Jul 2, 2006
Anda Tercekik Tulang?
(petua tercekik tulang-sebuah kisah benar)
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
85 comments:
hahaha. tu betul ke sunnah nabi? macam tak percaya je.
oleh kerana saya tiada kerja sekarang, saya nak copy paste lagi hahahaha
``sekarang ni saya nak bagi makan cili pada sapa2 yg baca blog dan komen kat blog ni dgn copy paste komen yg telah saya bagi dlm entry yg bertajuk Apa kerja sebenar anda?
kerja saya ialah mencari jalan singkat ke sorga.
hehehe ade ke? tentu ada kan...
sorga senang masuk, tapi neraka payah pasal kene bunuh orang, kene rogol orang, kene minum arak, kene berjudi, kene menipu, kene mengumpat, kene perasan bagus drp orang lain, kene suka quote dan terang quran hadith ikut pala otak sendiri, etc etc. kan payah tu..."
sekian, terima kasih
---
hafizbar
yg superman return tu,hahaha..
aku pun pantang dengan org yg suap makanan guna tangan kiri..konon aturan la.apasal lak tak leh mkn steak @pizza guna tangan kanan.bukan kena bayar denda pun kalo tukar garfu sblh tgn kanan, pisau kiri..
muahahaha,, bro hamka, aku yg tengah down ni agak ceria pagi ni membaca coretan anda
superman returns...heeheehee!!!
Saya pun pernah tercekik tulang tapi tulang ikan ni halus. Cuba macam2 pun tak boleh lepas terpaksa pergi hospital utk keluarkan. alhamdulillah, prosedurnya cepat dan tak sakit...doktornya pun muda dan kacak pulak...hehehe!
jauh lagi perjalanan diorang gamaknya....
you are so funny!!
keep up the good work!Nak ikut jalan Rasulullah memang payah..sebab tu la dipanggil ghuraba'..itula manusia akhir zaman...
amanitium
He he he
Sila rujuk ustaz yg murshid..
Aku sedang belajar!!!
Terima kasih
---------
hafiz
semoga apa yg di sampaikan oleh (bukan) ustaz Hafizbar, dapat kita amalkan dan sampaikan, jumpa lagi ulangannya dalam kotak komen untuk post yg akan datang!!!
-------------
zwitterion
Boleh makan dengan tangan kiri sebenarnya..dengan syarat korang takde tangan kanan..
Serius!!!
----------
linanilza ...
Ceria-ceriakanlah diri anda selalu..muahahaha
Satu kenangan:…
Satu hari isteri ku bawakan kuih yang berwarna hijau…
Aku tanya: “kuih apa ni”
Isteri jawab: “kuih gulung”
Aku pelik: “kuih gulung?
Isteri pelik: “kenapa?
Tiba2 aku rasa sakit pada seluruh sendi, urat di badan aku rasa bergerak2. perjalanan darah dalam tubuhku bergolak dan berkocakkan, aku tengok urat ditanganku seolah olah tersembul seperti ular menjalar…yang peliknya isteriku tak nampak apa apa perubahan pada badanku…
Aku terjatuh menahan kesakitan…
Isteri cemas: “abang kenapa ni?”
Aku sakit: “aduh..aduh…jauhkan kuih hijau tu dari abang…”
Isteri sedih: “kenapa bang…kenapa boleh jadi macam ni?”
Aku sakit: “abang rasa panas…cuba awak bukan kan baju kemeja abang niee..panaslah..”
Sebaik sahaja isteri aku membuka baju kemejaku maka terpampanglah t-shirt ‘superman’..
Ohhhh..abang buat lawak ye..abang ingat ni kuih ‘krypton’ ke?
Aku ketawa terbahak2 ke ke ke ke…
----------
lilyputih
(((doktornya pun muda dan kacak pulak..))).
Entah-entah, doctor tu superman!!!
-----------
ontahsapo
jauh perjalanan menempuh dosa, luaslah neraka!!!
---------
kasturi
Walaupun begitu, mereka semua sangat sayang kat aku…
Keluarga aku selalu suruh aku balik kampung untuk sebab mereka rindu ngan lawak mayat aku!!!
saya suka membaca tulisan² anda.teringat pada seorang teman yg juga sering memuji² kebesaran ALLAH dlm setiap percakapannya. :)
semoga saya dapat amalkan lebih dari apa yg anda fikirkan..
terima kasih..
ps: kirim salam kat kawan engkau!!!
kepala serabut ngan report tak siap .. tapi lepas baca citer ko .. mampu lagi tersenyum depan pc nie ..
Tapi kalau tulang ikan Terubuk memang susah nak buang .... he he he..
Husein
Patutlah kerja tak siap, sibok baca blog rupamya
He he hehhh
Terima kasih..sin.
--------
Black..
He he he
Mak aku jarang masak ikan terubuk…
hamka...i miss u...bila nok mai DR pulok...
Selamat tinggal takumi...
aku terpAKSA PERGI..
Doakan aku, selamat tinggal DR...
:)
suka cara nabi makan.. penuh beradab dan berilmu.. hanya yg mengkaji segala perbuatan Nabi akan mengetahui asbab Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai suri contoh teladan yang terbaik bagi umat manusia..
Makan dengan menggunakan 3 jari perlu diperhalusi.. setahu ana, Nabi Muhammad s.a.w makan roti/kurma dengan 3 jari sahaja.. sejahil ana la.. tapi kalau makan nasi ana tak tahu.. 3 jari tue.. jari mana pula yg Nabi guna..
ana suka ikut duduk cara nabi waktu makan.. sebab bila duduk macam tue, kita makan dengan kadar yang sederhana.. tak lebih makan.. tapi tue kalau duduk kat atas lantai laa..
Sunnah Nabi penuh dengan ilmu.. bahagialah orang yg berusaha mengkaji, memahami, mengikutinya..
berbahagialah hamka..
+ akhie +
Hamka,
Coretan kali nie membuat aku tersenyum...
Tak sangka nkau ada hati nak jadi Superman...hehe...
Tapi sebelum nkau berjaya jadi superman, ibumu dah jadi superwoman dulu.... ;p
aku pun nk ckp gak psl Nabi SAW (sebagai org arab) mkn simple bukan mcm kita mkn nasi campur... klu pagi2 kita mkn kuih, mmg jelas kesopanan klu mkn dgn 3 jari... bygkan klu kita pegang karipap dgn kelima2 jari...dan bandingkan klu mkn dgn hanya 3 jari yakni jari ibu, telunjuk, tengah...
cth yg hamka bg mcm cina mkn dgn hanya 2 chopsticks tu kelakarlah.. bolehlaa mkn nasi dgn 2 atau 3 jari (mcm cina ngan 2 sticks) tp kena la angkat pinggan ke mulut..! klu byk kuah, abis la baju.. hehehe
apa2pun mkn dgn 3 jari adalah sunnah Nabi SAW. Dlm mengamalkan sunnah, (cara/sunnah Nabi secara umumnya cara/budaya org Arab sbb Nabi seorg Arab yg hidup di bumi Arab pada masa itu, semuanya elok sbb cara/sunnah itu diilhamkan drp Allah) maka pandai2la sesuaikan dgn cara budaya kita. cara/budaya kita pun ntah mana2 dtgnya. drp ikut budaya kita yg kdg2 tu ntah apa2, baik ikut sunnah Nabi SAW...
hamka, apa hukumnya klu kita ckp "ITU CARA MAKAN ORG ARAB, DORANG MKN KURMA NGAN ROTI JE BOLEH LA" (tanpa niat menghina cara/sunnah Nabi) bila kita ditanya "knp kau tak makan guna 3 jari jek mcm sunnah Nabi?"
mcm mana sunnah Nabi mandi? air perigi yg diceduk dgn timba? Nabi basahkan bahagian yg mana dulu? last dgn bahagian mana? brp lama mandi? brp kali sehari? hamka tolong huraikan klu ada maklumat...
pakaian superman tu kira menutup aurat tak?
akhie
:)
(((berbahagialah hamka.)))
AMIN..SEMOGA ALLAH AKAN BAGI PADA AKU LEBIH DARI APA YG ENGKAU SANGKAKAN.
----------
nabilah
Senyum itu sedekah…
(graveville)
---------
irsha
Nabi ajar doa makan, tanpa menuju kepada mana2 makanan, tak kira, nasik ke roti ke, burger..semua kena baca doa tu…macam nak unta gak, kenapa tak naik unta ? bukankah itu sunnah nabi?, di sini hikmahnya nabi ajar kita doa naik kenderaan..buka doa naik unta, so takde masalah..
Ingat !!! dlm solat kena baca al fatihah dalam arab, jika korang nak baca dlm bahasa Malaysia kerana alasan lebih kushuk misalnya, maka solat korang tak sah..dulu kat turki, azan bahasa turki..apa sudah jadi? Kita ni wakil Allah..sebagai wakil pihak kahwin misalnya..korang tak boleh suka2 tukar nilai maskahwin..rosak majlis, begitu jugak ugama…aku ada tulis dulu panjag dalam;
-Apa itu sunnah
-Apa itu bidaah
-Kenapa wujudnya mazhab..
Sebaik2nya rujuk ustaz…
Pasal makan nasi, aku biasa buat macam ni..tiga suapan pertama dengan tiga jari, kemudian baru 5 jari, …kalau tak nak buat, dok diam2 saje sudah..tak payah komplen amalan kekasih Allah..takut Nabi tak menagaku Ummat…
Pasal mandi..lain kali aku tulis..tak janji..insyaAllah
Eh, dah mandi wajib ke belum..?(alhamdulillah dah)
-------
Najwa Aiman
Dari pada belakang..kira menutup auratlah…he he he.
(seperman berkain pelekat?)
assalamualaikum..
wahai saudara seagama dgn ku,
sy telah baca kisah trcekik tulang 2. alahai mmg awk ni jenis suka wat lawak tp dlm lawak awk 2 trselit pengajaran tau...
sy beto2 suka..sy rasa lh awk ni seorg y ceria..kalau ditakdirlh sy brjumpa dgn awk pasti sy tak berhenti ketawa..
sekurang-kurangnye hilang sedih pilu dihati sy..awk mmg boleh menggembirakan org..
semoga Allah swt memberkatimu selalu...
Amin....
Di sebalik senyuman ku ini ada duka dan air mata...isk..isk..
terima kasih kerana menghargai...nampaknya :
"kehadirana ku di iktiraf"(pinjam kata2 naruto)
(apabila aku menangis, hingus berleluasa di hidungku)
ko karkun ye...aku syor ko gi dzoelhakim.blogspot..karkun 3 hari jer......
Aku seorang hamba allah yg sedang belajar jadi baik..
aku shor kat engkau email lah aku!!!
salam
huhuhu... barakallAllahu fika..
Doa untuk ummat k.
-nas-
jgn luper bila kuar 3 hari nanti doa untuk semua pengunjung blog anda ini k.
Nas?
sape nie? emaillah aku.
sumer mana kata dunia untuk orang kafir? Kan Allah perintah umat islam jadik khalifah didunia?
Bila dan dimana orang kafir diinyanya oleh umat islam,berbanding kafir inyanya umat islam?.Minta fakta !
sory aku joint..sbb aku dapt blog dari kawan aku punya adik punya kawan punya kakak tiri..he.he..memang cite ko lawak lebih lawak dari lakonan saipul apek...lepas ni aku nak tunggu cite pasal mcm mane Nabi mandi,aku memang suka mandi suka duduk dlm blik mandi lame-lame dgn stle mandi aku sndri la..
Nak komen ada peraturanya..
Bagilah nama sebenar atau nama samaran..aku tak kisah…
Anonymous 1
Aku cadangkan kau bagi sumber yg mengatakan aku tak betul dulu, baru aku bagi sumber kemanusian manusia..he he he..nak sumber, kena ada sumber yg nak tu dulu..
Anonymous 2
Nanti dengan izin Allah, aku tulis pasal mandi/tidur/bersetubuh dll cara Nabi..insyaaAllah
amin…
:)
Hamka,
Aku nye yahoogroup group duk circulate citer cekik tulang ni...
and ramai tanya sapa hamka ni??
so kebetulan (aku tak percaya pada kebetulan) aku kenal, so aku pun jaja la nama blog ni...
hahaha..
so that kita semua bleh share ilmu nak jadik klakor or nak jadik superman kan??
syabbas..teruskan usaha..
hucs
dah lama kau tak tinggal komen..:)
terima kasih..
apa2pun, Superman memang kelakar sebab pakai spender kat luar..tapi bila berlakon filem superman, heronya boleh dapat juta2..dah tak kelakar lagi..dah jadi profesional pulak..oh..
hamka, coment no 1 tu aku tak fhm la...
coment 2=ko nak bagitau bgmna cara mandi,tidur,bersetubuh dll pasal Nabi,bagus tu,lps ni setiap perbuatan kita mengikut apa yang dibuat oleh Nabi.
abang
maksudnya..sila rujuk ustaz
:)
aku pun!!!
aku sedang belajar dan banyak yg tak betul..apa yg salah tak payah ikut..lebih baik kau bagitahu kat mana aku salah dan hujahnya sekali..akupun nak tahu gak isk..isk..
bab bes bola itu hari, tgk Zidane tanduk dada.
Aku menangis bersama jerman dengan lagu..
"suratan bukan kebetulan'..oh..
aku pernah gi satu pusat dakwah yg terbesar kat kl ni kat Sri Petaling,hamka tau tak tmpt tu?aku dapt bayangkan kalau semue org kat Malaysia ni ikut sunnah Nabi agaknya setiap masjid dinegara kita ni macam kat Sri Petaling tu lah,yang aku tak dapt lupakan pegalaman masa tu ialah kami tak makan dgn pinggan tapi pakai dulang,org kita diluar sana blh kah terima budaya makan mcm tu?
salam
apakah dia agama?
agama ialah seluruh perintah dan larangan Allah swt serta kehidupan suci murni Nabi Muhammad saw,
apakah usaha agama?
usaha agama ialah satu kerja untuk mendatangkan cahaya hidayah ke dalam hati agar sentiasa teguh tanpa berbelah bagi untuk mentaati agama ini-iaitu Islam.
untuk memberi faham pada pengunjung blog hamka mengenai usaha agama, hamka kena selalu ajak, menyarankan, pujuk rayu, doa nangis, tasykil dan etc, kepada semua tentang amal agama.
amal agama yang paling besar ialah solat kerana itulah amal yang pertama-tama disoal di alam akhirat.
untuk tunjukkan satu usaha mementingkan solat sebagai satu amal yang besar, masjid Sri Petaling adalah satu contoh majmak atau jemaah yang ramai bilamana pada solat waktu Maghrib dan Isyak ada ramai orang solat berjemaah beramai-ramai seolah-olah Solat Jumaat pula. (Hal ini dapat disaksikan pada Malam markas iaitu pada hari Sabtu malam Ahad)
Pada setiap lelaki atau suami yang ada mata hati akan berkata 'alangkah baiknya jika keadaan sedemikian berlaku di kampung, taman, kolej, tempat kerja saya.. oh Allah, keinginanku ialah untuk solat diawal waktu secara berjemaah dan di tempat dimana azan dilaungkan ..-amin'
Pada setiap gadis dan isteri yang ada mata hati pula akan berkata 'alangkah baiknya jika lelaki yang pergi ke masjid, surau itu adalah mereka terdiri daripada adik lelakiku, abangku, ayahku dan wahai Allah.. pilihlah antara mereka itu suamiku didunia dan diakhirat...-amin'
-nas
abang
Dulu aku kerja kat bangi..selalu gak gi situ..best.paling best dengar kutbah jummat dia..pendek..lengkap dan best...tapi lepas tu nak sedekah,(akulah lelaki beriman kononnya) takde tabung..baru aku tahu masjid tu takde tabung...dan takde pintu!!!
lepas tu pergi kanti..huh, takde meja..best..makn dalam talam best...semua bestler..he he
-----------
Insan Kerdil
Kirim salam kat datok engkau..errr, apa alamat blog engkau?
jom pergi Tanjung Lumpur !!!
masa baru kahwin sellau pergi dinner kat situ...
:)
-----------
Nas...
salam
BENAR!!!!
AKU SUKA NI:
((((Pada setiap gadis dan isteri yang ada mata hati pula akan berkata 'alangkah baiknya jika lelaki yang pergi ke masjid, surau itu adalah mereka terdiri daripada adik lelakiku, abangku, ayahku dan wahai Allah.. pilihlah antara mereka itu suamiku didunia dan diakhirat...-amin')))
AMIN!!!!
aku melompat secara maya dan jumpa post aku telah di masuk ke dalam blog gelihati, cerita lucu...
aku copy/paste komen org kat situ..
dan aku cadangkan kalau tak paham, pergi rujuk ustaz..
dipetik dari gelihati tentang post tercekik tulang...
------------------------
Lawak gila... tergelak besar aku..
din | 07.13.06 - 7:04 pm | #
-------------------------
lawak apa nya, main2 dgn sunah nabi..
? | 07.14.06 - 6:58 pm | #
----------------------------
sila rujuk ke bahagian di mana penulis sebut pasal doa makan..iz dat a true fact? i've never heard it b4.. that must b wrong, realli!! those u have juz read this, u better b careful!
e' guy | 07.14.06 - 7:12 pm | #
-----------------------------
lucu tapi penuh pengajaran.tapi kena hati2 takut orang salah faham.mempersendakan sunah nabi.
hanom | 07.14.06 - 9:27 pm | #
-------------------------
mukaddimah yg panjang..
shah | 07.15.06 - 12:13 pm | #
-----------------------------
bagus2...
ana | 07.15.06 - 3:15 pm | #
10:28 PM, July 15, 2006
Benarlah wahai insan kerdil....
eh,,apa alamat blog engkau ?
wah hamka crite tercekik tulang kamu semakin hangat diperdebatkan,ala dorang tu pandai cakap je hamka,aku sokong lawak kamu,ade lawak lagi tak,lawak kamu boss aku pun tergelak bile bace,slamat aku dari kena marah kat boss aku bile aku fowert kat die,he.he.
bang...
kirim salam kat bos engkau he he
takde kerja kosong ke?
pasal post kau boleh baca: "apa ada dalam hidung'..
hamka, keje kosong ada kerja cuci cermin tingkap bangunan opis aku..he.he..
tentu kecik hati dan tercekik tulang mana-mana pencuci bangunan bila baca komen engkau...isk..
ps: aku seorang pencuci...
Yang penting halal...
maaflah sape rase tersinggung ye,sebenarnya abang tak berniat nak kecik kan hati sape2..maaf skali lagi...
memang kerja tu hll, lebih halal dari keje sektor...balik keje sharp kul5 dah balik,sabtu cuti,tiap taun dpt bonos,tp mereka masih komplen..
Tau takpe...
Hamka,setelah aku dok baca blog-blog ko tu sedikit sebanyak menginsafi diri aku ni..
Kepada pembaca dan pengkomen blog hamka terimalah `Kian dari Mawi World.....
Kianjauh,kian hilang,
Kasih antara kita,
Nampak tenang pada zahirnya,
Tapi batin tersiksa,
Yang terguris tak nampak dimata,
Yang terhiris terluka,
Sesekali terbit air mata,
Tahan sebak didada...
Kemana kah nak dibawa,
Resah kian melanda,
Dimanakah hendak ku khabar,
Pilu didlm dada..
Bila kasih dihujung nya nyawa,
Rasa ingin dimanja,
Perasaan pun kian tersentuh,
Bila rindu ini berlabuh..
Apakah yang dikejar dlm hidupmu,
Berkali ku kata pada mu,
Kita singgah didunia yang sementra,
Penuh tipu daya..
Yang kekal disana,
Biarlah kita bersama,
Usahlah hanyut terus terlena,
Kerana dunia........
Terima kasih dari Hamka next world..hihihi
`Dunia,dunia jugak,tapi akhirat jgn lupa'...itu kata2 dari Mawi World..tersentuh sangat jiwa abang bila terbaca surat khabar sejak keblakangan ni..apa tidak nye dari berita dunia hingga lah berita hiburan tempatan..yang Lubnnan sane peristiwanya spt sebuah filem aksi yang bakal menggegarkan pawagam2..di Indonesia pula Tsunami berulang lagi,di negara kita pula seorang kerabat diraja membunuh ibundanya,kematian seorng pengacara rancagan kegemaran ramai Roda Impian meniggal secara mengejut...subhanaallah....so pesoalan pokoknya adalah MATI...adakah aku dan kamu semua sudah bersedia menghadapi mati???
hihihi aku dpt tau blog nie dari blog gelihati....
penuh pengajaran... seronok kekadang lihat sesuatu dari sudut yg berbeza...[[ baik aku berenti tulis, nnti aku sendiri pun tak faham apa aku tulis ]]
abang
kau Tanya: adakah aku dan kamu semua sudah bersedia menghadapi mati???
Aku Tanya pulak: adakah aku dan kamu semua sudah bersedia menghadapi mayat???
----------
mineral
hihihi gelihati....
selamat datang!!!
menghadapi masa utuk menjadi mayat tu belum bersedia tapi pernah terpikir dlam hati setiap kali terpandang kereta mayat..`bila aku akan merasa dibawa oleh kereta itu..'
sat gi nak pi makan...
baru tau..
*** bismillah,barakatillahhh ***
sedapnya makan, kesian kat penceramah kerana tak jemput makan..oh!
greng says...
makan tangan kanan dapat pahala ibadah kerana ikut sunah, makan tangan kiri tak berdosa...
ps-kalau makan dua-dua tangan serentak?
itu bukan makan... mentekedarah gamaknya hawhawhaw..
kalau makan dua tangan itu tabiat binatang namanya, he he he
macam berok, kucing, harimau dan apa-apalah..
basuh dua tangan, kutip tangan kiri, makan tangan kanan, kalau jatuh boleh kutip dengan tangan kiri...
aku pun tak pandai!!!
selalu menketedarah..
agak r citer ni..dah baca 2 3 kali pun ttp rasa aura dia..tp bnda yg aku tak tahan bila aku baca komen kat blog2 yg ada siarkan citer ko ni..payah kalo org yg tak arif bab ugama masuk citer pasal ugama..yg sempat aku tegurla..yg rasa tak kuasa nak tegur tu(sbb asyik kena maki) apa yg boleh buat just senyum and sabo jek..
tak guna marah2..nnt kiter sniri dapat dosa sbb tak kwl nafsu amarah.."bukan sng nak senang"(motif kbnykn blog aku)
aku suka di caci, di kutuk dll secara maya, aku banyak belajar jadi orang dengan cacian...
terima kasih berkongsi duka dan suka
he he he
terbaca copy an artikel ni kat darul bayan,
mintak izin nak copy gak, 100% kredit pada tuan asal..
apa2 pun, mmg sempoi la..
Assalamualaikum wr wb tuan empunya blog,
ana nak minta izin untuk war war kan blog anta pada kawan kawan ana.. boleh ke?
interesting blog bro.
salam.
aku ngantuk sebenanya tp bukak jugak blog kau. terus tak ngantuk. (sambil-ketawa-ahahaha-yg-mak-mentua-tgk-akan-terus-reject). lawak la kamu nie. ntah pape.
akupun slalu duk mcm tu. hatta atas kerusi sekalipun. kdg2 tak makan pun duk mcm tu gak. kerana sudah terbiasa kat rumah (kat umah sume makan duk mcm tu), kdg2 aku lupa aku tgh makan kat kedai. or aku sdg berada di ofis hinggala ada sorang pakcik tu tegur. 'ada plak anak dara duduk mcm tu, tak sopan sungguh. patutla takde pakwe' 'uh pakcik, sudah terbiasa, lgpun nabikan duk mcm ni. tak baik tau kutuk nabi. biarla takde pakwe pun. bukannya mati' jwb aku dlm hati jela. kang jwb betul2 ada unsur2 melawan kata org tua plak. jd aku sengeh dan diam sambil slow2 turunkan kaki kanan n duk bersila plak atas kerusi tu. tupun kene marah jugak. buruk ke anak dara duk bersila atas kerusi?
seingat aku makcik dalam cerita ini sudah tiada kan. (aku baca dpd yang latest punya entry tp skang tukar dpd yg lama plak). takziah.
aku dan kau pasti dan pasti akan ikut jejak langkah makcik ni. cuma taktahu bila je lagi.
doa hidayat untuk semua umat. sampaikan kebesaran allah lagi dan lagi sampai tiada lagi.
Aku telah lama kelakar, baru hari ini kamu ketawakan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?
itu ayat yang kat belah kanan atas blog kamu ni. aku dah baca dah yang itu. kira sudah mendapat warning awal tapi aku tergelak jugak.
kamu membuat aku menangis dan ketawa.
alamak, kantoi, he he
bole gak kn bce doa yg (allahumabariklana(smpi abis)) 2 dulu n then continue ngn bismillah..,barakatillah...
boleh.., sebab dah nampak makanan
: )
bayak2 entri hmaka, ader gak yang klaka...hahahah
ada jugaklah satu yang kelakar, kan?
encik hamka rupanya yg tulis bende nih tp sy baru je tau pttla mcm pnah bc...xingat sy baca kt mane..
papepon encik hamka tahniah sbb tulis blog yg sedikit sebanyak beri perubahan kt diri sy..ruginya baru stat baca blog ni tahun ni..(ni tgh bace dr awal) :D
selamat naik keretamayat
Hahahahahahahaha 236. Tak tahan ketawa. :D :D :D
mak mertua aku pesan kalau tercekik tulang letak air diatas tutup periuk nasi selawat 3 x minum air tadi insyaalah
owh... akhirnya baru aku tau email yang aku dapat pasal tercekik tulang tu dari sini.
punyalah lama baru tau.
ngeeee...
Doa tecekik tulang :
Bace pd air mineral (sebaiknya), isyarat ludah pd air, minum, baki sapu sikit pd leher.
Insya'allah...
Surah al-Waqiah, ayat 83.
فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ
Gilo la..haha. Ari 2 p0n tcekik tulang jgk,nagis2 dpn rzeki. Sakit gila k0t..mcm nk jd myat dh. Pas2 kwn suh munth kt sink,j0lok2 tkak. Dh mcm bulimia plak. Hoho..smpah la sy x uat mcm hamka sruh. Coz ari2 mkn kt cfe. Krg org kte gila plak. Huahuahua..
ha ha ha
slm..ana nk minx izin enta tuk shre entri ni ngn shbt ana..bley kn??
boleh..., : )
salam
baca semula entri lama
teringatkan makcik tua tu, & makku
moga mereka diampuni & dirahmati Allah di alam sana.
hehehe...terima kasih kisah anda...
sya nk ketawa je tau...
syabas!
hahahaahaha!!!!!!!!! (bergulini-guling)
hamka...hamka...kelakarnya cite ko ni, isteri aku ketawa sampai kuar airmata...dia kata teringin nk kenal ahlia ko
ha ha
ada dalam buku tu, entry wajib nih, he he
Post a Comment