Jun 4, 2023

Kisah Haji Nabi?

Haji Sah tapi tidak Afdal?

Alkisahnya, ramai orang solat, yang mana solatnya sah tapi tidak afdal.. Contohnya, orang lelaki yang takde uzur tapi solat dirumah, hukumnya sah, tapi tidak afdal, atau orang puasa tapi tidak bersahur, atau makan terlalu banyak hingga tinggal solat berjemaah magrib, maka puasanya sah, tapi kurang afdal, maka demi kebaikkan hari akhirat, perlulah kita mencari afdal dalam semua ibadah, dan afdal itu ada dalam sunnah Nabi Muhammad SAW

Maka tidak dapat tidak, ibadah Haji sekali seumur hidup, perlulah mencari Afdal, yang mana setelah kita bergolok gadai, jual kereta, jual tanah, jual gelang emas, contohnya!, maka ilmu perlu di cari dalam mencapai Haji yang Mabrur, dengan jalan afdal dan Akmal..

Saya yang belum pernah pergi Haji, telah hadir kursus haji dari pelbagai pihak, yang mana Tips Haji yang afdal, adalah haji yang dibuat dengan susah payah, dengan mujahadah, dan ikut cara Rasulullah SAW..

Maka di sini saya ringkaskan Kisah Haji Rasulullah s.a.w, segugus bacaan yang sangat bermanfaat kepada bakal haji dalam memahami Haji yang afdal, Akmal, dan Mabrur..

Ditulis untuk diri sendiri, dan semua bakal Haji InsyaAllah..

Bagi yang belum tahu, Nabi buat Umrah empat kali sehaja seumur hidupnya, dan Haji hanya sekali..

6 Hijrah,

Umrah hudabiyyah, dah niat tapi tak dapat masuk sebab orang kafir tak bagi, Nabi patah balik lepas perjanian damai.

7 Hijrah,

Umrah qada’ yang tahun lepas

8 Hijrah,

Umrah Jira’anah, yang mana lepas perang di Taif, Nabi bagi harta rampasan pada penduduk Mekah di Kawasan Jikra’anah, nabi bermiqat, dan buat umrah,

9 Hijrah tiada Umrah,

10 Hijrah, Nabi buat Umrah dan Haji.. Haji wada’

Alkisahnya pada tahun 10 hijrah itu, Nabi dan umumkan niat nak pergi Haji, maka umat islam berbondong bondong sertai Nabi, sebab nak dapat kemulian dan keberkatan Haji bersama Nabi.

Yang tak sempat ikut nabi di Madinah, sahabat lain ikut sertai Nabi di jalanan, paling last, berhimpun di padang arafah, sekitar 124 ribu sahabat, Saidina ali datang dari Yaman, bawa banyak unta dan akan jumpa nabi di Arafah…

Jom Imbas kembali.. pada tahun 10 hijrah itu.. lokasi di Madinah..

25 zulkaedah, Sabtu

Nabi keluar dari Madinah, dan Nabi singgah di Zulhulaifah, bermalam di Bir Ali, lebih kurang 11 km dari Madinah, dan Nabi sempat solat empat waktu di situ, Nabi bawa Sembilan isteri, dan telah berjimak dengan semua isteri sebelum pakai ehram, kata ustaz, bagi Jemaah haji yang dah berkahwin, berjimaklah sebelum perjalanan jauh, supaya fikiran lapang, mata tak terjegil sebab kat Mekah nanti wanita semua tak tutup muka, tunduklah padangan.., dan bila pakai ehram, tidak boleh lagi berjimak apatah lagi mukadimah Jimak, kena dam seekor unta dan jika jimak, boleh rosak Haji,..

Terus saya teringat kisah Pak Ya Concodei, yang akan “bekal” sebelum pergi KL, maka “bekal”lah duhai semua duyufurahman, kerana ianya adalah sunnah..

26hb Zulkaedah, Ahad

Diceritakan juga Aisyah pakaikan minyak rambut di kepala Nabi sebelum ehram, maka boleh berwangi wangian sebelum ehram, dan bila pakai ehram jika ada wangian sebelum berehram, maka dibenarkan..

Nabi naik unta, dan Sebelum unta jalan, nabi niat ehram, dan niat haji.

Menurut mazhab Shafee, Nabi kita buat Haji Ifrad, dan sahabat ada yang buat Tamattuk atas arahan Nabi atas sebab sebab tertentu.. kita dari Malaysia ramai yang buat Haji Tammatuk, iaitu buka Ehram selepas Umrah..

Nabi juga dah bawa siap-siap binatang untuk disembelih, berpuluh puluh ekor, rupanya sunnah bawa binatang ni, tapi zaman dah berubah, sebab tak kan naik flight bawak kambing, kan? Ruksah ikut peredaran zaman.. Nabi pun benarkan Tamattuk bagi mereka yang tidak bawa kambing…

Ok,balik kepada Nabi, Lepas pakai ihram, nabi talbiah kuat kuat dan berjalan.

Ada riwayat mengatakan, bila Nabi naik Kawasan tinggi, Nabi Talbiah lebih kuat, Labaikallah!

70km kemudian, lebih kurang lima hari Nabi berjalan siang dan malam, Nabi sempat singgah di Bir Rauhah yang ada sebuah perigi, dan nabi berhenti minum di situ, kata Nabi:

“Aku lihat, 70 orang para Nabi pernah singgah di sini, dan minum air telaga ini”

Kemudian Nabi bergerak lagi, , sampai satu wadi Azraf, kata Nabi, seolah olah aku Nampak Musa a.s lalu kawasan ini pergi haji dan talbiah, maka Nabi terus talbiah kuat kuat.

Tiga hari kemudian,

3 Zulhijah., Sabtu…

Nabi dan sahabat telah melalui wadi Sharif, 10km sebelum ke TaneIm, Nabi berhenti di situ. waktu tu Aisyah datang haid, lalu mengadu susah hati, takut haji tak terima,

Nabi pujuk, ini perkara biasa, aku akan tunjuk caranya.

Maka terbukalah hokum fiqh bab wanita Haid di musim Haji.. Haji Qiran misalnya…

Nabi gerak lagi, lalu dekat Jarwal, ada perigi ZiTuwa, Nabi bermalam di situ.

4 zulhijah, pagi Ahad

Nabi mandi di Zil tuwa, dan masuk ke Mekah dari kawasan Al-Hajun yang ada Ma'la.. Maka Sunat mandi sebelum masuk mekah.. sekarang kenderaan dah laju, dari Bir Ali, naik bas, mandi sebelum ehram tadi dah kira sekali mandi sebelum masuk mekah..

jadi di pagi Ahad itu, Nabi terus Pergi Kaabah,

Nabi teruskan Qalbiah, sampai depan kaabah, nabi kucup Hajarul aswad, dan mulakan tawaf, 7 kali, tiga pusingan awal nabi berlari anak, Nabi juga buka bahu kanan waktu tawaf, dan sebelum tiba di Hajaratul asward, Nabi doa dijauhkan dari api neraka.

Selesai Tawaf, baginda ke maqam ibrahim, dan solat dua rakaat, nabi baca kulya rakaaat pertama,dan  kul ahad, rakaat ke dua,

Sebelum Sae, nabi pergi kucup hajarul aswad, dan minum air zam zam, lepas tu nabi pergi ke bukit safar melalui pintu Safar, naik bukit hingga Nampak Kaabah, (sekarang terlindung) Nabi puji Allah, berdoa sambil pandang kaabah,

Doa Nabi, ada bunyi macam takbir raya, “Ia ilaha illalllah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu] wa huwa ‘ala kulli syaiin qodir la ilaha illallah wahdahu la syarika lah], anjaza wa’dah, wa nashoro ‘abdah, wa haza-mal ahzaba wahdah.”

(Tidak ada yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH semata-mata, tidak ada sekutu bagi-NYA, yang mempunyai kekuasaan, mempunyai segala pujian yang menghidupkan dan mematikan dan Maha berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang berhak disembah melainkan ALLAH, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA], yang selalu menunaikan janji-NYA, yang selalu menolong hamba-NYA serta mengalahkan musuh).

lepas tu Nabi sae, ada tempat Nabi berlari anak, ada tempat Nabi berjalan, habis tujuh kali. Akhirnya Nabi tiba di Marwah.

Nabi buat istihar, mana mana sahabat yang bawa binatang dari Madinah, jangan buka ehram, termasuk Nabi.

Mana mana sahabat yang tak bawa binatang, boleh tahalul, buka ehram, Haji tamattuk. Bersenang lenang, batal semua larangan ehram, boleh pakai baju biasa, boleh Bersama isteri…

Sahabat ada yang bantah, nak kekal Ehram Bersama Nabi, tapi Nabi bertegas suruh sahabat yang tidak bawa binatang korban, untuk bertahalul awal. , aku paling bertakwa, kata Nabi,

Kata sahabat:

“Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji, tidak Nabi suruh tahalul awal buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara kita dengan Arafah tinggal empat malam,  dan ba-ginda membenarkan kami untuk bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan datang ke Arafah sementara kemaluan baru sahaja menitiskan mani?

Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW bersabda,

“Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum muslimin?” “Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa, paling jujur, dan paling baik di antara kamu.” Lakukanlah apa yang kuperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan. Bertahallullah kamu.”

Maka sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun potong rambut untuk bertahalul..,

Selesailah sudah umrah Haji mereka.

Nabi kemudian pergi berkemah di Zir tuwa, dan beribadat di sana dalam keadaan Ehram selama 4 hari…

Apa yang akan berlaku 4 hari kemudian?

Alkisahnya, haji ini ENAM HARI SAHAJA

Bermula lapan Zulhijah, dan berakhir pada 14hb Zulhijah…

8 zulhijah, hari khamis, hari Tarwiah,

Tengah hari khamis, sebelum zohor, Nabi pun bergerak dari perkemahan Mekah ke Mina, nabi solat lima waktu di Mina, zohor, asar, magrib, isyak, subuh.. Nabi bermalam di sana.

9 zulhijah, hari Arafah, hari jumaat, Hari paling penting, Haji Akbar!

Pagi itu Nabi solat subuh di Mina dan dari Mina bergerak ke arafah, 17km lebih kurang jaraknya, dan akan lalu ke Mudzalifah..

Orang Jahiliyyah sangka Nabi akan berhenti di Mudzalifah macam mereka buat Haji Jahiliyyah, tapi nabi teruskan berjalan, menuju ke Arafah..

Sebelum masuk arafah, ada kawasan Namirah, nabi singgah dekat waktu zohor di Namirah, Nabi telah mandi, dan masuk ke lembah Aronah, dan terus ke sempadan padang Arafah, di situlah baginda sampaikan khutbah terakhir dihadapan 124 ribu para sahabat,

Nabi pesan jaga hak orang islam, jangan tumpahkan darah, jaga harta dan maruah, tidak sakiti sesama mahkluk, haramkan riba, menjaga hak wanita, asas asas islam, dan banyak lagi.

Habis khutbah, nabi tanya sahabat adakah aku telah sampaikan?

Sahabat menyahut: Ya tuan telah sampaikan agama!

Nabi pun Pesan tentang kerja dakwah yang diwarisi kepada Ummat, pesan Nabi..

“Orang yang hadir pada ketika ini hendaklah sampaikan kepada yang tidak hadir hingga yang tidak hadir faham”

Lalu  Nabi buat isyarat ke langit, Wahai Allah! saksikanlah, bahawa aku telah sampaikan syariat agama.

Kemudian wahyu turun, bagitahu: Agama telah sempurna. Sahabat semua bergembira.

Lepas khutbah, bilal azan, solat zohor dan asar secara jamak takdim, selesai solat, Nabi naik unta bernama qaswa, baginda terus menuju ke Jabal Rahmah, berhenti bawah bukit, yang mana Nabi tak naik pun bukit, tu, hanya duduk area kaki bukit, ada batu besar leper, nabi berwukuf di bawah kaki bukit, nabi wukuf diatas unta, tanpa teduhan, nabi berdoa dan menangis, berdoa dan menangis, berdoa dan menangis, dan merintih, berjam jam, sampai waktu magrib, dekat magrib baru nabi berhenti berdoa..

Tuan tuan yang saya muliakan, Nabi doa begitu lama, khutbah nabi lebih kurang setengah jam, Nabi solat jamak, anggarkanlah, Nabi sampai ke bawah kaki Jabal Rahmah pukul 2 petang, jadi lebih kurang, 4 ke 5  jam Nabi berdoa, menangis, merintih,  berdoa dan menangis…

Kita kena ada skill doa lama lama macam Nabi, kena banyak fikir risau ummat, baru boleh doa lama macam Nabi..

Apa yang nabi doa?

Doa ummat! Nabi doa supaya seluruh ummat diampunkan Allah, Nabi doa untuk kita semua!

Jadi ingatlah..

Waktu paling makbul doa, Nabi sedang Haji, tempat paling makbul, hari yang makbul, orang paling makbul, tapi apa yang Nabi doa?

Nabi doa kat kita semua agar Allah ampunkan dosa dan semua salah.., maka tolong waktu di Arafah,  jangan doa pada diri sendiri sahaja, doakan untuk semua orang islam, seperti yang dibuat oleh nabi,

Timbul soalan? Nabi puasa tak Hari Arafah?

Nabi minum susu depan sahabat sebelum magrib, maka tak sunat puasa sebab nabi tak puasa.

Selesai doa, dan selesai minum susu, nabi patah balik bergerak ke Mudzalifah dalam cahaya senja, maka bergeraklah Jemaah Haji Bersama Nabi dengan perlahan lahan ke Mudzalifah.

Dalam perjalanan itu, masuklah malam.. Malam raya..

10 Zulhijah…

Bila dah malam 10 Zulhijah, sahabat ingatkan Nabi tentang solat magrib, nabi suruh gerak lagi dan singgah di sempadan mudzalifah, dan Nabi telah pergi buang air, ambil wudhu, yang mana waktu isyak telah masuk,

Nabi dan sahabat buat solat jamak tamam, jamak takhir, dan malam tu Nabi berdoa Panjang, zikir, dan lepas tu ada sahabat datang tanya macam macam hal urusan haji.

Ada sahabiah yang ada masalah, minta izin nak pergi Tawaf Haji terus, dan Nabi benarkan lepas separuh malam… bagi pada orang tua, orang sakit, peneman, untuk perkara rukhsah..

Ada perempuan cantik datang minta izin nak buat haji untuk arwah bapa, nabi suruh sahabat jangan tengok wanita tu, tundukkan pandangan, dan Nabi benarkan perempuan itu buat Haji untuk arwah bapanya..

Kemudian Nabi tidur, sampai ke Subuh.

Alkisahnya, Saidina Abdullah bin Umar, sangat ambil berat dalam bab ikut sunnah Nabi 100 peratus, umurnya panjang, sampai 83 tahun, beliau ikut Nabi waktu muda, maka selepas Nabi wafat, beliau buat Haji sebanyak 60 kali haji, dan umrah pula sebanyak 1000 kali, (jadi tak salah nak banyakkan umrah bagi yang mampu sebab sahabat yang paling faham sunnah pun perbanyakkan Umrah)

Ada riwayat tentang sahabat ini, Setiap kali beliau buat haji, beliau akan wajib berhenti tempat Nabi buang air, dan paksa buang air, lepas ambik wudhu kat situ, beliau berkata kepada Tabien, aku berwudhu kat sini, sebab nabi ambik wudhu kat sini, dan 60 kali beliau buat Haji, 60 kali dia akan cerita kisah Nabi pergi Haji dan ikut semuanya sebijik sebijik.

10 Zulhijah pagi Raya…

Kelihatan wajah Nabi ceria di pagi hari..

Kenapa Nabi ceria?, sewaktu Nabi doa di arafah, iaitu doa ampunkan ummat. Allah bagitahu semua ummat kamu diampunkan, kecuali orang yang zalim.

Nabi sedih, nabi sambung doa, yang zalim kau ampunkanlah, dan Nabi sambung doa di Mudzalifah, dan pagi tu wajah Nabi ceria, doa aku supaya yang zalim pun Allah terima..

Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang..

Maka kepada sesiapa yang pernah zalimi manusia, pergilah Haji, dan berdoalah, maka Allah akan ampunkan dan orang yang dizalimi akan Allah beri nikmat hingga mereka Redha, wallahu'alam..

Kembali ke Mudzalifah..

Seawal subuh, Baginda sembahyang subuh betul-betul terbit fajar, dengan satu azan dan satu iqamat

Lepas solat, nabi bagitahu, orang tua, wanita, kanak kanak, suruh gerak dulu pergi melontar di Jamratul Aqabah, takut semua pergi nanti sesak kesian kat orang tua, wanita, dan kanak kanak, maka mereka bergerak seawal subuh..

Nabi pun tunggu semua orang tua, wanita, dan kanak kanak gerak dulu, dan ada sahabat datang bertanya pelbagai soalan bab Haji maka munculah hokum boleh tahalul awal lepas buat dua dari tiga…

Nabi benarkan jika ada yang nak pergi tawaf dulu baru lontar,

Waktu itu, Abang kepada ibnu Abbas, telah kutip batu untuk Rasulullah di Mudzalifah sewaktu sahabat sedang bertanya soalan Nabi, Aqabal bin Abbas Namanya kalau tak silap. Maka kutip batu di Mudzalifah adalah Sunnah..

Bila dah cerah sekit, Nabi bergerak menuju ke Mina, untuk melontar..

Sampai ke Mina, waktu dhuha, lebih kurang 8 pagi, nabi terus pergi jamratul Aqabah

Nabi lontar 7 anak batu sambal bertakbir, lepas siap melontar, nabi pergi ke khemah yang sahabat telah siapkan (sekarang dekat masjid Khaif)  maka sunat orang kat Mina duduk kat Khaif, tapi zaman sekarang terlalu ramai, kita duduk jauh 3.5 km, kawasan Muasim..

Dekat situ, Dekat jamrah ula, Nabi korban sebanyak 100 ekor unta, Nabi sembelih sendiri 63 ekor unta, ada riwayat mengatakan semua unta berebut rebut hulur leher agar Nabi sembelih, lepas siap 63 ekor, baki unta telah diberi kepada saidina Ali untuk disembelih..

Masa tu orang tak tahu, isyarat umur nabi, 63 tahun sahaja umurnya..

Saidina Ali kat Yaman, lambat ikut pergi Haji, datang lambat dan sempat pergi haji bersama nabi di Arafah, sebab tu Jemaah haji sekarang tak bermalam di Mina sebelum ke Arafah sebab bukan wajib Haji, lagipun orang ramai, maka dahulukan yang wajib, insyaAllah..

Untuk isteri isteri Nabi, Sembilan ekor lembu telah dikorbankan..

Kemudian semua korban tadi di masak, nabi suruh Saidina Ali ambil setiap satu ketul dari 100 unta, masak dalam satu masakan, dan nabi telah hirup dan makan Di Mina.. Sahabat pun makan sama..

Lepas makan, nabi panggil Abu khiraj, untuk cukur rambut, nipiskan misai, dan potong kuku, lepas tu nabi tukar kain ihram kepada pakaian biasa Nabi pakai dan, panggil Abu Talhah, dan arahkan Abu Talhah bahagikan rambut Nabi sebagai berkat, maka berebut rebut sahabat ambil rambut Nabi dan simpan sebagai kenangan dan berkat.

Waktu sahabar bercukur, ada yang bergunting, lalu Nabi bersabda, Allah merahmati orang yang bercukur, dan sahabat pun tukar dari gunting kepada cukur..

Kemudian waktu sahabat berkumpul lalu Nabi bertanya?

“Hari apakah yang paling suci?”

Para sahabat menjawab, “Hari kita sekarang ini.”

Baginda bertanya lagi, “Bulan apa yang paling suci?”

 Para sahabat menjawab, “Bulan kita sekarang ini.”

 Rasulullah SAW bertanya lagi, “Negeri mana yang paling suci?”

Para sahabat menjawab, “Negeri kita ini.”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, adalah suci seperti kesucian hari kamu ini, dinegeri kamu ini dan pada bulan kamu ini. Sudahkah aku menyampaikan?” Mereka menjawab, “Sudah.”

Baginda berkata, “Ya ALLAH, saksikanlah!” Kemudian Rasulullah SAW menaiki tunggangan dan bergerak ke Kaabah, jarak lebih kurang 7 km.

Sampai Mekah, Nabi buat tawaf Haji, selesai Tawaf, Nabi kembali ke Mina, dan solat Zohor di Mina

Nabi duduk di Mina selama tiga hari tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah.

11hb, Nabi tunggu waktu zohor masuk, lepas tu Nabi melontar jamrah bertiga, ula, wusta, dan kubra, sebanyak 21 anak batu, Tiap lontaran nabi bertakbir dan berdoa, semoat Nabi tunjuk pada sahabat, beginilah saiz batu, jangan melampau, batu boleh selit antara dua jari,

Lepas siap melontar baru solat zohor. Kemudian Nabi berkemah di Mina, dan berdakwah pada orang yang datang ziarah baginda.

Perkara yang sama juga 12hb Zulhijah, Nabi bermalam di Mina,, Nabi juga benarkan sahabat yang nak buat Nafar awal, tinggalkan Mina dengan niat tidak kembali..

13hb, hari Nafar Tsani, masuk zohor, Nabi melontar, tapi nabi tak solat zohor di Mina, nabi terus ke Mekah, nabi singgah di Maabdah, solat empat waktu kat situ, zohor hingga subuh, dekat area shoping orang melayu zaman sekarang, katanya.

Maka selesailah Haji Nabi..

Sikit lagi,

Lepas isyak, nabi rehat sampai tengah malam, 14 zulhijah,

Pada malam itulah Aisyah belum buat umrah, nabi panggil Abdul Rahman bin Abu Bakar, abang kepada Aisyah supaya temani Aisyah miqat di Tani’m, dan pegi umrah,

Lepas tu Aisyah selesai, kembali jumpa Nabi, dan Nabi pun bergerak ke Mekah, waktu itu dah dekat subuh, sampai di kaabah, Nabi buat tawaf wida’, tawaf selamat tinggal, kemudian subuh masuk, maka nabi pun solat subuh Bersama sahabat

Lepas subuh, Nabi dan sahabat pun balik ke Madinah

Sebelum masuk Madinah, 18 zulhijah, Nabi singgah di Zulhulaifah, Miqat bir ali, berehat dan bermalam , ada riwayat mengatakan nabi khutbah Panjang, dan bagi istarat aku akan tinggakan kamu,Nabi juga cerita kelebihan saindina Ali, yang mana hadis ini dimanipulasi oleh syiah,

Nabi masuk Madinah 20 Zulhijah,

Habis zulhijah, masuk muharam, tahun baru, lepas tu bulan safar, nabi bermula uzur, 29 safar nabi sakit, dan lepas 13 hari menanggung sakit, maka 12 Rabiul awal, Nabi wafat, pada tahun 11 hijrah, waktu dhuha, hari isnin, dan dikebumikan malam rabu, dalam bilik Aisyah, yang akan kita ziarah tiap kali ke Madinah.

Haji Nabi, pertama dan terakhir, dua bulan lepas Haji, baginda meninggalkan kita buat selama lamanya..

Tapi khutbah Nabi di Arafah telah sampai seluruh alam, 124 ribu sahabat di Arafah kuburnya telah tersebar seluruh alam, dan dari Masjid Nabawi, seluruh dunia telah ada masjid surau..

Tiap kali musim Haji, kita datang berbondong-bondong pergi Haji dan Ziarah nabi..

Dikubur Nabi, laporkan surau kita, sejauh mana lagi masjid surau kita nak mencapai kehendak Nabi dalam memakmurkan masjid?

Laporan ya Rasulullah…. Kampung saya surau belum penuh macam solat jumaat, lorong rumah saya ada tiga wakil sahaja datang solat berjemaah, amalan ziarah dari dua kali seminggu  kini hanya seminggu, semua salah saya Ya Rasulullah, maafkan saya…..

Ya Allah… ampunkanlah dosa saya sebab belum mampu makmurkan masjid seperti kekasihmu..

Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah. Antara kami ada yang tiada zuriat, kau suburkanlah, antara kami ada yang kesunyian, kau meriahkanlah, antara kami ada yang menuju lembah neraka, kau pimpin lah ke Taman syurga.

Izinkan kami bersama Nabimu di Syurga.

Mohon  bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabbal Alamin!

Ps: Jika ada salah dan silap tentang sirah Haji Nabi diatas, atau nak tambah baik, mohon tulis diruang komen, saya manusia biasa, tak lepas dari sebarang kesilapan serta kesalah fahaman.. hanya handsome tapi tak maksum, Woha!


1 comment:

Anonymous said...

Baginda nabi saw bukan hanya afdal dlm bab ibadah saja,tapi contoh diseluruh sudut utk kita,dgn garis panduan hukum wajib,sunat halal,haram,harus dsbgbya..(rujuk ulamak ahlusunnah)

Berkenaan setelah kita dtg dari jauh beribu batu sambil kendong pikul dosa diri sendiri yg terlalu banyak ziarahi kubur nabi saw,bukankah lagi baik kalo kita laporkan keburukan2 org lain yg dah tentu2 mencanggahi jalan nabi saw itu sendiri..?contohnya golongan yg sgt sakit hatinya pada keturunan baginda nabi saw sendiri..

"ya rasul..ditempat sy ada yg dilanda penyakit,iaitu hati yg sgt sakit menggelupur kepanasan pada keturunan mu(ahlul bait)ya rasul..sehinggakan mreka itu apabila melihat org berkunjung ke keturunanmu(ahlul bait)hati mreka sgt sakit menggelupur kepanasan tercari2 kesalahan tanpa mreka merujuk pun pada ulamak pewarismu@ahlusunnah..
x merujuk fatwanya pun x sepertimana ketika diri sendiri berkunjung ke panggung wayang berhibur..
Semua ini saya ya rasul..maafkan saya ya rasul"

beribu batu dtg dari jauh sambil kendong pikul dosa diri sendiri yg terlalu banyak,maka lg baik kan kalo kita lapor keburukan2 org lain yg dah tentu2 mencanggahi jalan nabi saw itu sendiri..
kan..?Ye ke..?
Atau sebenarnya ulamak ahlusunnah ada ajarkan adab ziarahi kubur nabi saw..?xkan xda pulak kan?maka sama2 lah kita merujuknya semoga kita sama2 dpt manafaatnya insyaAllah..