Apr 25, 2017
Ada pahala di dinding rumah?
(Al kisah Senapang Chekhov, Garfu Ramli, dan Rotan Lokman)
Sebelum itu nak kabor, maaf sangat sebab silap fakta dalam
gambar ini, bukan senapang German, tapi senapang Russia, atau lebih dikenali “Chekhov's
gun”.
Kata Anton Chekhov dalam seni penulisan cerita: Jika di awal
penceritaan ada babak selaras senapang yang terhias pada dinding, pastikan
senapang itu digunakan sebelum tamat cerita.
Sebab tu dalam filem ibu mertuaku. P Ramlee hias dinding
bilik guna sudu garfu, sebab nak guna hujung cerita.
Jadi rumah aku dulu, memang hias dinding dengan “Rotan
Lokman”, selain mencantikkan dinding, rotan tu akan diguna bila masuk waktunya,
lagipun memang ada hadis yang suruh gantung cambuk atau rotan ni di rumah untuk
didik anak anak, terutama bab solat. Jadi kira dapat pahala jugaklah gantung
rotan di rumah walau sebagai hiasan.
So nasihat kami laki bini, jika nak hias rumah, tolong
jangan gantung dengan objek sampah yang tak berfaedah, yang korang tak gunapun
sampai mati, adohai..
Cuma itulah, anak anak dah pandai, mereka sorok rotan tu,
jadi untuk atasi masalah ni, Puan bini letak rotan buluh penuh satu pasu, ambik
kau!
Sekian kisah Garfu Ramli, Senapang Chekhov, Rotan Lokman dan
Pasu Hamka Kereta mayat.
Woha!
Apr 12, 2017
Apa Nabi buat di umur pencen?
(Tanya sama pakcik Kereta Mayat)
Ada orang tanya apa pendapat abang keratamayat bila Presiden
Cuepecs, cadangkan umur persaraan ke 62 tahun, katanya bersara ni kena awal,
kalau boleh nak bersara umur 40 tahun.
Adohai, bab pencen pun korang tanya keretamayat, Nampak sangat
aku dah tua, ha ha
Okey, Bab bersara umur 62 tahun ni, pada pendapat aku, jika
korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan
penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim
pencen umur 62 tahun, sebab orang macam korang: (Baca: yang seronok dengan
kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa
kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika
kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia
telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.
Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, jangan
tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas
tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh
apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat
untuk bertangguh.
Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun
Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang
badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur
pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam
mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau
hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik
ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada
jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.
Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa
tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan
bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!
Woha!
Apr 3, 2017
Ciri Ciri orang bodoh?
(Ada orang belajar ilmu hitam untuk lawan ilmu hitam, cuba baca info ciri orang bodoh untuk tahu korang ada tak ciri orang bodoh?)
Ok, April fool baru jer lepas, maka sajer nak kongsi info
tentang ciri ciri orang bodoh, agar kita dapat tahu sejauh mana tahap bodoh yang
ada dalam diri, adakah bodoh korang dah capai paras bahaya, atau dah melimpah
keluar dan membodohkan orang di sekeliling, mari kita baca untuk semak, kita ni
bodoh ke tak?
1.Suka rosakkan harta benda awam.
Korang tahu tak, merosakkan harta benda awam adalah satu
jenayah, macam korang rosakkan kerusi bas, pecahkan mesin air, conteng dinding
tandas, sapu tahi hidung dekat karpet masjid, lekatkan sisa gula gula getah di
kerusi panggung wayang, buang sampah dari tingkap kereta, buang sampah dalam
lubang tandas, dan lain lain, semua tu memang kerja bodoh yang suka dibuat oleh orang bodoh!
Menyusahkan orang ni satu benda yang di larang Nabi, sebab
orang islam di zaman Nabi akhlaknya bagus-bagus hingga orang masuk islam
berbondong-bondong (rujuk surah An-Nasr), tapi hari ni jika akhlak orang islam
teruk, orang murtad pulak yang berbondong bondong, maka tolong jangan jadi
bodoh berbondong bondong!
2. Suka rosakkan harta sendiri.
Korang pernah ada kawan yang bila marah dihempasnya telefon,
dipecahnya skrin laptop, di tumbuknya meja hinga pecah, diterajang pintu hinga
terkopak, dibaling apa sahaja yang ada ditangan, dihempas gelas dan cawan
hingga pecah berderai seperti pasir ditepi pantai? Ada? Jika ada tahulah bahawa
orang bodoh ni bila marah mereka gagal kawal emosi, sampai sanggup pecahkan
harta benda sendiri, sanggup jadi saudara syaitan sebab dah sampai tahap membazir
kerana lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda sendiri, tapi jika
lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda awam, dah jadi bodoh berbondong
bondong ganda dua puluh tiga (masukkan bunyi guruh di sini)
3. Suka menyalahkan orang lain.
Orang bodoh memang tak lepas dari perangai suka menyalahkan
orang lain, Bila miskin salahkan cina. Bila sakit salahkan doctor, Bila bodoh
salahkan yahudi, Bila jahat salahkan saka. Bila buat dosa salahkan syaitan,
Bila merogol salahkan orang tak tutup aurat, Bila harga barang naik salahkan
kerajaan, dan begitulah siang malam kerja salahkan semua orang, perasan dia jer
botol, ini lah perangai semua orang bodoh, Ketahuilah, Oleh sebab kita ni
selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, Maka di akhirat kelak.., Allah
kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan
untuk berkata kata, Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!
Setelah MENGAKU BERSALAH, baru Ahli neraka mintak izin
kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji
akan membetulkan segala kesalahan. Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan.
Jadi sementata hidup ini, janganlah kita perasan betul, sebab syarat taubat di
terima adalah mengaku bersalah, maka bertaubatlah wahai semua orang bodoh,
jangan membondong bondongkan kebodohan korang. Adohai..
4) Suka mengkritik
Semua benda nak dikritik, semua benda tak betul di mata dia,
semua benda berbondong bondong nak dikeji dan dimaki, Jika duduk sebelah dia,
semua keburukan orang dia tahu, sampai tahap siapa ahli neraka pun dia tahu, sebab
apa? Sebab Orang bodoh ni perasan dia lebih baik dan lebih pandai dari semua
orang, tak nak jadi bodoh? Jagalah lidah, Nabi pesan sebab lidah ni ramai masuk
neraka, dosa mengumpat (cakap benda betul tentang buruk orang) dan dosa
menfitnah (cakap benda salah tentang buruk orang) adalah termasuk dosa yang
besar.
5) Suka mengeluh
Sikit sikit mengeluh, sikit sikit tak puas hati, sikit sikit
merungut, langsung tak reti nak bersyukur, pesan Nabi mudah, siapa bersyukur
Allah tambah nikmat, siapa tak bersyukur, azab Allah sangat pedih. Maka jangan
jadi orang bodoh yang suka mengeluh, merungut dan tak bersyukur. Sebab Azab
Allah itu berbondong bondong pedihnya.
6) Suka berdebat
Jika korang suka berdebat dan suka nak menang, cuba korang
tengok akibat selepas berdebat, orang ramai makin jauhkan diri dari korang,
sebab tu bila Nabi dituduh gila ke ahli sihir ke, Nabi diam jer, Nabi tunjuk
akhlak yang baik, ini yang buat orang cair, sebab suka berdebat dan nak menang
ni memang kerja orang bodoh, ibaratnya orang tuduh korang perempuan, lalu sebab
nak menang korang bukak seluar tunjuk zakar, begitulah lebih kurang yang
terjadi dalam debat, masing masing akan serang peribadi dan tunjuk aib sendiri,
pesan imam Syafie, aku tak akan berdebat dengan orang bodoh, sebab tak akan
menang, pesan Ibnu Baththah: Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat
bodohnya seorang alim, dan pesan Nabi Muhammad s.a.w: Aku akan menjamin sebuah
rumah di syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam
pihak yang benar.
7) Sombong dan berlagak.
Orang sombong dan berlagak ni, atau istilah lebih tepat:
bodoh sombong! Memang kerja dia langsung tak peduli orang lain sebab orang
bodoh sombong ni memang suka fikir tentang diri dia sahaja, orang sakit ke , orang
penat ke, dia tak peduli sebab dia Selfish, penting diri sendiri. Sangat susah
nak tolong orang. Selalu buruk sangka dengan semua orang, jika dapat teman
hidup macam ni memang meranalah korang di neraka dunia, panjang nak cerita,
tapi nak bagitahu, orang sombong masuk neraka. Firman Allah: Masukilah
pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka
Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”
8) Lupa persiapan mati
Nabi bagitahu orang cerdik adalah orang yang ingat mati,
maka orang yang lupa mati, dan sengaja lupakan persiapan untuk mati, maka
itulah orang paling bodoh sebab tahu diri akan masuk neraka tapi tak buat apa
apa usaha untuk selamatkan diri dari api neraka. Kebodohan berbondong bondong
apakah lagi selain melupakan mati yang menjadikan kebodohan insan itu sempurna?
Okey cukup sampai sini, banyak lagi pecahan kecil perangai orang bodoh,
tapi cukup sampai lapan kita bincang, sebab syurga ada lapan pintu, dan hari
ini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usaha
menyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup, maka
gunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka,
jangan termasuk orang yang bodoh berbondong bondong masuk neraka, Nauzubillah!
Sekian. Pesan pada diri sendiri.
Ps: Selalu orang tanya, kenapa guna nama pena kereta mayat? Jawabnya,
Sebab aku takut aku lupa pada persiapan mati, perghhhh berlagak gila alasan aku!
Woha!
Mar 28, 2017
Mati pun satu nikmat?
(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)
Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak
sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan
pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari
ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun,
sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih
pandai dari ayah.
Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak
kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed
time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka
cerita ni macam death time story lah, woha!
Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan
islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak
nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…,
okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad
jika ambik moral dari cerita ini)
Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah
kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah,
satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat
termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang
demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang
demi sorang mati akibat sakit tua.
Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu
punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka
dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.
Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP
MALAIKAT AJAL pada budak itu.
Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia
ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP
MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti
besi.
Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu
tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah
yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata
pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan
neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang
amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar
neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat
dengan aman”
Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah
fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air
mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal
terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata
neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini.
Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.
Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi
dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang
hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati
adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.
Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka,
sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula,
kisahnya begini:
Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan
syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing
Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati,
lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan
neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh
penduduk syurga dan nereka.
Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada
mati lagi selepas ini, hidup dalam
nikmat selama lamanya.
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..!
kerana mereka akan di azab selama-lamanya.
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”
Allah tak layan
permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”
Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka
telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…
Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka
selama-lamanya!”
Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama
korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika
korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil
hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang
masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas
peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka
yang sabar dan faham.
Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi
kematian yang dicemburui oleh orang beriman.
Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?
Begini kisahnya:
Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai
anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat
korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak
haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan
mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur,
lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan
semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk
tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi
mayat, lambat atau cepat sahaja.
Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati
menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak
datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari
dari perang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur,
sebab masing masing sibuk bersembunyi atau sibuk di seksa, yang tinggal,
hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat. Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk
dijalanan,tiada orang nak uruskan pun, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa
kain kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima
nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang
aman merdeka.
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat
kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka
itulah salah satu nikmat mati.
Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika
mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah.
Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada
perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati
dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga
sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.
Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena
faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu
Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi
telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang
sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman,
maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka
sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di
tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara
kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi
mayat.
Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua. Jangan takut mati, relax…
Selamat menjawab soalan malaikat kubur.
Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di
padang mahsyar.
Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat
lapan-woha!
I miss you all.
Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang
mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka
(di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan)
mereka.” (QS. Ath Thur: 21).
Mar 21, 2017
Hak asasi untuk Gay?
(gadis cantik dan binatang)
Ada orang tanya isu gay dalam filem Beauty And The Beast
diharamkan di Malaysia, apa kata abang keretamayat?
Dalam bab ini sama macam kes jakim itu hari yang buat syarat
nama produk sensitif perlu di tukar jika nak jual di Malaysia, maka dalam isu
filem ini, syarat untuk tayang kena buang babak gay.
Aku sebagai penulis buku Almond London dan Gay setuju sangat
babak gay di buang dalam filem tersebut.
“alahai cik keretamayat, gay pun ada perasaan, kenapa layan
gay macam ni?”
Habis tu, orang straight tak ada perasaan? Allah larang
benda benda macam ni, apa korang tak fikir perasaan kami bila benda begini di
dedahkan pada kanak kanak sebagai tak salah?
“watak Salleh dalam upin ipin tak salah pulak?”
WatakSalleh tu lelaki lembut, bukan gay, ramai jer lelaki
lembut kahwin dapat anak, masalah dalam filem tu, pengarah dia yang mengaku
watak tu gay dan mahu sebarkan agenda gay dalam filem kartun, malahan dah jadi
sejarah pertama Disney dalam kartun ada watak gay.
“Filem ganas bunuh bunuh boleh pulak?”
Ganas ni pun kena tapis, watak jahat yang ganas kena hukum
akhir cerita, itu semua tahu, tapi jika buat filem gay lepas tu kena bala, tak
salah lah, masalah di Hollywood sekarang, penulisnya dah ramai yang gay dan
sebarkan agenda ‘gay tak salah’ dalam filem, tu yang anugerah Oscar baru ni
menang filem gay, jadi babak “gay tak salah” untuk kanak-kanak itu yang salah.
“filem melayu ada babak rogol lepas pulak?”
Itulah masalahnya, dosa semalam yang diabaikan tidak
bermakna dosa lain tak salah, dua dua salah, lagi salah jika filem melayu untuk
kanak kanak ada babak rogol, harap tak ada lah, dan jika ada kena ada moral
iaitu perogol kena tangkap polis ke, mati kena sambar petir ke, dan babak rogol
tu tak perlu detailpun, guna Bahasa pun dah cukup, arghh, ni dah sembang
tentang teknik perfileman, lari tajuk ni, huhuhu.
“bukan dalam islam tak boleh buat hubungan seks dengan
binatang? Kenapa isu ni tak timbul pulak?”
Cerita ni macam kisah sumpah orang minyak, lelaki binatang
dan gadis cantik, tapi jika betul ada babak seks dengan binatang memang kena
tapislah.
"teruknya penapisan filem malaysia, bukan ada seks gay
pun.."
Yang saya tahu, Malaysia tak haramkan fiem itu pun, suruh
buang babak gay sahaja, tapi Disney yang enggan maka takdelah teruk sangat
Malaysia ni, ada negara dengar cerita haramkan terus, dan setahu saya, filem
Sumpahan orang minyak P ramlee pun kena buang babak menangis dekat kubur, ada
sebab lah tu.
“tapi gay ni hak asasi manusia”
Okey, mari kita cerita tentang hak asasi manusia, berkenaan
gay ini, Allah dah larang dalam Al quran tak perlu promosi dan sokong pun,
Allah dah laknat kaum ni sampai jadi laut mati, tapi Allah tak terus turun
azab, Allah hantar Nabi luth berdakwah siang dan malam, sampai tahap mereka
kepung rumah Nabi luth nak cederakan Nabi, baru Allah turukann azab, bermakna
Allah bagi peluang bertaubat dalam tempoh yang panjang, ITULAH HAK ASASI
MANUSIA, di beri peluang bertaubat, bukan peluang sebar maksiat.
Sekian.
Mar 17, 2017
Hamka nak ajar tulis Buku?
(Korang nak sangat menulis dan ada buku sendiri tapi tak tahu
cara?, atau tak ada semangat? baca ni !)
Korang tahu tak, kenapa orang Eropah lebih maju? Sebab rakyat
mereka rajin tulis buku.
Tak percaya?
Cuba tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka
pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.
Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi
masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku, contoh cerita serigala jadian, dalam
perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu guna senjata dibuat
dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa seriga atau vampire
dan sebagainya.
Dah tengok filem Twilight?, Bella Swan bila ada masalah,
beliau pun pergi rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal
usul puntianak, tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak
rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh
tu baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.
Jadi, kepada korang yang ada pengalaman tangkap hantu, sila tulis
buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang
kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin
tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam
kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.
Tak tahu tulis buku sebab tak dapat A Bahasa melayu dalam SPM?
Korang tahu tak Hamka Keretamayat SPM tak kredit Bahasa
melayu, tapi boleh jer beliau tulis buku laku giler sampai dah ada 10 judul
tajuk pelbagai cerita, ada kisah dajjal, kisah cinta, kisah rumah tangga, kisah
agama dan terkini dah tulis kisah hantu, ha ha!.
Yang penting, korang Jangan takut salah tulis, sebab jika
takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama
ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh
tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk
pada mana mana yang tak salah-woha!
Ok, jika korang berminat nak belajar tulis buku dan terbit
buku (sebab hidup terlalu singkat untuk tidak menulis). Boleh datang bengkel
menulis yang Hamka dan Khairi Tajuddin akan adakan pada 25 March ini (sabtu 9
pagi) di Kuala Terengganu. Hamka ni jarang rajinkan diri jumpa orang untuk kongsi
ilmu secara live, sebab beliau seorang pemalu, tapi sekali sekala beliau
sanggup tebalkan muka untuk ajar korang tulis buku tebal tebal.
Jadi sila TAG dan shared kawan kawan korang. Jom kita
terlibat dalam satu event yang mungkin mengubah perjalanan dan pandangan korang
pada dunia dan akhirat.
Whatsapp segera ke 019 4702839 / 0199117163 untuk sertai bengkel
dan dapat Percuma 3 ebook bernilai RM50 berjudul DARI IDEA MENJADI DUIT. DAFTAR
SEGERA dengan Whatsapp 0194702839.
Salam woha dari dekat!
Feb 24, 2017
Misi Kuruskan mayat?
(kisah laki gemok)
Part 1
Part 1
Ku buka hadiah dari Puan bini sempena hari jadiku tahun ini.
Ku pijak hadiah itu.
Tarik nafas. Hembus nafas.
89.2 kg.
InsyAllah. Tahun depan nilai tu akan menurun.
Dapat 89.0 kg
pun OK. Tapi jika makin naik. Maka itu bermakna alat penimbang rosak.
Woha!
Part 2
Empat bulan kemudian, hari jadiku bulan Ogos, sekarang
hujung tahun December.
Tayar depan motor pancit.
Aku cuba buka tayar tapi skru dah tak ada gigi, kena buka
dikedai guna tool khas.
Aku pun bawa motor ke kedai, oleh sebab enjin tak ada
masalah aku duduk hujung seat, agar beban tayar depan kurang terasa.
Di jalanan, tayar belakang pula pancit, tak dapatlah nak
bawa lagi, kena tolak.
Sampai di kedai motor, bengkel dah tutup.
Aku pun tolak motor ke rumah berhampiran dan minta izin
untuk tinggal motor dalam pagar dia.
Esok aku tolak balik ke bengkel motor,
insyaAllah.
Lepastu aku balik rumah jalan kaki. Dekat 1 kilometer jugak.
Sampai rumah aku cari alat penimbang.
Berat terkini, 90.1 kg.
Alat penimpang ini hadiah dari Puan Bini tiga bulan lepas (9
oct 2016 ), waktu aku timbang: 89.2 kg.
Cis, alat penimbang ni ‘rosak’, bacaanya tak kosisten, makin
timbang main naik.
Maka sempena motor rosak, dah peluh masih di badan. Aku nak
buat azam baru.
Azam tahun lepas nak tulis empat buku setahun dah tercapai,
azam tahun ini:
AKU NAK TURUNKAN BERAT BADAN!
Kali ini serius! Arghhhhh, bam! (bunyi tumbuk meja tanda
serius)
Insyaallah, akhir tahun2017, jika panjang umur, aku nak
update gambar dengan berat lebih rendah dari nilai dalam gambar ini.
2017!
Tahun turunkan berat badan!
WOHA!
Ps: Tapi jika aku pendek umur, sewaktu naik keretamayat, aku
harap mayat aku tak seberat hari ini. Tak lah beban sangat bini aku memikulnya,
hu hu
Part 3
Kenangan kenapa aku gemok.
Ambik satu hari di tahun lepas:
Sarapan hari ini, nasi dingin dari Kelantan. Member tolong
beli.
Kudapan pula, karipap. Pow kawan punya.
Merarau, sebab sibuk, hanya sempat popia dua bijik.
Cicipan, sebab dah lapar, makan kat kedai, order nasi goreng
cina tak nak ayam, tapi suruh gaul dengan ikan bilis ganti ayam.
Makan malam tak makan sebab masih kenyang makan nasi goreng.
Tengah malam, laparlah pulak, so gabi malam ini nasi putih
dan sotong celup tepung, Puan Bini masak.
Ok, Ilmu istilah bahasa, bila tahu, kena amal, huhuhu.
Lepas ni geng gemok, boleh di panggi geng gabi-woha!
Ps: rujuk DBP bab penamaan baharu istilah berkenaan makanan.
Part 4
Tahun baru azam nak kuruskan badan. Tapi 1 january dah kena
pergi kenduri member foreigner. Di jamunya dengan nasi arab dan kambing bakar
serta ayam golek. Alhamdulilah rezeki.
Jadi tarikh azam baru kuruskan badan jatuh kepada 2hb
january 2017.
Harap maklum.
Woha!
Part 5
Ada teori mengatakan. Jika nak berjaya dalam satu bidang,
kena ambil gambar dengan orang yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Mamat
dalam gambar ni dah berjaya turunkan berat dari 220kg hingga 90kg.
Tahniah #aizatrazak
I follow!
Part 6
Aku beli buku ni dengan penulis #aizatrazak. Aku bagi puan
bini baca.
Hari ni aku makan nasi segenggam beras. Puan bini cakap
seganggam nasi. Tak caya rujuk buku. Adohai...
Segenggam nasi rupanya. Ingatkan segenggam beras.
Woha!
Part 7
Terima kasih Puan Bini yang setia membantu misi kuruskan
mayat.
Dah lima hari tak minum teh tarik. Goreng mee ala kadar,
kurangkan nasik.
No for jajan.
Yes for makanan sunnah.
Pelan pelan kayuh.
Doakan.
Amin
Part 8
Menu laki gemok hari ni. Beras perang. Ikan tenggiri
panggang.
Terima kasih bini.
Bini tak jawab sama sama. Bini jawab:
"Dah kurus nanti jangan kahwin lain pulak!"
Woha!
Part 9
Hari ke 11 cabaran kuruskan mayat.
Berat pada 1hb jan 2017: 90.1kg.
Berat hari ini.... arghhh tidak! Aku syak rambut yang
panjang punca berat tidak turun.
Hari ni potong rambut!
Esok kita timbang balik. Jika berat tak turun jugak. Semua
bulu di badan mungkin akan kena potong agaknya.... Woha!
Part 10
“abang nampak phone saya tak?”
“Tak”
“cuba abang bangun, mana tahu kot ada kat bawah punggung
abang?”
“asal barang hilang sajer awak suruh abang bangun, asal
barang hilang sajer awak suruh abang bangun, Awak…, tak baik tahu
mendikriminasikan orang gemok, cubalah miss call dulu”
“ok, saya miss call guna phone abang”
“eh? Memang ada bawah punggung abanglah, adohai…”
Part 11
"Sayang... Tolong picit betis abang..."
"Ok. Hishhhhh, besarnya betis abang. Kena ganda senaman ni"
"Awak ni.. jika nak tahu, betis abang ni selalu di
sebut dalam syair melayu"
"Syair melayu?"
"Ya.. betis abang ni di kenali sebagai betis bunting
padi!"
*pensang!
Woha!
Part 12
Laporan laki gemok dalam misi kuruskan mayat.
1 jan 2017=90.1kg
17 jan 2017=87 kg
Dah dekat tiga minggu baru kurang 3kg, bermakna purata 1kg
seminggu, lambat ke cepat ni? Tak tahu pulak.
Tinggi: 171 cm
BMI: 29.75=gemok gila.
BMI patut kurang dari 25, jadi aku perlukan berat 70kg.
Pergghhh, 17 kg lebih muatan aku.
Puan bini cakap: apa baru turun 3 kg? saya rasa macam dah
lama masak ikan panggang dekat abang hari hari. Woha!
Sabar Puan bini, abang semangat nak kurus sebab awak sanggup
bantu, terima kasih banyak banyak- kagum dari dekat!
Part 13
Jika ada orang gemok nak kuruskan badan, lepas tu jaga makan
dan bersenam, memang ada jenis member yang suka kutuk dan jadikan orang gemok
bahang lawak.
Orang tu berlari kejap lepas tu berhenti, korang gelak,
makan sikit, korang sindir. Dari jauh korang mengumpat orang gemok siang malam.
Yang korang tak tahu, orang gemok bila mereka bersungguh
sungguh nak kuruskan badan bermakna mereka dah tak ada masalah dalam hidup.
Syukur Alhamdulillah, semua masalah mereka dah selesai,
Mereka tak ada masalah duit, tak ada masalah dengan
pasangan, tak ada masalah ekonomi. Semua OK.
Masalah mereka Cuma satu, berat badan berlebihan.
Jadi korang jangan kutuk mereka, tapi cemburukan mereka yang
dah tak ada masalah hidup.
Korang tu yang gelak gelak, hutang orang dah habis bayar
belum?
Hampeh!
Ps: Ada ustaz ceramah bagitahu, jangan kamu mengumpat kerana
perbuatan itu seperti makan daging orang yang kamu umpat, jadi tolong jangan
mengumpat orang gemok, nanti kena makan daging mereka, banyak pulak tu, habis
ke? Woha!
Part 14
Cuti raya cina begini, ada jemputan kahwin.
Lauk kenduri macam biasa lah, gulai lembu dan kambing serta
nasi minyak.
Aku cakap kat Bini, “Cheat meal”.
Balik kenduri, tuan rumah bungkus gulai daging dan kambing,
malam tu sampai rumah, bini tanya nak makan apa, sebab biasanya malam makan
lauk panggang dengan beras perang, tapi aku cadang, panaskan lauk gulai kenduri
tadi, takpe sekali sekala “Cheat meal”.
Tapi Puan bini cakap, ini dah bukan “Cheat meal”, tapi
“Cheat Day”
Adohai, takpe sayang, malam ni abang akan beraksi dua kali
ganda untuk bakar kalori.
Woha!
Ps: kata pakar, untuk kuruskan badan, pemakanan 70%, dan
senaman atau jimak membantu dalam 30%, jadi yang utama adalah, jaga makan
kerana Sunnah Nabi makan sekadar perlu, pesan pada diri sendiri. huhu
Part 15
“Abang, jika yer pun nak diet, tak payahlan sehari nak
timbang dua tiga kali, timbang seminggu sekalipun cukup, bukan tadi abang dah
timbang ke?”
“Awak ni tak tahu, tadi abang timbang 85.9kg berat abang,
sekarang 85.2kg, bermakna dalam 15 minit ni, dekat sekilo berat abang turun”
“Wow! Abang buat apa tadi sampai turun dekat sekilo? Abang
buat High Intensity Training ke?”
“Tak, abang duduk sahaja”
“Duduk sahaja boleh hilang dekat sekilo? Apa rahsianya?”
“Abang berak!”
“Woha!”
Part 16
Sekarang dalam misi kuruskan mayat. Aku minum teh hijau
tanpa gula. Bini cakap nak letak gula sikit tak?
Aku cakap tak nak. Bini tanya okey ke minum air pahit macam
ni?
Aku jawab: masa kacau air cukuplah awak ter senyum. Senyuman
awak kan manis.
chewah
Ps: orang gemok pun romantic tau! Woha!
Part 17
Hari minggu hari cheat day. Semalam puan bini masak nasi
lemak ikan selayang hari ini nasi minyak ayam bandar.
Jadi untuk kurangkan rasa bersalah hari ni aku panjat bukit
pelindung Kuantan. Jalan mendaki cantik, banyak tempat rehat tapi view atas
bukit terlindung dengan pencawang. Tak macam bukit besar Terengganu.
Lepas turun bukit Puan bini tanya:
"Macam mana naik bukit pelindung? Ok?"
Laju aku jawab:
"Ok. Lepas ni abang rasa dah layak panjat gunung
kinabalu pulak!"
Woha!
Ps: think big sebab perut pun big, kekekekeke.
Part 18
Wahai lelaki boroi, Dah diet seminggu?, tak sabar nak ambik
berat badan?
relax, tidur dulu, pagi esok,lepas mandi waktu pagi, dan
kalau boleh lepas berak.
pakai kain pelikat sahaja.
baru pergi pijak penimbang perlahan lahan.
lepas tu tengok bawah, jangan bongkokkan badan.
kemudian kempiskan perut sekuat hati dengan cara tarik nafas
dalam dalam.
tiba tiba puan bini tegur:
"abang, tak perlu pun part kempiskan perut tu, sama jer
bacaanya.."
"hah! itulah awak tak tahu, bila kempiskan perut baru
nampak bacaan penimbang!
Woha!
Ps: 83.8 kg.., Ini mungkin berat kain pelikat, jika berbogel
lagi banyak turun ni, ha ha
Part 19
"Sayang, jika abang pakai baju ni nampak gemok
tak?"
"Abang... bukan baju tu yang buat abang nampak gemok,
tapi perut boroi abang yang buat abang nampak gemok!"
"Terima kasih bini.. insaf"
Adohai...
Ps:kurangkan teh tarik hamka.. huhuhu.
Part 20
Berat terkini, 83.5 kg, setelah sebulan lebih makan berhemah ini,
baru turun 6 kg
Pelan pelan kayuh. Aku diet tapi tetap makan nasik, perut
melayu katakan, adohai..
Tip yang aku amal. Jika salah tolong tegur
Sarapan pagi jam tujuh, telur separuh masak dua bijik dan
air teh hijau tanpa gula, memang kenyang lama.
Kudapan jam sepuluh, buah epal atau roti wholemeal, ait teh
O kurang manis atau guna pemanis Stevia.
Merarau di tengah hari, nasi separuh pinggan, (kadang kadang
Puan Bini masak beras perang pun Okey), sayur dan ikan atau ayam atau daging
(panggang, rebus, atau bakar) sekali sekala ganti dengan udang atau sotong atau
ketam. Minum air suam jer waktu tengah hari.
Cicipan jam tiga, sama lebih kurang macam kudapan.
Second Cicipan jam lima, sama macam cicipan, sekali sekala
makan kerepok lekor sebab senang dapat area sini.
Sebelum magrib, atau lepas magrib, atau lepas isyak, Makan
malam lebih kurang sama lauk dengan Merarau, nasi, sayur dan ikan atau daging,
semua tak bergoreng, elakkan minyak, kurangkan garam dan gula, airpun air suam.
Jam 10 malam, gabi minum teh Tarik guna susu cair dan
pemanis stevia, cicah dengan roti atau makan epal, kadang kadang kerepok lekor.
Teh Tarik ni sebab dah ketagih, jadi lepas juga hajat walau guna stevia dan
susu cair sesudu. adohai...
Begitulah menu makan aku sehari hari, tak berlapar langsung,
dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama.
Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang
tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.
Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat
nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha
ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu,
adohai…
Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang
kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun
jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling
kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena
buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.
Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang
rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak
dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar
kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini
suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.
Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas
dapur dan kemas rumah.
Satu lagi aku cakap kat Puan Bini, masa kita kahwin dulu
takde ambik gambar cantik cantik guna jurugambar professional pakai baju
pengantin semua, so aku plan jika ada rezeki, lepas dah capai berat badan
sasaran, aku nak ‘bersanding’ semula dengan Puan bini, ha ha, siapa ada set
baju dan set pelamin pengantin yang best best, bolehlah taja, jurugambar yang
pro pun boleh taja jugak jika mahu, alahai, nanti aku selit servis korang dalam
buku aku akan datang "kisah laki gemok", he he.
Wah, jauh benar berangan ni, sambil menguyah pulak tu.
Okey, nak pergi berjalan kaki sambil baca respon korang
pulak, walau dari jauh nampak macam main pokemon go, Nampak tak kat telinga aku
ada ear phone yang bersambung dengan smart phone?
Sedang dengar ceramah beb!
Sila kagum dari jauh!
woha!
Sekian update kisah laki gemok, misi kuruskan mayat, ada rezeki aku update lagi, insyaAllah.
Ps: Aku dan Khairy Tajudin Novelis akan buat kursus menulis buku dan terbit sendiri yang
akan di adakan 25 march ini di Kuala Terengganu. Sila whastapp 019 4702839
untuk join. 20 orang sahaja. Kursus misi Kuruskan mayat tahun depan pulak, ha ha!
Subscribe to:
Comments (Atom)


















