Jul 3, 2017

Kenapa Lelaki dan Perempuan tak sama cara beraya?

(Selaku blogger perasan popular, minta Maaf lama tak update, lepas raya baru ada korang email tanya tak tulis blog ke? jadi salah koranglah ni- tak email-woha!)


Kebanyakkan Puan Bini, suka kita orang lelaki, layan mereka macam layan kanak-kanak, sebagai kanak kanak mereka suka kepada benda benda yang meriah, baju nak meriah, hias rumah nak meriah, kuih raya nak meriah, semua nak meriah, jika tak dilayan, mereka akan merajuk, macam kanak-kanak.

Tapi mereka tak tahu, orang lelaki ni pulak, sebenarnya nak bini layan laki bukan macam layan kanak-kanak, tapi macam layan bayi.

Baju seluar nak puan bini sediakan dan siapkan, jika boleh nak puan bini tolong pakaikan, (ikat tali leher tu paling kurang, lagi bagus sarung seluar dalam laki). Makan pulak dah siap hidang sekali dengan air basuh tangan, kalau boleh suap makan tu sekali, ha ha, waktu tidur nak kena dodoikan, dah tidur, tak boleh bising nanti laki terjaga dan marah marah-macam bayi!.

Tapi itulah, kami tolak ansur, Puan bini tak layan kami macam bayi, kami tak merajuk, dan kami tak layan Puan Bini macam kanak-kanak-Puan bini tak merajuk. Kita saling mengalah, sama sama menjadi dewasa.

Jadi berayalah dalam sederhana, berjimat amalan mulia. Tatamu di rai bersama. Ukur bajet akaun sendiri, perintah Allah jangan di alasani, sama sama kita saling mengalah tidak menuntu hak, sama sama kita menjadi matang dan dewasa dalam bercinta di medan rumah tangga. Chewah!

Nanti bila Puan bini dah capai tahap matang, dari kanak kenak kepada keibuan, ketika itulah kami orang laki akan turut matang, dari tahap bayi kepada kanak-kanak!

Woha!


Selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin!

ps: Gambar dua tahun lepas (atas) dan gambar terkini (bawah). Sedih juga waktu tengok gambar ni sebab sikecil dah tiada. Beginilah kehidupan datang dan pergi.  Kepada si kecil. Pulanglah. Kenapa lari dari rumah? Susah nak ambik gambar macam dulu sejak awak tiada. Huhuhu. Pulanglah si kecil kucing hitam ku, oh..

5 comments:

cinta said...

He2. Btw best seruan tu - sama2 kita saling mengalah. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Kak Yong Ayuni said...

setepat tepatnyaaa...Alllahhh...tengokke wajah sang suami betapa tua dan bengisnya...tengok pada kelakuan..betapa bayinya...Alllahhh huuu...terima kasih kerana menyatakan perihal sebenar sang lelaki bernama suami...

hamka said...

cinta: selamat hari rayer juga, maaf deh!

Awliya Collections: muka garang tapi dalam hati ada taman. :)

Mummy said...

org lelaki dari bayi ke kanak2..??? je...nak jadi sifat kebapaan tu makan taun la jawabnya....kalo dpt pun sifat kebapaan mungkin masa tu si isteri dah bersifat keonyangan heheheh

hamka said...

Adohai Mummy, he he