May 26, 2013

Kitab Fadhail Amal itu sesat?

(Tanya sama abang keretamayat, betul ke Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu?)

Soalan pembaca:

“Salam En. Hamka,boleh tak En.hamka beri pencerahan mengenai video ini ? katanya kitab fadhail amal mengandungi sebanyak 80% hadis daif dan palsu, mohon pencerahan kerana pernah terbaca dalam entry lama cik Hamka menggalakkan laki bini membaca kitab ini di rumah waktu malam selepas isyak selama setengah jam untuk wujudkan suasana agama. Jika kitab ini banyak hadis palsu, mohon en Hamka betulkan entry yang lama itu.

Hamka said:

Bab kitab Fadhail itu, kita kena faham satu perkata, kitab  itu adalah kitab KOMPILASI hadith termasuk kompilasi pandangan ulamak berkenaan hadis Fadhail amal, dan di tulis oleh Pakar hadith yang mempunyai pengalaman berpuluh puluh tahun khatam ilmu hadis, maka adalah tidak cerdik jika orang komplen kitab kompilasi kerana kitab tu bukan baru di reka, tapi di petik dari beratus ratus kitab, jadi jika nak komplen, pergilah rujuk kitab yang beratus ratus tu, dan jika tak jumpa, itu menunjukan orang yang komplen bukan pakar hadith, tapi 'pemalas', dan belajar mungkin nak dapatkan sijil PhD  sahaja.., patut mereka cakap, oh hadith bab Nabi keluar tangan dari kubur di petik dari kitab XYZ, kitab tu tak betul kerana penulis kitab tu adalah ABC, baru betul nak komplen, 

Tapi jika komplen, tak tahu asal usul hadith, dah telefon penerbit sana tapi tak paham bahasa, alasan tah apa-apa, kelakar!, sebab dia ingat hadith ni setakat apa yang dia belajar, nasib baik ustaz ni sokong UMNO, jika sokong PAS, tentu rosak nama ISLAM pada parti PAS- woha!



Ps: Tolong paham mengenai perbezaan antara hadis daif dan hadis maudhu, dan tolong paham perbezaan kitab guna pendapat sendiri dengan kitab kompilasi, jika tak paham ni, tak layak korang nak komplen hadis, adohai..

******

UPDATE: 28 Mei 2013.

Rupanya, kritikan UFB bukan pada kitab Fadhail Amal yang selalu orang Tabligh baca yang mengandungi Fadhail Solat, zikir, quran, dan dakwah, tapi kritikan UFB adalah kepada kitab Fadhail yang lain iaitu kitab Fadhail sedekah dan Haji, kesilapan UFB mungkin sebab tajuk sama., atau beliau mungkin tidak tahu kitab Fadhail haji dan sedekah tidak dibaca dalam majlis taklim orang tabligh, patutlah bila aku baca kitab Fadhail yang selalu orang tabligh baca tak pernah jumpa kisah tangan Nabi keluar dari kubur, sekali salah kitab daa..,

Akhir kata, walaupun kitab Fadhail Haji dan Fadhail sedekah belum aku  baca, aku tetap bersangka baik dengan penulis kitab tersebut kerana beliau adalah pakar hadis dan kitab itu bukan kitab baru tapi kitab kompilasi, apapun kita doakan semoga UFB dan kita semua beroleh hidayat yang berkekaan.., amin.

Rupanya kitab fadilat sedekah dan haji, sila take note.

May 20, 2013

Apa pandapat kamu tentang mati?

(Dari blog ke FB, dari FB ke blog, mana yang baik tu ikut, mana yang tak baik tu, tegur, adohai…)

Cerita bermula pada suatu petang, sudah hampir ke waktu magrib. Lebih kurang 30 minit lagi sebelum azan berkumandang, tiba-tiba:

“Assalamulaikum” suara dari luar pintu

“Walaikumusallam,” suara aku bersama aroma teh tarik..

Lantas terpanculah wajah sorang lelaki yang bermuka hensem di depan pintu rumahku, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut serta berpakaian kemas, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.

“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”

3 minit kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, aku sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.

Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi.blablabla.. Puas aku bagitahu bahawa aku tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan aku, maka terpaksalah aku menggunakan ugama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.

“Apa pandapat kamu tentang mati?”

Tanya aku dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas aku kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.

“Semua orang akan jadi mayat..”

Aku lihat wajah dia sudah berubah, aku teruskan kata kata..

“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”

Aku lihat dia murung, aku teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Aku juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadihalt solat tahajjud.

Dia nampak mahu berundur, aku pegang tangan dia dan terus berceramah. Aku bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.

Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka sedih. Aku tak peduli, aku cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.

"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"

Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab aku:

"Eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?, marilah kita solat magrib di masjid, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi saya mahu cerita"

“tapi bang.., saya.., saya…”

pendek cerita, dah dekat lagi 5 minit mahu margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi.

Bini aku yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang.

Woha!

Moral of the story:
Manusia yang hati gelap memang takut sangat dengan cerita ugama, kalau sedang tengok TV sekali terdengar azan, kelam kabut tukar channel TV lain. Ada member-member sedang asyik borak tentang sport rim kereta lah, juga tentang lubang kencing berlaga lah, kadang kadang cerita tentang movie blockbuster lah, atau isu-isu semasa, sekali cuba kita buka topik ugama, huh! Terus member-member blah sorang demi sorang, atau toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka bosan. Eh, ada yang berlakon jawab panggilan, Ha ha! Aku pernah pakai jubah siap berserban, lalu jalan jalan ke arah mat rempit yang sedang lepak bawah lampu tangah malam, kelam kabut mereka lari macam polis buat ‘ambush’, adohai..

Jadi, pelajaran hari ini adalah, sekiranya kita didatangi oleh penjual yang ‘paksa’ kita membeli barang, mulakan perbualan dengan soalan:

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Ps: Video di atas adalah hiasan sahaja, adohai...

May 13, 2013

Wanita bukan dari rusuk lelaki?


(kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...)

Soalan pembaca:

“Bang, saya ada baca majalah i mukasurat 75 edisi nov 2006 katanya perempuan tidak berasal dari rusuk lelaki, betul ke?

Hamka said:

Huh! Nasib baik kau cakap ambik dari majalah, ingat ambik dari kitab atau quran.., adohai..

Dalam sebuah hadis yang dipetik dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW besabda:, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

Berbalik soalan dari pembaca di atas berkenaan sama ada benarkah wanita pertama dijadikan dari tulang rusuk, maka di dapati ramai ulamak yang bersetuju dengan dalil dari hadis ini antaranya sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi., maka aku yang bukan ulamak pun just follow.., lagipun dalam bab membenarkan hadis, selagi benda tu tak menjejaskan iman dan akidah, tak payahlah nak berhujah dan bergaduh.., adohai..

Kepada mereka yang tak tahu, (mungkin baru masuk islam semalam), tersebutlah kisah Nabi Adam seorang manusia pertama ciptaan Allah yang tinggal di dalam shurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya tapi masih merasa sunyi lalu Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Hawa yang di cipta dari tulang rusuk yang dekat dengan lengang untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai, chewah..

Maka tinggalah Nabi Adam dan Hawa dalam keadaan bersuka ria dan bebas berbuat apa saje kecuali jangan makan buah larangan.

Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan buah tu, tapi orang lelaki memang cool!, orang lelaki tak mudah terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan promosi jualan murah…, tapi tidak dengan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah larangan, terus makan, perempuan memang mudah terpengaruh dengan pujukan, tak percaya cubalah tanya orang yang jual karpet, atau dengan ejen MLM, sasaran mereka perempuan, sebab perempuan mudah percaya…, sekali pasaraya bual sale selepas di naikkan harga dan potong kepada harga asal, maka berbondong-bondonglah orang perempuan ajak laki pergi kesana termasuk bini aku pun ajak sama…woha!

Tapi ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam…kalau aku pergi kedai mamak pekena roti canai dengan teh tarik, takdenya aku nak bungkus bagi bini aku tapi bini aku kalau ada jamuan kat opis dia,mesti bungkus bawa balik kat aku.., aku respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he he..

Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan, tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik…habis tergoda! sama macam aku: sebab akulah yang drive kereta pergi pasaraya dan pikul barang-barang yang di borong oleh bini aku, semuanya gara gara aku yang memang cair kalau perempuan macam bini aku datang pujuk aku…, habis iman aku…, adohai..

Akhirnya Nabi Adam pun makanlah buah tu sama tapi ditahan oleh malaikat, tu yang jadi buah halkum tu…, kalau tak kitapun akan ada darah haid, sebab lepas Hawa makan buah larangan, darah mencurah keluar dari kemaluannya yang menyebabkan mereka telah jadi kotor dan tak layak lagi duduk dalam syurga lalu di buang ke dunia.., panjang cerita, boleh rujuk Buznama.  Akupun dengar dari buznama, sebab aku bukanlah terer macam ustaz,.. harap maklum.

So moral of the strory:

Perkara yang tak rosak akidah, tak payahlah nak bergadoh dan berbahas sampai pening kepala, terima jer pendapat sahabat Nabi dan ulamak, adohai...

Sekian kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...

Ps: Mana bini ni? Bisik aku yang sedang beratur nak bayar barang dari Q yang panjang tapi dah sampai giliran namun bini yang kata nak pergi scan sayur sekejap tapi tak nampak batang hidung mesti sedang pilih barang lain lah tu yang di buat potongan separuh harga selepas pasaraya menaikkan harga tapi aku redha kerana salah aku juga yang mudah tergoda dengan pujukan dari bini yang menggoda macam bini aku- woha!

May 7, 2013

Lain kalilah? Kenapa PAS 'kalah'?


("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan  'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di ulang ulang adalah 'laailaha illallah..'-azharjaafar)

PAS kalah lagi, nasihat aku ikutlah nasihat yang di petik dari FB orang pas yang faham ugama:

Copy/paste:

Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.

Dengan tenang beliau menjawab,: "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul".  Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?

End copy paste.

Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..

Pendapat aku kenapa ‘perjuangan islam’ kalah:

1)            Orang sokong pas ramai tak solat jemaah, macam mana islam nak menang, jika aku tegur, di tuduh macai umno, adohai....

2)            Indicator perjuangan islam bukan 5 tahun sekali, indicator yang sepatutnya, 5 kali setiap hari, cuba tanya semalam solat 5 waktu awal waktu tak? kat masjid tak? khyusuk tak? tak paham paham lagi?, lepas tu doa bala dengan perasan Allah dekat dengan kita, adohai..., buat malu parti so call islamik jer jika ugama kita sokong tapi tak dokong.., hampeh.

3)            Hudud di perjuang tapi takde dalam manifesto, hudud di perjuang tapi solat tak diperjuang, Nabi naik ke langit ambik hukum hudud ke hukum solat? aku tahu hudud penting tapi solat lagi penting, nampak sangat jihad gantung bendera tak ada tarbiah, sebab selamba tinggal solat jemaah, argg, naik syeikh pulak aku ni-woha!
4)            Allah yang menangkan UMNO, Allah yang kalahkah PAS, masa untuk muhasabah diri, kenapa Allah tak tolong PAS? jawapan dah diberi oleh ustaz azhar idrus di atas, harap paham dan tolonglah jadil pandai.

5)            Ulamak bukan Tuan guru Nik aziz sahaja, beliau belajar di india, lepas beliau belajar adakah madrasah tutup? Kemana pergi class mate beliau? Ke mana pergi ulamak senior dan junior beliau?, ini bermakana bukan semua ulamak duduk dalam PAS. Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasii ni sama dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.

6)            Ramai pengikut Pas gagal ikut sunnah Para Sahabat ranhum dalam menghadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj bin Yusuf. Caci maki, fitnah, dan buat lawak dengan serang peribadi bukanlah cara islam, Check!

7)            Perjuangan PAS guna cara politik demokrasi, di ijtihad kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan dan aku juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat atas sistem negara demokrasi,tapi aku tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar, so adalah salah bila anggap inilah satu satunya jalan jihad. Adohai... 

8)            Hentikanlah kafir mengkafir, solat tak di terima dan lain lain fatwa kaum kera kerana tak ada dalil direct mengatakan masuk neraka kalau tak mengundi atau tak ikut perjuangan parti,tapi conferm masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain. Sila take note.

9)            Cuba renung dalam dalam dan tarik nafas dan akuilah bahawa Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni..

10)         Ramai orang Pas mengaku berjihad sekatat kempen kat FB atau whatsapp, .. mana cukup upload gambar jalan rosak.. mana cukup upload gambar rosmah mansur.. ect ect ect..,  media arus perdana dikuasai BN.., orang kampung takde internet, nak berdakwah kena guna jalan betul.. jangan berat bontot nak jumpa masyarakat.. nama calon wakil rakyat, tapi rakyat tak kenal.. cuma tunjuk muka masa penamaan calon.. dakwah jauh sekali.., dah tau ramai melayu fobia dengan PAS, sorok dulu politik masa berdakwah.., guna cara pendekatan akhlak terpuji macam Nabi, baru ada mirip sunnah.., tak paham paham lagi?

11)         cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika umno buat silap, tak ada bukti terus sebar, itulah budaya politik sempit yang memalukan islam..

12)         Nak menang politik, jangan cipta banyak musuh, korang cakap polis sebagai anjing kerajaan, sedangkan polis mengundi, bini polis mengundi, anak beranak polis mengundi, lepas tu korang cakap askar sandiwara berperang, sedangkan askar  mengundi, bini askar mengundi, anak beranak askar mengundi, lepas tu korang nak tutup lynas, sedangkan pekerja lynas mengundi, bini pekerja lynas mengundi, anak beranak pekerja lynas  mengundi, lepas tu korang nak tutup tol, nak tutup proton, nak hapus AES, nak hapus PTPTN sedangkan semua pihak tu mengundi, bini mereka mengundi, anak mereka mengundi.., arghh, pilikrlah sendiri..

13)         Jangan jadi bodoh buang masa pasang bendera tinggi, bendera besar, bendera banyak, lepas tu berjaga siang malam sedangkan orang mengundi bukan sebab bendera, membazir saudara syaitan..

14)         Saidina Umar bila ada jemaah islam kalah perang, beliau akan suruh semak apakah sunnah Nabi yang jemaah itu tak buat, bila di semak, ternyata solat jemaah tak lurus, bila lurus baru menang, cuba check kitab sejarah..

15)         So,  yang utama aku nak komplen adalah bab solat berjemaah, ramai lagi orang PAS fail jaga solat jemaah, sedangkan dengan menjaga solat jemaah, barulah pertolongan Allah itu bersama kita, insyaAllah, ternyata ceramah lawak dari ustaz PAS tidak memberi kesan tarbiah yang di harapkan.., mungkin kena ubah cara lawak kepada cara sunnah, mudah mudahan.,

Ok, Cukuplah 15, (jika ada korang boleh tambah) lagipun itu hanya pendapat aku yang hina dina, Aku sayang PAS dan semua orang islam, masih ada ruang untuk muhasabah diri, aku bukan nak menghina, tapi aku nak menegur, salah UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum, tapi salah PAS takde ustaz ustaz nak tegur, maka biarkan aku yang sayang pada semua orang islam ni menegur kerana Allah, aku tak rugi jika korang tak nak ikut pesanan aku, aku sendirilah yang rugi jika tidak amal apa yang aku sampaikan.., sekian pesan kepada diri sendiri. 

Sebagai penutup, kita layan Kisah Laki Bini di hari mengundi.

*****

Bini: Adohai abang, kan dah cakap jangan korek hidung dengan dakwat SPR, kan dah 7 hari tak hilang..

Laki: Diorang cakap boleh hilang kena air, tapi dakwat abang punya ni tak hilang.., waaaa.... woha!


Ps: entry ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS dan ISLAM, sila berlapang dada..., lagipun aku tulis ini selepas PRU, sebab aku ikhlas nak menegur.., dan ini agak deep, sila take note jika tak slow.

Ps2:  Aku ulang, Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu? (Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..)