Sep 22, 2010

Jika aku seorang wanita...?

(Enam pesanan untuk wanita: Korang tanya hari ini, bisanya aku jawab sebulan atau setahun kemudian, tapi hari ini, aku jawab hari ini, sungguh bagus aku ini, sila kagum dari jauh)

Soalan hari ini:

Hamka nak tanya, puasa 6 dan puasa ganti boleh buat sekali ke? maksud saya niat puasa 6 sekali dengan niat puasa ganti. Dengar banyak pendapat dari bukan ustaz dan ustazah lain buat saya konfius, so boleh tak Hamka tolong explain sikit?

******

Jawapan hari ini:-

sebenarnya aku mengaku, bahawa aku memang tak tahu sangat, mungkin sebab aku bukan perempuan, aku ter‘abai’kan ilmu ini…oh!
Walaubagaimanapun, aku ada enam pesanan untuk wanita tentang puasa enam:
  1. Jika aku seorang wanita ini datang haid di bulan ramadhan : maka aku terus berpuasa ganti pada 2 shawal kerana aku takut jadi mayat lalu menyusahkan waris ganti puasa aku.
  2. Jika aku seorang wanita ini malas, aku akan serentakkan niat puasa ganti dan puasa enam.
  3. Jika aku seorang wanita ini rajin, aku akan buat beransingan puasa ganti dan puasa enam, dan aku juga akan berpuasa isnin dan khamis sampai jadi mayat.
  4. Jika aku seorang wanita ini sudah bersuami, aku akan merangcang ‘baik punya planning’ supaya mengandung pada bulab ramadhan dan syawal. Maka dapatkah aku bertarawih penuh, berpuasa penuh, beribadat di malam lalilatul qadar dan jaizah serta berpuasa enam!
  5. Jika aku seorang wanita ini kaya, maka aku akan tolong bayar ganti puasa warga emas yang susah juga hadiahkan Hamka sejumlah wang yang besar tanpa tanya apa yang akan beliau buat dengan wang itu.(sajer nak cukupkan 6 pesanan)
  6. Jika aku seorang wanita ini bujang, aku akan pujuk isteri hamka bermadu dengan aku! Woha(err, abaikan pesanan ini)

Selamat raya enam!


Ps: Hari ini sudah 13 syawal, bila korang nak habiskan puasa enam?, aku dah tak banyak yang tinggal, lagi enam hari sahaja. Woha!

Ps2: Aku bergurau, tak kanlah orang beriman macam aku tinggal lagi enam hari, aku tak sama macam korang, sebenarnya, aku tinggal hanya lima hari saje lagi, woha!

Ps3: Bini aku akan edit entry ini, maka pesanan nombor lima itu sila abaikan jika korang tidak cun. Woha sekali lagi!

Sep 20, 2010

Dunia adalah tempat untuk..?

(Kuih Raya sedang menuju serdak, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang)

Di hari raya, Aku sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:

“Dunia adalah tempat...”

Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang beraya rupanya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.

Isteriku membancuh air minuman sambil aku membuka tudung kuih raya.

Tahu apa yang kami borakkan?

Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.

Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..

Boring bukan?

Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…

“Dunia adalah tempat...”

Jari akupun menari-nari di keyboard yang ber layouts: "QWERTY"

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”

Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.

Isteriku kembali memperbaharui air minuman sambil aku membuka tudung kuih raya.

Tahu apa yang kami borakkan?

Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.

Kau tahu tak Hamka?, siapa bunuh Altantuya? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM buat rumah terbuka? Kau tahu kenapa Nik Aziz tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanya RM500?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..

Boring bukan?

Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”

Jari akupun menari-nari di keyboard laksana bunyi hujan menimpa atap zink..

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”

Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.

Isteriku membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil aku menambah kuih raya ke dalam bakas yang sudah terbuka tudungnya

Tahu apa yang kami borakkan?

Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.

Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,

Agak menarik…,

Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”

Jari akupun menari-nari di keyboard dengan pantas dan gigih

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”

Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.

Isteriku memperbaharui air minuman sambil aku menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?

Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.

Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..

Boring bukan?

Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”

Jari akupun menari-nari di keyboard dengan lebih pantas dan gigih..

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”

Belum sempat aku habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, aku tinggalkan computer dan sambut kawan aku dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.

Isteriku memperbaharui air minuman sambil aku menjemput mereka makan serdak kuih..

Tahu apa yang kami borakkan?

Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab puasa enam.., bab bayi dalam perut dan kaitannya terhadap dunia, Bla bla bla

Aku tak boring, korang boring tak? ..(aku sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)

Selepas tetamu yang suka bercerita tentang ugama itu pulang, aku kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..

“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”

Aku tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.

“Dunia adalah tempat…”

Dalam kepala aku tergambar apa yang aku borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.

Akupun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.

“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.

Akupun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada aku dalam Bahasa English:-

“Do you want to save the changes to document1?”

Aku jawab, “yes” kerana aku setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.

Sekian...

Ps: Selamat Hari Raya, dan Selamat Membina Akhirat.

Sep 6, 2010

Suami yang Dingin?

(Bulan puasa pun ada jugak entry untuk laki bini.., kepada bot bot kecil, harap baca di waktu malam)

Tanya sama Abang keretamayat, copy/pste email:

Salam En. Hamka,

Saya ada baca tentang entry encik Hamka berkenaan jika si isteri menolak keinginan suami untuk bersama, akan menimbulkan marah pada suami, dan malaikat akan laknat si isteri sampai ke subuh.

Bagaimana pula, jika si suami menolak ajakan isteri?.

Terus terang, semenjak berkahwin awal tahun lepas, suami saya sibuk dengan laptopnya,

Dan saya sering tidur sendirian sampai pagi untuk ke pejabat. Boleh di kira, berapa kali dia tido bersama saya sampai ke pagi.

Pernah saya tegur suami saya, dia kata semenjak bujang dia memang gemarkan gadjet-gadjetnya..

Dan pada akhir tahun lepas juga, Alhamdulillah kami telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.

Dan semenjak itu jugalah, baby saya akan tido bersama saya sampai ke pagi. Manakala ayahnya masih sibuk dengan laptopnya, bukan buat kerja office, tetapi tengok movie, baca blog, buat blog, kadang-kadang baca buku agama.

Dan kebiasaannya, dia hanya berdiam diri tidak bekomunikasi. Hanya dengan gadjetnya sahaja.

Dan semenjak baby lahir jugalah, suami saya selalu cakap tidak mahu mengadakan hubungan kelamin, takut cepat sangat nanti ada adik. Jadi semenjak itu jugalah, apabila saya ajak dia bersama. Macam-macam alasan dia beri, malas mandi, takde mood.

Kalau di kira sekarang umur baby dah 12 bulan,... dan dia hanya suka ringan-ringan je. Dan selalunya, dia mengelat.

Saya kadang-kadang jadi muram di ofic. Kadang-kadang saya menangis tanpa punca. Saya sedih dengan keadaan saya sekarang.

Nak kata suami saya ada perempuan lain, dia selalu di rumah lepas ofice.

Saya pun tak tau macam mana nak buat dah. Ada sampai saya terfikir nak lari ke rumah mak. Walau rumah mak sekangkang girafah dengan rumah kami, tapi famili saya semua orang kuat ugama. Confirm, saya kena halau semula pergi rumah suami saya.

Saya tak tau pada siapa perlu saya cerita perkara ni. Harap En. Hamka dapat memberi ketenangan pada jiwa ni.

Yang benar,

Isteri Runsing

*********************

Jawapan dari bukan Ustaz, Hamka keretamayat.

Salam..

Laki kau tu boleh masuk neraka jika mati depan PC tanpa sempat bertaubat.., berdosa hukumnya tak bagi nafkah seks pada isteri dengan sengaja.., Hurghh..!, (mengeluh) aku pelik betul pada lelaki yang dah ada bini, tapi boleh pulak tengok bini macam tikus tengok besi.., lepas tu kau cakap laki kau suka tengok movie.., esh, aku tengok iklan movie ‘salt’, tak boleh tahan dah.., tengok bibir Angelina Jolie terus aku cium bini aku.., belum lagi tengok iklan alat senaman! Woha!

Salah satu tujuan kahwin adalah untuk bersetubuh puas puas, tapi jika dapat pasangan yang dingin, memang naya.., Hurghh..!, (mengeluh)..

Ada sahabat nabi Muhammad SAW, yang sibuk dengan tahajjud, bila isterinya mengadu pada Nabi, maka Nabi nasihat sahabatnya itu agar luangkan masa bersetubuh dengan isteri.., tapi laki puan, setakat sibuk dengan laptop dan blog ugama? Apa kejadah?

Cuba bagi link blog suami puan aku nak tengok, apa isi kandungan dia, berapa follower dia? Berapa ramai komen entry dia? Bernas tak bernas pilihan entry dia? Boleh?

Nak jugak aku tahu apa orang yang dah lama tak bersetubuh menulis..

Hurghh..!, (mengeluh sambil geleng geleng kepala)

Akupun tulis blog, bila tulis blog kadang kadang takde idea, tapi lepas berjimak, idea datang mencurah curah.., mintak maaflah sebab ada entry aku ditulis dalam keadaan hadas besar..

Kepada suami puan yang ada blog ugama, cuba tulis satu enrty berkenaan: dosa tak bagi nafkah seks pada isteri..

Jika takde idea, aku bagi bahan:-

Ni point penting untuk entry :Hukum tak bagi nafkah seks pada isteri..
  • Seks bukan hanya hak suami tetapi juga hak isteri. Allah taala berfirman yang bermaksud "Kamu adalah pakaian bagi mereka dan mereka adalah pakaian bagi kamu." (Al-Baqarah : 187)
  • Berdosa menyusahkan pasangan, Firman Allah"Dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka." (At-Talaq : 6)
  • Di dalam hukum Islam terdapat hukum iilaa' iaitu apabila suami bersumpah tidak mahu menggauli isterinya lebih dari empat bulan, maka isteri boleh mintak cerai dan tak berdosa isteri buat demikian. Jika suami tak nak menceraikan isterinya, maka Hakim Mahkamah Syariah boleh menceraikan mereka.
  • Iilaa’juga boleh terjadi tanpa perlu suami bersumpah, yang mana suami apabila dengan sengaja tak nak bersetubuh, maka hukumnya sama, isteri boleh mintak cerai selepas 4 bulan, (pendapat Imam Malik)
  • Jika terbukti suami mati pucuk, dan Isteri takut berzina atau buat dosa lain, maka isteri boleh memohon bercerai secara taklik, atau suami ceraikan dengan rela…, jika tak nak, maka suami akan tanggung dosa isteri berzina, dan akhirnya isteri dan suami tadi dua dua masuk neraka.., sebab sorang berzina, sorang lagi tak nak ceraikan buat isteri dia berzina…

Boleh tulis entry macam tu?


Hurghh..!, (mengeluh)

Ok, Balik kepada puan, aku rasa mungkin suami puan ada masalah seks, seperti lemah tanaga batin, atau lambat terangsang..,

Nasihat aku mudah sahaja,

Jika puan masih sayangkan suami puan,

Aku cadangkan,

Apa kata puan beli pil Viagra atau Buah Goji (Wolfberry China) dan bancuhkan secara rahsia dalam air kopi suami puan.., (cara bancuhan perlu rujuk kepada doctor takut terlebih dos), lepas tu hidang pada suami puan, dan bersedialah untuk mandi wajib!

Selesailah masalah insyAllah, dan Selamat Hari raya!

Ps: jangan hidang waktu sahur, nanti tak pasal pasal kena berpuasa dua bulan berturut turut- woha!

Sep 3, 2010

Jahil atau Sesat?

("Khal, kalau tape tu lepas ke tangan orang lain.. Datuk dan kawan-kawannya hanya bersalah kerana kelakuan yang memalukan.. itu aje. Siapa yang akan jadi mangsa? Siapa yang ditindas? Perempuan-perempuan dalam tape ni! Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka"-Ringgit Kesorrga)

Waktu aku kecik, bila pergi rumah orang, ada sesuatu yang ada kat rumah orang tapi takde kat rumah aku, iaitu kolam renang dan Teropong Pengintip Bulan(teleskop), Ops..,! aku gurau sahaja, rumah korang sekarangnipun takde benda tu... , jangan kecik hati..

Maksud aku benda yang simple dan murah, ada kat rumah jiran, tapi takde kat rumah aku, iaitu gambar keluarga, yang mana terlihat sekumpulan manusia sedang senyum bahagia bersama anak bini dalam bingkai besar, tak lupa jugak, gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, dan sesetengah rumah, gambar budak tadika dapat sijil juga dibingkaikan...

Jadi, bila rumah jiran ada, tapi rumah sendiri takde, akupun tanya pada ayah aku,:

“Ayah, kenapa rumah kita takde gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, kenapa rumah kita takde!?”

Kata Ayah aku lebih kurang:,

“Anakku, mana boleh letak gambar dalam rumah?, perkara itu di larang oleh Nabi Muhammad SAW, ada hadith menceritakan bahawa malaikat Rahmat bagitahu kepada Nabi Muhammad SAW,bahawa mereka para malaikat, tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar..!, maka rugilah kita jika kerana perhiasan yang takde faedah,(gambar korang yang tak hensem) menghalang Malaikat Rahmat memasuki rumah, lalu hilanglah keberkatan hidup..”

Oh, begitu.., maka akupun faham situasi sebenar, lalu belum sempat aku nak menanya soalan lain, tapi terus aku batalkan niat kerana rupanya ayah aku dah terjawab tadi..

(note: soalan yang aku tak jadi tanya itu adalah: “kenapa rumah kita tak bela anjing Lessie”.., woha!)

******

Moral of the story, kepada korang semua orang islam, yang masih tabah dan gigih menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai..

Nasihat aku, biarlah rumah orang yahudi dan kristian penuh dengan gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, sebab mereka kafir, mereka sesat dalam berugama, sehingga kat gereja pun mereka hias dengan bermacam macam gambar, siap gambar Nabi Isa (kononnya) pun ada..,

Kita orang islam, tak hias masjid dengan wajah orang yang kita sayang (iaitu Nabi Muhamad SAW) kat sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi kita sayang Nabi kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada)..,

Jika korang sayang pada keluarga, sayanglah kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada), tak perlu bingkaikan mereka dan letak di sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi di sini (sambil tangan tunjuk pada dada).., sayang yang ‘agak agak’,(sambil tepuk tepuk dada) sebab di sini (tangan masih di dada)pun nak kena letak ruang pada Allah dan Rasul yang melebihi dari segala yang lain sepatutnya...(sambil menambah tekanan tepukkan di dada)

Mungkin benda ni remeh bagi korang.., dan aku rasa perkara ini terjadi adalah kerana kejahilan ugama, atau jika tak jahilpun, masih menganggap perkara mengantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu sebagai satu budaya yang bagi korang tak bertentangan dengan akidah.., tapi sabda Nabi itu benar, yakni, jika malaikat Rahmat tak masuk dalam rumah kita.., siapa yang rugi? Siapa yang malu?,

Mereka dan keluarga mereka.., ( tiru ayat Deanna Yusoff dalam filem ‘Ringgit kesorrga’)

Memang betul isu menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu kecil jika nak dibandingkan dengan isu lain, seperti, buang anak, mengumpat, menfitnah dan sebagainya, amatlah kecik.., lagipun itu rumah korang, lantak koranglah nak taruk gambar sape sapepun.., nak letak gambar Deanna Yusoff dalam filem ‘Ringgit keSorrga’pun apa aku peduli, bukan rumah aku? Lantak koranglah!

Boleh ke aku cakap macam tu? Tak baikkan.., ok, aku faham, korang jahil ugama dan perlukan masa untuk berubah.., take your time, baby.., i wait for you dipintu Ringgit keSorrga, woha!

******

Cuma aku nak tegur satu golongan yang nak kata jahil ugama, semua pakai kopiah, nak kata takde ilmu, hari hari pergi masjid, (biasanya waktu margrib dan isyak), nak kata bodoh, belajar kat Universiti, lepas tu jika cakap bab ugama, memang berapi-api, halal haram meniti dibibir, jika dilayan, nama ahli neraka dan ahli shurga akan terdedah, wah! berinfomasi sungguh dalam bab isu semasa dan politik lalu mentafsir kaitannya dengan Al quran serta hadith..

Ini bukan SEMUA!, tapi banyak yang aku jumpa, kalau yang jahil ugama takyah cakapler, tapi puak puak ni, yang kononnya arif bab ugama.., tapi kat rumah, boleh pulak tergantung gambar Ulamak..,

Eh? Ada hadith ke yang membenarkan gambar ulamak di gantung dalam bingkai?

Tak cukup dalam rumah, dikereta juga ditampal gambar ulamak, “I love Tok Guru” nak kata jahil ugama, semua dosa kerajaan mereka tahu, halal haram meniti dibibir.., tapi di baju juga, ada gambar ulamak, “kami sayang tuan guru”..,, siap bawak pergi solat, apa kes?
Bagi aku, nak sayang tok gurupun tak perlu gantung gambar mereka dirumah kita, haram.., malaikat tak masuk, atau ada hadith bagitahu gambar tok guru sahaja boleh.., gambar lain tak boleh? Ada ke?

Aku boleh bertolak ansur dengan mereka yang menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini dengan beranggapan mereka jahil ugama, take your time, baby.., pelan-pelan kayuh,

Tapi korang yang pandai ugama, boleh pulak menggantung gambar ulamak dalam rumah, ni bukan jahil ugama, ni sesat ugama namanya!..

Nak sayang tok guru tak salah, tapi tak perlu tiru orang kapir yang sayang pada jesus lalu gantung gambar sana sini..., Nabi tak ajar sahabat sayang baginda dengan gantung gambar Nabi kat rumah, itu amalan orang kafir!

Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya.

Nabi Muhammad SAW pun komplen tentang gambar dalam gereja itu dengan mengatakan(lebih kurang bermaksud): “Mereka itu, bila ada seorang shalih di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut ( sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”

Sebab tu aku tak sabar dalam bab ni.., aku sayang korang kerana Allah, dan apa yang salah, aku tegur, gambar arwah Ust Fadhil Nor, tak perlu gantung, itu dah jadi macam ugama hindu.., Ingat orang mati dengan berdoa pada mereka, bukan gantung gambar pada dinding.., kat kereta jugak tak perlu tampal gambar tuan guru Nik Aziz, bidaah!

Yang kat dinding tu, gambar Ustaz Nasruddin Tantawi tu, tak payahlah nak gantung.., jika korang sayang ulamak, tunjukkan dengan beramal dengan segala perintah Allah yang baik, bukan gantung gambar, Nabi tak ajar macam tu..

Jika korang baca kitab Ghuniyyah karangan Syaikh Abdul Qadir Jalaini ada meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.hu, bahawa Nabi bersabada, pada malam lailatul Qadar, malaikat Jibril akan mendorong para malaikat supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri dan duduk, bersolah atau berzikir, lalu malaikatpun bertebaran untuk bersalaman dengan semua orang beriman sama ada mereka berada di rumah besar atau kecil, di darat atau dilaut, dan malaikat akan masuk ke setiap rumah orang beriman kecuali rumah mereka yang berhadas besar kerana zina, rumah yang ada gambar dan ada anjing (lebih kurang maksud Hadith)

Jadi, sekarang kita dah berada pada zon 10 hari terakhir ramadahan, korang semua nak berqiamulai, nak cari lalitaul qadar, malam karang malaikat jibril nak pacak bendera atas kaabah, dan suruh semua malaikat datang menyebarkan rahmat di rumah korang.., tapi sayang, asbab kejahilan kita, terlepas pula“Rahmat” yang telah diperuntukkan pada bulan yang suci dan mulia ini kerana rumah korang ada gambar Ustaz Azhar Idrus.., siapa yang rugi?

Mereka dan keluarga mereka..,

So, turun turunkanlah mana mana gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, gambar Tuan guru Nik Aziz dan Haji Hadi sedang tersenyum tu serta ulamak lainpun, turunkanlah.., itupun jika korang yakin dengan hadith Nabi..., tak lamapun, 10 hari akhir Ramadhan jer..

Lepas habis Ramadahan nanti, sebelum gantung gambar tu balik, cuba korang tepuk dada Tanya iman,dan tepuk dahi Tanya akal serta tepuk lutut Tanya nafsu...

Cuba tanya: Macam mana benda besar dalam islam aku nak buat jika benda kecik macam nipun aku teragak-agak?

Akhir kata:

Nak jahil dalam ugama? Atau nak sesat dalam ugama?

Sekian..

Ps: Selamat mencari Lailatul Qadar, dan selamat datang malaikat Rahmat.., amin..

(Bang, siapa perempuan dalam gambar ni? Siapa bang? Err, Abang tak tahu, bukan abang punya, lalu akupun mengoyakkan gambar Deanna Yusoff tu, siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!”-woha!)

Aug 30, 2010

Suara Nabi di rumah?

(Ilmu tanpa cahaya, mana nak beri manfaat?, sekadar maklumat yang akan dihisab, di sudut lain, isteriku bertanya: nak buat sampai bila ni bang? Lalu jawabku...)

Copy/paste email:

Assalamualaikum,

Baru baru ni saya telah mula mencari bahan untuk membaca di semua laman sesawang mahupun entry-entry di blog berkenaan dengan ilmu agama tetapi hati saya tiba tiba tertarik untuk membaca entry-entry yang sedia ada dalam 'keretamayat'. Ade yang menyentuh hati saya.

Syabas kerana telah mencipta blog yang saya rasa ade baiknye juga menyentuh hal ehwal agama walaupun anda bukan lah ustaz, hehe :)

Sebenarnya saya ingin bertanya, bagaimana kalau kita hendak mengajak suami yang malas bersolat untuk solat? teguran yang bagaimana hingga tidak melukakan hati suami? adakah isteri perlu menegur dengan cara yang penuh berhemah? atau hikmah? sangat direct soalan saya ini :)

Saya harap anda dapat memberi sedikit nasihat atau pandangan, terima kasih~

p/s : Takut pulak bila baca ayat 'kereta mayat' ingatkan blog ni semuanya cerita kisah seram huhuuu

******************

JAWAPAN DARI BUKAN USTAZ KERETAMAYAT...

walaikumusallam.

Eh? Bukan semua cerita kat blog aku ni kisah seram ke? seperti jika tak puasa kena makan buah zakum, atau jika tak solat masuk neraka dan berjiran dengan firaun, atau jika tolak ajakan suami jam waktu bertukar sendiri, tak seram ke?

Ok, just a joke..,

Puan, masalah suami puan yang tidak bersolat adalah kerana hati suami puan sudah gelap dengan dosa dan maksiat.., bila hati sudah gelap, maka ilmu tidak memberi sebarang manfaat, kerana ilmu akan bermanfaat jika ada cahaya.

Sebagai contoh, seorang yang pandai bertukang emas, tapi jika di bawa ke dalam gua yang gelap, yang ada bijih batu dan bijih emas serta benda-benda lain, maka susah sekali tukang emas tu nak pilih emas sambil meraba raba dalam gelap,

Bermakna disini, walaupun tukang emas tu kenal sangat dengan emas, tapi bila takde cahaya, maka dia pun tak tahu mana satu emas mana satu batu..?, nampaknya, walaupun seorang yang pandai bertukang emas dan tahu ilmu ketumpatan bahan, tapi bila takde cahaya, boleh pulak seorang yang pandai bertukang emas itu terambil tahi sembelit kelawar sebanyak satu kilo kerana sangka itu adalah emas..,

Sama jugak macam Tipah yang tahu ular berbisa berdasarkan warna dan bentuk ular, tapi jika diletakkan Tipah dalam bilk gelap bersama ular yang berbisa dan tak berbisa, tentu Tipah pun tak dapat nak pilih sebab bilik tu gelap, kan?

Walaupun Tipah tahu ilmu keularan, tapi bila takde cahaya, mampus jugak Tipah dipatuk oleh ular kapak..

Begitu jugak doctor pakar, ilmunya tak boleh nak dilaksanakan dalam bilik bedah yang gelap, tok mudim pun tak boleh potong kerandut zakar dalam gelap, dan puan sendiripun, jika pandai parut kelapa, tentu tak mampu nak parut kelapa dalam gelap, so, moral of the story: ilmu tanpa cahaya.., maka ilmu itu tak dapat nak di amalkan dan ianya menjadi maklumat sahaja..

Balik kepada mangsa dalam entry ini iaitu suami puan, yang tidak bersolat walaupun banyak ilmu bab solat yang dia tahu,(mungkin) tapi sebab hatinya gelap, maka dia gagal mempraktikan ilmu solatnya..

Kes ini pernah terjadi pada suami orang lain, yang cukup pandai bercakap bab ugama dan politik, tahu kelebihan solat berjemaah, tahu yang mana fardu dan yang mana sunnat dalam solat, tapi bila azan selamba tak pergi masjid, kenapa?

Dan ternyata dia ni tak pergi bukan sebab jahil, tak caya tanya dia, berapa ganjaran solat berjemaah, nescaya akan dijawab, dua puluh tujuh siap dengan air liur tersembur.., tapi kenapa tak pergi solat berjemaah? Ilmu apa lagi yang takde?

Jawabnya, semua ilmu bab solat dia dah ada, tapi sebab hati nya gelap tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja..

Dan kes ini banyak berlaku pada ummat islam hari ni, tanya perempuan yang tak tutup aurat, mereka tahu tak azab neraka untuk mereka yang segaja menampakkan rambut? dan tanya mereka kelebihan bab tutup aurat?, mereka tahu!, sebab mak bapak dan ustaz masa SPM dah 'lebuk' kitab ajar mereka, tapi kenapa mereka masih free hair? Sebab hati mereka gelap, tiada cahaya.., bila tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja...

Sama jugak mereka yang bercouple, berzina dan buang anak dalam tong sampah.., adakah mereka buat semua itu kerana mereka tak tahu azab dan dosa? Mereka tahu, ilmu banyak.., bukti: lulus pendidikan islam waktu SPM, tapi oleh kerana hati gelap, tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja...

Kita balik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang tidak bersolat walaupun banyak ilmu bab solat yang dia tahu, tapi sebab hatinya gelap, maka dia gagal mempraktikan ilmu solatnya.., sekarang puan bertanya kepada saya yang seram ini, apa yang perlu kita buat?

Jawapannya mudah sahaja, jika pakar tukang emas tadi nak pastikan masalah terambil tahi sembelit kelawar dalam gua yang gelap itu tidak berulang, maka tukang emas tu perlulah bawa lampu bersamanya..,

Sama jugak kes Tipah yang dah mampos di patuk oleh ular kapak, maka pihak keretamayat bila nak buat kerja memungut mayat si Tipah dalam bilik gelap bersama ular berbisa itu, maka aku akan suluh dengan 'high beam' keratamayat, nampaklah aku mana ular kapak tu dan senanglah aku bunuh ular tu dengan meng-kapak-kannya..

Doctor dan tok mudim yang terpotong kemaluan pesakit dalam bilik gelap, juga dapat diselesaikan masalah itu dari berulang jika mereka membuat kerja-kerja pembedahan dibawah lampu neon yang menghiasi kotaraya misalnya..

Jadi, Kita balik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, macam mana nak bagi hati suami puan kembali bersinar seperti bintang kejora yang bersinar di waktu malam, bagaimana?

Jawapanya, jika doctor, tukang emas, dan tok mudim tadi selesaikan masalah mereka dengan mengunakan sumber cahaya dari TNB (tenaga National Berhad) maka puan juga kena ambil cahaya dari sumber yang lebih hebat lagi untuk terangi hati suami puan.., sebab nak suluh hati tak boleh guna lampu LED (light-emitting diode) tapi kena guna sumber cahaya dari Pencipta hati itu sendiri iatu NUR dari langit..

Senang cerita, Bila ada cahaya, kita boleh bezakan yang mana batu..yang mana emas..

Apabila manusia nampak emas..maka manusia akan faham nilai emas,

Apabila manusia faham nilai emas…, maka akan datang keinginan untuk mendapatkan emas tersebut..

Apabila dah ada keinginan, maka manusia akan melakukan usaha untuk mendapatkan emas tersebut.

Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan dapatlah emas tersebut…!

Korang faham? Simple je nih..

Begitu jugak kes arwah Tipah tadi, dengan ada cahaya, kita boleh bezakan yang mana satu ular kapak dan yang mana satu ular lidi…

Apabila manusia nampak ular.., maka manusia akan faham ancaman ular..

Apabila manusia faham ancaman ular, maka akan datang keinginan untuk lari dari bahaya ular tersebut,

Apabila dah ada keinginan, maka manusia akan melakukan usaha untuk lari dari bahaya ular tersebut

Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan selamatlah manusia dari ancaman ular tersebut…amin…!

So, nampak peranan cahaya dalam mempraktikkan ilmu?,

Jadi: kesimpulan yang kita dapat dari kisah Cahaya dan Ilmu ini adalah, bila ada cahaya:

1-Kita Akan Nampak Manfaat Atau Mudarat
2-Kita Akan Faham Nilai Atau Ancaman
3-Kita Akan Datang Keinginan Untuk ambik Manfaat atau elak Mudarat
4-Kita Akan Buat Usha Untuk Ambik Atau Buang

Balik dalam bab ugama, jika kita renung balik, akan kenapa ummat hari ni bermarajalela membuat maksiat?

Jawapannya bukan sebab mereka takde ilmu, tapi kerana hati mereka tiada Cahaya (Nur Ilahi)

Hati yang ada cahaya/NUR sahaja yang dapat:

1.Nampak Perintah Allah
2.Faham Manfaat Dari Perintah Allah
3.Datang Keinginan Untuk Beramal
4.Buat Usaha Beramal... Lagi Dan Lagi..

Sama jugak bab maksiat.., Hati yang ada cahaya/ NUR sahaja yang dapat:

1.Nampak Larangan Allah
2.Faham Mudarat Dari Allah
3.Datang Keinginan Untuk Meniggalkan Larangan Allah
4.Buat Usaha Untuk Kekal Meninggalkan Larangan Allah

Kerana itu korang yang dah tahu solat kat masjid dapat 27 kali ganda, tapi still tak gi gak, kenapa? Kerana hati korang gelap! tak de NUR..! (llmu ada, tapi hati gelap..)

Kerana itu korang orang perempuan yang dah tahu azab bukak aurat tapi still bukak gak.. kenapa? Kerana hati korang gelap! tak de NUR..!

Jadi, berbalik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, macam mana nak bagi hati suami puan kembali bersinar seperti bintang kejora yang bersinar di waktu malam, bagaimana?

Sebenarnya puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu, tidak seperti suami Puan itu.

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, akupun belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah:

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..

“Kalau isteri tak nak dengar, camne Hamka?”

Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna coklat dalam BI dan bewarna hijau dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah aku ada semua versi ini)

Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat improve English lalu naik pangkat, woha!

(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)

Akhir kata, berbalik kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, maka puan kenalah baca “suara nabi” banyak-banyak kat suami, cuba strategi diatas.. tapi jika suami puan menolak.., maka boleh puan bacakan pada suami sewaktu suami puan nak tidur.., selimutkan dia, kucup hadinya dan baca kitab tu macam baca bedtime story kat anak-anak.., dalam kitab tu ada jugak bab kisah sahabat yang seronok dibaca bila nak tidur..,
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi suami puan yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..

Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati, maka ihtisab akan datang, lalu suami puan akan nampak perintah Allah, akan faham manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal dan akhir sekali akan ajak puan solat bersamanya, insyallah..

Sekian, selamat menyuluh hati suami dengan cahaya nurani..

(Ooo Nur kasih.., Aku kembali.. kerana Masih.. mencari yang hakiki.. )

Ps: Jika isteri bertanya, nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni bang? Korang jawablah.., abang akan buat sampai mati.., dan tanya balik isteri: bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?

Aug 24, 2010

Alasan lambat paling kukuh?

(jika korang rasa lapar kerana baru belajar puasa, bacalah entry ni, mudah mudahan, rasa lapar korang hilang dengan penuh keinsafan)

Terperangkap dalam ruang menunggu di petang bulan Ramadhan memang memboringkan, masing masing berwajah boring nak mampos lalu aku yang berada di celah-celah kasih sayang di antara mereka cuba membuka topic perbualan agar terubat kebosanan di samping menambah pahala hendaknya…

Jangan ditanya bagaimana kami boleh terperangkap dalam ruang menunggu di petang Ramadhan itu, tapi tanyalah apa topic yang perlu kitaorang bincangkan agar kebosanan ini terbunuh bersama munculnya ilmu baru yang bakal menjadi pencerah kubur jika kena dengan gayanya..

Aku memilih untuk membincangkan bab “kesihatan”, sebab dalam umur 30-an sebegini, dan bersama member-member seperut yang perasan muda,(tapi perut buncit mencecah lutut), patut sekali mereka di beri kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keafiatan diri demi ibadat yang masih ada baki lagi separuh umur untuk disempurnakan sebelum jasad terbaring dalam kubur dan akhirnya, perut mayatpun meletup pada hari ketujuh bersama ulat ulat sebesar usus tahik..

Akupun memulakan perbualan dengan ungkapan berbentuk soalan:

“Korang tahu tak, bahawa kesihatan kita dapat diketahui tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita?”

Terus mereka menjeggilkan mata, terkejut barangkali..

“Kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Sambung aku tanpa rasa bersalah sedikitpun..

“Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari hari?”

Ada sorang dua jer yang angkat tangan, itupun teragak-agak., aku dengan gigih bertanya lagi...

“Siapa yang berak selang sehari?”

Ramai pulak yang mengaku dan ada jugak yang bagitahu berak hanya beberapa kali seminggu..

“Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, dan lancar., alhamdulillah,”

Ada yang tersenyum, aku terus bercerita:

“Orang yang berak jarang-jarang, eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian.. ingat.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Mereka mulai gelak dengan penerangan aku, aku terus bersemangat…

“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”

“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”

“Tapi Hamka, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?”
Tanya salah sorang dari mereka.

“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”

Mereka gelakkan aku.., apa yang kelakar ntah, dan aku sambung lagi..,

“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”

“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

“Tapi Hamka, macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?”
Tanya salah sorang dari mereka dengan penuh minat.

“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., jangan balik rumah berak dalam sinki pulak, kesian bini korang nanti dapat laki gila macam korang sebab berak dalam sinki, takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”

Mereka terus gelakkan aku.., dan aku tak peduli, aku sambung lagi cerita…

“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”

“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”

“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”

Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…, (dah cerita dalam entry yang lama)

Tapi bila orang yang ditunggu tiba, aku pulak rasa nak berak, lalu terpaksalah mereka semua menambah penantian kerana aku terpaksa dan kau dipaksa…, berak dululah beb..

Selesai berak, mereka mengeluh sebab aku ambik masa yang agak lama untuk berak.., buat kajian tentang tahik ke? Perli salah sorang dari mereka sambil bergurau..

Akupun bagi alasan yang paling kongkrit dalam dunia;

“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”

Woha!

Sekian, akhir kata:

Tahik Yang Sihat, Datang Dari Manusia Yang Sihat!

Selamat berak!

Ps: kenapa aku rasa tak lapar langsung waktu puasa bila muzakarah bab ketahitan?

Aug 17, 2010

Apa itu 6 perkara?

(Email dari isteri karkun, Ramadhan 2007, soalan: “Bila nak cerita tentang muzakarah enam sifat sahabat”aku pun jawab tiga tahun kemudian: “Sifat sahabat tidak akan dapat melalui muzakarah sahaja, kena mujahadah, walaubagaimanapun, muzakarah akan membetulkan mujahadah)

Jika korang rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) korang akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"

Abu Hurairah menjawab: “menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,

Baginda kemudian bersabda, "Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"

Aku menjawab, "Bah kan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda, "Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

(teringat pada entry pokok kurma.., : )

Baik, itu satu contoh, yang lain korang boleh baca sendiri, seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, korang boleh check balik, bila korang berborak dengan kawan sambil minum teh misalnya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada tepi kain orang?

Check balik, cuba ambik kertas dan pen, lepas tu bila berkumpul dengan kawan kawan, cuba catat tajuk isu yang dikongsi, (memang kelakar dan ending yang menyedihkan..oh!)

Mula mula korang akan cerita tentang kereta, sport rim, drift, bla bla bla.. lepas tu, tiba-tiba ada salah sorang kawan cerita tentang rumah, korang pun sambung cerita tentang rumah pulak, saiz rumah, pagar rumah, perabot rumah, bayaran instalment, bla bla bla.. lepas tu melalut cerita pulak skim cepat kaya, bla bla bla.. lepas tu meleret cerita pasal artis, bla bla bla.. lepas tu sangkut cerita pasal movie, bla bla bla.. lepas tu sukan pulak, bla bla bla.. lepas tu cerita banjir di kampong saya, bla bla bla.. lepas tu maksiat orang, bla bla bla.. lepas tu cerita tentang kemalangan ngeri, bla bla bla.. lepas tu cerita hantu? Toyol?.., lepas tu? lepas tu? lepas tu?
Ada nak cerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Dan rujuk balik bab cita-cita islam korang, rujuk balik bab “al quran bergerak” .., Arghh, aku malas nak membebel pada bulan puasa begini..

Akupun masih banyak yang tak betul.., cakap kat diri aku sendiri ler ni.., dan memang nak kena amal sunnah Nabi yang ni, iaitu tukar topic perbualan korang tentang dunia yang sementara kepada akhirat yang kekal abadi.., tukar cerita korang tentang makhluk kepada Khalid, tukar cerita korang tentang Mal (harta) kepada Amal!..

Kadang kadang, benda ni nak apply kat keluarga sendiripun payah, kan?

Ada suami yang ngadu betapa susahnya nak bercakap tentang ugama dengan isteri, bila cakap pulak, takde respon, begitu jugak dengan anak perempuan, cakap sikit bab aurat, terus tarik bibir tak nak dengar cakap ayah.., nasib baik anak aku kecik lagi, senang jer aku lempang jika tak nak dengar cakap...

Tapi benda ni nak kena sabar dan hikmah.., ambik contoh kisah aku dan biniku..

****

Ada satu hari tu, masa awal-awal kahwin, isteri aku memang jenis yang suka tanam pokok bunga dalam pasu (sampai sekarang pun masih suka), lalu menjelang ramadhan, nak jugak hias halaman rumah dengan pokok bunga, lalu mintak tolong aku apa yang patut.., (baru kahwin bro, memang rajin tolong bini tanam pokok, sekarang rajin jugak, err,, ya, kadang kadang, aku siram pokok bunga, ya, aku ingat, ada!, dua minggu lepas ada sekali aku siram, apa-apalah..)

Jadi, bila dah nak tanam pokok bunga yang duduk dalam plastic dan kena transfer dalam pasu, mula mula, kita kena sediakan bahan tanah campuran yang sesuai antara baja organic dan pasir, bini aku cakap, Nisbah tanah yang baik ialah 3:2:1 iaitu campuran nisbah tiga, bagi tanah. Dua bagi bahan organic, dan satu lagi untuk pasir.

Lepas tu pulak, bawah lubang pasu biasanya ada lubang, untuk elak tanah keluar bila siram air, Tutuplah lubang pasu dengan beberapa keping serpihan pasu pecah atau ketulan batu, tapi jangan tutup sampai air tak boleh keluar, pandai pandailah korang.., lepas tu baru masukkan tanah campuran sehingga ¾ ke dalam pasu..,

Dah semua tu?, barulah potong plastic polibeg yang mengandungi anak pokok bunga dengan berhati-hati supaya bebola akar (rootball) tidak pecah dan terlerai, akhir sekali.., timbus bebola akar dengan tanah dan pastikan tanah dimampatkan (guna tangan pun boleh) supaya pokok teguh dan tidak senget..,

Eh? Kenapa aku ralit bercerita tentang perkara dunia pulak ni?, dan eh? Sejak bila halaman keretamayat bertukar menjadi halaman pertanian? Bukankah halaman keretamayat adalah halaman kubur!

Focus!

Aku nak ikut sunnah Nabi, tolong bini buat kerja, sambil bercerita tentang ugama, oleh sebab bini aku sedang tanam pokok, maka akupun bercerita tentang enam perkara asas pada pokok dan anologikan ianya dengan enam sifat sahabat Nabi.. (sambil tangan berjalan buat kerja merumpai dan menggembur tanah..)

Tapi sebelum tu, aku nak review sikit tentang 6 sifat sahabat kerana ada jugak mualaf yang baru baca blog aku.., karang tak faham pulak anologi pokok tu..

(6 SIFAT SAHABAT)

Setiap sahabat Nabi Muhammad SAW ada berbagai bagai sifat yang tersendiri, seperti Saidina Abu Bakar yang lembut, saidina Umar yang keras, saidina Usman yang pemalu dan Saidina Ali yang tegas serta lain lain sahabat, namun, ulamak telah membuat kajian bahawa pada semua sahabat Nabi, ada enam sifat yang unggul dalam diri mereka..

Kita semua tahu bahawa, Kejayaan Umat ini , adalah apabila kita berjaya mengikut jejak para sahabat r.a kerana mereka adalah golongan yang di cintai Rasulullah SAW, mereka juga telah dapat ‘pangkat’ Radiallahuanhu waradhu-an , yakni mereka redha Allah sebagai Tuhan, dan Allah telah redha mereka sebagai hamba. (rujuk Al quran) oleh sebab itu, kita sebagai umat pada Nabi yang sama, macam mana nak dapat redha Allah?, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A..

Umumnya, Sahabat Nabi Muhammad SAW ada 6 sifat yang unggul, iaitu 1.Iman, 2.Ibadat 3.Ilmu 4.Akhlak 5.Niat, 6.Dakwah ..

Kalau aku tulis dalam bentuk point, 6 sifat sahabat adalah:-

  1. IMAN (Yakin Hakikat Kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah)
  2. IBADAT (Yakin Hakikat Solat Yang Khusyuk Dan Khuduk)
  3. ILMU (Yakin Hakikat Ilmu Dan Hakikat Zikir)
  4. AKHLAK (Yakin Hakikat Ikramul Muslimin)
  5. NIAT (Yakin Hakikat Ikhlas)
  6. DAKWAH ( Yakin Hakikat Tabligh)

Perlu di ingat, Enam sifat sahabat RA tersebut bukan merupakan agama yang sempurna, karena agama yang sempurna terkandung dalam al qur’an dan al hadith, tetapi apabila enam sifat para sahabat tersebut ada dalam diri kita maka InsyaAllah, ianya akan memberikan kemudahan kepada kita untuk mengamalkan agama secara sempurna.., InsyaAllah...

(Habis review)

Ok, sambung balik bab Laki Bini yang sedang tanam pokok tadi.., tangan masih berjalan buat kerja pemangkasan hujung ranting..., lalu aku ambil satu ranting yang dah terpotong, lalu mengoyanggkan ranting itu sehingga daunya gugur lalu berkata:

“wahai isteriku,!mengapa kamu tidak bertanya,kenapa abang buat begini?"

Isteri ku tersenyum dan terus buat kerja, lalu aku menyambung..

“Beginilah Rasulullah lakukan dihadapan sahabatnya yang bernama Salman, semasa Salman r.a bersamanya dibawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon lalu mengongcang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya baginda bersabda,"wahai Salman ! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat begini?"kataku"khabarkanlah kepadaku."Sabda nabi s.a.w,"Bahawasanya apabila seseorang Islam mengambil wudhuk dengan sempurna,kemudian ia melaksanakan solat lima kali pada setiap hari, maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Bini aku menambahkan senyuman, tangan sibuk membasuh pasu lama, lalu mendepakan tangan dan mengoyangkan jari sebagai isyarat agar aku hulurkan sisa sisa pasu pecah untuk dijadikan lantai pasu lama..

Aku terus menyambung cerita..

“Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..,"

Bini aku angguk angguk, bermakna dia sudah tahu..

“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”

Bini aku angkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, aku mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan aku sambung bercerita..
AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

Aku sambung lagi:

“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

Bini aku angguk, dan ambik pisau lalu hiris bahagian bawah plastic perlahan lahan sedang aku memegang bahagian atas plastic.., mulut aku masih lagi berkata-kata:

BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”

Akar pokok bungapun terdedah, bini aku dekatkan pasu lalu aku letakkan anak pokok itu ke dalam pasu yang mana bini aku sudah siap-siap mencampurkan isi pasu itu dengan baja dan pasir..

Aku menyambung lagi:

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat bereduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR

Bini aku menyiram sedikit air untuk mengkedapkan tanah, apabila tanah itu semakin turun, aku campur pula dengan bahan tanah yang telah di gaul bersama baja organic serta pasir. Lidah aku terus bergerak-gerak...

BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

Bini aku terus merumpai tanah bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Aku pula melakukan kerja kerja penggemburan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. Sesekali aku membelek hujung daun kerana takut ada serangan serangga perosak yang dikenali sebagai kutu daun (aphids) dan koya (mealybug)., dan aku menyambung lagi..

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

Wah, bini aku nampaknya kagum dengan penerangan aku tentang 6 perkara pada pokok dan kaitannya dengan sifat sahabat lalu berkata:

“Saya ingat, esok kita beli lagi enam anak pokok dan pasu barulah bang, tak balance kedudukan hiasan pokok ni”

Woha!!!

Ps: Kejadian ini berlaku sebelum isteri aku pergi belajar ‘menjadi isteri pendakwah’ dengan mengikut program masturat selama tiga hari, sekarang isteri aku sendiripun sudah pandai muzakarah enam perkara, anak juga semakin bertambah, anak pokok juga bertambah-tambah!!

Jangan lupa beli pasu baru ye bang, Raya dah dekat ni..., woha!