Jul 6, 2006

Kenapa BEST tengok bola?

(Siaran ulangan)

Aku nak tanya korang:(just fikir positif)
Kenapa korang suka sangat tengok bola sampai sanggup tunggu walaupun jam 3 pagi?
Tentu ada antara korang yg akan jawab:
“Suka tengok skill diorang”
“Sebab david beckham hendsome!”
“Sebab diorang main penuh strategy”
Dan lain-lain..

Hakikatnya, walau apapun jawapan korang…sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya…dan semua pemain bermain mengikut peraturan...dan korang faham sangat dengan peraturan itu…

(siapa yg tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tidur!!!)

Kerana itu dalam mana2 perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan..lagi,untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yg di tetapkan…

Malahan jika korang nampak pemain2 buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menujukan santau kepada pengadil yg tak nampak kesalahan para pemain..Dan lagi, jika pengadil bagi hukuman yg tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!!!

Apatah lagi jika ada mana2 pemain yg telah di 'beli'..ohh,,lagi tak best!!!Walaupun begitu korang masih mengikut nafsu yg mana jika pasukan korang buat salah biarlah pengadil tak nampak atau pengadil bagi hukuman yg ringan sajer..tetapi mengikut nafsu korang juga sekiranya pihak lawan buat salah dan silap, korang jerit2 depan kaca TV bagitahu kat pengadil dan korang amat berharap agar pasukan lawan yg korang tak suka itu di hukum dengan hukuman yg berat!!!kad merah!!!!

13 tahun yg lalu, aku juga suka bermain bola sepak…jam 6 petang aku akan turun bermain kat padang hujung kampong, tapi permainan itu sungguh bosan dan bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan(boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halam surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yg berdekatan..apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak genster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang…selepas mendapat kecederaan lebih kurang..aku give-up..aku bosan bermain tanpa peraturan…permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yg main, oleh sebab aku bukan samseng atau alim...aku bermain permainan yg lebih selamat seperti bermain congkak, jongkat jongkit, batu seremban dan main bola di PS1..he he he, sungguh seronot bermain kerana ada peraturan..!!!

Malam karang, andaikan korang bangun jam 3 pagi dan tengok bola..yg takde peraturan, takde pengadil…bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan..ada gaduh-gaduh..darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,,ada yg berkain pelikat cap gajah duduk....best tak?!!!Huh!! Aku pun akan tutup TV mana mana game yg takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!!!!

(ingat Myteam menentang pasukan kebangsaan?)

Oleh yg demikian, hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan…

Dengan syarat,
KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..

Dewasa ini, ugama sudah jadi tak best lagi bila ummat ni sudah tidak faham dengan peraturan ugama...dan peraturan ugama ni, mestilah korang dan aku pergi cari sendiri pada guru2 yg mursyid...tak sama belajar ugama dari blog dengan berhadapan dengan guru..tak sama!!! ‘Feel’ dan kesan dia adalah lain.

Macam aku pernah cerita dulu, cuba korang baca cerita hantu yg bertajuk "Mayat Bangkit dari kubur” kat opis waktu kerja..ada korang rasa, takut? Ngeri?, tapi cerita yg sama jika di baca kat tepi mayat depan kubur waktu tengah malam jam satu pagi, diselangi dengan salakan anjing dan burung hantu..apa korang rasa? Takut bukan?..menggigil-gigil kepala lutut di buatnya…Begitu jugak belajar bab2 ugama ni, tak best jika setakat baca blog, baca buku, dengar lagu, atau tengok siaran lansung ehwal islam sambil kaki belunjur depan TV..macamana ugama nak jadi best?!!! Belajar ugamapun tak ikut peraturan!!!Korang kena belajar dengan penonton bola agaknya, macamana nak jadikan sesuatu tu best…

Kalau ada game bola, korang boleh tengok macam2 stail penonton, ada yg tengok kat rumah dalam tv, ada yg just nak tahu keputusan, ada yg just tengok berita, ada yg just baca surat kabar, ada yg tak pedulipun keputusan bola..tapi yg paling best, yg tengok bola kat stadium sambil jerit2, dan siap conteng muka lagi ha ha ha..itulah penonton yg paling best!...jadi kalau setakat belajar ugama dari blog/lagu/TV/dll terus nak jadi best…huh..korang kena banyak menangislah..(aku pun..)

Teringat aku kat mamat kalau nak main bola kat hujung kampung pun pakai jersey lengkap-aku kata, apa ke hal engkau pakai jersey lengkap ni..ni main suka2 sajer..sape yg pasukan dia dulu bolos, kena bukak baju..nanti jersey engkau pun kena bukak..dia kata :
"lantak engkauler..aku pakai macam nie, baru ada ‘feel’. Main bola!!!., "

Sebagai contoh, dalam peraturan menyelamatkan org yg lemas sungai macamana?
Eh ada org lemas..macamana nak buat ni?
Korang cakap: alah senang sajer..kita nyayi lagu yg bertajuk "bagaimana nak berenang"…he he he..tak sampai korus aku rasa si lemas tu dah mampos lemas dalam air…

Kemudian ada pulak org lain yg lemas…
Korang cakap: alah senang sajer , jika cara tadi tak berjaya....kita jemput pakar pencaramah pasal berenang, bagi ceramah kat tepi sungai nie…he he heh, mampos lagi sorang..

Kemudian sorang lagi lemas…Korang cakap: jika penceramah tadi gagal, kita kena angkat poster, tunjuk gambar bagaimana nak berenang… …he he heh, mampos lagi sorang..

Kemudian ada lagi yg lemas…Korang cakap: Kita campak buku bagaimana nak berenang kepada mereka…huh..!!!!

atau korang salahkan kerajaan..
Ini semua salah kerajaan ler nie, sebab kerajaan tak ajar rakyat berenang, tengok!! kan dah ramai yg lemas, jika tuan2 pilih saya jadi ketua, saya akan ajar korang berenang, ha ha ha...dah dah dah, jangan jadi bodoh dan bangang, nun kau nampak tak si mamat yg pandai berenang dah pergi terjun dalam air selamatkan si lemas tadi…itulah peraturan menyelamatkan ummat…bukannya guna otak atau baca buku terus jadi pandai keluarkan fatwa..cara ni sesuai, cara ni betul, cara Nabi dah tak releven , bla bla bla blaHHH…

Kita ni wakil Allah, khalifah Allah, apa kerja wakil Allah?, untuk ajak org yg jauh dari Allah kepada Allah, jadi cara atau peraturan nak ajak org pada allah adalah cara Nabi, jangan nak pandai2 buat pembaharuan atau bidaah…Cuba korang wakilkan aku suruh pinang siti Nurhaliza..korang sanggup bagi hantaran 7 dulang dan maskahwin RM 4000 ajer, sekali bila aku jumpa Siti aku ubah, jadi RM1000, aku ambik RM 3000 dan aku pulak ajak siti kahwin..korang marah tak???

TAU TAKPE...!

Jadi ingatlah korang semua termasuk aku, bahawa segala-galanya ada peraturan…
Nak bersetubuh kena kahwin,
Nak ambik barang org kena mintak izin,
Nak bukak akaun Bank kena isi borang,
Nak gosok gigi kena diam,
Nak berak kena menerang,
Nak anak kena pancut dalam,
Nak masuk neraka kena langgar perintah tuhan!!!
Itulah peraturan…

Satu org hamba Allah pernah tanya pada Nabi s.a.w.lebih kurang cam gini:“boleh tak saya nak berzina dan minum arak?”
Nabi SAW jawab lebih kurang maksud, dan Nabi bagi peraturan:
“boleh, dengan syarat engkau cari tuhan lain!!”
Org yg bodoh sajer yg tak paham jawapan Nabi lalu sanggup cari tuhan lain untuk berzina dan minum arak!!!

Ingat!!!, bahawa dunia ini adalah penjara org islam…best ke masuk penjara yg tiada peraturan..? malam2 kena liwat..esok kena jilat tahik..kena sepak-kena terajang, nak ke hidup macam tu?

Seorang non-muslim pernah bertanya:
“Nabi kamu bilang, dunia ni shurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok ada org islam yg jadi Manager syarikat di ‘penjara’(dunia) ini, sedangkan aku hanya menjadi kuli di ‘shurga’ ku…”

Aku kata:
“Jika nak di bandingkan kehidupan seorang islam yg jadi raja pun dengan kehidupan seorang ahli shurga, atau jika ahli shurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti org islam di dunia ini, maka pasti ahli shurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak, seks bebas (dalam shurga boleh minum arak dan seks bebas) tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan bekerja sebagai juruteknik sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupanmu bagaikan shurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”oh...

Wahai org islam, jika macamana senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat shurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini masih ada peraturan2 yg best seperti kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena ikut peraturan Allah seperti jangan minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina

Nota: bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh-harap maklum!

Biasa org yg duduk dalam penjara, mereka tak komplen rezeki yg warden bagi dan mereka yakin dengan rezeki.kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara.

Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti?” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.Jadi aku nak kaborkat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…

Dunia ni untuk org kapir, jangan berebut dengan mereka, jangan ambik lebih dari keperluan hidup. , sebab itu hak mereka..bila korang ambik hak mereka, mereka menjadi org yg teriniayai..dan Allah akan segera membantu mereka yg terianya! kerana itulah dunia jadi macam hari nie...Allah dah tak bantu org islam yg merampas hak org kapir!!!..oh..

Lagi satu dalam penjara dunia ini ada peraturan..asrama pun ada peraturan.., takkan penjara takde..Dalam penjara, tak boleh sesuka hati nak tidur, nak lepak, nak main bola, nak tengok TV, nak bergurau antara pusat dan lutut, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, basuh baju, dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut peraturan, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nanti!!!!-so, dalam penjara dunia ini, selamilah peraturan ugama dan amalkanlah...(aku dah penat membebel macam mak nenek)

Dan akhir sekali (aku dah cerita dulu, tapi takpe cerita ugama di ulang-ulang) org yg duduk dalam penjara , mereka rindukan dunia luar. Kalau korang tengok para-para banduan mereka selalu rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara…mereka selalu bercerita tentang dunia luar penjara. Kadang2 mereka menangis bila rindukan dunia luar mereka.

Mmmmmmmmmmmmm

Jadi aku dan korang semua, kita duduk dalam penjara dunia ni kenalah rindu hari akhirat sana, kena selalu cerita hari akhirat sana, kena buat persedian untuk keluar dari penjara dunia ini…kena hintung masa yang telah berlalu kerana;Hari ini semakin sempit untuk kita buat usaha masukkan diri dalam shurga dan semakin sempit masa untuk buatkan usaha selamatkan diri dari penjara yang sebenar-benarnya(Neraka) -pesan kat diri sendiri.

Hari ni org takut cerita pasal mati...setahu aku, yg jahil ini..hanya org kapir dengan org takde tuhan jer yg takut mati...no komen. apa, apapun, Apa yg berlaku seperti Jerman kalah, atau perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan…langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat…

Yang pastinya.. kat dunia ni takde warden yg pastikan korang ikut peraturan Allah, yg ada hanya IMAN. Imanlah warden kita..Warden kat dunia ada gaji yg khas..tapi untuk ‘Warden’ iman kita tu nanti, akan dapat ‘gaji’(ganjaran) kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik….inshaAllah……

Ps: Kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”….lebih sedih jika menuju ke neraka!!!

35 comments:

hafizbar said...

seperti yg diwar2 kan saya copy paste bende yg saya telah copy paste berkali2. nah ini dia....

Apa kerja sebenar anda?

kerja saya ialah mencari jalan singkat ke sorga.

hehehe ade ke? tentu ada kan...

sorga senang masuk, tapi neraka payah pasal kene bunuh orang, kene rogol orang, kene minum arak, kene berjudi, kene menipu, kene mengumpat, kene perasan bagus drp orang lain, kene suka quote dan terang quran hadith ikut pala otak sendiri, etc etc. kan payah tu..."

sekian, terima kasih

---
hafizbar

lilyputih said...

Terima kasih, Hamka!

(aku dah penat membebel macam mak nenek)...u menaip sambil bertutur ke? :)

p/s: sedih eh, Jerman tak masuk FINAL?

Hamka said...

hafiz...

aku tiru kau punya kenyataan:
'baca buku terus pandai buat fatwa'

heh!

-------
lilyputih

sama, sama..

aku menaip sambil membebel...heh!, membebel kepada jerman yg target penalty..nah ambik engkau!!!2 bijik!!!

sue said...

apakah bentuk emansipasiku, merupakan sebuah pusara?

(balada seorang teman by m.nasir)

-narapidana-

hamka said...

Sebuah pusara adalah baik untuk seorang mayat...

ontahsapo said...

byk yg aku pelajari dan byk yg perlu aku renungkan dr entry ni...tq

Hamka said...

aku juga sedang belajar...
setiap org wajib belajar bagaimana dpt selamat dar azab Allah!!!

siapalah aku ni..
ontahsapo ntah aku nie...

Anonymous said...

aku betul2 nk minta tolong ngan kau nih... klu sudi tolong tukarkan kaler background hitam tu. sbb time baca klu boleh aku nk cepat2 abis, langkau2 je sbb sakit mata daaa. rasa mcm dlm kubur yg gelap gelita. tp aku impikan nk g ke kubur yg terang benderang... klu boleh aku nk baca slow2 dan ulang2 baca.

hafizbar said...

erk... orang demand, aku pon nak demand gak ni:

kalau ko tak kisah, ko kekal kan la warna background hitam. dan tulisan selain warna hitam.

sebabnya?
(1) ruang lingkup (kawasan) yg terang adalah lebih kecil berbanding dgn kawasan gelap. katakan kawasan sebagai A. kat sini kita boleh buat persamaan:

A (terang) < A (gelap)
=> tiada masalah sakit mata patutnya

(2) bile backgroud gelap, tulisan terang... senang fokus bila baca

(3) best ape hitam
(4) hitam itu kualiti
(5) hitam itu mmg best

hihihi sekian terima kasih

---
hafizbar

Anonymous said...

incik hamka,
dlm tu awk tulih umat islam merampas hak org2 kafir.
x berapa faham sgt.bole tlg kasik cnth? mekasih.

TarakNama said...

sorry HAMKA...ana ambil citer anta letak kat blog ana...
ok kee...

nak buat camna manuasia akhir zaman hamka...sering di lghokan oleh yhudi dgn 3s...sport sing ....thahh lupa laa plak 1lg tuu...ko tahu kee...?

Hamka said...

Anonymous

Aku tak beberapa pandai nak edit sangat sebenarnya…macam kata hafizbar, sebenarnya bile backgroud gelap, tulisan terang... senang fokus bila baca ..aku rasa kau boleh besarkan screem kau, pergi properties dan ambil setting lalu adjust screen area..he he he…
Atau nak lagi..senang kau copy/paste dekat Microsoft world dan kau edit sendiri nak kaler ape..he he he..atau kau print dan kau boleh baca sambil menjimatkan bil internet dan letrik…nak tidur boleh baca ulang2 sampai bermimpi2 jumpa aku, atau jumpa mayat..itu jer…
Nota: sesungguhnya kubur itu gelap..membaca surah al sejadah dan al-mulk sebelum tidur boleh membawa kepada terangnya kubur..selamt ‘edit’ kubur anda!!!(aku pun)

ps: boleh tak kau letak nama samaran ke?

-----------
hafiz

tengok, ada org setuju gelap! Aku tak boleh memuaskan nafsu semua org, tempat memuaskan nafsu manusia, hanya dalam shurga..jadi bersyukurlah dengan nikmat tuhan..he he he..

Hitam itu menawan…
Ps: pernah jatuh cinta dengn gadis yg hitam manis!!!!:)

--------------
Anonymous

Aku bagi lagi satu contoh yg lebih dalam lagi…
Hari ini, ramai perempuan berlumba2 nak buat apa yg org lelaki buat..
Dalam wanita buat apa yg lelaki buat mereka melnggar pernitah tuhan..bukak aurat..bergaul dll..dan natijhnya, selain berdosa..Sampai org lelaki takde kerja..menanggur dll, sehingga org lelaki ni sengaja pulak merompak dan membunuh serta merogol untuk mendapatkan hak..
Nak kahwin takde duit, tekde kerja dan takde perpuan nak!!!
Begitu jugak ummat islam hari ni berlumba2 nak buat apa yg org kapir buat..
Sehingga melanggar perintah tuhan..besarkan rumah, besarkan kerata.., masjid jadi kosong..sedangkan kerja sebenar org islam ajak org kapir masuk islam..
Maka dlm dunia ni wujud org kapir yg benci dngan islam…mereka bukan ada keinginan nak masuk islam, tapi mereka nak bunuh, rogol, baker islam..maka mereka serang org islam…mana mahu lari? Pergi masjid? Org kapir bakar masjid..
Panjang nak cerita..just fikir..FIKIR!!! and action!!

-----------
TarakNama

OK. No problem punya…
Aku rasa S yg satu lagi adalah SEX,,betui ka?

S for Smallville a.k.a Superman!!!

en_mamat said...

Warden dunia mmg iman, tapi bukan kah elok nya kalo ketua warden ialah sebuah negara Islam yg menjalankan hukum Islam, menghukum banduan yg buat salah, tak kesah la hudud ke, takzir ke, qisas ke (mengikut hukum Allah), memelihara banduan yg lain ( juga mengikut hukum Allah)

hafizbar said...

kekekekeke 3s la, 5s la, 10s la. meh kita tengok apa itu s

s-sport (tapi layan gak bola, konon2 nak rapatkan ukhuwah dan penting bagi daie utk rapat kan diri dgn pemain2 bola HEHEHEHE)

s-song (tapi layan gak nasyid2 lembik, leleh, sh*t)

s-sh*t (suka pegi tandas dan buang sh*t lama2. nampak org lain nye sh*t adalah jijik dan memualkan. padahal diri sendiri buat sh*t hari2 tak sedar. contoh: friendster ada banyak gambar2 lucah, tapi ramai je mat2/minah2 baik pakai friendster dgn alasan ``alaa kita gunakanlah friendster tu utk sampaikan kebaikan." tapi kalau baca site xyz yg teruk bahasanya, dia akan cakap ``eeee teruknya penulisan dia")

s-setuju (tak tentu pasal setuju2. ooh seronoknya baca artikel pqr, ana setuju sangat dgn pendapat enta. HEHEHE apa yg disetujukan tak paham pon dgn 100% kefahaman)

s-sakit hati (org lain buat jahat, tapi niat baik... dikira jahat gak. tapi kalau diri sendiri guna saluran jahat utk kebaikan, maka dikira baik)

s-sangap (suka sangat setuju itu setuju ini, bangkang itu bangkang ini.... tapi tak paham apa2 sebenarnya... main ikut orang)

s-stupid (lebih kurang cam sangap. baca balik atas ni)

s-sosial (hanya bergaul dgn orang2 baik kerana perasan diri adalah baik. rasa orang lain gedik. tapi kalau diri sendiri gedik dlm kumpulan kebaikan dia, tak dikira gedik malahan dia dipuja walaupon gedik, tapi berada dlm persatuan baik2)

s-seks (takde komen. hehehehe takde pengalaman. kasi hamka explain)

s-sila tambah sendiri (kekkekeke tah apa2 rajin sangat buat 3s la, 4p la, 10qr la, 187kg la, etc etc)

---
hafizbar

Najwa Aiman said...

ada kerja kosong kat area Subang jaya, USJ, Shah Alam tak? Aku rasa mcm nk tukar angin la.

Kalu kat Kedah aku prefer Sg Petani.

Eh.. ni bukan jobstreet ek? salah forum la aku nih....

tapi apa2 hal pun mmg aku setuju yg muslim dah rampas hak org kafir.. sambil melalaikan hak sendiri pulak... in other words, apa ek perkataan yg sopan sket.. oh ya.. bodoh.

zwitterion said...

umat Islam makin lalai..aku pun banyak lagi yg nak kena blajar...

Hamka said...

en_mamat

he he he..betul tu..bukan saje elok, malahan sangat elok…
eh..aku ingat kau mamat kawan aku yg selalu menceriakan hidup aku..he he he, salah org rupanya…
apa-apapun..terima kasih kerana sudi naik kereta mayat nie..

ps; pernah Tanya org alim kenapa Allah tak bagi kuasa dunia ni kat org islam..org alim tu jawab, buat apa Allah nak bagi kat org islam yg sibuk nak merampas hak org kapir? Jangan jadikan janji Allah sebagai maksud…Allah bagitahu, jika kamu beramal solah, Allah akan bagi dunia, pahala dan shurga…jadi maksud adalah amal soleh, bukan Negara islam, pahala atau shurga!!! Kena belajar bab ikhlas pulak nampaknya!!!

----------
hafiz

Best!!!
Itulah kata2 seorang penceramah tetap kat blog aku…
Tentang SEX, kau kena ada 6S, eh silap. 6 perkara fiz..he he he

S-Suami
I-Isteri
S-Saksi
W-Wali
A-Akad
S-Sijil..!!!

Ha ha ha..
kalau kau kahwin kat US sana, jangan lupa bawa balik sijil..kekeke
Lain kali aku nak tulis tentang sex..serius!!sebab sekarang ni kecoh nak buat pendidikkan sex, aku nak tulis, bila? Ikut suka aku..

----------------
Najwa Aiman

Banyak kerja org islam nie…antaranya, biar aku cerita sikit:
aku pernah pergi rumah member aku, lepas tu aku pergi solat kat surau berhampiran…(akulah lelaki beriman itu) aduhai kotornya…tahik cicak merata2..lepas solat aku balik rumah member aku dan cakap engkau hidup bergelumang dosa…dia cakap: apahal pulak?
Aku cakap, rumah engkau bersih macam istana, tapi rumah tuhan kat kampong engkau macam tong sampah..(aku pendekkan cerita)
Kerja org islam sehari2 adalah pastikan rumah Allah bersih dan selesa…sekian.
(aku pun)

---------
zwitterion

sesungguhnya,
Zikir itu mencegah lalai..
Solat mencegah mungkart
Ilmu mencegah jadi bodoh
Sunnah mencagah bidaah
Daqwah mencegah syirik
Dan banyak lagi!!!!

cybiz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BooK said...

hamka:
kau memang kool la. serius.

psstt.. giliran kau pulak untuk puji aku. ha ha.

Hamka said...

ha ha!
siapa pulak cybiz tu?

hanisumayyah said...

Ulas dan kupaslah 6 perkara atau 6 pesanan utk wanita mengikut stail anda? Cadangan sahaja... kiranya sesuai alangkah bagusnya dapat dikongsi...

Hamka said...

puan,

ada niat nak tulis, insyaAllah..ada umur dengan izin tuhan..aku tulis..

terima kasis
(wife aku suka baca blog puan)

Ogy said...

terima kasih saudara !

anda membuat saya berfikir :)

kak g

blackpurple said...

Kali ini lama sikit utuk digest entri ini. Agaknya sebab fikiran aku tak berfokus...

Alhamdulillah...dapat lagi ilmu yg baik, bermanafaat.....

Anonymous said...

sy suke baca blog nih, walaopon, sy macam kene baca 2-3 kali tuk paham...maybe, sy nih,lembab skett...ahaks!~sy ske cara awk yg sempoi...teruskan usaha anda...sekian.

Jeego said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka said...

Ogy

sama..sama kak G,
Fauziah ke ni?

------------
Black

alhamdulillah..aku hanyalah manusia biasa, kepada Allah kita memuji, betul tu!!

-------
aku pun lembab gak!!!
isk..

UglyButAdorable said...

bro hamka, saya amat tertarik at your approach here. u make sound so simple but yet full of knowledge and wisdom. saya juga mengamalkan sunnah nabi, sebesar kuman blum lagi masih merangkak. where do u take your classes? ader org pompuan di kelas itu?

Hamka said...

Takde..org perempuan…’kelas’pun tak rasmi..kat masjid sahaja…
Aku minta maaf…

is150 said...

kenapa best tgk bole? sbb SENANG... ada sebiji bola... tendang masu gawang gol... dapat mata...

cuba sukan lain... nak faham offside... peraturan banyak... cth : Golf - peraturan banyak. Ragbi - ada dua cara nak score. Badminton, volley dsb - ada servis, masuk tak dpt mata dsb... dan memacam sukan yg susah nak ikut...

ok tak ide aku...

Hamka said...

is150

ada lagi sukan yg best sebab murah dia punya kos...

LUMBA RENANG..!!!!

hanya bermodalkan sehelai seluar dalam..sukan lain nak kena beli itu ini..he he he

j0m berenang!!

stone said...

assalamualaikOm inchik hamka
warna background itam tu menyakitkan mata la nak baca, letak la warna lembut sikit.

saya tak boleh la baca ala-ala black metal nih

minat tukar warna yg lebih cerah k? mekaseyyyyyyyyyyyyyy (ala david arumugam)

Hamka said...

makasey...

insyaallah, tapi ada jugak yang ramai suka blog aku b/g hitam...
nak buat camne...?

insyaAllah

adeq_fauzy said...

baik je hitam..
misteri je bila baca.

Hamka said...

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI SELUBUNGI MISTERI...