Jul 7, 2020
7.7 Apa ada pada Tujuh hb Tujuh?
(Fakta yang tersimpan 1400 tahun)
7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu kurus.
7 musim subur dan 7 musim kemarau.
Promosi 7.7 dan 7 isi penting.
Kisah ini ALLAH nukilkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf,
satu-satunya surah yang bercerita tentang seorang Nabi dari kecil hingga
dewasa.
1. Dalam mimpi Raja Mesir, beliau melihat 7 ekor lembu gemuk
dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.
2. Dipanggil selllluuuruuuh ahlil-nujum satu negara utk
mentafsir mimpi tersebut dan tiada seorang pun dapat berikan tafsiran yg tepat.
3. Sehinggalah sampai pengkhabaran kepada Raja Mesir tentang
seorang banduan daripada penjara Mesir yg pandai mentafsir mimpi.
4. Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Nabi Yusoff
'alaihissalam. Nabi Yusoff dipanggil oleh Raja Mesir untuk mentadbir mimpi
tadi. Nabi mentafsirkan bahawa nagara Mesir akan hadapi 7 tahun musim subur dan
7 tahun musim kemarau.
5. Nasihat Nabi Yusoff, tinggalkan SEPARUH gandum yg dituai
selama 7 tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan di musim kemarau.
6. Ibrah (iktibar) yg boleh kita ambil ialah, ketika ekonomi
dlm keadaan baik, BANYAKKAN SIMPANAN.
7. Dan ketika gawat, SIMPANAN (dalam konteks Mesir ialah
gandum) amat diperlukan.
7 Pengajaran, iktibar dan persoalan.
1. Jika zaman Nabi Yusof, gandum sebagai komoditi utama yang
dijadikan bekalan. Apa pula yang boleh disesuaikan pada zaman sekarang? Emas?
Tunai?
2. Pada saya, ialah apa sahaja yang tahu oleh convert kepada
tunai dengan segera. Tidak semestinya wang tunai di bank. Ia boleh jadi emas.
Ia boleh jadi saham. Ia juga boleh jadi unit trust. Semua ini ialah aset mudah
cair.
3. Jika zaman nabi Yusof, rakyat Mesir beruntung sebab Raja
Mesir dapat petunjuk melalui mimpi baginda. Kita sekarang di Malaysia hendak
tunggu mimpi siapa?
4. Jika Raja Mesir membawa Nabi Yusof dari pintu penjara ke
singgahsana istana untuk menjaga hal ehwal ekonomi, hari ini Tan Sri Muhyiddin
Yassin membawa Tengku Zafrul dari pintu bank ke kerusi menteri untuk menjaga
Kementerian Kewangan.
5. Kerajaan Mesir sudah berikan signal untuk rakyat menyimpan
gandum sepanjang tempoh musim subur supaya tak kebulur ketika musim kemarau.
Kerajaan Malaysia tak bagi signal ketika musim subur dulu
pada zaman Tun M, Pak Lah, DSNR dan kemudian kembali kpd Tun M. Tapi yang
pastinya ketika musim "kemarau" ini banyak "gandum" yang
telah disimpan lama mula diagihkan melalui moratorium, pengeluaran KWSP, projek
PRIHATIN, projek PENJANA dan sebagainya.
6. Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar. Bukit yang ditarah
setiap hari lagikan akan rata. Gandum yang diberikan setiap hari pun tak
mustahil akan habis.
7. Hari ini 7.7, banyak jualan murah dijalankan. Belanja
dengan berhemah. Jadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak. Jangan beli
semata sebab ada peluang tapi beli sebab ia memang kita cari.
Kena bersedia utk menghadapi situasi yang lebih teruk dan
lebih buruk. Zaman Nabi Yusof, tempohnya 7 musim. Malaysia? Wallahua'lam.
(Dipetik dari Afyan Mat Rawi pakar kewangan antara yang
dikongsikan dalam sesi-sesi BMW: Bijak Mengurus Wang secara islamik)
Nak tahu detail kisah macam ni, kelik sini dan selamat
membaca:
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment