Feb 18, 2022

Sebar aib pasangan?

Jangan cerita hal ehwal rumah tangga yang tak elok pada orang lain di media sosial..

Alkisahnya...

Suatu hari Nabi Ibrahim a.s datang melawat anaknya Nabi Ismail a.s. yang berada di Mekah. Tapi Nabi Ismail tak ada, yang ada hanya isterinya yang mengeluh tentang masalah rumah tangga. Maka pesan Nabi Ibrahim a.s pada isteri Nabi Ismail agar pesan kepada suaminya supaya tukar pintu rumah yang baru.

Apabila Nabi Ismail  pulang ke rumah, isterinya menceritakan tentang kisah seorang lelaki datang menyuruh tukar pintu rumah, maka fahamlah Nabi Ismail bahawa lelaki itu adalah Nabi Ibrahim dan maksud menukar pintu adalah menceraikan isterinya dan kahwin dengan perempuan lain.

Kisah kedua...

Suatu hari yang lain, Nabi Ibrahim a.s datang melawat anaknya Nabi Ismail a.s. yang berada di Mekah. Tapi Nabi Ismail tak ada, yang ada hanya isteri barunya yang mensyukuri nikmat rumah tangga. Maka pesan Nabi Ibrahim a.s pada isteri Nabi Ismail yang baru agar pesan kepada suaminya supaya kukuhkan pintu rumah.

Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan tentang kisah seorang lelaki datang menyuruh kukuhkan pintu rumah, maka fahamlah Nabi Ismail bahawa lelaki itu adalah Nabi Ibrahim dan maksud mengukuhkan pintu adalah menjaga isteri dengan baik baik.

Bincangkan.

Woha!

No comments: