Jul 26, 2013

7 Hari mencari Sahur?

(Koleksi kisah laki bini dari FB Hamka Keretamayat di awal Ramadhan beberapa hari yang lalu.., layan..)

Sahur hari pertama
Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..

"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"

Beberapa jam kemudian

"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...


Sahur Hari kedua
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"

kata laki pada bini sebelum tidur.

Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a.., ha ha!
.
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!! , kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...


Sahur Hari ketiga
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang..."

Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.

(Enjoy the silence....)

"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya...

Ps: Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing masing, kagum dari jauh!


Sesat mencari sahur di hari ke empat
Alamak, aku dah sesat, aku tak patut berada di lorong ini, ini kawasan perempuan, buat apa aku masuk ikut sini, mana peta? Mana peta?

Aku raba poket kiri? Peta takde, aku raba poket kanan pun takde peta? Arggh, ni mesti peta yang bini aku bagi kat rumah tu terjatuh kat lorong ramai perempuan tadi, nak kena patah balik ni masuk lorong yang ramai perempuan seksi, adohai..

Jika bini aku ada disisi, tentu aku tak sesat macam sekarang, tapi bini aku sedang berpantang kat rumah, macam mana ni?

Aku takde pilihan lain, dari terus sesat, akupun masuk balik ke lorong tadi, abaikan betis mereka yang putih dan gebu, aku mahu cari peta, mana? Mana?

Hah itu dia!., harap bukan tisu muka yang di buang oleh wanita tak senonoh..

Aku pungut kertas yang bergumpal, bukak dan Alhamdulilah, memang itu peta yang bini aku sediakan sebelum aku keluar rumah.

Aku baca panduan peta tersebut untuk mengelakkan aku sesat lagi:

“garam, gula, kobis, anggur hitam dah beli, ok, sekarang nak kena cari beras, biskut, kurma, dan kentang..”

Aku lipat ‘peta’, tolak trolley sambil tersenyum kerana tidak sesat lagi dalam membeli belah.

Woha!

Perbualan ketika sahur di hari ke lima
"Abang, binatang apa yang jika mahu puasa, tapi tak boleh berpuasa kerana tidak tahan deangan godaan di bulan puasa?"

Tanya bini ala teka teki sewaktu bersahur.

"ular" jawab aku kekenyangan tapi nasi belum habis sebab ambil lauk banyak sangat.

"kenapa ular?"tanya bini

"sebab ular tidur lama sangat sampai puasa batal-woha!"

Bini geleng kepala dan berkata:

“salah! jawapannya adalah ayam,”

“Apahal pula ayam?” sanggah aku.

Kata bini:

“Sebab manusia selalu membazir makanan dan buang dibelakang rumah, jadi ayam setiap hari dibulan puasa tidak mampu menahan godaan makan makanan yang dibazir manusia, huhu, insaflah wahai insan, woha!”

Teki teki sambil perli yang tak tahan tu, adohai.., membazir itu saudara syaitan.., insaf.., insaf.


Sahur hari keenam
"Awak nak dengar tak abang ubah lirik lagu “harapan Ramadhan” kepada “harapan terawikh”

Tanya aku pada bini, terus bini angguk setuju, lalu akupun menyanyi:
****
“Ku mengharapkan Tarawih malam ini penuh makna ,
Agar dapat kulalui Dengan sempurna,
Sebaris demi sebaris,
Sejuzuk sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada
Di dalam sembahyang tarawikh”

****
Bini gelak, dan bertanya:

“Wah! Sedapnya abang tukar lirik, bila dapat idea tukar lirik ni?”

“Masa solat terawikh malam tadi, ada ringtone Handphone sape ntah yang berbunyik lagu ni waktu rakaat ke lapan, tu yang abang ubah lirik kisah orang khuyuk sembahyang..”

“Ha ah.., Khuyuklah sangat, Woha!”

Adohai, kantoi!!

Beli kuih di hari ke enam
Hari ni bawak anak 4 orang pergi bazar Ramadhan, setiap sorang aku bagi RM2, mereka boleh pilih nak beli apa-apa, tapi terhad pada RM2.

Anak aku yang sulung (10 tahun) dan adiknya ( 8 tahun) berpecah dari aku kerana mereka dah besar, sempat aku kirimkan mereka beli kuih lompang untuk ibunya, jadi aku tambah RM 2 untuk mereka, sementara aku bersama dengan anak perempuan ( 7 tahun) dan anak lelaki ( 5 tahun) pergi cari kuih mengikut halwa masing masing.

Di hujung bazar Ramadhan, anak perempuan aku beli burger mini, anak lelaki yang masih tadika beli kek coklat. Kemudian datanglah dua lagi anak aku yang membeli kuih gulung dan sorang lagi kuih puteri mandi, eh? Mana kuih lompang?

Anak aku tak kenal pulak kuih lompang?, adohai.., maka terpaksalah aku meredah bazar Ramadhan membeli kuih lompang demi untuk bini.

Sampai rumah, semua kuih di hidang atas meja, Lompang untuk bini, kuih gulung untuk anak no 1, kuih puteri mandi untuk anak no2, mini burger untuk anak no 3 dan kek coklat untuk anak no 4.

Eh? Mana kuih aku?

Mana kuih untuk Hamka keretamayat?

Nampaknya aku lupa membeli kuih untuk diri sendiri.

Begitulah kisah Bapak Mithali- Woha!


Sahur yang menyedihkan di hari ke tujuh.

Kisah laki bini kali ini agak sedih..

Malam tadi, Bini tanya:

“abang sahur nak makan apa?”

Laki setelah berfikir sejenak, menjawab:

“Nasi lemak, dah lama abang tak makan nasi lemak, sejak bulan puasa belum lagi makan nasi lemak”

Bini senyum lalu berkata:

“Abang pergi beli santan, bahan lain semua sudah ada”

Lepas terawikh, aku pergi kedai runcit untuk beli kelapa parut, namun malangnya, Kelapa ada, tapi orang bertugas mesin kelapa pulak tak ada, kata kakak jaga kaunter kedai runcit, orang tu belum balik solat terawikh. Aku pun Tanya mana parang, aku kopak kelapa sendiri, dan aku mesin sendiri di kedai itu, Kakak itu senyum tengok aku yang berbakat dalam parut kelapa, malahan kakak tu gelak bila ada pelanggan lain mintak aku parut kelapa jugak, adohai..

Sampai rumah, aku tolong bini masak, perah santan, siang ikan bilis dan sebagainya. Al maklumlah bini sedang berpantang.., akhirnya nasi lemak yang sedang di masak dalam periuk elektrik mulai berbau wangi, sambal yang sudah siap di goreng juga berbau harum, timun yang sidah siap dihiris juga menimbulkan aroma menarik, Cuma tinggal telur goreng mata kerbau sahaja belum goreng, Arghh, besok waktu sahur sempatlah aku menggoreng telor tu, insyaAllah.

Ok, sekarang Jam sudah 12 tengah malam, kami laki bini tidur dahulu, besok kita sahur nasi lemak sama-sama. Yahooo!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini, kami laki bini hanya memandang nasi lemak yang siap terhidang di bawah saji, bersama alunan azan subuh…

Rupanya kitaorang terjaga sebaik azan subuh berkumandang…

Sob.. Sob..

Tak ada rezeki makan nasi lemak di bulan puasa ini nampaknya.., namun..,


Syukur pada Allah, kerana Malaysia masih aman.


Jul 22, 2013

Cerpen Ramadhan oleh Driver Keretamayat?

(Keretamayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)

Tajuk Cerpen: Orang jahat masuk neraka.

Kereta mayat yang aku cuba hidupkan enjinnya gagal untuk berfungsi, pesalah yang tidak berpuasa di kerusi belakang kelihatan sedikit ceria. Aku cuba hidupkan lagi, tapi enjin terus batuk batuk dan mati.

“kenapa bang?” 

Tanya salah seorang yang di tangkap ketika makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.

“kereta ini tak hidup, macam tak ada bateri, tapi jika aku on radio, hidup” Jawab aku sambil mengerutkan kening..

“bateri lemah kot?” Duga si pemuda yang ditangkap hisap rokok di khalayak umum waktu tengah hari.

“Agaknyalah” Jawab aku sambil keluar dari keretamayat dan membuka bahagian enjin.

“Sudah berapa lama tak tukar bateri?” Tanya pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa.

“Sudah dekat 3 tahun rasanya” Jawab aku setelah membuka pintu enjin keretamayat.

“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? jom kita pergi beli Cable Jumper” Cadang si pesalah yang di tangkap makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.

“korang tolaklah kereta mayat ini, lagipun korang semua tak puasa, eloklah.. Woha!”

Mereka semua mengeluh tapi akur pada arahan driver keretamayat..

Mari belajar ilmu baru hari ni, iaitu bagaimana mahu menghidupkan kereta yang tiada bateri, mula mula kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa pada aku akan bagaimana untuk hidupkan kereta tanpa bateri.

Maka mereka pun tolak..,

Tolak!!

Tolak!!!

TOLAK!!!

Tak hidup jugak?

Tolak lagi!!

Lagi!!

Tolak!!!

Arggh, sudah tiga kali tolak namun masih tidak berjaya juga.

Mereka semua kepenatan.., walaupun mereka tidak berpuasa, tetapi menolak keretamayat di tengah hari begini, memang mujahadah..., mereka pun serba salah juga, Jika tolak dan kereta mayat hidup, akan dimalukan, tapi jika tidak hidup, kena tolak lagi macam orang gila, adohai..

“Bang, boleh tak kami semua minum air sekejap, kami memang tidak berpuasa..”

Aku tidak menjawab, cuma mengajak mereka berehat di surau berdekatan, di surau mereka membasuh muka dan curi curi minum air paip, kemudan mereka semua bersandar di beranda surau.

Aku masuk ke dalam surau dan mencari kitab fadfhilat ramadhan, alhamdulillah, ada di meja mengajar sebelah imam, terus aku ambil dan duduk depan mereka,

“Elok korang rehat ni, aku nak bagi tazkirah sikit...” kata aku kepada semua pesalah yang didenda naik kereta mayat.

Aku buka kitab dan mula membaca hadith:

 “Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka...”

Pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa  angkat tangan untuk bertanya:

“Bang, nak tanya, kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam hadith di atas, siapa? sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup atau yang sudah jadi mayat? Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di bebaskan? Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana? Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?”

Pergh, boleh tahan soalan mamat ini, tapi aku bukan ustaz, hanya pemandu kereta mayat, lalu jawab aku:

“Maaf, saya pun jahil bab ugama, tapi yang saya faham, hadith mana manapun pastilah merujuk kepada orang yang belum jadi mayat, Apabila Nabi bersabda, maka dituju kepada sahabat untuk beramal dengan hadith tersebut, jadi bab hadith ini, sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita semua yang masih hidup kerana antara kita memang sudah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu neraka!. Naduzubillah!

Sebagai contoh sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:

“Seseorang yang meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”

(Kitab Qurratul Uyun)

Hadith lain:

 “Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”

Jadi aku yang jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita yang masih hidup, yang mana mungkin ada antara kita telah sengaja tidak solat, maka nama sudah tertulis dipintu neraka sedang kita masih belum jadi mayat lagi…, tapi tidak semestinya anggapan aku betul, tapi setelah dirujuk kepada hadith Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a yang mengatakan Nabi telah arahkan kami memperbanyakkanlah bulan puasa dua perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka, nampaknya memang Nabi ada suruh kita banyakkan mohon selamat dari azab api neraka pada bulan Ramadhan dan minta pula adalah bagi pihak diri kita sendiri..

Maka aku berharap kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah kita: aku dan kamu semua!

Walaupun, setelah segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah, maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua.

Lagipun, ikut quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka sahaja setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan. Sedangkan Ummat islam ada berbelion-belion di atas muka bumi ini!.
Maka mahu tidak mahu, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang mengatakan 
“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”

Oleh kerana sudah banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, dan sementara peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, maka marilah kita ‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih, bertadarus Al Quran, beriktikaf, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di bebaskan.., amin!

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

“Allah akan menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada Rahmat Allah pada bulan ini”

(riwayat Ubadah bin Sommit RA):

Maka, tunggu apa lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Inilah bulan kita nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu di ganda-gandakan.

Dan ada satu lagi berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan, tapi di sampuk oleh pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa. Maka sambungan Hadith yang mula mula di baca tadi:

“..Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.”
Wah!! ini SUDAH SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA! Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada 60 juta! Ingat!ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di bebaskan.!

Jangan berlengah lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih tutup adalah pada 1 syawal..

InyaAllah!

(Sudah jadi macam iklan Jualan murahlah pula, adohai..)

Aku tutup buku Fadhail dengan muka ceria tapi wajah Pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa  itu masih tidak puas hati, beliau mulai bersuara:

"Bang, semua hujah abang itu menggunakan hadith, kenapa tidak guna hujah Al quran sahaja, sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika abang keretamayat guna dalil Al quran sahaja dalam memberi hujah."

Jawab aku:

“Kau ni anti hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah mahu biar sahaja hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa sudah semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok, dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau terjulur keluar?”

Mereka yang lain gelak, lalu aku ajak mereka sambung tolak keretamayat..

Tiba tiba baru aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku sebelum ini, ada satu benda yang aku terlupa buat, kalau aku bagitahu mereka tentang apa yang aku terlupa buat itu, tentu mereka akan maki aku, lalu aku pun buat secara senyap senyap, dan dengan izin Allah, sekali tolak, kereta mayat terus hidup, broom!

Mereka gembira kepenatan, itulah, kena dengar tazkirah dahulu, baru datang nusrah Allah, kata aku yang membuatkan mereka semua tersengeh..

Kemudian akupun berterus terang, sebenarnya tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta. Adohai...

Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tidak marahkan aku, tapi mereka pakat pakat ketawakan aku kerana jahil bab enjin kereta! Jawab aku:

‘err, aku memang jahil bab dunia-woha!”

Mereka terus ketawakan aku lagi, nampaknya hati manusia menjadi lembut setelah mendengar ‘suara’ Nabi (hadith), almaklumlah, sahabat yang brutal dan kejam bunuh anak hidup-hidup di zaman jahiliah boleh jadi baik setelah mendengar ‘suara’ Nabi, apatah lagi kita semua yang setakat bunuh cicak.

Dari jauh mereka bertiga naik keretamayat sambil tersengih kepenatan, lalu aku pun membawa mereka bersiar siar di jalan raya, harmoni sungguh hukuman orang yang tidak berpuasa di Malaysia, adohai..

Ps: Bateri bila sudah setahun setengah memang perlu buat tindakan, selepas itu jika perasan sibuk untuk buat tindakan, jangan lupa bawa ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila mahu tolong tolak kereta, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan, kemudian berlumba lumbalah membuat kebaikkan di bulan puasa, dan kepada yang tidak berpuasa, denda di akhirat bukan setakat tolak keretamayat.., tapi lebih teruk dari itu. Oh...!

Jul 18, 2013

Kisah Laki bini- Tahukah korang?

( Pada suatu hari di Bulan Puasa, Oh ye.., di Malaysia)

Kepada semua laki bini, tahukah korang akan apa yang berlaku pada malam pertama di bulan Ramadhan?

Jawab laki bini: “Malam pertama ramadhan, kami pergi supermarket beli stok sebulan untuk sahur dan berbuka, kami juga pergi membeli baju raya untuk anak anak kerana ada jualan murah, dan kami juga menempah baju melayu dan baju kurung, kemudian kami pergi makan besar besaran, maklumlah esok sudah mahu puasa”.

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya, syurga telah diharumkan dan dihiasi yang mana apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.

Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Kemudian,  Allah berfirman,

“ Wahai Ridhwan ! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik penjaga neraka tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Nabi Muhammad! Dan Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkkan puasa umat Muhammad kekasihKu.”

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****
Habis babak malam pertama, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap kali waktu berbuka?

Jawab laki bini: “Setiap kali waktu berbuka, kami akan hidangkan berbagai makanan dan beraneka kuih yang dibeli di Bazar ramdhan, sebaik azan, kami makan banyak, minum air banyak, dan tambah makanan dan makan sehingga kenyang tetapi makanan masih belum habis lalu kami buang ke dalam tong sampah dan kami berehat kekenyangan hingga tertidur sampai terluput waktu maghrib.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

*****
Habis babak waktu berbuka, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap malam di bulan Ramadhan?

Jawab laki bini: “Setiap malam, selepas azan margrib kami makan bersungguh sungguh, kemudan kami rehat, sudah mendekati isyak, kami solat magrib dirumah, kemudian baru ke surau bertarawih 8 rakaat, pulang jam 9.30 malam, sambung makan dan main mercun bersama anak anak, layan astro sampai tertidur, bangun sahur, makan lagi dan tidur balik. Subuhpun terlajak.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa pada setiap malam dari Ramadhan, Allah akan memerintahkan seorang penyeru supaya dia menyeru tiga kali bagi pihak Allah,

Seruan pertama:

“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”
Seruan kedua:

“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”
Seruan ketiga

“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

*****

Habis babak sepanjang malam, kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada malam (lailatul) qadar?

Jawab laki bini: “Sudah dekat raya, kami laki bini keluar ke pasar membeli bahan bahan membuat kuih, dan pulang ke rumah membuat kuih sampai sahur. Tidak sempat untuk bertarawih lagi, tapi masih sempat temani anak bermain bunga api.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya apabila tiba Lailatulqadar Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Malaikat jibrail akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Malaikat Jibrail a.s mempunyai seratus sayap,dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam lailatul qadar itu sahaja. 

Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri dan duduk, bersolah atau berzikir.

Kemudian, para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan meng-aminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat,

“ Sekarang pulanglah.!”

Para malaikat itu pun akan bertanya,

“ Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang beriman di kalangan umat Muhammad?”

Beliau akan menjawab,

“ Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia.”

Kepada Laki bini, tahukan korang akan siapakah mereka empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar?

Sesungguhnya empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar adalah:
1. Peminum arak yang berterusan, 

2. Seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya,

3. Seseorang yang memutuskan silaturrahim

4. Sesorang yang berhasad dengki

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****

Habis babak malam seribu bulan, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada penghujung ramadhan?

Jawab laki bini: “kami akan cuba pakai baju baru, buat kuih lagi, cat rumah, gantung langsir dan membeli itu ini kerana raya setahun sekali. Malam raya kami akan hias rumah kami dengan pelita macam raya india, main mercun macam raya cina, dan gantung lampu kelip kelip macam raya krismas, di waktu malam raya, akan ada Filem melayu yang baru masuk pawagam di tayangkan di TV, dan sambil makan serta mendengar lagu raya, kami bergembira.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa di penghujung Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Kemudian apabila tiba malam hari raya aidil-fitri maka pada malam itu disebut sebagai Lailatul Jaizah iaitu malam pengurniaan hadiah bagi mereka yang masih sibuk beribadat.

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****
Habis babak malam raya, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada pagi hari raya?

Jawab laki bini: “Kami sudah insaf wahai Hamka pemandu keretamayat, jawapan korang membuatkan kami malu kepada diri sendiri, tolonglah ceritakan kepada kami laki bini akan peristiwa yang berlaku di pagi hari raya.. isk.”

Macam macam hal kisah laki bini ni, adohai...

Sesungguhnya, Pada pagi hari raya Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makluk Allah selain jin dan manusia.
Mereka berkata,

“ Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.”

Kemudian, Apabila orang islam tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat,

“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”

Para malaikat akan berkata,

” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah berfirman,

“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”

Kemudian Allah akan berfirman kepada kita semua manusia!

"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu. 

Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. 

Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana sengkau mengingatiKu. 

Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.

Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan. 

Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”

Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.

Akrian, gembira dan menangislah jua laki bini yang insaf dengan nikmat Allah lalu berubahlah mereka menjadi insan yang bertakwa hendaknya, amin...


Ps:Pinjam lawak ustaz: Errr, Ini bukan laki bini kat sini, ini laki bini kat tempat lain- woha! (sambil tangan atas bahu dan mata ke atas, kelakarlah sangat.., adohai)

Jul 10, 2013

Malam pertama..., Tahukah korang?

(Syaitan yang membisik telah dirantai, Selamat datang Ramadhan)

Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

****

Namun di bumi, sebelum bukan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

“Yusuf... Taiyoob..”

Woha!
Adakah ini rupa sebenar Yusuf Taiyoob? aku pun tak tahu...
Ps: Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog dan FB keretamayat, terima kasih atas doa dari jauh kalian selama ini! semoga kita semua bila mati masuk shurga, jumpa di sana, tingkat 8! Amin..

Jul 7, 2013

Kenapa ada ibu bapa menolak vaksin?

(Di tulis oleh orang yang ada parut BCG di bahu kiri. Dengan nasihat: berhentilah menipu, atau dalam kes ni, berhentilah kena tipu..)

Bulan lepas aku ada jawab isu vaksin di blog serta FB yang mana, dari komen pembaca, ramai yang setuju dan tak kurang juga ramai yang butthurt, akhirnya (setelah membuat kajian ringkas dari hujah pembaca)di sini dapat aku buat kesimpulan akan kenapa ada ibu bapa menolak vaksin.

1. Anggap Vaksin sebagai teori konspirasi.

“Hamka, Imunisasi adalah satu Konspirasi jahat Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka. Rockefeller adalah pengasas WHO (World Health Organization) beliau adalah keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan merupakan sebahagian dari Zionis. Apabila bayi orang islam di suntik vaksin, mereka akan mudah ditimpa penyakit apabila dewasa, dan mudahkan yahudi menyerang ummat islam.”

Hamka said:

Teori konspirasi lagi? Hampeh! Tahukah korang, dalam mahkamah, peguam bela dan peguam tuduh boleh bagi teori konspirasi yang gempak untuk kaitkan dengan satu satu kes, tapi hakim akhirnya akan menilai mengikut fakta, kena ada bukti, dalam islam pun sangat pentingkan bukti, rujuk kes hudud, so dalam teori konspirasi ni, faktanya adalah, Rockfellar mati pada tahun 1937. Dan WHO ditubuhkan pada tahun 1948. Orang yahudi sendiripun suntik anak mereka dengan vaksin. Adohai..

Setakat nak tulis teori konspiras yang gempak, aku pun boleh.., korang tahu tak?, Yahudi dah berjaya manipulasi otak korang dengan sebar berita palsu dalam internet mengenai keburukkan vaksin supaya orang islam bodoh macam korang menolak sains lalu menjadi lemah dan mudah ditimpa panyakit dan mudahlah mereka serang negara islam dengan menggunakan virus terkuat yang bernama:”War of Z”!-woha!

2. Anggap vaksin itu haram kerana mendapat doktor pakar yang mereka percaya cakap haram.

“Pakcik mayat, saya rujuk dotor pakar, Vaksin ada benda merbahaya yang merosakan otak, pakar tersebut adalah doktor Majid Katme, (medical doctor). Saya juga merujuk kepada pakar vaksin, Dr Leonard Horowitz.”

Hamka said:

Waktu ni aku sedar tahap bahaya (sebahagian) orang islam dalam bab menilai fakta, pakat main telan jer tanpa selidik, langsung tak beramal dengan surah Al hujarat ayat 6. yang mana setiap orang islam kena selidik setiap berita sepuya tak menyesal,  benda ni boleh search di internet, Dr LeonardHorowitz tu bekas doktor gigi, bukan pakar vaksin, adohai.., dan doktor Majid Katme pulak tade dalam radar wikipedia pun, dengan bantuan seorang penyilik,kita lupakan wiki, kita cari dalam carian SCOPUS (perlu ID) -- carian terbesar di dunia untuk semua artikel sains dan teknologi yang DIIKTIRAF dan tidak menjumpai sebarang artikel jurnal yang berkaitan dengan beliau. Setelah di selidiki juga, akhrinya tahu bahawa beliau merupakan retired psychiatrist dan bukan paedatrician ataupun neurologist mahupun 'fake scientist' seperti andrew wakefield yang ditarik balik status sainstis beliau selepas secara salah mengatakan vaksin MMR adalah penyebab autism (the lancet).

Nasihat aku, jika pandai asas sains dan pandai asas english, cuba baca asal usul anti vaksin di bawah, siap dengan analisa sekali, jika tak paham jugak bermakna, bodoh sains, bodoh english, dan bodoh sombong:


3. Anggap vaksin itu haram sebab tidak islamik.

Pakcik keretamaayat, Ilmu Allah sangat luas untuk di terokai...Kalau kita dah was-was dengan satu bahan maka jatuh haram. So boleh usaha cara lain...Homopathy adalah usaha selain vaksin...makanan sunnah nabi pun adalah salah satu usaha kalau diamalkan. Kita orang islam mesti merujuk pada nabi dan sahabat,bukan merujuk pada apa yang diri anda buat, kalau vaksin tu power nescaya(insyaAllah) Allah dah sediakan untuk anak nabi saw dan sahabat..,

Hamka said:

Aku tertinggal, jika tadi aku cakap jangan jahil asas sains, asas english, supaya korang boleh cari fakta dengan tepat, seperkara lagi tolonglah jangan jahil bab agama, rujuk ayat bab menyebarkan fakta surah al hujarat. Korang dah fail. Maaf agak kasar, dan aku sendiri masih banyak jahil agama sebab tu kena betul betul cari fakta sebelum sebar, betul betul cari pakar sebelum bertanya.., Vaksin juga termasuk dalam salah satu konsep tawakal.

Orang yang menolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, tawakal adalah menggunakan asbab dengan yakin yang betul...

Rujuk kisah Nabi ikat buraq di masjid.., ikut logik kita tak kan lah buraq nak lari waktu nabi solat, tapi Nabi nak ajar ummatnya bertawal dengan cara yang betul, guna asbab, tapi yakin dengan Allah.

Satu lagi, dalam islam dah ajar, jika tak tahu, tanya kepada yang pakar, rujuk an-Nahl: 43.  Homopathy ni bukan tempatnya korang nak merujuk bab vaksin, adohai.., (siapa rujuk Homepathy dalam perubatan moden adalh sangat kelakar..) memang benar ada yang ambik vaksin masih kena penyakit, tapi peratusan nya jauh sangat rendah dari mereka yang tak ambik. Inilah kuasa Allah. macam orang kunci motor tapi hilang jugak, tapi peratus hilang motor lepas kunci jauh lebih rendah dari peratus hilang sebab tak kunci.., inilah konsep tawakal.

4. Anggap Vaksin itu haram kerana ada babi.

“Cik Hamka, dalam vaksin banyak dna babi, awak nak cucuk anak awak dengan dna babi?”

Hamka said:

Mak Cik adik, jika dalam salah satu jenama ubat gigi ada DNA babi, maka perlukah kita haramkan ubat gigi jenama itu sahaja (bijak) atau kita haramkan semua jenis ubat gigi (bangang)? Jadi cik adik dakwa dalam vaksin ABC ada babi, maka saya yang perasan bijak ni haramkan semua jenis vaksin walaupun takde Babi?, Nak pilih jadi bijak ke jadi bangang? Tepuk dahi!

5. Anggap vaksin haram sebab ada fatwa dari ustaz cakap vaksin haram.

Tuan Hamka (Kereta Mayat), Berikut adalah respon dariMufti A.S Desai MUSA Vaccination is not permissible. See attachments.

Hamka said:

Jauh sangat sampai ke luar negara, mari kembali ke malaysia: Baca fatwa yang di keluarlan oleh ulamak Malaysia dalam bahasa melayu:






6. Tolak Vaksin kerana ada benda kotor.

“Bro keretamayat, saya memang tak percaya teori konspirasi, saya betul-betul merujuk vaccine insert, anda boleh mintak dari KKM dan baca sendiri kandungannya... memang bahan yang dalam vaccine tu adalah benda kotor... nak ke suntik anak dengan kandungan yang macam tu? untuk mencegah je pun, bukan mengubat. kalau memang dah sah-sah ada benda najis, kotor dan merbahaya masih nak suntik pada anak? geli saya nak sunti bahan yang datang dari benda kotor dalam badan anak anak saya. Kenapa doktor rahsiakan ada benda kotor dalam vaksin?”

Hamka said:

Sebelum tahun 1796, manusia di bumi ini berhadapan dengan gejala penyakit cacar yang mudah merebak dan membawa maut yang tiada penawarnya, kemudian menurut sejarah, munculah Edward Jenner yang memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..

Jamer Phipps sudah IMUN dengan penyakit itu.., dan dari situlah bermulalah kaedah vaksin dalam perubatan..

kepada anon, bahan dalam vaksin memang datang dari benda kotor, perkara ni dah tahu DUA RATUS tahun dahulu.., dan begitulah kaedah imunisasi.. yang kau baru tahu hari ni tiba tiba perasan pandai dan sebarkan jangan suntuk vaksin sebab dalam vaksin ada benda kotor, nak tunjuk pandai ke nak tunjuk bodoh? adohai..

7. Tolak Vaksin sebab tak takut anak mati awal.

“Brother mayat, Assalam, Pernah tak terfikir kenapa Allah ambil nyawa kanak-kanak? Comfirm syurga...kenapa kita takut anak-anak kita mati? Apakah kalau besar nanti dia boleh comfirm masuk syurga? Bukankah akhirnya kita akan mati? Mana lebih baik, mati ketika kanak-kanak atau sudah tua dan banyak dosa macam aku ni... Sesungguhnya Allh swt tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Melampau tak kalau cakap kita takut anak-anak kita mati kerana takut Allah hantar anak-anak kita ke syurga.

Hamka said:

Mula mula konspirasi, lepas tu kandungan dalam vaksin, lepas tu tak islamik, dan akhir sekali nak anak mati awal supaya boleh jamin ibu bapa yang banyak dosa ke shurga. Hmmmm..


.
.
.
.
.
.
.
.
.Ok, tutup majlis dengan tasbih kafarah.

Woha!

Jul 5, 2013

Petua Khusyuk dalam Solat?

(Salam bro, tak tahu bro sudah tulis ke belum, boleh cerita bagaimana mahu khusyuk dalam solat?)

Tengok kiri, tengok kanan, rasanya tak layak aku jawab soalan ini sebab solat aku sendiri pun masih di tahap carca merba, adohai..

Tapi bolehlah aku kongsi sikit tip nak khusyuk dalam solat iaitu sebelum korang solat lagi.., sewaktu nak ambil wudhu, kalau boleh dah khyusuk dah waktu ambik air sembahyang..

InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang, akan khusuk lah ia waktu sembahyang..

Bagaimana nak khusyuk waktu ambik air sembahyang?

Senang sahaja insyaAllah, iaitu sewaktu ambil wudhu itu bayangkan diri korang berada di padang Masyar, (tempat terakhir sebelum masuk shurga atau neraka)

Oleh sebab rukun wadhu ada 4 anggota sahaja yang wajib di cuci, maka kita focus hanya pada empat anggota itu sahaja.

Mula mula:

Waktu basuh muka, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah bercahaya di padang mahsyar supaya Nabi Muhammad SAW kenal dan mengaku kita sebagai ummat-nya.

Waktu basuh tangan kanan, doa dan niat dalam hati supaya tangan kanan ini bercahaya lalu layak melalui tangan ini, Allah memberi kitab catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli shurga.

Waktu basuh tangan kiri, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ini turut bercahaya sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri..

Waktu menyapu kepala, doa dan niatkan dalam hati agar layak mendapat lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan kepanasan padang Mahsyar melainakan lindungan Allah.

Waktu basuh kaki, doa dan niatkan supaya dapat melintas titian sirat sepantas kilat..
InsyaAllah, siapa yang khusyuk waktu ambil air sembahyang, maka akan mudahlah ia untuk khusyuk waktu sembahyang.., mudah-mudahan..

Tapi jika lepas iqamat pun korang masih berpikir tentang dunia, masih rancak berborak tentang projek, artis, hiburan, politik.., dan ntah apa apa ntah lagi..

Maka.., (sambil tangan atas bahu dan mata ke atas)

“Tak dapek lah den nak nolong....”

Adohai..

Ps: Kalau boleh, silentkan Handphone sebelum ambik wudhu lagi.., terima kasih dan harap maklum. Pesan pada diri sendiri...


Rujukan 2: Solat tak khusyuk
Rujukan 4: Solat best

Rujukan 5: Maksud Solat.
Rujukan 6: Bila nak Khusuk