Apr 3, 2017

Ciri Ciri orang bodoh?

(Ada orang belajar ilmu hitam untuk lawan ilmu hitam, cuba baca info ciri orang bodoh untuk tahu korang ada tak ciri orang bodoh?)

Ok, April fool baru jer lepas, maka sajer nak kongsi info tentang ciri ciri orang bodoh, agar kita dapat tahu sejauh mana tahap bodoh yang ada dalam diri, adakah bodoh korang dah capai paras bahaya, atau dah melimpah keluar dan membodohkan orang di sekeliling, mari kita baca untuk semak, kita ni bodoh ke tak?

1.Suka rosakkan harta benda awam.

Korang tahu tak, merosakkan harta benda awam adalah satu jenayah, macam korang rosakkan kerusi bas, pecahkan mesin air, conteng dinding tandas, sapu tahi hidung dekat karpet masjid, lekatkan sisa gula gula getah di kerusi panggung wayang, buang sampah dari tingkap kereta, buang sampah dalam lubang tandas, dan lain lain, semua tu memang kerja bodoh yang  suka dibuat oleh orang bodoh!

Menyusahkan orang ni satu benda yang di larang Nabi, sebab orang islam di zaman Nabi akhlaknya bagus-bagus hingga orang masuk islam berbondong-bondong (rujuk surah An-Nasr), tapi hari ni jika akhlak orang islam teruk, orang murtad pulak yang berbondong bondong, maka tolong jangan jadi bodoh berbondong bondong!

2.  Suka rosakkan harta sendiri.

Korang pernah ada kawan yang bila marah dihempasnya telefon, dipecahnya skrin laptop, di tumbuknya meja hinga pecah, diterajang pintu hinga terkopak, dibaling apa sahaja yang ada ditangan, dihempas gelas dan cawan hingga pecah berderai seperti pasir ditepi pantai? Ada? Jika ada tahulah bahawa orang bodoh ni bila marah mereka gagal kawal emosi, sampai sanggup pecahkan harta benda sendiri, sanggup jadi saudara syaitan sebab dah sampai tahap membazir kerana lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda sendiri, tapi jika lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda awam, dah jadi bodoh berbondong bondong ganda dua puluh tiga (masukkan bunyi guruh di sini)

3.  Suka menyalahkan orang lain.

Orang bodoh memang tak lepas dari perangai suka menyalahkan orang lain, Bila miskin salahkan cina. Bila sakit salahkan doctor, Bila bodoh salahkan yahudi, Bila jahat salahkan saka. Bila buat dosa salahkan syaitan, Bila merogol salahkan orang tak tutup aurat, Bila harga barang naik salahkan kerajaan, dan begitulah siang malam kerja salahkan semua orang, perasan dia jer botol, ini lah perangai semua orang bodoh, Ketahuilah, Oleh sebab kita ni selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, Maka di akhirat kelak.., Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!

Setelah MENGAKU BERSALAH, baru Ahli neraka mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala kesalahan. Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan. Jadi sementata hidup ini, janganlah kita perasan betul, sebab syarat taubat di terima adalah mengaku bersalah, maka bertaubatlah wahai semua orang bodoh, jangan membondong bondongkan kebodohan korang. Adohai..

4)  Suka mengkritik

Semua benda nak dikritik, semua benda tak betul di mata dia, semua benda berbondong bondong nak dikeji dan dimaki, Jika duduk sebelah dia, semua keburukan orang dia tahu, sampai tahap siapa ahli neraka pun dia tahu, sebab apa? Sebab Orang bodoh ni perasan dia lebih baik dan lebih pandai dari semua orang, tak nak jadi bodoh? Jagalah lidah, Nabi pesan sebab lidah ni ramai masuk neraka, dosa mengumpat (cakap benda betul tentang buruk orang) dan dosa menfitnah (cakap benda salah tentang buruk orang) adalah termasuk dosa yang besar.

5)  Suka mengeluh

Sikit sikit mengeluh, sikit sikit tak puas hati, sikit sikit merungut, langsung tak reti nak bersyukur, pesan Nabi mudah, siapa bersyukur Allah tambah nikmat, siapa tak bersyukur, azab Allah sangat pedih. Maka jangan jadi orang bodoh yang suka mengeluh, merungut dan tak bersyukur. Sebab Azab Allah itu berbondong bondong pedihnya.

6)  Suka berdebat

Jika korang suka berdebat dan suka nak menang, cuba korang tengok akibat selepas berdebat, orang ramai makin jauhkan diri dari korang, sebab tu bila Nabi dituduh gila ke ahli sihir ke, Nabi diam jer, Nabi tunjuk akhlak yang baik, ini yang buat orang cair, sebab suka berdebat dan nak menang ni memang kerja orang bodoh, ibaratnya orang tuduh korang perempuan, lalu sebab nak menang korang bukak seluar tunjuk zakar, begitulah lebih kurang yang terjadi dalam debat, masing masing akan serang peribadi dan tunjuk aib sendiri, pesan imam Syafie, aku tak akan berdebat dengan orang bodoh, sebab tak akan menang, pesan Ibnu Baththah: Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat bodohnya seorang alim, dan pesan Nabi Muhammad s.a.w: Aku akan menjamin sebuah rumah di syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar.

7)   Sombong dan berlagak.

Orang sombong dan berlagak ni, atau istilah lebih tepat: bodoh sombong! Memang kerja dia langsung tak peduli orang lain sebab orang bodoh sombong ni memang suka fikir tentang diri dia sahaja, orang sakit ke , orang penat ke, dia tak peduli sebab dia Selfish, penting diri sendiri. Sangat susah nak tolong orang. Selalu buruk sangka dengan semua orang, jika dapat teman hidup macam ni memang meranalah korang di neraka dunia, panjang nak cerita, tapi nak bagitahu, orang sombong masuk neraka. Firman Allah: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”

8)  Lupa persiapan mati

Nabi bagitahu orang cerdik adalah orang yang ingat mati, maka orang yang lupa mati, dan sengaja lupakan persiapan untuk mati, maka itulah orang paling bodoh sebab tahu diri akan masuk neraka tapi tak buat apa apa usaha untuk selamatkan diri dari api neraka. Kebodohan berbondong bondong apakah lagi selain melupakan mati yang menjadikan kebodohan insan itu sempurna?

Okey cukup sampai sini,  banyak lagi pecahan kecil perangai orang bodoh, tapi cukup sampai lapan kita bincang, sebab syurga ada lapan pintu, dan hari ini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usaha menyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup, maka gunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka, jangan termasuk orang yang bodoh berbondong bondong masuk neraka, Nauzubillah!

Sekian. Pesan pada diri sendiri.

Ps: Selalu orang tanya, kenapa guna nama pena kereta mayat? Jawabnya, Sebab aku takut aku lupa pada persiapan mati, perghhhh berlagak gila alasan aku! Woha!


6 comments:

Anonymous said...

Assalam

Berusaha bersungguh sungguh untuk kumpul harta sewaktu hidup.
Apabila mati, harta yang dikumpul menjadi sebab perebutan antara waris-waris.
Harta yang diharap dapat memberi menafaat kepada anak-anak dan beroleh pahala;
Harta yang sama menjadi sebab terputus silatulrahim adik beradik dan menjadi azab bagi dirinya di dalam kubur....

Semoga kita semua dijauhkan dari keadaan ini.

One out of three
Love to all
All will love you..Woha!

Bakal mayat harummmm.....insyaAllah. said...

Pengkuliah / penceramah yg aku tak kenan,
1. Suka tanya soalan yg jika dijawab jujur membuka aib yg ditanya.
2. Begitu juga yg suka tanya soalan soalan yg akan mendedahkan kejahilan yg ditanya.
3. Begitu pula dgn halaqah halaqah mengaji Al Quran beramai ramai di surau surau atau masjid masjid, bila disuruh membaca seorg demi seorg, mendedahkan ketidak fasihan ahli jamaah, yg bg aku memalukannya.

Itulah antara tindakan tak cerdik pengkuliah / penceramah yg aku perasan. Perlu diingat, ngajar di surau / masjid bukan spt ngajar di sekolah atau di pondok pondok.

Memandangkan tajuk kali ni bodoh, mk
Kalau bodoh, diam diam, org tak tahu kita bodoh, dan tak perlu kita mengaku ngaku kita bodoh, diam ajer, kalau org tanya, dan kita tak tahu jawapannya jawab ajer kena semak dulu.
Dan kalau rasa diri tu dah tak bodoh mcm pengkuliah dan penceramah di atas tu, jgn pulak suka cari jalan nak dedahkan kebodohan org lain, belajar belajar tutup aib org.

Anonymous said...

yg tuan cakap tu bab feqah tu bab mengata orang.. kalo dia tersasul kat bab tu jgn la di pukul rata.. kalo ilmu dia bersanad insyaAllah dia akan cerita perkara yg benar juga bukan pendapat dia sendiri..yg bab peribadi dia tuan jgn tengok dan contohi la hehe.. kalo akhlak dia lunak kat mata tuan tapi ilmu dia x bersanad lagi masalah besar tuan..tuan percayala zaman ni ilmu yg putus sanad itu sangat nampak benar dalam pandangan zahir hehe..kalo akhlak dia lunak, cakap dia petah berdesup, gaya dia lak mcm profesor, tapi akidah dia tajsim dan tasybih xkan tuan nak ikut juga? bahaya dia lagi besar dari lemah kat peribadi dia tadi hehe..

bakal mayat haruum...insyaAllah. said...

Bnyk bnyk ustaz kat utube, aku suka tengok Ustaz Muhadir Jull, manjang senyum.
Ilmu pulak, masyaAllah, tp tawaddu' jer, sentiasa hormat kat guru guru dia, walau pun kdg kdg aku rasa mcm ilmu dia lg tinggi dr guru dia.

Tornado Assassin said...

6. suka berdebat.

aik bukan bro hamka suka berdebat ke?

hamka said...

Tornado, suka berdebat jika ikut adab berdebat, tapi di dunia nyata, semoa orang emosi dan sentimen dalam berdebat, itulah yang patut di tinggalkan.

Memang perasan masa muda dulu suka berdebat, dah tua begini, nasihat kena bagiwalaupun pahit.

:)