Sep 27, 2013

Ulasan Buku Kamar Sutera?

(Salam bro, buku Kamar Sutera tu sambungan daripada Buku Permata yang hilang kini dijumpai ke?)

Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai sequel kepada “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada mengisi ‘plot hole’ dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti kisah pahit manis si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini dalam PYHKDJ terus bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke mana perginya babak malam pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan dalam menyesuaikan antara dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka rumah tangga di awal perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?

Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah ‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan hitam putih kehidupan.

Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu, tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini, seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik mengenai kehidupan berlaki bini,

Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri datangnya dari najis ulat. Adohai..

Akhir kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” untuk memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar Sutera di tulis dengan tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan dari kisah benar yang telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.

(juga agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)

Semoga kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada semua laki bini dan semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak banyak, satu muka surat pun jadilah, isk)


3 Page dipetik dari Buku ini:

Sep 23, 2013

Panggil saya HAJI...?

(Kepada insan yang bernama Khairi, janganlah perasan di salahkan, sebab bukan anda seorang sahaja bernama Khairi)

Kepada orang kapir, tentu korang pernah berurusan dengan orang islam yang bermuka bosan jika tidak panggil mereka dengan title Haji..

Contoh:

Orang kapir: My name is Earl, this is my card

Orang islam yang riak: Oh, thanks. Here is my card.

Orang kapir: Ok now, Mr Khairi, what product of your company…,

Orang islam yang riak: ….. (Silence with bad face)

Orang kapir: Ops, sorry, why suddenly your face look so bored?

Orang islam yang riak: Call me, Haji!.., Haji Khairi..,

Orang kapir: WTF??

Nota untukMualaf:

Dalam islam tidak ada hukum yang mewajibkan untuk orang yang baru balik Haji dengan panggilan Haji (lelaki) atau Hajjah (perempuan)

Buktinya, Nabi dan sahabat tak pernah dalam sejarah suruh orang lain hormat mereka dengan panggilan Haji dihadapan nama yang menandakan saya telah lengkap rukun islam yang ke lima, takdepun, ini mungkin hanya berlaku di Malaysia.., tak tahulah kot ada Negara lain yang lebih kemaruk letak semua rukun depan nama, contoh:  Nama saya Khari, tapi sebab saya dah pergi haji, maka mulai hari ini, panggil saya: Syahadat-solat-ramadhan -zakat –Al-Haji-Khairi…

Apa ke jadah? Riak nak mampos?!

Kalaulah ada orang islam yang sanggup letak semua rukun islam depan nama mereka, memang sah macam gampang, letak Haji Khairi sahaja pun dah riak sebenarnya.., Adohai..

So, tak berdosa langsung orang tak panggil kita 'Haji', atau kita biarkan orang lain tak panggil kita 'Haji',

Tapi, mereka yang kita tidak guna nama 'Haji' dalam perbualan dengan mereka, terus wajah mereka bertukar menjadi  bosan nak mampos dengan mata tersembul tak puas hati.., maka panggilah mereka Haji dengan niat ikram (respect)..

Tak salah kita respect mereka dengan panggilan “Haji”sebab jika dibiarkan mereka bermuka bosan, maka akan mencermar imej islam yang mana sepatutnya orang balik Haji berwajah ceria kerana berjaya menunaikan rukun islam dengan sempurna, tapi oleh kerana kita tak panggil mereka dengan gelaran haji, terus mereka berubah wajah bosan.., maka ‘layak’lah mereka di panggil Haji sampai mati..

Sebab tu aku panggil jugak kawan sebaya aku yang balik Haji (bukan semua) dengan panggilan 'Haji' sebab mukanya yang bertukar macam sial bila tak di pangggil haji, maka ‘layak’lah mereka di panggil Haji sampai mati.., ingat tu kawan kawan!!

Sama jugak, kawan sebaya aku yang dah balik sambung Phd, ada yang aku panggil dengan nama macam dalam IC dan mereka tak kisah pun, tapi yang bermuka bosan bila tak di panggil “Dr”, maka aku akan ingat muka bosan beliau, dan bercakap dengannya akan guna panggilan Dr sebagai tanda hormat.

Ketahuilah, mereka yang berlagak dengan mana mana title juga‘layak’ untuk mendapat kehormatan..

Nasihat aku, lepas ni jangan berlagak kurang ajar pulak dengan mereka yang mahu berlagak di panggil haji, biarkan mereka.., jangan buat mereka bermuka bosan bila tak di panggil haji, ‘rosak imej islam nanti’, he he.., Panggilah mereka dengan Haji atau Hajjah sampai mati jika itu yang mereka nak..

Cuma nasihat aku lagi, kita tak payahlah jadi macam mereka, balik Haji orang tak panggil kita Hajipun, tak payah nak buat muka macam ayam berak kapor, sebab mereka yang demanding orang respect dan bermuka bosan tak di respect,  adalah tindakan bodoh dan tak matang.. Adohai..

Tapi aku tetap panggil mereka yang aku baru kenal dan sudah tua sebagai Haji dengan niat ikram, (jika mereka tak pergi haji lagi, anggaplah itu doa), tak salah jika kita panggil mereka dengan gelaran haji sebab mereka tak demandpun, yang salah bila demand dan bermuka bosan bila tak dipenuhi demand, adohai..

Begitulah serba sedikit isu yang remeh temeh berkenaan adab dan adat dalam dunia melayu islam.

Sila take note wahai mualaf sekalian.. Akhir kata, entry ini di tulis oleh:

Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah, atau nama singkatannya:

H.A.M.K.A.

Woha!

Ps: Panggil saya Haji Khairi?! KAH KAH KAH!!!

Sep 13, 2013

Bagaimana nak Beli Buku Hamka Keretamayat?

(Isi Borang dibawah, tak faham boleh tanya di ruangan komen atau email atau FB, terima kasih)


Semusim di Syurga

Permata yang Hilang Kini Dijumpai


Kamar Sutera



Ps: Penting! sekiranya selepas 7 hari anda belum menerima surat tuntutan dari Pos Laju, sila email aku untuk mendapatkan No Pos sebagai rujukan untuk jejak buku anda, kerana selepas 14 hari, pihak Pos laju akan pulangkan buku anda dan kos pos akan ditambah untuk penghantaran semula.


Ps: Atau, Selepas 10 hari, jika masih belum terima buku, sila membuat aduan di ruangan komen di bawah, pastikan ada email untuk aku hubungi. Terima kasih kerana membeli belah di halaman Keretamayat.

Sep 8, 2013

Derma kepada kafir?

(Kisah pemandu keretamayat dan peminta sedekah bukan islam..)

Sedang aku bermimpi di tengah hari, tiba tiba si anak datang kejut bagitahu ada orang datang..

Dalam kegagalan mengingat mimpi tadi, kain pelikat aku kemaskan, dan pergi ke halaman rumah.

Di luar pagar, terlihat seorang pemuda berbangsa cina sedang tersenyum bersama beberapa dokumen ditangan.

“Yes?”

Tanya aku kehairanan, lalu pemuda itu dengan pantas bagitahu bahawa beliau datang dari pulau pinang, datang mintak derma untuk anak yatim cina di pulau pinang, nama pusat kebajikan anak yatim cina itu aku lupa, ada ala ala Fong-Sai-Yok dan Wong-Fei-Hung gitu..

Apa Lim-Guan-Eng tak bantu ke anak yatim di pulau pinang? Bisik hati aku, apa kejadah mamat cina ni datang mintak derma sampai ke pantai timur? Hari tu dengar cerita DAP bagi duit kat hafiz melayu, siap menangis ustaz PAS terharu dengan keihlasan DAP, so sepatutnya DAP dah lama tolong anak yatim cina? 

Arghh, tak baik aku politikkan anak yatim cina dalam situasi baru bangun tidur sebegini.

“dik.., Zakat Pulau pinang tak bagi bantuan ke?”

Tanya aku dengan ikhlas, sebab aku dengar wang zakat di Malaysia masih berjuta juta tak di agihkan sehingga ada forum bincang untuk laburkan duit zakat yang banyak baki itu, tak kurang juga cadangan untuk agih pada orang bukan islam dengan niat dakwah, sebab dah bagi kepada semua asnaf katanya.

“Zakar?”

Oh! Nampaknya pemuda ni tak tahu tentang zakat, beliau mengaku belum pernah mendengar perkataan zakat, sehingga setarafkan zakat dengan zakar. Aku tak tahu sama ada beliau berbohong atau memang fail pendidikan islam masa SPM dulu...

Lalu aku tanya dia, agama apa? Budha, Ok, dalam agama awak ada kewajiban berzakat tak? Tak de? tak tak tak! bukan berkhatan potong kulit zakar tu, Zakat adalah rukun islam yang ke empat dimana kami semua orang islam dah bagi sebahagian wang pendapatan kami yang dinamakan wang zakat kepada pemerintah macam cukai, yang mana wang itu untuk bantu orang islam yang miskin, patut agama awak juga praktis benda macam ni, jadi tak payahlan orang islam atau orang budha macam awak pergi mintak derma rumah ke rumah atau dekat stesen minyak, sebab dah ada pusat zakat. Awak ada pen dan kertas?

Sebaik pemuda itu hulurkan kertas dan pen, aku tulis: “google: Zakat dan islam”

Pemuda tu tengok kertas yang aku tulis tadi, dan sempat aku pesan agar jangan tersalah type zakar pulak, beliau senyum dan mintak diri sebab dari jauh ada rakannya (juga berbangsa cina) yang telah buat isyarat beredar sebab dah lama sangat aku berborak. Akupun suka juga beliau pergi sebab aku rasa terganggu bila ada orang datang mintak derma terutama waktu aku sedang tidur. Adohai..

“Siapa cina tu bang?”

Tanya bini aku sambil mengemaskan kain batik, baru bangun tidur jugak rupanya, ada lagi 10 minit sebelum masuk zohor.

Selepas aku laporkan kejadian tadi kepada bini, tiba tiba timbul rasa menyesal di hati aku kerana lupa nak dakwah pemuda cina tadi kepada islam, sepatutnya aku cerita kepada beliau sedikit asas tauhid, dan timbulkan keraguan munasabah kepada agama nenek moyangnya, dan masukkan cerita ketuhanan yang make sense.., aku patut seru dia kepada islam sebelum beliau melangkah pergi..Oh!

Aku ini sudahlah tidak pergi berdakwah ke rumah orang bukan islam macam Nabi Muhammad SAW, sekali ada cina datang rumah aku, lupa pulak untuk aku ambik kesempatan dakwah beliau kepada islam, sudah tentu hatinya yang baik untuk bantu anak yatim, akan memudahkan beliau mendengar dan berfikir tentang kebesaran Allah. Arghh, Salahkan tidur siang yang buat akal aku pendek tadi, hu.. hu..

Aku azam, selepas ini, jika ada orang bukan islam datang lagi mintak derma depan pintu rumah, aku akan suruh bini buat air, dan ajak beliau masuk minum, dan akan ambik kesempatan ini untuk dakwah beliau kepada islam.(sambil menderma seringgit dua, adohai)

InsyaAllah.

Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku kerana tidak berdakwah kepada pemuda cina yang datang ‘menyerah diri’ tadi.. oh..

Sep 5, 2013

Minyak naik lagi? lalu...

(Ketika minyak naik 20 sen, jangan lupa pada air yang naik kepala.., adohai)

Aku bila tengok orang lelaki bercakap bab politik, aku nampak sama ada mereka terlalu bijak atau terlalu bodoh, tapi ramai yang aku jumpa jatuh dalam katogori nombor dua, iaitu terlalu bodoh(sebab bercakap dengan sentiment tanpa fakta).

Dan bila orang lelaki yang belajar tinggi tinggi pun nampak bodoh bila bercakap bab politik, apatah lagi orang perempuan.. Adohai..

Sebab tulah aku tak kekal lama waktu bercinta dengan perempuan yang minat bercakap bab politik. (baca: muslimah Kancil-rujuk Novel Permata yang hilangkini dijumpai: sempat promote tu-woha!)

Pendekkan cerita, Semalam, waktu terbaring di dalam bilik, bini bagitahu harga minyak naik 20 sen..

“Oh, ye ke?”

Tanya aku lalu terus bukak FB nak tengok apa reaksi masyarakat tentang kenaikan harga minyak, lalu terlihatlah aksi ramai perempuan bodoh update status FB dengan mengkritik serta bagi pendapat tentang politik yang di kaitkan dengan ekonomi- mereka kelihatan sungguh bodoh, sekor pun aku tak like sama ada yang puji atau kutuk.

Apa yang aku perhatikan, Ramai perempuan yang mengamuk dalam FB dengan anggap kenaikan harga minyak 20 sen adalah bala dari kejaaan, Okey, akupun tak setuju minyak naik, tapi nak mengamok sila guna fakta, bukan auta dan sentiment, boleh tak?

Dan bercerita tentang ‘bala’, teringat kisah di Zaman Nabi Muhammad SAW yang mana ada bini sahabat yang layan laki dengan sangat baik pada hari di timpa musibah (anaknya mati, lepas bersetubuh baru bagitahu pada laki tentang musibah supaya Laki tak susah hati- Laki baru balik berjihad, dan air sudah naik kepala kot), dan Nabi puji bini yang tidak terkesan dengan suasana dalam melayan Laki masing masing terutama bila laki baru balik dari jauh dan mungkin air dah naik kepala. Jadi kepada perempuan perempuan yang mengamok dalam FB tentang kenaikan harga minyak, dah layan ke belum laki korang masing masing macam kisah bini sahabat? Arghh, malas nak membebel.. sign out FB.

Lepas dah keluar FB, aku pun bertanya kepada bini:

“Ada apa apa lagi yang awak rasa nak bagitahu selepas minyak naik 20 sen?”

Jawab bini sambil tersenyum:

“Awak nak mandi dulu atau saya mandi dulu”

“Sweet”

Ps: ini agak deep. Ibu-ibu sekalian, sila take note.

Aug 30, 2013

Mesir? Satu pandangan...

(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat peribadi)

Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua perasan sibuk.

Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan, malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat rusuhan melanda.

Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:

“Syiah atau Sunni?”

“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”

“Hamas atau fatah?”

“Wahabi atau salafi?”

“PAS atau UMNO?”

Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..

Persoalannya:

Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?

Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?

Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."

Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam sesuatu urusan (rujuk al quran)

Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?

Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani mati.. huhuhu..

Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..

Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam, mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..

Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’ keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri, atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan korang, adohai..

Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!

Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas, islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah /PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/ Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir)  adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!

Asrtarfirullah hal azim..

Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..

Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia) atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang diutuskan..

Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir risau atas ummat?

Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah Nabi mengalirkan air mata..

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.

Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..

Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?

Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?

Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu tinggak sunnah berdakwah cara  Rasul Rasul yang di utuskan.., isk!

Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)

Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…

Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma, dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..

Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi, maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..

Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah lembut..,

Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah, berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada yang merusuh, Adohai...

Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka kafir, adohai..,

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut (hikmah)pada firaun…

Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir,

Hah! Kan dah jadi kafir!

Eh? Aku pulak kafirkan orang? (tepuk dahi)


Naduzubillah, tutup entry dengan tasbih kafarah. 

Ps: Aku ajak korang berdakwah cara Nabi, tak payahlah nak melenting sangat, adohai...

Aug 17, 2013

Jangan kahwin dengan orang jauh?

(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa sekejap, caya jangan tak cayer!)

Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih realistik:

“Jangan kahwin dengan orang jauh”

Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak kah merbahaya?

Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh  aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. " 

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..

Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.

Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati, sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.

Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di sini)

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan, juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.

“Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan orang jauh?”
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:

“Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!”

Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...

Akhir kata:

Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?, semua takdir Allah..

Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.

Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi aku rasa sekejap sangat.

Sebab?

Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...

Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:

“Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan”

So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang terasa dekat, tahniah aku ucapkan.

Kagum dari jauh!

Woha!

Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih, Sebenarnya jalan keindahan.."


PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini korang sampai hujung nyawa,  Adohai..