Jan 31, 2016

UFO wujud tak?

(anak tanya mak, mak suruh ayah jawab)

.(Photo : NASA/ESA/STScI)
“Ayah, kalau difikirkan tentang kewujudan alam semesta ini dengan berjuta billion jumlah bintang yang berfungsi sama seperti matahari dan dikelilingi planet-planet, kebarangkalian wujudnya alien selain dari manusia memang agak tinggi. Apa pendapat ayah tentang kewujudan UFO?”

Jawab ayah:

“Anakku, dulu manusia pernah percaya bahawa gergasi ada duduk di atas awan, boleh naik atas awan guna pokok kacang gergasi, tapi bila teknologi tinggi, ternyata tak ada gergasi di atas awan, kemudian manusia percaya ada UFO di bulan, bila pergi dengan kos jutaan ringgit, tiada apa dibulan hanya debu dan batu.

Kemudian, Manusia percaya ada hidupan di marikh pula, dengan kos jutaan ringgit, robot ke sana dan jumpa hanya pasir dan batu. Lepas tu NASA buat projek SETI (search for extraterrestrial intelligence) sejak 1971 untuk menjejak alien di angkasa guna teknologi paling canggih, masuk tahun 1978, senator Amerika tarik dana untuk projek SETI sebab sangat menelan belanja dan hasil yang sia-sia, bila pemimpin bertukar, Amarika taja balik program SETI pada tahun 1992 dengan kos jutaan ringgit, tapi batalkan balik bajet tu sebab “waste of taxpayer dollars”.

Jadi para pengkaji makhluk asing terpaksa cari dana dari NGO.

Steven Spielberg pengarah terkenal Hollywod pernah taja SETI program dan terkini, Stephen Hawking pula nak taja program jejak alien. Mereka akan hantar satelit paling canggih untuk jejak alien ke seluruh angkasa,

Ok dah jauh sangat kita ke angkasa dan tak jumpa apa-apa, mari kita kembali ke bumi jangan serabutkan kepala.

Bagi ayah, oleh sebab kos cari alien berjuta-juta dah habis dan tak pernah ada orang jumpapun, maka senang kita cakap alien ni tak wujud, sebab taka da cerita dalam Al quran, lagipun nabi Muhammad SAW di untus untuk dakwah seluruh alam, termasuk jin dan manusia, maka jika ada ufo, diapun nak kena dakwah jugak.

Dalam Al quran bagitahu, tidak aku jadikan jin dan manusia untuk beribadat, dan jika di bumi tiada manusia beribadat, maka Allah akan kiamatkan dunia, so jangan buang masa fikir benda yang Amarika dah habis juta-juta. Habiskanlah masa dengan kaji benda yang ada depan mata dan cara nak guna untuk bantu ummat.”

“InsyaAllah”


Ps: Sila baca paper yang berjudul “On the history and future of cosmic planet formation” hasil kajian Peter Behroozi dan Molly S. Peeples, satu teori baru tentang UFO telah di buat berdasarkan data dari NASA's Kepler space observatory dan Hubble space telescope, katanya bumi adalah planet paling awal terjadi selepas Big Bang, planet lain akan menyerupai bumi ambil masa beribu ribu tahun lagi, sebab tu program jejak alien SETI di angkasa walau secanggih mana teknologi adalah gagal dan membazir-now you know (publish pdf inMonthly Notices of the Royal Astronomical Society, link Oxford Journals 2015)

Jan 22, 2016

Lagu Kanak kanak yang menakutkan?

(Ada dua lagu, edit entry lama, huhuhuu)


Hari tu ada kes ibu bapa nak saman sebuah sekolah sebab ustaz kat situ tayang video azab kubur buatkan anak dia takut nak ke sekolah.

Aku syak mungkin si anak bagi ibu bapa yang nak saman ustaz tersebut alami sindrom malas nak study, lalu guna alasan terbayang azab kubur sebagai hujah, macam-macam hal korang ni.

Aku rasa cerita hantu di TV lebih menganggu mental, tapi nasib baiklah anak aku di ajar konsep 'orang sakit' maka tak lah terganggu mentalnya dengan puaka puaka yang berkeliaran dikaca TV.

Apa-apapun, aku sebenarnya tak nak ulas isu ustaz itu di sini, tapi aku suka nak cerita tentang bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.

Sebenarnya adalah sangat bagus bila anak kita atau kita sendiri yang takut kepada Allah, kerana tunjang kebijaksanaan adalah sifat takutkan Allah, demikan sabda Nabi...

Pada zaman nabi dan sahabat, jika korang baca kitab sejarah mereka, kalah cerita hindustan, sebab dalam banyak babak, mereka banyak menangis kerana takutkan Allah, usahkan budak kecik yang menangis kerana takutkan Allah, bapak budakpun menangis, dan Nabi selalu menangis secara live, Abu Bakar pun banyak menangis, Umar yang brutal pun banyak menangis waktu jadi raja, malam malam melintas depan rumah para sahabat akan terdengar tangisan, cakap sikit dengan mereka bab agama, mereka akan menangis, dalam solat terdengar tangisan di sana sini, dalam doa mereka menangis.. janggut basah boleh di lihat di sini sana, dan kadang kadang malaikatpun menangis bersama mereka..

Tapi zaman sekarang, dalam majlis agama, nak cari yang menangis cukup payah, yang banyak ketawa adalah!, hu hu hu.

Pendek cerita kisah bab takutkan Allah, Ada sekali tu, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar RA kalau tak silap aku, telah menangis sehingga rosak matanya, apabila orang hairan melihatnya maka dia berkata:

“Apa nak hairan dengan tangisanku, matahari juga menangis kerana takutkan Allah...”

Dalam riwayat menceritakan bahawa Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:-
"Sekiranya seorang itu tidak takut kepadaku didunia ini, maka Aku akan membuat dia takut di akhirat nanti, Sekiranya didunia ini dia sentiasa takut kepadaKu, maka Aku akan menyelamatkannya dari segala ketakutan”

Kita dengar pulak Nabi bersabda:
"Siapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut padanya, dan siapa yang takut sesuatu selain daripada Allah, maka semua makhluk akan menakutkannya”

Nabi bersabda lagi:
"Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu dari terkena api neraka”

Dan Nabi terus bersabda:
"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka susah baginya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu kembali ke puting”

Dan Abu bakar RA pula berkata:
"sesiapa yang boleh menangis, maka menangislah dan siapa yang tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis."

Dan Nabi bersabda lagi:
"Tujuh golongan yang dilindungi di bawah arasy, salah seorang dari mereka adalah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sambil menangis...."

Demikianlah Hadis hadis yang aku petik dalam melengkapkan nota ugama untuk diri sendiri dan anak bini di sini tentang betapa pentingnya sifat takut kepada Allah yang perlu ada dalam diri setiap insan bernama manusia, semoga kita semua dapat amal dan sampaikan dan dapat pula menangis, dan aku nak tanya, bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!

Sebagai mengakhiri cerita, sebagai alternative kepada ustaz yang tayang video azab kubur supaya tidak lagi di report polis, maka, apa kata kita gunakan kanak kanak sebagai bahan untuk menakutkan penakut yang penakut, tanpa perlu kita gunakan video tapi cukup kita guna lagu tema kanak-kanak.., biar kanak kanak menyanyi tanpa gangguan mental sebaliknya di dendang penuh ceria dan riang ria, dan ini tentu akan menggembirakan para ibu bapa diluar sana..

Maka, aku ada edit dua buah lagu kanak-kanak, dan kita pakat pakat ajar anak anak kita nyanyi lagu ni, biat diorang hafal dan biarlah anak-anak kita terjun ke dalam masyarakat sambil menyanyikan lagu ni, mudah-mudahan dengan lirik lagu yang telah di ubah suai ini, dapatlah kita menakutkan penakut yang penakut supaya mereka yang tak takut kepada Tuhan menjadi takut, atau yang sudah takut menjadi bertambah takut lagi lalu terbukalan pintu Takwa, insyAllah..., Sesungguhnya Takut itu adalah sebahagian daripada Takwa...

Lagu satu:

Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Amal apa buat
Jangan tinggal solat
Nanti di azab

Tanya Sama Mayat
Mana dapat kitab
Tangan kiri dapat
Bertambah azab

Tanya Sama Mayat
Dapat tak Syafaat
Nanti titi sirat
Hanya sekerat

Tanya Sama Mayat
Banyak sungguh hisab
Ke neraka cepat
sepantas kilat


Lagu dua:

Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

Ps: (ulang korus sehingga 'jejak hantu' di tukar kepada 'jejak rasul')

Jan 18, 2016

Nabi sayang kucing?

(Kucing pandai sorok najis, Puss in Boots pulak pandai sorok kasut-agaknya, huhu)


"Ayah, kenapa kucing masuk rumah tak basuh kaki ayah tak marah?"

"Anakku, Nabi Muhammad s.a.w ada kucing bernama Muezza, selalu nabi biarkan kucing itu di riba, dan jika Muezza tidur, nabi tak kacau walaupun tidur atas jubah baginda, Nabi juga tak pukul kucing yang masuk ke dalam rumah tak basuh kaki sebab kucing ni pembersih binatangnya, suka jilat kekotoran pada badan termasuk kaki, jadi wahai anakkku, cintakan kucing adalah sunnah Nabi". 

Ps: Now you know

Jan 10, 2016

Allah ada di mana?

(Penerangan untuk kanak-kanak)

“Ayah, Allah duduk di mana?”

Tanya anak yang berumur 13 tahun.

Dulu masa kecik pun mereka pernah tanya, aku jawab: Allah duduk tidak bertempat kerana Allah tidak sama dengan makhluk. Lepas tanya mereka diam, mungkin sebab masih kecik, atau buat-buat faham, Jadi bila dah nak masuk baligh, mereka bertanya lagi.

“Allah duduk di mana?”

Aku tanya balik, “kenapa tanya?”

“Katanya, ada kawan bagitahu, Allah duduk di atas arasy di langit ke tujuh, ada ayat Al quran tentang peristiwa ini. Ada juga ayat cerita Allah ada tangan dan wajah, jadi katanya wajib beriman bahawa Allah duduk, berwajah dan ada tangan, saya pening?!”

Lalu jawab aku lemah lembut:

Anakku, ada juga ayat Al quran yang bagitahu Allah tidak sama dengan mana-mana makhluk, jadi masalah ni sama macam kes ambik ayat Al quran separuh separuh.

Contoh dalam bab takdir, ada orang ambik ayat separuh sahaja, iaitu bab “Allah tak ubah nasib melaingkan kaum itu ubah nasib”, lalu dia faham Allah  tak ada kuasa dalam takdir, jadilah dia fahaman Jabiarah yang sesat, atau ambil ayat yang lain, “Allah mengatur segalanya”, lalu di salahkan Allah atas kejahatannya, lagilah bertambah sesat, sedang fahaman ahli Sunnah wal jamaah, kena ambik semua ayat, rujuk tafsir ulamak yang hak, baru difahamkan dengan akal. Iaitu beriman pada qadar dan qadar dengan yakin Allah berkuasa atas segalanya, tapi kita kena usaha kerana itu perintah Allah dan bertawakal selepasnya juga perlu kerana itupun perintah Allah.

Jadi dalam bab Tuhan duduk di mana?, setelah ambil kira semua ayat al quran dan tafsirnya, maka ahli Sunnah wal jamaah beriman bahawa Allah Wujud tidak Bertempat, kerana sebelum tempat di cipta, Allah sudah ada, dan selepas tempat di cipta, Allah masih ada pada Azali tanpa berhajat untuk ditempatkan dalam mana-mana ciptaan-Nya.

Adapun ayat Al quran tentang Allah duduk di atas Arasy, bukanlah duduk macam patung berhala duduk ditas kelopak bunga gergasi, tapi hanyalah satu “kiblat” atau “tingkap” untuk rujukan makhluk dalam memahami kekuasaan Allah.

Bercerita bab kiblat, ambik contoh kita solat mengadap kaabah, bukan bererti Allah duduk pada arah itu, tapi hanyalah satu kiblat kepada ibadat untuk memudahkan ummat manusia dalam menjalankan ibadat.

Contoh lain, Kita berdoa dengan mengankat tangan ke langit, bukanlah bermakna Allah ada di langit, tapi hanya kiblat pada doa untuk memudahkan ummat manusia dalam ibadat doa.

Jadi dalam menafsir ayat Al quran memang kena rujuk ulamak yang hak, firman Allah:

 "Dia-lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang jelas)  ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat"Mutasyaabihaat" (yang tidak jelas). Oleh sebab itu, adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (salah tafsir). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."

(QS Ali 'Imraan 3:7)

Jadi, kembali kepada Ayat Allah duduk di atas Arasy, perlu di ingat bahawa Allah mencipta seluruh alam ini, Allah cipta alam manusia, alam roh, alam barzah, alam jin, alam syaitan, alam akhirat dan alam malaikat.

Jadi di mana Allah duduk? Allah tidak berhajat pada ciptaNYA, Allah terpisah dari ciptaanYA. Namun untuk memudah fahamkan makhluk ciptaan-Nya, Allah cipta Arays yang sangat besar di alam malaikat sehingga malaikat tak mampu nak junjung, lalu Allah cipta lapan malaikat yang lebih besar dari malaikat Jibril, lebih besar dari malaikat Sangka kala, lebih besar dari malaikat maut untuk junjung Arash ini, tapi oleh kerana terlalu besar dan hebat, maka semua malaikat tadi tak mampu nak angkat Arasyh Allah, lalu Allah perintah Malaikat tadi berzikir dan bertasbih, barulah mampu mengangakat Arash Allah, dan di atas Arash inilah Allah meletakkan “kiblat” atau “tingkap” keberadaan kekuasanNYa. Tiada malaikat yang mampu naik ke atas Arash, mereka akan binasa jika ke sana.

Jadi Ahli Sunnah wal jamaah menolak tafsir yang mengatakan Allah “duduk” atas arash macam patung berhala duduk diatas kelopak bunga gergasi, sebab Allah duduk tidak bertempat, kerana Allah tidak terikat dengan masa dan ruang.  Kita tak boleh samakan Allah dengan makhluk.

“Tapi Ayah, Allah boleh melihat, makhluk pun melihat, manusia mendengar,Allah pun mendengar,Raja berkuasa, Allah pun berkuasa, Raja duduk, Allahpun duduk, bukankah perbuatan itu sama seperti makhluk?”

Tanya anak lagi dengan penuh keliru, jawab aku perlahan-lahan:

“Tak sama nak, tak sama, manusia ada sifat aib, sedang Allah ada sifat azim tapi tiada sifat aib, contoh manusia ada yang mampu melihat dan ada yang buta, tapi Allah Maha Melihat tak pernah buta, manusia mendengar dan ada yang pekak, tapi Allah Maha mendengar dan tidak tuli,

Ambik contoh betapa tak samanya adalah seperti cikgu dalam kelasyang boleh mendengat tapi tak boleh dengar semua murid bercakap serentak, tapi Allah yang Maha Mendengar boleh dengar semua percakapan walau dalam hati dan apa bahasapun secara serentak, manusia yang boleh melihat hanya bila ada cahaya, sedang Allah yang MAha melihat boleh melihat walau dalam gelap, dan Allah boleh melihat masa lalu, dan masa depan, jadi tak sama, sebab tu Allah akui sifatNya  yang Maha melihat, Maha mendengar, kerana itu sifat yang azim, sifat yang mulia, tapi takde pulak Allah akui aku Maha duduk, aku Maha mencapai sebab ada tangan, kerana duduk ni sifat aib, orang penat sahaja yang duduk, sama juga bab ada tangan baru boleh buat kerja, ini sifat aib bagi Allah, kerana Allah bila nak jadikan sesuatu cukup dengan berkata “KUN FAYAKUN” maka jadilah apa yang dikehendakki Allah.

“Jadi.., Allah duduk tidak bertempat?”

Tanya anak dengan perlahan,aku jawab”

”YA, ambik contoh yang simple, tadi kisah di alam malaikat nampak macam complicated, kita rujuk kisah Allah berkata-kata dengan Nabi Musa di Bukit Tsur, yang mana bukan mulut Allah ada di sana, tapi hanyalah satu “tingkap” di mana Nabi Musa dapat mendengar suara Allah di lokasi sana, sama juga kes Nabi Muhammad SAW naik jumpa Allah di atas langit ke tujuh, dalam peristiwa israk dan mikraj, bukanlan nak cerita Allah duduk-duduk di situ, tapi hanyalah satu “tingkap” untuk Nabi dapat melihat dan berdialog dengan Allah dari lokasi langit ke tujuh yang paling tinggi.

Nanti di syurga, kita akan dapat ziarah Allah dan melihat Zat-nya, bukanlah bermakna Allah duduk di dalam syurga di tingkat ke tujuh di syurga firdaus, tapi mata ahli syurga, dan satu lokasi di syurga menjadi “tingkap” untuk ahli syurga melihat Zat Allah.

Oleh sebab anda masih belum baligh, Ayah nak bagi faham anologi mudah dengan melihat pada computer.

Dulu sebelum zaman computer ada “tingkap”, (window) paparan skrin dalam bentuk DOS,
DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk Operating System. Dalam tu korang boleh jumpa senarai command/arahan yang boleh korang gunakan seperti cd , dir , dir /a:h , dir /? , help, dan macam macam lagilah, yang mana paparan dalam betul huruf huruf, angka dan simbol, hanya programmer handalan sahaja yang faham paparan skrin itu, jika nak ubah program kita kena pandai html, programming algorthem bagai, lalu untuk mudahkan pengguna yang jahil IT, Bill Gate buat “tingkap” (Window)yang mana semua fail nampak bersusun dalam bentuk folder dan semunya boleh di akses hanya guna templete yang sudah sedia ada.

Jadi begitulah kita di yang di cipta oleh Allah, nak fikir tentang Allah duduk di mana? Tak mampu kita nak fikir sebab firman Allah, “tiada yang setara dengan-KU” , "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya."  Lalu dalam alam manusia beribadat, Allah suruh sembah ke arah kaabah, bukan Allah ada pada arah Kaabah, hanyalah “tingkap” sahaja.  Sama jugak di alam malaikat, Allah suruh junjung Arash, bukanlah Allah ada atas Arasy, hanyalah “tingkap” sahaja.

“Jika kita jawab Allah ada di mana-mana macam udara, betul ke Ayah?”

Tanya anak lagi, jawab aku:

“tak boleh samakan Allah dengan udara, juga jika Allah ada di mana-mana, bermakna Allah ada dalam lubang hidung? Lubang tandas? Nauzubillah, jawapannya, kekuasaan Allah yang ada di mana-mana, sedang Allah duduk tidak bertempat kerana Dia tidak sama dengan makhkuk. Allah telah ada sebelum tempat dan masa di cipta, bagaimanalah akal kita mampu nak memahaminya,? sebab itu perbincangan mengenai zat Allah adalah dilarang, boleh buat kita jadi gila atau murtad, sebab kita hanya ada “templete” sahaja, sedang programmingnya, hanyalah Dia yang Maha mengtahui. Macam Window dan Dos tadi.

Akhirnya anak aku ucap terima kasih sambil angguk-angguk.


Ps: Cerita tentang templete, programming, DOS dan Window, barulah nampak anak aku angguk angguk tanda faham. Budak budak zaman sekarang.

Jan 6, 2016

Menangkap Dajjal di waktu Dhuha?

(Sekali sekala menulis Novel Thriller, apa salahnya?)


Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Keretamayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapai oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaanya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah  dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.


Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha…

Ps: Akan terbit Bulan Febuary 2016 insyaAllah.

Dec 23, 2015

Dari mana manusia datang?

(Contoh Surat Rasmi anak masuk tingkatan satu menyusul di bawah, sebelum tu layan soalan anak anak sekejap)

“Ayah, kenapa kemaluan lelaki dan wanita tak sama? Dulu saya pun ada zakar lepas tu kena potong ke?”

Tanya satu satunya anak perempuan aku, adik beradiknya yang lain semua lelaki. Jawab aku:

“Memang Allah buat berbeza, sebab orang perempuan bila besar, akan mengandungkan baby, lepas tu dada orang perempuan berbeza dengan lelaki kerana baby akan minum susu dari situ, dan tentang kemaluan perempuan berbeza pulak, sebab dari situlah baby akan keluar”

“Wahhh, macam mana tu? Tentu sakit?”

Tanya lagi anak perempuan dengan aksi muka menahan sakit. Terang aku panjang lebar:

“Hah! Itulah kuasa Allah, dari tempat yang sempit, boleh keluar manusia, sekali tengok macam tak logic manusia akan keluar dari kemaluan wanita, tapi bila sampai masanya, Allah akan buka laluan, dan baby akan keluar laju macam air. subhanAllah, pesan ayah, Adik N, jagalah kemaluan orang perempuan, jangan masukkan apa apa dalam tu, dan jangan biarkan siapa siapa masukkan apa apa dalam tu, jika luka nanti, bersalin akan lebih sakit. Jika kemaluan di jaga elok, lepas baby keluar nanti, kemaluan wanita akan kembali rapat macam biasa, dan orang perempuan akan dilupakan sakit bersalin, tak macam lelaki, sakit bersunat macam kena gigit semut jer, tapi bila di tanya nak sunat lagi tak? semua tak nak, tapi orang perempuan, sakit bersalin macam mati hidup semula, tapi lepas dapat anak, nak beranak lagi, macam Bonda kamu, dah 5 orang anak dan nak lagi tu!”

Anak perempuan aku senyum, dan berkata:

“Bagus jugak, Adik N nak sangat adik perempuan”

Lepas si anak diam sekejap, akhirnya dia membuat kesimpulan dari perbincangan kami tadi:

“hmmm, patutlah berbeza kemaluan lelaki dan perempuan, jika baby keluar ikut zakar, tentu pecah semua, kan Ayah?”


Woha!

Dec 17, 2015

Dinasour ciptaan yang sia-sia?

(Even some of the dinosaurs may have gotten involved in some of this, I think it would be quite rare and a very small and insignificant contribution. But another theory holds that more oil was in Earth from the beginning than what's been produced by dead animals, but that we've yet to tap it. -William Thomas, a geologists at the University of Kentucky)


Anak anda mungkin akan bertanya: “apa akan jadi jika patung mainan mereka hidup waktu orang tak ada, dan pura pura tak bergerak bila ada manusia?”

Lalu geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Toy Story yang mengisahkan dilemma permainan lama (watak coyboy) diabaikan oleh tuannya selepas mendapat mainan baru pahlawan angkasa.

Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Kemudian anak anda mungkin akan bertanya soalan lain:

“apa akan terjadi sekiranya bayangan hantu yang muncul bawah katil dan belakang almari itu benar-benar wujud?”

Sekali lagi, geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Monster inc yang mengisahkan sebenarnya makhluk jin ini bertugas untuk mendapatkan jeritan kanak-kanak yang takut sebagai sumber tenaga elektrik mereka, dah tentu Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Di lain waktu, si anak akan bertanya lagi:

“hari hari tengok ayah dan Bonda buang sampah, apa akan jadi di masa hadapan apabila dunia ini penuh dengan sampah?”

Maka geng Pixar yang dimiliki oleh Stave Jobs ini menjawab soalan ini dengan filem sains fiksyen Wall E yang mengisahkan manusia telah berpindah ke kapal angkasa dan bumi di tinggalkan robot pengurus sampah. Manusia di zaman itu semuanya gemok dan tidak mampu berjalan kerana 24 jam hidup depan computer on line. Dramatik sunnguh!

Terkini, pernah anak aku tanya:

“apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

Aku jawablah, mungkin dinasour tidak akan pupus dan ada Jurassic park macam zoo Negara.

Rupanya, soalan ini dah lama di tanya oleh anak anak dari Barat, sehingga geng animasi Pixar keluarkan filem fiksyen terbaru mereka, The Good Dinasour.

Jawapan pihak animasi sudah tentu dalam bentuk fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik dan mungkin mereka yakin dengan teori evolusi berkenaan manusia berasal dari berok, maka watak manusia di gambarkan sedikit macam berok tapi menyalak macam serigala, tidak boleh bercakap dan baru nak ada akal, manakala sesuai dengan teori evolusi, dinasour pulak yang hidup berjuta tahun di gambarkan mempunyai akal seperti manusia dan bercakap sesama mereka.

Dalam filem itu, Dinasour berleher panjang yang memakan sayur di gambarkan pandai bercucuk tanam, manakala T rex yang suka makan daging di gambarkan menternak kerbau sebagai sumber makanan. Manakala manusia pula mencuri hasil tanaman dari dinasour, adohai..

Tapi itulah, jika benar manusia berevolusi dari binatang, kenapa ikan paus yang dah lama hidup tidak ada akal seperti manusia, kenapa belangkas yang dah wujud berjuta tahun tidak cerdik macam manusia, dan kenapa manusia tiba tiba tidak berbulu macam berok, dan kenapa hanya manusia yang ada akal dalam seluruh kehidupan di dunia ini?

Ops, tak payah serius sangat, itu hanyalah filem animasi fiksyen, hanya hiburan ringan sekeluarga, anak aku menangis sewaktu dinasour hijau cerita pada manusia ayahnya mati, tapi manusia cerita ibu bapanya semua mati, dan di akhir cerita, teresak esak anak perempuan aku menangis waktu mereka terpaksa berpisah.

“tapi ayah, ada kawan kat sekolah cakap, dinasour tak wujud, semua itu adalah konspirasi yahudi untuk lupakan ummat islam kepada Nabi adam! Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

Tanya anak yang darjah 4, aku jawab elok elok:

“dinasour ni wujud sebelum Nabi adam datang, bukti dinasour wujud adalah pada tulang yang ahli kaji jumpa”

“tapi kan ayah, jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Tanya anak darjah enam pulak, jawab aku:

“Ada banyak teori tentang kejadian alam, ada teori yang mengatakan minyak yang ayah isi dalam kereta hari ini adalah terhasil daripada ribuan makhluk zaman dahulu termasuk dinasour, so tak sia siapun ciptaan Allah ini”

Anak angguk angguk setuju. Aku sambung lagi hujah:

“Sebab tu dalam filem animasi Pixar, jika mereka pergi stesen minyak, logo stesen minyak adalah dinasour dan nama stesen minyak adalah Dinaco!”

Anggukkan anak semakin laju. Now you know.

Ps: Agak mencabar menjadi ayah di akhir zaman ini, hu hu hu..