Apr 18, 2014
Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati?
(soalan asal: Apa hukum sedekah Al fatihah kepada orang kafir yang meniggal dalam kemalangan jalan raya)
Note: aku tangguhkan dulu entry tentang kassim Ahmad sebab
perasan sibuk tolong bini tebuk wall plug dan pasang langsir, tapi kepala kena
kipas dan mendapat beberapa jahitan dikepala namun nak jawab soalan ini
terlebih dahulu, hu hu.
***
“Apa perasan awak Hamka?”
Tanya doctor perempuan ketika jahit luka di belakang
telinga.
Imbas kembali 30 minit yang lalu, terlihatlah akan anak aku
bergayut dekat langsir rumah, terus terjatuh dan lansirpun turut tercabut.
Sementara anak di leter oleh bini kerana merosakkan harta benda, aku terus
pijak sofa dan gantung balik langsir ditempat asal.
Zasss, bilasan kipas siling libas telinga aku, rasa bengang
sekejap, tapi sempat arah bini tutup kipas dan aku siapkan kerja gantung
langsir, oh!, wall plug dah tercabut rupanya, aku turun ambik peralatan dan
pasang wall plug beserta skru yang baru, bini tanya abang okey ke? sambil
control macho aku jawab, sakit sikit jer, sambil siapkan kerja, tiba tiba bini tegur:
“Abang, belakang telinga ada darah?”
Aku raba dengan tangan kanan dan tengok tangan tempat raba
tadi dipenuhi darah.
Bini ambik tuala tutup luka, balut, dan drive kereta hantar
aku ke hospital.
Aku pelik, tak rasa sakit sangat, tapi darah boleh tahan
banyak.
Sampai sana doctor perempuan kata luka belakang telinga kena
jahit, sebab luka agak dalam.
Dalam posisi baring, aku suruh bini pegang tangan aku, dan
doctor perempuan bersama nurse jahit luka di belakang telinga, mungkin takut
aku sakit, doctor jahit perlahan lahan dan bertanya:
“Apa perasan awak Hamka?”
Aku sambil pandang mata bini jawab:
“saya rasa di sayangi doctor.”
Woha!
Nasib baik tak kena telinga atau mata, Allah masih mahu aku
gunakan telinga dan mata untuk tingkatkan iman mudah mudahan, Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada mereka yang sudi doakan aku dari jauh.
Malang tidak
berbau. “nak geroh” kata orang Terengganu, adohai..
Balik kepada tajuk asal kisah “nok geroh” melibatkan
mendiang XX lalu ditanya korang:
Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati kemalangan jalan raya?
Jawapannya:
“Al fatihah adalah surah pertama dalam Al quran yang
berbahasa arab dan mengandungi doa hidayat, dalam al fatihah juga ada doa agar
tidak dijadikan golongan sesat, so jika kita faham Al fatihah di Qiaskan sebagai
‘doa hidayat’, maka hokum untuk orang kafir yang sudah mati menjadi tidak boleh
didoakan hidayat sebab dah mati, jika masih hidup, boleh sahaja doakan hidayat
untuk mereka, boleh rujuk kisah nabi Muhamad SAW dan bapa saudaranya yang mati
tanpa hidayat.
Nak lebih jelas, rujuk larangan dalam Al quran: (google
sendiri)
Jadi dalam kes mendiang yang kemalangan jalan raya ini, dah tentu tak
boleh sedekahkan al fatihah, namun jika ada orang yang sedekahkan Al fatihah
kepada beliau, mungkin orang itu pernah alami pengalaman menjadi saksi
kemalangan jalan raya macam aku.
Kisah ni dah lama, berlaku di merchang Terengganu pada bulan
mei, ketika aku sedang drive tiba tiba sebuah kereta iswara telah potong kereta
aku di garisan bekembar, dan merempuh melanggar bas dari arah yang
bertentangan. Kami pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan
pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan aku rasa mungkin drebar kereta tu
sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku tidak
bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah
membanjiri wajahnya. Aku dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong
tapi tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun
belum sampai.
Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan, tersepit
dan bomba belum sampai, lalu aku mengajar mangsa mengucap kalimah syahadah…,
Nampak macam kejam tindakan aku kerana ajar mengucap ni hanya untuk orang nazak,
tapi mati itu datangnya secara tiba tiba, apa salahnya ajar mangsa mengucap
daripada dia menjerit sakit sakit!
Kemudian ada saksi lain menyampuk..
“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”
Di pendekkan cerita, semakin ramai rakyat Malaysia yang
prihatin datang menjengah untuk tengok-tengok apa yang patut untuk di ceritakan
kepada sanak saudara kelak melalui FB atau whasaap, bila sudah makin ramai yang
datang maka aku telah 'tertolak' ke belakang..
"Camne Bang?”
Tanya bini aku sambil melihat ambulance dan bomba yang baru
tiba.
“waktu solat magrib dah nak masuk, kita serahkan pada yang
pakar, kita pergi solat dahulu..”
Dalam kereta, aku mengeluh kerana orang ramai pakat ketawa
bila aku ajar mangsa mengucap kerana mangsa berbangsa cina,.
Jawab bini aku: “takpelah cinapun bang., .masuk islam lagi
bagus.., entah entah mualaf!,
Aku setuju.
Pendekkan cerita, kami sampai jua ke distinasi dengan
selamat, alhamdulillah. Keesokkan harinya, melalui berita terkini, berita kemalangan
menkhabarkan bahawa memang mangsa nahas adalah orang cina dan salah seorang
mati di tempat kejadian, semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Hati hati pandu
kereta, semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya!
So jika kita sempat ajar mengucap kepada orang bukan islam
sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al fatihah. Simple!
Sekian.
Ps: Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku cepat sembuh, baca komen korang yang beratus dalam FB, buat aku rasa di sayangi, he he.
Apr 8, 2014
Kassim Ahmad anti hadis? Satu pandangan.
(Bro Hamka,
apa pendapat saudara tentang Kassim Ahmad yang menolak hadis dan
hanya merujuk kepada Al Quran semata mata, Ada apa apa pandangan?)
Siapalah
diri aku untuk korang rujuk bab agama, tapi bila baca ulasan Jakim berkenaan
beliau, terus dapat ilham untuk menulis. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat
peribadi penulis semata mata, korang boleh print untuk baca dan jika tak
setuju, korang boleh gunakan kertas tu untuk balut nasik lemak, no problem.
Dr Kassim Ahmad
seorang yang sudah tua dan sebagai orang yang pernah muda, beliau mungkin telah
mengembara ke seluruh dunia islam yang lain dan telah melihat permasalahan
utama dikalangan ummat islam iaitu:
Orang islam
bergaduh sesama islam dari tahap caci mencaci, kafir mengkafir hinggalah ke
tahap bunuh membunuh.
Lalu
mungkin?, Kassim Ahmad membuat kesimpulan bahawa, punca utama kenapa
ummat islam diseluruh dunia saling bergaduh sesama sendiri adalah kerana
terlalu banyak perbezaan mazhab yang menafsir hadis secara melampau lampau dan
membabi tuli.
Sebagai
contoh, geng taksub wahabi atau salafi, setelah tafsir hadis secara melampau
lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa ahli sunnah masuk neraka dan
wajib diperangi kerana menambah bidaah hasanah dalam ibadat seperti zikir
selepas solat, tahlil dan lain lain.
Geng sunnah
taksub pula, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah
menafsir bahawa geng wahabi wajib diperangi kerana menghina ulamak mazhab yang
empat.
Geng Syiah
pulak,setelah tafsir hadis (dari sumber mana ntah?)secara melampau lampau dan
membabi tuli telah menafsir bahawa penyokong sahabat Abu bakar, Umar dan lain
lain wajib di bunuh, darah mereka halal kerana menyokong orang yang kononnya
berpakat membunuh cucu Nabi.
Begitu juga
di pelestin, Geng taksub Hamas, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan
membabi tuli telah menafsir bahawa Fatah yang bekerja sama dengan Yahudi perlu
di perangi, di pihak Fatah pulak, setelah tafsir hadis secara melampau lampau
dan membabi tuli telah menafsir bahawa, Hamas juga perlu di perangi!
Sama jugak
di Mesir,penyokong Morsi dan kerajaan islam yang tak perlu aku ceritakan lagi
sebab korang semua dah tahu, saling berperang setelah masing masing tafsir
hadis dengan cara berbeza besa, di Afgahnistan dulu, dengan perang Antara
Taliban yang menyokong seranbgan Al qaeda membunuh orang awam yang kapir dan
Pakatan Utara yang berpendapat lain, malahan di Malaysia, Pas kafirkan umno
kerana tolak hudud dan wajib di maki, Umno pulak sesatkan pas kerana tidak taat
kepada pemimpin dan wajib di tentang, dan lain lain sudut dunia, akan sentiasa
ada orang islam berperang sesama islam yang berpunca daripada penafsiran hadis
secara melampau lampau dan membabi tuli yang menggambarkan pihak saya
sahaja yang betul, pihak lain semuanya salah lalu kafir mengkafir yang
seterusnya mengundang pertumpahan darah.
Lalu
mungkin?, Kassin Ahmad yang melihat masalah ummat islam yang carca merba kerana
penafsiran hadis yang terlalu melampau lampau ini, maka membuat keputusan untuk
menafsir hadis semula, agar ummat islam kembali bersatu dan tidak lagi saling
kafir mengkafir, dan bunuh membunuh, tapi malangnya, tindakan beliau bukan
menafsir semula hadis, tapi lebih kepada menafsir Al quran semata mata, malah
menolak terus hadis sebaliknya menggunakan logik akal dan sentiment serta emosi
sehingga munculah tafsiran yang diambil secara moden seperti wanita tidak perlu
bertudung, solat kena cara lebih simple dan lain lain. (boleh rujuk dakwaan
dari pihak Jakim)
Akibatnya,
sekali lagi, ummat islam yang tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi
tuli telah menkafirkan Kassim ahmad, malah! ada yang ingin membunuh
beliau. Woha!
So..!
Nasihat aku
kepada mereka yang betul betul tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak
selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang,
lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran
itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, maka tak
bolehlah nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis. Contohnya, dalam Al
quran tak ada cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak
keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak? Kena rujuk hadis
jugak, bang.
Namun tak
dinafikan, hadis yang ada hari ini mungkin ada yang palsu, lemah dan lain lain
tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu
tahun.
Tapi sesuai
dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga
merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Maka tak
logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan
ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis
telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, namun tak kanlah kerana sikap
sesetengah ulamak yang taksub dalam menafsir hadis yang membawa pada
pertumpahan darah, maka terus kita nak tolak semua hadis. Hu..hu..
Maka untuk
mengatasi masalah ini, masalah orang islam suka bergaduh kerana tafsir hadis
secara melampau lampau dan membabi tuli, ditambah akibat taksub serta kejahilan
peribadi.
Maka, untuk
mengatasi masalah ini wahai saudara islamku sekalian, sememangnya ada cara yang
lebih simple, make sense dan terbukti berkesan dalam menyatukan kembali ummat
islam tanpa menolak hadispun, Insya-Allah.
(bersambung..)
Ps: Arghh,
bila nak sambung tulis rasa macam akan terlalu panjang, sedang aku pulak perasan
sibuk, free nanti aku sambung balik. Minggu depan ke tengoklah, Adohai..
Subscribe to:
Posts (Atom)