Nov 17, 2022

Suami dayus?

Suami dayus jika doktor lelaki yang sambut kelahiran? Alamak macam mana ni? Sekarang semua doktor lelaki, saya rasa dah nak beranak sekarang ni, malunya?

Begitulah jerit seorang wanita yang sedang kesakitan di dalam sebuah Hospital, lalu datang jururawat wanita memujuk..

“Sabar ustazah, Semuanya ini telah ditentukan oleh takdir dengan izin Allah... Sungguh Perancangan Allah itu adalah terbaik”

“Tak nak doktor lelaki… malu… dayus…”

“Sabar ustazah, saya dulu pun memang dah book siap-siap doktor wanita maklumlah saya jururawat hospital swasta ini tapi takdir menentukan saya sakit bersalin lebih awal dari yang dijangkakan.

Dalam keadaan cemas dan darurat itu, doktor bertugas yang ada ketika itu hanya doktor India lelaki saja. Doktor wanita yang saya dah booking hanya boleh sampai dalam tempoh 1 jam.

Maka demi nyawa anak, kelahiran saya disambut oleh doktor lelaki, dan sebagai jururawat, saya percaya tiada doktor yang sempat memikirkan nafsu syahwat waktu sambut mana mana kelahiran… kita merancang, Allah tentukan…

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak sekarang dah besar masuk Tahfiz lagi... Semuanya adalah takdir ketentuan Illahi... Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan…”

“Tapi Nurse saya malu nak beranak depan doktor lelaki”

“Jangan malu, saya ada teman, tapi ada orang lebih teruk dari awak, tahun lepas ada sorang wanita ni terperangkap dalam lif bersama tiga doktor lelaki, dan dia beranak dalam lif, bayangkan nasib dia dan nasib awak”

“Nurse! Yang terperangkap dalam lif dan beranak depan semua doktor lelaki tahun lepas  tu saya jugak!”

Woha!

Ps; janganlah hukum dayus kepada suami yang tak mampu booking doktor wanita, kewangan setiap keluarga tak sama, tiada suami yang sengaja nak cari doktor lelaki, doakan agar semua suami diluar sana kaya dunia akhirat,dan doakan anak perempuan Islam ramai yang jadi doktor. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Golongan org yg berhukum dgn pendapat sendiri/berpandukan diri sendiri ni biasanya antara ciri2 dan hasilnya ialah..
-kafir2kan org
-syirik2kan org
-Bidaah2kan org
-sesat2kan org
-beriya2 pada perkara/tindakan org lain yg x salahi akidah/ syarak(meremehkan/menafikan)
-lunak pulak pada perkara yg terang2 menyalahi akidah/syarak
-tonggang terbalik kaedahnya yg memakan mangsa(sbb berhukum pakai pendapat/berpandu diri sendiri)
-suka mengajar orang ramai(dgn berhukum pada pendapat/berpandukan diri sendiri)
-dan yg sewaktu dgnnya..

Tengok yg ni mcm mana la dia boleh tumpukan tenaga dia pertikai kat tindakan org yg x salahi syarak?x boleh ke dia buat mcm kita "orang bodoh2" yg lain ni..iaitu dia promo je la apa bestnya kalo g spital swasta tanpa mempertikai perkara dan hukum yg x salahi hukum syarak..

"Kalo sesapa ada duit bleh cuba masukkan bini bersalin kat spital swasta..kelebihan dia begitu begini dan begitu..tapi kalo sesapa nak hantar bini dia kat spital kerajaan pun xda masalah pun..ikut la masing2 kan.."

Ha x boleh ke jadi "bodoh2" mcm org lain?hehe..

kenapa juga nak cuba jadi "luar biasa" iaitu tetap nak juga pertikai hukum/perkara yg x salahi syarak?
=Sbbnya Mereka ini x tau mana 1 salahi syarak mana 1 x salahi syarak, tp yg pelik sikap mereka ni ialah mereka ini sgt suka mengajar org ramai ni..

So..cuba anda perhatikan golongan orang yg berhukum pakai pendapat sendiri/berpandukan diri sendiri..tengok antara ciri2 dan hasilnya diatas..insyaAllah sama dan mengena..

Apa2 pun semoga kita semua baik2 je akhirnya insyaAllah..