("Salam, Fenomena ustaz ceramah lawak
yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat
sambutan.Apa kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?")
Di zaman permulaan islam dahulu, ugama
berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik
yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula
dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam
hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para
sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.
Kita hari ini bila bercakap bab ugama,
banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis
bila bercakap bab ugama, Abdullah bin
Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata
Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina
Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis.
Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna,
Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita,
akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?
Tak pernah dengar orang terdahulu yang
gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya
kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah
s.w.t..."
Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun,
terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada
mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah
yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana
sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh
sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.
Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw
bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang
banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Okey, ada
jugak sahabat sedang gelak ketawa, Nabi tak larang cakap haram ketawa, Nabi bagitahu,
“kalau korang tahu apa yang aku tahu, maka korang tentu akan banyak menangis..”
Rujuk kitab
kisah sahabat, mereka sangat mudah menangis di mana mana, cakap ugama sikit,
lepas tu mereka mengangis, dapat harta rampasan, mereka menangis, tak mampu
bersedekah, mereka menangis, terlepas peluang keluar jalan Allah, mereka
mengangis, mendapat berita Ugama sempurna, mereka menangis, dengar ceramah
ugama, mereka menangis, dengar azan pun menangis, tertinggal solat jemaah, pun mereka
menangis...
Tapi korang
yang sedang gelak ketawa, ada nak menangis bila tertinggal solat berjemaah?
Belajar hokum hakam bab solat berjemaah dah bagus, tapi ada nak menangis jika
tertinggal takbir pertama? Macam Sahabat Nabi, ada?
Okey, itu
intro jer, nak kasi panas sikit, berbalik kepada soalan korang:
(((Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai
dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan. Apa
kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?)))
Untuk menjawab “bagus atau sebaliknya” kita
kena tengok perbandingan dengan ‘apa’,
Sebagai contoh: mana lebih bagus, hiburan
lagu nasyid kumpulan Raihan atau hiburan lagu kompilasi rock kumpulan Wings?
Jawapannya dah tentulah hiburan lagu nasyid
kumpulan Raihan lebih bagus sebab ada lirik yang islamik dan muzik tidak
terlalu kuat..
Tapi jika dibandingkan antara lagu dakwah
hiburan nasyid kumpulan Raihan dan majlis alunan Al quran, mana lebih bagus?
(siapa jawab nasyid lebih bagus dari Al quran confirm bangang!) sudah tentulah
alunan Al quran itu lebih seribu kali bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang
berbanding persembahan nasyid kumpulan Raihan. Faham?!
Berbalik kepada ceramah lawak, maka
perbandingan kena adil, antara ceramah ustaz lawak dengan konsert maharaja
lawak, mana lebih bagus?
Jawapannya dah tentulah ceramah ustaz lawak
lebih bagus sebab ada nasihat yang islamik dan kupasan ilmu hokum hakam..
Tapi jika dibandingkan antara dakwah cara lawak
dan dakwah cara sunnah, (siapa jawab ceramah lawak lebih bagus dari ceramah
ikut sunnah confirm bangang!) sudah tentulah ceramah ikut sunnah itu seribu
kali lebih bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang berbanding ceramah ustaz
lawak..
Persoalan pertama, jika matlamat ustaz buat
lawak adalah kuantiti, (mungkin terpengaruh dengan demokrasi) ceramah lawak
memang boleh mencapai kuantiti hadirin dan derma yang tinggi, tapi jika
matlamat adalah kualiti, memang kena dakwah cara mujahadah yang mana akan
kurang mendapat sambutan, adohai..
Sebenarnya, ceramah lawak tu hanya bagus
dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan hiburan, dan melalui
begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang lalai dan haram,
Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak yang halal...
Lagipun dahalu, Nabi ceramah depan sahabat
yang iman tinggi, orang iman tinggi tak perlu pada lawak untuk hilangkan
mengantuk, dengar Nama Allahpun sudah gementar hari mereka, jadi terpaksalah
kot, si ustaz ustaz buat lawak sepanjang ceramah sebab yang hadir semua iman
lemah, yang mana hadirin bila dengar nama Allah lagi lah mengantuk, dengar
lawak baru gelak dan tak mengantuk. Woha!
Maka bila dibandingkan dengan gelak dengar
ceramah dan gelak tengok raja lawak, sangat baguslah ustaz buat lawak masa
ceramah, kurang kurang remaja boleh tahu sikit sebanyak bab bab ugama.
Namun, jika dibandingkan dakwah hiburan
islamik dengan dakwah mujahadah cara Nabi, maka jawapannya, Sunnah Nabi itu
sejuta kali lebih bagus, jadi nasihat aku kepada mana mana ustaz yang
berceramah atau berdakwah dengan penuh mujahadah mengikut sunnah Nabi yang asal,
tak perlu nak ubah method kepada dakwah hiburan atau banyakkan lawak konon atas
alasan nak tarik ramai orang, sebab tertib kejayaan dakwah seperti yang
diceritakan dalam Al quran, bukan ramai orang ikut, tapi sejauh mana kita dapat
taat perintah Allah.
Rujuk Al quran kisah Nabi
Musa berdakwah pada Firaun. Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut, dan Nabi Musa
tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun
pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah
suruh, berkata benar walaupun pahit, dan lemah lembut walaupun orang naik
kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun
pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi
Musa Alahisalam..
Sama jugak kisah Nabi Nuh
berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak
pulak buat lawak ke supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya
diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang
dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.
Kisah Nabi Muhammad
berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat lawak
di sana ikut kefahaman korang? Tak perlu aku cerita lebih lebih, sebab korang
sepatutnya lebih faham bab ugama dari aku yang hina..
Nabi buat dakwah bukan
nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi
berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan
lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum
dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar,
ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah
cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat
lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde maknanya!!
Ketahuilah: Hidayat kerja
Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat
cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke?
FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang
akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat
menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan
diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar,
atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah
di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang
Allah suka.
Tuan tuan, Agama tersebar
dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad
SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab
tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun
takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde,
halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama
islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde, tapi hari hari orang kapir
masuk islam, Kenapa?
Kerana hidayat tersebar
bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang
tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic
bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman
web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara
berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah
bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi,
sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut dengan dakwah cara kelakar,
Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila
takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Berdakwahlah untuk
menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain..,
berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam Ghazali: “Mujahadah
adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”
Sebagai penutup, Kat sini apa yang boleh
kita simpulkan?, kenapa ramai remaja lebih suka mendengar lagu nasyid
berbanding mendengar Al quran?
Jawapannya: Sebab hati korang suka pada
hiburan kerana iman korang sangat lemah. orang yang iman kuat sudah tak perlu
dengar nasyid, mereka sendiri ‘terhibur’ membaca Al quran lebih dari mana mana
syair karangan manusia..
Begitu jugak kes ceramah lawak, akan kenapa
ramai orang lebih suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah
yang ikut sunnah nabi? Sebab hati suka pada hiburan kerana iman lemah. Orang
yang iman kuat sudah tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak
mengantuk bukan sebab lawak ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama
Allah di sebut.
Sebenarnya, aku ulang sekali lagi, ceramah
lawak tu hanya bagus dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan
hiburan, dan melalui begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang
lalai serta haram, Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak.
Ustaz Azhar idrus sendiri mengaku ceramah
beliau adalah ‘hiburan islamik’ untuk anak muda kerana jika takde hiburan lawak
islam, anak muda akan cari hiburan lain yang haram, rujuk interviu dari pihak
TV3, klik video dibawah.
Jadi kesimpulannya, ceramah lawak adalah
salah satu hiburan yang bagus berbanding hiburan lain yang ternyata lalai. Dan
kita suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah yang ikut sunnah
nabi kerana hati suka pada hiburan sebab iman kita lemah. Orang yang iman kuat sudah
tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak mengantuk bukan sebab lawak
ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama Allah di sebut. Adohai..
Sama macam blog aku yang agak kelakar, jika
di bandingkan dengan blog politik pembakang dari longkang yang perasan bagus atau
pencacai Umno yang menfitnah siang malam, maka blog aku lebih ‘bagus’ kot..,
tapi jika dibandingkan blog aku dengan kita kitab ugama atau Al quran, dah
tentu kitab kitab ugama sejuta kali lebih baik, korang suka baca blog aku
berbanding baca kitab ugama kerana hati suka pada hiburan sebab iman korang lemah.
Orang yang iman kuat sudah tak perlu baca blog lawak, iman mereka akan
bertambah sebaik sahaja mendengar ayat Al quran, bukan baca blog merepek,
Adohai..
Okey, cukup sampai sini, nak pergi baca al
quranlah pulak, mudah mudahan..
“Tapi Hamka, aku nampak kau pun selalu gak
layak ceramah ustaz Azhar idrus di youtube? Kaupun lemah iman jugaklah?”
Ya, aku mengaku, aku dengar ceramah beliau di
youtube sebab hati aku gelap, masih suka pada hiburan sebab iman aku lemah. Aku
masih perlu dengar lawak sebab nanti aku sama mengantuk macam korang kerana imanku
sendiri belum sampai tahap bergetar mendengar nama Allah di sebut. Aku adalah
orang yang hina dan berdoa, Pesan pada diri sendiri rupanya, isk..
Ps; Semoga lepas ni kita berniat pergi
ceramah kerana Allah, bukan kerana ustaz lawak, buktikan dengan turut hadir
dalam majlis ustaz yang ceramah cara Sunnah nabi Muhamad SAW, jom keluarkan air
mata kerana banyak dosa, bukan menangis sehingga keluar air mata.., tak akan
disentuh api neraka, mereka yang menangis kerana takutkan Allah..
Ps2: Aku sokong ceramah lawak dalam konteks
: “hiburan islamik", harap maklum.