Aug 28, 2017
Bila Best Tengok Bola?
(Bila Best jadi manusia?)
Kenapa BEST tengok bola? Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best
kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut
peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu
(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat
tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)
Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada
pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu
pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk
memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.
Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan
pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak
leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak
nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak
setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang
lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!
Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di
'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan
dan menang dengan skill dan adil.
Main bola pun sama, akan sangat best bila semua orang ikut
peraturan.
Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu, sungguh bahaya
kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh
bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk
kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad
merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali
tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat
kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan
bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang
dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak
pak imam dan itu cerita lain.
Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok
bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun
masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton
pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best
tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau
pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!
Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk
kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang
bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh
diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa
peraturan…
Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best
bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut
peraturan.
Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..
Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah
bila ummat ni tidak faham dengan
peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar,
merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.
Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak
faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang
sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal
bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok
secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?
Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu
lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang
bola.
Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal
ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan
kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?
Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi
sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.
Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!
Jadi kepada mereka yang sedang kelam kabut beli tiket nak
tengok Akhir Bola Sukan Sea, yang sanggup berkemah depan kaunter tiket, aku
nasihat, semangat yang sama, kita buat untuk agama.
Boleh Insya-Allah!
Aug 22, 2017
Kenapa Laki Bini Islam pun bercerai?
(Kenapa laki bini orang islam pun gadoh dan cerai berai,
bukankah islam dah ajar penganutnya jadi baik?)
Tanya korang, jawapan aku:
Allah dah tahu sifat manusia, sebab tu dalam Islam ni hukum cerai
adalah halal, sebab manusia memang akan ada sifat suka gadoh gaduh, tak puas
hati sini sana, tak bersyukur, suka mengeluh dan sebagainya.
Bayangkan jika Islam letak hokum haram bercerai, maka
meranalah mereka mereka yang ada masalah rumahtangga bila dapat pasangan kaki
pukul, penyakit kelamin dan sebagainya. Nampak tak?
Jadi bila korang dah jadi orang islam, tak semestinya korang
terus jadi baik, sebab islam, ni proses ajar manusia jadi ahli syurga, ajar
manusia berubah KE ARAH YANG BENAR. manusia pulak ada macam macam tabiat dan
perangai. Jadi Islam nak ajar ubah tabiat dan perangai ke tempat yang betul.
Contoh paling klasik, sebelum masuk Islam, Sayidina Umar
merupakan seorang yang pemarah dan sangat memusuhi Islam. Namun, setelah beliau
memeluk Islam, beliau masih bersifat dengan pemarah tetapi kemarahannya adalah
untuk perkara-perkara yang dibenci Allah dan beliau sangat memusuhi musuh-musuh
Islam.
Nampak tak?
Korang yang suka mengeluh dengan pasangan, sepatutnya ubah
kepada mengeluh pada diri sendiri yang banyak dosa, macam tu, macam teori Sains
belajar di sekolah dulu, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah ke
medium yang lain, lebih kurang begitulah.
Jadi kita semua masih dalam proses belajar jadi ahli syurga,
belajar jadi baik, marah pada tempatnya, syukur pada tempatnya, mengeluh pada
tempatnya, lebih kurang begitulah.
Jadi dalam bab laki bini selalu bergaduh walaupun orang
Islam, tak payah cerita jauh,sama sama Jemaah
islam pun selalu bergaduh sampai ada bunuh membunuh. Rujuk PAS dan PAN,
bergaduh buat parti lain, UMNO dan BERSATU, bergaduh jugak, masing masing islam
tu, sebab manusia ni akan ada benda yang tak puas hati, berbeza pendapat, tuduh
menuduh, perasan bagus dan sebagainya.
Itu belum cerita SYIAH kafirkan SUNNI, WAHABI kafirkan
MAZHAB sampai perang bunuh membunuh.
Untuk atasi masalah ini, lepas perang dunia kedua, Maulana
Ilyas kaji antara sebab orang islam suka bergaduh adalah kerana masing masing
berdakwah guna kitab MASAIL, (kitab hokum hakam). MAsing masing tafsir Al quran
dan Hadis tak selari lalu jatuh hokum kafir mengakfir, halal membunuh dan
sebagainya.
Lalu Maulana Ilyas berharap umat islam dapat berdakwah guna
kitab hadis FADHAIL (Kitab kelebihan amal) agar suasana kasih sayang lebih
mudah terbentuk, tapi masalahnya kitab Kompilasi kelebihan amal belum wujud
lepas perang dunia ke dua, Kitab yang ada bercampur antara KELEBIHAN dan HUKUM
HAKAM.
Maka terpaksalah Sesesorang di lantik menulis kitab himpunan
kelebihan amal dalam skala paling besar, lalu Maulana Zakariya pun menulis
kitab tersebut. Maka akhirnya siaplah Kitab Fadail amal yang menjadi rujukan Jemaah
Tabligh dalam berdakwah, dalam kitab tu ada kelebihan solat, kelebihan puasa,
kelebihan Al quran, kelebihan zikir, kelebihan puasa, kelebihan haji, kelebihan
selawat, kelebihan sedekah, kelebihan berdakwah dan macam macam lagi.
Kitab tu dengar cerita mendapat tempat kedua paling banyak
di cetak selepas Al quran dan telah di alih Bahasa kepada lebih 200 bahasa.
Lalu tersebarlah Jemaah tabligh ke seluruh dunia bawak kitab
Fadhail amal dan takde pun nak gaduh sesama mereka walau ada macam-macam
mazhab, berbeza latar belakang keturunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap
buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh. Nothing to hide.
Cuba rujuk Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum
hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam,
kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Siapa buat bidaah-kafir! Darah
mereka halal! Itu yang jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah,
Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Note: Orang Tabligh tak abaikan kitab hokum hakam, mereka
ada kelas tersendiri bersama maulana dan ustaz untuk pelajari semua hokum hakam,
Cuma bila berdakwah, mereka akan guna kitab Fadhail kerana manusia suka kepada
kelebihan, dan Allah tahu kehendak manusia, sebab tu dalam Al quran dan hadis banyak
cerita kelebihan amal, rujuk sejarah, perintah solat, puasa, zakat dan haji
turun pada fasa kedua dakwah di Madinah, di Mekkah Nabi berdakwah dengan
kelebihan menjadi orang Islam. Kelebihan bersabar, kelebihan tolong menolong.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh
sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam),
lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib
kemas rumah, takde dalam hadis, itu ini begitu begini.
Eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail
(hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena
mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak
boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki
marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak
amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki
yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat
pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala
sekian sekian, Bini bila solat, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana
mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah,
diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila
berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah. Bab hadis Masail
(hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa
orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular
dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular
lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab
berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang! kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh binatang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, ikhlas
dan istiqamah (wah dah keluar sound arab) Jadi kepada orang perempuan, ambik
tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah
guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang
berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, aku baca untuk
pesanan kepada diri aku sendiri, semoga aku dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin… Okey, dah penat membebel, Bini aku mintak
tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap.
Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam
hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang orang perempuan
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde
Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bila keinginan kita tak sama dengan pasangan, maka
tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal
(kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae(terbuka), dan hadis Masail (hukum
hakam) dalam majlis Infradi(tertutup), InsyaAllah hidup korang berumatangga
akan lebih tenang dan bermakna.
![]() |
| Penulis: Hamka Kereta Mayat |
Ps2: Aku tak sehebat Maulana Zakaria, satu hati nanti aku
harap ada ustaz yang layak dapat tulis buku kelebihan amal untuk kehidupan
suami isteri yang patuh Syariah macam Maulana Zakaria, ada hadis dan syarah
hadis yang boleh di baca macam taklim, sementera tunggu ustaz tu tulis, aku dah
tulis 10 (sepuluh) buku kisah kehidupan laki bini, ada kisah masalah rumah
tangga, masalah anak, masalah hantu, masalah dajjal, masalah gay, masalah isu
semasa, dan lain-lain yang mana dalam cerita terselit hadis kelebihan amal dan
sejarah islam yang boleh korang renung dan ambik iktibar, jangan kata abang
kereta mayat tak payung!
Woha!
Aug 11, 2017
Menarik di Kuantan?
Korang pernah sampai Kuantan?
Jika tak pernah aku nak cerita sikit,
Lepas solat Subuh, boleh panjat bukit Panorama tengok
matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk Lombong Bijih timah
dalam bukit, eh? Ni dah sungai Lembing, jauh 40km dari Kuantan.
Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi
nasi lemak di restoran zaman, atau nak nasi kerabu pergi restoran Kemira, atau
nak nasik minyak pergi Tanjung Api. lepas sarapan boleh jogging di Taman Gelora
atau Taman Bandar IM, lepas tu lepak Zoo Mini dekat Telok Cempedak, boleh juga
merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi
bagus, dari Pantai TC panjat Bukit Pelindung sekali sekala apa salahnya.
Tengah hari boleh Lunch Dekat Restoran Mabiq, Ikan patin
masak tempoyak, atau panggang, perghhh, lepas tu boleh lepak depan masjid
Negeri tengok orang jual macam macam. Jangan lupa solat zohor. Bulan Puasa,
padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…
Lepas solat zohor, Rasa nak mandi air terjun boleh pergi
Sungai Panching. Rasa nak Mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak
tengok Zoo Safari pun ada sini.
Petang nak makan sotong , udang ketam celup tepung boleh ke
restoran Poksu di Tanjung Lumpur, laksa, satar, keropok semua ada.
Jangan lupa solat asar, dan boleh juga lepak Tepi Pantai
Sepat, tepi Pantai Beserah, Pantai Chendor, Pantai Cherating, kereta boleh
parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang
yang sejuk.. oh..
Malam sikit boleh pekena Ikan Bakar masak petai di Tanjung
Lumpur, lepas tu rehat depan HTAA, ada banyak kedai, taman permainan, lokasi
tepi sungai, nak main kasut roda pun boleh. Tengah malam boleh lepak mengeteh
di Pantai TC, ada kedai makan, taman mainan kanak kanak di waktu malam, silap
silap boleh ambil gambar dengan spiderman, batman, predator dan ultraman yang
selalu berkeliaran di pantai TC
Akhir sekali paling best, dah mengantuk, boleh sewa Homestay
Kuantan Hamka kereta Mayat di Taman Indera sempurna, masjid sini hari hari ada
ceramah dari ustaz yang best best.
Whatsapp 0199117163 atau 0199227963 untuk tempahan, RM150 semalam.
Selamat datang ke Homestay Kuantan. Nak promosi Homestay
Kuantan rupanya, adohai..
Ps: Berita baik kepada korang yang pernah beli buku secara
on line, korang layak dapat diskaun jika sewa Woha Homestay di Kuantan. Harga
asal RM150 semalam, tapi untuk korang yang pernah beli Buku Hamka Keretamayat,
harga hanya RM110.
Jangan kata abang Kereta Mayat tak payung!
Woha!
(sila share pada kaki travel seluruh Malaysia, terima kasih)
Jul 26, 2017
Filem Perang apa yang best?
(Ulasan Filem Dunkirk oleh Hamka keretamayat.)
Aku dah tengok Dunkirk. Cerita ni aku tengok sebab Nolan
mengarah. Second director yang wajib aku tengok Lepas Quantin Tarantino. Tiga
cerita digabungkan dengan teknik durasi masa yang tak linear. 7 hari di pantai.
Sehari di laut. Dan sejam di udara. Gabung dalam sejam setengah. Inilah seni
bercerita namanya.
Antara yang menarik, Kisah perang tanpa kelibat tentera
musuh. Buat kita rasa musuh tu tak terkalah sangat. Babak begini pernah Mel
Gibson buat dalam babak awal Hacsaw Ridge. Tentera jepun yang langsung tak
nampak kelibat di Okinawa, hanya peluru datang dari segala arah. Macam tengok
cerita hantu yang tak nampak hantu, ketakutan ada pada mata tentera yang
cedera.
Filem ini adalah berkenaan sejarah dunia, 400 ribu askar
terperangkap di pantai. Pasrah di bom tentera jerman. Nak selamat kena naik
kapal. Tapi kapal tak cukup. Kena beratur ikut giliran. Yang dah naik kapal
kena bom lagi. Berenang pulak ke pantai. Babak pulak banyak buat betul betul,
bukan CGI, Bunyi peluru dan bom yang memecah sunyi, dapatlah feel betapa
sensaranya askar yang terperangkap dalam medan perang yang kalah. Babak makan
roti sapu jem tupun rasa sedap tengok askar mengunyah lapar, agaknya Nolan
suruh askar tu puasa betul-betul kot. Ha ha.
Filem perang yang bagus adalah bila kita tengok, kita rasa
bersyukur sangat dapat hidup dalam negara yang aman, betapa perang adalah
sejarah paling buruk dalam sejarah manusia. Dilema askar. Bunuh atau di bunuh,
atau lari dari medan perang dengan susah payah. Tapi Balik ke Negara kena hina
pula sebab kalah. Moral: semua orang menderita bila perang. Rujuk sejarah
berapa ribu orang awam terbunuh di Dunkirk.
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka anak bini,
kawan-kawan serta saudara mara ramai yang simpati, lalu mereka datang ziarah
mayat kita, kemudian, mereka akan urus mayat kita, kita akan di mandikan, di
kafanlan, diringi mayat kita ke kubur, di tanam dengan penuh hormat, di timbus
perlahan-lahan, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Ada tahlil pulak
tiga malam doa selamat. Oh nikmatnya mati dalam negara yang merdeka.
Tetapi, jika korang hidup di zaman perang, apabila korang
mati menjadi mayat, tak sempat nak simpati, tak sempat nak ziarah mayat korang
sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, sibuk terbunuh
atau membunuh!
Maka mayat korang akan terbiar macam askar ketepikan mayat
terapung dalam filem Dunkirk tu, atau jika sempat mayat korang akan dibakar
dalam lubang yang besar sebab dah busuk sangat, Lalu bergelimpanganlah mayat
korang membusuk dijalanan, jika sempat ditanampun, dalam lubang yang besar
tanpa kain kapan, pada waktu itu, yang sedang sensara dalam perang, cemburu
pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.
Maka bersyukurlah, mati dalam negara yang aman ini adalah
nikmat. Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, aku sedih dua
kali bila tengok cerita perang, satu sebab susahnya hidup orang bukan Islam,
lepas tu mati masuk neraka pulak.
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna
kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid
solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di
masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk
buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita
asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan
dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.
Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam
Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah
sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian
sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa
jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.
Orang Palestin yang kena kepung waktu solat, kena tembak
mati dibunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara
adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita
perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai…
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang
sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah kita tengok
betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak
bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau
bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat
beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat
berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribadat dalam Negara
merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman,
tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita
Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna.
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang
menyerang? Atau terperangkap di pantai macam filem Dunkirk tu?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini
bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab
Allah amatlah pedih, Maka sementara korang masih Merdeka, jadilah orang islam
yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka.
Nak tengok filem perang macam Dunkirk tu tak salah, apatah
lagi langsung tak ada wanita yang berlakon dalam filem tu, tapi jangan lupa
bila azan berkumandang, semua pakat pakat penuhkan masjid, Bukannya panggung
wayang!
Boleh, InsyaAllah?
Jul 21, 2017
Bagaimana nak Jawab Soalan Kubur?
(Bocorkan pula cara menjawab sealan yang dah sedi bocor-Bacaaan wajib sebelum mati)
Pada suatu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak
ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera
besok pagi, pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa
hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan. Majikan itu membenarkan pekerja
itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari al maklumlah nak keluar
Negara selama setahun persiapan mental dan fizikal kena ada.
Alkisahnya, Allah suruh manusia ke Negara Akhirat untuk
selama-lamanya, maka persiapan diberi mengikut had umur, ada yang diberi tempoh
20 tahun, ada yang 60 tahun, dan ada yang sampai 100 tahun!
Sampai masa Malaikat maut datang, baru korang perasan belum bersedia,
dan korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari lagi sebab baru terfikir
nak buat persiapan tapi malaikat maut tak layan rayuan surat menyurat, kerana
itu ada mayat yang ditemui dalam berbagai-bagai keadaan.
Ada mayat yang nasi penuh nasi dalam mulut, ada mayat tengah
mandi wajib, ada mayat yang sedang hadas besar, ada mayat yang sedang buat
maksiat dan macam-macam lagi, untuk detail sila rujuk bilik mayat.
Apa-apapun aku nak cerita:
Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah
buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, bertarawih, bertahajjud,
bersedekah, berzakat termasuk hias rumah, buat kuih, tempah baju dan lain-lain.
Best kan?
Korang akan rasa best giler menjadi raja sehari bila korang
buat persedian berbulan-bulan dengan tempah baju, hias rumah, sewa dewan,
tempah makanan, jemput penyanyi, edar kad, upah video itu ini begitu begini.
Best giler kan?
Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan
gembira seperti enjin yang baru di servis apabila korang dah buat persedian
sejak hari pertama pembelajaran lagi. Best gila babi kan?
Dan Akhir sekali, Korang akan rasa best giler menjadi mayat
bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yang layak
ditempatkan di kalangan orang yang soleh lalu dijemput masuk syurga. Amin.
Jadi, Adakah korang sudah bersedia menjadi mayat besok pagi?
Dah buat persiapan? Solat tiada yang ditangguh, tak buat
salah pada orang hari ini, hutang semua dah bayar, jadual menganji dah
tercapai, zikir harian dah habis, (Alhamdulillah…)
Bercerita mengenai persedian, biasa kita tengok orang buat
persediaan yang hebat-hebat just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla
bla bla…tapi ada korang tengok orang buat persedian besar-besaran untuk
menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua orang fikir lambat lagi
jadi mayat.
Cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview
mayat, apa yang mayat akan jawab?
Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah
jadi mayat…
Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat berjimak lagi dah jadi
mayat…
Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi
mayat…
Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi
mayat…
Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh
lagi dah jadi mayat...
Baru? Baru? Orang tanya lain, lain yang dia jawab, adohai…
Wahai bakal mayat sekalian, Tahukah korang?
Tempat pertama yang korang akan pergi lepas jadi mayat
adalah KUBUR., selamat di sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!
Untuk itu, aku nak bocorkan tiga perkara untuk memudahkan
korang semua dalam kubur.
Aku nak bocorkan Soalan Kubur, bocorkan jawapan, dan
bocorkan cara nak menjawab.
kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah!
SOALAN SATU: SIAPA TUHAN KAMU?
Semua orang islam boleh jawab: Allah Tuhanku!
Tapi bolehkan menjawab yang benar bila di tanya oleh
malaikat Mungkar nanti? Sebab dalam kubur jawapan di jawab bukan ikut hafalan,
tapi ikut amal ibadat kita.
Maka untuk itu, Aku nak tanya: Sebelum korang terlena, waktu
baring nak tidur, apa yang paling akhir korang fikir?: Allah?kekasih? kereta?
Rumah?, Adiwira? Projek?
Sekiranya korang fikir selain Allah, maka itulah hakikat
sebenar apa yang utama di hati korang, dan bimbang-bimbang itulah yang
terkeluar dibibir sewaktu disergah Malaikat Kubur.
Tanya lagi: apakah perkara pertama yang korang ingat bila
bangkit dari tidur? Allah?, kekasih? makanan? Tak payah jawab depan aku, jawab
lah pada diri sendiri.
Satu cerita: seorang ustaz ada seekor burung yang pandai
menyebut kalimah Allah dari paruhnya.
Ditakdirkan Tuhan, burung ini mati di makan seekor kucing,
ustaz ini lantas menangis, si anak murid beramai ramai memujuk supaya tak payah
menangis lah ustaz, kita orang boleh belikan burung lain yang lebih hebat
berkata-kata.
Tapi jawab si ustaz: “Saya menangis bukan kerana meratapi
kematiannya, tadi ketika si kucing menerkam burung, saya dapati dia menjerit,
“kuakkkk!, Kuakkk!” bukan lafaz: Allah! Allah,
Saya takut nanti, kalimah Allah yang saya lafazkan hari-hari
ini hanya meniti dibibir sahaja, dan bila malaikat maut datang kelak, saya
takut lafaz lain yang terpancul di mulutku, ..oh..
uhuk!..uhuk…(hinguspun berleluasa di hidung ustaz itu)
Begitulah cerita tentang apa yang ada dalam dada kita,
kebesaran Allahkah? Atau kebesaran makhluk, rujuk hadis siapa yang hujung
nyawanya dapat sebut nama Allah, maka wajib syurga baginya. Lalu kita di mana
hati saat hujung nyawa?, waktu nak tidur pun kita lalai dari allah sehingga
terlajak subuh. Akulah ni, isk isk.
Jadi bagaimana cara nak jawab soalan pertama di kubur ini?
Kena usaha atas kalimah Taiyobbah, kena banyak sebut nama
Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah dan Dakwah
keagungan Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam
setiap gerak darah dan urat saraf termasuk dalam naik turun nafas, kena juga
nafikan kebesaran makhluk dan isbab hanya kepada Allah, mudah-mudahan di akhir
kalam sewaktu disergah Malaikat Maut, dapatlah kita ucap: LA ILA HAIL L-ALLAH!
Dan sewaktu disergah Malaikat Kubur, kita jawab: ALLAH!
Amin.
SOALAN KEDUA: SIAPA NABI KAMU?
Apa-apa pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI
MUHAMMAD S.A.W.
Ada riwayat cerita, Nanti dalam kubur, malaikat akan
gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya:“siapakah lelaki ini yang di utuskan
kepadamu?”
Kata Buznama: Kepada orang yang tak suka kepada Sunnah Nabi,
jangan bermimpi dapat kenal Nabi dalam kubur dan jawab soalan kubur, sebab
orang yang tak amal sunnah Nabi , bukan sajer tak dapat kenal Nabi tapi Nabipun
tak kenal ummat dia yang tak nak amal sunnah Nabi.
Satu peristiwa di padang masyar, mengikut satu riwayat, Nabi
akan bagi minum air yang mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat
selama-lamanya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air
dari telaga kausar, tiba-tiba satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun
tangan dan mukanya bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna, bila nabi tanya
malaikat kenapa tahan,? malaikat jawab mereka menolak sunnahmu, maka Nabi pun
berpaling dari ummat, waktu inilah wujudnya istilah: “Nabi tak mengaku ummat”
Jadi duhai tuan tuan puan puan hadirin hadirat sekalian,
ingat pesanan ini baik baik!
Sunnah Nabi, buat dapat pahala banyak, tak buat
bimbang-bimbang Nabi tak mengaku ummat!
Sekarang cuba kita fikir-fikirkan, Berapa ramai yang membisu
tentang solat berjemaah di masjid sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar?
Berapa ramai perlekehkan orang berjubah dan berserban? Berapa ramai perlekehkan
orang berjanggut dan wanita yang berpurdah macam isteri Nabi? Berapa ramai yang
tinggalkan Sunnah kerana malu?
Bolehkah dengan amal agama yang tak beberapa nak Sunnah
dalam diri kita akan mampu menjawab soalan malaikat Mungkar berkenaan ‘siapa
Nabi kamu’? Oh…
(lagu latar)
“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”
La la la..
Jangan pandai menyanyi sahaja, Tolong belajar fikir risau
Nabi Muhammad SAW. Contoh fikir risau Nabi: Baginda rasa sedih tengok masjid
kosong sampai rasa nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah. Kita hari
ni pulak, sedih tengok drama TV sampai sanggup mengosongkan saf masjid.
Menjawablah dalam kubur esok esok, huhuhuhuhu
SOALAN KETIGA: DIMANA KIBLAT KAMU?
Selamba korang jawab, kaabah kiblatku!
Baik, Aku nak tanya korang, sewaktu orang sedang melaungkan
Azan di masjid, mana dada korang menghadap?
Kaabah? TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?
Okey, itu tak apa, dah habis Azan korang tentu akan hadap
kaabah pulak, eh? Tak, masa iqamatpun korang masih mengadap TV?
Telefon?Internet? FB? Instagram?
Hah! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!
Walaupun TV itu menghadap kiblat, tapi korang dah besarkan
TV daripada Allah, lalu bila Malaikat Kubur tanya, jangan harap remote TV dapat
tolong korang tukar Soalan Malaikat Kubur, adohai..
Ingatlah! salah jawab, kena azab oleh malaikat Nakir, satu
jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta , Lepas tu tumbuh
balik anggota korang yang rosak tu, Cuba korang tengok orang main futsal dan
patah kaki kanannya..(prak!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim
betulkan balik, (prakkkkk!) sakit jugakkan?
Begitulah kat dalam kubur, Kena pukul : sakit, Sembuh balik:
pun sakit! Lepas tu ulang ulang sampai hari kiamat! Tak nak!
Sementara korang sakit di azab malaikat kubur, aku hiburkan
korang dengan lagu latar ini:
Sepohon kayu daunya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Tinggal sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi
bestkan lagu ni- Woha!
SOALAN KE EMPAT: APAKAH PETUNJUK KAMU?
Korang semua tahu jawapannya adalah Al quran.
Sebelum tu aku nak tanya korang, Jika ada mualaf baru masuk
islam petang semalam dan datang jumpa korang lalu bertanya :
“Apakah itu Al quran?.”
Agak, agak.., Apa korang nak jawab?
Lantaklah korang nak jawab apa-apapun, aku rasa semua
jawapan adalah betul berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing, namun, bagi
yang tak tahu, biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;
Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk
‘qalam’ sehingga terbentuk kitab yang di panggil Al quran, dari ayat pertama
hingga akhir, semuanya adalah keinginan Allah yang telah dizahirkan dalam
bentuk perkataan yang mana jika kita beramal dengan setiap kehendak Allah itu,
maka tidak sesatlah kita
Dalam Al quran ada bercerita, dan ada perintah yang semuanya
adalah kehendak Allah, telah terzahirnya ia dalam bentuk qalam dalam bahasa
arab sebagai rujukan kepada semua manusia tentang maksud hidup serta kaitanya
dengan alam ghaib.
Sementara itu dalam melengkapkan Al quran, kita perlu
merujuk kepada sunnah atau hadis Nabi kerana al quran hanya terzahir hanya
dalam bentuk perkataan, sedangkan sunnah Nabi pula merupakan praktikal kepada
Al quran, sebab tu nabi bersabda, “tidak sesat mereka yang berpegang kepada Al
quran dan sunnah..”
Jadi, jika mualaf yang baru masuk islam petang semalam itu
datang balik :
jumpa korang lalu bertanya:
Apakah itu Al sunnah?
Agak-agak, apa korang nak jawab?
Takpe, Biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;
Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam
bentuk manusia, yang mana manusia ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala
perbuatannya, perjalanannya, dan pemikirannya, semua nya adalah kehendak Allah,
yang mana sebagai contoh, perintah solat dalam Alquran dalam bentuk qalam,
telah dizahirkan dalam bentuk praktikal oleh Nabi, disinilah Aisyah R.a,
meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W juga ditakrifkan sebagai “al-Quran yang
bergerak”.
Maka disini, dalam kita menterjemahkan Al quran, ianya akan
merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai “al-Quran yang
bergerak”.
Perlu di fahamkan, maksud “al-Quran yang bergerak” ni dengan
jelas, yang mana jika korang terer matematik, jumpa sape sapepun lalu ditanya,
“berapa punca kuasa 12? “, Terus korang jawab sambil berkebil kebil bijik mata
akan punca kuasa 12 adalah tiga perpuluhan empat enam, maka korang mungkin
boleh di pangil “kalkulator bergerak”
Atau jika aku tanya, apa itu ‘Inception’? Lalu korang jawab,
oh,, itu maksudnya sebagai, “permulaan” maka korang mungkin boleh di pangil
“Dictionary bergerak”..
Tapi jika korang terer ugama, Tanya hukum fekah, usuluddin,
tasauf lalu boleh jawab selamba, itu dah ada ciri ciri sebagai “al-Quran yang
bergerak”. Mudah cerita, Dalam menterjemahkan “al-Quran yang bergerak”, ianya
adalah orang yang merujuk kepada mereka yang berjaya menterjemahkan 100 peratus
kehendak Allah dalam bentuk qalam tadi, kepada kehidupan seharian yang
mencakupi semua asek, daripada penampilan, perjalanan dan pemikiran serta tindakan..,
termasuk akhlak, munakahat, muasyarat dan lain lain.., itulah maksud “al-Quran
yang bergerak”.
Dan Nabi, sebagai “al-Quran yang bergerak” telah mengajar
para sahabat tentang bagaimana menterjemahkan Al quran dalam amalan seharian
sehingga para sahabat Nabi yang mengikuti sunnah Nabi juga dikenali sebagai
“al-Quran yang bergerak”.
Mereka dizaman itu, walaupun belum ada kitab agama dicetak,
kitab hikam belum ada,kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum
dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah
takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, gema gegar
vaganza takde, channel oasis takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi
hari hari orang kapir masuk islam,
Kenapa?
Kerana orang kapir akan terkesan apabila melihat ‘Al quran
bergerak’. Iaitu orang yang beramal 100% seperti kehendak Allah dalam Al quran
lalu terpancarlah nur sunnah dalam diri mereka..
Maka kerana itulah, dalam masa 23 tahun sahaja, agama islam
telah tersebar dengan pantas, dan seterusnya di zaman saidina Umar, 2/3 dunia
telah tunduk di bawah kuasa ummat islam kerana ummat islam di waktu itu faham
hakikat “Al quran yang bergerak”..
Korang tahu apa ciri mereka yang ada sifat “Al quran yang
bergerak”?..
Ok, ada banyak, tapi aku ringkas pada tiga sahaja supaya
mudah faham insyAllah,
Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai 3
ciri seperti berikut:
- Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
- Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, atau terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
- Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..
Itulah kesan dari mereka yang bersifat “al-Quran yang
bergerak”, malahan dikatan, syaitan akan menghidarkan diri dari bertembung
dengan mereka di jalanan.., subhanllah..
Hari ni mana duduknya kita? walaupun dah ada banyak kitab
ugama dicetak, akhbar harakah selalu baca, risalah lepas jummaat tak miss, blog
dakwah selalu update, dalam kereta ada keset nasyid.. ada universiti islam,
serta setiap minggu tak miss usrah, tapi, hari hari orang kapir tak masuk islam
berbondong bonding macam zaman Nabi, yang murtad lagi ramai. Kenapa?
kerana orang kapir tak terkesan langsung tengok orang islam
hari ni.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap
tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran
Allah, langsung takde nur hidayat!
Aku tengok ada anak dara dan mak dara yang berkemban jemur
baju, bila nampak ustad akhir zaman, boleh pulak bagi salam dalam keadaan
berkemban.., dan ustad jugak jawab salam sambil tersenyum macam takde apa-apa
yang berlaku.., amboi,.. manisnya hidup..
jika ustaz tu tergolong dalam “al-Quran yang bergerak” tentu
anak dara dan mak dara bertempiran lari sebab melihat sahaja “al-Quran yang
bergerak” terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah
Allah yang belum dibuat, terus rasa malu.
Sama jugak mat rempit yang sedang lepak, jika benar korang
ada ciri “al-Quran yang bergerak” , tentu mat rempit tu bertempiran lari sebab
takut nanti kena dengar cerita tentang kebesaran Allah, atau teringat belum
solat asar lagi, nanti kena ceramah pula, tapi mat rempit selamba jer tengok
korang macam tikus tengok besi, aura takde
Orang kapir lagilah, tengok orang islam macam sampah, ada
peluang, dibunuhnya orang islam, dirogol isterinya dan harta benda di rampas..,
dan tanah air di jajah
Kenapa jadi macam tu?
Jawapannnya mudah sahaja, Kerana ummat islam tidak menjadi
“al-Quran yang bergerak”…, maka Allah cabut kehebatan orang islam dari hati
orang kafir..
Tidak hairan dizaman islam sedang memuncak, di kota Baghdad
yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah ketika Islam menakluki 2/3 dunia. tiba
tiba ummat islam lupa menjadi “al-Quran yang bergerak”, sunnah Nabi iaitu
dakwah telah di tinggalkan dan hanya ulamak sahaja yang layak berdakwah, dan
ulamakpun hanya sibuk dengan majlis ilmu sahaja, kitab agama bersusun susun,
macam-macam ilmu ada, hebat sungguh!
Lalu, pada tahun itu, tahun 1258, tentera Mongol pimpinan
Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) telah menyerang kota Baghdad dan
membunuh berjuta-juta umat islam sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke
paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana islam di perpustakaan terbesar
dunia Baitul Hikmah telah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi
hitam kerana larutan dakwat.
Habis begitu sahaja ummat islam diserang oleh tentera
Monggol, info agama yang tinggi tidak dapat menolong apa-apa, dan juga tiada
bantuan dari langit, (Jangan salah faham, belajar ilmu juga penting, tapi
jangan lupa juga belajar ilmu menjadi “al-Quran yang bergerak”)
Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana
sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita.
Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat
“al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:
- Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
- Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
- Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..
tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat
“al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?
- Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem, politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..
- Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi.., hampeh!
- Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar berangkali? Oh..
Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni
pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran
yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal,
dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak
dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman hidayat.
Jadisebelum rasa diri dah boleh jawab SOALAN KUBUR, semua
kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam
diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang
dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita?, kenapa kawan kawan kapir
kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita?, fikir..fikir..
Ok habis bab SOLAN KE EMPAT DALAM KUBUR.
Sebelum tu nak bagitahu, Allah telah berjanji untuk menjaga
Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan
huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun lebih.
Namun, Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah
seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang
dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan
mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.
Nikmat mana lagi yang kitaorang dustakan?
Hidupkanlah sunnah, dengan menjadi “al-Quran yang
bergerak”…, InsyAllah..
SOALAN KE LIMA: SIAPA SAUDARA KAMU?
Untuk jawab soalan ini, kita kena buat usaha ke atas IKRAM
MUSLIMIN.
Apa itu Ikram muslimim?
Tunaikan Hak tanpa menuntut hak, contohnya seperti menolong sesama ummat islam, dengan niat
semata mata kerana Allah. Seperti pokok yang rendang serta lebat daunnya lalu memberi
rehat kepada orang yang berteduh, pokok
itu juga berbuah dan memberi kenyang kepada orang yang berehat.., langsung
tidak menuntut hak..,lalu BUAH itulah
IKRAM, dan MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang membantu
sehingga mana orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah
itu rasanya masam
Jadi, adakah korang selama hidup ada tunaikan hak orang
islam?
Apa hak orang islam?
- Selalu bagi salam bila jumpa, saling doa kebaikkan. Bukan doa bala sini sana.
- Jika orang islam menjemput dalam majlis halal, kena pergi jika taka da keuzuran.
- Jika orang islam bersin kena jawab Yarhamkallah, maknanya kena selalu bantu dari segi kesihatan, selalu doa sihat, dan jika orang islam sakit kena ziarah.
- Jika orang islam mati, kena uruskan jenazah dengan baik.
- Jika lapar kena bagi makan, jika tak solat, kena ajak kepada solat.
- Jika orang islam jahil, kena ajar agama, jika mereka meminta nasihat, jangan kedekut ilmu
- Ziarah sesama orang Islam bukan hanya pada hari raya, ziarah kerana agama, dan berdakwah, sungguh pesan memesan memberi manfaat kepada orang islam.
Ada banyak lagi hak orang islam, tujuh di atas tu korang ada
buat tak? Jika ada buat IsyaAllah sewaktu Malaikat KUbur tanya seoalan “siapa
saudara kamu?”, maka korang boleh jawab dengan tenang.
“Semua orang islam saudaraku” sebab aku sewaktu didunia,
selalu mendahului salam, selalu memenuhi undangan, selalu ziarah orang sakit,
selalu hantar mayat ke kubur, selalu bersedekah, selalu cerita bab agama, dan selalu
berdakwah.
Alhamdulillah, korang dah dapat jawab semua soalan kubur,
maka firman Allah:
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diredhai-Nya. masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30)
Tahniah!
Secara kesimpulannya:
Soalan pertama, Siapa Tuhan Kamu?, maka jawablah dengan
hakikat usaha atas kalimah Iman, Allah Tuhanku.
Soalan kedua, Siapa Nabimu?, maka jawablah dengan hakikat
usaha atas kalimah Amal, Nabi Muhammad Nabiku.
Soalan ketiga, Mana Kiblatmu?, maka jawablah dengan hakikat
Solat Khysuk dan Khuduk, Kaabah Kiblatku.
Soalan keempat, Apa Petunjukmu?, maka jawablah dengan
hakikat Ilmu dan Zikir, Al quran petunjukku.
Soalan kelima, Siapa Saudaramu?, maka jawablah dengan
hakikat Ikram Muslim, hakikat IKhlas dan Niat, serta hakikat Dakwah dan
Tabligh, Semua orang Islam saudaraku!
Selesai menjawab, nanti satu pintu syurga akan di buka
untukmu, lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman syurga
yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!
Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi.
Semoga kita semua berjumpa di Syurga.
Amin Ya Rabbil Alamin.
Ps: Hendaklah kita belajar bab agama banyak banyak supaya banyak
modal dalam diri yang mana bila dah jadi MAYAT kelak, malaikat kubur akan ajak
kita ‘Berborak Bab Agama’ tapi jika kita diam tak reti nak borak bab agama,
maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Take note!
Jul 5, 2017
Umur dah masuk 40 tahun? Baca ini!
Hai pembaca blog keretamayat yang budiman sekalian, pejam
celik-pejam celik, hadas kecil-hadas besar, sedar tak sedar, masing masing dah
masuk umur 40 tahun. Ini jika korang mati umur 80 tahun, maka ada separuh hidup
lagi baki umur yang ada, atau mati umur 60 tahun, umur pencen, umur Nabi
Muhammad SAW wafat, lagi suku baki umur lagi nak habis.
Eh? Jangan sedih pulak masuk umur 40 tahun buat korang rasa dah terlambat serba serbi, Jackie Chan
umur 40 tahun berlakon dalam Drunken Master terjun dalam api guling-guling. Tom
Cruise masuk 40 tahun berlakon filem aksi Mission Imposible sampai dah tua pun
bergasak lagi. Donnie Yen masuk 40 berlakon filem aksi Iron Monkey, dan
sekarang dah tua pun jadi Ip Man pulak.
Macam tak sesuai bagi contoh pencapaian orang bukan islam,
jadi kita rujuk terus pada Nabi Muhamad SAW, apa Nabi buat?
Umur 40 tahun Nabi dapat wahyu dan jadi Nabi, Umur ni Nabi
start buat kerja dakwah, berperang dan menakluk dunia. Nabi sempat ubah dunia
dalam masa 23 tahun sahaja, lalu menjadi manusia pertama paling berpengaruh di
seluruh dunia. Jadi belum terlambat jika korang mahu ubah dunia, bak kata mat
saleh: life begin at 40.
Apa-apapun, ketika aku menulis ini, bulan depan, 9 hb Ogos, umur aku akan masuk 40 tahun, jadi aku nak
kongsi empat puluh nasihat secara straight to the point kepada aku sendiri yang
bakal jadi 40 tahun dan korang yang dah berumur sebaya dengan aku pun boleh
baca.
- Rajinkan diri ke masjid, jagalah solat Jemaah sedaya upaya, sebab umur 40 tahun ini, jika masih jauh dari masjid takut hati jadi keras dan susah nak lentur bila ajal semakin hampir.
- Bab politik sempit, dulu masa muda, aku memang bersemangat nasihat pemuda Umno atau pemuda Pas supaya pilih parti politik berdasarkan ilmu, jangan sebab nama dia Islam kita terima bulat-bulat, jangan sebab nama dia Melayu maka semuanya betul, Sekarang aku dah tua, nasihat aku, mengundi adalah rahsia, tak payah kecoh sangat, lebih baik join Tabligh!
- Kejayaan orang tua bila lambat sakit, itu jer. Masa muda korang demam pun dah susah nak nak berkaroeke, masa tua lagilah susah!, jadi jagalah kesihatan. Jangan jadi gemok macam aku di umur 40 tahun, kurangkan manis, garam dan makanan berminyak, berhenti makan sebelum kenyang, rajinkan diri bersenam dan jika korang merokok, berhentilah. Cintailah diri anda, cintailah badan anda, tak ada orang yang nak jaga diri anda melainkan anda sendiri. Banyakkan berjalan setiap hari, mandi sambil basuh bilik air pun okey. Tolong bini kemas dapur, tolong bini berkebun, bersukan dengan anak, basuh kereta bini, berdakwah rumah ke rumah, pendek kata, elakkan melepak. Do something better than do nothing. Alhamdulillah 6 bulan aku amal apa aku cakap, berat badan dah turun 10kg, perjalanan masih jauh, huhu.
- Gigi adalah harta yang boleh bawa masuk dalam kubur, jika tak nak bawak gigi masuk kubur, jangan gosok gigi!
- Jangan sayang semua benda hingga rumah kita dipenuhi sampah dengan alasan sentimental value, jika kita simpan barang tak berguna, maka ianya akan memenuhi ruang rumah, dan memenuhi ruang kepala. Kos hidup bertambah dan banyak masa membazir, dan sangat rugi otak fikir kita ada benda tu, jadi.. sila Jual atau hadiah pada orang atau sedekah atau buang barang yang tak perlu, korang tu dah tua. Umur dah berkemas untuk mati, bukan lambak harta dan lupa pada mati. Adohai. (Note: aku nak jual homestay di Kemaman sekali dengan perabot-malas nak fikir fikir, nak beli pm tepi)
- Zaman dulu cabut gigi sangat sakit, zaman sekarang ada Ubat bius yang bantu orang sakit gigi cabut gigi tanpa menderita, bermakna teknologi canggih akan bantu hidup kita. Gunalah teknologi, jangan kolot sangat, Beli telefon mahal sikit tak apa, catat nota, ambik gambar cantik, mudahkan edit. susun "appointments" dalam google calendar, synronize pada phone, dokumentasikan aktiviti dan info, rancang ‘things to do’ elok-elok, mesyurat laki bini boleh rekod terus secara online.
- Dalam umur 40-an, korang akan dapat banyak ilham untuk buat pelbagai projek, nasihat aku, Jangan tangguh projek, sebab nak mati esok-esok dah, jadi terus buat! Projek yang korang tak suka tapi penting kena buat cepat cepat, projek yang korang suka pula boleh buat lambat-lambat sambil enjoy. Macam makan ubat yang pahit kita telan, makan makanan yang sedap, kita kunyah perlahan lahan. contoh projek: (menulis buku pelbagai tajuk, berniaga pasaran baru, bantu orang susah, mengembara sambil beramal, berdakwah pintu ke pintu seluruh dunia, cipta produk baru, bantu system bertambah baik, dan sebagainya)
- Bagi yang kerja makan gaji, Jangan tunggu pencen untuk buat projek besar, nak menulis, nak mengembara, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum-cantum, dan andai korang ada projek besar sangat, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang di umur 40 tahun. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
- Jika belum menulis, siapkan juga tahun ini, umur 40 tahun kena ada sekurang kurangnya sebuah buku, untuk itu, Pergi mana mana bawa buku atau phone canggih, dapat idea, terus tulis dalam phone, email pada diri sendiri, atau tulis dalam FB dengan setting only me, atau whatsapp pada group yang hanya ada diri sendiri atau puan bini. Jangan biar idea lama lama bersarang dalam kepala, tulis terus. Idea terlalu lama dalam otak akan dapat buasir otak. Manfaatkan teknologi dalam bekarya. (Alhamdulillah, aku dah terbit 11 buah buku yang masih laris dipasaran dan masih diulang cetak)
- Jika ada masalah yang tak nampak jalan penyelesaian dengan pasangan dan rasa bercerai lebih baik, buatlah sekarang, jangan tunggu umur 50 tahun atau 60 tahun baru nak bercerai-nasihat ni aku dapat dari kawan yang bercerai di usia tua, menyesal sebab tak bercerai awal-awal bila ada masalah dan semakin lama semakin parah-adohai. Tapi aku tak faham bab ni sebab belum alami. Nauzubillah. Katanya lagi masa muda bercerai lagi bagus, jangan tunggu dah tua-tua baru nak bercerai, atau nasihat tersirat yang sebenarnya, DAH MASUK 40 TAHUN JANGAN LAH BERCERAI SEBAB KORANG DAH MATANG!
- Umur 40-an patut dah duduk rumah sendiri. Tapi jika masih menyewa, jangan malu belajar untuk dapat miliki rumah. Tak semestinya rumah yang mewah, cukup rumah yang selesa. Sama jugak kenderaan, Kereta tak perlu mewah, cukup kereta selesa. Nobody care.
- Mengembara di umur ini sangat bagus, bawa anak anak mengembara sama, dah tua nanti kesihatan akan menghalang korang. Jadi pergilah ke tempat korang rasa nak pergi, bila sakit nanti duduk rumah sahajalah. Melancong dalam kerja dakwah tabligh pun bagus, bawak bini (Jemaah masturat) pergi luar negara, kos murah, pahala dapat, dan jika mati di kira mati di jalan Allah.
- Banyakkan bantu orang ikut kemampuan, ianya akan buat hidup lebih bermakna dan bahagia sebab orang tua peneman dia adalah kenangan, Jadikan bantu orang sebagai kenangan terindah di hujung usia dan di dalam syurga. Boleh tiru Saidina Umar yang ronda malam-malam sambil bantu orang. Siapa yang banyak bantu orang, disyurga nanti akan sangat seronok bersembang tentang kenangan hidup di dunia.
- Jangan berdebat. Biar orang muda jer berdebat. Korang yang tua ni bawak bertenang, itu lebih baik.
- Jika suka pada orang kena luahkan, itu orang tua kena buat, jangan tunggu anak cakap, bini cakap, cucu cakap, sebab orang muda punyai ego masing-masing, orang tua walau ego tinggi tapi kena mengalah. Luahkan isi hati sekarang dan nikmati setiap masa bersama orang tersayang. Jika buat salah dengan orang muda, atau anak anak, mintaklah maaf, orang muda akan respek dengan orang tua yang mintak maaf. Memaafkan orang muda adalah terapi diri bagi orang tua.
- Bab rezeki mengikut falsafah barat: 70 peratus dari kejayaan kita adalah nasib baik dalam takdir, tapi jangan pandang rendah 30 peratus pada USAHA DAN ILMU untuk capai kejayaan itu. Kejayaaan hidup juga ditentukan oleh channel yang betul, net working yang luas, dan RAJIN. Sebelum itu, Jangan tengok kejayaan rakan sebaya, tapi tengoklah nikmat yang sedang dilimpah Allah pada korang, sungguh hidup ini bukan perlumbaan. Berusahalah dengan ilmu yang betul dan bertawakallah.
- Tolong jangan boros, simpanlah duit, belanja di tempat yang betul sahaja, sebab kerjaya dan kawan tak jaga korang bila sakit, keluarga: ya! Jika betul didikan agama. Jadi didiklah keluarga dengan agama, mereka akan jaga korang sampai Syurga!
- Nafas yang korang sedut, adalah nafas yang orang mati hari ini tak boleh sedut, bersyukurlah dan berhentilah mengeluh. Hembuskan nafas dengan Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan nikmat umur, jangan jadi orang tua yang cemburu tengok orang muda tapi jadilah orang tua yang simpati pada orang muda kerana mungkin mereka orang muda tak akan sampai ke usia anda. Anak korang pulak hanya ada sekali sajer pengalaman kanak kanak, warnailah dengan kasih sayang dan kejutan indah.
- Buat persiapan mati, masa tidur tu anggap esok dah takde dah. Semua harta akan jadi tanah, hargailah masa. Pesanan Stave Job ini pun bagus: “Jika anda hidup setiap hari seperti hari terakhir anda, satu hari nanti pasti anda akan betul.” bermakna: Jika hari ini adalah hari terakhir dalam hidup korang, adakah korang akan buat seperti yang korang nak buat sekarang? Jika jawapannya ‘tidak’. Maka teruskan cari jawapan ‘ya’ dan insyaAllah korang akan temukan ketenangan dalam hidup. Lebih kurang hadis Nabi: ”Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati.” Pasti ada Kejayaan.
- Sayangi ibu bapa lebih dari sayang pada anak bini, dan Jika mertua mintak bantuan harta atau masa dari kekasih korang, jangan nak emosi sangat, sebab dia mintak bantuan bukan dari kekasih korang sahaja, tapi dari anak dia!
- Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
- Jangan jadi orang tua yang serius, tolong simpan beberapa punch line untuk kongsi dengan anak cucu.
- Kita tak boleh selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan, walaupun mereka adalah anak atau kawan yang kita sayang, isu murtad, gay, pilih pasangan yang salah, dadah, dan sebagainya, memang ada orang yang tak nak diselamatkan, jadi move on, jangan terperangkap dalam pilihan silap orang lain sehingga kita jadi orang yang buang masa buat benda sama tapi harap keputusan berbeza. Nabi hijrah ke Madinah bila orang kampong tak suka- move on.
- Jangan harap semua pada pasangan, pandaikan diri memasak, kemas rumah, bersiap, sebab hidup ini tak lama, sampai masa korang akan berpisah kerana ajal atau putus jodoh. Jadi jangan tambah sedih di hari pemergian orang tersayang kerana tiada bakat berdikari.
- Jangan buat keputusan ketika marah atau gembira. Sebab bila tiba waktu bertenang, korang akan menyesal dengan keputusan itu, eh? sekarang sudah bertenang dan rasa nak buat benda baru tapi malu? You can do it, buat sekarang, nak main gitar? Nak berceramah? Nak menyanyi? Buatlah, yang penting benda tu tak berdosa dan tak meyusahkan orang, jika malu, buat jugak tapi bukan depan orang. Woha!
- Bergaullah dengan masyarakat, jangan jadi kera tua yang sumbang, merendah diri dalam bergaul, joint geng masjid, budak tabligh, ceramah agama. Atau buat buat tak pandai dan pergi belajar sebab kita bukannya betul sepanjang masa.
- Jika ada peluang bersembang dengan orang yang jauh lebih tua, tanya dia, bagimana jaga kesihatan?, bagaimana jaga perkahwinan?, bagaimana didik anak?, Tanya juga apa yang pakcik paling menyesal dalam hidup?, apa keputusan yang paling baik dalam hidup pernah pakcik buat? Dan lain-lain, itulah cara berkawan dengan orang tua. Jangan cerita sangat tentang diri kecuali orang tanya.
- Jagalah lutut, guna dengan bijak sana. Main futsal sampai patah kaki bukan tindakan yang bijak.
- Jika semak tumbuh belakang rumah, cabutlah sekarang, sebab lama-lama semak itu akan menjadi semak samun, waktu tu dah susah nak buang, dan dari semak samun datang pelbagai ancaman seperti lipan, ular, kala jengkin dan sebagainya. itu yang berlaku di belakang rumah, juga perkara yang sama berlaku dalam hati manusia, jika ada dendam benci, mengeluh, dan pelbagai penyakit hati, kena buang semua tu sebelum ianya membesar dan makin parah. Macam rumah rosak repair terus,kereta rosak repair terus, jangan bertangguh, nanti duit akan banyak habis dan susah nak dibaik pulih. Begitulah Hati bila terasa, pujuk terus, buat salah, minta maaf terus, nanti putus silaturahaim tak cium bau syurgalah kita.
- Kadang kadang kita kecewa diumur tua bila kawan kawan sebaya masih berfikiran tidak matang, jangan pulaukan diri, waktu lapang, banyakkan baca buku yang ditulis oleh orang pandai, bila dalam otak kita ada banyak pengalaman hidup orang pandai, ianya akan memudahkan kita dalam menyusaikan pengalaman hidup di dunia ini yang sentiasa berubah rubah ujiannya. Jika tak ada buku orang yang pandai dari pandangan mata korang, pergi tulis buku sendiri!
- Hargailah pasangan yang sanggup hidup dalam dunia kita dengan cara bersyukur akan setiap kelebihannya, dan bersabar dengan setiap kekurangannya. Nobody perfect. Kahwin ni bukan kau bagi 50% dan pasangan kau bagi 50%, tapi kahwin ini kau bagi 100% dan pasangan kau pun bagi 100%
- Kerja dapat duit:-penting untuk kelangsungan hidup berkeluarga, tapi jangan abai keluarga kerana kerja. Tak salah kerja lebih masa, asalkan ada masa korang spent balik dengan family, yang penting jangan terlalu workaholic tapi jadilah family man. Hidup ini macam akaun bank, ada wang keluar masuk, kita tak nak akaun kita kosong, dan kita tak nak pulak duit tak keluar-keluar, sebab air yang tak diguna dalam perigi akan jadi perigi buta yang busuk dan memudaratkan, maka imbangilah masa untuk anak bini diberi tapi jangan lupa masa untuk diri sendiri, dan masa untuk Tuhan.
- Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, orang tua kena tidur awal dan bangun awal. InsyaAllah rezeki akan murah.
- Jangan takut buang masa pergi jumpa doctor waktu sihat, sebab bila dah sakit, hari hari jumpa doctor.
- Dah tua begini, tak payahlah nak share semua berita sampah dalam FB atau whatsapp. Jika dapat berita jangan terus sebarkan, siasat dan rujuk pakar, jika ada orang datang mengadu masalah, kena dengar berita dua pihak baru buat kesimpulan. Jangan cepat menghukum, sebab menghukum ni kerja Tuhan, jangan ambik kerja Tuhan.
- Orang tua yang baik datang dari orang muda yang baik, orang tua yang sihat datang dari orang muda yang sihat. Ahli Syurga yang baik datang dari ahli dunia yang baik, maka jadilah baik SEKARANG.
- Bila tua kita lihat dunia lebih luas, dan selalu nampak silap orang, maka simpatilah kepada orang muda yang selalu buat silap, jangan marah mereka, nasihat elok elok, sebab dalam pandangan mata mereka yang sempit, tetap nampak silap kita sebenarnya.
- Kebahagian adalah pilihan, kita datang tak bawak dosa pahala, tapi kita pergi akan bawak dosa pahala, maka dalam apa jua keadaan, Jangan gaduh gaduh, jangan kafirkan orang, berlapang dadalah. Pilihlah untuk bahagia dengan banyak bersabar dan selalu bersukur.
- Jangan takut menjadi tua, dan jangan lawan umur dengan solek nak bagi hilang kedut, warna rambut, pakai baju orang muda, seluar jeans, pakai pemutih bagai apa semua tu- tak perlu!, kalau boleh korang dah jadi tua sebelum tua, dulu masa aku umur 30 tahun, aku dah berfikir macam orang umur 40 tahun, jadi bila umur 40 tahun, fikiran dah match, atau mungkin, aku sekarang berfikiran 50 tahun? Mana tahu, ha ha.
- Jangan dot dot dot
Okey, cukuplah 39 nasihat dari seorang aku yang bakal berumur
40 tahun bulan depan. Sepatutnya 40
nasihat, tapi lagi satu korang isi sendiri sebab korang orang tua pasti banyak
songeh punya, ha ha! Okey, Kena berhenti menulis sekarang sebab rasa kebas
punggung duduk atas kerusi lama-lama, dah tua-tua: ‘beginilah’, adohai…
Ps: Jika cukup 99 nasihat, boleh aku terbit buku 99 kata
Hamka keretamayat, tiru Fattah Amin-Woha!
Jul 3, 2017
Kenapa Lelaki dan Perempuan tak sama cara beraya?
(Selaku blogger perasan popular, minta Maaf lama tak update, lepas raya baru ada korang email tanya tak tulis blog ke? jadi salah koranglah ni- tak email-woha!)
Kebanyakkan Puan Bini, suka kita orang lelaki, layan mereka
macam layan kanak-kanak, sebagai kanak kanak mereka suka kepada benda benda
yang meriah, baju nak meriah, hias rumah nak meriah, kuih raya nak meriah,
semua nak meriah, jika tak dilayan, mereka akan merajuk, macam kanak-kanak.
Tapi mereka tak tahu, orang lelaki ni pulak, sebenarnya nak
bini layan laki bukan macam layan kanak-kanak, tapi macam layan bayi.
Baju seluar nak puan bini sediakan dan siapkan, jika boleh
nak puan bini tolong pakaikan, (ikat tali leher tu paling kurang, lagi bagus
sarung seluar dalam laki). Makan pulak dah siap hidang sekali dengan air basuh
tangan, kalau boleh suap makan tu sekali, ha ha, waktu tidur nak kena dodoikan,
dah tidur, tak boleh bising nanti laki terjaga dan marah marah-macam bayi!.
Tapi itulah, kami tolak ansur, Puan bini tak layan kami
macam bayi, kami tak merajuk, dan kami tak layan Puan Bini macam
kanak-kanak-Puan bini tak merajuk. Kita saling mengalah, sama sama menjadi
dewasa.
Jadi berayalah dalam sederhana, berjimat amalan mulia.
Tatamu di rai bersama. Ukur bajet akaun sendiri, perintah Allah jangan di
alasani, sama sama kita saling mengalah tidak menuntu hak, sama sama kita
menjadi matang dan dewasa dalam bercinta di medan rumah tangga. Chewah!
Nanti bila Puan bini dah capai tahap matang, dari kanak
kenak kepada keibuan, ketika itulah kami orang laki akan turut matang, dari
tahap bayi kepada kanak-kanak!
Woha!
Selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin!
ps: Gambar dua tahun lepas (atas) dan gambar terkini (bawah). Sedih
juga waktu tengok gambar ni sebab sikecil dah tiada. Beginilah kehidupan datang
dan pergi. Kepada si kecil. Pulanglah.
Kenapa lari dari rumah? Susah nak ambik gambar macam dulu sejak awak tiada.
Huhuhu. Pulanglah si kecil kucing hitam ku, oh..
Subscribe to:
Comments (Atom)



