Oct 19, 2018
Suci dalam debu?
(Di tulis di hari kematian Allahyarham Salim Iklim)
Lagu suci dalam debu popular waktu aku tingkatan satu.
Naik bas pergi sekolah driver putar lagu ni.
Aku waktu tu ada minat sorang awek pandai English, jadi aku
translate lagu Iklim versi English dan bagi kat dia.
Tapi cinta aku ditolak. Mungkin sebab kesalahan grammar aku yang telus sangat. Ha ha
Aku lupa lirik asal aku tulis zaman tu. Tapi ni aku tulis
tepi pantai Tioman sambil walking sepanjang pantai kekuarkan peluh. Aku cuba kekalkan
grammar lagu pada zaman itu.. terimalah
Clean in dust!
(Sila Nyanyi ikut rentak asal)
You like a clean water
In the glass with dust
Even the dirty.... you can see
Beautiful of clean is still protect
Love is not only at eye
Love coming from heart
Let be wrong.. from they eye
Let the different can see... between us.
I hope you... still can accept
Even looking so ugly
Because the real meaning of love
Only we feel it
One day will coming
The light will appear
The door will open
We step in together
That time we can see
The light is bright
The dust be a pearl
The ugly be honor
This is not dreaming
What I sharing
But very confident
Happening
Because of love
The sea will burn
Still I swimming
Confirm!
Woha!
Al fatihah: Salim Iklim.
Pantai Tioman 2018
Oct 2, 2018
Nabi nak jumpa kita tak?
(Seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang
sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih
kerana mereka terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan aku
mengalirkan air mata…)
Ini adalah kisah Bilal bin Rabah seorang hamba berkulit
hitam, and nobody care!
Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi
ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan
pertubuhan saya?
Tapi Allah tak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga
pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan
masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata
kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana
ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang
tiada rupa, adohai...
Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir
siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba
berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu
Muhammad?
Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak
bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu,
Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam juga dihempap pula oleh
sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir
yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Kita hari ni kejut kawan bangun pagi, dijawab: Ahad, ahad…,
yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah,
Woi, bangun solat subuh hari hari lah bang! Hari mati jer tak
payah bangun!
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar
dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru
kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.
Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah
dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil
hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan
bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah
untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus
hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari
Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini)
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau
sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat
selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu
yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata
Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..
(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai
dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)
Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun
nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk
bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit
mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini
sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi,
air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan
dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW
kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah
saya?
Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai
sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid
Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar
di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada
Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan
daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau
tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang
rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan
sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya
ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan
mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya
yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih
sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati
ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam
hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan..
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian
lama..
Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad
SAW.
Aku juga rindu kepada Bilal!
Woha!
Sep 18, 2018
Mari Mengumpat Ustaz Adam?
(ulasan filem Munafik 2 dan kelebihan Memakai Serban)
Tahniah kepada Filem ini sebab dapat kutipan berjuta juta.
Filem ini okey, ada unsur dakwah, dan ada unsur seram yang
menghiburkan, lagipun jalan ceritapun laju, malahan, hantupun bertudung dalam
fiem ini. Nice!
Dah ramai orang puji filem ini, tapi aku nak keji sikit,
jangan salah faham, zaman dulu, bila orang benci kepada pelakon jahat, sampai
jumpa luar filem pun orang rasa nak ludah, sebab watak jahat yang dibawa sangat
berkesan, bermakna keji sebab terkesan dengan lakonan yang benar benar
menjiwai.
Jadi untuk filem ini, aku nak mengumpat Ustaz Adam, geram
jer aku kat ustaz Adam ni...
Bagi yang tak tengok, aku detailkan sikit babak yang aku geram jer tengok..
Bayangkan ketua ajaran sesat Abuja jalan macam samseng bersama kawan kawan dan berjumpa dengan Ustaz Adam, babak ni selalu ada dalam filem KL Gengster, cuma sekarang tukar watak kepada pakaian islamik, dan bercakap isu islamik, tapi gaya bercakap masih cara samseng.
Kata Abuja: Nak berdakwah tapi tak pakai serban!
For info, Abuja pun tak pakai serban, tapi Ustaz Adam muka angin jer sebab dia pakai kopiah, lepas tu Abuja cakap, pakai serban solat pahala bertambah, terus Ustaz Adam dapat point, terus disekolahlah Abuja bahawa hadis pakai serban dapat pahala tu palsu, dan pakai serban ni Sunnah Jibiliyyah sahaja.
Adohai ustaz,
Sunnah penampilan Nabi ni, jika kita buat kerana cinta kepada Nabi, dapat
pahala jugak.
Bagi yang tahu, Maksud Sunnah jibliyyah yang ustaz Adam
faham, Sunnah ini dipakai kerana adat kaum arab. Jika pakai tak dapat
pahalapun, Padahal cara ikat serban Abu Jahal tak sama dengan Rasulullah,
Cuba rujuk Surah Al-Ahzab : ayat 21
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan
bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah
dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah“
‘Sebaik baik teladan’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut
bersifat umum dan merangkumi semua aspek.., tidak dikhususkan hanya teladan
dalam ibadat sahaja, atau dalam percakapan sahaja,tetapi semua aspek.. Sehinggakan
nabi menunjukkan contoh dalam memakai kain setingga setengah betis, tunjuk
contoh bersugi, contoh memakai serban, contoh memakai jubah, contoh memakai
rida’ dan lain lain.
Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang saya larang kamu lakukan
maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah
sekadar kemampuan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi Nabi tak larang sahabat pakai kain serban, kenapa kita nak perkecilkan orang ikut sunnah penampilan? tak salah kan?
Patut Ustaz adam jawab dengan berhikmah, bukannya berdebat, Nabipun larang berdebat, bila orang kata Nabi Kafir, Nabi tak jawab tuduhan, tapi Nabi dakwah dengan akhlak, patut ustaz Adam cakap: Jika pakai serban buat kamu mahu ikut nasihat saya, esok saya pakai serban, bagus kepad sesiapa yang mahu ikur semua sunnah, sungguh setiap orang kemampuan melaksanakan sunnah Nabi saw mengikut
diri masing-masing, jika dia mampu untuk mulakan dengan mengamalkan sunnah
bersiwak dulu, maka silakan. Kemudian bila kecintaan itu semakin bertambah,
insyALLAH orang tersebut akan menambah amalan sunnah yang lain. Jadi tahniah kepada mereka yang memakai serban.
Wah, skemanya ayat, ha ha, pointnya disini, jangan rasa kita alim, hingga orang pakai serban nak kita perlekehkan, galakkan jer orang ramai amal sunnah mengikut kemampuan masing-masing, kerana kita
tidak tau, ibadat manakah yang menyelamatkan kita daripada azab Allah, ada orang bagi air pada anjing di anggap remeh, tapi itulah yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi disisi Allah
SWT.
Jika tiada dalil mengenai fadilat mengenakan pakaian seperti
Nabi saw, cukup bagi kita untuk berpegang dengan hadis, “Barangsiapa yang tak
menyukai sunnahku maka ia bukan golonganku”
(Riwayat Bukhari)
Habis bab serban tu, sekarang nak tegur pasal solat pulak.
Ada satu babak, Mak dan ayah
dia solat berjemah dalam bilik, Ustaz Adam pulak jalan jalan kat ruang tamu yang agak gelap, tak tahu kenapa rumahnya ni lampu malap, itu bukan persoalannya, tapi kenapa Ustaz Adam tak solat berjemaah sama sama satu keluarga? Patutlah kena kacau Hantu!
Elok esok sedar dari pensang lepas kena kacau Hantu,sebaik
tersedar, langsung tak fikir nak qada solat subuh, jika orang awam pengsan dari
malam sampai ke tengah hari, aku tak ralat sangat jika lupa nak solat subuh
secara qadar, tapi Ustaz Adam, terkejut dari pensang tak fikir pasal
sembahyang, ustaz jenis apa ni?
Tapi babak akhir menjawab segala perkara yang aku meluat kat
Ustaz Adam, si Ustaz ni bertaubat Nasuha, mengaku bersalah atas segala dosa,
dan mati dalam keadaan bertaubat, siap tangan tunjuk jari telunjuk. Perghh,
nasib baik Ustaz adam dah bertaubat, dan mati dalam husnul Khatimah.
Alhamdulillah.
Di tunjukan jugak babak Ustaz Adam mati mata terbuka dan
muka berlumuran darah akibat dipukul, hah! itulah ustaz, jika pakai serban, orang pukul kepala, tak lah terus cedera parah, silap silap boleh guna kain serban tu sebagai senjata! dan oleh sebab Ustaz dah mati, boleh guna kain serban tu
tutup mayat ustaz yang mata terbeliak tu, so moral cerita ini, Sunnah Nabi
jangan ditingalkan sebab hadis dapat pahala palsu, tapi tetap diamalkan kerana
cintakan Sunnah.
Sesungguhnya, zaman dulu, orang amal Sunnah kerana ianya
Sunnah, tapi zaman sekarang, orang bincang panjang panjang bab kain serban
dengan niat tak nak pakai serban kerana Sunnah harus jer, adohai…
Akhir kata, filem ini bagus sebab ustaz pun bertaubat, maka
apatah lagi kita semua yang bukan ustaz.
Woha!
PS: Takutlah Allah, Jangan sampai
mati dipanah petir macam Abuja!
Sep 6, 2018
Menunjuk nunjuk yang tidak Riyak?
(Ada ibadat kena tunjuk dan ada ibadat kena buat secara sembunyi)
Raya haji yang lepas, ada orang tegur aku. Maklumlah, Akupun
manusia biasa ada buat silap. Katanya jangan pos gambar korban lembu sebab kita
kena jaga sensitif orang bukan islam dan perbuatan tu adalah riyak.
Ok. Pendapat aku bab jaga sensitif bukan islam kita kena tengok
tempat. Jika kita berada di negara Hindu sebagai agama rasmi memang tak
bolehlah nak buat terang terang ibadat korban tu. Tapi ini Malaysia yang mana Islam
adalah agama rasmi. So nak azan kuat boleh. Nak tutup jalan untuk solat jumaat
boleh. Nak berarak Maulud Nabi boleh. Maka nak share gambar korban lembupun
boleh.
Tapi Share sebagai galakkan, bukan sebagai penghinaan kepada
agama ataupun binatang.
Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar.
Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan.
Contoh dalam 5 rukun islam. Semua tu kena tunjuk. Semua tu
kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!
Masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi
dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena
sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak!
Ini bukan cerita Riyak! Ini cerota tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan
kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al
fahm ke idop?.
Rujuk rukun solat ke dua, Solat berjemaah, ada Nabi suruh
solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua
orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Nampak orang islam
bersyukur atas nikmat agama dan buat ibadat secara terang terangan, Nampak orang
illam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk
buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?
Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa
bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang
dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil
anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar
Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah
pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita
yang terpilih!
Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian
solat dari rumah lagi, ambil wyudhu dari rumah lagi, dan galakkan berjalan kaki
ke masjid, dan pergi balik ikut jalan berbeza biar orang nampak.
orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang
berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang
dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah
mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!
Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara
terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu lagi lagi
depan orang mengumpat suruh mereka berhenti mengumpat sebabg saya sedang
berpuasa!.
Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan
sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar
dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?
Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri
syukur. Buat!
Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!
Bila Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena
war warkan. Jika kahwin senyap senyap takut orang cakap kita riyak kahwin
empat, nanti jadi fitnah bila keluar masuk rumah siteri kita, adohai..
Jadi balik bab ibadat Korban pun bagus war warkan. Sembelih tempat
terang terang, biar semua Nampak!
Malahan dalam hokum Jenayah, islam pun suruh hokum pesalah
secara terang terang, tak setuju? Lakum dinukum waliyaddin, untuk kamu agama
kamu, untuk kami agama kami, al faham ke idop?
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah
masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban
berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang, Termasuk
dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu
ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah dan lain lain yang
boleh mengundang riak.
Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut
riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab
menulis:
“sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka
itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah
syirik!
Jadi kita buat ibadat secara terang terang bukan untuk
dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM!
Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke
masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman
yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar?
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh
dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh
empat wanita tapi tidak sebaliknya.
Woha!
Ps: ini hanyalah pendapat aku semata mata. Terima kasih sudi
tegur. Lain kali mungkin aku tak pos dah gambar lembu korban tu. Huhuhu
Aug 10, 2018
Histeria tu betul ke?
(Jika berjempa Hantu telekong, silalah kongsi gambarnya di
Instagram)
![]() |
| Makluk yang aku sempat ambik gambar depan rumah |
Semalam waktu Lunch, aku sempat berborak dengan Dr Nora seorang pakar
perubatan dan dari UIA, beliau cerita tentang pesakitnya yang kena gangguan jin
kafir sehingga Histeria.
Sewaktu Histeria, Jin itu memaki suami dan ibu mertua si pesakit
tadi..
Alkisahnya bila pesakit tu jumpa Dr Nora, ada rasa sedih di
hati DrNora bila tahu pesakit tu ada jumpa ‘ustaz’ tapi kena cas beribu ringgit
nak keluarkan jin. Masalahnya ‘jini itu hilang sekejap dan kena ganggu lagi. Padahal
ini hanyalah masalah Mental stress sahaja yang oleh diubat dengan kos yang
lebih murah.
InsyaAllah ada ubat moden boleh rawat tapi kena
berpantanglah, kena ikut terapi, yang mana jika makan ubat tapi masih percaya
gangguan hantu, ada orang dengki, sangka buruk yang tinggi tak jadi juga, sama kes
orang kencing manis makan ubat tapi semua makanan manis dia bedal tak berguna
juga.
So Kata Dr, kamu tu lemah, sebab tu ada ‘jin’ ganggu. Minggu
depan pesakit tu cakap, jin marah sebab cakap dia lemah.
Dr Nora bagitahu aku, bila siasat punca, sebenarnya histeria
tu terjadi sebab terlalu lama memendam stress, lagipun orang perempuan lebih
kerap kena mental stress ni, Dr cakap, dari 5 orang, satu mungkin akan kena
stress. Jadi bila siasat punca, rupanya si pesakit ni tak suka dengan suami dan
ibu mertuanya, dah lama pendam, sekali mengamok dengan cara histeria, maka
terluahlah maki hamun kepada suami dan mak mertuanya, bila dr cakap dia lemah,
dia pulak marah pada doctor,sebab sebagai pesakil mental stress, dia tak akan
salahkan diri, dia akan tuduh jin yang maki suami dan ibu mertuanya, konon jin
yang marah dr Nora.
Pendek cerita bila makan ubat dan ikut terapi doctor,
sembuhlah pesakit ni. Dah takde lagi gangguan Histeria, Cuma yang lucu, pesakit
ni bagitahu jin tu kirim salam dekat doctor,
Eh? Bukan ke jin tu kafir, ohhh, rupanya jin tu dah masuk
islam katanya-woha!
Jelas doktor Nora lagi, bila pesakit dah sembuh atau stabil,
barulah dia bagitahu bahawa memang betul jin tu wujud, tapi apa yang menimpa
kamu adalah sakit mental stress yang boleh dirawat, bukan gangguan jin, syaitan
atau buatan orang, memang betul kita sebagai orang islam percaya kewujdan jin,
malah akan tetap guna doa, solat hajat, dan lain lain ihktiar, namun dengan
makan ubat dan ikut sesi terapi, cari punca stress, hadapi stress dengan
bijaksana, maka InsyaAllah boleh sembuh.
Banyak kes histeria dikalangan pelajar perempuan waktu nak
exam sebab stress, dan berjangkit pulak dengan perempuan lain sebab dalam diri
percaya ada hantu sedang mengacau, dan memang betul pun, Bila mental stress akan
berlaku halusinasi, memang boleh ‘nampak’ hantu, nampak jin, Nampak syaitan,
atau nampak apa yang otak paling takut, sampai tahap boleh dengar suara dan ada
tahap boleh hidu bau busuk hantu!, tapi itu semua dari otak yang ada masalah mental.
Tanpa ilmu yang betul, kita anggap ni hantu, atau ada orang bomohkan lalu
datang rasa takut, trauma, yang melampau sehingga sanggup cederakan diri, dan
menyusahkan orang.
Untuk info, bukan orang mental sahaja boleh nampak
halusinasi, Orang tak minum air hingga sangat dahaga, juga boleh berhalusinasi,
dan itu bukan gila. Orang kekurangan oksigen juga boleh berhalusinasi, Orang
tua bila organ badan dah banyak tak berfungsi boleh berhalusinasi dan nyanyuk,
itu bukan gila. Tapi orang mental stress, terlalu stress, boleh berhalusinasi,
atau bila ada masalah mental siap dengar arahan suruh bunuh diri, suruh bunuh
anak, suruh buat benda yang bukan bukan. Maka jangan kita marah pesakit ni,
lekas lekas bawak jumpa doctor pakar.
Lagipun Ubatnya ada cerita dalam Al quran, yang mana ada
ayat bagitahu, Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada
ahlinya jika kamu tidak mengetahui”, jadi bila kita ada sakit mental, pergilah
jumpa pakar otak, InsyaAllah ada ubat dan kaedah rawatan sebab Allah dah
bagitahu semua penyakit ada ubat kecuali mati, jika belum ada ubat, itu
kelemahan ilmu kita yang belum jumpa.
Sudah pasti siapa sahaja bila pertama kali ternampak hantu atau jin,
maka akan rasa takut, Nabipun waktu mula mula jumpa Malaikat Jibril, menggigil
takut, lari dan suruh isterinya selimutkan dia, takut adakah normal, terlalu
takut itu yang masalah, lalu turun ayat, wahai orang berselimut, bangunlah!
Maka Allah dah ajar dalam Al quran, jika rasa takut, jangan
duduk dalam selimut, masalah tak selesai, bangun dan selesaikan masalah itu, so
jika nampak hantu jangan sembunyi dalam selimut sebab masalah tak selesai dari
dalam selimut, bangunlah dan pergi siasat, dalam kes nabi, bukan halusinasi,
itu Malaikat Jibril nak bagi wahyu, tapi dalam kes korang, itu hanyalah
halusinasi, atau kerana terlalu penakut, kadang kadang objek putih yang korang
nampak tu adalah kain telekong yang di tiup angin.
Dan andai betul lah, dah korang nak sangat kan, yang mana
jika betul terjumpa hantu rambut panjang dan bercakap ”Nak.., mak teringin nak
pakai telekung siti Khatijah” korang jangan lari, pergi tanya orang sebelah, nampak
tak hantu telekong tu?, jika mereka tak nampak, korang sajer yang Nampak, maka sah
korang ada masalah dalam mental illness, pergilah jumpa doctor pakar dan
masalah selesai. Insyaallah.
Akhir kata, Terima kasih Dr Nora atas perkongsian ilmu yang
sungguh bermanfaat, banyak nak sembang lagi tapi saya pergi dulu, bukan sebab
sibuk, tapi sengaja buat buat sibuk atau perasan sibuk. Lagipun dr yang cakap,
jika kita percaya kita sibuk, maka kita akan stress, tapi jika kita buat buat
sibuk, maka tak lah stress sangat, maka maaf kerana tak habiskan Lunch bersama
tadi sebab saya perasan sibuk.
Woha!
PS: Ok Hamka, jika saya sorang jer nampak hantu tu, saya ada
sakit mental, tapi jika ada dua orang nampak hantu telekong tu macam mana
Hamka? Alahai, korang bagi jerlah kain telekong siti khatijah tu, kah kah kah!
Aug 6, 2018
Pernah Jumpa Hantu?
(Korang pernah jumpa hantu? Ini adalah Kisah Benar)
Alkisahnya, dua malam lepas, aku ada ikut program jati diri,
jam 12 malam, kitaorang kena berjalan seorang diri di jalan kampung yang jauh
dari rumah orang, di tepi sungai dekat hutan yang gelap gelita.
Cara berjalan, peserta akan jalan sorang sorang hingga
hilang dari mata, baru peserta lain akan jalan, lebih kurang dua kilometer, tak
boleh bawak lampu, tak boleh bawak senjata.
Maka berjalanlah aku dalam kegelapan malam, hanya di temani
cahaya bulan, dan ada terlihat beberapa ekor kelip kelip terbang mencantikkan
lagi kegelapan malam.
Sedang asyik berjalan, aku nampak ada objek putih atas
pokok, macam hantu pocong. Aku dah agak, ni nak takutkan aku lah ni, siap
gantung pocong palsu atas pokok, sebab nampak berayun. Bila dah lalu dekat, tiba
tiba pocong ni menggelunsur turun!
Terkejut aku, terus aku dakwah pocong tu: La Ila HaillaLlah!
Pocong tu berhenti dan aku tunggu orang keluar gelak ke,
ambik gambar ke, tapi suasana senyap dan sepi, takde siapa siapa, hanya aku dan
pocong yang berdiri dalam gelap malam, aku teruskan perjalanan dan toleh
belakang, pocong tu masih kekal di situ.
Dalam hati aku, ni jin betul ke, atau prank, lantaklah, aku
teruskan perjalanan.
Dari jauh aku dengar ada suara orang menjerit, aku tahu
tentu peserta kat depan dah kena sakat dengan hantu, dan aku teruskan
melangkah, rasa teruja nak tengok hantu seterusnya seram setakat mana.
Lama berjalan, Nampak ada objek putih berdiri didepan, macam
puntinak, angin bertipu kainnya, aku semakin hamper dan dia tak beredar, jalan
sempit, aku nak sentuh dia? Atau lalu ikut jalan lain? Tapi takde pilihan, aku
kena berselisih bahu dengan dia.
Dalam hati, jika hantu betul, dia serang aku, takde senjata
ni, tengok juga kat bawah kaki kot ada kayu buat senjata, tapi gelap sangat,
arghh, redah jelah, orang pakai topeng puntianak jer ni, buat apa nak takut.
Baru nak dekat, tiba tiba dari arah kiri muncul sekor lagi
puntianak berlari serbu aku dengan jeritan seram, aku tenang dan bagi salam.
Puntianak tu berhenti dan jawab salam, suara lelaki: dah
agak, orang…
Tak seram langsung, ha ha ha.
Aku teruskan perjalanan dan takde hantu lagi kacau aku.
Habis program, baru aku tahu diorang memang sengaja tak bagitahu
ada kejutan hantu tu, sajer nak test peserta, ada peserta yang menangis,
menjerit, terkencing tak tahulah.
Paling best, bila ada peserta jumpa hantu betul, sebab hantu
berlakon tu hanya tiga, tapi ada yang jumpa empat hantu.
Untunglah dia.
Woha!
Ps: Siapa yang jumpa ‘hantu’ betul(jin), Beruntunglah sebab
dapat tengok perkara ghaib. Zaman dulu, Nabi dan orang terpilih sahaja yang
dapat tengok alam ghaib atau dapat tengok makhluk ghaib, jadi jika korang
ditakdirkan jumpa ‘hantu’, bersyukurlah dengan ‘nikmat’ yang deep itu.
Aug 2, 2018
Apa tahap Iman Korang?
(Kelas Tazkirah sambil memanah oleh Blogger keretamayat)
Ok, semalam cikgu dah ajar korang permainan catur dan rahsia
kekuatan Permaisuri, hari ni cikgu nak ajar memanah pula.
Jika ada orang cakap, cikgu adalah seorang pemanah yang tepat?,
korang percaya tak?
Mungkin ada yang percaya atau tak percaya.. terpulang.
Apa cikgu nak cakap, siapa yang percaya, jika ikut kaedah
belajar ilmu tauhid, bila korang percaya pada Allah, maka IMAN korang baru
tahap Percaya.
Bagi yang was was cikgu boleh memanah ke tidak? Dalam ilmu
tauhid, IMAN korang baru tahap TAHU.
TAHU dan PERCAYA adalah dua perkara yang berbeza. Orang
kafir ada yang Tahu Tuhan ada, tapi yang Percaya adalah orang Islam sahaja.
Ok, untuk pindahkan dari TAHU kepada PERCAYA, korang kena
tengok cikgu memanah dulu! Tengok sekali mungkin nasib, tengok dua kali pun
tepat, tiga kalipun tepat, maka barulah korang PERCAYA.
Jadi dalam Islam, Iman kita sekurang kurangnya pada tahap PERCAYA
iaitu setelah kita saksikan sendiri Kehebatan dan Kebesaran Allah yang berlegar
disekeliling kita, sungguh dalam alam ciptaanNYa ini, terdapat tanda tanda bagi
orang yang berakal.
Tengok burung keluar pagi perut kosong pulang petang perut
penuh! Kita percaya Allah yang bagi rezeki, labah labah tidur di sarang 24 jam,
sampai masa lalat datang terbang dan terlekat disarangnya, kita percaya: Allah
bagi rezeki.
Kucing takut air, tapi suka makan ikan, kucing tak pernah
keluat tangkap ikan, tapi hari hari makan ikan sampai muntah keluar tulang
ikan: kita percaya Allah yang bagi rezeki!
Ular tak ada tangan dan kaki, tapi boleh kejar makhluk yang
ada tangan dan kaki, dan kenyang makan- kita percaya Allah yang bagi rezeki!
OK, dah habis bab TAHU dan PERCAYA, sekarang cikgu nak
cerota bab YAKIN.
Ok, katakan korang tengok cikgu panah lima kali dan semuanya
tepat sasaran, katakanlah…
Baik! cikgu nak tanya: korang sekarang PERCAYA atau YAKIN
dengan panahan cikgu?
Mungkin korang akan memilih dari PERCAYA kepada YAKIN, cikgu
memang handal, lebih hebat dari Green Arrow atau Hawkeye.
Untuk itu, untuk buktikan keyakinankan korang, apa kata? sekarang
cikgu nak letak sebiji epal atas kepala korang, dan biar cikgu panah epal tu?
Apa? Tak nak? Takut tersasar! Hah! Sekarang terbukti korang
belum YAKIN! korang baru PERCAYA.
YAKIN dan PERCAYA adalah dua perkara berbeza.
Jadi balik dalam Islam, ramai yang Percaya pada Allah bagi
rezeki, tapi tak ramai yang YAKIN Allah bagi rezeki, buktinya, korang masih
solat lengah-lengah, atau tinggal solat, atau tinggalkan solat berjemaah sebab
takut rezeki hilang…
Jadi renung renungkan, IMAN Korang kepada Allah, adakah
tahap TAHU? PERCAYA? Atau YAKIN?
Jika Yakin, jom kita tinggalkan sekejap urusan kita, dan
sama sama pergi masjid tunaikan solat berjemaah. Ada janji Allah, siapa yang
menjaga solatnya, akan dimudahkan Rezekinya, andai korang YAKIN!
Sekian kelas “memanah hati” oleh Cikgu Hamka keretamayat.
Woha!
Subscribe to:
Comments (Atom)


