![]() |
| Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini |
Nov 30, 2017
Adik Ipar itu Maut? Jaga jaga...
(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)
Sewaktu
kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara,
sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam
rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak
saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus
kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju
berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.
Bila saya
ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat
mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang,
tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah
dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.
Masa
berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya,
Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih
berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup
aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain
‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka,
suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan
(ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).
Sambung
balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana
sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar
duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan
sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan
hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup
hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.
Balik pada
kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak
berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung
sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan
membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak
telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.
Baik!, ilmu
adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika
masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada
ipar duai?
Jawapannya
adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan,
seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau
berpisah.
Saya dahulu
pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan
mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya
Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya
hidang air tanpa bertudung!
Bila ada
peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu
tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang
mengintai atau masuk dalam rumah.
Dari nada
percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk
ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang
agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar
agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang
benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status
mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf
emak dan anak. Tepuk dahi!
Jadi balik
kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi,
sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.
Haram
dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik
sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat
tertentu dan lain lain.
Wanita yang
haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir,
bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang,
wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.
Maka untuk
mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di
jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah
olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita"
Lalu seorang sahabat Ansar
bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda:
"Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)
Jadi balik
kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti
menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri
jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri
kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain
aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.
Cumam bila
bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan
kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul
betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu
maut!
Sebagai
penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi,
bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul
iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba
ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan
macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan
Karenna Kapoor.
Terus anda
yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan
perempuan!”
Di sebalik
tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”
Anda yang
masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada
dua pasangan, apa cerita? Haram!”
Terdengar
pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”
Terus anda
dapat modal untuk berkhutbah:
“Ipar duai
adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram
sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”
Lalu Shah
Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur
dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua
pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.
Anda rasa,
apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.
Jawapannya,
Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai
yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan
Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar
duai yang tidak mendatangkan maut!
Faham tak?
Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!
Woha!
Ps: Nama dan
watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau
mati.
Nov 20, 2017
Solat tapi bernasib buruk?
(tanya sama Pakcik keretamayat)
“Salam abang
keretamayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi
buruk dari orang tak solat?”
******
Hamka keretamayat
jawab:
Salam, itu bukan
nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk
ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib
buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat,
tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah
nasib buruknya
Jadi jangan tengok
orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Alah tak nak
bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah.
So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.
Macam orang tua
cemburu tengok orang muda, itu salah! Sepatutnya orang tua berasa kasihan
kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda.
Nampak tak?
Pesan Nabi: Dunia
ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat
sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?
Now you know.
Ps: Apa guna senang
macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa
dan Syurgalah ganjaranya. Amin
Nov 10, 2017
Komen Anti Hadis? Satu penilaian...
(Bedah Komen dari Anti Hadis vs Penyokong Hadis)
Dah lama aku tulis blog, macam macam isu, dan dari ruang
komen, ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Lalu ramai yang datang berhujah,
dan ada yang aku jawab, dan ada yang aku senyap sebab perasan sibuk. Maafkan
aku.
Aku pernah berdebat dengan ramai golongan manusia, seperti:
- Geng taksub politik, Siapa tak sokong parti saya dia jadi kafir, parti saya sahaja boleh bawa masuk syurga dan macam macam fatwa merepek, tapi sejak parti mereka berpecah, dah kurang Nampak komen ganas dari mereka,
- Geng Anti al quran ataupun melayu Atheits, sibuk nak nafikan kewujudan Tuhan sebab bila sensara wujud, maka Tuhan tak wujud katanya, apa dia ingat jika ramai orang berambut panjang maka kedai gunting tak wujud? Adohai..
- Geng Anti hadis tertentu dan pilih Hadis tertentu sahaja ataupun wahabi, suka bidaahkan orang dan tuduh masuk neraka jika tambah tambah amal selepas solat, padahal dah lepas solat ikut koranglah nak buat apa apapun, adohai..
- Geng anti vaksin, yang ni memang panas! Ha ha.
- Geng Konspirasi, ni pun boleh tahan panas dia, memang tak habis semua benda nak dikonspirasikan.
Lepas tu banyak lagi lah Geng perasan betul , tak sempat nak
tulis semua, cumja yang terkini, Geng
anti semua hadis, sampai hari ni masih banyak komen dari mereka, sebab bulan
lepas aku up tajuk solat tiga atau lima? Terus mereka komen panjang panjang
suruh aku jawab betapa betulnya mereka..
Bila aku baca komen mereka yang panjang maka aku sedar
bahawa dalam dunia ni ada dua golongan manusia iaitu:
- Orang yang sedar dia bodoh dan sedia untuk belajar, orang sebegini pandai sebenarnya.
- Orang yang tidak sedar dia bodoh dan tidak mahu belajar, orang sebegini memang bodoh sombong.
Contoh bila cerita bab solat, Anti hadis berhujah:
"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya
bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan mengembangkan
sayapnya. Masing-masing telah mengetahui akan cara solat dan tasbihnya, dan
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." AQ 24:41: Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing,
bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan
Tuhan mendirikan sollat? Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil
menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?”
Ok, Nampak tak hujah mereka, sebab nak solat guna akal sendiri,
tak nak ikut hadis, maka dalil burung bersolat pulak nak dipertikaikan duduk
bersimpuh, padahal ayat tu terang terang tulis MASING MASING tahu cara solat MASING
MASING! Jadi monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air,
angin, cahaya, tak payahlah nak ikut solat cara mereka, Rujuklah Ayat Alquran
yang lain bab cara solat iaitu surah Al Maidah ayat 6: ALLAH SURUH DIRIKAN
SOLAT, DAN RUKUK BERSAMA ORANG YANG RUKUK,
Jadi ikut hadis rukuk bersama orang
yang rukuk, adalah solat berjemaah, jika terlewat solat, dan sempat rukuk
bersama imam masih di kira rakaat, rukuk pulak Nabi dah ajar, tunduk lurus
belakang, jari pegang lutut, tengok tempat sujud dan lain-lain.
Tapi bila aku tanya apa Tafsir Rukuk bersama orang yang
rukuk, korang tahu anti hadis jawab apa?
“Bahasa biasa al quran suruh rukuk, Rukuk lah ikut kemampuan, alquran
tidak mngajarkan kesulitan, Korang saja suka cari susah nak lebih semua nak
tambah”
Tengok jawapan konon macam guna akal, tapi hilang akal,
RUKUK IKUT KEMAMPUAN tu bagaimana? Susah ke Rukuk yang Nabi ajar? masuk hospital ke jika Rukuk hari hari? Mana hujjah RUKUK bersama orang yang RUKUK?
Krik krik krik..
Lepas tu aku ada tanya bab urus mayat, dalam Al quran tak
cerita detail,korang nak taman macam mana? Jika ikut Al Quran tanam macam
burung gagaklah? Kambus begitu sahaja?
Pandai pulak mereka jawab kena guna common sense, ikut
masyarakat setempat, jangan aibkan mayat.
Hah! Itu dia! Jika ikut masyarakat setempat, kena ikutlah
ajaran Nabi Muhammad sebab masyarakat setempat ikut Nabi Muhammad SAW yang
explain detail apa yang ada dalam Al quran.Tak gitu?
(((Note: Jenazah Kasim ahamad yang dikatakan anti hadis, tapi
mayat beliau telah di mandikan, dikapan, di solat, dan ditanam guna dalil dari
hadis hasil usaha pemuda PAS, tahniah kepada
ahli sunnah kerana tidak membaikot mayat
kasim ahmad, malahan telah layan mayat dengan penuh hormat dan sopan dengan
cara merujuk kepada Al Quran dan hadis Nabi.)))
Cerita bab tanam mayat, ada pulak hujah mereka: Azab kubur tak ada sebab kiamat
sahaja tempat hukuman, dalam Al quran tak cerita azab kubur.
Aik? Kiamat sahaja tempat hukuman? tak baca Al quran kisah
kaum yang kena azab atas dunia lagi? ke korang baca kitab lain? Tak baca hukuman didunia untuk penzina dan
lain lain?
Krik krik krik....
Datang pulak anti hadis lain: “Nabi ajar ummat sembah nabi
dengan selawat, cukup sembah allah, jangan sembah Nabi”
Pulak dah? Sembah Allah dan sembah Nabi pun tak boleh nak beza?, Nabi Muhammad
SAW ajar solat, yang mana dalam solat dari takbir sampai salam, penuh pujian dan sembah
Allah, doa doa nabi ajar, sebut nama Allah, masa lapang, berzikir, sebut nama
Allah, baca Al quran dalam solat, puji Allah, dalam rukuk dan sujud, bertasbih
nama Allah, maka apa salahnya, tanda terima kasih kepada Nabi yang ajar kami, maka
kami selawat ke atas Nabi itupun bila dengar nama nabi di sebut. Tak kan berterima
kasih pun salah, kan ada ayat Al quran suruh berterima kasih?
Krik krik krik..
Datang pulak anti hadis lain: “al quran sempurna, tak perlu
tafsir dari Nabi Muhammad untuk jelaskan, cuba korang baca buku Kasih Ahmad, satu
penilaian semula, maka korang akan faham maksud Al quran”
Eh Eh?, Kenapa ikut tafsir Kasih Ahmad pula?, Al quran
kan sempurna, guna akal kami, ikut Nabi Muhammad punya tafsir jauh lebih baik
dari ikut tafsir kasim ahmad, Nabi Muhammad di iktiraf dunia manusia paling
hebat dalam sejarah dunia, kasim ahmad siapa?
krik krik krik...
Lepas tu baca komen lagi, ada pengkomen kongsi kisah Pengalaman ustaz berdebat dengan Kasim ahmad.
Ustaz Fakhrurazzi: Boleh terangkan cara solat?
Kassim ahmad: Rujul Al quran ayat 14:40. Wahai Pemeliharaku,
buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai
Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).
Ustaz Fakhrurazzi:Itu ayat saya tahu, tapi dari ayat ini
sahaja, bagaimana kita nak solat?bagimana cara nabi Ibrahim solat? tanpa
merujuk hadis?
Kassim ahmad: Balik! Balik!
Ustaz Fakhrurazzi: Adohai, ingat hebat sangat, bab solat pun
tak boleh nak jawab, macam mana nak jawab bab lain. Ok kami balik.
Kesimpulan: Kassim ahmad ni takde hebat sangat pun, pengikut
dia sahaja yang buat hujahnya nampak hebat.
Jadi begitulah serba sedikit hujah anti hadis yang konon Nampak
bijak tapi sebenarnya mereka tak sedar mereka bodoh dan tidak mahu belajar.
Kita semua faham, Kerja Nabi bagi penjelesan, ada yang faham
dan ada yang tak nak faham.
Sebab tu debat dalam bab agama akhirnya tak selesai hingga
Allah turun ayat.
"lakum di nukum wali yadin"
Jadi yang solat 5 waktu teruskan, yang tak nak solat 5 waktu
kita boleh cerita itu ini, tapi jika mereka tak nak, kita doa kan mereka dan kita
terus buat baik. semoga Allah bagi hidayah kepada mereka dan kita semua.
Oh ye, ada komen best aku copy balik:
Kalau kita belajar engineering, kita mesti refer buku teks
engineering. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks
engineering? Mesti lah belajar dengan pensyarah engineering, yang dilantik oleh
pihak universiti.
Kalau kita belajar medic, kita mesti refer buku teks medic.
Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks medic? Mesti
lah belajar dengan pensyarah medic, yang dilantik oleh pihak universiti.
Kalau kita belajar Islam, kita mesti refer buku teks Islam,
yakni Al-Qur'an, sumber wahyu dari Allah SWT. Macam mana nak belajar cara refer
yang betul masa baca Al-Qur'an? Mesti lah belajar dengan tok guru Al-Quran,
yang dilantik oleh Allah sendiri, yakni Nabi Muhammad SAW. Cara refer atau
memahami Al-Quran, cara tafsir dan beramal itulah namanya Hadis.
(terbaik!)
Kesimpulannya:
Jika anti Hadis seorang Hospital Director, wajarkah Anti
Hadis melantik seorang “doctor” yang datang interview jika dia mengaku belajar
medic, hanya melalui bacaan buku teks dan terjemahan sahaja? Setelah ditanya
universiti mana dia attend, dengan pensyarah mana dia belajar, dia jawab tak
perlu attend universiti tak perlu belajar dengan pensyarah, cukup belajar
dengan buku teks dan terjemahan dari KAJIAN SAYA SENDIRI sahaja. Wajarkah Anti
Hadis ambil dia bekerja?
Gunakan akal di tempat yang betul, kerana guna akal di tempat yang betulah maka aku
ambik hadis mutawatir, hadis hasssan dan hadis daif sebagai hujah, hadis palsu akupun
anti.
Jadi kerja kerja tafsir hadis ada ilmu yang korang tak nak
guna otak langsung, korang nak reject terus.
Ayat yang korang selalu ulang: Al quran sempurna, jika rujuk
hadis konon menafikan Al quran sempurna. Adohai..
Jika nak guna otak, mari kita guna simple contoh:
Setuju tak jika aku cakap manusia adalah ciptaan Allah yang
sempurna? semua akan setuju, sebab dalam Al quran pun bagitahu manusia ciptaan
sempurna.
Tapi dalam penciptaan sempurna, Allah masih buat manusia
perlukan air, angin, api dan tanah untuk hidup, dan jika nak membiak manusia
perlu berkahwin.
Maka sempurna manusia tu masih perlukan pada ciptaan Allah
yang lain untuk menyempurnakannya, manusia tak boleh lahirkan anak sendiri.
Jadi dalam bab Al quran yang sempurna, untuk fahamkan
perintah Allah masih perlu kepada penerangan daripada NAbi yang namanya
tercatat dalam Al quran.
Gunalah otak, kenapa Allah redha pada sahabat yang tercatat
dalam Al quran, dan kenapa sahabat sampaikan hadis bila nak terangkan Al quran?
Jadi ni memang hujah untuk budak budak jer, sedangkan di
luar sana dah ramai ulamak termasuk Zakir Naik bahas bab ni,
Aku guna otak, kenapa Zakir naik datang malaysia korang tak
pergi berhujah direct? kenapa korang tak berhujah direct dengan orang yang suka
berdebat seperti Ustaz Rora, Mufti perlis dan lain lain.
Jawapannya sebab korang bacul intelek, korang tahu akan
kalah depan khalayak dan tak sanggup malu, dalam tempat tertutup macam ni
korang menyalak hebat berhujah, di pentas nyata korang tak berani, sekarang di
masjid masjid ada ceramah UAI dan sebagainya, korang kena berani, pergi berhujah
dengan ustaz ulamak, atau berhujah dengan pakar hadis di Masjid seri ptaling
malaysia, jangan takut kerana jika korang benar, Allah akan bersama kalian,
berani kerana benar, takut kerana ragu ragu dengan kefahaman diri sendiri.
Lalu bila korang bising di sini sahaja, aku memang tak
sempat nak jawab semua soalan korang, tapi rajinkalh diri baca explain dari
ustaz dalam dan luar negara, mereka guna otak, sebab itulah mereka boleh tapis
hadis, macam duit palsu bila masuk pasaran, guna otak untuk tapis duit, guna
alat dna sebagainya, bukan reject semua duit.
hadis ni sama macam bidang lain, ada kepakaran yang perlu
dilatih, bukan google terus percaya.
Maaf sebab guna hujah biasa sahaja, hujah hebat hebat dan
banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan
kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan
penyanyang.
Jangan lupa Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka
bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui” bukan pandai pandai
suruh fikir sendiri, itu yang bila tanya rukuk bersama mereka yang rukuk,
jawapan ke laut, adohai..
Moralnya, sedarlah diri bahawa kita manusia ni jahil, kena
belajar untuk jadi pandai. Jika pandai buat buat bodoh, boleh orang ajar lagi,
tapi jika bodoh dan buat buat bodoh memang kesianlah.
Contohnya masa korang naik lif, tiba tiba ada orang yang masuk
last dan lift berbunyi alarm tapi dia buat buat bodoh sedangkan dia memang
bodoh, orang lain yang pandai malas nak tegur lalu buat buat bodoh jugak sehingga
dia yang buat buat bodoh tadi perasan dia betul betul bodoh lalu keluar tak
tengok kiri kanan.
Woha!
Eh? Apa melalut cerita orang bodoh dalam lif, Maaf sebab
guna hujah biasa-biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna
tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat
sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.
Amin.
I love u kerana Allah,
Oh Allah, berikan hidayat kepada anti hadis, kepada saya,
dan kepada semua ummat islam dan seluruh mansuia, agar kami semua SELAMAT Dari
azab api neraka.
sekian.
(ditulis tanpa membacanya semulal- maaf sebab perasan sibuk)
Nov 7, 2017
Cara nak Merisik dan Bertunang?
(Contoh Dialog Juru cakap majlis Merisik dan Bertunang secara Islamik)
![]() |
| Contoh Dulang Hantaran, gambar kiriman pembaca-ehem-ehem! |
Minggu lepas kakak aku call bagitahu anak dia nak bertunang
dan perlukan bantuan aku menjadi juru cakap dalam majlis merisik dan bertunang
Aku belum pernah buat kerja kerja merisik ni, dan aku anak
nombor sebelas dari enam belas adik beradik, maka ramai lagi abang-abang lain
yang lebih tua dan berpengalaman untuk diharap tapi kakak aku cakap, penulis
lebih boleh di harap. Woha!
Jika kerja merisik dan bertunang ni guna karangan surat,
kerjaya penulis mungkin boleh membantu, tapi ni kena mengadap keluarga belah
sana sambil bermain kata kata puitis. Adohai.., bakat menulis sungguh tak sama
dengan bakat DJ majlis.
Tapi aku setuju jugak akhirnya sebab dah kakak sendiri
mintak tolong, lagipun seronok juga jadi watak utama dalam majlis nikah kahwin
ni, ha ha.
Jadi kepada korang semua yang tiba tiba menjadi bidan terjun
macam aku dan tak tahu nak cakap apa dalam majlis merisik dan bertunang,
eloklah korang follow page ini, ada jugak benda yang sebelum ini korang tak
tahu tiba tiba jadi terlebih tahu, mudah mudahan.
Cara merisik dan bertunang:
- Minta izin dari tuan rumah untuk mulakan majlis, dah dapat izin, Mulakan majlis dengan bismillah, solawat, dan doa ilham dan lain-lain. Jangan baca lama sangat, sekitar seminit dua sahaja. Nak ambik berkat dari firman Allah agar majlis mendapat Rahmat.
- Dah kumat kamit membaca perkara di atas yang baca perlahan tapi orang dengar maka mulakanlah salam kepada semua orang penting, terutama Ibu bapa perempuan, ucapkan juga terima kasih kerana sudi terima kedatangan kami dan sedikit taaruf tentang siapa anda, dalam kes aku, bapak saudaralah.
- Kenalkan ibu bapa pihak lelaki kepada semua hadirin
- Lepas tu bagi tahu tujuan datang, iaiatu nak memetik bunga di taman, nak perpantun ke nak bersyair ke lantaklah, penting sebut nama anak perempuan tu, karang tersilap pinang, orang lain pulak yang kena kahwin.
- Contoh ayat: “Sebenarnya semua dah tahu akan maksud kedatangan kami., almaklumlah kedua pihak telah berhubung sebelum ni, zaman sekarang ini, ada telefon ada whatsapp,.banyak perkara telah disepakati, tapi sebagai syarat dalam memuliakan adat dan majlis, kami teruskan juga dengan adat mulia kita bersama. Adapun hajat kami yang utama ialah untuk bertanyakan sama ada puteri tuan rumah ini yang bernama Clever Girl sudahkah berpunya atau belum? jika belum perpunya, alhamdulillah, maka kami ingin sekali memetik bunga di taman bak kata orang dulu dulu, atau dalam Bahasa agama, kami datang adalah untuk meminang Clever Girl bagi pihak anak saudara saya, iaitu BoboBoy”
- Bila pihak sana bagitahu bunga di taman belum berpunya dan sudi terima peminangan, korang bukak cerita tentang wang hantaran pulaklah. berapakah wang hantarannya? Bincang lah korang ikut perjanjian asal dengan mak bapak Boboboy.
- Lepas dah setuju jumlah hantaran, bukak cerita tentang tanda pinangan, biasanya dalam bentuk cincin, lagi bagus adakan dua bentuk cincin, satu cincin merisik (belah rotan), dan satu lagi cincin bertunang. Minta ibu bakal pengantin lelaki bukakan dan tunjukkan cincin ni. Tanya nak sarung terus ke? Jika setuju, terus mak BoboBoy sarungkan cincin ke jari CleverGirl.
- (jika kakak Clever Girl belum berkahwin, elok juga bagi hadiah serti cincin atau sepersalinan kain atau apa apa yang munasabah sebab terlangkah bendul)
- Dah selamat serah cincin, bincang pulak tempoh bertunang, bincang tarikh kenduri akan datang bila? Di mana? Kenapa? Dan sebagainya. Bincang juga isu Mas kahwin sebab setiap negeri berbeza nilai dan kaedahnya.
- Boleh jugak bincang Jumlah dulang balas dan terima atau hal hal berkaitan, jika tak de idea boleh minta ibu bapa BoBoBoy tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang ibu bapa BoBOboy bercakap sama.
- Dah habis semua, boleh baca doa atau lantik abang sulung yang janggut panjang untuk bacakan doa selamat. Doa elok Bahasa melayu, mohon pengantin selamat disatukan, bahagia dunia akhirat, mempunyai anak yang ramai serta soleh solehah dan lain lain.
- Lepas habis majlis tunggu pihak CleverGirl jemput makan, korang jangan pandai pandai pulak jemput makan, korang tu tetamu, biar tuan rumah jemput, lepas tu ambik gambar dan beramah mesralah waktu makan.
- Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
- Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.
- Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.
- Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.
- Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!
Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang nak ambik gambar,
ha ha, menyibuk jer kerja aku ni.
Woha!
****
Anak saudara aku yang nak kahwin ni. Dengar cerita aweknya suka
kat dia sebab rupa ada iras artis Hindustan.
Terus aku tanya bini: "Awak tengok saya sebelum kahwin
macam artis mana?"
Jawab puan bini: "Saya tengok berita pelarian Rohingya
kesian sangat lepas tu nampak abang ada iras orang tu. Terus rasa kesian dan
sayang"
"Menyesal tanya"
Woha!
Oct 30, 2017
Bagaimana mintak Hutang?
(Bagaimana berhutang cara Islam dalam dunia moden)
Korang ada masalah kawan hutang tak bayar? Buat bodoh?
Bergaduh bila tuntut hutang dan sebagainya?
Lepas tu ada lagi kawan, adik beradik, sedara mara datang
nak pinjam duit?
Tak nak bagi takut putus kawan, dah bagi takut pulak nak
mintak hutang?
Nak buat macam mana?
InsyaAllah, Keretamayat ada penyelesaianya.
Mula mula korang Buat Whatsapp group, Add empat orang yang
boleh dipercayai, atau best friend, atau adik beradik, atau ibu bapak, atau
suami atau isteri, tak kesah, janji ada empat orang.
Tajuk Group tu: HUTANG CARA ISLAM
Lepas tu jika kawan ada nak pinjam, paste ayat ini.
(((“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
urusan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu,
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)… dan janganlah ia
mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. … dan hendaklah kamu mengadakan dua
orang saksi ldari kalangan kamu … Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila
mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang
yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian
itu, lebih adil disisi Allah” (ringkasan ayat 282 surah Al Baqarah)”)))
Lepas tu Paste ayat ni pulak:
(((Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang
terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita
kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang
memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar
jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi. Maka kerana Allah peminjaman ini
ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan
membayar hutang. Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah
memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh semua
ahli group ini.)))
InsyaAllah, jika korang bagi hutang dengan cara Islam, maka
mudahlah dia bayar sebab bukti semua dah ada, sampai masa bayar up status dalam
Whatsapp. Jika ada orang dia segan dalam group tu lagilah cepat dua bayar.
So malasah selesai, moralnya: Jangan lagi korang bagi hutang
secara rahsia, cara begitu tak islamik. Tulis hutang dan bawak saksi itu ajaran
Al quran dan Sunnah.
Ikut Islam, kita selamat.
Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
ps: Untuk detail boleh rujuk buku Kamar Sutera karangan
Hamka Kereta mayat.
![]() |
| Borang Hutang jika korang tiada Whatsapp |
Oct 25, 2017
Hutang Along? apa nak buat?
(cara selesai masalah hutang Along)
Ada ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati
ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi
sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar,
katanya tak ada duit.
Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.
Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10
ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.
Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga
RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.
Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit
leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali,
dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.
Waktu aku borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan
rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along,
sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Aku suruh report Polis dia
takut sebab Along ada ugut dia katanya.
Jadi hari ni aku call PPIM. Dan aku share info ini supaya
korang yang ada masalah ALONG boleh selesaikan masalah dengan tenang dan
berhikmah. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian sebab nyawa kita milik Allah, bila kita 'rampas' milik Allah dengan bunuh diri berkumungkinan besar kena azab dengan api neraka selamanya- Nauzubillah!
CARA BERTINDAK
- Buat report Polis dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
- Waktu Along Call, cuba rakam sebagai bukti, jika ugut ikut whatsapp, simpan ugutan itu, tapi biasanya melalui rakaman, rakam dan rakam, jika takde takpe, boleh cerita dulu dalam report polis.
- Dah siap report, call No ini: 013-3071 999 atau ini, 019-3458 44403 atau ini, 4257 7222 dan ini 03-4256 6618
- Pejabat mereka dekat KL, berhampiran Pusat Tahfir terbakar itu hari, alamat detail:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
- Bila call, mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dan bincang, bawak RM50 untuk daftar ahli, dan setiap Along akan di cas RM30, dalam kes kawan aku ni, beliau akan dikenakan cas RM150- jangan cakap cas ini mahal sebab Riba Along ribu ribu korang sanggup bayar, cas perkhidmatan nak komplen pulak, adohai..
- Bawak segala butiran berkaitan Along tu, bawak report polis dan paling penting No telefon Along.
- Lepas tiga hari mereka akan bertindak dengan cara hubungi Along untuk bincang dikurangkan Riba dengan jumlah yang lebih logic dan masuk akal. Bila dah setuju korang akan bayar duit pada PPIM dan PPIM akan bayar pada Along, hujung sekali baru korang bayar cas perkhidmatan mereka 10 peratus, boleh bayar ansur ansur dan penting, cas perkhidmatan PPIM takde Riba!!
Kesimpulan:
Jadi
bertindaklah, menangis tak selesai masalah, hutang adik beradik nak tutup
lubang riba pun tak selesai masalah! Bertindaklah, report dan oergi kerja cari duit,
harta yang sedia ada jual dan gadai, jangan susahkan orang. Bunuh diri tak
menyelesaikan masalah dan akan menyusahkan anak bini, cukuplah susah masa
hidup sebab jika bunuh diri, matipun lagi susah, Allah cerita dalam Al-Quran,
ramai orang yang dah mati nak hidup semula kalau diberi peluang untuk beramal
soleh. Jadi ketika kita masih hidup ni, kena hargai waktu hidup dengan tambah
peluang buat amal dan pahala. Tambah peluang untuk taubat dari semua dosa.
Ujian
hidup ni banyak, ada yang cacat, gila, pesangan gila, anak cacat, anak gila dan
sebagainya, jadi ujian korang sekarang ni ada hutang keliling pinggang, just akui
kesilapan yang lalu. Bertaubat dan go on! Siapa berusaha keras untuk bebas dari
hutang, hidupnya lebih mulia dari putus asa dan bunuh diri. Andai korang mati dalam
jihad bebas hutang ini, mati begini jauh lebih mulia dari mati menangis
berputus asa.
Aku ulang,
menangis tak menyelesaikan masalah sebenar. Dah habis menangis karang, pergi keluar
rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut. Ada rezeki
untuk orang yang berusaha dan bertawakal.
Susah
dalam hidup ini adalah normal, ujian tanda Allah sayang, sebab tu Nabi-nabi
yang Allah sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari
Allah untuk tingkatkan darjat kita supaya kita jadi orang yang lebih baik di dunia dan
akhirat. Setiap Ujian yang datang akan menjadikan kita lebih layak masuk
syurga kalau kita hadapinya dengan betul
dan sabar, insyaAllah.
Susah-susah
kita pun, masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih
sihat tubuh badan dan yang paling penting, ada anak bini yang sanggup sehidup
semati, jadi susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja.
Ingat
pesan kereta mayat:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita,
alangkah ringan-nya penderitaan ini.
Atau,
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan
masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya'
penderitaan ini.!
Sekian. Takde Woha untuk entry ini. Bertindaklah!
Ps: rujuk hadis Nabi: “Jika semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada
kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan,
dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga
langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah
tetapkan, inilah tauhid!"
Oct 12, 2017
Solat lima atau tiga?
(Soalan dari Anti hadis-solat lima atau tiga?)
![]() |
| Anti Hadis juga akan bertaubat- InsyaAllah |
Tuan Hamka, Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi
Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’
mazhab.
Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat
hanya 3 waktu sahaja:
"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan
maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu
sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti
mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?
Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah
dari hadis. Cukup Al quran sebagai rujukan dan akal sebagai hujah.
Terima kasih.
JAWAPAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.
Salam,
Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna
Hadis kali ini dan guna Al quran serta logic akal sahaja.
Cuba fikir, mana lagi malas?, solat lima waktu atau tiga
waktu? So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman
kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan
agama, padahal malas.
Ok, kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3
kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis
tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang,
macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul
berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah,
semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima
waktu sehari semalam. Siapa yang pemalas?
So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang
pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan
salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.
Adohai.
Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang
solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa
solat ni satu beban yang berat, rujuk Al quran:
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)
Ok itu satu hujah simple, kita pergi hujah lain pulak:
sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid
untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)
Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu
orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis
cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti
solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?
“tapi cik Hamka,
dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada
ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”
Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:
“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al
Baqarah -238)”
Tahu tak solat Wusta tu bila? Rujuk ayat lain:
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh
itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)
Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis
tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?,
Cuba rujuk Surah Taha ayat 130: "Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam (isyak) dan pada kedua belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.
Cuba rujuk Surah Taha ayat 130: "Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam (isyak) dan pada kedua belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.
Apa yang dalam kurungan itu, adalah dari hadis, so naktafsir kena guna hadis,
Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana,
sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak
hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW,
dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab,
maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis.
Contohnya, dalam Al quran tak ada cerita detail macam mana
nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur
keluar nak tak?
Hah! Tau tak nak!
Second Last aku nak tanya, Macam mana kau tahu Al Quran tu
sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?
Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua
tu rekaan manusia?
Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa
bukukan Al quran?, sahabat nabi dan ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan
Al quran, ulamak seepas zaman nabi, eh? patut jika korang yakin sahabat dan
ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran,
ikut logic otak korang lah.
Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada
cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham
kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh
terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dalilnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan
taatlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan amal-amalmu” (Qs. Muhammad:
33).
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika
kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah
menyampaikandengan terang” (Qs. At Taghabun: 12).
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (hadis), jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa: 59).
Jadi sudah terang lagi bersuluh dalil ayat demi ayat Allah
suruh ikut ajaran Nabi, maka bila Nabi Muhammad SAW nak terangkan, mesti secara
terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham.
Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar.
Siap dengan praktikal sekali,
contoh Al Quran suruh kita kahwin dan Nabi
detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin
tu apa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah?cerai macam mana, rujuk
macam mana dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni
memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.
Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan
calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang
letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.
Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka
lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen,
Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan
main dengar dan sebar macam korang klik butang share di facebook. Mereka solat
dulu, minta petunjuk.
Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop
manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah
di training oleh manusia yang Allah training tu penipu?
Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman
tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang
terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling
asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti
imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi
dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka
layak, sebab?
Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam
Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat
ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini
untuk tidak mengikuti mazhab?
Last aku nak berhujah bab solat lima waktu guna akal dan Al
quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al
fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat
serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.
Dari ayat surah Al Fill ini, jelas bahawa Allah akan menjadi
penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana
rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran,
bukan hadis!
Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling
kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf
sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya
dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua
berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan
tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang
pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.
Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng
anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada
maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar
pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala
dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda
dengan izin Allah.
Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti
akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab
berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti
mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.
Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi
akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan
Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah
solat 5 waktu.
Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun,
ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana
seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, jadi guna
otak, amalan yang di turnkan secara turun temurun juga adalah dalil yang terbaik dalam membenarkan
hadis, inilah di panggil SANAD.
Jadi cerita bab sanad, boleh korang cerita tahun berapa Nabi
solat tiga waktu dan bila orang mula start solat depan kaabah lima waktu? Apa?
Tak tahu sanad tu apa?
Korang tahu tak sanad ni ada dalam SIRIM, ISO untuk pastikan
nilai dan unit adalah tepat, supaya quality prodek ikut standard, jadi dalam
bab hadis, ada sanad untuk menjaga quality Al quran supaya mengikut standard.,
panjang lagi nak cerita tapi cukup sampai sini.
Mudah cerita, jika kita tolak hadis, maka manusia akan baca Al quran ikut kepala otak, dan wjudlah perbezaan pendapat tanpa sempadan! akan wujud beribu ribu mazhab ikut kepala otak dan nafsu! solat pun akan ikut kepala otak.
Bayangkan Mazhab sedia ada yang rujuk hadis soheh pun boleh ada empat, tapi jika tak rujuk hadis akan jadi berapa?
Fikirlah baik baik guna otak, secara logiknya, kita memang kena rujuk hadis sedia ada, Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.
Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, macam duit palsu bila masuk pasaran, akan ada pakar wang untuk check, tak kan sebab ada duit palsu kita nak bakar semua duit, jadi hadis pun sama, ada pakar hadis yang check dan telah bakar hadis palsu.
Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, Kassim Ahmad pun dan meninggal dunia, nak tolak semua hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?
Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai.
Akhir kata, Rasul Melayu hari tu ada declare sempat
bertaubat, anti hadis tu tak tahu dah declare ke belum, hanya Allah yang tahu,
semoga kita sempat bertaubat sebelum mati.
Cukup sampai sini coretan aku, I love you kerana Allah. Hidup di dunia sungguh tak lama.
Sekian.
Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat
itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.
Subscribe to:
Comments (Atom)




