Jan 6, 2016
Menangkap Dajjal di waktu Dhuha?
(Sekali sekala menulis Novel Thriller, apa salahnya?)
Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di
kampung kita”
Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar
motosikal pancit, setuju dengan kata kata cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu
Keretamayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang
mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.
Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud
sedang mara merobohkan masjid…
Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir
zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara
imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh
menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapai oleh semua
orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan
persediaanya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah dajjal yang kecil, juga penting untuk umat
manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang
besar.
Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat
kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha…
Ps: Akan terbit Bulan Febuary 2016 insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Abang Hamka nak satu......
mak aihh, kau boleh pulak keluar buku dengan Tarbiah Sentap sekarang!. tak sabar pulak nak tunggu. woha!
Ustaz rock
Sebuah metafora?
atau thriller ala zombie kg pisang?
atau kedua-duanya sekali?
Sekarang dah Mac. Dah keluar ke belum buku ni?
belum lagi.., nanti saya follow up penerbit. :)
cinta: dua dua sekali kot, ha ha
Egg head: hahaha
ustaz rock: sentap, huhuhu
blanjer satu abg hamka ?hehe mm bes je...Mahdi Infradi cmne tu..Mahdi gast ada jg?haha
abg hamka sye da bace ckit buku abg...best tu memang best tapi agak banyak perkataan tidak elok mintak abg kurang kan yer...
Post a Comment