Jul 17, 2006

Nak masuk islam tak?

(Kenapa orang kapir tak nak masuk islam..)

Pada suatu hari...Aku dan mamat berjalan-jalan cari makan…
“jalan-jalan cari makan?”

Aku rasa macam binatang pulak bila jalan-jalan cari makan..sepatutnya jalan-jalan pergi makan..he heh..
Emmm…nak makan keropok rasanya..di jalanan berjumpa dengan sahabat lama seorang non-muslim. (Aku harapkan dia mu’alaf..oh..)

Tanya si mamat:
“kau masih kapir?”

Si dia benarkan jawapan mamat..

Nota; si kapir ni kawan rapat kitaorg..sebab tu tak kisah jika bertanya kau ni masih kapir ke tak..harap maklum!

Kemudian kami bertiga sama-sama jalan-jalan cari makan, er..maksud aku jalan-jalan pergi makan…

Di kedai makan kami bercerita pasal kerjaya, anak-anak, pendapatan semasa, filem -filem terkini, isu semasa dan beberapa perkara merepek..

Aku mengubah topik dengan bertanya pada si kapir tu: “kenapa kau masih kapir?”

Nota: aku bertanya begitu sebab dulu dia ada azam nak masuk islam, pandai baca bismillah, alhamdulillah, selalu mengucap kalimah tauhid , bagi salam , membaca buku-buku islam dan lain-lain-..harap maklum.

kemudian, si engineer itu,(non muslim).. telah bagi hujah dan alasan kenapa dia masih kapir (sepatutnya aku tulis: dia masih tidak memeluk ugama islam-lebih harmony dan rasional rasanya-oh)..

Aku ingat nak tulis alasannya dengan penuh ilmiah kat sini..tapi panjang sangat, antara sebab dia tak masuk islam walaupun dari segi teori islam itu indah adalah kerana dari segi amali(practical) org islam mempunyai rekod yg buruk seperti pengganas, penzalim, perompak, pembunuh, perogol, penagih dan lain-lain…

Aku pendekkan cerita…
Selepas kami berpisah..aku bertanya kepada Mamat..

“Orang kapir sekarang bukan sahaja tak nak masuk islam, tapi mereka takut nak masuk islam, kau tahu kenapa?”

Mamat cuba menjawab tapi di halang oleh aku kerana aku tidak berniat untuk mendengar jawapannya..

Sambungku…

“Ada sebuah kereta keluaran proton terbaru… proton NEO, cantik, sport rim, special edition lagi..engkau nak naik tak ...jika pemandu proton itu org yang gila!!!

Mamat menjawab: (aku telah padam jawapan mamat, he he he)

Moral:
JADI… HARI INI ORANG KAPIR TAK NAK MASUK ISLAM KERANA RAMAI ORANG ISLAM YANG GILA..!!!
err..maksud aku gila dunia, gila duit, gila kuasa, gila politik, gila SMS, gila hiburan, gila pangkat, gila bola, gila isim, gile memblog dan gila-gila remaja !!

(semoga aku dan korang tidak menjadi org yg gila..gila akhirat takpe..he he, tau takpe!!!)

Ps: Ramai org menjadi gila bila org yg tersayang menjadi mayat..oh..

27 comments:

Anonymous said...

Aku banyak jugak buat kerja gila..oh..

Anonymous said...

assalamua'laikum wrt,

hamka, hang tanak ka masukkan Lina joy + kuncu2nya (Michael Wong, Angela C. Wu, Steven Thiruneelakandan, Cyrus Das, Professor Li-ann Thio, Benjamin Dawson) ke dalam "harm car" hang?!

Najwa Aiman said...

yang islam tapi nak keluar jadi kapir pun berlambak skg... kita je yg tak tau...

macam org yg dilahirkan dalam proton neo pastu nampak bmw kat sebelah...

pastu dah dok dlm bmw ternampak pulak mercedez kat sebelah lagi...

akhirnya semua orang naik kereta mayat jek... van toyota atau nissan kaler putih... mudah2an bukan kaler hitam yang dindingnya kaca see-through....

Hafizbar said...

oleh kerana saya malas lagi, saya nak cakap terus je la. sapa2 yg belajar agama kurang 10 tahun... tak perlu nak tafsir quran/hadith ikut pala otak sendiri.

hehe utk makluman kpd sapa2 yg berkenaan.

sekian terima kasih

---
hafizbar

hamka said...

Anonymous
Waalaikumusallam w,

walaupun bukan semua org dapat masuk “harm car”..tapi mereka tetap jadi “harm”..
Kau dan akupun…

-------------
Najwa Aiman

Wah..sukanya aku,,kau memanjangkan lagi tamsilan ini..best!
Ramai org tak nak naik van toyota atau nissan kaler putih, walaupun pemandunya bukan orang yg gila..isk..isk…

--------------
hafiz

bagi aku , dah belajar 10 tahunpun masih tak boleh nak tafsir quran/hadith ikut pala otak sendiri.

hehe utk makluman kpd sapa2 yg berkenaan.

sekian terima kasih

Anonymous said...

kesian... dah la buat kerja gila, ikut pula orang gila pastu jadi mayat orang gila ha.,,ha,,ha
gila,..gila

makluman untuk sapa-sapa berkenaan

Anonymous said...

Assalamualaikum, ada kwn suggest baca blog ni, menarik katanya, and she's right. Byk orang Islam harini tak tunjukkan keindahan Islam ,, Islam hanya pada name, tapi perangai takde dgn yg bukan Islam. ..

Blame the driver not the car, blame Muslim, not Islam!

Anonymous said...

saya gila berlagu

Ted said...

hehe..yups betul..tapi alhamdulillah, aku tolong kawan aku masuk islam sorang...


biar dia cuba rasa nur islam..aku jahat juga la.

rata-rata adalah kerna org islam sendiri yang tidak menggunakan islam itu.Tapikan, ni adalah soal kuasa tuhan, hidayah pada makhluknya supaya berpaling dan memeluk islam..

hamka said...

Ustazah rock..

Bagi perempuan ada yg gila meroyan..apa tu?

---------
Adina

Naik keretamayat memang best bagi org yg beramal soleh…
Errr, maksud aku van toyota atau nissan kaler putih..he heh!
Tapi tak best bagi org yg tak puasa pada bulan puasa…

----------
Gitartong..

Lama tak datang sini? (padahal aku pun lama tak singgah blog engkau…oh)
Apa-apapun, aku dapat idea nak tulis post ini bila dengar lagu wings..
‘Hukum Karma”..

Ps: selamat jadi ayah..:)

-----------
Ted

Bertuah org yg Allah guna dia untuk ajak satu org kapir masuk islam..
Dan lebih beruntung lagi org yg ajak satu org islam yg jauh dari Allah kepada Allah..
Ganjaranya seeprti mengislamkan sepuluh org kapir..
Kepada Allah kita memuji..

Anonymous said...

apa ukuran islam?
apa ukuran kafir?

mungkin terjadik tak, orang islam tu lagik kuat kafirnya dari orang kafir?
atau
orang kafir lagik kuat islamnya dari orang islam?

ontahsapo said...

masih mencari kegilaan aku....

hamka said...

Fahada
Cuba kau jawab soalan aku pulak…
apa ukuran kaya?
apa ukuran miskin?

mungkin terjadik tak, orang kaya tu lagik kuat miskinnya dari orang miskin?
atau
orang miskin lagik kuat kayanya dari orang kaya?

Moral; Kalau nak kaya, baiklah beli roti dan kaya…

---------------
Ontahsapo…

Buatlah hubungan dengan Allah sehingga org jahil mengatkan kamu gila!!

-----------
Insan kerdil...

Terima kasih kerana mengingati..terutamanya yg berpeluh tu!

ps: adakah aku gila seks?

Hafizbar said...

Wanita = menyebabkan badan kita berpeluh

hehehehe sokong 100%

lagi satu pasal belajar lebih 10 tahun maksudnya... dia ada belajar kesemua jurusan ilmu dengan sempurna bagi melayakkan dia utk menafsirkan al quran. dan tak semua yg layak adalah layak. ingat tu...

utk makluman kpd sapa2 yg berkenaan.

sekian terima kasih

---
hafizbar

BooK said...

hamka:
ahmad deedat kata. islam macam kereta. kalau kereta itu bagus. selamat. dan segala jadah nya lagi yang positif. tapi kereta tu eksiden. mesti orang salah kan drebar. bukan salah kan kereta.

tapi nak buat camna. ramai drebar tak naik pun kereta tu. depat tolak je. tak mau naik betul-betul.

soalan kerja rumah: aku di takat mana?

hamka said...

hafizbar

Masa aku mula2 jumpa isteri aku, aku berpeluh peluh..
Lama-lama dah tak berpeluh..
Tapi bila tinggal beberapa hari, berpeluh balik..
Moral: sayang isteri tinggal-tinggalkan.. barulah berpeluh!!

----------
BooK

Satu org alim bagitahu..hidup ini ibarat kerepi, gerabaknya adalah jam, minit dan saat..orang yg keluar masuk adalah amalan yg kamu isikan,..sekarang terpulanglah untuk menyibukkan diri kamu dengan apa kejadah benda…semuanya akan di soal? :

Kalau kau cecair..kau ada takat didih atau takat lebur…

Oleh sebab kau manusia kau belum berada dalam takat yg baik lagi, kau kena banyak buat pengorbanan dan belajar lagi..he he he AKU PUN!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Hari ini ramai 'yang tak gila tapi gila' dari 'yang gila memang betul2 gila'...

ahh...boleh gila kalau difikir-fikirkan...!

Anonymous said...

Sorang officemate penah tunjuk gambar dia attend wedding with her hubby. Ada satu gambar, dia tgh hug pengantin lelaki (sbg ucapan tahniah), and the hubby kat sebelah tgh senyum tgk depa. Mmg western style la. Saya cuma mampu bersedih sbb hubby dia melayu Islam, dan dia sendiri mu'alaf. Cemana nak ajak dia kepada Islam bilamana org yg bert/jawab bawak dia masuk Islam membenarkan cara hidup yg tak byk beza dari cara hidupnya seblm ini?
Note : Saya sendiri ada sket gila (gila2 bola).. oh!

Zackyun said...

erm,ataupun org kapir tu takut nak naik kereta berjenama islam sebab selalu nampak macam kereta 'mayat'?

padahal kereta mayat tu bukan macam kereta kertas yang dibakar time hari kematian..

kereta mayat aa yang paling advance wok!

tp yg ironinya,org islam skrang(bukan semua) pandang agama depa macam ambulans lak..naik bila terdesak/sakit/nazak..tak gitu?

tak kisah ape2 keta pun,yg penting...destinasi kita ke syurga..=)..dan satu2 agama yang benar adalah Islam..

p/s:aku gila gak..tapi aku nie gila tahap waras kerana masih boleh berfungsi..haha(ketawa org gila)..

hamka said...

blackpurple

Aku di besarkan dengan majalah gila-gila…

------------
celiktapibisu

di sini semua org islam kena main peranan, iaitu saling kunjung mengunjung dan nasihat menasihati..terutamanya yg mualaf…
Note: gila bola? Semoga dapat kubur Conner lot .. he he he.

----------
zackyah fimiyun

betul jugak tu..macam ambulance..tapi bila org islam naik ambulance..kerana tak paham ugama, mereka berhenti di lampu merah..oh…

Har hrar har..ketawa puntianak gila..

Ps: mana puntianak? Aku nak cabut paku kat tengkuk!!!!

hamka said...

LAIN KALI AKU NAK PASTE APA YANG KAU KOMEN HE HE HE

Anonymous said...

tolong aku!!! aku nie kan.. banyak dah paham ayat2 pasal syurga neraka..
tapi kadang2 aku tak de kekuatan untuk menolak panggilan hawa nafsu..
macam mane nie!!!!!??????
aku takut masuk neraka..
kiamat nak dekat..
keje dakwah pun aku buat sikit jerk..
aku takut aku makan diri sendiri!!!!
tolong bagi aku semangat untuk teruskan kerja dakwah aku n tak ikut hawa nafsu!!!

hamka said...

ingatlah mati banyak banyak, aku pun.., ingatlah mayat..., boleh beli keranda letak depan rumah, beli kain kapan buat selimut.., just ingat, esok kita dah nak jadi mayat..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aku non muslim. abg ku dah masuk islam n slpas itu aku dan adik2 yg lain tlah dhalang skerasnya oleh keluarga besar ku. n aku tfikir nak masuk islam. tp aku tkut. tkut xda org nk bimbing. tkut kemarahan keluarga. n yg pling aku tkut, aku nak tp entah perasaan tkut itu tdk akn berakhir shingga aku tdk smpat menukar kpd agama indah ini. tolong aku. slalu bmimpi aku akn mati dan tdk tenteram slgi yg 1 ini tdk ku buat.

hamka said...

duduk area mana? malaysia ni mudah nak masuk islam sebab ada jabatan ugama, tapi ofoi hourlah, so dik, jam 8 hingga 5, pergi sana, dan bentang masalah, insyAllah mereka akan tolong..

jika nampak jemaah dakwah sedang iktikaf di surau, mereka avalaible 24 hrs, boleh minta bantuan mereka.

yang penting jangan putus asa, dan kena cepat sebelum naik keretamayat.

insyAllalh, dah masuk islam, boleh aku hantar kamu ke tanah perkuburan islam lain tahun insyAllah, : )

hamka said...

dan aku cadang, lepas masuk jer islam, terus 'keluar' berdakwah dengan niat belajar suasana iman 3 hari, orang di masjid sri petaling akan bantu, insyAllah.