Sep 29, 2006
Nak Naik Kereta Mayat?
(hanya sebuah iklan...)
Hari ni, sekiranya sudi, silalah jadi Mat boring sekejap, dengan membaca cerita merepek dari aku yang sedang ‘idle’ ni..oh!
Bermula cerita.. Aku berkahwin pada umur 25 tahun… sama umur dengan Nabi Muhammad SAW…(kononnya), tapi aku tak mampulah pulak nak kahwin ngan janda jelita lagi hartawan…oh!, la ni dah 4 tahun kahwin dan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang telah kurniakan kepada aku yang berumur 29 tahun ini akan anak seramai 3 orang…subhaallah, bolehlah di katakan setahun seorang…tak pandai pulak aku nak ikut sunnah bab menjarakkan anak ni, sebab sunnah menjarakkan anak adalah 2 tahun lebih kurang…, kita hanya mampu merancang atau membuat pilihan..Namun hanyalah Allah yang telah Menentukan segalanya dan membuat keputusan kesuluruhannya,,semua dari Allah..!!!
Dan jadilah aku hamba bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung…(hendaknya)
(OH! Belum lagi jemu layan kartun dan komik..Dah jabi bapak budak kepada 3 anak rupanya aku ini…!!!)
Bila dah ada anak ni, aku ter-paksa memahami/difahami/kefahaman melampau/berkefahaman: akan satu penyakit yang biasa di hadapai oleh bayi yang baru lahir iaitu 'demam kuning' atau yang juga dikenali sebagai 'jaundis'.
Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan.
Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan.
Anak aku yang lepas-lepas (keduanya lelaki) tak kena pulak demam kuning, tapi anak aku yang perempuan ni, tiga kali aku kena bawa ke hospital untuk di buat pengujian darah, dan Alhamdulillah, anak aku tak kena tahan wad, demam kuning anak aku masih lagi dalam keadaan stabil dan terkawal! Shukur!
(eh! Apsal aku melalut cerita pasal demam kuning pulak ni? Arghhh!..Korang kahwinlah dulu, nanti korang tahulah sendiri-insyaAllah)
Sambung balik, semalam aku start kerja setelah seminggu lebih bercuti sempena kelahiran anak ke tigaku…, semalam juga, aku balik kerja jam 5 petang macam biasa, tapi rupa-rupanya boss aku bagi balik jam 4 petang sempena ramadhan daa!!.., patutlah opis lengang semacam..terima kasih boss!!!, BEST boss, sebab Allah dah janji akan lepaskan azab api neraka pada mana-mana majikan yang meringankan beban pekerjanya!!!dan Allah jualah yang menggerakkan hati boss untuk buat keputusan, semua dari Allah..!!!
-----------
Cerita Entry yang lepas, bila aku tulis nasihat untuk Ulamak, ada yang tak suka, terlalu berterus terang katanya.., terlalu keras dan aku di nasihatkan supaya tidak lagi menasihati ustaz dan ulamak…, dengan alasan: 'aku tak layak-aku bukan ustaz'…, dan aku hanya sesuai buat lawak mayat sahaja katanya…, betul tu!! Tersangatlah betulnya!!!
Maka aku yang sedang boring ni, mulalah merepek… dengan mengarang sebuah iklan sempena Hari Raya, aku bercadang nak post iklan ni bila dah dekat-dekat nak raya, tapi oleh kerana korang semua nak beriktikaf besama ustaz dan ulama pada 10 terakhir ramadhan, maka terpaksalah aku post hari ini…
(maafkan aku kerana iklan ni agak boring dan merepek..)
IKLAN HARI RAYA!!!
(Di taja oleh Kereta Mayat)
Bayangkan bumi di lihat dari bulan-indah membiru..
Ok, 'zomm' kepada Malaysia…
Ok, 'zoom' lagi kepada Negeri terengganu…
Dah nampak Negeri terengganu? Ok, zoom pulak pada Kuala Terengganu..
Last sekali,' zoom' kan hulu sungai ibai…
Maka korang akan dapat melihat akan seekor jin yang sedang makan ikan dari lukah atau bubu (perangkap ikan daa)..jin tu tak posa…!
Eh, eh! Siapa pulak yang keluar dari semak?, Pegawai jabatan ugamakah? Hebat! Ada pegawai jabatan ugama menangkap jin yang tak puasa..
Hah, Jin tu kena pukul..?, adoi, sakitnya jin tu..yang pukul jin tu pula hanyalah seorang manusia yang sebaya dengan umur mereka yang dah mengundi dua kali..,
Lihat sekarang! Jin sedang merayu mintak ampun, mereka sedang bertengkar!!! Sedang janggut jin, di cekak oleh manusia itu..
Nampaknya ada tanda persetujuan dari mereka.., apa yang aku paham, jin tu telah mencuri ikan kepunyaan manusia itu dan sekarang tuan punya lukah itu sedang mintak ganti rugi agaknya…
Nampaknya ada aksi yang tak beberapa sesuai untuk bulan puasa ini, cuma apa yang aku ‘nampak’ si jin tu sedang muntahkan balik ikan yang telah di makannya..sungguh kotor dan menjijikkan..!!
Arghhh, yang ni lagi menjijikkan!! Si manusia itu makan pulak muntah jin tersebut!!!
Sekarang sesudah manusia dalam visual itu memakan muntah jin tersebut, kelihatan manusia itu berlari dan berlari dengan begitu cepat sekali dan akhirnya tiba di sebuah lebuhraya…
OH, OPS! Arghh, tidak, sungguh ngeri!!!
Manusia itu berdiri di tengah jalan raya lalu datang sebuah kereta yang meluncur dengan rakusnya dan terus melanggar manusia itu dan mayatnya terseret ke bawah kereta.., tiba tiba datang pulak lori tangki minyak melanggar belakang kereta itu…dan di hadapan kereta itu ada bas, maka kereta itu telah tersepit antara bas dan lori tangki minyak.., plat lori tangki itu patah!
Kelihatan orang ramai mulai datang mengurumuni tempat kejadian (alahai, Malaysia memang macam tu..), kereta, van, motor mulai parking dan keluarlah penonton berduyun duyun mengerumuni tempat kejadian .., jalan mulai sesak, dan kenderaan di laporkan bergerak perlahan, sementara di persimpan jalan, kenderaan di laporkan merangkak-rangkak!
Bomba dan ambulance telah datang, sedang bomba cuba keluarkan mayat ‘lelaki-yang makan-muntah-hantu-lalu-rasa-dirinya-serba-kuat’ tu dari bawah kereta yang tersepit antara bas dan lori, tiba tiba tangki minyak yang di bawa lori itu meletup!
Bas juga meletup!
Kereta bomba juga meletup!, ambulance pun sama!
Semua kereta penonton meletup!!! hancur berkecai-kecai…, mayat berteraburan di sana sini..
Ok, sekarang 'zoom out' kepada bentuk bumi kembali, bumi yang di lihat dari bulan..
Dan bayangkan bumi juga meletup!!!!!!!
WA KA KA BOM BOM BOM!!!!!!
Sekarang skrin gelap..lalu keluarlah perkataan…
SEMUA ORANG AKAN MENJADI MAYAT
..............
..........
.....
ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA…
..........
....
..
SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENAIKI KERETA MAYAT?
Sekian….
-------
Apakah moral di sebalik iklan ini?
Moral di sebalik iklan atau cerita Badang dan Jin di atas adalah…
AJAL DAN REZEKI KITA TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA!!!
KITA LIHAT PADA BADANG, SELEPAS MAKAN MUNTAH HANTU BERDIRI DI JALAN RAYA KERANA YAKIN BADANNYA TELAH KUAT BOLEH MENAHAN REMPUHAN KERETA, TAPI SEKALI, JADI MAYAT DAA…, AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH…
BEGITU JUGA REZEKI BADANG, WALAUPUN IKAN ITU TELAH DI MAKAN OLEH JIN, TAPI OLEH KERANA SUDAH TERTULIS IKAN ITU ADALAH REZEKI BADANG! MAKA JIN TU TERPAKSA MUNTAH BALIK IKAN TU UNTUK BADANG MAKAN…SUBHANALLAH!!!
Selamat berbuka puasa!!!!
Dan berhati hati di jalan raya…
-----------
Nota kaki: Sedang aku khusyuk menulis, Tiba tiba isteriku datang lalu memicit micit lenganku dengan jari tulunjuknya,, sebaik saje jarinya di alihkan kulitku ynag kemerah merahan bertukar kepada warna kuning selama beberapa saat..(sebenarnya hitam kepada coklat..oh)
Eh, abang kena syndrome penyakit ‘kuning’..bahaya ni, biasa baby yang baru lahir sajer kena syndrome ni.., kena buat ujian darah nie, bahaya jika melebihi 240 umo l/l
Ha ha ha! Isteriku buat lawak mayat ler pulak..
Ok, lah sampai sini sajer, maka aku ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa pada korang semua!!!
(Maaf, kerana sudi melayan ke-merepek-kan aku hari ini!)
Ps: Sudahkah anda bersedia menaiki kereta mayat?
Sep 26, 2006
Tazkirah untuk Ulamak ?
Assalamualaikum para pembaca blog keretamayat sekalian,
Selamat berpuasa.., semoga kita semua selamat dari azab sakaratul maut, Selamat bertarawikh, semoga kita semua selamat dari azab kubur, Selamat berbuka puasa, semoga kita semua selamat dari azab di padang mahsyar, Selamat bersahur, semoga kita semua selamat dari azab di Mizan, Selamat berjumpa lailatul qadar, semoga kita semua selamat dari azab di titian sirat, dan Selamat hari raya (awalnya), semoga kita semua selamat dari azab api neraka!!!!
Selamat dan selawat!!!
Kali ni aku ada tazkirah dan nasihat untuk para ustaz dan ulamak, itupun jika sekiranya mereka sudi baca blog keretamayat aku ni..
(Hello, hamka?! mana ada ulamak dan ustaz baca blog merepek engkau ni? Lagipun engkau tidak setaraf dengan ilmu mereka!!!, siapa engkau nak nasihat mereka? masuk pulak bulan ramadhan, tentulah mereka sekarang ni sibuk beribadat..)
Lantaklah, sekiranya dengan takdir Allah, mereka terbaca entry ini, itu hanyalah dengan izin Allah…, aku tak punya apa, bukan ustaz dan ulamak, hanya insan kerdil yang menulis dengan izin Allah semata mata..isk..isk..
( Air mata ku lalu bergenang membasahi pipiku yang comel, lalu bercampur dengan air hingus dan bertambah laju mengalir dan bercampur pula dengan air liur yang turut meleleh sehinggalah membasahi janggutku, alangkah burhoknya aku..oh)
NASIHAT DARI SEORANG YANG BUKAN USTAZ KEPADA USTAZ DAN ULAMAK…
Wahai ustaz dan ulamak…
Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk ustaz dan ulamak sekalian…
Aku bukan nak cari salah ustaz dan ulamak, aku nak belajar cakap ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…
Wahai ustaz dan ulamak…
Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…
Apa yang aku bodoh-bangang ni paham, I’tikaf dan qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja..jadi bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda mendirikan khemah dari Turki.
Wahai ustaz dan ulamak…
Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..
Kat mana ustaz dan ulamak beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, serius!!
Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati..eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..
Wahai ustaz dan ulamak…
Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!
Jadi wahai ustaz dan ulamak…, kat mana tuan tuan iktikaf, buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di masjid…
(ini ulamak kat tempat aku lah ni, tempat korang tak kot..oh..)
Wahai ustaz dan ulamak…
Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan kemungkinan atau kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramdhan, memang confirm Nabi beriktikaf di masjid..maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah janggutnya…tapi sekarang, wahai ulamak kat tempat aku, .., mana ustaz dan ulamak beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?
Wahai ustaz dan ulamak…
Aku sungguh sedih rasanya bila pergi masjid pada 10 malam terakhir setiap tahun, takde orag alim yang beriktikaf..sungguh sedih, mana pergi ustaz dan ulamak? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana masjid tu? Aku nak tumpang berdiri malam bersama orang alim..isk..isk..
(Ustaz mana nak baca blog engkau hamka, engkau bukan ustaz, ilmu engkau dan darjat engkau tak setaraf dengan mereka-aku bersangka buruk..oh)
Wahai ustaz dan ulamak…
Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum perdana, ceramah isu isu semasa dan macam macam program keugamaan, tapi di mana mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid, aku ada banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut tidur di masjid? Atau takut orang gila datang tikam?
Wahai ustaz dan ulamak…
Aku dapat tahu bila ustaz dan ulamak berceramah ada yang mendapat sedikit duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan sediakan duit untuk ustaz dan ulamak beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak dapt duit gak..
(Allah maha menggajari..)
Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., langit dan bumi..OH!
Wahai ustaz dan ulamak…
Masa aku form 5 pernah ada para ustaz ajak aku joint khemah ibadat kat tepi pantai selama 2 hari.., sekarang baru aku tahu nabi tak pernah buat khemah ibadat macam tu…jadi wahai ustaz, apa kata kita buat khemah dalam masjid pada 10 hari terakhir ramadahan, Nabi buat ni ..sunnah apa!!! JOM!!! dan takpe kalau tengah tidur ada orang gila datang tikam pun, takpe, mati syahid apa, kan bagus mati bulan posa, ketika ke lapan-lapan pintu shurga dibuka dan ketika ke tujuh-tujuh pintu neraka di tutup, mati kat masjid pulak tu..tak nak ke?
Wahai ustaz dan ulamak…
Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak.., sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3 pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam tempat ibadat mereka…, tapi dalam ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI LARANG TIDUR DALAM MASJID!!
Oh, Nabi dan sahabat selalu tidur dengan niat beriktikaf di masjid…,
Wahai ustaz dan ulamak…
Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…
Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?
Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…, masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?
Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…
*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..
Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…
Wahai ustaz dan ulamak…
Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu duduk tunggu kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, atau kitab, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..
Wahai ustaz dan ulamak…
Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama, maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!, lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!
( Boringlah baca blog engkau hamka, ejaan banyak salah, susunan ayat lintang pukang, ada short word lagi, lepas tu tak di letakkan dalil hadits dan tafsir al quran.., banyak nada perasan bagus serta suka mencarut, boringlah!!! -Lantaklah…!!)
Wahai ustaz dan ulamak…
Nasihat saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena duduk kat masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..
Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..
Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..
Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..
Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…
Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!
Wahai ustaz dan ulamak…
Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..
Macam juga orang yang pergi ke Supermarket, yang penuh dengan kelengkapan selesa, air cond, karpet dan sebagainya, tapi hajat pengguna nak membeli terbantut kerana gula takde.., punyalah besar supermarket tapi GULA takde?!!!, maka si pembeli tadi dah tak akan datang lagi ke supermarket itu kerana keperluan dapurnya tiada yakni gula..Oh..
Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz dan ulamak..oh!
Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz dan ulamak duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama..
Wahai ustaz dan ulamak…
Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1% dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka?
Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh!
Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru Nik Aziz, atau Haji Hadi atau siapa siapa sajelah yang bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam nabi buat dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan..
Wahai ustaz dan ulamak…
Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz dan ulamak kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat, tetapi kenapa tidak para ustaz dan ulamak pergi ketuk pintu rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ajak orang cina dan India masuk parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu yang payah!!!!
Wahai ustaz dan ulamak…
Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz dan ulamak tak bersedia nak bertugas lebih masa?
Kalau di fakir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari siapa..oh..
Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…
Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz dan ulamak berceramah di masjid, yang dating mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena jumpa mereka di rumah!!
Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam lagi…
Tapi ini satu kerja yang berat… wahai ustaz dan ulamak…
Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam imam duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, tak kiralah rumah orang islam atau orang kapir dan ajak mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?
Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami pula hanyalah pemandu ambulance, maka aku dan kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk di ubat kerana tuan tuan ustaz dan ulamak adalah pakar penyakit rohani…, diamlah tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..
Wahai ustaz dan ulamak…
Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini, pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf bersama sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz dan ulamak tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada antara ustaz dan ulamak yang meradang dan selalu berkempen di sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak buat?
Wahai ustaz dan ulamak…
Emailah aku jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf selama 10 hari di masjid, aku nak ikut, aku nak tumpang berkat tuan tuan para ustaz dan ulamak dengan duduk sepanjang malam bersama tuan tuan..
Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, mungkin ustaz dan ulamak ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid, salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah wahai ustaz dan ulamak akan apa yang terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di tunaikan..,doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..
Penutup
Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu! Sebenarnya aku tak layak dan aku tak nak, aku just cakap, sekiranya.., atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..)
Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…
-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..
-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak
-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…
Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid, biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam imam tunggu orang bayar zakat fitrah..
Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani, akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat manusia manusia sebegini..insyaAllah!
Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..
Namun demikian, wahai ustaz dan ulamak, juga yang bukan ustaz, tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau perintah dari Pak Lah untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Pak Lah, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut PAS dan islam hadari menurut UMNO!!!, InsyaAllah!!
Wahai ustaz dan ulamak… juga mereka yang bukan ustaz,
Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..
Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.
Ps: kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid, maka betapakah kadar ganjaranya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan? Subhallah…, alangkah baiknya jika jadi mayat ketika beriktikaf!!!!
Nota kaki: Allah telah pilih Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakir ramadhan, hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita?
(kerana tak suka pada kita..oh)
Sep 23, 2006
Apa maksud PUASA ?
Di satu hari, di akhir bulan sya’ban, Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang bulan ramadhan kepada para sahabat baginda.., Nabi mempunyai sahabat seramai 124 ribu orang lebih kurang,,,
Maka aku yang baru nak belajar ‘jejak rasul’ juga ingin bercerita tentang puasa pada sahabat sahabatku yang sudi baca blog aku di akhir sya’ban ini…,
Aku mempunyai sahabat secara maya lebih kurang 200++ per day...(takde ler ramai..isk..)
Namun, Aku rasa tak perlu aku tulis detail tentang puasa kat sini.., korang semua dah tahu, cuma aku nak dedikasikan pesanan / tazkirah, dan ‘membebel macam mak nenek’ ini kepada seorang mualaf yang baru masuk islam 4 hari yang lepas… maka biarlah aku yang bukan ustaz .., sampaikan kat korang para mua’laf tentang PUASA secara ringkas dan pendek, jika korang nak detail, boleh rukuk ustaz dan kitab…insyaAllah…
Jadi kepada Mu’alaf yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sape sapelah, yang bakal mualaf pun boleh baca…! insyaAllah!!
Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..
Dalam apa-apa ilmu ugama yang korang nak belajar, korang mestilah belajar dan faham betul betul tiga perkara ini, iaitu:
- MAKSUD
- KELEBIHAN
- BAGAIMANA NAK DAPAT
Kalu korang rujuk post aku pasal solat dulu-dulu, aku ada tulis tentang ketiga tiga perkara ini..iaitu:
- MAKSUD SOLAT- (rujuk post, “apa maksud solat”?)
- KELEBIHAN SOLAT (rujuk ustaz dan kitab)
- BAGAIMANA NAK DAPAT (Rujus post “Kenapa solat tak khusuk?”)
Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang bukan ustaz ini, insyaAllah…
Jadi wahai mualaf sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..
iaitu
- APA MAKSUD PUASA?
- APA KELEBIHAN PUASA?
- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?
----------------------
BAB SATU:
APA MAKSUD PUASA?
Korang tahu apa maksud puasa?
Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…
Aku kata:
Tak puasapun boleh menahan lapar dan dahaga…, org sakit, org kerja kuat pun lapar dan dahaga gak…
Mualaf kata:
Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hingglah maghrib..
Aku kata:
Itu bukan maksud, itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…
Mualaf kata:
Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..
Aku kata:
Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun begitu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?
Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan
Aku kata:
Ada betul jugak jika kau cakap macam tu, tapi orang miskin pun kena puasa gak, dan orang miskin masih boleh bersetubuh dengan isteri, tapi puasa langsung tak boleh, apa maksud sebenarnya puasa?
Mualaf kata:
Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…, badan jadi sihat bla bla bla etc etc
Aku kata:
Oh, ye ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan.., ini bukan halaman klinik..
Mualaf kata:
Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu Hamka, aku baru 4 hari masuk islam.., cuba cerita sikit apakah maksud puasa…?
Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..
Biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak)
Maksud PUASA adalah...
Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Mualaf Tanya?: Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?
Aku kata: Ya, membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum, dan juga, puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat, yang mana:
- Mata tak boleh tengok maksiat..
- Telinga tak boleh dengar maksiat..
- Mulut tak boleh cakap maksiat..
- Otak tak boleh fikir maksiat..
- Tangan tak boleh buat maksiat..
- Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
- hati tak boleh cinta maksiat..,
Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat.
Sehinggakan bini atau isteri kita yang halal itu di haramkan bersetubuh pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…!!!
Dan ada ulamak yang mengaharamkan kita pandang isteri kita yang halal itu dengan perasan ghairah, kerana untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu shahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan!!!..(di tundukkan)
Jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
Bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan ugama lain, just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri.., kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..
(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)
BAB DUA: APA KELEBIHAN PUASA?
“Wahai korang semua, esok dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa masuk neraka.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..
Memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu.., dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..
Bulan puasa juga di kenali dengan bulan ‘Sabar’ dah hadiah sabar adalah shurga, sebab tu korang kena sabar sampai jadi mayat, dah jadi mayat baru dapat shurga!!!
Lepas tu pulak, jika kita bagi org makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa org itu sedikitpun.., lantaklah nak bagi makan apa-apapun. biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang di selenggarakan..
Bulan puasa juga di bahagi kepada tiga:
-10 hari pertama adalaj Rahmat.
-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!
Dan pada mereka yang jadi boss, jika pada bulan ini meringankan beban pekerjanya maka Allah selamatkan para boss itu dari api neraka..
(kepada boss aku, jika kau baca blog aku ni, bagilah kami semua balik awal..nak tolong bini masak…kami pun nak ringangkan beban isteri kami sebab kami kat rumah adalah boss jugak..big boss lagi, kan bos kan?, boss nak masuk shurga tak?jangan berkira sangat boss, api neraka panas tau!, bulan ni bagilah bonus raya 1002 bulan, 1000 bulan akan Allah bagi pada malam lailatul qadar, lagi 2 bulan boss bagilah sebelum raya, ok tak cadangan aku? kalau tak keberatan, promotelah aku jadi assistance boss,he he he..)
Arghhh, sambung balik, ada unsur wahan kat situ..oh!, apa-apapun, better rujuk ustaz dan kitab ler..
BAB TIGA: BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?
Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu:
-Berpuasa.
-Beriktiqaf dalam masjid.
Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh Ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini memperbanyakkalah iktikaf…
Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu memeberi tumpuan kepada perkara perkara yang menyukakan Allah., dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan!!!!
Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..,maka bila beriktikaf dalam masjid lama lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita..,
Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap dengan muhrim, bersetubuh ngan isteri, dan lain lain yang melalaikan,
DAN.., untuk dapat hakikat puasa,
Maka, kita Kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kiraler, di rumah ke, di pejabat ke, di ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke, kena bawa sifat berkitikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan dating dalam diri korang dan aku!!! dan INILAH HAKIKAT PUASA!!!
Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad saw sendiri beriktikaf 30 hari penuh bulan ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir ramadhan..
--Tambahan…
OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbukak puasa doa sangat makbul dan Nabi suruh doa DUA perkara ni..iaitu:
-Mintak masuk shurga!!!
-Mintak tak masuk Neraka!!!
Lepas tu masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Tauyibah dan istigfar..kena buat banyak banyak time puasa..
Aku ulangi:
-Perbanyakkan kalimah Toyyibah(dakwah)
-Perbanyakkan istigfar…
Tapi ada satu perkara yang aku angin satu badan daa, yang berlaku pada bulan puasa.., lepas sahur pergi solat subuh, rasa seronot dan sejuk bijik mata bila tengok bilangan jemaah dah bertambah ramai,(saya perasan baik) rasa kiamat lambat lagi.., tapi bila pergi solat jemaah magrib, bilangan macam org solat subuh, kadang kadang takde orang!!, pada bulan-bulan sebelum puasa, inilah prime time untuk bilangan jemaah tertinggi, rupa rupanya diorang tukar shift sahaja.. YA Allah, ampunkan dosaku jika berburuk sangka…ampunkan aku..,
Baiklah aku berbaik sangka, korang semua dah sampai tahap kebulur yang menyebakan tak mampu lagi jalan kaki ke masjid untuk solat magrib berjemaah…kasihan kat aku dan korang..isk..isk…
Yang aku cerita tu kat tempat aku le ni, bukan kat tempat korang, aku tahu korang semua bagus bagus, sentiasa solat magrib berjemaah walaupun bulan posa!! Macm tu lah kawan, barulah jadi mat Islamic, Alhadulillah, lambat lagi nak kiamat rasanyar....tapi tak lama lagi akan jadi mayat!!
Ps: Beruntunglah orang yang bertakwa menjadi mayat pada bulan puasa…, dan menderitalah orang yang berlalu bulan ramdhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..
(Ya Allah, tolonglah kami…)
Sep 19, 2006
Apa itu TALKIN?
Pada suatu petang yang damai …
Hujan rintik-rintik telah turun membasahi tanah perkuburan…
Di sana, terdapat tanah kubur yang masih merah, dan di kelilingi oleh ramai orang..
Dalam suasana yang syahdu dan sedikit kebasahan.. terdengar dengan jelas suara imam membaca talkin…
“Wahai …(nama arwah, merangkap anak saudara ku)… binti …(mak si arwah, merangkap kakak aku)…mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu,ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasannya telah hilang daripadamu,dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh,”
Aku berada pada posisi yang agak jauh dari imam, sedang hujan masih renyai-renyai… pak imam masih membaca talqin…
"…inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat,maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia,dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat,iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya,..”
Hujan semakin bertambah kuat, tapi bukan hujan lebat…, aku mencari tempat berteduh, tapi kat kawasan perkuburan tu takde pulak pokok yang berdaun lebat..pokok yang ada adalah pokok kemboja dan beberapa batang lagi pokok yang tidak berdaun… macam dalam cerita hantu…
Dan Pak imam masih lagi membaca talqin…
“…maka akan datang kepada kamu dua malaikat,iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu,ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah,sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya.
Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?
Dan siapa nabimu?dan apakah pegangan kepercayaanmu?dan atas apakah kematianmu?,maka jawablah dengan terus terang, iaitu,Allah Tuhanku,Nabi Muhammad penghuluku,Islam agamaku,kitab Quran ikutanku,Kaabah kiblatku,sembahyang fardu kewajipanku,dan sekalian orang islam itu saudaraku,aku hidup dan aku mati di atas kalimah:
LAILAHAILALLAH.”
Entah kenapa aku jadi macam kambing pulak hari tu, sebab takut pada hujan, (bukan aku sorang jer yang lari..)
Apapun, pak imam tu memang best, aku rasa inilah first time dalam hidup aku tengok pak imam membaca talqin dalam hujan…
“…Berpeganglah kamu wahai……nama arwah……………,dengan ini hujjah,dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat,dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang benarnya,dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu benarnya,demikian juga bangkit semula daripada kubur,dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim semuanya benar,”
Dulu bila aku tengok cerita dalam TV, asal tanam mayat jer mesti hujan, asal tanam mayat jer mesti hujan ,cerita mat saleh pun camtu…tapi hari ini kerana tidak ada payung maka akhirnya aku pasrah.., aku biarkan hujan mencurah di tubuhku…dan pak imam memang yang best itu terus menerus membaca talqin dan berdoa.., dah tugas dia..(dapat duit apa!)
“…dan hari kiamat tetap akan datang dengan tiada syak lagi,dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur,dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka ituapa yang telah mereka buat di dalam dunia.”
Pulang dari tanah perkuburan, aku naik keretamayat.. tapi kat luar di tulis “kenderaan jenazah”…
Dalam kereta mayat, si adik menangis dengan bersungguh sungguh, manakala maknya hanya diam sedang mata membekak kemerahan…
Kereta mayat telah berlalu untuk menunggu bakal mayat seterusnya untuk di tumpang…
(dan hujan mulai turun dengan lebatnya.)
Apa cerita aku hari ini?
Itu adalah kali terakhir penulis mengziarahi kubur dalam beberapa bulan yang lepas..
Dan aku sengaja menulis talkin versi asal dan penuh, tapi aku tak tahu pulak siapakah penulis asal talkin.., adakah datang dari Nabi atau sahabat ra?
Walaubagaimanapun, Aku bukan nak cerita pasal talkin itu bida’ah atau tidak?
Aku bukan ustaz untuk membincangkan isu isu budaya melayu dan peranannya dalam keugamaan…, dalam tahun ini sahaja 3 orang bapak saudaraku jadi mayat, dan semuanya di baca talkin…
Bagi aku talkin ni macam reverse psychology, alahai macam emak mertua yang pukul kucing sindir menantu… atau korang tengah makan sedap sedap kat rumah mertua, tiba tiba bapak mertua sound:
“hujan lebat-lebat pun tahu berhenti..”
(oh, sungguh susah nasik itu nak di telan…)
Oleh sebab bacaan talkin bukan sunnah, dan lebih kepada reverse psychology, apa kata korang karang sendiri susunan bacaan talkin lalu suruh anak korang baca kat mayat korang sendiri kelak, bolehlah korang buat reverse psychology dengan menujukan nasihat kat orang yang hantar ziarah korang, jangan takut sebab korang dah jadi mayat dah…
Semua orang dah berani ‘langkah’ mayat korang…
Oleh yang demikian, hari ini, aku ada karang satu talkin khas untuk diriku sendiri dan korang jugak kalau korang berminat bila jadi mayat kelak!
Namun, bila korang nak baca talkin yang aku karang tu kat mayat aku, korang boleh baca dengan niat nak ingat mengingati, aku pun takdelah nak berwasiat, susah anak anak aku kelak..lantak korang ler… aku dah jadi mayat dah..(waktu tu)
Baiklah, berbalik kepada talking versi aku, talkin ini terbahagi kepada dua sesi., satu sesi untuk mayat dan satu lagi untuk bakal mayat, atau orang yang datang ziarah kubur, dan talkin ini memang belum sempurna sepenuhnya lagi, apatah lagi ianya di tulis oleh seorang yang bukan ustaz macam aku yang tidak bertauliah ini!, so hari ni korang baca dulu, sekiranya korang rasa nak tambah bolehlah berbuat demikian sebab bila korang dah jadi mayat, bacalah talkin seibu sebelas ratus pun, tak dapet nak nolong ehkaw ha! kalau dah gonjeng semacam rupa, buat apa fesyen, serba tak kena, baiklah beli roti dan kaya!
TALKIN VERSI KERETAMAYAT.. (copyright 2006)
Sesi satu:
Untuk mayat tapi pak imam kena baca dengan kuat, kena pakai speaker 2000 watt..siap dengan 'Gain circuit' hingga dapat di dengar dalam jarak 100 km persegi…
"Bismilahirahmanirahim…
Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas engkau?
Kubur akan koyakkan kain kafan engkau,
Kubur akan hancurkan tubuh engkau hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah engkau sampai kering
Kubur akan meratah daging di setiap tubuhmu…
Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?
Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…
Wahai mayat, tahukah engkau?, kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…
Yang hebat di dunia, hina di akhirat…
Yang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…
Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…
Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..
Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…
Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?
Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…
Semasa hidup di dunia, engaku telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!
Demi Allah!
Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…
Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…
Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.
Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikit kehendak engkau..
Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!
“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”
Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama.
Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?
Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?
Wahai mayat..
Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?
Adakah ulat-ulat di kubur berbuat apa apa?
Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!
Anggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!
Oh! Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah tilam sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?
Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?
Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,
Tidak di sediakan bantal,
Di baringkan atas tanah begitu sahaja…
Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…
Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…
Alangkah begitu ramai mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunya rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..
Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau
Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…
Namun wahai si mayat…
Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini, dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia, dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang, maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..
Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu.., lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!
Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"
(Kemudian imam berpusing dari duduk di hadapan kubur lalu mengadap kepada orang ramai yang datang menghantar jenazah..lalu mula membebel macam mak nenek..imam berkata..)
Talkin Sesi kedua: untuk bakal mayat..
Wahai korang semua yang bakal jadi mayat dan yang pasti esok akan masuk kubur!
Apakah yang menjadikan korang terperangkap dalam urusan duniawi?
Adakah korang harap dunia yang penipu ini akan sentiasa bersama korang?
Rumah korang yang besar, kereta yang besar, pangkat yang besar..malaikat maut tak pedulipun..
Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat buat selama-lamanya,…tapi korang jika boleh mintak ditangguhkan selama beberapa tahun lagi bagi membuat persiapan…
Tahun? Satu saat pun Allah tak bagi…malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.
Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..
Ada Mayat tg tengah mandi
Ada Mayat yg baru nak berserapan
Ada Mayat yg sedang bersetubuh
Ada Mayat yg sedang memasak
(Ada Mayat yg sedang baca blog..)
Macam2mayat ada -
(sila rujuk bilik mayat)…
Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayatTakde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayatTakde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selama-lamanya tanpa jadi mayat…!
Sebelum jadi mayat, buatlah usaha atas iman..…
Tak payan nak pening kepala,
Hanya dua usaha perlu buat di dunia ini sebelum jadi mayat….
1. Buat usaha selamatkan diri dari api neraka
2. Buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.
Dan.. hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk selamatkan diri dari api neraka
Dan… hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.
perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan… Ingatlah…Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...
Menuju tempat menjadi mayat
Wahai ahli keluarga yang hari ini menutupkan mata saudaramu yang sudah jadi mayat, wahai yang sudah memberi mandi kepada mayat, yang sudah menghulurkan kain kafan pada mayat, yang menghantar mayat ke kubur ini, lepas ni siapa pulak yang akan jadi mayat…huh! Tentu korang terbayang dlm otak fikiran akan siapakah yang paling tua dan sakit kat kampong korang lalu buat keputusan, iaitu tak lama lagi pakcik tu pulak..
Hello!!!!
Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….entah entah esok, aku jumpa mayat korang…bla bla bla bla…etc etc
(walaubagaimanapun… akhirnya pak imam sajer yang tinggal seorang diri membebel macam mak nenek, sebab korang semua perasan sibuk ada hal.., maklumlah drama bersiri tak habis tengok lagi, malam karang nak tengok CD Hindustan disc 3, hmm, dengar kata ada jualan murah sempena ramadhan esok!, baju raya tak tempah lagi, hujung minggu ni nak kena up date lagu popular di carta radio, Majalah sukan dan hiburan yang di beli minggu lepaspun tak habis baca lagi, lagipun nak kena up date blog pulak hari ni, hari tu dah kalah main futsal, malam ni mesti lawan balik, nak balik kampung raya ni ingat nak kena tukar sport rim baru ler.., eh, lagipun aku sibuk cari kerja yang gaji mahal tapi kerja senang , sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba, aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman..ni yang perasan sibuk ni, nak kena cari semua tu, maklumlah, berusahalah kamu macam hidup seribu tahun..bla bla bla blah blahhhhh)
Mengakhiri post ini, terimalah sebuah sajak merangkap Lagu latar…
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun...
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta...
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan...
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari...Mana dia Al-Ghazali....?
Ku cari mana dia? Al-Shafie...
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi…
ok, semua orang dah boleh balik rumah masing masing..tinggalah mayat seorang diri…
ps: Semua orang akan menjadi mayat…
Sep 13, 2006
Nak panjang UMUR?
(18 PL)
Amaran: di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, bagi mereka yang berumur 118 tahun ke bawah, silalah baca dengan mendapat bimbingan ustaz dan ustazah yang berhampiran - dan pastikan mendapat bimbingan bukan untuk membenarkan segala pendapat aku, tapi untuk ambil mana2 yang baik sahaja..yang salah silalah betulkan, itupun jika sudi.. harap maklum dan insyaAllah.
Pilot…
Bila penyakit kuku, kaki dan mulut mulai menular di Malaysia, kerajaan mulai meningkatkan kesedaran akan bahaya penyakit ini dan cara mencegahnya, pihak pembakang pula mengambil peluang mempertikaikan ketidak kebersanan pihak kerajaan…bla bla bla...
Begitu jugak ceritanya bila kawan aiman (tak kisah) menghidap HIV positif dan semakin ramai yang telah di sahkan mengidap penyakit AIDS, maka kerajaan mulai berkempen akan bahaya penyakit ini dan mungkin kondom serta jarum akan di bekalkan untuk menghadkan gejala virus ini, lalu pihak pembangkang mulai mempertikaikan akan ketidak bijak sanaan kerajaan dalam menangani gejala siosal…bla bla bla...
Pun begitu jugak, bila JE, DENGGI, dan lain lain penyakit yang semakin mendapat tempat di setiap pelusuk Negara…, kerajaan dan pembakang akan mula memainkan peranan masing masing…
Dan kereta mayat juga akan mengusung... tidak kiralah sape sapepun, pembakang ke, kerajaan ke, mengusung ke lubang kubur bila korang menjadi mayat asbab penyakit penyakit seperti yang di atas…
WALAUBAGAIMANAPUN…Ada penyakit yang lebih merbahaya dan lebih dahsyat serta lebih mudah merebak yang mana seolah olah pihak pembakang dan kerajaan lupa untuk meng ‘war war’kan akan bahaya yang bakal menimpa si pesakit ini…, atau mungkin mereka telah di timpa penyakit ini…oh! (aku bersangka buruk)
Maka biarlah aku selaku 'keretamayat', menceritakan tentang penyakit yang lebih merbahaya dari segala virus-virus di atas…
Apakah nama penyakit itu?
Namanya….
“...WAHAN...”
Nota untuk orang islam yang bukan mua'laf: aku tahu korang semua dah tahu penyakit ini dan cakap, hek eleeeh, hamka! Penyakit ni semua orang islam dah tahu ler… baiklah, yang dah tahu pergilah main jauh jauh, biarlah mualaf yang belum tahu lagi akan penyakit 'wahan' ini meneruskan pembacaan…(dari aku yang hina)
Bermulalah sebuah cerita…
Akrian,
Bila aku tulis cerita pasal malam nisfu sya’aban baru-baru ni mengenai doa ‘umur panjang’ dan ‘murah rezeki’, ada yang komplen dan tegur aku bahawa aku silap, dan adalah memang sangat bagus doa macam tu , bagus apa doa panjang umur dan murah rezeki? katanya…
Lepas tu mula berhujah, berdalil dan ber-nas.. , bla bla bla bla blah..
Aku kata: makanlah beras pilihan ber-nas Ha ha Ha, (tak lawak..)
Dia sedikit beremosi, kerana aku tak serius.
Lalu keluarkan hukum dan fatwa serta terus berhujjah, dan mengajak aku untuk berdebat…
(bayangkan korang duduk dalam rumah, kat luar hujan turun dengan lebatnya dan korang pula lupa nak tutup tingkap..habis tempias air ‘liur’!!!)
Aku kata:
Benarlah firman Allah, sabda Rasul, dan nasihat engkau yang berguna…, senang macam ginilah, engkau selalu baca blog aku bukan? Boleh tak aku mengumpat kau kat sana dan jawab segala hujjah engkau kat blog aku? kira macam bermusakarahler.., dan Aku tak akan bagitahu siapa engkau..boleh tak?
(huh..mengumpatpun mintak izin…)
Dia membenarkan aku jawab kat blog, maka tertulislah entry ini…he he he..
Oii, Mamat!!! Selamat membaca!!!
Assalamualaikum pembaca blog kereta mayat sekalian yang berugama islam dan selamat sejahtera untuk mereka yang bukan islam…
Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu…
Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa, perkataan “korang” adalah termasuk juga diri ‘aku’ sendiri…harap maklum.
Seperkara lagi, entry ini banyak menggunakan nama-nama besar iaitu para Nabi alaihissalam dan para sahabat radiallahum,… sekiranya ada yang tersilap fakta dan sejarah, tolonglah tegur aku…, aku tulis apa yang aku ingat sahaja…(ingat-ingat lupa..oh)
Salam……
SEBUAH CERITA SECARA ‘MAYA’….
Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!
Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk) lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?
Jawab mereka yang tua-tua itu…
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup…
Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia…
Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya…
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur
Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)
Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?
Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?
Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
“Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…
(oh…)
Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
“hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)
Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?
Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…
Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…
Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
“boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!”
Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk…)
Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)
Apa yang firaun mahu?
“aku mahu panjang umur”
Apa yang Qarun laknatullah mahu?
“aku mahu murah rezeki”
Apa yang korang mahu?
“panjang umur dan murah rezeki”
(no komen…)
Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
“aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu”
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)
Apa yang Aisyah r.a mahu?
“aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!
Apa yang Umar r.a mahu?
“aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung”
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)
Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!
Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
“aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…”
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!
Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog aku.., jadi aku nak tanya korang semua!!!!
Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa…
Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…
Apa itu ‘wahan’?
Jawab nabi saw: “Cinta dunia dan takut mati!”
Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu “wahan”
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!!oh
Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!!
Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!
Akhir sekali, selaku bukan doctor Hamka, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit ‘wahan’, kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya), terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!
Tanda tanda korang ada penyakit ‘wahan’…
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.)
- Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
- (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
- Simpan duit banyak banyak dalam bank
- Teringin nak jadi jutawan segera!!!
- Nak jadi penyanyi
- biarkan tanah perkuburan mak bapak korang semak samun..
- tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
- Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan…
- Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
- Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi!!!
- Suka tengok drama TV yang bersambung…
- Sula tengok hiburan atau sukan secara ‘live’
- Malas baca Al-Quran
- Malas solat jemaah
- Selalu forward email merapu
- Suka tengok bahagian dada perempuan.
- Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
- up date lagu terkini di carta TV/radio
- Suka hias kereta
- Up date blog hari hari
- Takut hantu
- Takut melihat kereta mayat
- dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH… isk..isk…(air..air..)
Sekian…
Ps: Jadi mayat baru korang tahu apa yang di mahu…oh!
Ps dari setan: aku mahu semua anak cucu Nabi Adam masuk Neraka…aku mahu semua anak adam cinta harta dan takut mati…(itulah wahan)
(ada 'sesuatu' kat kotak komen untuk korang semua..he he he)
Sep 11, 2006
Siapa insan Bertaqwa?
Aku dapati sejak kebelakangan ini (chewah..) ramai strangers / first time visitors datang site ni dan lately ada banyak hits yg referred from email.. ‘lawak tulang’...adakah site aku dah menjadi bahan forward mengforward? siapakah mamat dan minah2 fwd tersebut ?...
Kemudian aku search :"petua tercekik tulang… "
Hhmmm, sudah masuk forum dan di copy/paste pada blog masing2 dan hangat di perdebatkan! Ada pulak yg edit dan mengaku mak dia yg tercekik tulang…perlukah aku riak? Ajub dan takkabur..dan aku ada jumpa blog sebijik macam blog aku!!!
Takpe..takpe, nampaknya aku dah jadi malaysia idol ha ha ha!!! (saya seorang yang perasan)
Sebenarnya blog aku takde la ramai masuk pon...tak sampai seribu per day, tak ramai berbanding blog2 org lain...blog ustaz/ustazah.. dan aku mintak maaf pada mereka mereka yg ajak aku joint frenster dan yg seangkatan dengannya.. maaf, aku menolak lamaran korang… aku tak masuk mana2 group/geng/circle/etc so takde la network of ‘friends’
. .maafkan aku.
Baiklah sekarang , sempena bulan syaaban yang berkat ini, aku mengumumkan bahwa, tarikh berpuasa adalah jatuh …, ops, terbuat lawak mayat pulak(tak lawak), aku mengumumkan bahawa:
AKU INGIN MINTAK MAAF KEPADA MEREKA MEREKA YANG AJAK AKU JOINT SECARA MAYA AKAN PERKARA SEPERTI FRENSTE /MULTYPLY /CIRCLE FREIND /GROUP FORWARD/ REGISTER FORUM/ FREND FOREVER/ PAS ON LINE?UMNO ONLINE /UKHWAH FILLAH/ LESTARY KASTURY? ETC ETC ,AKU MENOLAK SECARA BAIK...
MAAFKAN AKU.
Ini adalah kerana aku tak mahu apabila idea atau pendapat aku yang salah, maka aku seolah olah mewakili kominiti tu, macam apabila satu orang islam buat salah, lalu orang kapir yang bodoh bangang menyalahkan ugama islam, menjadikan islam sebagai punca sasaran.. kasihan mereka kat orang kapir..
Maka akupun bergerak secara solo, (banyak sikit royalty aku dapat he he he), lagipun jika aku di kondem dan ada antara korang nak back-up aku, maka korang dari semua komuniti termasuk kolej komuniti boleh back-up aku tanpa segan dan silu dan tanpa was was!
.... atau korang juga bebas nak komen, nasihat, kutuk, laknat ,caci, maki, hina dan tegur kerana aku dalah insan terluka, terhina, terdina , aku hanya insan kamil..eh silap aku hanyalah insan biasa… darah yang merah, tahu hidung yang masin , ketiak yang masam dan air kencing berasid amino! Insan biasa..!!!
Aku juga tidak letak link dengan mana mana blogger supaya pembaca baru tidak segan untuk datang kerana aku nampak macam seorang individu,(kononnya) bukan wakil satu kempulan atau pertubuhan atau parti, dan aku masih pergi kepada blog kawan kawan2 melalui free counter, go stat.com, aku tahu korang yang ada blog ikhlas bertandang kerana walaupun korang link dengan aku, dan aku tak link dengan sape-sapepun, korang still datang menegur dan mengasihi aku... dengan ikhlas
Terima kasih buat sahabat!
sementara aku masih tak jadi mayat.
Dan terima kasih kepada mereka yg link dengan keretamayat…hakikatnya kita semua link dengan kubur..
Satu lagi terima kasih kepada pembaca-pembaca tetap yg banyak meberi teguran pada aku..
Dan tak lupa kepada pembaca senyap….
Ok, satu lagi..(berapa banyak 'satu lagi' daa!)
Maafkan aku kepada korang yang dah update kali ke x, tapi aku masih tak post entry baru…(perasan glamer)
Alasan seperti biasa, sibuk..,(perasan sibuk), isteri aku yang nak bersalin sebenarnya tapi aku pulak yang macam nak bersalin..oh!
Walaubagaimanapun, bebaru ni, aku mendapat pertanyaan yang buat aku terkejut dan terfikir..., pertanyaan dari salah seorang pembaca iaitu:
"Bila nak buat 'apa itu takwa' part 2 ?
Tak baik simpan ilmu.. nanti jadi mayat, Allah tanya, camne?"
Oh.. aku terlupa janji manisku dulu..maafkan aku kawan, maafkan aku wahai makhluk tuhan…
Aku terlupa iaitu pada Tuesday, March 28, 2006.. aku ada tulis pasal Taqwa.. dan post itu tergantung begitu sahaja, kerana aku berbaik sanggka, bahawa korang dah jumpa ustaz/ustazah…, tapi aku tahu korang juga perasan sibuk yang mana tak sempat nak jumpa ustaz/ustazah..oh…berburuk sanggka pulak aku ni..huh!
Sekarang, dari diri ini yang bukan ustaz, menyambung lagi isu tertunda pada waktu yang lain tapi di tempat yang sama…
ikutilah “apa itu Taqwa part 2”….
IMBAS KEMBALI!!!
Copy/paste dari kotak komen lagi…
“Assalamu'alaikum...
Aku nih pembaca blog keretamayat. So rasa nya ngko nih rajin dengar ceramah agaknya... anyway, tahniah sebab buat blog yg bermakna dan berguna untuk orang ramai. at least tak lah blog yg cakap " hari nih saya makan nasik minyak...sedap giler...skang mata dah mengantuk..so nak tido..."
aku ada soalan..Apakah makna dan takrif sebenar taqwa?, aku keliru dan masih samar2 dengan maksud sebenar taqwa, kenapa Allah menyebut wahai orag yg beriman, dan kadang-kadang, wahai org yg bertaqwa..
kenapa? Why? Tell me why?”
Aku kata:
Waalaikumusallam…
Aku bukannya pandai sangat, Cuma dlm keghairahan menulis bab2 ugama..aku bukan nak mengajar kat blog aku... aku nak belajar... belajar tulis perkara2 yg berkaitan dengan ugama..aku ghairah bercakap, menulis bab2 ugama sekarang nih...jadi korang semua yg baca blog aku adalah guru aku..
dan guru wajib tegur murid jika ada salah sana sini...
ajarlah aku.. tegurlah aku...
agar aku tak menangis di akhirat nanti...
berkenaan Taqwa...
jawapan akan aku berikan dlm bentuk soalan jugak,
dua soalan yg mana jika korang dapat jawab soalan nih maka korang akn tahu dan faham.: Apa itu Taqwa..insyaAllah…
Soalan pertama:
...JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK SHURGA KECUALI DIA ,
ORG ITU PASTI ADALAH _____________?(tak termasuk org kapir!)
Soalan kedua:…
DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,
MAKA ORG ITU SUDAH PASTI TENTULAH__________________?
Jadi siapa kah nama org di atas?,
kalau korang dah boleh jawab nampaknya korang dah paham apa itu taqwa.(insyaAllah)
Untuk mendapat jawapan tersebut, korang boleh rujuk ustaz2 yg berhampiran tempat anda
(aku nak kata,: pergilah masjid belajar ugama, kat blog tak cukup, aku pun sekali! he he he)
ps:(oklah aku nak gi makan nasik minyak nih, sedap giler…lepas ni aku nak tido, *bla bla bla besok baru aku update blog ha ha ha ha ah)
gitarletrik said...
jawapan:
1.orang yang melanggar perintah Allah
2.orang yang beriman kepada Allah
berapa markah?
ps: nampak macam senang, tapi..
Hamka said:
jawapan engkau tak tepat dengan maksud taqwa..he he jadi takde markah..salah kat dunia boleh bertaubat, salah kat akhirat, bukan tak de markah tapi masuk neraka (isk!)
ps:nampak macam senang, tapi..kena rujuk ustaz…:)
( tariff letrik dah turun ke? Kau tukar gitar Karen pulak..(?)
ustazah rock said
... Aaa haa,..
dah tahu jawapannya
TAKUT DAN HARAP
Ape pendapat En. Hamka.?
Hamka said...
macam betul, dah betul kot…tapi masih tak beberapa tepat..sikit lagi..sikiiit lagi…
ZulGTZ said...
Dari segi bahasa ertinya takut dan berserah diri.
Isi taqwa ada 4 sifat:
1.Tawadduk
2.Qonaah ( cukup dgn apa yg ada)
3.Warak
4.Yakin
Wallau’alam
Hamka said...
ZulGTZ .. Oic…panjang huraian tu..
linanilza said...
musykil.. musykil..adekah sya org yg kurang taqwa??
sbb tak berapa paham.. complicated.. harus ade sambungan "Apa itu TAQWA 2"
p/s : mulai saat ini, sy gunakan password utk memberi komen, bimbang dikatakan isteri bro Hamka.. muahahahhaha.. wa single lagi lorr!!
Hamka said
musykil.. musykil..?"Apa itu TAQWA 2?"
lihatlah pada sambutan peminat nanti, dan hasil kutipan jika berjaya memacah box office, maka saya akan buat lagi lagi apa itu taqwa3 , 4 , 5…(macam kahwin gak..hihihi)
ps: kahwinlah cepat2 cik adik oi…(amin) cari suami yg bertaqwa..
Anonymous said...
ORANG PAS CAKAP ORANG UMNO MASUK NERAKA,
ORANG UMNO CAKAP, ORANG PAS MASUK NERAKA.
SIAPAKAH SEBENARNYA MASUK NERAKA?
PARTI MANAKAH YANG LEBIH BERTAQWA?
MAAF, SAYA TAK LETAK NAMA...TAKUT ISA...
Hamka said...
Tidak bernama…
Antara mereka yg confirm masuk neraka adalah syaitan, firaun, Namrud, Abdullah bin Ubai, Abu lahab, Abu Jahal, batu dll..
Org PAS dan Umno..aku tak tahu..Hanya Allah yg tahu dan biarlah Allah yg buat keputusan….
Sesungguhnya: AKU TAK TAHU!
Tentang parti mana yg lebih bertaqwa, aku cadangkan kat engkau jawab dulu soalan di atas, faham betul2 tentang taqwa, barulah boleh letak hokum!
Ps: parti yg letak nama TAQWA…(kot..) he he he
linanilza said...
ingat satu petikan.. "Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan" bleh komen??
Hamka said:
"Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan"
Macamana aku nak terangkan?
Ringkasnya macam nilah lebih kurang Nabi bersabda: Org yg PALING mulia di sisi Allah adalah org yang paling bertaqwa..ada perkataan PALING, that’s mean there are have a range of “taqwa”…huh, speaking..! so, just think istilah untuk org yg PALING mulia…
Wallau’alam…(ada yg timbul, ada yg tengelam)
ontahsapo said...
siapakah yg benar2 bertaqwa?
dimana nak dapatkan taqwa yg sebenar?
apa itu taqwa yg sebenar?
masih mencari...
Hamka said
Masih mencari jawapan?Atau menunggu jawapan?
Aku bagi klu sikit: jawapan kat atas hanya boleh di jawab oleh orang yg benar2 bertaqwa..(macam fatwa..selamba aku jer..boleh tolak sebab aku bukan ustaz..isk..)
Satu lagi: jawapan kat atas adalah berbentuk individu, bukan parti atau mana2 badan pertubuhan, kaum atau bangsa..ianya :individu..!
Ps: tak bermakna kau tak bertaqwa “ontahsapo”, aku pun tak tahu aku ni kat mana…kekadang aku rasa aku munafik…isk…Ya Allah, tolonglah aku!
Truth_Seeker said...
nih tergantung nih hamka... aku buat andaian sendri nanti nih...buleh sesat nih... lebih baik next posting ko kasi jawapan dan penerangan (macam biasa) ;-)
(nampak macam malas jumpa ustaz ke aku nih ? hahaha)
hamka said
Ha ha ha, baru 7 jam, ada banyak masa lagi..pergilah cari ustaz, ulama atau ahli fatwa kebangsaan….Korang semua memang best!
TarakNama said...
aduhhhh...nak terang pon susah nie....
tapi aku ada dengaq ceramah ustaz sharil long dia ada habaq apa itu taqwa...
tapi aku nie melayu mudah lupa jadi aku lupa laa tapi aku inagat tapi aku takut nak habaq sebab takut sesat laa pulak jadi hangpa tunggu sat aku balik dengaq balik ceramah dia dan jika aku teringat balik nak habaq kat sini aku mai habaq tapi jika hangpa nak dengaq betoi2 hangpa pie cari laa ustaz sendiri dan tanya dia paa itu taqwa...jangan buat jadi toukua sudah laaaa...........
Hamka said
Best..best… ustaz sharil long dah habaq apa itu taqwa?...cepatlah ‘ingat’, nanti kongsi sesama..
Aku tunggu kau taraknama..aku tunggu kau he he he
kakashi_sensei said...
AsSalam'alykm..
ape yg ak tautaqwa=takut kepada Allah
senang ek?
kalo takut n percaye kat Allah,sme bende jahat x kan kite buat hawa nafsu kite akan tunduk pada ape yg Nabi da perintahkn..
Nabi penah psan kat para shbt;btaqwalah kpd Allah..iringkn pbuatan jahat dgn pbuatan baik,moga2 pbuatan baek akan 'padampbuatan jahat..
kalo korang ade buat jahat lg,maknanye belum cukup 'pecaye'n 'takut' pada Allah ler tu..
p/s:ak nk ulas pnjg lagi tapi sbb nk final tpakse ak 'padam'kn hsrat ak tu..huhu~
Hamka said
Waalaikumusallamsebenarnya, aku amat berharap kau dapat jawab soalan di atas…aku rasa kau boleh..tapi sebab kau ada exam…kau score dulu..aku tunggu kau…
hasrulmuin said...
Assalamualaikum..
Apa itu Taqwa?Jawab dlm hati je laa... tepuk dada tanya iman
...mmm apa itu Iman?
Sila tunjuk ajar...
linanilza said...
aku tau..aku tau..aku tolong bro hamka jawab..
"apa itu iman?" = iman adalah mutiara, ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai..(raihan ckp)
hamka said
Waalaikumusallam
apa itu iman?
Tanpanya anda akan merana, menderita, menangis selama-lamanya…Itulah iman…
hitomi said...
apa itu taqwa???apa itu iman???sumonya ada dalam diri masing2...terpulang tuk kita menghurainya...betul ka tu ah??hehehehe...ntah la...
hamka said...
Selamba aku cakap:
TAK BETUL…Iman dan Taqwa bukan ‘dah’ ada dlm hati…Kena usha untuk ‘adakan’ dlm hati..Sebab iman boleh tercabut, rosak, di curi syaitan , hilang dan lain2..
Dan iman juga takde di tepi pantai, di warisi..iman perlu di USAHAKAN..
Usahakan iman sehingga sampai tahap taqwa…wallahua’lam
Ps: Kalau salah tolong jolokkan..hitomi..:)
taraknama said...
mmmm.memang best laa hang hamka...buat org suspen aja....nak mula tang mana haa...aku ada dengaq tape sharil long tuu 2,3 kali tapi nak jelas kat hangpa susah laa tak tau nak mula tangmana....mmm....hanpa pie tanya ustaz laa senag cerita
....taqwa....orang yg tunduk dah patuh arahan ALLAH swt...mmm betoi kaa hamka?
Hamka said...
Tadaknama, betullah apa yg kau kata tu..tapi..(huh, ada tapi lagi tu..)
Takpe nanti aku tulis jawapan dia panjang lebar…dengan bahasa yg mudah di fahami..insyaAllah…-----------
Akhie said
:)
nice topic..
TAQWA
Sebelum hamka bicara hal ini dlm bahasa yg mudah, ana cuma ambil petikan dari Al-Quran terjemahan:
Allah kata: "Alif, Laam, Miim; Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." [Al-Baqarah 1-3]
Perkataan TAWQA: iaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya, dan tidak cukup diertikan dgn takut sahaja.
Perkataan IMAN: iaitu kepercayaan yg teguh yg disertai dgn ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda iman ialah mengerjakan apa yg dikehendaki oleh iman itu.
Dlm hadith: Iman itu bukan pada angan-angan(khayalan), bukan pada pakaian(zahir yg ditunjukan), tetapi iman itu suatu pegangan hati dan dibuktikan oleh amalan(perbuatan)..
Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!
Akhir peringatan, jom tengok apa Allah kata ttg TAQWA:
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"[Ali-Imran 3:102]
wallahu'alam
+ akhie +
Hamka said...
nice Comment (((Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!)))
insyaAllah..
----------------------
JAWAPAN DARI SEORANG YANG BUKAN USTAZ…
(di jawab setelah 6 bulan masa beredar…oh..)
Taqwa adalah gabungan antara TAKUT dan HARAP…bermakna, jika di jawab soalan di atas..
Soalan pertama: JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK SHURGA KECUALI DIA ,ORG ITU PASTI ADALAH… AKU!!!!
Soalan kedua:…DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,MAKA ORG ITU SUDAH PASTI TENTULAH…AKU!!!!
Ulasan: Bermakna, jika korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk shurga, seorang sahaja masuk neraka..itu adalah AKU!!!!, bermakna ketakutan korang dan aku terhadap Allah adalah tinggi sekali!!!
Maka jika begini, korang dan aku telah mencapai tahap TAQWA!!!! (insyaAllah)
Dan..Sekiranya juga apabila korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk Neraka, seorang sahaja masuk shurga..itu adalah AKU!!!!, bermakna harapan korang dan aku pada Allah adalah tinggi sekali dan inilah TAQWA!!!! (insyaAllah)
Nah, sekarang, mampukah kita jawab solan itu dengan jawapan “AKU”?!!!!!
(sila jawab dengan ikhlas…)
Untuk makluman, aku tak reka atau pandai pandai create statement ini, Saidina Umar R.A yang keluarkan kenyataan ini.. aku copy/paste sahaja…
Yang pasti saidina Umar al khatab RA telah mencapai tahap taqwa yang sebenarnya iaitu ketakutan dan harapan kepda Allah berada pada tahap TEPU…
Beliau yang memberitahu iaitu jika semua orang dalam dunia ini masuk shurga, dan seorang sahaja yang masuk neraka, akulah orangnya, kerana banyakkanya dosa ku…
Dan sekiranya semua orang dalam dunia ini masuk neraka, dan seorang sahaja yang masuk shurga, akulah orangnya, kerana aku berharap pada Allah!!!!
Tapi aku, yang hina dan dina ini, kadang kadang takut Allah, kadang kadang Harap Allah, dan banyak kali lupa Allah..!!!!!oh..
Aku belum bertaqwa lagi…isk..isk..isk…
Muhammad Hamka belum mencapai darjat taqwa lagi, ..isk..isk…
Satu cerita:
Satu hari seorang anak kepada sahabat nabi SAW di colek penjahat…, Nabi meemrintahkan agar si ayah kepada si anak yang di colek ini, supaya bertaqwa, bersabar, dan bertawakkal…
Di pendekkan cerita, si anak dpt lari dan bawa pulang beratus ratus kambing… Bila di tanya pada sahabat ini, apa yang di buat?
Dia berkata aku bertaqwa,bersabar dan bertawakkal..
Apa itu taqwa? Jawab sahabat ini lebih kurang maksud.. mengekang diri dari melakukan dosa, hatta dosa yang paling kecil pun…
Jadi korang semua dan aku sendiri, bila berlaku musibbah, apa kita buat?
Bersabar..boleh.
Bertawakkal..juga boleh..
Tapi bertaqwa? Boleh?
Bolehkan kita menahan diri dari dari berbuat dosa, terutamanya ketika bersunyi diri? Bolehkah? Tepuk dada Tanya iman….isk..isk…
Aku pernah rujuk seorang ustaz, tentang apa itu TAQWA…
Katanya: Taqwa adalah takut pada Allah, jika di rujuk pada ayat al-quran, hampir setiap perintah Allah, di sertai dengan perkataan Taqwa, bermakna jika kamu telah buat amalan yang paling hebat sekali dalam ugama, tapi kamu masih takut kepada Allah..
Takut Allah tolak amalan kamu kerana dosa dosa kamu yg lalu….
Aku menyampuk: oh, patutlah lepas solatpun kita kena istighfar ye ustaz, takut Allah tak terima kerana banyak salah sini sana dan takut dengan dosa dosa yang lepas..isk..isk..
Ustaz tu kata: bagus kamu ni..
OH! Aku di puji, dan korang selalu puji aku, setiap entry aku di puji, bini aku cakap aku suami mithali, mak aku cakap aku anak yang soleh, bekas awek cakap aku makin hensem, bos aku cakap aku pekerja contoh, dan korang cakap aku pandai berdakwah melalui blog… maka aku yang nak belajar taqwa ini harus/mesti/wajib tanamkan dalam diri perasan takut pada Allah kerana di puji makhluk!!!!!
“YA ALLAH JANGANLAH AZAB AKU KERANA RAMAINYA ORANG YANG PUJI AKU, KERANA HAKIKATNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI BAHAWA BATAPA BANYAKKNYA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN, AMPUNKANLAH AKU, KERANA HANYA ENGKAU YANG DAPAT MENGAMPUNKAN AKU,
SEKIRANYA ENGKAU MENGAZAB AKU, AKU HANYALAH HAMBAMU, DAN HAMBAMU INI MENGETAHUI BAHAWA ENGKAU DALAH MAHA BIJKASANA, MAKA AMPUNKANLAH AKU, !!!!
(hujan pun turun untuk menambahkan suasana kesedihan hati ini..oh)
Akhir kata:…
Orang yg bertaqwa adalah org yg lupa pada amalnya…
(rasa macam tak buat apa apapun, semuanya dengan izin Allah)
Orang yg bertaqwa adalah org yg tak pernah lupa pada dosanya… (terus takut bila terkenang dosanya walaupun yang dah lama…)
Dan para Nabi alahisalam adalah contoh sebaik baik taqwa kerana walaupun tiada dosa, masih takut kepada Allah!!!!!
--------------
Taqwa juga boleh di tafsirkan dengan lebih panjang lebar lagi, :
Dari 4 hufur yang membentuknya, :
iaitu TA, QAF, WAU, YA…
TA untuk Tawadduk
(merendah diri)
QAF untuk Qonaah
( cukup dgn apa yg ada)
WAU untuk Warak
(mengekang diri dari berbuat dosa)
YA untukYakin
(Tidak mengsyirikkan Allah)
Jadi sampai sini sahaja, aku pun tak pandai sangat… boleh rujuk ustaz lagi untuk detail explaination, so, korang dah ada KEINGINAN, kena buat PENGORBANAN, barulah HIDAYAT akan datang..insyaAllah!!!!
Mengakhiri post ini…terimalah sebuah lagu yg aku ciplak dari Raihan dan edit sana sini..ha ha ha!
c/o
Hidayat tak dapat diwarisi…
Dari seorang blogger yang ber-‘taqwa’
(ha ha ha, hope be and must be!!)
Ia tak dapat di ‘copy-paste’
Ia tiada dalam internet…
Walau apapun caranya jua
Engkau meng-up date blog hari2
Engkau meng-up date berjuta kali
Namun tak dapat jua dimiliki Jika tidak ada KEINGINAN…
Jika tidak ada PENGORBANAN…
(suara latar: walaupun korang takde keinginan dan pengorbanan untuk jadi mayat..korang tetap menjadi mayat-harap maklum!)
Ps: biasa wanita cakap nak cari suami yg beriman, tapi aku tak dengar lagilah wanita yg cakap nak cari suami yg bertaqwa, kenapa ekk?…oh! akhir kata, jadilah mayat orang yang bertaqwa!!!!