Mar 28, 2017

Mati pun satu nikmat?

(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)

Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun, sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih pandai dari ayah.

Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka cerita ni macam death time story lah, woha!

Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…, okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad jika ambik moral dari cerita ini)

Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang demi sorang mati akibat sakit tua.

Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.

Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT AJAL pada budak itu.

Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti besi.

Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat dengan aman”

Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini. Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.

Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.

Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka, sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula, kisahnya begini:

Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing

Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh penduduk syurga dan nereka.

Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada mati lagi selepas ini,  hidup dalam nikmat selama lamanya.

Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..! kerana mereka akan di azab selama-lamanya.

“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,

“ Apa korang Mahu?”

“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”

 Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”

Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…

Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya!”

Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka yang sabar dan faham.

Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi kematian yang dicemburui oleh orang beriman.

Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?

Begini kisahnya:

Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur, lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau sibuk di seksa, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan,tiada orang nak uruskan pun,  jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah. Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.

Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat.

Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua.  Jangan takut mati, relax…

Selamat bertemu malaikat maut.

Selamat menjawab soalan malaikat kubur.

Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di padang mahsyar.

Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat lapan-woha!

I miss you all.

Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan) mereka.” (QS. Ath Thur: 21).

22 comments:

Anonymous said...

Jikalah yg sudah jadi mengalami kematian, diberi masa barang beberapa saat utk hidup kembali, apakah agaknya yg patut dia lakukan ?

Tiada lain selain mengucapkan Kalimah "La ilaha illaAllah" sebnyk bnyknya. Mk itulah juga yg patut kita ucapkan selagi berpeluang.

bakal mayat said...

Takut mati sbb tak tahu apa yg bakal ditempuhi.
Takut mati sbb mmg dah yakin akan hukuman yg menanti.
Takut mati sbb masih ragu ragu akan keselamatannya di barzakh dan seterusnya.
Takut mati sbb masih tak yakin dgn iman di hati.

Jika dah tahu, dah yakin, tanpa ragu ragu, insyaAllah tiada lagi takut dan tiada lagi sedih hati.

yg dah tengok bnyk mayat tp belum jadi mayat said...

Diceritakan oleh ibu kpd seorg kenalan aku,
beliau berkata peristiwa berlaku pd Allahyarham bapanya pd zaman penjajahan Jepun di Malaya. Katanya, satu ketika beliau itu telah dijatuhkan hukuman mati oleh seorg pegawai Jepun ketika itu. Beliau ini termasuk org yg mengamalkan amalan org tua tua dahulu, iaitu mengamalkan dua ayat terakhir dr Surah At Taubah setiap harinya. Ketika disiapkan pedang utk memancung, beliau membacanya dan beliau masih mampu membacanya dgn lancar, mk terdetik di hatinya, rasa mcm belum lagi masanya utk beliau itu mati ketika itu. Sebelum hukuman dijalankan datang seorg pegawai Jepun yg lebih tinggi pangkatnya berbincang dgn pegawai yg sebelumnya, lalu mengarahkan beliau dibebaskan, yg kemudiannya beliau itu pun dibebaskan.

Satu kisah yg lain, berlaku pd Allahyarham abang aku.
Sekitar 3 bulan sebelum kematiannya, beliau bercerita dlm satu pertemuan keluarga, beliau merasa bagai kematiannya sudah mendekat, bahkan beliau bercerita bgmn proses kematian itu dirasakannya. Dan satu pagi, saatnya sebelum subuh beliau terjaga menyangka dirinya sudah di alam barzakh, beliau tepuk tepuk pipinya, cubit cubit pahanya, kemudian beliau mngejutkan isterinya yg tidur bersebelahan, yg ternyata beliau masih hidup. Sambil berseloroh aku cuma kata, engkau rasa nak mati, engkau akan mati, engkau tak rasa nak mati pun, engkau akan mati. Ternyata selepas sekitar 3 bulan selepas pertemuan itu, sekitar 2 minggu beliau pulang dr menunaikan Haji, saatnya sebelum subuh, saatnya bilal mula membaca tarhim subuh, pagi Jumaat, beliau melepaskan nafas terakhirnya.

Yg biasa tengok saat saat sebelum dan sesudah jadi mayat. said...

Mcm mn nak tahu (konfirm), dah jadi mayat ke belum (di rumah atau di lapangan) ?

1. Lihat pernafasannya (pergerakan pd dada dan / atau perut), jika senyap jer, satu tanda.

2. Periksa nadinya, paling ketara di leher antara tenggorokan dgn otot leher di sebelahnya, jika tak lagi dirasa, dua tanda.

3. Tekapkan telinga ke dada kirinya, dengarkan denyutan jantungnya, jika senyap jer, dah tiga tanda.

4. Ambil torch light, suluh kedua dua anak matanya, jika sudah membulat besar dan tidak lagi ada respon pd cahaya yg disuluh, empat tanda, mk konfirm dah jadi mayat.

Kat hospital, doktor doktor ada tambahan cara cara yg lain lg, terutama bg kes kes yg "brain death".

hamka said...

deep belaker komen korang, terima kasih atas info

Anonymous said...

Bila mati, dipisahkan roh dr jasad oleh malakat maut.
Jasad tanpa roh, jadi tak berdaya, demikian juga roh tanpa jasad jadi tak berdaya.
Jasad diurus org yg hidup, dimandikan, dikafankan, disolatkan kemudian dikebumikan.
Roh pula disambut rombongan malaikat yg mengiringi malaikat maut.

Roh yg baik dibawa naik, satu langit ke satu langit, dibukakan pintu pintu langit setiap satunya, diangkat dgn bauan yg harum mewangi, dipanggil dgn panggilan yg sebaik baiknya. Hinggalah sampai di bawah Arasyh, kemudian dikembalikan ke jasadnya utk menjawab persoalan Barzakh. Kemudian tidurlah dia hingga saatnya Hari Berbangkit.

Roh yg jahat, dibawa naik ke langit, tp tidak dibukakan pintu langit utknya, lalu dilemparkan dia, bagai jatuh dr tempat yg tinggi, lalu disambar malaikat dan dikembalikan ke jasadnya utk menjawab persoalan Barzakh. Sengsaralah dia kerana tidak dpt menjawabnya, dan ditunjukkan pula tempat kediamannya di Neraka yg bakal didudukinya setiap harinya, hinggalah saatnya Hari Berbangkit.

Anonymous said...

Jumaat 10 Muharram, antara zohor dan asar, setelah tamat hitungan umur dunia, ditiupkanlah Suur (Sangkakala) pertama, terhentilah putaran bumi,matahari dan bulan disatukan, bintang bintang jatuh berserakkan, gunung ganang berhamburan bagai bulu bulu yg berterbangan.
Matilah sekelian makhluk kecuali Yg DiKehendaki Allah swt.

Setelah berlalunya 40 hitungan masa, ditiupkanlah lagi akan Suur, turunlah hujan likat dan kental atas bumi baru yg rata datar yg tak berbukit, tak bergunung, tak bersungai, tak berlaut, menumbuhkan semula jasad jasad utuh manusia yg telah hancur, dr sulbinya, bagai benih yg menumbuhkan pepohonan. Lalu dilepaskan roh roh, mencari dan bergabung dgn jasadnya masing masing bogel tak berbulu tak berkhitan, lalu hiduplah semuanya bercampur baur, berdiri atas kuburan masing masing menunggu (Kita bangkit dr tanah kita dikuburkan). Berapa lamanya sedemikian ? Mungkinlah 40 hitungan masa (jarak antara dua Suur), lalu ditiupkan lagi akan Suur itu, mk diasing asingkan sekelian makhluk, sekelian manusia, secara berjamaah jamaah, menurut kesamaan dan kemiripannya, menurut yg dikasihinya yg disukainya masing masing, mengikut akan pimpinannya masing masing. Bergeraklah sekeliannya berombongan rombongan, tunduk senyap ketakutan, menuju tempat berhimpun, menurut sesetgh riwayat, di Syam. Berbagai bagai keadaannya manusia ketika itu, yg berkenderaan, yg berjalan, yg merangkak, yg mengesot, bahkan yg meniarap berjalan atas muka mukanya saking takutnya dan buta pula matanya.

Anonymous said...

Kita kita semua, entah di manalah mayat mayat kita akan dikuburkan, berkubur, atau hilang tak berkubur. Namun dr sulbi kecil yg tak musnah akan ditumbuhkan semulalah jasad jasad utuh kita, entahkan di mana. Matahari yg hilang sinar, bulan yg tak lagi bercahaya, gelap gelitalah akan bumi yg rata itu. Ke manakah arah nak dituju ? Apatah lagi bg yg fasik, bangkit dlm keadaan buta, mk gelaplah bg mrk, atas gelap, atas gelap, gelap bertimpa timpa.
Akan sekelian yg beriman, mk bercahayalah dirinya dgn nur dr Allah swt mengikut kadar imannya masing masing. Sebhgnnya terang benderang bagai mentari gilang gemilang. Sebhgn yg lain bagai bulan purnama yg terang. Sebhgn yg lain bagai lampu lampu yg menerangi jalan jalan. Bahkan ada pula yg nur cahayanya hanya di hujung hujung jarinya sahaja, dan yg lain pula, cahayanya kadang menyala, kadang malap, kadang menghilang.
Bila ditiup Suur utk berhimpun, gempitalah bumi rata itu, masing masing menghimpunkan dirinya mengikut jamaah jamaahnya masing masing, bergeraklah masing masing jamaah mengikut keadaannya masing masing menuju ke Mahsyar tempat berhimpun, yg menurut sesetgh riwayat letaknya bertepatan dgn bumi Syam sekrg. Yg bercahaya terang dgn kenderaan kenderaannya. Sesetgh yg lain berjalan berombongan rombongan. Sesetgh yg lain merangkak, mengesot, meniarap di atas muka mukanya dlm gelap yg berlapis lapis entah bilakan sampai. Sesetgh yg berjalan, diseru seru, dipanggil panggil anak isteri yg tak dihirau, tak dididiknya yg merangkak mengesot dlm kegelapan. Sesetgh yg lain terkait ke belakang oleh org org yg menjadi tanggungannya.
Sampai di Mahsyar, moga kita dan keluarga, termasuk golongan yg berkenderaan bercahaya cahaya, dpt menyertai dan tak dihalang dr menggabungkan diri dgn jamaahnya Baginda Rasullullah saw, Sahabat Sahabat dan ahli keluarganya r.anhum. yg menanti di Al Haudh. Bg yg kehausan, hilang dahaganya yg entahkan berapa hitungan masa bila meneguk air segar drnya.

Anonymous said...

aamiin insyaAllah..

Anonymous said...

Kerana bumi yg gelap, apatah lagi bg yg dibutakan matanya, bergeraknya makhluk makhluk adalah dikeranakan suara suara yg memanggil atau suara suara yg menghalau. Seruan seruan dr berbagai arah.
Bg yg ada nur cahayanya sendiri, apatah lg bg yg terang gemilang nur cahayanya, tenang tenteram mrk walau yg lainnya gundah gulana, dlm keadaan tak keruan.
Setiap Nabi ada haudhnya masing masing utk memberi minum sekelian umat yg mengimani mrk. Berhimpun sekelian umat para Nabi di sekitar haudhnya nabi masing masing. Mk teranglah persekitaran setiap haudh itu kerana nur cahayanya para nabi dan nur cahaya umatnya yg beriman. Adalah yg paling terang bergemerlapan, adalah haudhnya Nabi kita saw, kerana gemilang terangnya nur cahaya Nabi kita saw, dan saking ramainya umat Baginda saw yg beriman.
Bila saatnya Menghisab, barulah diterangi bumi dgn Nur cahaya Perintah dr Allah Azza wa Jalla.

Anonymous said...

Saat bermula Hisab, diserahkanlah kitab kitab catatan amal ;
1. Yg taqwa, yg mulia, yg terhampir, yg nur cahayanya terang gemilang dr arah hadapannya sbg satu penghormatan dan satu kemuliaan.
2. Yg beriman dan soleh, tp kurang taqwa, kurang amalnya, dr arah kanannya.
3. Sesetgh yg lain dr arah kirinya.
4. Yg kufur, yg munafik, dr belakang dan dr bawahnya.

Melihatlah akan masing masing diri akan segala perlakuannya di dunia ujian dlm catatan, tiada kurang dan tiada lebih, segalanya dlm catatan, tiada tertinggal satu pun yg kecil atau yg besar, mk cukuplah bg setiap diri menghisab akan dirinya sendiri dan sudah ketahuanlah akan diri masing masing akan tergolong baikkah atau tergolong burukkah hisab sebenarnya nanti.
Sering digambarkan, hisab itu dipanggilnya seorg demi seorg, bahkan bg Allah swt boleh saja ianya dilakukan serentak bg semuanya, adalah Hisab Tuhan itu sgt cepat. Didtgkan para Nabi a.s. sebagai saksi apakah amalnya bertepatan menurut yg diajarkan, yg disampaikan nabi a.s. atau reka rekaan sendiri. Didtgkan juga para saksi sbg bukti keadilan Tuhan. Selesai hisab, proses tuntut menuntut. Mk menuntutlah yg layak menuntut dan diselesaikan segala persoalan, segala perkara, tiada seorg pun yg dirugikan , tiada seorg pun yg dizalimi, diadili semuanya seadil adilnya. Sehingga mungkin saja terjadi yg bnyk amalnya berkurang atau habis dituntut oleh sekian bnyknya yg menuntut, dan bnyk pula yg layak dituntut. Dan mungkin pula berlaku, yg sedikit amalnya, menjadi bnyk bertambah tambah kerana bnyknya yg dpt dituntutnya.
Segolongan manusia manusia mulia, golongan terhampir, tidaklah mrk dihisab ; sekelian dosa dan kesalahannya sudah ditaubati, sudah diampunkan, segala yg buruk ditutupi Allah swt, segala amal baiknya sempurna zahir batinnya diterima Allah swt dgn penerimaan yg baik.
Seterusnya adalah Mizan ;
Barangsiapa yg dimizankan amal baiknya, nescaya beratlah mizan baiknya.
Barangsiapa yg dimizankan amal buruknya, nescaya beratlah mizan buruknya.
Adalah yg kafir dan yg munafik, tiada didirikan mizan bg mrk, tiada nilai amal baiknya sedikitpun, kerana tidak diiringi dgn Kalimah tauhid La ilaha illaAllah, atau Syahadahnya yg sudah terbatal.

Anonymous said...

Ahli Syahadah itu 6 golongannya ;

1. Yg hanya tahu bersyahadah dan tak tahu, tak ambil tahu dan tak kisah pun dgn yg selainnya.
2. Yg mencuaikan solat solat fardhunya. Bnyk pula melakukan perbuatan perbuatan kufur, mati pula dlm keadaan tak sempat bertaubat. Perbuatan perbuatan kufur itu adalah perbuatan perbuatan yg boleh merosakkan iman dan boleh membatalkan Syahadah.

Seringan ringan perbuatan kufur, atau batasnya iman dan kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja. Dua golongan di atas, walaupun tidak lg semestinya murtad dan kafir, tp sudah tergolong golongan yg disebut sbg "allazina kafaru" iaitu pelaku perbuatan kufur. Sudah selayaknya dimasukkan ke dlm Neraka, cuma kekal atau tidaknya di Neraka tergantung Kehendak Allah swt. Bersama dgn sekelian org org yg kafir, mrk ini akan dihalau ke Neraka, selepas hisab dan mizan, hingga sampai di pintu terbesar dr Neraka itu, yg namanya Jahannam, dilemparkan mrk ke dlmnya. Bg yg masih ada nilai Syahadahnya, hanya pintu Jahannam ini sajalah yg dilewatinya. Tp bg yg kafir, murtad, munafik, dan kafir kafir asal dr klgn Yahudi, Nasara, Musyrikin, Atheis dsb, ada enam lg pintu pintu Neraka seterusnya, sehingga yg terbawah antaranya adalah bg Firaun dan konco konconya yg bukan sahaja kafir, tp juga degil, angkuh lg zalim, juga bg org org munafik yg begitu juga sifat sifatnya.

Anonymous said...

Seterusnya,

3. Umat Islam yg tidak mencuaikan solat solat fardhunya, jika tertinggal pun diqadhanya. Perkara perkara kufur lainnya juga dijauhinya. Namun syariat syariat lain kurang diberi perhatian. Bnyk juga yg wajib tak dibuatnya, bnyk juga yg dilarang yg dilakukannya. Cuai pula utk istighfar dan taubat. Inilah golongan muslim yg cacat atau tidak sempurna imannya, yg menzalimi dirinya sendiri.

"Segolongan yg lain, ditangguhkan urusannya oleh Allah (swt), apakah akan diazab mrk itu, ataukah akan diampunkan mrk itu. Dan Allah (swt) Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (siapakah yg patut diazab, siapakah yg patut mendpt ampunan)." 9:106.

Golongan inilah juga yg mungkin termasuk ashabul a'raf yg disebut Nabi saw, buruknya menybbkannya terhalang utk ke Syurga, tp kebaikkannya menyelamatkannya dr dimasukkan ke Neraka. Golongan inilah juga mungkin yg ketika bangkit dr kubur dan ketika berada di Mahsyar, cahayanya hanya di hujung hujung jarinya, sekejap terang, sekejap gelap, yg berjalan kadang jatuh dan bangun semula, jatuh lg, dan bangun lg, waAllahu'alam.

Anonymous said...

4. Muslim mukmin yg soleh, segala kefardhuan ditunaikannya semampu mampunya, segala yg dilarang dijauhinya semampu mampunya. Jika ada syariat yg terlanggar, segera istighfar, segera taubat. Membaca dan mentadabbur Al Quran menjadi amalan hariannya. Pengajian agama tidak ditinggalkannya, memakmurkan masjid masjid Allah swt, dgn sekurang kurang mnghadiri solat solat fardhu berjamaah. Sentiasa syukur, sabar dan tawakkal kpd Allah swt. Dosa dan kesalahan yg dilakukannya diakuinya, tidak dinafi, atas kealpaan dan kelemahan diri menghadapi tarikan dan dorongan nafsu, namun segera istighfar dan taubat bila disedarinya.

Anonymous said...

5. Para muttaqin, muslim mukmin yg wara', sentiasa menjaga batasan batasan agama, segala yg disyariatkan disempurnakan zahir dan batinnya. Mudahnya utk mengenali golongan ini, mrk sentiasa dlm keadaan berzikrullah. Tiada lepas lidah dan hatinya dr zikrullah. Tiada yg sia sia, tiada yg lagho sepanjang hari, sepanjang malamnya. Zikirnya dlm keadaan berdiri, berjalan, berlari, atau apa pun aktivitinya, dlm keadaan duduk, dan dlm keadaan berbaring, ketika sihat atau dlm keadaan sakit. Sempurna baik akhlaknya, dicirikan Nabi saw dgn sifat sifat tenang, tawaddu' dan lemah lembut bersopan santun, disebut dlm Al Quran dgn sifat sifat pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa taubat dan sentiasa zikrullah (3:134-135). Sudah tergolong waliullah.

6. Para siddiqin. Golongan muslim, mukmin, muttaqin yg mendalam ilmu dan kefahamannya (arrashosikhuna fil ilmi), sempurna syariat, senpurna akhlaknya, zahir dan batinnya, bertepatan Quran dan Sunnah, sentiasa dia mencontohi sunnah sunnah Nabi saw segenap seginya, sentiasa benar mimpi mimpinya, bahkan benar firasat firasatnya bertepatan dgn Kehendak Allah swt. Kedudukannya waliullah yg lebih tinggi, pencinta Allah swt dan RasulNya saw.

Golongan 5 dan 6 inilah yg saya yakini termasuk golongan yg masuk Syurga tanpa hisab yg jumlahnya ; 70 000 + (1000 x 70 000) iaitu kasarnya 4.97 juta org.

WaAllahua'lam.

Anonymous said...

Selesai hisab, tuntut menuntut dan mizan, sekelian bakal bakal penghuni Syurga dibariskan dlm 120 barisan, 80 barisan drnya umat Nabi kita Muhammad saw. Sepanjang manakah setiap barisan, Tuhanlah Yg Maha Mengetahuinya. 80 barisan, yg masuk Syurga tanpa hisab pun sudah 4.97 juta org.
Sekelian org org kafir, dan pelaku pelaku perbuatan kufur yg mati tak sempat bertaubat, dan sekelian bakal bakal penghuni Neraka lainnya, dihalaulah ke Neraka, dan dilemparkan ke dlm Neraka.
Sekelian bakal bakal penghuni Syurga, diarak berombongan rombongan ke Syurga. Sesampai di pintu Syurga, diketuai Nabi kita Muhammad saw, dibukakanlah pintu pintunya dan disambut mesra para penyambutnya. Adalah Syurga itu seluas langit dan bumi (3:133), bahkan menurut keyakinan saya, sekelian langit, bintang bintang, planet planet, ketika itu adalah sebhgn dr Syurga belaka, bebas memilih bumi mana utk kita pilih sbg kediaman pemukiman kita (39:74), bebas pula berpindah pindah selepas itu, hanyalah para penghuni Firdaus yg tidak lg berusaha utk mencari bumi bumi lain utk diduduki (18:108), kerana Firdaus itulah sebaik baik kedudukan Syurganya. WaAllahu'alam.

Setelah berada dlm Syurga, sekelian para muttaqin, walau cirinya muttaqin itu sentiasa memaafkan, segala marah, rasa tersinggung dan ketidakpuasan hatinya dipendam kerana taqwanya mengatasi emosi emosi berkenaan, bahkan dimaafkan semuanya walau tak diminta kemaafannya, dan tidak pula para muttaqin ini membuat sebarang tuntutan ketika proses tuntut menuntut, tp Allah swt Yg Mha Adil, sbg bukti KeAdilanNya, diselesaikan dan diputuskan juga akan segala perkara berkenaan, agar tiada walau sebesar zarrah rasa tak seronok, rasa tak puas hati dlm Syurga itu. Namun Pengadilannya ketika ini adalah penuh redha dan Rahmat, selesai semuanya, bertahmid sekeliannya dgn ucapan "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiin" 39:75.

Anonymous said...

Pembetulan,
Jumlah yg masuk Syurga tanpa hisab dr klgn umat Nabi Muhammad saw ;
70 000 dan setiap 1000 dari 70 000 itu membawa 70 000 lagi,
Mk jumlahnya 70 000 + (70 x 70 000) = 4 970 000.

Anonymous said...

Golongan Islam manakah kita ?
Kayu ukur utamanya adalah pd solat.
1. Golongan yg tak kisah nak solat.
2. Golongan yg kadang solat kadang tak, ikut dan.
3. Golongan yg cukup bilangan solatnya, sah zahirnya.
4. Golongan yg sempurna solatnya zahir (sempurna rukun rukun dan segala syarat syaratnya, tenang solatnya) dan batin (khusyuk hadir hatinya).
5. Golongan yg seronok, gembira dan tenang hatinya dgn bersolat, hingga sering dia memperpanjangkan solat solatnya (solat solat sunat - dgn membaca surah surah yg panjang penuh khusyuk sambil mentadabburnya).
6. Golongan yg sentiasa hatinya bersama Allah swt.

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian.. MasyaAllah

Anonymous said...

Golongan 1-4, terlihat pd solat solat fardhunya.
Golongan 5-6, berbeza pd solat solat sunatnya.
Muttaqin itu tenang tenteram hatinya, merasa nikmat dgn bersolat.
Siddiqin pula, derjat kewalian yg tinggi, solat adalah antara nikmat terbesarnya, sehingga seolah olahnya walau kita melihatnya menyakitkan dan terseksa kerananya, tp hakikatnya mrk sungguh menikmatinya. Contoh unggul Nabi kita saw, lamanya berdiri sepanjang malam hingga bengkak bengkak kakinya, tp Baginda saw mengatakan sejuk matanya dlm bersolat, dan salah satu dr tiga perkara yg paling dicintai Nabi saw adalah solat. Sbgmn kita yg sedang mengantuk, merasa nikmat sekali dgn tidur, begitulah para waliullah merasa nikmat sekali dgn solat, kerana itu juga sesetgh kita merasa pelik, dlm syurga tiada tidur, sedangkan di dunia ini tidur adalah antara nikmat paling besar, begitulah kita membaca kisah kisah para muqarrabin merasa kejanggalan bila mengetahui dlm syurga tiada solat.

Demikian antara cara kita mengukur kedudukan diri kita, merujuk pd solat kita. Apakah sudah berada dlm zon selamat, atau masih jauh lg ketinggalan, sedang tujuan dan matlamat kita adalah utk menyertai jamaahnya Nabi kita saw di Akhirat nanti, bermula dr saatnya kebangkitan, shirath, mahsyar, hisab, mizan, hinggalah insyaAllah ke Syurga Allah swt Rabbul Jalil.

Anonymous said...

Kita tak takut orang mati tapi kita takut kita yang mati,
tapi sebenarnya kita pun bukannya takut mati,
tapi kita takut balasan selepas mati,
sebab selama hidup didunia tiada sapa kata kat kita " kita akan masuk syurga"
kita cuma beragan-angan sebagai ahli syurga..
wasalam

Anonymous said...

Sekurang kurang bekalan utk menghadapi mati adalah Kalimah Syahadah yg tidak terbatal, dan sebaik baiknya bekalan adalah taqwa yg sempurna. Org org yg mempunyai taqwa yg sempurna itu, pd kedudukan 5 dan 6 dr 6 pembahagian umat Islam. Sempurna syariatnya zahir dan batin, sempurna baik akhlaknya, sudah merasa nikmat atau lazatnya ibadah dan taat, sentiasa lidah dan hatinya dgn zikrullah, pencinta Allah swt dan RasulNya saw. Adalah org org yg sempurna taqwanya, tiadalah bg mrk ketakutan dan tiada bg mrk kesedihan, di dunia atau di Akhirat (QS 10:62-63). Dgn taqwa yg sempurna juga termasuklah mrk dlm klgn muqarrabin yg tenang gembira dia saat menghadapi kematiannya (QS 56:88-89).