Isteri dari syurga
Alkisahnya… pagi ini dingin Subuh masih berbaki. Kabus nipis
menyelimuti kampung, usai solat subuh, kami bermesyuarat ehwal semasa, dan ada
cadangan dari sorang ahli jemaah, Uncle Z dah balik dari hospital selepas
sebulan masuk wad, Jom kita ziarah pagi ini.
Imam selaku penegerusi surau angguk setuju, kerana ziarah
orang sakit ini bukan sekadar adat, tapi ibadah.. sunnah ziarah orang sakit
apatah lagi ahli jemaah kita.
Kami pun bergerak… tanpa telefon, tanpa janji, tanpa
makluman. Ziarah mengejut—orang lama kata, itulah ziarah paling jujur.
Nanti bagi salam, jika tiada yang jawab kita balik, jika tak
dijemput masuk, cukup bertanya khabar.
Long story short
Sampai sahaja di rumahnya… kami beri salam.
“Assalamualaikum!”
Belum habis gema salam, pintu terus terbuka. Tuan rumah
Uncle Z tersenyum, wajahnya pucat tapi bercahaya.
“Masuklah ustaz, tuan tuan semua… masuklah…”
Kami melangkah masuk.
Dan… Subhanallah.
Rumah itu bersih. Bukan sekadar bersih—tersusun, kemas,
tenang. Lantai berkilat. Sofa rapi. Bau harum seolah-olah baru disapu wangian.
Seolah-olah… rumah itu sudah bersedia menerima
tetamu—bila-bila masa.
Bersih macam Hospital
Ini bukan kebetulan.
Ini hasil tangan… seorang isteri.
Saya terdetik dalam hati,
“Inilah… isteri dari syurga.”
Sebab Uncle Z tinggal dengan isteri, dan tak lama isterinya
datang hidang kudap kudapan.
Tiba-tiba ingatan saya melayang.
Terkenang satu kisah lama… saya dan penggerusi surau, ziarah
arwah Bilal. Pergi pun secara mengejut selepas mesyuarat pagi.
Sampai di rumahnya, isterinya sambut dengan senyum. Tidak
kelam kabut. Tidak cemas.
“Masuklah…”
Kami masuk.
Rumahnya… masyaAllah. Bersih. Kemas. Tenang. Tidak ada ruang
untuk cela—bahkan kalau mahu alihkan apa apa, terasa segan kerana terlalu
terjaga.
Kami duduk di sisi suaminya yang uzur. Bekas bilal surau
kami.
Bed ridden, dan terlihat suaminya sangat bersih macam baru
lepas mandi, bau pun harum,
Isteri dari jauh bercakap lembut, kata-katanya baik-baik,
tidak ada keluhan walau sedikit. Tidak ada rungutan susah jaga suami dan minta
doakan yang baik baik.
Seolah-olah isterinya faham…
Tetamu bukan datang membawa beban, tapi membawa rahmat.
Sekali lagi saya berbisik dalam hati,
“Ini… isteri yang memahami syurga.”
Namun hidup ini bukan hanya satu warna. Hitam putih
kehidupan silih berganti
Kami juga pernah… pergi ziarah dengan pengerusi surau,
ziarah orang sakit terlantar, tapi kali ni kami telefon dulu, agar tuan rumah
bersedia, kamipun ada bawa takwun(hadiah) untuk keperluan orang sakit, dan bila
sampai, masuk rumah.
Masuk sahaja… bersepah. Bau kurang menyenangkan. Suami
dengan baju kotor. Tempat ludah tak bertutup, seolah tak sedia kedatangan kami,
Isteri pula mengeluh…
“Zakat tak sampai… bantuan tak cukup… kerajaan ta bantu,
harga barang naik, itu tak ada… ini tak ada… susah jaga orang sakit, itu ini
tak kena bla bla…”
Kata-kata itu berterbangan… memenuhi ruang rumah lebih kuat
daripada bau yang ada.
Ketika itu saya diam.
Bukan kerana tidak simpati.
Tapi kerana saya sedang belajar satu ilmu…
Bahawa keadaan rumah itu… adalah cerminan hati penghuninya.
Kita doa yang baik baik. Semoga kita dikurnia isteri yang
menjaga maruah selama lamanya, dan buat pemilik rumah bersepah jaga suami
sakit, kita sangka baik, hari itu banyak masalah dan tidak sempat nak urus
semua serta tiada tempat nak luahkan masalah lalu jadikan kami tetamu jarang
jarang sebagai tempat Healing…. Huhuhu..
Lalu saya teringat satu kisah dalam ceramah dari Buznama.
Kisah Nabi Ibrahim yang menziarahi anaknya, Nabi Ismail.
Kali pertama Baginda datang, Nabi Ismail tiada di rumah.
Hanya isterinya yang ada.
Ditanya tentang suaminya, wanita itu mengeluh. Mengadu.
Tidak bersyukur dengan kehidupan.
Maka Nabi Ibrahim berpesan,
“Sampaikan kepada suamimu… agar menukar pintu rumahnya.”
Bila Nabi Ismail pulang, isteri cakap ayah kamu suruh tukar
pintu, terus Nabi Ismail faham.
“Pintu” itu bukan kayu.
“Pintu” itu… isteri.
Lalu dia menceraikannya.
Beberapa waktu kemudian, Nabi Ibrahim datang lagi.
Sekali lagi Nabi Ismail tiada. Kali ini isterinya yang baru
menyambut.
Ditanya tentang suaminya, wanita itu tersenyum. Memuji.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Maka Nabi Ibrahim berkata,
“Sampaikan kepada suamimu… agar mengekalkan pintu rumahnya.”
Dan Nabi Ismail pun faham.
Itulah… isteri yang perlu dipertahankan.
Saya kembali ke realiti.
Duduk di rumah pesakit awal cerita tadi, melihat lantai yang
bersih, susunan yang teratur, wajah isteri yang tenang.
Saya tersenyum sendiri.
Rupanya… syurga itu bukan jauh.
Kadang-kadang ia bermula dari dapur yang bersih, ruang tamu
yang kemas, dan hati yang tidak mengeluh.
Kerana wanita yang baik…
Dia tidak hanya menjaga rumah.
Dia menjaga maruah suaminya.
Dia tidak hanya menyapu lantai…
Dia menyapu dosa dengan redha suami
Dan bila tetamu datang tanpa diundang…
Dia tidak panik.
Kerana hidupnya sendiri… sentiasa bersedia. Bersedia dengan
tetamu suami, dan bersedia dengan kedatangan Malaikat Maut.
Allahuakbar
Maka pesan kepada semua isteri..
Kalau rumahmu sentiasa siap menerima tetamu,
itu tanda hatimu juga sentiasa siap menerima Rahmat
Dan kalau lidahmu ringan bersyukur, itu tanda hatimu juga
sentiasa luas untuk nikmat yang Allah akan tambah
tanpa sedar…
Engkau sedang membina syurga kecil
Ya syurga kecil.
Kerana jauh sebelum kiamat besar ada kiamat kecil, sebelum
dajjal besar ada Dajjal kecil dan begitulah juga sebelum neraka besar ada
neraka kecil dan sebelum syurga besar sudah tentu ada juga syurga kecil,
itulah rumah yang dijaga oleh isteri bersyukur.
Maka selamat datang ke rumahku Syurgaku
Woha.

1 comment:
cerita yang penuh pengajaran.. zaman sekarang orang relate dengan kaya dan miskin.. kalau miskin, bukan asbab rumah kita perlu bersepah dan kotor.. dan kalau kaya, tak tentu juga rumahnya sentiasa bersih...
Post a Comment