![]() |
| Borang Hutang jika korang tiada Whatsapp |
Oct 30, 2017
Bagaimana mintak Hutang?
(Bagaimana berhutang cara Islam dalam dunia moden)
Korang ada masalah kawan hutang tak bayar? Buat bodoh?
Bergaduh bila tuntut hutang dan sebagainya?
Lepas tu ada lagi kawan, adik beradik, sedara mara datang
nak pinjam duit?
Tak nak bagi takut putus kawan, dah bagi takut pulak nak
mintak hutang?
Nak buat macam mana?
InsyaAllah, Keretamayat ada penyelesaianya.
Mula mula korang Buat Whatsapp group, Add empat orang yang
boleh dipercayai, atau best friend, atau adik beradik, atau ibu bapak, atau
suami atau isteri, tak kesah, janji ada empat orang.
Tajuk Group tu: HUTANG CARA ISLAM
Lepas tu jika kawan ada nak pinjam, paste ayat ini.
(((“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
urusan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu,
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)… dan janganlah ia
mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. … dan hendaklah kamu mengadakan dua
orang saksi ldari kalangan kamu … Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila
mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang
yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian
itu, lebih adil disisi Allah” (ringkasan ayat 282 surah Al Baqarah)”)))
Lepas tu Paste ayat ni pulak:
(((Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang
terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita
kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang
memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar
jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi. Maka kerana Allah peminjaman ini
ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan
membayar hutang. Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah
memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh semua
ahli group ini.)))
InsyaAllah, jika korang bagi hutang dengan cara Islam, maka
mudahlah dia bayar sebab bukti semua dah ada, sampai masa bayar up status dalam
Whatsapp. Jika ada orang dia segan dalam group tu lagilah cepat dua bayar.
So malasah selesai, moralnya: Jangan lagi korang bagi hutang
secara rahsia, cara begitu tak islamik. Tulis hutang dan bawak saksi itu ajaran
Al quran dan Sunnah.
Ikut Islam, kita selamat.
Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
ps: Untuk detail boleh rujuk buku Kamar Sutera karangan
Hamka Kereta mayat.
Oct 25, 2017
Hutang Along? apa nak buat?
(cara selesai masalah hutang Along)
Ada ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati
ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi
sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar,
katanya tak ada duit.
Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.
Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10
ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.
Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga
RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.
Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit
leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali,
dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.
Waktu aku borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan
rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along,
sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Aku suruh report Polis dia
takut sebab Along ada ugut dia katanya.
Jadi hari ni aku call PPIM. Dan aku share info ini supaya
korang yang ada masalah ALONG boleh selesaikan masalah dengan tenang dan
berhikmah. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian sebab nyawa kita milik Allah, bila kita 'rampas' milik Allah dengan bunuh diri berkumungkinan besar kena azab dengan api neraka selamanya- Nauzubillah!
CARA BERTINDAK
- Buat report Polis dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
- Waktu Along Call, cuba rakam sebagai bukti, jika ugut ikut whatsapp, simpan ugutan itu, tapi biasanya melalui rakaman, rakam dan rakam, jika takde takpe, boleh cerita dulu dalam report polis.
- Dah siap report, call No ini: 013-3071 999 atau ini, 019-3458 44403 atau ini, 4257 7222 dan ini 03-4256 6618
- Pejabat mereka dekat KL, berhampiran Pusat Tahfir terbakar itu hari, alamat detail:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
- Bila call, mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dan bincang, bawak RM50 untuk daftar ahli, dan setiap Along akan di cas RM30, dalam kes kawan aku ni, beliau akan dikenakan cas RM150- jangan cakap cas ini mahal sebab Riba Along ribu ribu korang sanggup bayar, cas perkhidmatan nak komplen pulak, adohai..
- Bawak segala butiran berkaitan Along tu, bawak report polis dan paling penting No telefon Along.
- Lepas tiga hari mereka akan bertindak dengan cara hubungi Along untuk bincang dikurangkan Riba dengan jumlah yang lebih logic dan masuk akal. Bila dah setuju korang akan bayar duit pada PPIM dan PPIM akan bayar pada Along, hujung sekali baru korang bayar cas perkhidmatan mereka 10 peratus, boleh bayar ansur ansur dan penting, cas perkhidmatan PPIM takde Riba!!
Kesimpulan:
Jadi
bertindaklah, menangis tak selesai masalah, hutang adik beradik nak tutup
lubang riba pun tak selesai masalah! Bertindaklah, report dan oergi kerja cari duit,
harta yang sedia ada jual dan gadai, jangan susahkan orang. Bunuh diri tak
menyelesaikan masalah dan akan menyusahkan anak bini, cukuplah susah masa
hidup sebab jika bunuh diri, matipun lagi susah, Allah cerita dalam Al-Quran,
ramai orang yang dah mati nak hidup semula kalau diberi peluang untuk beramal
soleh. Jadi ketika kita masih hidup ni, kena hargai waktu hidup dengan tambah
peluang buat amal dan pahala. Tambah peluang untuk taubat dari semua dosa.
Ujian
hidup ni banyak, ada yang cacat, gila, pesangan gila, anak cacat, anak gila dan
sebagainya, jadi ujian korang sekarang ni ada hutang keliling pinggang, just akui
kesilapan yang lalu. Bertaubat dan go on! Siapa berusaha keras untuk bebas dari
hutang, hidupnya lebih mulia dari putus asa dan bunuh diri. Andai korang mati dalam
jihad bebas hutang ini, mati begini jauh lebih mulia dari mati menangis
berputus asa.
Aku ulang,
menangis tak menyelesaikan masalah sebenar. Dah habis menangis karang, pergi keluar
rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut. Ada rezeki
untuk orang yang berusaha dan bertawakal.
Susah
dalam hidup ini adalah normal, ujian tanda Allah sayang, sebab tu Nabi-nabi
yang Allah sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari
Allah untuk tingkatkan darjat kita supaya kita jadi orang yang lebih baik di dunia dan
akhirat. Setiap Ujian yang datang akan menjadikan kita lebih layak masuk
syurga kalau kita hadapinya dengan betul
dan sabar, insyaAllah.
Susah-susah
kita pun, masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih
sihat tubuh badan dan yang paling penting, ada anak bini yang sanggup sehidup
semati, jadi susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja.
Ingat
pesan kereta mayat:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita,
alangkah ringan-nya penderitaan ini.
Atau,
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan
masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya'
penderitaan ini.!
Sekian. Takde Woha untuk entry ini. Bertindaklah!
Ps: rujuk hadis Nabi: “Jika semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada
kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan,
dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga
langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah
tetapkan, inilah tauhid!"
Oct 12, 2017
Solat lima atau tiga?
(Soalan dari Anti hadis-solat lima atau tiga?)
![]() |
| Anti Hadis juga akan bertaubat- InsyaAllah |
Tuan Hamka, Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi
Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’
mazhab.
Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat
hanya 3 waktu sahaja:
"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan
maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu
sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti
mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?
Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah
dari hadis. Cukup Al quran sebagai rujukan dan akal sebagai hujah.
Terima kasih.
JAWAPAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.
Salam,
Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna
Hadis kali ini dan guna Al quran serta logic akal sahaja.
Cuba fikir, mana lagi malas?, solat lima waktu atau tiga
waktu? So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman
kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan
agama, padahal malas.
Ok, kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3
kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis
tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang,
macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul
berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah,
semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima
waktu sehari semalam. Siapa yang pemalas?
So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang
pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan
salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.
Adohai.
Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang
solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa
solat ni satu beban yang berat, rujuk Al quran:
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)
Ok itu satu hujah simple, kita pergi hujah lain pulak:
sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid
untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)
Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu
orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis
cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti
solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?
“tapi cik Hamka,
dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada
ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”
Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:
“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al
Baqarah -238)”
Tahu tak solat Wusta tu bila? Rujuk ayat lain:
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh
itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)
Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis
tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?,
Cuba rujuk Surah Taha ayat 130: "Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam (isyak) dan pada kedua belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.
Cuba rujuk Surah Taha ayat 130: "Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam (isyak) dan pada kedua belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.
Apa yang dalam kurungan itu, adalah dari hadis, so naktafsir kena guna hadis,
Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana,
sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak
hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW,
dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab,
maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis.
Contohnya, dalam Al quran tak ada cerita detail macam mana
nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur
keluar nak tak?
Hah! Tau tak nak!
Second Last aku nak tanya, Macam mana kau tahu Al Quran tu
sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?
Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua
tu rekaan manusia?
Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa
bukukan Al quran?, sahabat nabi dan ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan
Al quran, ulamak seepas zaman nabi, eh? patut jika korang yakin sahabat dan
ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran,
ikut logic otak korang lah.
Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada
cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham
kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh
terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dalilnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan
taatlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan amal-amalmu” (Qs. Muhammad:
33).
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika
kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah
menyampaikandengan terang” (Qs. At Taghabun: 12).
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (hadis), jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa: 59).
Jadi sudah terang lagi bersuluh dalil ayat demi ayat Allah
suruh ikut ajaran Nabi, maka bila Nabi Muhammad SAW nak terangkan, mesti secara
terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham.
Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar.
Siap dengan praktikal sekali,
contoh Al Quran suruh kita kahwin dan Nabi
detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin
tu apa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah?cerai macam mana, rujuk
macam mana dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni
memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.
Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan
calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang
letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.
Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka
lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen,
Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan
main dengar dan sebar macam korang klik butang share di facebook. Mereka solat
dulu, minta petunjuk.
Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop
manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah
di training oleh manusia yang Allah training tu penipu?
Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman
tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang
terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling
asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti
imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi
dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka
layak, sebab?
Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam
Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat
ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini
untuk tidak mengikuti mazhab?
Last aku nak berhujah bab solat lima waktu guna akal dan Al
quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al
fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat
serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.
Dari ayat surah Al Fill ini, jelas bahawa Allah akan menjadi
penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana
rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran,
bukan hadis!
Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling
kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf
sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya
dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua
berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan
tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang
pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.
Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng
anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada
maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar
pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala
dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda
dengan izin Allah.
Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti
akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab
berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti
mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.
Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi
akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan
Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah
solat 5 waktu.
Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun,
ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana
seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, jadi guna
otak, amalan yang di turnkan secara turun temurun juga adalah dalil yang terbaik dalam membenarkan
hadis, inilah di panggil SANAD.
Jadi cerita bab sanad, boleh korang cerita tahun berapa Nabi
solat tiga waktu dan bila orang mula start solat depan kaabah lima waktu? Apa?
Tak tahu sanad tu apa?
Korang tahu tak sanad ni ada dalam SIRIM, ISO untuk pastikan
nilai dan unit adalah tepat, supaya quality prodek ikut standard, jadi dalam
bab hadis, ada sanad untuk menjaga quality Al quran supaya mengikut standard.,
panjang lagi nak cerita tapi cukup sampai sini.
Mudah cerita, jika kita tolak hadis, maka manusia akan baca Al quran ikut kepala otak, dan wjudlah perbezaan pendapat tanpa sempadan! akan wujud beribu ribu mazhab ikut kepala otak dan nafsu! solat pun akan ikut kepala otak.
Bayangkan Mazhab sedia ada yang rujuk hadis soheh pun boleh ada empat, tapi jika tak rujuk hadis akan jadi berapa?
Fikirlah baik baik guna otak, secara logiknya, kita memang kena rujuk hadis sedia ada, Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.
Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, macam duit palsu bila masuk pasaran, akan ada pakar wang untuk check, tak kan sebab ada duit palsu kita nak bakar semua duit, jadi hadis pun sama, ada pakar hadis yang check dan telah bakar hadis palsu.
Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, Kassim Ahmad pun dan meninggal dunia, nak tolak semua hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?
Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai.
Akhir kata, Rasul Melayu hari tu ada declare sempat
bertaubat, anti hadis tu tak tahu dah declare ke belum, hanya Allah yang tahu,
semoga kita sempat bertaubat sebelum mati.
Cukup sampai sini coretan aku, I love you kerana Allah. Hidup di dunia sungguh tak lama.
Sekian.
Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat
itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.
Oct 3, 2017
Apa paling penting dalam hidup?
(Kereta mayat pulak tanya sama korang)
Dalam hidup ini, apa yang paling penting?
Mungkin kita telah sedar bahawa benda penting yang pernah
kita sangka ianya penting, tiba tiba menjadi kurang penting dan lama lama tidak
penting pun.
Tengok korang kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu
tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di
zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap
campak atau bagi pada anak jiran.
Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu
penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan
rambut gaya terkini itu penting, drama
episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik
terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang
remaja,
Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang
mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak
kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat
kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang
sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada
cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan
mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.
Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional,
kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes
paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada ada anak,
maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari
duit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian
besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit
untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu
kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu
tua, apa yang penting?
Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin
menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan
dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua
mereka.
Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak
anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.
Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting
dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari
kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupan
Bergama.
Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi
palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telingat dah tuli
pakai alat elketronok pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh
nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita?
Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?
Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut
sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita
pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita
bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh
diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.
Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan
senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.
Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan
puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,
Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa
yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah
hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)
Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu
lupa Tuhan, lupa Allah!
Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!
Itu jer aku nak kabor.
Ps: Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa
tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang
lupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, adohai..
Sep 21, 2017
Buku paling Best Seller-Kisah laki Bini?
Alhamdulillah syukur, Buku KISAH LAKI BINI mendapat anugerah
Best Seller dari Karang Kraf pada 16hb September 2017.
Jadi untuk itu, aku copy paste komen lima yang best best dari
pembaca tentang buku ini.
Komen 1: ulasan Abang Ohsem
Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta
Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah
Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga
sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.
Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk
situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya
penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:
Lady Driver
Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang
memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok
rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam
orang perempuan!"
Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk,
adohai...
Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang
pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini,
Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:
Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda
selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!
Ulasan 2: Oleh @lina.kama
Jadi kiranya, aku dah ketagih tulisan makhluk ni. Maka aku
cuba lagi satu buku. Mula2 aku hampir frust tonggeng. Hampir 1/3 ms yg awal
menjunamkan jangkaan aku. Tulisan yg terlalu santai termerapu dan termeleret ke
lembah x tau tujuan. Tp, pada pertengahannya, klimaksnya hingga hujungnya
terpadat debat2 agama dan hubungan kita dan Tuhan. Mula2 aku tercari2 mana
kisah besar laki bininya?? Ya, ianya dihujung.. Ketika kisah peperangan
Muawiayah dan Ali, di situlah aku jumpa bagaimana penulis menterjemahkkan
hubungan kisah laki bini. Dan yg bonusnya, ini bukan kisah laki bini sebenarnya
. ha!!! Teruja kan nak baca kan?
Great job! @hamka_keretamayat
Ulasan 3: Nik Surina Ramli
"Kisah perjalanan 3 hari dari Terengganu ke KL utk
menghadiri majlis perkahwinan adik bongsunya. Mcm2 peristiwa berlaku. Tayar
pecah, langgar beruk, baiki kereta, kemalangan sbb sondol kereta org, kena
kejar polis, kena pijak waktu demonstrasi, masuk wad, sesat sampai
Putrajaya....haha mcm2 lah.
Paling sweet sepanjang perjalanan suami isteri dan 4 org
anak main teka teki dan bercerita mcm2, Ultraman, Naruto, Dragon Ball. Kisah2
Nabi pun ada juga.
383 mukasurat. Baca setgh hari pun blh hbs sbb x
bosan."
Ulasan 4: Email: Hamka. Minta blur kan nama saya.
Terima kasih atas tulisan kamu di dalam buku Kisah Laki Bini
ini. Rumahtangga saya hampir musnah angkara orang ketiga dan keterujaan saya
mengenali orang baru. Saya lupa diri,berbulan saya abaikan suami saya. Walhal
dulu saya yang paling tercinta dan paling amat sayangkannya. 8 tahun kami
bersama bercinta sehingga ke jinjang pelamin.
Semasa saya dalam dunia lupa diri, suami menghadiahkan saya
buku Kisah Laki Bini ini. Ayat-ayat kamu telah buat saya tersentak, tersedar.
Lupa saya pada kemesraan kami selama berumahtangga,lupa saya pada gurau tawa
jerit pekik di dalam rumah dan kereta dan lupa juga saya pada keluarga, saudara
mara,sahabat yang sentiasa mendoakan kemesraan, keromantikan kami berpanjangan.
Kami pasangan yang sempoi,mereka kata.
Tapi saya rosakkan segalanya. Betapa sabarnya suami saya
menunggu hari terakhir saya bersama orang baru untuk kembali kepadanya. Kami
hampir ke pejabat agama untuk mengakhiri segalanya.
Puas saya berfikir masak-masak sedalamnya mengapa mahu
mencari jalan malang sedangkan bahagia itu sudah di depan mata. Saya lupa diri
dengan keseronokan dan kebebasan. Saya akhirnya kembali ke pangkuan suami dan
kami baru balik dari honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga
dan percintaan kami yg kelima. Ya,masih baru lagi di dalam alam rumahtangga.
Mesranya di dalam kereta dan rumah kembali hangat sama
seperti Hamka dan Pn Isteri. Gelak tawa mengilai menjerit kembali bergema.
Lawak-lawak bodoh yang saya teramat benci semasa lupa diri, kembali saya
dambakan. Mahu dengar acap kali.
Saya bertaubat. Saya hanya mahukan suami saya yg seorang
itu. Tiada dua. Tiada ganti. Moga dengan izin Allah,kami dapat bersama hingga
akhir hayat.
Terima kasih Hamka, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya
dengan tulisan kamu. Moga Allah sentiasa merahmati kamu sekeluarga.
Ps: Ya Allah terima kasih atas peluang kedua yang diberikan.
Saya tak tau mampu ke saya sesabar dia jika saya di tempatnya. Terima kasih
Hamka.
Ulasan 5: IG Oyin Cronaldo
Its been a very, very long time since i last read a BM book,
especially a non-fiction one! still 3/4 way to go and i have to stop because
its just wrong to continue my enjoyment without giving a shout out to Firdaus
Hussamuddin for gifting me this (thank you hun)! Funny like crazy, full of
thoughtful religious reminders and hadith interspersed with mentions of his
favourite My Chemical Romance, Avril Lavigne lyrics, and Kingdom of Heaven
reviews. The best fictional non fiction (as how the author loosely describes
it) ive read in a long time.
*****
Okey banyak lagi komen jika nak copy paste boleh google atau hasgtag di internet, terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca, semoga tulisan saya memberi manfaat di dunia dan di akhirat.
Sila kagum dari jauh!
Woha!
Sep 15, 2017
Mayat bercakap ketika mandi?
(baca ini sebelum mandikan mayat ayah)
Terima kasih duhai anakku, jika korang semua memang sudah
berniat dari awal nak mandikan mayat ayah.‘Sejuk’ perut mayat ayah bila dapat
tahu korang ada berniat begitu.
Korang tahu tak? waktu korang kecik, Bila bonda sibuk,
sorang-sorang ayah mandikan korang semua, sorang sorang ayah tolong basuhkan
berak, sorang sorang ayah tolong pakaikan baju seluar, tapi sekarang ayah dah
jadi sekujur mayat dipembaringan, terima kasih banyak banyak sebab beramai
ramai mandikan ayah dan bersihkan najis dipunggung mayat ayah, eh kita mandi
bersama-sama tapi hanya ayah yang basah seorang. Macam pepatah mandi bersama
basah seorang pulak, hu hu.
Terima kasih juga kerana kafankan mayat ayah beramai ramai.
Apa-apapun, tahniah sebab faham memang Afdalnya, anak anak
yang mandikan dan kafankan mayat ayah, agar aib ayah, hanya anak-anak yang
tahu.
Pesan ayah, sewaktu wudhukan mayat ayah, dan oleh sebab
rukun wadhu ada (4) empat anggota sahaja yang wajib di cuci, maka tolong fokus
pada empat anggota itu akan pesanan ayah ini.
Mula mula:
(1) Waktu
basuh muka ayah, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah ayah bercahaya di
padang mahsyar nanti supaya Nabi Muhammad SAW kenal ayah dan mengaku ayah
sebagai ummat-nya.
(2) Waktu
basuh tangan kanan ayah pula, tolong doa dan niat dalam hati supaya tangan
kanan ayah bercahaya lalu layak melalui tangan kanan, Allah memberi kitab
catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli syurga. Selepas itu, sewaktu basuh
tangan kiri ayah, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ayah turut bercahaya
sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri.
(3) Kemudian,
waktu menyapu kepala ayah, doa dan niatkan dalam hati agar ayah layak mendapat
lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan
kepanasan padang Mahsyar melainkan lindungan Allah.
(4) Akhir
sekali, waktu basuh kaki ayah, doa dan niatkan supaya ayah dapat melintas
titian sirat sepantas kilat.
Dan korangpun, sebelum korang solat lagi, sewaktu nak ambil
wudhu, kalau boleh dah khusyuk waktu ambik air sembahyang dengan doa yang
korang buat pada mayat ayah.
InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang,
akan khusyuk lah ia waktu sembahyang
Dah khusyuk sembahyang itu, maka InsyaAllah, kubur ayah akan
bercahaya berkat doa dan amalan anak yang soleh.
Amin.
Sep 7, 2017
Zombie berasal dari pahlawan Islam?
(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)
![]() |
| (babak dari episod pertama walking dead) |
![]() |
| Copy paste FB sharing |
Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat
hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya
sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad
ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama
Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di
sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana
ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.
Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak
Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh.
Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama
pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia.
Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan
sedemikian rupa.
Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak
terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang
meratah daging manusia.
Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie
berasal dari pahlawan Islam?
Jawapan aku:
Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.
Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah,
jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan
konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian
Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..
Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang
yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya
satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan
bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok
sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,
Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan
nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud
"roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh
hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,
Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam
filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968,
filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik
puntianak:"I am Legend".
Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie
dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak
masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie,
tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan
dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The
Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat
untuk burukkan islam itu?
Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari
menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan
amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang
betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A.
Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email
tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.
I rest my case.
Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid
people running around and observing how they fail to handle the situation”-
George A. Romero
Subscribe to:
Comments (Atom)









