Apr 12, 2017

Apa Nabi buat di umur pencen?

(Tanya sama pakcik Kereta Mayat)

Ada orang tanya apa pendapat abang keratamayat bila Presiden Cuepecs, cadangkan umur persaraan ke 62 tahun, katanya bersara ni kena awal, kalau boleh nak bersara umur 40 tahun.

Adohai, bab pencen pun korang tanya keretamayat, Nampak sangat aku dah tua, ha ha
Okey, Bab bersara umur 62 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 62 tahun, sebab orang macam korang: (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.

Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.

Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!

Woha!


4 comments:

Anonymous said...

Kita prepare mcm mcm utk pencen dunia kita, entahkan dpt rasa ke tidak, itu pun belum pasti. Kita dah rancang rumah nanti kat mana, nak buat aktiviti apa, nak bisnes apa, duit nak labur kat mana, sumber pendapatan mcm mn dsb. Berapa ramai, kawan kawan kita, jiran jiran kita, sedara mara kita, tak sempat pencen pun, dah dipencenkan hidupnya.

Berapa ramai antara kita yg buat preparation utk pencen Akhirat, yg pasti kita kena tempuh.
Preparation utk kubur / barzakh mcmmn ? Apa yg kita prepare utk ngelak azab kubur, preparation nak jawab soalan kubur, mcmmn nak ngelak malaikat Mukar dan Nakir supaya disoal pun dr jarak yg jauh, mcmmn supaya kubur kita nanti jadi lapang, harum, dan jadi satu taman dr taman taman Syurga, mcmmn supaya boleh tidur lena nanti kat dlm kubur, tak diganggu. Kalau belum tahu, kena gi ngaji. Bila dah ngaji dan dah tahu, kena amal la pulak.
Mcmmn pulak preparation utk Hari Berbangkit, yg gelap gelita, penuh huru hara, mcmmn supaya kita tak ikut sama keliru dan celaru, mana nak dpt sumber cahaya supaya diri dan sekeliling kita jadi terang, mcmmn nak ngelak semua huru hara tu, apa nak buat, mana nak pergi, siapa kita nak ikut.
Gitulah seterusnya, preparation utk Syirath kita, Hari Mahsyar kita, Hisab kita, Mizan kita hinggalah mudah mudahannya ke Syurga bersama Nabi kita saw.
Jika belum tahu, apa yg bakal kita hadapi, gi ngaji. Pastu kena tahu apa yg patut kita prepare, sumer tu kena tahu, tak tahu, gi ngaji. Bila dah tahu, kena lah amal, baru lah ilmu tu ada manfaat.

Tuhan dah awal awal pesan,

"Wahai org org yg beriman (org org Islam), hendaklah masing masing diri memperhatikan apa yg dia sediakan utk hari esoknya (Akhirat), dan bertaqwalah kpd Allah (swt), Sesungguhnya Alah (swt) Maha Mengetahui akan apa yg kamu lakukan." QS 59:18.

Itulah yg dikatakan, sebaik baik bekalan adalah taqwa.
Apa tu taqwa ?
Amal bnyk belum tentu selamat, haji tiap tiap tahun belum tentu selamat, derma juta juta pun belum tentu selamat, umrah tiap tiap bulan belum tentu selamat, dah khuruj bnyk tahun pun belum tentu selamat.
Tp jika bawak taqwa yg sempurna, pasti selamat.
So apa tu taqwa ? Mcmmn nak dpt taqwa yg sempurna tu ? Apa ciri cirinya seseorg tu yg ada taqwa yg sempurna ? Nak tahu, kena gi ngaji jugak.

Anonymous said...

Sori lari topik sikit,

Maghrib tadi, aku ikuti satu kuliah kat surau taman aku. Ust cerita ttg waliullah, kata dia, macam maner nak kenal waliullah, waliullah tu dia kata ada karamah. Bab ni susah sikit aku nak terima, sbb kadang kadang kita tengok sesetengah tok tok sami pun boleh buat macam macam benda pelik, bg aku ikut ajer apa Quran dan hadis kata, waliullah tu adalah org org yg beriman dan bertaqwa, bila kita tengok dia kita ingat Allah swt, amalan syariatnya sempurna, yg sunat sunat pun bnyk yg dibuatnya, akhlaknya juga sempurna sentiasa menepati syariat, kata kata atau firasatnya juga sentiasa benar. Tu jer yg ada disebut dlm Hadis dan Quran, tak der cerita pulak ttg karamah. Tak tahu ler pulak kalau ada yg aku terlepas pandang.

Anonymous said...

Anon 2;06 AM, April 18, 2017,

Sesiapa yang ikut Al-Qur'an dan Sunnah insyaAllah selamat. Karamah bukan jawapan samada seseorang itu pengikut Al-Qur'an atau Sunnah atau tidak. Ianya boleh jadi sihir atau tipu daya iblis. Karamah yang dok kata berlaku tu entah berlaku betul atau tidak. Kadang-kadang rekaan semata-mata. Kalau buat benda pelik orang sangka karamah boleh jadi waliullah, David Copperfield boleh jadi waliullah.

So, buat magic / benda pelik / karamah bukan jawapan kepada dia betul-betul ikut Al-Qur'an atau Sunnah walau dia boleh terbang di langit sekali pun. Hati-hati di akhir zaman. Banyak penipu menunggang agama menipu daya manusia. Dan banyak manusia yang jahil tak tahu apa.

Anonymous said...

Karamah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hamba-hambaNya yang terpilih. Sesiapa yang Allah nak bagi Dia bagi, sesiapa yang Allah tak nak bagi maka Allah tak bagi. Dan jika berlaku karamah sekali pun, ianya bukan penanda aras hamba Allah betul semua perkara, wajib kita ikut, ambil berkat, simpan rambut dia, cium selipar dia dan macam-macam perbuatan karut-marut hasil tipu daya syaitan yang licik.

Jika ada dua orang manusia. seorang boleh buat magic, orang ramai kata dia ada karamah waliullah bagai dan seorang lagi tak ada magic apa, seorang pengikut Al-Qur'an dan Sunnah dan seorang lagi terang bendarang khurafat karut marut. Anda nak ikut yang mana?