Jun 29, 2012

Murtad hukumnya bunuh?


(MCA yang tidak setuju hudud bergabung dengan UMNO, dan DAP yang tidak setuju Negara Islam bergabung dengan PAS, Hmmmm.)


Copy paste: Soalan Email pembaca

Semasa di sekolah ugama dulu saya belajar tentang umat zaman dahulu. Saya belajar bagaimana umat zaman dahulu diseksa kerana kepercayaan mereka pada agama yang mereka anuti. Sebagai contoh kisah Asiah bini si Firaun yang dibunuh kerana kepercayaannya. Kita sedih dengar cerita beliau diikat tangan dan kaki dan disalai bawah mentari sehingga mati. Kita mengutuk kekejaman Firaun kerana menyeksa orang yang enggan menyembah tuhan saya sama dengannya

Kemudian kita dengar cerita Ashabul Ukhdud dimana umat zaman dahulu juga diburu dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan pilihan mereka. Ada yang dicampak kedalam parit berapi hidup-hidup kerana percayakan Allah. Ada yang digergagi dari kepala ke pusat hingga terbelah dua macam banana split. Sekali lagi kita mengutuk Raja Zu Nuwas kerana sifat ketidak berperi kemanusiannya.

Kita sedih membaca cerita Mashitaah,si penyikat rambut anak Firaun. Bayi yang dikendongnya bercakap pada ibunya supaya terjun kedalam periuk api tanpa ragu-ragu kerana syurga sudah dijanjikan kepada mereka. Hasilnya makan mereka berbau wangi semerbak sehingga nabi sendiri kagum dengan bauan itu ketika malam Israk Mikraj.

Kita menangisi Sumayyah binti Khayyath, penganut Islam pertama dibunuh musrikin Mekah kerana kepercayaannya kepada ajaran Nabi. Kita mengutuk Abu Jahal and co kerana menyekasa Bilal bin Rabbah dengan himpitan batu besar pada dadanya.

Ada banyak lagi kisah umat zaman dahulu diuji dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada tuhan yang satu, pada agama yang dianuti dan pada ajaran nabi yang diutus.

Dalam kesemua kisah yang aku pelajari ini TIDAK ADA SATU kes pun mereka yang percaya pada tuhan baru pilihan mereka BERUBAH agama. Semua kekal pada kepercayaan dimana tuhan yang mereka pilih itu benar. Tidak ada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa atau Raja yang mempu mengubah kepercayaan mereka. The threat of violence will only reinforce their faith to their chosen god. All of the prosecuted "Muslim" end up dying with their faith intact.

Pemahaman aku dari cerita-cerita diatas ialah;

1. Sungguh kejam mereka yang menyeksa
2. Sungguh jahat dan terkutuk mereka yang menyeksa. Mereka semua dilaknat tuhan
3. Sungguh kuat iman umat terdahulu sehingga sanggup mati kerana agama
4. Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS

Ini yang aku fahami. Aku tak pasti apa yang korang fahami kerana kepala hotak MASONIK aku memang lain sikit pemikirannya. 

Disinilah aku nak tanya soalan cepu emas hari ini;

Jika umat Islam Melayu Malaysia dari kecil diindorkinasikan dengan cerita sebegini, mengapa begitu mudah sekali mereka menyebut "BUNUH SAHAJA MEREKA YANG MURTAD INI! BUNUH MEREKA!" bila timbul isu Melayu yang murtad?

Kenapa begitu mudah menjadi Judge Dredd mahu mencabut nyawa seorang manusia hanya kerana mereka sudah percaya pada tuhan yang lain? Kenapa tanpa berfikir panjang hilang rasa kasihan belas pada manusia lain bila mereka mahu menyembah Yesus, Buddha, Shiva dan sebagainya?

From the stories of early ISLAM we know that prosecution only make the faith become stronger. So what make some Meleis believe that by threatening "BUNUH SEMUA MURTADS!" will help Islam in the long run?

For a religion that suffered prosecution themselves, one would think Muslims would show more empathy towards people of DIFFERING RELIGIOUS VIEWS. I often hear my MELEIS friend say this;
"Yahudi buat kepada orang Palestin apa yang dibuat oleh HITLER terhadap mereka. Sungguh bangang orang Yahudi ini. Mereka tak belajar apa-apakah dari Holocaust?"

So I am asking the same question today;

Have we learned anything from the story of "Muslims" prosecution under King Nu Was, Pontius Pilate, Abu Jahal and the Pharaoh? Why are we so quick to follow the footsteps of these evil people when handling the issue of people converting to other religion?

This I find his very-very puzzling. Please answer the question.

************

Jawapan Hamka keretamayat.

Ada orang copy/paste soalan dari sorang blogger lain dan email aku minta jawapan..., aku mungkin tak menjawab soalan sebab aku bukan pakar ugama, cuma aku nak nyatakan pendalat aku, 

Ringkas pendapat aku, sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadith dengan fatwa baru, “orang murtad tak payah bunuh”dengan hujah kononnya  ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..

Pada pamahaman aku, bila orang murtad, Allah tak mahu orang tu hidup, of course Allah can kill them directly by cardiac arrest, but.. tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh, arghh, tak payah aku letak dalil kat sini, boleh rujuk penerangan oleh ustaz lain, klik sini.

Harapan aku, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak payah bunuh” sebab aku takut benda ni jadi sama macam kes, boleh guna nama Allah oleh orang kapir, atau isu orang kapir boleh tafsir Al quran, atau isu orang kapir boleh masuk masjid tak tutup aurat, dan banyak lagi isu politik sebelum ini yang buat ugama islam jadi haru biru..

Bila ugama di politikkan, dan bila ada fatwa ustaz ulamak yang menguntungkan orang kapir, maka orang kapir selamba guna nama Allah, dengan menulis, Allah bapa kepada jesus, atau orang kapir yang berceramah kutuk orang islam lain dengan tafsir ayat Al quran dan macam macam lagi, memang hampeh!..
Bayangkan jika ada ustaz keluar fatwa baru konon dengan pemahaman baru si ustaz tadi, hukum bunuh dah tak releven untuk orang murtad, kita kena open mind, bla bla bla..

Maka aku percaya, dengan fatwa ini, orang kapir akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh.., tapi aku nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi ugama, mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu akibatnya, mampus kena bunuh...

Jadi kepada penanya soalan di atas, andai hukum murtad dilepaskan begitu sahaja, aku rasa dah lama ugama islam akan terkubur dan jadi alat mainan poliktik sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa risiko, tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hukum ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada ‘sempadan’, tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada dalam islam, aku rasa dah lama DAP atau MCA akan pura pura masuk islam, dan, arghh, korang pikirlah sendiri..,

Akhir kata, islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Copy/paste from Wikipedia:

According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.[23] Part of the books quote can be seen online from this extract from Google Books.[23] This was again shown in the 2005, 50th anniversary edition of Guinness Book of World Records, although the number of conversions was not mentioned this time.[24]

Lagi aku copy dari Wiki Answer.
  • "Islam is the fastest-growing religion in America, a guide and pillar of stability for many of our people..." [HILLARY RODMAN CLINTON, Los Angeles Times,] 
  • Already more than a billion-people strong, Islam is the world's fastest-growing religion. [ABCNEWS, Abcnews.com]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the country." [NEWSDAY,]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the United States..." [NEW YORK TIMES,]
  • Moslems are the world's fastest-growing group..." [USA TODAY, The Population Reference bureau, ]
  • "Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities. " [Encyclopedia Britannica]
  • "There are more Muslims in North America then Jews Now." [Dan Rathers, CBSNEWS]
  • "Islam is the fastest growing religion in North America." [TIMES MAGAZINE]
  • "Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!" [CNN]
  • "The Religion of Islam is growing faster than any other religion in the world." [MIKE WALLACE, 60 MINUTES]
*****

Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi mereka yang nak masuk islam sebab hanya ugama yang benar sahaja sanggup bagi hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu aku ulas lebih lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia), lagipun, pinjam ayat kau, sejarah dah buktikan, Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup hina, korang kan 'TRUE BELIEVERS' -Woha!


Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,  

Ps:  tapi abaikan soalan ini jika kamu tetap menentang zina dan minum arak selepas murtad- woha!

Jun 22, 2012

Ramalan ku salah belaka?


(Salam, terima kasih kerana masih klik pada blog keretamayat, Oleh sebab aku masih perasan sibuk, tapi sempat update blog, maka aku jemput penulis jemputan, lagipun tulisan ini bagus, dan bila bagus, tak perlu aku tulis semula dengan gaya aku, cukup copy paste sahaja, tapi ada sikit aku edit sebab panjang sangat.)



Di tulis oleh: Suhami Ramly

(Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah Dajjal - peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)

Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil yang mereka keluarkan.

Seorang rakan yang saya hormati, seorang ustaz pernah menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006 dan suruh simpan stok makanan untuk setahun.

Sekarang sudah 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura? Ustaz dah tipu saya.

Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun tahu menipu berdosa.

Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan? Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?

Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:
Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam Mahdi?

Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu tersebut? 
Ustaz belajar dari kitab mana?
Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji kesahihannya?
Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?
Ustaz dah taubat ke belum?
Kalau belum cepat sikit ya.

Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal. Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai Sai Baba ini.


Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di cover buku ini).

Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.

Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal, mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok je? Bukankah Dajjal buta sebelah?

BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai Baba.
Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib. Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?
Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama. Laknatlah kamu semua.

Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka. Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”

Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus dengan agama.

Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini. Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.

Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara penipuan lain:

1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.
Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2 dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.

Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:

Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.

Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah akhi. mohon kebenaran untuk share
Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK

Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat aku. Korang seme memang bodoh.

2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.

Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger mengandungi Babi.

Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.

Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.

Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan Islam sekalipun).

Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam produk mereka.

3. Dunia akan kiamat 2012.

Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.

Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak tulis satu persatu memang tak habis.
Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam. Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama. Kemudian disebarkan melalui usrah2 dan ceramah2. Kemudian sampai kepada masyarakat umum.

Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.
Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.
Patutlah tak maju-maju.

Sekian..
*****

Hamka said: Pesan tok guru aku, dalam bab ugama, jangan cerita tentang ramalan, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

May 31, 2012

Entry Terakhir Keretamayat?

(Maddox said: "You're not doing me a favor by buying this stuff. I'm doing you a favor by selling it"- Woha!)
  • Salam kepada semua pembaca yang budiman, aku nak cuti.
  • Mungkin dua atau tiga minggu atau lebih...
  • Jangan di tanya ke mana aku pergi..
  • Jika rindu, boleh baca buku Permata yang Hilang kini dijumpai karangan aku...
  • Jika dah beli tapi buku belum sampai, jangan bimbang, Email dan FB akan dilayan oleh penerbit...
  • Tak lupa juga, aku tinggalkan seratus buku bertanda tangan. : )
  • Nota ugama dalam blog ini adalah untuk aku dan keluarga, jika nak membaca sila berlapang dada..
  • Minta maaf kerana nota ini tak sempurna, jika ada yang terasa-padan muka.
  • Keretamayat isu sehala jalannya, buat yang terbaik sebelum tumpang.
  • Kerisuan sebenar bukan untuk dunia..
  • Semua harta akan menjadi tanah.
  • Semua orang akan menjadi mayat.
  • Anda tidak dapat mengubahnya.
  • Sekiranya beginilah cara Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkan ringannya penderitaan ini..
  • Sekian..


Klik sebelah kanan blog ini jika mahu beli buku, harga RM 29 dan kos hantar adalah RM 6.

Terima kasih kepada semua..

Ps: Jumpa lagi dikerusi belakang keretamayat jika pendek umur.. woha!

******

 MAHU BELI BUKU SECARA TERUS DI TERENGGANU?

Hubungi wakil tauke permata yang dijumpai:

Besut: 019-9610619 (En Nasir)

Kuala Terengganu: 013-9381545 (Puan Ruhana)

Dungun: 019-9777110 (Shamsuddin)

May 26, 2012

KFC itu haram?

(kronologi pengharaman KFC oleh seorang “Ustaz Anonymous” yang malu nak bagi tahu nama pilihan mak bapak,)

Suatu hari, oleh kerana aku bosan baca komen-komen yang tak meningkatkan imam bab perhipunan bersih 3.0 di blog aku, maka aku sajer sakat pengomen dengan update hal yang tak berkaitan:

*****
Hamka Said:
Semalam beli dinner plate 2 set, dapat promosi 50%, 6 ketul ayam berperisa original, cukup kami enam beranak makan, tapi tak cukup jugak, bini aku order pulak X meal.

Sekian terima kasih.

ps: awal bulan macam ni, KFC lengang sahaja.., : )

******
Terus pengomen yang sedang bicang isu polis jahat atau perusuh jahat jawab komen aku:

******
Anonymous said...

as salam..

Sheikh Yusof al Qardhawi dan Ulama al azhar dah keluar fatwa KFC(dan SEMUA product ZIONIST) adalah HARAM dibeli oleh Umat Islam (sbb membantu ekonomi Zionist) pon ada org yg so called muslim pergi beli jugak ..???

Sesungguhnya Ulama' (Ulama' yg berfikrah Sunnah Wal Jamaah) adalah PEWARIS NABI...

Hamka..??any reasonable explaination??

******
Anonymous berkata lagi:

“KFC,Pizza HUT and McD adalah syarikat besar rangkaian yahudi Zionist yg sebhagian besar keuntungan dr perniagaan ni memberi dana yg banyak kpd Zionist Israel utk membeli peluru dan senjata menembak saudara seIslam kt di Palestin termasuk kanak kanak dan bayi Islam...

MAKA... telah difatwakan oleh Ulama'2 besar dunia termasuk Sheikh Dr Yusof Al Qardhawi dan semua Ulama' Al Azhar bahawa membeli brgn dan produk yahudi Zionist dan Amerika adalah HARAM.

Sila rujuk website yg ada dinyatakan produk2 Zionist yg WAJIB diboikot..Memboikot brg2 Zionist adalah salah st bentuk JIHAD iaitulah JIHAD EKONOMI.

Kalau Jihad fisabilillah kt tak mampu buat, takkan jihad ekonomi pun tak dapat...

Semoga usaha kt yg kecil ini dapat membantu rakyat Palestin...dan dpt meraih CINTA dan KASIH SAYANG ALLAH SWT insyallahh..

******

Lepas tu ada orang tolong jawab untuk aku:

******

Ridwan mohd yunos said:

hahaha.. KFC haram haha.... wa gi mekah jumpa gaks KFC kat mekah bro.. atas bukit lagi.. betul2 berjiran ngan makkah mukarramah.... tanah haram tu...... bak kata pengomen.. ada plak key ep si haram..... hahaha..

mase tu wa tak belasah la key ep si.. sebab wa keyang blasah air zam zam ala kazam..

******
Anonymous yang sentimen pula said...

KFC mmg ada di Mekah, Starbucks pun ada di Madinah..

Persoalannya siapakah pemerintah Mekah dan Madinah sekarang? Mereka yg berkuasa sekarang adalah drpd keturunan Saud yg telah dilantik dan diberi kuasa oleh British dan SEkutunya(Amerika n Yahudi off course..) jadi..Pemerintah Mekah sekarang adalah proAmerika. Ulama2 mereka(ahlussunnah) pun tak setuju dgn pembangunan pesat yg berlaku di Mekah sekarang krn dikhuatiri menghapuskan tinggalan sejarah dan sirah Rasulullah saw yg sememangnya menjadi agenda puak Thagut ini...Jadi, apa2 keputusan pemerintah mekah utk membawa masuk KFC di Mekah tidak boleh dijadikan alasan utk menolak fatwa yg dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Ulama' Sedunia Dr Yusof Al Qardhawi yg mengatakan product Zionist haram.

Jika ada yg masih mempertikaikan fatwa ini, sy tak boleh buat apa2 dan tak boleh paksa anda,terpulang pendapat masing2.. Muhasabah diri masing2..

******
Dah puas Anonymous yang sentimen serang Ridwan mohd yunos, sekarang  Anonymous serang aku pula
Anonymous  said...

******
to hamka.kami pun nak tahu apa nasihat awak pd org yg boikot produk yahudi ni..org tu dah bagi hujah dia mll fatwa Pengerusi Ulama' sedunia Dr Yusof Al Qardhawi..Skrg kami nak tau pulak apa hujah awak yg mgkn tak bersetuju dgn Dr Qardhawi..

Al Ulama' warasatul anbiya'.
Ulama' adalah pewaris nabi.

*********

Oleh sebab aku tak layan komen anynomuos, maka Ridhwan bin mohd yunus pula berhujah:

******
Ridhwan bin mohd yunus

perbandingan kfc di mekah tu bukan bertujuan dalil (pengalaman jek), tapi kalau tuan sangkakan dan nak cakap dalil ok jugaks la.. tetapi bagai mana logo halal kfc yang diberi oleh JAKIM dari kerajaan malaysia.. ???adakah kerajaan malaysia sesat..??? kenapa JAKIM SESAT adakah Pemerintahan JAKIM sekarang ini adalah proAmerika. ataupun Ulama2 JAKIM sudah menjadi agenda puak Thagut ...

ataupun

apa2 keputusan logo Halal JAKIM di KFC menolak pendapat yusof kardawi...

wa tak baca pendapat yusof kardawi berkaitan product zionist haram.. sebab wa tak pernah terpikir nak tolong zionist atau mengeluarkan perkataan yang menyebelahi zionist.. hahaha

akan tetapi jika wa berniaga dengan yahudi wa akan berpegang teguh pada kisah nabi muhammad berjual beli dengan yahudi.. ruj zaharuddin.net ke kitab hadis ke kalau nak tau detailnya..

lagi satu tuan .. tuan bg tau pemerintah saudi sesat..

tuan.. nak hukum orang fasik pun susah lagi la nak cakap orang lain sesat... terer la tuan.. boleh suka suka hukum orang lain sesat.. caya la.. bravo.. doakan saya terlepas daripada azab siksa kubur dan neraka..

kekadang kita nie dah mengambil urusan Allah dengan menghukum perbuatan manusia lain

Imam Al-Nawawi dan Ibn Hajar dalam kitab mereka Syarhul Muslim dan Fathul Bari: “Sesungguhnya manusia tidak letakkan tanggungjawab untuk menilai urusan luar daripada yang zahir (jelas), dan apa jua urusan terlindung itu cukup sekadar urusan Allah dengan hamba-Nya”. (Syarah Sahih Muslim, 7/193; Fath Al-Bari, 9/119).

lagi wa berpegang pada pendapat .. pintu taubat terbuka... ada dosa banyak sekalipun boleh bertaubat dan tidak terkeluar dari agama islam atau murtad..

lagi satu.. setakat fatwa.. pe da hal.. hallahhhhh.. adoi.. susah aku nak terangkan mengenai fatwa nie.. kang aku terangkan a dia ingat b... sebab dalam memahami dan mengeluarkan padangan ada dislin2 ilmu dan ilmu-ilmu asas tertentu untuk di fahami.. ... terpenting ilmu tauhid.. lepas tu ilmu nahu saraf, ilmu balangah, ilmu usul fiq.. adoih.. dah la orang yang berminat pada agama ni sikit..

hah.. aku membebel lebih kang ada orang kata aku sesat plak.. sebab dia guna dalil tak ikut ulamak tak ikut nabi..

ape2 pun wa hargai teguran tu.. kalau tuan mahir, paham dan amal dalam ilmu agama tuan mesti labih baik dari hamka.. hahahah

wa rase macam maleh nak layan.. tapi.. layan je la.. syok melayan.. hahaha

******
Nampak tegang, Aku pun komen:

*****

Hamka said...

eh?, ada yang kata haram makan KFC walaupun ada logo halal sebab ada kena mengena dengan yahudi..
minta tolong yang bertanya tu bagi nama atau alamat email, aku nak jawab IKHLAS!
tolong bagi jika korang ikhlas.

********

Anonymous yang bengang sebab aku tak layan hujah KFC haram mula serang peribadi:

******
Anonymous said...

Aku rase hamka hang tak layak guna nama hamka.hang guna nama lain laa.bush ka..sharon ka..mubarak ka..asad basyar ka..tu lebih layak utk hang drpd guna nama ulamak.

********
Aku tak jawab.

*******

Anonymous yang masih bengang tapi tak bagi email, telah berhujah lagi::

******
Anonymous said...

Khas ditujukn kpd puak2 yg memandang sinis usaha memboikot brgn @ produk yahudi..

Sila rujuk n bc artikel dlm majalah SOLUSI TELAGA BIRU.isu no 5. M/s 22,23(BOIKOT HEDONISME) dn 34,35.(CORAT CORET ANEKDOT ANTI YAHUDI).
Konsultant syariah maj ini ialah USTAZ DR HJ ZAHAZAN MOHAMED.
Ketua editor USTAZ PAHROL M JUOI.

Kalu tak penah bc sy nak hilight bbrp ayat di sini.
Sila bc dgn MATA HATI.

"Dlm apa2 tindakn kt sbg seorang Muslim kt tdk boleh lari drpd kerangka dasar yg mengikat kt,iaitu alQuran dn AsSunnah.justeru,tindakn kt memboikotbarangn produk yahudi dan sekutunya Amerika merupakn suatu yg DITUNTUT OLEH ISLAM.
Imam al bukhari telah meletakkn st subtajuk dlm kitabnya SAHIH AL BUKHARI:Bab berjual beli dgn org2 musyrikindan mereka yg MEMERANGI ISLAM.

IMAMAL NAWAWI ketika mghuraikn persoaln ttg bolehkahberjual beli dgn mereka yg memerangi Islam,telah menyatakan :
"telah sepakat umat islamke atas keharusan utk berurusniaga dgn ahli zimmah(org yg mengikat janji dgn kerajaan islam) dan selain drpd mereka yg terdiri drpd org kafir,selagi mana ia tidak melibatkn brgn yg haram. TETAPI TIDAK HARUS utk seorg islam menjual senjata atau peralatan perang kpd org kafir yg memerangi islam dan TIDAK BOLEH BERTRANSAKSI dgn apa2 yg membantudlm menegakkn agama mereka"
(Al Nawawi-Syarh al -Nawawi ala muslim,jilid 5,hlmn 478.)

"perlu difahami bhw hukum asal berurusniaga dgn org kafir termasuk yg memerangi islam adalah HARUS dgn syarat brgn itu halal di sisi islam.ia menjadi HARAM sekiranya keuntungn dan manfaat drpd transaksi itu digunakn utk memerangi islam samada scr langsg atau tidak.
Justeru, PEMBOIKOTAN BRGN AMERIKA DAN YAHUDI PD HARI INI SANGATLAH BERTEPATAN KERANA MEREKA SANGAT MEMBERI KOMITMEN KEWANGAN KEPADA NEGARA YAHUDI ISRAEL.IA SESUATU YG TIDAK BOLEH DISANGKAL!!"

Ini hanya cebisan petikan dr majalah SOLUSI.edisi 5.nak tahu lanjut sila beli di kedai2 buku.

Kalu korang tak setuju ngn dr qardhawi tak pe lagi. Tp kalau IMAM NAWAWI pun korang tolak..berattt..memang beratt..
Muhasabah diri..lemahnya umat ini nak boikot produk yahudi pun tak mampu.
Ni belum citer bab boikot produk HOLLYWOOD dan produk TEMBAKAU AMERIKA.

******
Ok, tibalah masa untuk aku jawab:

*******

Hamka said...

dah ada yang jawabkan..., terima kasih riduan..
mana si anoynomous punya nama dan email, aku nak jawab bab boikot KFC nih!


Ps: kat kelantan pun ada kfc beb, eh? Bior betol kat Kelantan ada KFC? pemerintahan islam dah lama kat sana... woha! Serambi mekkah tu!

********

Anonymous yang hari hari refresh aku punya blog tunggu jawapan aku nampak kecewa sebab aku hanya minta email.
               
********
Anonymou said...

To hamka saudaraku..

Aku tak kata kfc haram.kfc tu halal dimakan,sbb tu Jakim labelkn sbg halal..Ilah@sebab yg jadi haram sbb keuntungnnya menyumbang kpd dana pembentukan negara haram israel. Ni bukan wording aku tp mll pembacaan mjlh SOLUSI yg konsultn syariahnya u zahazan.

Kalu kamu masih tak terima kebenaran lagi,aku doakn semoga kamu akan dpt memahami situasi ini st hari nanti..insyallah ameen..

Tak perlu aku bg email.
Cukuplah sekadar pencerahan di sini.
Tak de st pun wording aku guna perkataan sendiri.
Semua aku quote dr mjlh SOLUSI.
Kalu kamu masih buta mata hati tak nampak kebenaran. Kamu email jer dgn UST DR HJ ZAHAZAN DAN UST PAHROL.

Kamu kenalkan ustaz2 ni.
Kalu tak kenal banyak2 kan cari majlis ilmu di tv al hijrah,radio IKIM..kamu akan jumpa ustaz2 ni.

******
Ok, sebab anoynomous  tak nak bagi email, terpaksalah aku jawab secara terbuka.

*******

Hamka said...

Aku tak cakap boikot yahudi salah, tapi bab KFC, ada orang tanya ustaz azhar idrus, selamba ustaz cakap, KFC di terengganu memang halal, woha! (aku duduk terengganu)

Bro, aku mintak email kau bukan apa, sebab aku nak jual satu produk islamik, sebab kau sokong produk islamik dan anti yahudi, jadi sila bagi email kau kat aku sebab aku nak jual satu produk 100% buatan orang islam, jangan pandai cakap sahaja, tapi tak amal, orang yang cakap tapi tidak amal boleh masuk neraka,

produk aku ni 100% buatan orang islam, sokonglah orang islam meniaga, harga RM25 sahaja satu bijik, aku minta email sebab nak tengok bukti kau ni cakap serupa bikin ke atau cakap macam orang munafik, jadi aku tunggu kau beli produk aku iaitu buku bab laki bini, 100% buatan islam dan confirm tak de dana akan aku sumbang pada yahudi.., mungkin aku akan berhenti makan KFC sampai bila bila kerana terkesan dengan keikhlasan kau menyokong produk islamik..

Menurut rekod, paling tinggi pembeli beli buku aku adalah 8 bijik sekaligus, jadi aku takde email kau maka kau kena beli 10 biji sebagai tanda sokongan terhadap produk islamik dan membuktikankan memang kau anti yahudi yang hakiki..,dan penyokong prosuk islamik yang sejati, jadi sila Bank in sebanyak RM310 di akauan Maybank 1630 2855 3448.
Jika tak bagi alamat, aku akan sedekahkan buku tu kepada orang miskin, silalah Bank in sebnayk RM310, Itupun jika kau betul sokong produk islamik, jika tak beli, meminjam fahaman kau "sah sokong kapir".

Woha!

Ps: Tak akan bagi email sebab takut nak beli produk islamik, kekeke, Hampeh! Tapi jika beli, tarik balik Hampeh dan aku respek keikhlasan kau memboikoi yahudi- woha!

Ps2: bila Anonymous  marah, akan ada nasihat suruh aku buang nama Hamka sebab nama tu ulamak yang punya, apa punya bangang?!, ni nama mak bapak aku bagi, yang kau tu, guna mana Anonymous tak ke bodoh! Ops, silap, mungkin nama kau mirip nama yahudi, sebab tu kau boikot nama sendiri- Woha!

 Jawapan ustaz Azhar Idrus bab makan KFC



(Ustaz Azhar Idrus dan kelurga sedang makan KFC-woha!)

May 25, 2012

Menderita tetapi Bahagia?


(Kisah Awek kelantan dan Daging Panggang dengan tagline: “orang tamak, selalu rugi” atau “orang tamak selalu haloba,” )


Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaanya kisah penderitaan aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,

Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh, aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat blog sahajalah..

Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’ cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..

Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”

Chewah!!..

Atau pepatah keretamayat...

“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir kisah yang menyayat hati ini..

******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..

Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita namakan sebagai menantu Mak cik Limah.

Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana, kami di hidangkan dengan laksa kelantan...

Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..

Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak, sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk cili boh,

Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya mendapat dua ketul..

Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang, mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!

Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul daging panggang sebagai pembuka selera..

Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam daging mayat zombie?!

Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku, maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie..

Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..

Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan membangkitkan marah pada bapanya..

Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”

Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang, tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!

Woha!

Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya, tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!

Ps2: Merujuk kepada gambar: kehinaan bagimu, tapi kemuliaan bagiku...

May 22, 2012

Apa maksud Syukur?


(Cerita tentang “Ijtimak”, “like” dan “share”..)

Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi aku tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..

Aku nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap: saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu korang simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, korang nampak macam bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana korang sebenarnya kedekut.

Syukur jika merujuk kepada orang  kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya.

Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Itu contoh syukur merujuk kepada orang  kaya, sekarang aku nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah...

Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak  dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..

Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..

Iatulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..

Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 )

Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.

Faham tak?

Jika tak faham, pakcik bagi contoh moden, dalam dunia Facebook, bila kita suka satu artikel, maka kita klik button “like” yang mana ‘like’ di sini bermaksud macam korang berterima kasih kepada penulis tu sebab tulis sesuatu yang bagus, atau dalam anologi syukur, korang ucap “Alhamdulillah” tu kira macam korang “like” dengan nikmat Allah. 

Tapi jika korang setakat ‘like’ sahaja, belum mencapai hakikat syukur, kerana maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain, maka dalam dunia Facebook, korang akan “Share” pula artike tu.., Ha! Bila korang Share, kat sinilah sempurnanya maksud Syukur yang cuba aku sampaikan di atas, iaitu korang bukan setakat ucapa Alhamdulillah, tapi korang akan kongsikan nikmat itu pada insan lain..,

Bermakna, bila Allah dah beri kita nikmat iman, kitapun “like” dan “share” pada jiran serta kawan, sama ada mereka nak “like” atau “share” terpulanglah, kerja kita.“like” dan “share” sampai jadi mayat-

Woha!

***********

Baik, sempena hari baik bulan baik, aku nak “like” dan “share” aktiviti di bawah..

Satu Sunnah besar telah berlaku di saat akhir sebelum wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul, khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para sahabat, ada riwayat 144 ribu..

Dalam khutbah terakhir itu, Nabi pesan supaya hendaklah orang yang ada di sini mendakwahkan ugama kepada orang yang tiada di sini sehingga orang yang tiada di sini lebih faham ugama dari orang yang ada di sini- lebih kurang maksud begitulah pesan terakhir Nabi.

Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan ugama, dari arab sampai ke asia, hingga seluruh dunia. dan dalam lipatan sejarah, kelihatanlah kubur sahabat nabi yang bersemadi jauh dari mekah atau madinah.

Jadi aku nak tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal sunnah ni?

Jawab sorang ustaz..

Kita akan buat sunnah ini bila kita dah berjaya tubuhkan negara islam atau jenama barunya negara berkebajikan, dan bila kita dah perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, selepas isu gaji minimun dan menhapuskan kemiskinan tegar, maka pada waktu tu kita akan buat Muktamar atau ijtimak secara besar besaran, dan kita akan bentuk jemaah jihad ke Palestiin, Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena serang dengan FRU, lagipun sekarang tol mahal, nak ke kuala Lumpur banyak guna duit,  bla bla bla itu ini begitu begini..

Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak menyedapkan jalan cerita.., woha!

Dahlah tu Ustaz, tak payah rasanya kita nak tunggu Kerajaan sekarang jatuh, atau tertubuhnya negara kebajikan baru nak kumpul ummat islam untuk bagi ceramah dakwah dan bagi kerja dakwah macam Nabi buat di padang Arafah..

Sebab sekarang, di seluruh Malaysia, sedang berlansungnya ijtimak peringat negeri di seluruh negara, bermula dari Kuala Lumpur, sampailah ke sabah..

Perhimpunan ini bukan untuk orang tabligh atau budak hafiz sahaja, tapi untuk semua orang islam di Malaysia, tak kira korang sokong PAS, UMNO, DAP, AMBIGA, BERSIH, BELIA, SUPER SPONTAN, atau penyokong Ustaz Azhar Idrus, asal korang berugama islam, ada kalimah LA ILLA HA ILLAh!, maka korang semua di jemput untuk hadir di lokasi yang berhampiran rumah masing masing..

Dalam perhimpunan itu akan ada ustaz ulamak yang akan berkhutbah tentang hal ehwal ummat dan kerja ugama, dan dihujung khutbah, kerja ugama akan diberi kepada mereka yang sedia untuk menyambung kerja kerja kenabian.., insyAllah..

Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan diakhiri dengan doa pada hari ke-3 sebelum menunaikan solat fardhu zohor. Ceramah-ceramah umum setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

Dilaporkan Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk Ulama, ustazVVIP, VIP dan Pelajar-pelajar.

Untuk makluman,ada halqah untuk mereka yang menggunakan bahasa isyarat. Dipelawa membawa rakan-rakan istimewa (pekak dan bisu) bersama-sama.

Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.

Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas dan lain lain.

Berikut adalah TARIKH & LOKASI untuk di “like” dan “share”

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat (KK, Labuan, Beaufort, Keningau, Kudat dll)
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur (Tawau, Sandakan, Semporna, Kinabatangan dll)
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.

Semua Muslimin di jemput hadir..

Sekian.

Ps: Aku sebagai pemandu keretamayat menyokong penuh usaha menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak kira siapa yang buat, UMNO, PAS, Tabligh dan lain lain gerakan so call islamic,  asal itu Sunnah Nabi, maka aku akan “like” dan “share”- Woha!

Sumber info:  http://al-fikrah.net

May 17, 2012

Bagaimana hilangkan was was?


(Rujuk Buku PermataYangHilang ms 139 bab “bagaimana mendapat kemanisan bersetubuh” untuk lebih memahami ‘punch line’ entry ini, he he he..)

Soalan Pembaca: 

Salam, Abang penulis Permata yang hilang kini dijumpai..

Soalan Aku, Bagaimana nak mengatasi perasaan was-was...aku selalu mengalami was-was dalam 3 perkara....

1) bila mandi wajid
2) bila habis buang air kecil
3) bab kebersihan...

bila mandi wajib aku jadi was-was sama ada air sudah diratakan pada bahagian tertentu anggota badan atau tidak, walaupun aku yakin aku telah ratakannya...tapi lepas selesai mandi wajib perasaan was-was tu datang, membuatkan kehidupan aku dalam satu hari itu jadi huru-hara..arghhhhh. Aku cuba lawan perasaan was-was itu tapi kadang-kadang rasa tidak mampu, hampir tewas, hampir gila...owhhh...aku takut ibadat aku tidak diterima ALLAH s.w.t...dalam masa aku fikir aku telah dipermain syaitan laknatullan itu...
mohon cara atasi penyakit was-was ini...

*******
Jawapan keretamayat..

Ok, semua tahu dalam hadith dan dalam Al-quran ada cerita tentang bahaya was was.., dan semua tahu was was ni kerja syaitan untuk rosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid manusia.., mula-mula  syaitan buat kita was was bab ibadat seperti was was dah rata ke air waktu mandi wajib, lepas tu was was bab wudhu, sampai habis satu kolah, lepas tu was was dalam solat berapa rakaat, sampai lebab dahi, hingga terpaksa mufarakah dalam solat dan yang paling bahaya dalam penyakit was was ini adalah bila syaitan berbisik bak Tauhid, seperti, “Sebelum Tuhan siapa ada?”, “Tuhan asal dari mana?” “Tuhan tak akan mati ke?”

Astarfirullahalazim...

Semua ni kerja syaitan dik!

Dan maaf cakap, orang was was sebenarnya berada dalam keadaan sangat bahaya sebab anggap Tuhan tu macam bodoh sangat..!

Tuhan Maha tahu air tu dah rata, tuhan tahu kau dah mandi wajib dan niat nak rata tapi jika tak rata tuhan pun tahu dan Tuhan dah ajar nabi dalam bab sunnah sapu tiga kali jika lebih dah membazir lalu jatuh ke taraf saudara syaitan jadi kita tak payah perasan pandai nak ambik kerja tuhan nak detail sampai menyusahkan diri, merosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid!!..

ASTARFIRULLAHALAZIM... (Huruf besar sebab lafaz dengan kuat!)

Cuba guna otak, tak kanlah ambik wudhu sampi perlu air kepada tiga baldi, tak logik dan memperbohkan tuhan, Allah marah orang membazir, kenapa nak membazir dengan ikut was was syaitan..

Fikir logik lagi, nak mandi wajib, tak kan sampai satu kolah? Kenapa nak bodohkan diri dan bodohkan tuhan? Allah Maha Tahu! Dan air bila di jurus akan mengalir dari atas ke bawah sebab bumi ni ada graviti, tiga kali jirus, sapu dengan tangan, akan rata insyAllah.., tak payah nak jirus dari setiap penjuru sampai bil air melambung tinggi-Membazir saudara syaitan dik..

Jadi untuk atasi masalah ni, lain kali lepas dah ikut sunnah, tiba tiba rasa was was, kena terus yakin bahawa wuduk/mandi wajib/kebersihan korang tu memang dah sah. Ini Buzmana ajar aku yang bilamana datang was was, terus yakin, Aku dah ikut sunnah, insyAllah berjaya, dan pergi mampus dengan was was sebab was-was memang permainan setan. Persetankan was was si syatain yang was-was itu...!

Dalam Al quran Surah al-A’raf kalau tak silap, Allah SWT berfirman: “Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A’uzu billahi minas syaitanir rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

A’uzu billahi minas syaitanir rajim...

Satu lagi, sila takut dengan ayat ni: “Eh, aku buat tuhan bodoh?, astarfirullahulazim..., tuhan suruh aku berjimat, tapi aku was was dan membazir dengan niat menyukakan tuhan tapi sebenarnya aku mendapat murka sebab anggap tuhan tu bodoh macam aku”- A’UZU BILLAHI MINAS SYAITANIR RAJIM!

InysAllah, jika korang Yakin dengan Kuasa Allah dan Kudratnya, maka akan selesailah masalah..
Di harap mereka yang ada was was seperti pembaca di atas, dapat mengamalkan tip yang aku tulis, dan seterusnya masalah bil air yang membazir di rumah korang sebelum ini dapat di selesaikan.., insyAllah..

Sekian..

“Eh, Hamka, kau nasihat orang jimat bil air, tapi rumah kau bil air mahal sangat kenapa? Was was mandi wajib ke?”

Dik.., bil air rumah aku naik, bukan sebab was was mandi wajib, tapi sebab banyak kali mandi wajib.

WOHA!

Ps: Tolong kepada yang beli buku, JANGAN isi borang sampai DUA KALI atau banyak kali, Jangan WAS WAS, sebab was was tu kerja syaitan, jika isi dua kali sedang korang bank in hanya untuk satu buku,  memang akan menyusahkan pihak kami, sudah dua kali kami post double pada orang yang sama kerana isi borang banyak kali pada hari yang berbeza beza, tolong faham penderitaan kami akibat was was anda, jika dah isi borang boleh email ‘keretamayat’ atau ‘afdal pub’ untuk minta nombor rujukan, InsyAllah...segala keperihatinan dari pihak pembeli di dahulukan dengan ribuan terima kasih., tutup entry ini dengan lafaz..,

A’uzu billahi minas syaitanir rajim...