Apr 19, 2022

Membaca Jambatan ilmu?

“Abang keretamayat, saya dengar ceramah ustaz cakap saintis ni penipu, sebab dalam Al quran bagitahu matahari berputar, dan bumi tak berputar, sebab jika betul Bumi berputar kenapa jarak masa penerbangan antara Malaysia dan mekah tetap 9 jam pergi dan balik. Kalau bumi berputar sepatutnya jarak balik lebih cepat  sebab perjalanan ikut arah putaran bumi, manakala balik ikut arah melawan jam, jadi patut lebih cepat sampai, kenapa?”

 “Adik, Pergi belajar sains, Newton's first law of motion, rujuk bab momen inersia”

“Ha ha, tentu abang dah pening kan, betul apa soalan saya, sebab jika betul bumi ni berpusing, kenapa kita perlu hantar barang guna kapal laut  ke luar negara? Kenapa kita tak ikat jer barang tu guna belon udara dan tunggu bumi berputar lepas tu turunkan barang tu, lagi cepat sampai sebab bumi berputar laju. Kan?”

“Adik, jom naik keretamayat, boleh tengok nyamuk terbang dalam kereta laju. Nyamuk tu tak hempap dinding pun? Elok jer nyamuk tu terbang walau kereta mayat dah drive laju, Kenapa? Kerana inilah hukum newton pertama, duduk dalam kapal terbang, badan kita pun sama laju dengan kapal terbang, jadi jika kita lompat dalam kapal terbang, kita tak jatuh ke kerusi belakang sebab inersia. Jika kapal terbang tiba tiba brek, barulah kita tercampak ke depan macam bulu ayam di tiup angin, itu yang dalam Al quran cerita bila kiamat, bumi ni akan brek, dan gunung akan terbang macam bulu bantal, itu cerita bab moment inersia, jangan ponteng kelas sains”

“habis tu dalam Al quran cakap matahari berputar? Macam mana tu?”

“Ayat al quran tu selari dengan sains sebab saintis percaya matahari berputar keliling bima sakti”

“Satelit macam mana boleh terapung tak jatuh?”

“Ni mesti tengok filem Wall E babak angkasa penuh dengan sampah terapung termasuk satelit kan?”

“Ye, saya tengok filem tu, Satelit terapung tak jatuh”

“Aduh, nak berhujah jangan guna filem kartun, sebenarnya, di angkasa masih ada graviti, satelit tak jatuh sebab dia bergerak dengan laju yang konsisten mengelilingi bumi, macam bulan yang bergerak laju, jadi yang buat filem Wall E tu bukan saintis, penghibur jer, sebab tu dalam filem mereka ada istilah “Factual errors in Film” yang mana dalam filem Wall E tu digambar kan dunia ni penuh sampah sampai melimpah di angkasa, satelit berterabur tak jatuh-jatuh di angkasa, padahal, angkasa tetap ada graviti mengikut planet terhampir, jadi babak dalam filem tu tak betul”

“Tapi Abang keretamayat, jika benar orang pergi ke bulan, kenapa sakali jer orang pergi?”

“Membaca jambatan ilmu…, Tahukah korang, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bab matahari keliling bumi dengan hujah tak masuk akal,

Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijma ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmmmmmmm

Akhir kata,membaca jambatan pulau pinang, tak membaca, terowong pulau pinang. Fikir fikirkan lah..

Woha!

1 comment:

Anonymous said...

Asalam tuan. Nak bertanya, tentang Jalan Allah. Kehidupan kita seharian, kalau kebiasaannya dulu, kita hanya mengejar dunia sahaja. Adakah harini kita perlu niat dengan cara Jalan Allah. Iaitu kita cari rezeki, untuk Jalan Allah, didik anak hantar sekolah demi kejalan Allah. Cari rumah selesa demi kejalan Allah. Umrah, haji dan infak demi kejalan Allah. Kejalan Allah ini adakah, didalam kehidupan seharian kita, untuk mencapai kejalan Allah, dan hidup dijalan Allah, kita menyampaikan agama Allah, menjaga solat, mencotohi Rasulullah, sampaikan dakwah, sedekah, infak dan lain2. Bagi kami pekerja kilang, terpaksa bekerja, lewat malam dan sebagainya, akan tetapi semasa kami bekerja, kami masih boleh melakukan Jalan Allah. Didalam keluarga pun boleh amalkan jalan Allah, dimana2 pun. Bila duduk dirumah, sampaikan dakwah orang sekeliling, buat kerja agama. Ditempat kerja, dikampung, dirumah, dimana2. Jaga tahajjud, jaga amal.