeh dah..
salam buat hamka .. thanks!
Alhamdulilah.. Allah bagi nikmat pada tuan untuk menulis..bukan semua orang dapat nikmat tu.. boleh jadi pakar motivasi,... teruskan menulis
baca buku spesis motivasi 'la tahzan' pun sgt bagus..tajuk bahasa melayu:jangan bersedih lagi.bahasa inggeris:dont be sad.penulis:aidh bin abdullah al-qarni..baca bacaan penulis islam lebih best kut dari penulis kapir..neway,ikhlaskan hati,teruskan menulis!semoga yg membaca semua diberi hidayah dari Allah..insyaAllah
cheryna pires
best juga bila penceramah jemputan dapat makan free...he3 :0)=
-----------
demonsinme
benarlah, dan ingat kita org lelaki ni bagus dapat nangis atas sejadah....
---------
hucs
air mata yg takutkan api neraka akan memadamkan neraka, tapi ingat menangislah sekarang...(pesan kat aku sendiri)
again, another nice and sweet comment. keep it up!
------------
linanilza
janganlah membayar seruling dengan harga yg mahal...(tiru dale kenny g)he3
-------------
nc
salam..salam...sama2 kasih banyak2
------------
ustazah rock
tak de lagu ke hari ni?
-----------
allyssa dr
maulana hassan dah balik,aku jumpa dia kat masjid terus peluk ambil berkat(sebenatnya nak mintak air zam2 he he he)
born to be daie
benar, nanti aku beli buku tu(errr boleh pinjam tak?)
harap semua dpt hidayat
neway,ikhlaskan hati,teruskan menulis!semoga yg membaca/terbaca/di baca semua diberi hidayah dari Allah..insyaAllah
hidayat milik Allah
Tambahan:
Nasihat dari osman jalani kepada chombie...
(di petik dari filem ibu mertuaku, baru tengok malam semalam..he3)
Jangan kau banyak menangis combie…
Akibatnya buruk sekali
Dulu..
Sebelum alam maya ini lupus dari pandangan mataku, aku juga mempunyai seorang isteri,
Satu ketika, isteriku telah meninggal dunia,
Mulai saat itu aku menangis tak henti-henti…ku kira dengan tangisan ku itu,
dapat mengembalikan isteriku yag telah pergi
Sehinggalah pada suatu pagi, ketika aku membuka mataku,
kudapati alam maya ini telah luput dari pandangan mataku
Aku telah menjadi manusia buta
Aku terpaksa pergi dari rumah sewa kerana tak mapu membayarnya
Aku merayau kesana kemari
Sehinggalah aku dipungut oleh ibumu..
Esok aku akan merayau lagi,
merayau entah ke mana…
Chombie… dengarlah nasihatku ini..
janganlah menangis..
Padah akibatnya..
wah wah.. bro hamka hapal script ka??
aku suka yg ni: "Benarlah, Kita sedih tak boleh tukar Handphone baru, sehinggalah di jalanan kota jumpa org yg ada telinga tapi cacat pendengaran…"
sahabat aku pernah berkata begini: "aku menangis kerana tidak berkasut sehingga aku melihat dia yang tidak berkaki."
:)
kalau kesedihan ini bisa menghapus dosa-dosa silam.. sungguh, ia adalah rahmat Ilahi..
kalau kesedihan ini bisa mendekat diri pada cinta yang agung.. sungguh, ia adalah tanda kasih-sayangMu..
kerana kesedihan ini akan menjadi kegembiraan tatkala Engkau mengkehendakiNya..
Maha Suci Engkau Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
+ akhie +
thanks, budak shams, najwa aiman dan akhie...
kepada yg email aku tanya apsal isteri aku nangis...aku dah cerita kat anak aku dalam surat dia..jadi korang baca surat untuk anakku, korang boleh paham(macam kuch2 hotai hey pulak..ke ke ke)
Surat untuk Adha
Pada malam raya Haji di chendering 21-january-2005,
Bondamu yang sarat mengandungkanmu dan hanya beberapa hari lagi due date sibuk menolong nenek buat nasi dagang.
Tapi kasian bonda tak dapat makan nasi dagang sebab pada pagi tu waktu dhuha jam 8.15 pagi Adha lahir ke dunia…
Imbas kembali.
Jam 4 pagi bonda ngadu sakit perut dan ayah kata: sabar3…
Tapi jam 5 pagi bonda dah tak tahan , .
lalu ayah ajak nenek teman bonda gi klinik swasta dekat jalan kamaruddin. Haikal tinggal kat Cek Arah.(kesian Haikal nangis)
Takde rezki, Klinik tutup sebab Malam raya lepas tu terus gi Hospital besar Kuala Terengganu. Tak planning pun nak jadikan Adha org terengganu, semua kerja Allah. Ayah pun suka…
lepas hantar bonda ayah solat kat masjid ladang bila sampai hospital tengok bonda nangis.
Bonda di uji Allah yang mana layanan kat sini tak sama dengan Klinik swasta…
sabarlah bonda…
…sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa bonda alangkah ringannya penderitaan ini…
Ayah beruntung sebab hari raya dibenarkan bakal ayah keluar masuk.
Adha dilahirkan dalam bilik panjang dan bonda banyak nangis sampai bengkak mata2. sayu rasanya.
Adha pun senang lahir macam Haikal jugak dalam keadaan basah2 tu ayah ambil Adha dan Azan…dalam bilik panjang tu.
Masa tu adha pandang je wajah ayah dengan sayunya dan ayah azan dalam keadaan nangis tak tau kenapa.
Ni kali kedua dah ayah jadi ayah.
Lepas tu ayah diarahkan keluar dan duduk tunggu dengan nenek kat luar.
Kesian nenek sebab tak dapat pergi solat sunat aidiladha(ayahpun).
Jam 10 30 baru bonda keluar dengan matanya yang bengkak2(byak nangis),
karkuzahri(laporan) dari bonda diorang jahit luka macam jahit mayat. Lepas tu tinggal kat tepi pintu digigit nyamuk…
sekiranya beginilah caranya Allah nak selamatkan bonda dari azab api neraka dan masukkan bonda ke dalam shurga yang kekal abadi alangkah indahnya penderitaan ini…
Sekali lagi Allah mudahkan kerana hari Raya takde waktu had melawat ,semua boleh keluar masuk,lalu ayah balik ambil Haikal.
Haikal bila nampak bonda nak terkam bonda tapi ditenangkan dan ditunjukkan Adha kepadanya..senyap dia sambil fikir"siapa pulak ni?"
Petang tu Bonda dah boleh balik dah dan Ayahpun bayar kos perubatannya , nak tahu berapa? RM4 je…(haikal dulu RM1500 tapi Allah tanggung melalui kompani bayar) Adha pun baik macam haikal takde demam kuning…Alhamdulillah
Jadi ayah nak kabor ayah sayang kamu semua. Bila besar nanti berkawanlah dengan org yang selalu tidur masjid sebab kawan ayah mimpi jumpa nabi dan tanya nabi apakah tanda ahli shurga, Jawab Nabi “akhir zaman tanda ahli shurga adalah banyak iktikaf di masjid.
Tamat imbas kembali
Ps:Asalnya nak bagi nama Taha iaitu nama manja Nabi Muhammad tapi tak jadi sebab dah beranak Hari raya haji ,inilah peluang nak guna nama tu yang bermaksud waktu dhuha(memang lahir waktu dhuha)…
Janganlah lupa doa kepada ayah dan bonda walaupun kami berdua sudah lama menjadi mayat...
Ya Akhi,
Ana menitis airmata kesal dan malu bila ana baca perenggan akhir comment akhi yang di atas. Ana malu pada tuhan, malu pada nabi. Ana sombong dengan tuhan, sombong dengan nabi. Ada masjid dekat rumah berat kaki ana nak pegi, ada panggung seberang pekan laju je ana bawa keta.
Barakallhuminka ya akhi, barakallahuminka.
Alhamdulillah, kalau kau dah insaf…doakan aku dalam tahajjud kau…
Sekarang kau kena cari ustaz/org alim untuk bimbing kau…
Orang yg terjaga dari mimpi, dah bukak mata, tapi malas nak bangun akan tidor balik dan bimbang kalau2 tak bangun terus, alang2 dah terjaga, jom bangun!!!!!
Ps: sekali bukak mata, malaikat mungkar nakir dah depan mata!
budak shams
bukan hapal scrip, ingat-ingat lupa:)
------------
Najwa aiman
aku suka cam ni lak:
AKU SEDIH ORG YG TINGGALKAN SOLAT JEMAAH KERANA MAKAN DULU TAKUT TAK KHUSYUK SOLAT....TAPI AKU LAGI SEDIH TENGOK ORG YANG KHUSYUK MAKAN SAMPAI LUPA SOLAT JEMAAH...
-------------
+Akhie+
benar
benar
BENAR!
Gerbangmu
Terbuka Mencabarku
Melangkah Menurut Rasa Rindu
Biarpun Nanti Antara Kita
Ada Yang Mungkin Terkorban
Biarpun Nanti Kita
Terhukum Kerana
Melanggar Kebiasaan
Cinta Tak Pandang
Tak Kira Siapa
Iakan Mencuba
Selagi
Mana Pencipta
Terdaya Menahannya
Diakan Dicuba
Sebelum Gugur Tercalar
Jiwa Parah
Jangan Kau Gugurkan Airmata
Sebelum Putus Tali
Tuhan Yang Esa
Jangan Kau Berputus Asa
Nadamu Menangis Menggugatku
Dekati Dirimu Yang Ku Rindu
Biarpun Nanti Antara Kita
Ada Yang Menyesal
Biarpun Nanti Kita Terpaksa
Membayar Harga Yang
Tak Setimpal
aku rasa cam salah lirik je dari segi akidah, atau kau salah taip he3
Asal yg kau tulis:
Cinta Tak Pandang
Tak Kira Siapa
Iakan Mencuba
Selagi
Mana Pencipta
Terdaya Menahannya
Diakan Dicuba
Aku rasa yg betul:
Cinta Tak Pandang
Tak Kira Siapa
Iakan Mencuba
Selagi
Mana PECINTA
Terdaya Menahannya
Diakan Dicuba
Pencipta aku tukar dengan pencinta….
He he he…kalau salah tolong jolokkan…
slm...
heeee....xpe kan, komen baru skrg, wlu dah tertinggal jauh ke belakang...
ana byk menangis...terkenang2 dosa2 silam...wlu pabila airmata kering sudah, tp hati terus menangis, gundah xsudah...bukan sedih dgn QADA' N QADAR ILAHI...tp kesedihan datang dgn penyesalan yg dalam, sedih betapa lemahnya diri, lemahnya iman...menguasai hati, tewas kpd nafsu sndiri...
tlg doakn ana, ya tuan...xingin menangis d dunia, xingin jga menangis d SANA...
'mengandung 12x, gugur 4x, bersalin 8x....' pengalaman n kebahagiaan yg paling indah,selama 43thn nyawa msh pinjaman...xdpt d tukar ganti, hadiah dunia akhrt yg Allah kurniakan...tp bhagiakah anak2 ku, beribu kan aku...insan penuh noda n dosa?..ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
-hidupQ-
...
semoga semua selamat
MAJU TERUS MAJU....
sepanjang saya baca blog, ada beberapa entry yang pernah buat saya menangis. dalam 'beberapa' tu, cuma satu yang saya ingat dan masih boleh menangis lagi kerananya ialah entry seseorang menceritakan bagaimana kucingnya mati dan suasana kematian tu. sedih benar rasanya.
tapi Hamka, tersentuh jiwa saya bila baca Surat Untuk Adha. menangis. menangis. menangisss. aduhaii.. terima kasih Hamka. saya kagum dengan penulisan kamu. saya doakan semoga Hamka sekeluarga dilindungi Allah sentiasa. Amin.
- Lyn
nak nangis jugaklah
aku rasa cam salah lirik je dari segi akidah, atau kau salah taip he3 Asal yg kau tulis: Cinta Tak Pandang Tak Kira Siapa Iakan Mencuba Selagi Mana Pencipta Terdaya Menahannya Diakan Dicuba Aku rasa yg betul: Cinta Tak Pandang Tak Kira Siapa Iakan Mencuba Selagi Mana PECINTA Terdaya Menahannya Diakan Dicuba Pencipta aku tukar dengan pencinta…. He he he…kalau salah tolong jolokkan…
Post a Comment