Aug 15, 2021

PKP.., jadual untuk anak?



Ada yang Tanya, pakcik keretamayat susun jadual harian untuk anak-anak bagaimana?

Jadi saya share jadual yang saya buat untuk anak sendiri.

Kita mulakan pagi lah yer...

Alkisahnya, Lepas solat subuh berjemaah, semua orang kena ceramah, dalam lima minit seorang, apa apa tajuk, tapi lebih kepada syukur dengan nikmat beragama dan nikmat hidup. Semua orang kena bercakap.

Kemudian kami akan mensyuarat tentang lima perkara,

1.Agama, (siapa azan, siapa Imam, siapa muzakarah, dan lain lain)

2.Keluarga, (apa aktiviti nak buat bersama sama hari ni, siapa buang sampah?, siapa siram pokok, siapa basuh singki? Dan lain lain)

3.kesihatan, (apa nak main petang nanti?)

4.rezeki, (nak makan apa?)

5.Masa lapang. (Setiap orang kena laporkan perkataan baru jumpa atau ilmu baru, dan kami akan bincang bersama setiap perkataan atau ilmu baru itu.)

Dalam mesyuarat, Semua orang kena bagi peluang untuk buat cadangan.

Lepas semua dah dapat tugas, dah bagi laporan semalam, maka sarapan sama sama, lepas tu bermulalah aktiviti bebas, nak belajar ke, main game ke, on line ke. Jika waktu PdPR kena ikut jadual kelas masing masing.

Kemudian Solat zohor berjemaah, dan buat muzakarah agama, semua orang kena cakap. Lepas tu Lunch, dan kemudian aktiviti bebas. Saya dan wife biasanya tidur petang, orang tua biasalah, cepat penat.

Masuk Asar, buat Muzakarah lagi, semua orang kena kongsi ilmu masing masing. Habis muzakarah saya tutup internet, anak semua kena keluar bermain aktiviti fizikal sampai magrib, minum petang di sediakan.

Lepas magrib, mengaji sampai isyak.

Lepas Isyak, baca Taklim, baca kitab, dan muzakarah enam sifat sahabat. Anak anak juga di minta hafal hadis agar berdakwah nanti lancar.

Kemudian makan malam sambil menonton sesuatu di TV secara berjemaah.

11 malam, tutup lampu, tutup internet, rampas handset. Selamat malam dunia.

Begitulah kami sehari hari sepanjang PKP.

InsyaAllah dengan jadual begini, Tiada anak yang menyendiri, tiada anak anak yang tak bersuara, tiada anak anak yang di abaikan, masing masing ada peluang untuk belajar memberi dan menerima. Belajar bersyukur dan bersabar.

Semoga membantu, jika ada cadangan tambahan, mohon tunjuk ajar.

Woha!

Hamka keretamayat pkp3.0

Penulis buku Kerana Dia Anak Syurga

note: Orang selalu tanya, nak beli kitab taklim ada jual tak? maaf, saya jual buku saya sahaja, tapi jika nak beli kitab taklim, saya cadang beli dishopee link ini https://invol.co/cl5d1wf

No comments: