Oct 30, 2017

Bagaimana mintak Hutang?

(Bagaimana berhutang cara Islam dalam dunia moden)

Korang ada masalah kawan hutang tak bayar? Buat bodoh? Bergaduh bila tuntut hutang dan sebagainya?

Lepas tu ada lagi kawan, adik beradik, sedara mara datang nak pinjam duit?

Tak nak bagi takut putus kawan, dah bagi takut pulak nak mintak hutang?

Nak buat macam mana?

InsyaAllah, Keretamayat ada penyelesaianya.

Mula mula korang Buat Whatsapp group, Add empat orang yang boleh dipercayai, atau best friend, atau adik beradik, atau ibu bapak, atau suami atau isteri, tak kesah, janji ada empat orang.

Tajuk Group tu: HUTANG CARA ISLAM

Lepas tu jika kawan ada nak pinjam, paste ayat ini.

(((“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan urusan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)… dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. … dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi ldari kalangan kamu … Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah” (ringkasan ayat 282 surah Al Baqarah)”)))


Lepas tu Paste ayat ni pulak:

(((Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi. Maka kerana Allah peminjaman ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang. Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh semua ahli group ini.)))

InsyaAllah, jika korang bagi hutang dengan cara Islam, maka mudahlah dia bayar sebab bukti semua dah ada, sampai masa bayar up status dalam Whatsapp. Jika ada orang dia segan dalam group tu lagilah cepat dua bayar.

So malasah selesai, moralnya: Jangan lagi korang bagi hutang secara rahsia, cara begitu tak islamik. Tulis hutang dan bawak saksi itu ajaran Al quran dan Sunnah.

Ikut Islam, kita selamat.

Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!


ps: Untuk detail boleh rujuk buku Kamar Sutera karangan Hamka Kereta mayat.

Borang Hutang jika korang tiada Whatsapp


2 comments:

Muslim said...

Sedara mara, adik beradik, kengkawan, jiran jiran nak pinjam, nak berutang, kalau kita berkemampuan, dan dia mmg susah, nak pakai duit, kita bagilah sekedar yg kita mampu, niat dr awal, sedekah, tp diam diam jgn bg tahu. Kalau dia bayar balik, Alhamdulillah, kalau tak pun, kira halallah, kita pun tak sakit hati.
Tp bg yg nak pinjam tu utk bermewah mewah, atau mismanage kewangan family dia, mmg aku tak bagilah. Kalau bagi pun tak selesai masalah dia, dah tu mcm kita pulak yg tanggung keluarga dia. So awal awal kata sorry, kena berani say "no !"

Anonymous said...

Aku ada sorang kawan. Suka sangat berhutang sebab nak joli. Janji nak bayar, sampai masanya tak bayar-bayar. Dah mintak banyak kali baru bayar tu pun separuh. Tapi gaya nak maintain. Sampailah hubungan kami putus sebab aku pindah ke tempat lain. Beberapa tahun kemudian jumpa balik. Kali ni nak berhutang lagi! Hutang lama pun tak setel lagi. Tapi dengan tegas aku kata aku tak nak bagi sapa2 berhutang dah. Dia macam boleh terima. Then sampai sekarang kami berkawan balik. Macam takde apa2 berlaku! Adohai macam2 manusia dok ada. Hutang yang lama tu aku dah halalkan.