Aug 16, 2021

Family Rules?


 Di dinding rumah saya ada Poster FAMILY RULES. Tempatnya di area meja makan, kadang akan jadi modal untuk tazkirah..

 

Duhai Anak anak, dunia ini syurga orang kafir kerana mereka bebas buat apa sahaja berbanding neraka yang bakal mereka masuk nanti, manakala dunia ini adalah penjara orang islam, berbanding dengan syurga yang kita bakal masuk.

Maka dalam penjara ada undang undang! Jadi dalam Family pun ada undang undang!

SAY PLEASE AND THANK YOU

Pertama, bersopanlah walau di mana anda berada, contoh nak buat apa-apa, sila minta izin dengan sopan, atau nak minta tolong orang buat sesuatu berkatalah dengan sopan, rujuk kisah wanita pertama masuk syurga, bila Fatimah r.aha pergi siasat, rahsianya dia seorang yang sangat bersopan pada suaminya

Kemudian duhai anak, bila dah dapat izin, atau orang sudi tolong kita, berterima kasihlah serta mereta kerana dalam hadis bagitahu, orang yang suka berterima kasih kepada manusia, adalah tanda orang yang suka bersyukur kepada Allah, dan siapa yang bersyukur, Allah pasti akan menambah nikmat.

PLAY NICE, WORK HARD

Waktu main, sila main betul betul, tolong jangan main-main waktu main, manakala waktu kerja, sila kerja betul betul, tolong jangan main main waktu kerja, dan tiada istilah Study Smart atau Work Smart, yang ada adalah Study Hard serta Work Hard sahaja, kejadian Study Smart atau work Smart ni bila orang tak nampak kita penat, yang mana bila orang nampak kita sedang passion, atau gharah, atau sangat bersemangat, masa tu kelihatan macam STUDY SMART, padahal bagi orang yang mampu melihat yang tersirat, itulah WORK HARD.

DREAM BIG

Jika orang Tanya: lima tahun akan datang apa nak capai? Lima bulan akan datang, apa nak capai? Lima hari akan datang, apa nak capai? Lima jam lagi? Ada nak capai sesuatu tak? Pastikan ada jawapan!

Bila ada impian, maka senang kita susun langkah kerja, contoh jika saya nak capai lima buku lagi lima tahun, maka lima jam dari sekarang saya dah baca satu bab, serta dah tulis tiga muka surat, begitu contoh lebih kurang.

Luaskan kubur dan Syurga dengan Impian yang memberi manfaat dunia dan akhirat.

KNOWLEDGE IS BETTER WITH WISDOM

Ilmu itu teori, kena banyak belajar dan membaca, sementara “Bijak Sana” itu adalah kemampuan memilih cara terbaik bila berdepan dengan pelbagai masalah hingga keputusan kita membuatkan kita BIjak di sana (Akhirat)

Okey, dah separuh papan poster saya tafsir, sambung lain kali. Kita makan dulu!

Note:

Siapa nak beli poster, saya tak jual, tapi boleh klik sini: https://invol.co/cl5dj54

Jap lagi ada Tanya, bar besi bergayut tu jual tak? Klik sini: https://invol.co/cl5d43m

 

Jika nak saya? Err, maksud saya ILMU dari saya, boleh beli buku Hamka keretamayat, ada tujuh tajuk pelbagai topik tazkirah santai tapi sampai.

 

Woha!

No comments: