Jul 25, 2014

Menangis di akhir Ramadhan?

(Entry ulangan, jika korang masih menangis dihujung entry, tolong doakan aku mati masuk syurga...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!

Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?

Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,

Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:

Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.

Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:

“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.

"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab...

“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Maaf Zahir dan batin.

Sekian.

Jul 22, 2014

MH17, rahsia di sebalik nombor 17?

(Tanya sama abang keretamayat: Bro hamka. Boleh tolong jawab tak isu nombor2 ni tak?.. )

Copy paste dari FB dan whasapp:

"MH17 Penerbangan pertama : 17/7/1997 Penerbangan terakhir : 17/7/2014 Tahun 2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun. Ditembak Oleh SA 17 Missile. Kenapa dgn angka 17 ? Something Allah nak bagitahu . Subuh 2 rakaat Zohor 4 rakaat Asar 4 rakaat Maghrib 3 rakaat Isyak 4 rakaat =17 rakaat.."

Hamka said:

Salah! Jika korang jamak solat sebab musafir, jadi 11 rakaat sahaja, jika bulan puasa korang ikut imam tarawih, 25 rakaaat tak campur witir, so dah jadi 28 rakkaat, jika ikut 20 rakaat, dah jadi 37 rakaat,

Eh? sekejap!, siapa cakap Allah nak bagitahu bilangan rakaat melalui peritiwa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.

Ini sudah masuk katagori berdusta atas nama Allah! Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, Astarfirullahalazim..

Saudara, bab bilangan rakaat solat sudah diterangkan secara tersirat dalam al quran dan secara tersurat dalam hadis. Sudah lama sunni dan syiah berbeza pendapat bab rakaat solat, dan berjuta ummat islam sudah mati dengan bilangan rakkat yang diyakini tapi baru hari ni korang dakwa Allah nak bagitahu bilangan Rakaat? Apa kejadah?

Setakat nak buat teori islamik dengan kaitkan nombor, semua orang bodoh boleh buat bang, Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. Adohai..

Aku ulang lagi sekali khas untuk mereka yang bodoh 17 lapis, ketahuilah:


Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah share teori mengarut ni!

Jul 15, 2014

Bagaimana menggunakan Kuasa?

(Sila take note, ini agak deep)

Oskar Schindler

Amon Goeth
Ketika Amon Goeth , salah sorang ketua Askar jerman yang suka membunuh yahudi secara besar besaran pada perang dunia ke 2 ditanya oleh seorang bisnesman, kenapa kamu suka bunuh orang yahudi tanpa bicara?

Jawab Amon Goeth: “itulah hakikat kuasa. Mampu membunuh orang yang bersalah.”

Lalu jawab Schindler si bisnesman tadi:

“Hakikat kuasa adalah bila kita berpeluang membunuh, tapi kita maafkan, itulah yang aku belajar dari Raja Rom Qaisar, yang mana pernah ada seorang lelaki ditangkap mencuri, lalu di bawa kehadapan Qaisar, lelaki ini tahu bahawa hukuman mencuri dizaman itu adalah hukuman mati, lantas lelaki ini meniarap atas tanah di hadapan Raja Qaisar sambil memohon keampunan, agar nyawanya dipanjangkan, lalu Raja Qaisar,.. mengampuninya, Itulah hakikat kuasa yang sebenar Amon, itulah hakikat kuasa...”

Tersinggung dengan teguran bisnesman tadi, jawab Amon Goeth dengan insaf:

“aku ampuni kamu”

Woha!

Nota kaki:

Allah telah perintahkan manusia agar menahan marah ketika mampu membalas, malahan Allah telah lama manahan murkaNYa ketika melihat manusia membuat dosa, padahal Allah Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah memberitahu secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat Allah lebih besar dari semua dosa manusia, andai kita tahu bersujud dan merayu dalam taubat sebelum menjadi mayat.

Sesungguhnya Allah sangat mengerti Hakikat Kuasa kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Rujukan firman Allah:

 “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Az-Zumar: 53)

 “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,...)

(QS. Ali 'Imran: 135)

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 110)

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”

(QS. An-Nisa': 31)

“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 64)

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”

(QS. Thaha: 82)

 “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Al-Ma'idah: 73-74)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi bumi seluruhnya."

Hadis lain Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah barat."

Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan:

"Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan dosa di malam hari, sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka, mintalah kalian semua ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian."

Ps: Sila Take note, pesan pada diri sendiri.

Jul 4, 2014

Ulasan Buku Semusim di Syurga?

(Ulasan ini di tulis oleh Firdaus Ahmad :The legend of Takafulman, Juga Penulis Dari Tanjung Malim Ke KLCC)
SDS

"Brader ni ada taste".

Ini statement yang terpacul lama dahulu, masa aku juga masih tulis blog, dan kerap berjalan membaca blog blog orang lain, dan aku cakap pada diri sendiri "brader ni ada taste" bila pertama kali membaca blog keretamayat.

Tapi itu lama dahulu. Sekarang senarionya berbeza. Hamka tidak hanya dikenali sebagai penulis blog, sebaliknya sebagai pengkarya niche yang mengetengahkan cerita-cerita kerukunan rumahtangga secara lebih indie dan bebas (berbanding cerita-cerita nasihat beriya ilmu rumahtangga lain yang terdapat dipasaran mainstream).

Hal sedemikian terbukti dengan terbitnya 2 buku beliau sebelum ini, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera. Aku memuji-muji dua tajuk buku Hamka sebelum ini, kerana subliminal mesejnya mudah saja menimbulkan prasangka, pada yang mengetahui (kahkahkah!). Ya, itu sangat bijak. Sebabnya mudah, pengkarya yang menang Tajuk (dengan cara meletakkan tajuk rage yang penuh prasangka), akan menang Pembeli, lalu menang Pembaca.

Dalam proses terdahulu, aku kira Hamka dan Terfaktab telah melakukan strategi yang menjadi. Memenangkan tajuk lebih awal, lalu perlahan-lahan kemenangan mutlak menguasai jiwa pembeli dan pembaca seluruhnya, apabila tulisan tulisan di dalam dua buah buku sebelum ini membuktikan yang isi-isi terkandung, lebih kuat berkuasa menawan cinta hati umat manusia berbanding tajuknya.

Semusim Di Syurga (SDS), tajuk kali ini tidak ada prasangka, lain dari dua buku terdahulu. Isinya juga ada kelainan yang nyata. Ketika kali pertama membaca naskah SDS ini, aku terfikir yang Hamka sebenarnya seorang penulis yang sangat observant. Perkara yang aku suka bila membaca sesuatu naskah, adalah apabila penulisnya berupaya menyampaikan idea, pendapat, dan cerita dengan flow yang sedap, seolah olah sang penulis itu sedang bercakap depan aku menyampaikan ceritanya.

Hamka berjaya melakukan ini dalam SDS. Power!.

Lebih-lebih lagi, apabila suatu karya yang lahir dari observasi ke atas tingkah laku sosial masyarakat (tidak keterlaluan aku katakan SDS berpaksi atas observasi itu), dan disampaikan pula pada khalayak dengan cara yang mesra merakyat, tidak semua penulis boleh buat keduanya dengan baik, dan salah seorang yang boleh buat, tidak lain penulis SDS ini, Hamka.

Sinis. Mendidik. Menegur. Menilai. Memajukan.

Lima perkataan di atas, aku gambarkan mewakili seluruh isi kandungan SDS. Membaca naskah ini, aku kira ianya berupaya membantu pembaca sekalian, untuk melihat sesuatu rutin dalam perspektif berbeza. Melihat perkara dalam perspektif berbeza, berfikir dan menilai, itulah matlamat SDS kepada pembaca (kalau aku boleh katakan begitu).

Aku tidak mahu membanding banding SDS dengan dua naskah terdahulu, cuma apa yang aku boleh katakan, melalui SDS ni, Hamka membawa pembaca ke suatu level lebih broad, juga lagi utama, ke satu level yang lebih memanusiakan.

Semusim Di Syurga steady!

Jul 1, 2014

Kisah Pelik di awal Ramadhan?

(Juga panduan dalam  memilih ciri Imam yang sesuai untuk solat berjemaah)

Kisah satu:

Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

Namun di bumi, sebelum bukan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

“Yusuf... Taiyoob..”

Woha!

Ps: harap pihak Yusof Taiyoob dapat memberi sumbangan kurma beberapa kotak pada pihak keretamayat yang mempromosi produk korang secara tidak langsung, adohai..

Kisah 2:

Tiap kali masuk bulan puasa, sebelum ramadan lagi, aku akan luangkan masa untuk mengsucikan sesuatu di badan aku, yang mana jika benda ni bersih, maka akan berserilah semua anggota. InsyaAllah.

Tepat 29 syaaban baru ini, aku jumpa pakar suci anggota badan yang aku maksudkan. Dalam masa lebih kurang 15 minit, beliau ambik masa untuk sucikan bahagian badan aku itu.

Selamat berpusasa kepada pembaca blog keretamayat, aku sekarang menulis dalam keadaan tersenyum senyum, sebab gigi sudah bersih berseri menyambut ramadhan!

Woha!

Rupanya aku jalani rawatan pergigian daa, adohai..

Ps: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.

Kisah 3:

Di sebuah surau, kelihatan beberapa makmum yang sedang tolak menolak dalam bab melantik imam.

“kau lah Iman, bacaan kau lebih bagus dari kami”

“kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca kuat, kaulah”

“awaklah imam, sebab awak lebih berumur”

“eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih ramai”

“eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah”

“tak payah gaduh, kita bagi Hamka jadi imam, sebab gigi dia lebih putih dari korang semua”

Woha!


Ps: panduan memilih imam, lebih alim, dan lebih bagus bacaan, jika tiada pastikan lebih tua, wallahula’m.

Jun 23, 2014

Zihar bini tak sengaja?

(Tanya sama abang keretamayat)

Salam, betul ke tak boleh panggil laki bini dengan gelaran, ummi, abi sebab nanti jatuh hokum zihar kerana menyamakan laki bini dengan mahram kita?

Hamka said:

Apa ke jadah? Dah takde kerja? Jika korang panggil laki dengan panggilan ‘abang’ pun tak boleh lah sebab samakan laki dengan adik beradik? Apa korang ingat malaikat yang catat dosa pahala ni lembab dan bodoh macam korang? Adohai..

Nabi suruh panggil orang dengan nama yang dia suka, contoh sahabat Nabi, ada yang di panggil Bapak Kucing (Abu Hurairah), no problem, Aisyah isteri Nabi pun pernah Nabi panggil dengan warna merah, (Humairah) so no problem, masalah bahasa jer ni yang mana sama lafaz tapi berbeza makna, macam kopek di KL dan kopek di Terengganu, sama lafaz tapi berbeza makna, atau butuh di Malaysia dan butuh di Indonesia, sama lafaz tapi berbeza makna, orang bodoh bahasa jer yang tak faham penggunaanya, so ketahuilah:

Allah Maha bijaksana, masalah sama lafaz tapi berbeza makna ni takde masalah disisi Allah. Take note.

Jun 13, 2014

Ulasan Piala Dunia oleh Keretamayat?

(Aku bukanlah pengulas sukan yang baik…, dan ini hanyalah sekadar ‘ulangan’ ulasan ringkas dari aku sempena piala dunia 2014.., ditulis dari sudut pandangan cermin belakang keretamayat. Adohai)

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerinatah ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: aku orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana ugama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)

Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Croatia!

Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Naruto dari kampung Kanohalah”
Terkejut berok korang dibuatnya, Naroto menanang gapo tu? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi Sasuke juga kuat bang, nenek Tsunadipun, Rock lee pun kuat, Akatsuki tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Gaara lagi, dia tu Hokage.., Kakashi, dan pakcik Jairayapun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita X men, dan Avangers punya geng!

Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..

Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,

“Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi Sapin dan Germanpun kuat bang.., bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...

Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..

*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2014.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”

“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..

SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.

Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!